You are on page 1of 10

BAHAGIAN ESEI ILMIAH (B) Orang Banjar yang datang berhijrah ke Malaysia adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia

serta kawasan selatan Basin Barito, dari daerah Banjar Masin. Kawasan ini terletak di bahagian Tenggara Borneo. Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian daripada mereka berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Bahasa Banjar adalah sebuah bahasa Austronesia yang dipertuturkan oleh Suku Banjar di Kalimantan Selatan, Indonesia. Bahasa Banjar dapat dibeza berdasarkan dua dialek yang berbeza iaitu bahasa Banjar Hulu Sungai atau dipanggil bahasa banjar Hulu dan bahasa Banjar Kuala (Durdie dan Djantera, 1978: 1). Untuk dialek Banjar Kuala biasanya digunakan oleh penduduk asli sekitar kota Banjarmasin, Martapura dan Palaihari. Manakala untuk dialek Banjar Hulu adalah bahasa Banjar yang dipakai oleh penduduk daerah Hulu Sungai umumnya iaitu daerah kabupaten Tapin, Hulu Sungai Selatan,Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Utara [dan Balangan] serta Tabalong. Perbezaan antara kedua-dua dialek ini dapat dilihat melalui beberapa perkara, antaranya ialah pada kosa kata tertentu dan perbezaan pada bunyi ucapan terhadap fonem tertentu iaitu unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. Disamping itu ada juga perbezaan dari segi lagu dan tekanan meskipun aspek ini tidak bersifat membezakan (non distingtif). Bagi dialek bahasa Banjar Kuala iaitu bahasa yang digunakan di Wilayah Banjar Kuala oleh bekas Afdelling Banjarmasin terdiri atas Daerah Bakumpai. Manakala Afdeeling Martapoera terdiri dari Daerah Martapura, daerah Riam Kiwa, Daerah Riam Kanan, daearh Pleihari, Daerah Maluka dan Daerah Satui. Kawasan tersebut pada masa sekarang meliputi Kabupaten Banjar, bario Kuala, tanah laut serta Kota Banjarmasin dan Banjarbaru. Bahasa banjar Kuala dituturkan dengan loghat datar tanpa intonasi tertentu, dan berbeza dengan bahasa Banjar Hulu yang dituturkan dengan loghat yang kental. Setiap bahasa mengungkapkan sesuatu konsep dengan cara yang berbeza. Contoh ini menunjukkan ada bahasa yang mewah dengan set perbendaharaan kata tentang sesuatu konsep dan ada bahasa yang daif dalam mengutarakan sesuatu konsep.Perkataan mewah atau daif sesuatu bahasa dari segi mengleksikalisasikan sesuatu konsep yang dipengaruhi dengan persekitaran, cara hidup dan amalan sesuatu komuniti bahasa itu. Justeru, ini boleh berlakunya pada pengungkapan kata kerja. Kata kerja ada menerangkan tentang lakuan atau perbuatan sesuatu atau seseorang. Dalam kebanyakan bahasa, kata kerja lebih diutamakan dalam bahasa kerana kata kerja yang menentukan siapa yang melakukan (subjek), apa yang dilakukan dan terhadap apa

perlakuan itu dilakukan (objek). Dengan itu dapat menunjukkan bagaimana bahasa yang berbeza mengleksikalisasi beberapa konsep kata kerja yang berbeza sebagaimana telah ditunjukkan dalam bahasa Brunei (Aina Karim 2008) dan dialek Hulu Tembeling (Maslida Yusof 2008). Sebagai contohnya untuk kata kerja potong. Melalui Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) memberikan maksud potong sebagai kerat, penggal dan hiris. Konsep potong dalam bahasa Banjar varian Kuin digambarkan dalam banyak kata kerja. Konsep potong muncul dalam makna kata kerja seperti maracit, mahiris, manetak, mangarat, siyang dan belah. Kesemua kata kerja ini berada dalam kelas yang sama iaitu mengandungi konsep memotong sesuatu dalam varian ini. Kesemua kata kerja ini masih mempunyai bentuk semantik tambahan. Bentuk semantik tambahan ini ditentukan atau dibezakan oleh ciri cara potong, benda yang dipotong dan saiz potongan . Contoh yang dapat digambarkan melalui konsep potong adalah seperti berikut: 1. mahiris - memotong bawang secara halus 2. manetak- dipotong dua, memotong kayu 3. maracit - memotong kecil-kecil/halus dan lebih daripada dua potongan (khususnya sayur) 4. siyang - memotong ikan dan ayam 5. mangarat - memotong kuih menjadi dua 6. belah - memotong kayu

Walau bagaimanapun, ketujuh-tujuh perkataan ini tidak merupakan sinonim total iaitu perkataan yang mempunyai makna yang sama dan boleh bersilih ganti pada semua keadaan. Sebaliknya kesemua perkataan ini hanya berkongsikan makna konsepnya iaitu potong tetapi setiap perkataan ini mempunyai makna tambahan yang menimbulkan perbezaan dengan setiap kata kerja yang lain. Perbezaan penggunaan perkataan bergantung kepada objek yang dipotong, saiz objek yang dipotong dan item yang dipotong. Misalnya, kata kerja hiris digunakan untuk memotong secara halus/nipis terutamanya bawang atau buah-buahan. Makna potongan khusus untuk memotong kayu ialah kata kerja belah dan tatak iaitu kedua-dua kata ini membawa makna memotong sesuatu yang mempunyai permukaan yang keras seperti kayu yang biasanya bentuk potongannya

terbahagi dua. Satu lagi kata kerja ialah kata mangarat yang dikhususkan kepada memotong kuih menjadi dua. Berbeza dengan mahiris , maracit merujuk kepada memotong sayur secara kecil-kecil dan halus. Terdapat juga kata siyang yang juga digunakan untuk merujuk memotong ikan dan ayam. Walaupun setiap kata kerja di atas berkongsikan dengan cebisan perkataan potong, namun penggunaannya tidak boleh ditukar ganti dalam sebarang konteks. Setiap kata mempunyai ciri khusus masing-masing. Sebagai contoh, jika seseorang merujuk kepada memotong kayu, pilihan kata kerja ialah tatak atau belah. Jika memotong secara kecil-kecil dan halus, iaitu maracit atau mahiris dan perbezaan kedua-dua kata ini pula terletak kepada apa yang dipotong sama ada sayur atau bawang. Kosa kata loghat Banjar Hulu tetap ada bezanya sesama subloghat bahasa Banjar, tetapi jelas tidak ditemui dalam dialek Banjar Kuala, ataupun sebaliknya kosa kata seperti unda (aku), dongkah (sobek besar), atung (taat) dan sebagainya dalam loghat Banjar Kuala tidak ditemui dalam loghat Banjar Hulu.. Tetapi dibandingkan dengan loghat Banjar Kuala, subloghat Banjar Hulu ini lebih berdekatan dengan satu sama lain. Oleh itu, di dalam Kamus BanjarIndonesia, bahasa Banjar selalunya hanya dibezakan antara Banjar Kuala (BK) dan Banjar Hulu (BH). Contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut:

Banjar Hulu balai nini laki

Banjar Kuala langgar kai

Melayu surau datuk

uma

mama

ibu

bungas/langkar

mulik/baik rupa

cantik

hagan

gasan

untuk

Bahasa Banjar kalau kita cakapkan kepada orang kedua, macam bahasa melayu juga tetapi ada sedikit penambahan perkataan dihujung ayat seperti huruf k hendaklah dibunyikan bagi menampakkan kelainan bahasa itu. Berikut adalah beberapa contoh bagi bahasa Banjar:

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Sebutan Bahasa Melayu Kami Kelapa Bah/banjir Ketawa Seorang Kamu Sekolah Tidak mahu Saudara Ke mana

Sebutan Bahasa Banjar Kamek Kelapak/Nyiur Baah Tetawak Seurangan Ikam Sekulah Kadak handak Kulaan Ke manak

Berikut adalah contoh bagi bilangan dalam bahasa Banjar: Banjar asa Melayu satu

dua

dua

talu

tiga

ampat

empat

lima

lima

anam

enam

pitu

tujuh

walu

lapam

sanga

sembilan

sapuluh

sepuluh

Teka-teki

merupakan khazanah tradisi lisan yang sangat tua. Edwar Djamaris

(1990)mengatakan bahawa teka-teki adalah bentuk awal dalam tradisi berkesusasteraan. Blauner (1967) mengemukakan bahawa teka-teki dapat dikesan dalam bahasa Sanskrit lebih dari dua ribu tahun yang lalu. Edwar Djamaris (1990: 32) juga mengemukakan bahwa untuk mengetahui sebab-sebab timbulnya hasil karya sastera Melayu yang berupa teka-teki harus terlebih dahulu difahami sikap mental atau jiwa bangsa Melayu. Penggunaan teka-teki sangat jelas menunjukkan sikap mental atau cara berfikir pemakai bahasa yang gemar pada kias dan ibarat. Biasanya, orang yang mengenali kias dan ibarat ini adalah orang yang arif bijaksana, tahu kilat kata, faham apa yang tersurat dan yang tersirat dalam ucapan seseorang. Cucupatian iaitu teka-teki adalah satu bentuk kebudayaan daerah Banjar. Cucupatian berasal daripada kata capat cepat yang mengalami proses reduplikasi suku awal dan penambahan imbuhan I dan an sehingga menjadi cacapatian. Kata

cacapatian mengalami proses asimilasi sehingga menjadi cucupatian. Cucupatian bermakna teka-teki dalam bahasa Indonesia atau riddles dalam bahasa Inggeris. Cucupatian

merupakan khazanah tradisi lisan yang universal. Walaupun demikian, cucupatian yang dimiliki oleh satu-satu etnik tidak sama nilainya dengan yang terdapat pada etnik yang lain. Perbezaan ini terletak pada konsep fungsi, nilai, dan bahkan strategi pengucapannya (struktur permukaan) daripada teka-teki itu. Cucupatian merupakan khazanah budaya Banjar yang mengandungi pelbagai nilai budaya yang bermanfaat tidak sahaja bagi etnik Banjar tetapi juga bagi etnik lain. Nilai budaya itu telah lama menjadi pegangan hidup masyarakat Banjar dan diwariskan secara turuntemurun dari generasi ke generasi. Pada masa dahulu, cucupatian turut serta dalam masyarakat Banjar dalam baarian (gotong-royong) mangatam banih (menuai padi), baandak (persiapan suatu upacara), bajagaan pangantin (berjaga pada malam pertama hari perkahwinan), dan lain-lain. Cucupatian Banjar dapat diklasifikasikan kepada cucupatian tradisional dan cucupatian kontemporari. Cucupatian tradisional adalah cucupatian yang ada dan popular

pada masa dua generasi yang lalu (bandingkan dengan James Danandjaya, 1991; dan Edwar Djamaris, 1990). Manakala, cucupatian kontemporari adalah cucupatian yang ada dan popular pada masa sekarang. Cucupatian tradisional disebut tatangguhan dan cucupatian kontemporari disebut mahalabiu. Walau bagaimanapun, dua jenis cucupatian ini pada saat ini berada di ambang kepupusan. Sebagai contohnya, tatangguhan, misalnya, sudah sangat jarang digunakan kerana topik yang diperkatakan dalam tatangguhan juga sudah jarang ditemui. Tatangguhan yang berbunyi: 1. Ditatak basah dirandam karing. Jawapan: Lukah (Dipotong basah direndam kering. Jawapan: Lukah (alat menangkap ikan, dibuat daripada bilah-bilah buluh) 2. Malam takatangah, siang takapinggir. Jawapan: Lampu10 (Malam ada di tengah, siang ada di pinggir. Jawapan: Lampu minyak) 3. Gawian napa nang kada kawa digawi siang. Jawapan: Jaga (Pekerjaan apa yang tidak boleh dikerjakan siang hari. Jawapan: Penjaga malam) 4. Umanya badiam haja nang anak baigal-igal. Jawapan: Batu panyambalan lawan anak batu. (Ibunya berdiam saja sedangkan anaknya manari-nari. Jawapan: Lesung batu dan anak batu)

Bagi jawapan cucupatian iaitu lukah, lampu minyak, jaga (menjaga kampung pada malam hari secara bergiliran), lesung batu dan anak batu untuk membuat sambal, sudah sangat jarang dilakukan. Lukah sudah diganti dengan alat menangkap ikan yang lebih moden, jaga kampung sudah tidak diperlukan lagi kerana kampung sudah aman dan sudah ada polis, lampu minyak telah diganti dengan elektrik, lesung batu telah diganti dengan blender. Cucupatian mempunyai fungsi menampung dan merakam keinginan atau ideology masyarakat Banjar. Ideologi itu dipertahankan dari masa ke masa kerana dianggap bernilai sehingga dapat membawa masyarakat Banjar menjadi masyarakat yang berbudaya.

Dengan kata lain, cucupatian berfungsi dan nilai-nilainya telah lama menjadi tunggak budaya Banjar. Sebagai salah satu etnik yang berada dalam lingkungan bangsa Indonesia maka cucupatian Banjar juga dapat dipandang sebagai salah satu tunggak budaya

Indonesia. Cucupatian Banjar dapat memperkukuh budaya Indonesia dengan cara menempatkan cucupatian itu sebagai salah satu bentuk kebudayaan nasional (Indonesia). Sebagai unsur kebudayaan nasional, maka cucupatian boleh dipakai dan mempermudah komunikasi tentang persoalan bangsa kepada masyarakat Banjar khususnya dan juga kepada masyarakat atau etnik lainnya. Di samping itu, cucupatian yang digunakan dalam skala (dimensi) nasional akan memberi kesan yang positif iaitu saling mengenali dan saling memahami di antara etnik-etnik yang ada yang tentunya mempunyai budaya masing-masing. Berbagai-bagai persoalan bangsa Indonesia perlu dikomunikasikan kepada segenap etnik yang ada. Komunikasi itu akan berlangsung baik apabila masyarakat etnik itu dapat memahami konsep pembangunan yang dirancangkan itu sebaik-baiknya. Cucupatian dapat dimanfaatkan untuk membantu menjelaskan pelbagai persoalan bangsa, seperti persoalan pembangunan, pendidikan, falsafah, politik, ekonomi, dan lain-lain. Seni tradisional Banjar adalah unsur kesenian yang menjadi sebahagian hidup masyarakat dalam suku Banjar. Tradisional adalah aksi dan tingkah laku yang keluar secara alamiah kerana dari kepercayaan nenek moyang yang terdahulu. Tradisi adalah sebaha gian dari tradisional namun akan musnah kerana ketidak ketamadunan masyarakat untuk mengikuti tradisi tersebut. Budaya yang berkembang di Banjarmasin sangat banyak hubungannya dengan sungai, rawa dan danau, disamping pergunungan. Tumbuhan dan binatang yang tinggal di daerah ini banyak dimanfaatkan untuk memenuhi kehidupan mereka. Orang Banjar mengembangkan sistem budaya, sistem sosial dan material budaya yang berkaitan dengan berbagai proses adaptasi, akulturasi dan assimilasi. Sehingga nampak terjadinya pembauran dalam aspek-aspek budaya. Meskipun demikian pandangan atau pengaruh Islam lebih dominan dalam kehidupan budaya Banjar, terutama sekali dengan pandangan yang berkaitan dengan ke Tuhanan (Tauhid), meskipun dalam kehidupan sehari-hari masih ada unsur budaya asal, Hindu dan Budha. Budaya dan tradisi orang Banjar adalah hasil asimilasi selama berabad-abad. Budaya tersebut dipengaruhi oleh kepercayaan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab dan Persia. Budaya Banjar dapat dilihat dari kehidupan sehari-hari masyarakat Banjar khususnya dalam bentuk kesenian, tarian, musik, pakaian, permainan dan upacara tradisional.

Adat istiadat Banjar yang melekat dengan kehidupan sosial warga masyarakat yang bercirikan Islam terus terjaga dan dipertahankan, nampak dari aktiviti kehidupan mereka sehari-hari. Hal ini dapat juga disaksikan melalui berbagai pentas kesenian Banjar yang sering ditampilkan dalam acara-acara resmi, seperti tari-tarian dan lagu Banjar. Demikian pula upacara adat khas Banjar yang biasanya dilaksanakan dalam rangka perkawinan, kelahiran, ataupun peringatan terhadap peristiwa penting.Tarian tradisional yang biasa ditampilkan pada upacara Tradisional seperti: tari "Baksa Kambang", "Baksa Lilin", "Kula Gepang", "Maiwak", dan lain-lain. Ada sekitar 76 Jenis tarian. Tari tradisional biasanya diiringi oleh alat musik tradisional seperti: babun, gambang, aron, salantang, kedernong, gong, suling, rehab dan dan lain-lain. Seni Madihin adalah suguhan pentas monolog oleh satu atau dua orang seniman tradisional yang merangkai syair dan pantun diiringi dengan musik gendang khas Banjar. Sajian materi seni ini biasanya melemparkan sindiran sindiran dan pesan sosial dan moral dengan kosa kata yang menggelitik dan lucu. Seni Mamanda merupakan seni pentas teater tradisional Banjar. Menceritakan kisahkisah kehidupan masyarakat perjuangan kemerdekaan serta kritik sosial dan politik yang berkembang. Seni Musik Panting adalah panduan antara berbagai alat musik seperti Babun, Panting, Biola, Gong, yang menghasilkan irama khas, biasanya mengiringi lagu-lagu tradisional Banjar yang dinyanyikan, atau mengiringi tarian tradisional. Istilah panting diambil dari salah satu jenis alat musik utamanya Panting, iaitu alat musik petik yang serupa dengan Gitar Gambus berukuran kecil. Salah satu yang manjadi daya tarik pengunjung Kota Banjarmasin adalah berbagai macam kerajinan tangan dan cenderamata yang ada di kota ini. Kerajinan tangan yang ada di Kota Banjarmasin bukan hanya dihasilkan oleh penduduk Kota Banjarmasin, tetapi juga dari kota dan kabupaten lain di Kalimantan Selatan, sehingga dengan datang ke Banjarmasin dapat mengenali kerajinan khas yang dihasilkan rakyat Kalimantan Selatan. Terdapat banyak jenis kerajinan tangan yang dihasilkan industri-industri kecil rumah tangga mulai dari batu-batuan permata hingga berbagai bentuk aksesoris dan peralatan rumah tangga khas Banjar, suku asli Kalimantan Selatan. Kerajinan Tangan yang dihasilkan warga Kota Banjarmasin sendiri di antaranya ialah kain Sasirangan yang memiliki kombinasi

warna dan tekstur sangan khas. Keindahan sasirangan sudah dikenal secara nasional, sebagai salah satu bahan busana pria dan wanita. Kerajinan khas yang lain adalah air guci, iaitu jenis sulaman khas banjar. Peralatan dan perabot rumah tangga yang dibuat daripada bahan rotan seperti lampit atau tikar, tas, pas bunga dan bentuk-bentuk lainnya. Selain kerajinan yang berupa peralatan dan

aksesoris, di Kota boleh didapati berbagai ramuan tradisional yang bahannya diperoleh dari pedalaman kalimantan, seperti pasak bumi yang sudah sangat terkenal di semua negara. Semua kerajinan tangan ini sangat menarik untuk dibawa sebagai oleh-oleh dari Kota Banjarmasin. Senjata Tradisional adalah sebahagian lambang kebudayaan masyarakat Banjar. Di antaranya ialah serapang. Serapang adalah tombak bermata lima mata dimana empat mata mekar seperti cakar helang dengan bait pengait di tiap hujungnya. Satu mata lagi berada di tengah tanpa bait, yang disebut besi lapar yang di percayai dapat merobohkan orang yang memiliki ilmu kebal sekuat manapun. Selain itu ialah tiruk.Tiruk adalah tombak panjang lurus tanpa bait digunakan untuk berburu ikan haruan (ikan gabus) dan toman di sungai. Pangambangan adalah tombak lurus bermata satu dengan bait di kedua sisinya. Duha adalah pisau bermata dua yang sering digunakan untuk berburu babi. Secara kesimpulannya, bahasa bagi masyarakat Banjar hampir sama dengan bahasa Melayu dimana ia mempunayi loghat yang tersendiri. Masyarakat Banjar juga banyak menekankan kepada agama Islam dalam seharian kehidupan mereka.

BIBLIOGRAFI Aina Hj. Karim 2008. Teori medan makna: pendeskripsian leksikal kata kerja dalam bahasa Melayu. Dlm Nor Hashimah Jalaluddin dan Rusmadi Baharudin (ed). Leksikologi dan leksikografi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Edwar Djamaris. (1990). Menggali khazanah sastera Melayu klasik. Jakarta: Pustaka Jaya. 45 Tahun Sumpah Pemuda. (1974). Jakarta: Yayasan Gedung-gedung Bersejarah Jakarta & PT Gunung Agung Kamus linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maslida Yusof. 2007. Perkaitan semantik kata kerja Dialek Hulu Tembeling, Pahang: Analisis berasaskan pendekatan dekomposisi semantik. Kertas Kerja Seminar Dialek Melayu (SEDIA), Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM, Bangi

You might also like