You are on page 1of 5

Dapatan Kajian 8.1 : Konsep dan Jenis Perniagaan Runcit Pasar Malam Taman Sri Rampai, Wangsa Maju.

Perniagaan runcti merupakan kegiatan jual beli dalam kuantiti kecil-kecilan di mana peniaga akan mendapat bekalan daripada pembekal dan menjual semula mengikut keperluan pengguna. Konsep ini telah digunakan dalam kegiatan pasar malam ini. Mereka berniaga di sesuatu tempat pada tarikh tertentu sahaja secara berkumpulan. Pelbagai jenis barangan seperti makanan, pakaian, dan keperluan seharian bagi di pasar malam memuaskan keperluan dan kehendak penduduk setempat. Pasar malam ini berniaga pada pukul 5 petang hingga pukul 11 malam. Jenis Barangan yang dijual di Pasar Malam Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jenis Barangan Ikan dan Daging Sayur dan Buah-buahan Minuman Makanan Pakaian Lain-lain Jumlah Bilangan Gerai 4 14 22 82 21 65 208

8.2: Kepentingan Runcit Di Pasar Malam Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wujudnya Pasar Malam Taman Sri Rampai telah memberikan beberapa kepentingan kepada penduduk setempat. Antaranya kepentingan ialah menyediakan peluang perkerjaan. Pasar malam ini telah memberikan peluang serta tempat berniaga bagi mana-mana pengusaha yang ingin berniaga. Selain itu, Kedudukan pasar malam yang berdekatan dengan tempat tinggal pelanggan memeudahkan penduduk mendapat barangan harian tanpa pergi ke tempat lain yang jauh untuk dapatkan barangan. Di Samping itu, Peniaga di Pasar Malam Taman Sri Rampai menyediakan barangan yang sangat segar kepada pengguna kerana mereka tidak menyimpan stok yang banyak. bersyukur dengan adanya Pasar Malam ini yang memudahkan penduduk setempat membeli barang bermutu dan harga berpatutan.

Faktor yang Mempengaruhi Perniaggan Runcit di Pasar Malam Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Buruh

Pasaran Tempatan

Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Pasar Malam Taman Sri Rampai, Wilayah Persektutan Kuala Lumpur.

Pertambahan Penduduk

Kesesuaian Waktu berniaga

8.3 : Faktor yang Mempengaruhi Perniaggan Runcit di Pasar Malam Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Berdasarkan peta minda di atas, saya mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit Pasar Malam di Taman Sri Rampai adalah seperti berikut. Buruh merupakan unsur penting dalam perniagaan runcit. Buruh boleh didapatkan daripada sekitar kawasan iaitu pekerja-pekerja yang ingin mencari kerja sambilan. Kepentingan seterusnya ialah pasaran tempatan yang luas untuk memasarkan kepada penduduk setempat. Selain itu, pertambahan penduduk menyebabkan permintaan barangan harian meningkat. Di samping itu, waktu perniagaannya amat sesuai iaitu

pada waktu lepas kerja yang kebanyakan orang mencari makanan. Saya amat bersyukur kerana Kesesuaian waktu perniagaan telah mempengaruhi pasar malam ni bergiat dengan lancar.

8.4 : Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Pasar Malam Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Secara umumnya, kewujudan pasar malam ini telah mengakibatkan beberapa kesan negatif. Antaranya ialah persiangan dengan kedai runcit temaptan. Kedai runcit tempatan akan mengalami persaingan untuk mendapat pelanggan dengan pasar malam kerana harga di pasar malam lebih murah. Pencemaran berlaku apabila peniaga setelah habis menggunakan tapak perniagaan , mereka akan meninggal sampah sarap yang mengotorkan tempat tersebut. Seterusnya, untuk mengejarkan keuntungan, peniaga sanggup menjual barangan yang tidak berkualiti iaitu menjual ikan yang busuk kepada pelanggan. Di samping itu, pasar malam yang berada di tengah jalan juga akan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana pasar malam tersebut telah megunakan jalan raya sebagai tapak perniagaan. Saya berasa gembira jika kesan berikut dapat dikurangkan dengan segera.

8.5 : Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Pasar Malam Taman Sri Rampai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antaranya cadangan untuk mengurangkan kesan negatif di kawasan pasar malam berikut ialah kuatkuasa undang-undang. Pihak berkuasa haruslah memlaksanakan denda kepada sesiapa peniaga yang mencemarkan kawasan tersebut. Pengawalan dan pengeluaran lesen juga haruslah

diutamakan oleh pihak berkuasa supaya tidak mewujudkan penjaja yang haram berniaga di pasar malam tersebut untuk mengelakkan persaingan dengan kedai runcit. Selanjutnya, pemeriksaan terhadap peniaga supaya barangan yang peniaga disediakan mestilah bersih dan selamat. Akhir sekali, saya bersyukur kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada menyediakan kemudahan asas yang lengkap seperti gerai tetap untuk peniaga-peniaga supaya menjalankan perniagaannya dengan lancar. Saya berharap agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melaksanakan semua cadangan yang disenaraikan berikut.

You might also like