You are on page 1of 9

KAJIAN KARYA-KARYA TANAH AIR

1. KAJIAN PERTAMA OLEH ABDUL LATIF MAULAN Artist: Latif Maulan

Tajuk : Bananas and 9 Oranges Size: 48 Inch x 48 Inch tahun : 2008 a. ULASAN KOMPOSISI Komposisi yang dapat dikenalpasti di sini mempunyai asas seni reka, media dan teknik yang digunakan serta alirannya. Asas seni reka ini mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan iaitu bagi unsur seni ialah garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna manakala prinsip rekaan pula ialah imbangan, pergerakan, kontra, harmoni, irama, dan kepelbagaian. Unsur seni yang terdapat pada karya ini ialah seperti garisan, garisan dapat dilihat pada keseluruhan gambar karya seperti kain batik. Jalinan pula dapat dilihat pada garisan-garisan berlapis pada pisang. Bentuk pula ialah pada buah oren,dan pisang apabila ia dikaryakan dengan gelap dan cerah bagi menunjukkan bentuk. Warna juga dapat dikenalpasti pada keseluruhan permukaan kerana berwarna seperti warna kuning pada pisang, merah pada kain batik dan lain-lain lagi. Prinsip rekaan pula terdapat pada gambar tersebut ialah harmoni iaitu warna buah oren seakan-akan sama dengan warna merah pada kain batik itu. Kontra pula terdapat pada warna kuning pada pisang dengan warna merah pada kain batik yang begitu kontra. Kepelbagaian pula dapat dilihat pada objekobjek yang dibuat iaitu buah oren, pisang, dan kain batik. Di samping itu, media yang digunakan pula ialah seni catan cat minyak. Teknik yang digunapakai jika dilihat ialah teknik melembut kerana gambar yang dilihat tidak nampak kesan jalinan yang kasar. Aliran yang digunakan itu dapat dilihat ialah aliran realisme kerana beliau begitu prihatin objek-objek dan latar belakang yang dibuat itu. b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA

Karya ini menghasilkan warna panas seperti warna merah, oren dan kuning. Justeru kita dapat lihat pada karya ini seperti pisang warna kuning, buah oren berwarna oren dan kain batik berwarna merah. c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK Teknik pencahayaan yang digunakan ini ialah pengkarya menekankan pada objek pisang dengan cahaya dan objek-objek lain kelihatan gelap. Hal ini, kita dapat memahami bahawa objek pisang lebih diutamakan disebabkan cahaya seolah-olah disuluh dengan terang daripada objek lain. Manakala bentuk pula ialah Seterusnya, bentuk yang digunakan ini ialah beliau menggunkan cerah dan gelap bagi membentuk sesuatu objek. Sebagai contoh buah oren kelihatan berbentuk seolah-olah hidup dengan bayangbayang terdapat di tepinya. d. ULASAN ASPEK RUANG Pengkarya ini menggunakan ruang dalam kerana pemerhati tidak nampak pada sekitarnya kaki langit. Ia dilihat dari atas dengan pandangan bawah aras mata. Selain itu, objek yang cerah berada lebih dekat dan objek yang gelap sedikit berada jauh sedikit. Contohnya sebiji pisang yang berada di tengah itu lebih bercahaya dan pisang di hujung sekali itu berada di belakang pisang yang cerah kelihatan gelap sedikit. 2. KAJIAN KEDUA KARYA MOHD NAZIR

Year: 2007 Medium: Poster Color on Paper Size: 15" 10.5" (38.7 cm 27.4 cm) a. ULASAN KOMPOSISI Ulasan komposisi yang terdapat pada karya tersebut melalui komposisis ialah pada asas seni iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pada unsur seni ini kita dapat lihat garisan pada bunga tersebut. Di samping itu, bentuk pula dapat dilihat pada bentuk-bentuk helaian bunga itu. Seterusnya, jalinan pada bunga tersebut pula dapat dilihat bahawa jalinan tampak tersebut adalah jalinan yang lembut. Walau bagaimanapun, bagi prinsip rekaan pula ialah seperti kadar bandingnya ialah bunga teratai berada di tengah-tengah antara daun-daun teratai kelihatan seimbang. Selain itu, pergerakan pula dapat dilihat pada daun teratai yang tidak rata sahaja tetapi daun teratai itu pada hujung daun ia mendongak ke atas dan menunjukkan unsur pergerakan. Seterusnya, kontra pada visual tersebut amat jelas di mana warna bunga teratai berwarna putih dan daun warna hijau, maka ia menunjukkan amat kontra warnanya. Media yang digunakan ialah media cat minyak dan teknik yang digunapakai juga teknik melembut kerana karya ini kelihatan halus sekali. Aliran ini ialah aliran realisme kerana menekankan

gambar yang dihasilkan. b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA Warna yang digunakan ialah warna sejuk iaitu warna hijau dan ungu. Penggunaan warnanya juga kontra untuk menunjukkan perbezaan antara daun dan bunga. Selain itu, terdapat sedikit warna panas pada anak-anak bunga teratai yang berwarna oren. c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK Pengkarya menggunakan cahaya yang terang pada bunga teratai dan menggelapkan sedikit pada bahagian objek-objek lain di sebelahnya seperti daun teratai. Hal ini, menekankan objek bunga teratai sebagai subjek utama. d. ULASAN PADA ASPEK RUANG Pengkarya ini mengunakan ruang dalam iaitu pandangan pada aras bawah mata. Pengkarya juga menggunakan cahaya untuk menunjukkan objek yang paling dekat seperti bunga teratai amat bercahaya berbanding objek lain. 3. KAJIAN KETIGA TERHADAP KARYA AMRON OMAR

Amron Omar Pertarungan II, 1980 a. KAJIAN KOMPOSISI Asas seni reka yang diguna ini seperti warna kita dapat lihat ia gelap dan cerah yang menunjukkan objek wujud sebagai bentuk. Jalinan pula dapat dilihat pada kain pelikat objek lelaki yang berada awal objek. Ruang pula menunjukkan ia ruang dalam dan dilihat dengan pandangan bawah aras mata. Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah pada objek paling hadapan iaitu objek lelaki memakai kain pelikat. Pergerakannya pula dapat dilihat pada figura lelaki tersebut yang bergerak seolah-olah sedang bertarung. Media yang digunakan ialah cat minyak dan teknik yang digunakan ialah boleh dilihat sebagai teknik kilatan kerana terdapat lut sinar pada figura lelaki seolah-olah dibuat dengan warna berlapis-lapis untuk menghasilkan kilatan. Aliran yang digunakan ialah aliran impressionisme kerana karya ini dilihat seperti berkarya sambil menonton pertarungan.

b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA

Penggunaan warna pada karya ini kebanyakan dilebihkan warna gelap dan cerah. Ia menggunakan warna seperti coklat dan gelap. Warna yang digunapakai ini lebih ke arah yang gelap walaupun terdapat sedikit cerah pada cahaya pada badan lelaki tersebut. c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK Teknik pencahayaan ini kelihatan terdapat pada pantulan dan pada bentuk-bentuk otot lelaki tersebut agar dapat dihasilkan bentuk yang hidup. d. ULASAN PADA ASPEK RUANG Ruang yang digunakan ini ialah ruang dalam di mana ia tidak nampak garisan kaki langit dan ia seolah-olah seperti dilihat dari atas ke bawah iaitu pandangan aras bawah mata.

4. KAJIAN KARYA HON FATT CHONG "Petronas Twin Tower by night" "Petronas Twin Tower by night", oil on canvas, 2004 2004 a. KAJIAN KOMPOSISI Unsur seni yang terdapat pada karya ini ialah pada bentuk iaitu bentuk-bentuk bangunan yang dibuat melalui teknik pencahayaan. Jalinan pula dapat dilihat pada tingkat-tingkat bangunan yang disusun dengan lampu. Bagi prinsip rekaan pula nilai kontra ia amat ketara jika dilihat bahawa warna lampu dengan suasana malam. Selain itu, pergerakannya terdapat pada kenderaan-kenderaan yang sedang bergerak pada jalan raya tersebut seolah-olah keadaaan amat sibuk. Media yang digunakan ialah media cat minyak dan teknik yang digunakan ini kemungkinan teknik sapuan tepat kerana bangunan yang dibuat itu kelihatan seperti digaris dengan sempurna. Aliran ini dapat dilihat ialah aliran impressionisme kerana sapuan berus seperti tidak begitu halus. b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA Penggunaan warna ini dapat dilihat warna gelap seperti biru kehitam-hitaman dan cerah dan cahaya digunakan ialah warna kuning dan putih. Walau bagaimanapun, warna yang dilihat ini warna yang paling dominan ialah warna latar belakang dan warna gelap. c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK Teknik pencahayaan ini berjaya menghasilkan bentuk iaitu cahaya yang digunakan ini untuk menhasilkan bentuk bangunan. Seperti bangunan berkembar itu ia kelihatan bercahaya pada sebelah kiri dan gelap pada sebelah kanan.

d. ULASAN ASPEK RUANG Ruang yang digunakan ini melalui cahaya atau warna iaitu gelap pada objek paling hadapan dan bercahaya pada objek paling belakang. Contohnya, pada paling hadapan sebelum menara berkembar itu kelihatan gelap tetapi ia cerah objek-objek bangunan yang paling belakang. 5. KAJIAN TERHADAP KARYA CHOW CHIN CHUAN

"Malacca Old Town 1" "Malacca Old Town 1", 38 x 38 cm, Watercolour 2004 a. KAJIAN KOMPOSISI Unsur seni pada karya tersebut dapat dilihat pada garisan badan basikal. Di samping itu, jalinan pula terdapat pada ranting tayar basikal dan raga pada bahagian belakang basikal. Ton pula dapat dilihat pada bayang-bayang basikal dan gelap-cerah pada tayar basikal. Bagi prinsip rekaan pula ialah nilai warna kelihatan harmoni kerana kelihatan semua objek kelihatan putih dan cerah. b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA Penggunaan warna yang dibuat ini ialah cerah seperti keadaan objek sedang dibuat ketika tengah hari. Dan hampir keseluruhan warna dibuat ialah warna panas iaitu kuning. c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK Pencahayaan ini dibuat seolah-olah ketika sekitar tengah hari kerana ia begitu cerah. Pencahayaan ini juga menghasilkan bentuk seperti bentuk tayar yang dibuat dengan gelap cerah pada warna tersebut. d. ULASAN RUANG Ruang yang dibuat ini ialah ruang cetek, walaupun ia tiada garisan kaki langit tetapi perletakan objek sudah dapat dikenalpasti mengenai kedudukannya pada mana-mana ruang. POSTED BY BERUDI AT 1:05 AM 0 COMMENTS

LATAR BELAKANG CATAN Penghasilan catan terawal di dunia telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia zaman purba lagi. Penggunaan bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada dinding gua merupakan suatu penggunaan material pada zaman itu. Sebagai contoh karya seni catan yang dijumpai di gua Altamira, Santander, Sepanyol yang dipercayai dihasilkan pada 10 000 hingga 20 000 tahun yang lampau dan dihasilkan oleh masyarakat Paleolitik. Oleh hal demikian, lanjutan daripada itu seni catan berlaku pada zaman Yunani Purba. Media yang digunakan bagi panghasilan seni catan ialah fresko atau mozek dan sujek seni catannya mengenai peristiwa berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Antara pengkarya-pengkarya yang dapat dikenalpasti ialah Polynotos, Zeuxis, Protognes, Appelles. Seterusnya, pada zaman awal Kristian di Eropah pada tahun 200 hingga 1300 Masihi dengan membawa gerakan aliran-aliran penting iaitu Seni Kristian pada tahun 500 S.M hingga 400 S.M, Seni Romanesque dan Seni Gotik. Karya-karya ini lebih kepada catan menuskripdan kebanyakannya terdapat dalam kitab-kitab Bilble, panel dan dinding di gereja dan nama-nama pengkarya tidak diutamakan Justeru itu, ia tidak bersifat individu dan subjek utamanya keagamaan yang terdapat pada kitab-kitab keagamaan seperti kitab Bible. Kebanyakannya dilukis juga pada kulit binatang dengan menggunakan media cat air, dakwat dan tempera. Walau bagaimanapun, seni catan ini terus dikembangkan lagi dan menjadi seni catan moden yang bermula di Eropah sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman kemuncak penghasilan catan di Eropah. Hal ini, ia menunjukkan Negara-negara Eropah telah mempelopori seni catan sejak sekian lama. Subjek-subjek yang digunapakai ini ialah mengenai peristiwa kitab suci agama Kristian, potret dan tentang peperangan. Media yang digunapakai pula ialah Fresko, cat tempera, cat minyak dan cat air. Antara pengkarya-pengkarya yang terkenal pada zaman ini ialah Leonardo Da Vinci dari Itali yang hidup pada tahun 1452 hingga 1519 dan Albrecht Durer yang hidup pada zaman 1471 hingga 1528 di Jerman. Perkembangan catan yang paling pesat pada abad ke-15 dan 16. Catancatan ini juga dihasilkan di gereja, bangunan awam dan rumah-rumah persendirian dan teknik yang digunapakai ialah Chiotoscuro iaitu kesan cerah yang seolah-olah datang dari luar kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran. Ia menimbulkan kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera. Perspektif linear pula member gambaran horizon secara sistematik untuk mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandangan mengikut aras mata dan perspektif. Seterusnya, seni catan diteruskan lagi pada zaman abad ke 17 masihi atau 1600 hingga 1800 masihi yang dikenali sebagai zaman Baroque dan Rococo. Antara gerakan-gerakan aliran penting pada zaman ini ialah Baroque, Dutch Painting dan Rokoko. Pengkarya-pengkarya yang terlibat dengan zaman ini antaranya ialah Caravaggio, Domenchino, Rembrant, Fragonard, Gainsborough, Blake,dan Renolds. Bagi gerakan Baroque, subjek utamanya ialah imej keagamaan yang bersifat ilusi dan khyalanuntuk membawa audiens ke syurga, figura dan latar belakang seperti landskap. Teknik utamanya iaitu teknik tenebrism atau kontra terang gelap yang tinggi dan member kesan kepada bentuk, ruang dan kesan atas cerita. Contohnya kesedihan dan simpati pada cerita yang digambarkan dengan menggunakan media utama cat minyak. Selain itu, bagi rokoko pula, subjek utamanya mengenai seni hias di istana yang melambangkan kemewahan dan kisah percintaan. Subjeknya diolah daripada petikan cerita-cerita hikayat dan agama serta lanskap serta potret individu sebagai contoh di taman-taman bunga dan dalam istana dengan menggunakan teknik Secco Su Fresco dan menggunakan media cat minyak. Oleh hal demikian, pada abad ke-19 dan 20 gerakan-gerakan dalam aliran catan ini berkembang dengan begitu meluas dan banyak aliran yang wujud. Pada abad ke-19, gerakan aliran yang penting dalam catan ialah Neo-klasik (1770-1820) pengkaryanya seperti Jacques-Louis David dan Ingres, Romantisisme (1880-1850) pengkaryanya Delacroix, Goya dan William Turner, aliran Realisme (1850-

1880) pengkarya yang terlibat seperti Daumier, Millet dan Courbet, aliran Impressionisme (1870-1880) pengkaryanya seperti Claude Monet, Renoir dan Manet, aliran catan seterusnya Post-Impressionisme (1880-1905) pengkaryanya seperti Paul Cezanne, Seurat, Van Gogh, Gauguin dan gerakan aliran seni catan pula ialah aliran Symbolism, pengkaryanya ialah France dan Bonard. Selain itu, pada abad ke-20, gerakannya ialah Fauvisme (1905) pengkaryanya ialah Hendri Mattise dan Andre Derain, aliran Espressionisme (1902-1907) pengkaryanya ialah Nolde dan Kandinsky, aliran Kiubisme (1906) pengkaryanya Picasso dan George Braque, aliran Futurisme (1906) pengkaryanya Boccioni dan Giacomo Balla, aliran seterusnya ialah aliran Dadaisme (1914) pengkaryanya Marcel Dunchamp, Arp dan Man Ray, aliran Surelisme (1920-an) pengkaryanya pula seperti Salvado Dali dan Giocometti dan aliran Abstrak Ekspressionisme (1940-an) pengkaryanya seperti Salvado Dali, Rene Magritte, Joan Miro, Jacson Pollock, Mark Rothko, Willem de Kooning dan Jasper John. Di samping itu, perkembangan seni catan ini terus berlaku lagi setelah berlaku perang dunia atau dikenali sebagai War Art. Gerakan-gerakan aliran catan dikembangkan lagi menjadi beberapa aliran. Antaranya ialah Seni Pop pada tahun 1958 hingga 1965 iaitu pengkaryanya ialah Robert Rauschenberg, AndyWarhol dan Jasper John, aliran Seni Op pula (1964-1970-an) pengkaryanya ialah Bridget dan aliran seterusnya ialah Seni Minimal (1964-1975) pengkaryanya ialah Louis Newman dan Carl Andre. Selepas era itu, era catan yang masih lagi segar iaitu pada tahun 1965-1990 iaitu aliran Posmodenism. POSTED BY BERUDI AT 12:39 AM 0 COMMENTS SUNDAY, JULY 19, 2009 APAKAH ITU CATAN?

CATAN IALAH HASIL KARYA PELUKIS YANG MENGGUNAKAN MEDIA CAT AIR, CAT MINYAK DAN CAT ARKILIK SEBAGAI BAHAN UNTUK MEWARNA LUKISAN. KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS GAMBAR YANG DIPILIH DIATAS KEPINGAN KERTAS ATAU DIPERMUKAAN KANVAS SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI MEDIA YANG DIGUNAKAN. TERDAPAT BEBERAPA ALIRAN CATAN TELAH DIPERKENALKAN. ANTARANYA IALAH CATAN ALIRAN REALISME, ABSTRAK EKSPRESIONISME, KUBISME, SURREALISME DAN SEBAGAINYA. DALAM MENGHASILKAN SEBUAH CATAN YANG BERKUALITI , PENERAPAN ELEMENT-ELEMENT DAN PRINSIP SENI AMAT PENTING. ANTARA ELEMENT-ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH KARYA CATAN IALAH MESEJ ATAU MAKSUD YANG INGIN DISAMPAIKAN. SETIAP KARYA YANG DIHASILKAN OLEH PELUKIS YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN, MEREKA SERING MENGAITKAN KARYA MEREKA DENGAN ISU-ISU GLOBAL YANG BERLAKU DI SEKITAR MEREKA. RAMAI DALAM KALANGAN MEREKA MENJADIKAN ISU TERSEBUT UNTUK MENGKRITIK ATAU MEMUJI APA YANG BERLAKU. ANTARA CONTOH ISU YANG SERING DIKAITKAN IALAH ISU POLITIK, SOSIAL, EKONOMI, KESENIAN, IDENTITI KAUM DAN MASYARKAT, NASIONALISM DAN SEBAGAINYA. ELEMENT KEDUA IALAH KOMPOSISI PERLETAKAN 'SUBJEK MATTER'. KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS BERDASARKAN "RULE OF THIRD". DENGAN ADANYA PEMILIHAN KOMPOSISI BEGINI, CATAN YANG DIHASILKAN OLEH MEREKA SEIMBANG DARI SEGI PERLETAKKAN OBJEK. SELAIN ITU JUGA, ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH CATAN IALAH PENGGUNAAN WARNA. WARNA MEMAINKAN PERANAN PENTING DIMANA IA DAPAT MENARIK PERHATIAN PENONTON UNTUK MELIHAT KARYA MEREKA. KEBIASAANNYA PELUKIS MENGGUNKAN WARNA PANAS DAN SEJUK DALAM CATAN MEREKA. TERDAPAT SEGELINTIR ARTIS JUGA MENGGUNAKAN SATU UNSUR WARNA SAHAJA. INI BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN. ELEMENT SENI YANG LAIN SEPERTI TEXTURE DAN GARISAN. ELEMENT INI TURUT DITERAPKAN DALAM SEMUA JENIS CATAN KERANA ELEMENT INI DAPAT MEMBENTUK 'FORM' SESUATU 'SUBJEK MATTER' YANG DILUKIS KELIHATAN SEPERTI REALISM. ELEMENT YANG TERAKHIR IALAH CAHAYA DAN BAYANG. CAHAYA DAN BAYANG DAPAT MEMPENGARUHI 'MOOD' CATAN

YANG DIHASILKAN. INI KEBIASAANNYA DITERAPKAN DIDALAM CATAN REALISM. CAHAYA DAN BAYANG JUGA DAPAT MEMBENTU 'FORM' SESUATU OBJEK. OLEH YANG DEMIKIAN ELEMNET SENI PENTING DALAM PENGHASILAN KARYA CATAN BERKUALITI. MELIHAT KEPADA ASPEK PRINSIP SENI PULA, PEKARA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH CATAN IALAH HARMONI, KONTRA DARI ASPEK WARNA, KESEIMBANGAN, KESATUAN, PERGERAKAN,RHYTHM DAN ULANGAN DARI ASPEK SUBJEK ATAUPUN WARNA

SENI MODEN MALAYSIA RINGKASAN UMUM Posted on | March 31, 2011 | No Comments Boleh dikatakan seni catan di Malaysia merupakan seni yang berbentuk kontemporori. Bagaimanapun dalam permulaan seni catan di Malaysia masih menunjukkan tahap penggunaan bahan yang terhad. Penggunaan seperti cat air, cat minyak dan arkilik masih menjadi satu bentukan dalam penghasilan dalam karya. Pada 1977 telah diadakan satu pameran di National Art Gallery dengan 39 artis dan 113 karya. Ini termasuklah dari water color oleh Yong Mun Sen 1951 hingga ke Latif Mohidin dengan Langkawi 1977. Kebayakan pelukis pada masa itu masih mengamalkan konsep Pictorial. Pelukis-pelukis seperti Abdullah, Yong Mun Sen, Hoessein Enas, Syed Ahmad Jamal, Cheong Lai tong, Patrick Ng (sekadar menyebut beberapa artis) masih lagi terikat dnegan penggunaan water color, pastel dan cat minyak. Di tahun 60an memperlihatkan akan perkembangan abstrak ekspressionis seperti Khoo sui Heo dengan lanskap, Grace Selvanayagam Suria Seri Mersing (1968), Josep Tan Love Me In My Batik (1968). Dalam tahun 1969 pula memperlihatkan keberanian Redza Piyadasa berkarya dengan menggabungkan unsur 2D dan 3D dalam Trengganu 3?. Manifestasi Dua seni dalam tahun 1970 sedikit sebanyak membawa kepada pembaharuan di dalam seni catan apabila dua seni antara plastik art dengan berbentuk peotry digabungkan. Syed Ahmad Jamal dengan simbiolik menghasilkan sidang Ruh oleh sajak Kassim Ahmad. Ibrahim Hussien menghasilkan Pak Utih sajak dari Usman Awang dengan sosial politik figura yang dikompos manakala Abdul Latif Mohidin pula menghasilkan sungai Mekong. 1970an juga memperlihatkan juga bagaimana Ismail Zain berkarya dengan komposisi architectonic dengan kombinasi dari gesture cat, semburan yang rata dan lembut menyelubungi kawasan cat dan pengaturansemula ruang-ruang bertajuk Surface in Space No. 3?, 1971. Di tahun ini juga memperlihatkan kepada printmaking dalam seni grafik oleh Long Thein Shin yang berbentuk sensual. There Steps To Nowhere 1975, dengan silkscreen juga Ahmad Khalid yusuf menghasilkan skrip jawinya. Raja zahabudin Luar Yang Tidak Diketahui 1972, juga dengan silkscreen. Lee Kian Seng juga membawa pem baharuan dalam seni arca dengan penghasilan Resumption and Consumption 1974, melalui menestasi kayu. Dalam tahun 1977, sekali lagi Latif Mohidin menghasilkan Samudra , begitu juga dengan siri Langkawi nya. Seni kontemporari di Malaysia mula berkembang pesat selari dengan pembangunannya walaupun boleh dikatakan seni di Malaysia ini tertinggal jauh ke belakang oleh seni di Barat. Artis-artis seperti Ibrahim Hussin, Syed Ahmad Jamal, Choong Kam Kow, Josep Tan, Redza Piyadasa, Latif Mohidin (menyebut beberapa artis) telah mewarnakan seni catan mahupun arca kepada seni yang lebih bererti melalui pembaharuan-pembaharuan dalam sekitar 60an dan 70an amnya.

Dalam tahun-tahun 80an pula memperlihatkan akan penggunaan bahan campuran yang agak ketara dalam menghasilkan karya. Artis-artis seperti Nirmala Shanmugam telah menggunakan teknik kolaj dalam karya yang bertajuk Diri Anak Asia. Penggunaan photo silkscreen disempurnakan pula dengansapuan berus yang agak agresif dalam mempertemukan akan penggunaan bahan campuran. Begitu juga dengan karyanya Vietnam ii yang menggunakan teknik kolaj melalui rencana dan keratan akhbar. Begitu juga dengan Ponorin Amin yang menggunakan bahan campuran dalam karya bertajuk Alibi catur pulau Bidong . Penggunaan imej catur, jala dan beberapa bahan lain telah memperlihatkan keberanian dalam memecahkan seni yang bersifat statik kepada beraktif. Penggunaan bahan juga dapat dilihat melalui siri Jendela oleh Cik Ruzaika Ahmad Basri memperlihatkan tingkap orang melayu yang dihasilkan melalui penebukan ke atas sekeping plywood, diwarnakan ke atasnya dalam memperseimbangkan ke atas latarnya yang di lukis. Begitu juga seperti siri pulut panggang oleh Choong Kam Kow, menggunakan bahan campuran seperti paper mache. Penggunaan bahan lama-kelamaan telah menjangkiti akan penggunaanya dalam penghasilan karya. Dalam tahun 90an ini boleh dikatakan pada setiap pameran yang dianjurkan, akan terlihat oleh kita penggunakan bahan campuran. Pelukis seperti Romli Mahmud, Din Omar, Zainal, Roskang jailani, Tan Chin Kuan, Fauzin Mustaffa, Mohd. Noor, Fauzan Omar dan ramai lagi telah mewarnakan seni di Malaysia ini lebih kontemporari dalam penghasilannya. Jelaslah disini penggunaan bahan campuran telah mula mendapat tempat di hati para pengkarya di Malaysia dalam menghasilkan seni yang sebegitu. Penilai juga memperlihatkan akan kematangan mereka dalam menilai seni begitu juga dengan masyarakat di sini yang mula memperlihatkan satu tindakbalas dalam mengaprisiasikan seni yang baru kepada mereka.

You might also like