KUMPULAN B

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TEL : 05-4506000 FAX : 05-4595488 FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KBC 3023

PENSYARAH: DR. MD NASIR BIN MASRAN

TAJUK: FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KAJIAN KES TUGASAN: INDIVIDU (1) OLEH: NORSHAHIDA BINTI JUSOH NO.MATRIK: D20091034771 PROGRAM: PENDIDIKAN KHAS

1

Kandungan Isi kandungan 1.0 Pendahuluan 2.0 Definisi 2.1 Fizikal 2.2 Emosi 2.3 Sosial 3.0 Teori perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak pintar cerdas 3 3.1 Teori perkembangan fizikal 3.2 Teori perkembangan emosi 3.3 Teori perkembangan sosial 3 4 9 2 2 2 Muka surat 1

3.3.1 Peringkat perkembangan sosial mengikut teori perkembangan psikososial Erik Erikson 9 4.0 Biodata responden 5.0Perkembangan responden 5.1 Temubual dengan keluarga responden 5.2 Temubual bersama jurulatih 6.0 Perkembangan responden dari segi fizikal, sosial dan emosi 7.0 Strategi untuk menangani masalah emosi responden 7.1 Strategi jangka panjang 8.0 Kesimpulan 11 13 15 17 18 19 20 21

2

Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. tetapi golongan mereka juga tetap memerlukan tumpuan dan perhatian daripada orang lain terutama individu yang rapat dengan mereka. kajian ini untuk mencadangkan strategi-strategi untuk responden. Bukti saintifik menunujukkan bahawa mereka juga memerlukan keperluan menyeluruh sebagai manusia. Setiap masyarakat sentiasa berharap untuk menambah bilangan individu yang mampu menyumbang terhadap kesejahteraan dan kemajuan masyarakat tertentu. psikomotor dan emosi mereka terutama mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. kognitif. perkembangan responden dan tingkah laku positif dan negatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang meliputi beberapa aspek iaitu latar belakang responden. dan kawankawannya. Hasil daripada kajian ini telah dibantu oleh semua pihak yang terlibat seperti ibu bapa responden. sama seperti rakan sebaya mereka. Setiap individu yang telah dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar diberikan peluang untuk memaksimumkan perkembangan mereka sehingga menjadi cemerlang dalam bidang-bidang yang berlainan. Walaupun telah dianugerahkan kelebihan berbanding individu lain. Malaysia perlu membangunkan sumber tenaga manusia sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kemajuannya.0 Pendahuluan Sebagai sebuah negara. emosi dan fizikal seorang responden. Kanak-kanak pintar cerdas merupakan kepentingan pembangunan modal insan negara. Secara keseluruhannya. 1. Selain itu. dapatan kajian ini menunjukkan pembentukan awal perwatakan dan perkembangan yang menyeluruh. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi kesan yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Milgram (2000) merujuk kepada Feldhusen menyatakan bahawa sehingga ke hari ini perubahan yang besar telah berlaku dalam bidang pendidikan untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat. Ramai yang menganggap bahawa individu yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi tidak mempunyai sebarang masalah dalam kehidupan seharian mereka.Abstrak Kajian ini bertujuan mengkaji tentang perkembangan sosial. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar3 .

2.3 Definisi sosial Perkembangan sosial dapat ditakrifkan sebagai kemajuan secara beransur-ansur melalui kegiatan dan kefahaman mengenai warisan masyarakat dan pembentukan corak kelakuan. Individu sebegini mampu mengekspresikan rasa cinta kasih dan takutnya secara cepat dan spontan. 2.1 Definisi Fizikal Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas iaitu keseimbangan. nafsu. 2. emosi dan sebagainya.pelajar khas yang mempunyai pelbagai ketegori keistimewaan (Gallagher & Gallagher 1994). gembira. Anggapan bahawa pelajar pintar cerdas tidak memerlukan bantuan atau tidak menghadapi masalah dalam apa jua perkara hanyalah satu mitos sahaja. pergerakan dan manipulasi (Gallahue. perasaan. keadaan mental. Emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran-fikiran yang khas. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan dalam mengekalkan kedudukan badan mereka kepada tindakan graviti. namun sebagai manusia biasa mereka juga tidak sempurna. manakala manipulasi adalah kemahiran berhubung dengan objek di persekitarannya.2 Definisi emosi Emosi merupakan setiap kegiatan atau pergolakan fikiran. Emosi dan Sosial 2. marah. Kematangan emosi menghubungkan dengan perwatakan orang yang berkeperibadian yang matang. Mereka juga terlibat dalam masalah gelodak perasaan seperti sedih. Perkembangan ini penting bagi diri kanak-kanak tersebut untuk berinteraksi. mereka memerlukan bantuan dan perhatian daripada orang yang terdekat. Walaupun diberikan kelebihan melebihi orang lain. Pergerakan merupakan aspek berkaitan dengan tingkah laku. 1993) . Rancangan institusi sosial yang diikuti dengan keinginan sendiri menyebabkan ada 4 . Ini merujuk kepada pelbagai jenis keistimewaan seperti masalah pendengaran.0 Definisi Fizikal. penglihatan. malas dan sakit hati. Justeru.

perasaan dan tingkah laku individu dipengaruhi jangkauan. rohani dan sosial. adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas Perkembangan merupakan perubahan yang tidak dapat diukur iaitu bersifat kualitatif. kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan. sama ada berbentuk struktur kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah. 3. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian. bidang ini menerangkan bagaimana fikiran. Perkembangan adalah aspek perubahan. Semua perkembangan. khayalan atau kehadiran orang lain (Azizi Yahaya. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal.kalanya kelakuan dalaman dan luaran turut mengalami perubahan. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanakkanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu yang telah dijangkakan. berat badan. Kemahiran fizikal kanak-kanak 5 .1 Teori Perkembangan Fizikal Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal. Proses pembelajaran ini berlaku dalam ruang persekitaran dan perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut.0 Teori Perkembangan Fizikal. Secara ringkas. 2004). Aspek sosial berkaitan dengan pergaulan dan interaksi seseorang individu dengan individu yang berada di sekitarnya. 3. sikap dan nilai. fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia. Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Perkembangan ialah perubahan secara kualitatif serta cenderung kea rah yang lebih baik daripada segi pemikiran. Tingkah laku sosial juga dihubungkan dengan proses sosialisasi dan dapat dikaitkan dengan perlakuan. Dari aspek psikologi sosial. menjadi kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Manakala bagi aspek terbuka pula bermakna persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Lima komponen tersebut merangkumi mengenali emosi diri sendiri. iaitu suatu keadaan perasaan yang kompleks yang disertai karakteristik kegiatan kelenjar dan motoris. manakala dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Keputusan yang dilakukan mestilah melalui keyakinan diri yang kukuh. Bagi komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosi mereka pada ketika itu dan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Beliau cuba menerangkan kebolehankebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui ujian kecerdasan IQ. benci. Emosi merupakan setiap keadaan pada diri seseorang yang disertai warna afektif baik pada tingkat lemah maupun pada tingkat yang luas. contohnya gembira. mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. bahagia. kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sensiri dan individu lain. mengatur emosi diri sendiri. Goleman telah membahagikan lima komponen kecerdasan emosi.perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup dan terbuka. ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri.2 Teori Perkembangan Emosi Menurut English and English emosi adalah “ A complex feeling state accompanied by characteristic motor and glandular activities “. 3.Komponen kedua ialah kemahiran dalam mengatur emosi dan berupaya mengatur kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan 6 . Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna mereka menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal. putus asa. Menurut Goleman (1995). terkejut. Warna afektif disini dapat diartikan sebagai perasaan – perasaan tertentu yang dialami pada saat menghadapi ( menghayati ) suatu situasi tertentu. memotivasikan diri sendiri. Tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi. tidak senang dan sebagainya. Subkompetensi yang dikenalpasti merangkumi tiga iaitu kesedaran emosi.

Keempat-empat dimensi ini diperlukan oleh seseorang yang mempunyai 7 . dapat dirangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu dua komponen emosi dan dua komponen sosial. Di samping itu. Terdapat lima subkompetensi iaitu kawalan kendiri.lebih terkawal. Kebolehan ini dapat membantu seseorang ke arah yang lebih baik dan lebih maju seterusnya dapat bangkit daripada kegagalan. marah dan tingkah laku yang agresif di samping dapat mengembalikan emosi ke arah yang lebih baik setelah berhadapan dengan ujian atau halangan. Keupayaan sedemikian dapat membantu seseorang mewujudkan suasana hubungan yang baik dengan semua orang. individu yang cerdas emosinya dapat mengawal emosi mereka dan menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup. kemahiran ini juga mengurus perhubungan antara seseorang melibatkan usaha memahami emosi orang lain. Manakala komponen yang seterusnya ialah kemahiran sosial iaitu untuk membina hubungan dengan seseorang. amanah. Komponen seterusnaya ialah perasaan empati terhadap orang lain. tutur kata dan perasaan yang diikuti kemudian. Hal ini dapat dijadikan panduan kepada seseorang mengenai perbuatan. Selain itu. Perasaan sebegini dapat mengeratkan hubungan yang baik dengan lapisan masyarakat. Ini akan menyebabkan seseorang berinteraksi dengan baik. Goleman berpendapat bahawa. Seterusnya ialah berkaitan dengan keupayaan untuk mendorong diri sendiri untuk bertindak. Selain itu. berhemah. Kanakkanak yang berusia dua tahun sudah mula memahami perasaan teman yang sedang menangis. kebolehsuaian dan inovasi. Telah dipercayai bahawa individu yang cerdas ini berupaya untuk mengurus dan memahami situasi serta emosi orang lain dengan tepat. Setelah melalui proses pemantapan dalam kerangka ini. beliau juga menegaskan emosi yang stabil dapat membantu seseorang mengawal perasaan bimbang. kebolehan juga membolehkan seseorang mempengaruhi sesuatu penyelesaian masalah. Individu yang mempunyai emosi yang cerdas mampu untuk mengambil inisiatif ke arah mencapai matlamat yang ingin dikecapi.

membantu rakan dan menjalinkan hubungan. memasukkan empati. kehidupan masyarakat dan sebagainya. kedua ialah kawalan kendiri. Model ini juga dapat dijadikan panduan oleh keluarga.  Petunjuk kepada guru dalam perancangan pengajaran.  Meningkatkan bidang akademik dan ko-kurikulum pelajar. kesedaran organisasi dan orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan berkumpulan.  Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh dan keperluan murid 8 . Dimensi yang ketiga ialah kesedaran sosial. Dimensi pertama ialah kesedaran kendiri. Antaranya ialah:  Petunjuk kepada potensi murid. Teori pelbagai kecerdasan merupakan aspek yang penting untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Mempelbagaikan cara penilaian. Goleman juga mempercayai bahawa model kecerdasan ini merupakan satu model psikologi yang positif kerana dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian seseorang individu.kecerdasan emosi. amanah dan inisiatif.  Mengasah bakat dan kebolehan pelajar. Secara keseluruhannya.

1)Mengenali emosi diri sendiri Komponen emosi 2)Mengatur emosi diri sendiri  Kesedaran emosi  Ketepatan menilai diri sendiri  Keyakinan kendiri 3) Memotivasikan diri sendiri     Dorongan Pencapaian Komitmen Inisiatif & optimisme      Kawalan kendiri Amanah Berhemah Kebolehsuaian inovasi 4) Mengenal emosi orang lain 5) Membina hubungan         Pengaruh Komunikasi Pengurusan konflik Kepimpinan Pemangkin perubahan Menjalin ikatan Bersatu Bekerjasama & keupayaan. berkumpulan 9 .

Terdapat enam kategori emosi pada manusia. Otak yang baik dilihat pada peringkat awal pertumbuhan dan perkembangan.Bahagian Otak yang dikaitkan dengan emosi adalah seperti berikut: Otak adalah segala-galanya dalam menentukan kecemerlangan perkembangan seseorang individu (Wilmshurst & Brue. 10 . misalnya perasaan bimbang. Kecerdasan emosi merupakan suatu himpunan kemampuan mental yang membantu kita mengenal pasti dan memahami perasaan kita serta perasaan orang lain. sinis. marah dan sedih. Kerosakan pada bahagian ini boleh menyebabkan hilang ingatan atau pelupa. cemburu. ia juga mengawal tentang persahabatan. Kecerdasan emosi dapat meningkatkan kemampuan kita mengawal perasaan (Abdul Fatah. Terdapat pelbagai bahagian-bahagian otak dan fungsinya adalah berlainan. benci. Perasaan ialah respon terhadap persekitaran dan dilahirkan secara tidak nyata dalam tingkah laku manusia. kasih sayang. Bahagian Amygdala akan terangsang apabila seseorang individu menjadi risau. kemarahan. 2005). Bahagian Hypocampus pula mengawal memori atau ingatan. Selain itu. terkejut. berminat dan sebagainya. ketakutan. agresif dan sebagainya. 1998). takut. iaitu gembira. optimistik. Bahagian Amygdala (belakang mata) dan Hypocampus mengawal bahagian emosi. kecewa.

1997).3. Majid dan Rahil. perhatian dan kasih saying. pemberian keperluan asas. Ini dapat dijelaskan sekiranya segala keperluan bayi dipenuhi seperti mendapat makanan. Pada setiap peringkat bayi. 3. tidak konsisten. zaman bermain. jika bayi berkenaan tidak dapat mempercayai orang disekitarnya dan akan menyebabkan defensif serta akan cuba melindungi daripada persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Sebaliknya. Erikson berpendapat bahawa darjah kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan daripada ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Perkembangan sosial dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi aktiviti bermain iaitu perhubungan dengan rakan sebaya. Tahap 1) Lahir hingga 1 tahun Keadaan sosial -Sokongan.3. ada kesinambungan hidup. minum.1 Peringkat perkembangan sosial kanak-kanak mengikut teori perkembangan psikososial Erik Erikson. penafian. Remaja lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarganya (Abd.3 Teori Perkembangan Sosial Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat. dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. 2) 2 hingga 3 tahun -Mengendalikan sendiri dan 11 Ekoran Psikososial  Mempercayai   Tidak mempercayai Kebebasan . remaja. kanak-kanak. -kekurangan sokongan. sekolah. Tokoh ini berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap yang seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri yang berlawanan pada tahap-tahap tertentu. awal dewasa dan tua terdapat pelbagai konflik sosial yang akan di atasi untuk perkembangan seterusnya.

-Perlindungan yang berlebihan. 7) 36 hingga 55 tahun -Tujuan hidup. kefahaman mendalam mengenai model seks.    Pengasingan Kebolehan menghasilkan sesuatu -Kekurangan perkembangan diri. -Kekeliruan tujuan. 6) Awal 20 hingga 35 -Meluaskan kemesraan.sokongan. -Tiada peluang. -Kurang latihan. pendidikan yang cukup dan produktif. kekurangan sokongan dan keyakinan.  terhenti  Kemesraan  Kekeliruan peranan  Identiti  Rendah diri  Kerajinan  Perasaan bersalah  Inisiatif  Keraguan 8) 55 tahun ke atas -Perasaan mesra. mempercayai. bertanya. berarah. 4) 6 hingga 11 tahun -Kemahiran diri. maklum balas yang kurang jelas. produktiviti. persefahaman. -Kesunyian. 3) 4 hingga 5 tahun -Galakan. perpaduan. peluang sendiri. mendapatkan maklum balas positif. arah dan sokongan. 12 Kesempurnaan hidup . menjadi model yang baik. perasaan negatif. 5) 12 hingga 19 tahun -Kestabilan dalaman yang berterusan. kurang memahami ekspektasi.

ketidakpuashatian.-Kurang kesempurnaan.  Putus harapan 4.0 Biodata responden NAMA PENUH: Syahrul Azwari Bin Ibrahim NAMA PANGGILAN: Syahrul ASAL: Kelantan UMUR: 17 TAHUN TARIKH LAHIR: 12 Januari 1993 BANGSA: Melayu AGAMA: Islam STATUS: Bujang PROFESSION: Pelajar dan Pemain Bola Sepak Profesional POSISI: Flengker/Sayap Kanan PENDIDIKAN TERTINGGI: Bakal menduduki SPM 2010 NAMA BAPA: Ibrahim Bin Ahmad PEKERJAAN BAPA: Pesara 13 .

14 .com TINGGI: 172 cm BERAT: 63 kg PASUKAN PIALA DUNIA DIMINATI: Spain PEMAIN PIALA DUNIA DIGEMARI: David Villa PEMAIN BOLA IDOLA: Theo Walcott KENANGAN MANIS TENTANG PIALA DUNIA: Berkumpul bersama keluarga menyaksikan perlawanan Piala Dunia.com FACEBOOK: syahrulazwari_93@yahoo. KENANGAN PAHIT TENTANG PIALA DUNIA: Diejek oleh keluarga kerana pasukan kegemaran kalah. Ella PENCAPAIAN/ANUGERAH: Mewakili Negara Kejohanan Kelayakan Asian Football Competition (AFC) 2009. Faizal Tahir. M Nasir. Lisa Surihani PENYANYI TEMPATAN DIMINATI: Jamal Abdillah.NAMA IBU: Salma Bt Mamat PEKERJAAN IBU: Suri rumah ADIK-BERADIK: 8 ORANG (anak ke-7) HOBI: Memancing dan bersukan GAMBARAN PERIBADI: Periang dan pemalu sikit MAKANAN KEGEMARAN: Nasi Gulai Ayam MINUMAN KEGEMARAN: Bandung MUZIK KEGEMARAN: Jazz & Rock FESYEN KEGEMARAN: Simple WARNA KEGEMARAN: Biru dan putih EMEL: syahrulazwari_93@yahoo. PELAKON TEMPATAN DIMINATI: Farid Kamil.

Setakat ini syahrul merupakan pemain yang mendapat pencapaian tertinggi apabila dipilih sebagai pemain bola untuk pasukan Harimau Muda bawah 19 tahun kumpulan B. 25 tahun merupakan pemain Johor FC. 30 tahun. Itupun selepas diajak oleh abangnya iaitu Shariful Ibrahim.0 Perkembangan Responden Perbincangan berkaitan dengan pengaruh genetik dan persekitaran genetik dalam menentukan individu itu menjadi pintar cerdas atau tidak memang sudah lama berlaku. Setiap anak mewarisi beberapa ciri-ciri daripada ayah dan ibunya.5. Seorang lagi abangnya iaitu Ismail Ibrahim pernah bermain bola dalam peringkat daerah Kelantan. Manakala persekitaran individu dan keluarga masing-masing sebanyak 23%. syahrul memiliki persekitaran keluarga yang positif untuk membantunya menjadi seorang yang berbakat. Syahrul dengan penuh yakin mengatakan tidak pernah terfikir untuk membuat kerja lain selain daripada bermain bola sepak. Responden telah bermain bola ini sejak berusia 10 tahun lagi untuk wakil negeri Kelantan. Abangnya yang ketiga iaitu Safuan Ibrahim. bermain 15 . yang kini bertugas sebagai jurulatih pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun. Peratus terjadinya pintar cerdas ialah dapat dilihat iaitu sebanyak 50% berpunca daripada baka. Baginya. Dalam konteks ini. Syahrul menegaskan bahawa semua adik beradiknya bermain bola sepak termasuklah ayahnya. Seterusnya ialah abangnya yang bernama Syariful Ibrahim. Menyentuh mengenai usianya yang masih lagi muda dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. dia boleh dikategorikan dalam kecerdasan kinestatik badan iaitu kebolehan dalam menggunakan keseluruhan anggota tubuh badannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Adiknya pula merupakan pemain untuk kelab Kelantan. Kali pertama beliau menendang bola ialah sewaktu berumur 6 tahun lagi. Bercerita mengenai dirinya yang tidak akan meninggalkan dunia bola sepak. Bagi responden saya. Bermula daripada ayahnya yang merupakan jaguh kampung. Menurut Gardner (1983). terdapat Sembilan jenis kecerdasan untuk mengukur potensi kecerdasan manusia. Hal ini demikian kerana latar belakang keluarga yang aktif bersukan.

Sepatutnya kita perlu memartabatkan sukan kita bukannya menjatuhkan. Pada waktu pemilihan berlangsung. Syahrul berpendapat bahawa Malaysia agak ketinggalan sedikit dari segi peralatan dan cara latihan berbanding dengan negara maju yang lain. Bercerita pasal bola. Syahrul juga mahukan peminat untuk mengiktiraf pemain Malaysia supaya lebih maju. Meminta pendapat daripada Syahrul tentang industri bola sepak tempatan. Tetapi. Syahrul langsung tidak berasa cemburu terhadap kawan-kawannya kerana telah mengetahui sejak daripada awal lagi. dia akan memilih orang yang betul-betul layak dan tahu bagaimana untuk mengendalikan pimpinan bola sepak negara. tapi dia sedih kerana sejek menjadi pemain bola profesional. jika dia berpeluang untuk mengubah industry bola sekarang. Beliau memberitahu bahawa. iaitu 2009. Bola sepak sebenarnya sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya kerana adanya semangat setia kawan. Syahrul mengakui soalan ini terlalu sensitif dan sukar untuk dijawab.bola sepak ini merupakan sesuatu yang unik. banyak posisi jawatan tertentu dipenuhi dengan orang yang kurang pakar dalam bidang bola sepak. dia berhasrat bahawa suatu hari nanti mahu menjadi pemain bola sepak yang betulbetul profesional. Sekarang. Responden saya berharap bahawa peminat bola tempatan supaya kurangkan kritikan pedas kepada pemain tempatan. Dia menambah bahawa peminat bola tempatan melebihkan dan mengaggungkan pemain luar negara berbanding pemain sendiri. 2 tahun berturutturut dia tidak dapat balik beraya di kampung halaman. Syahrul tidak pernah lagi kemalangan teruk. Syahrul terpaksa beraya di Uzbekistan kerana terlibat dengan pemilihan Bola Sepak Asia atau AFC. Pada tahun lalu. 16 .

Kebolehan ini berbeza dengan kanak-kanak lain yang hanya mampu memegang sahaja bola tersebut. Ulasan 17 . Dia selalu bertanya tentang bola sepak sewaktu kecil lagi. ayahnya memberitahu bahawa Syahrul menampakkan kematangan dalam arena bola sepak. Ulasan -Kanak-kanak berbakat menunjukkan bakat mereka sewaktu kecil lagi. Dia juga seorang yang kreatif dan suka mencuba dalam menghasilkan cara baru semasa perlawanan.1 Temubual Dengan Keluarga Syahrul Soalan 1 -Bilakah Syahrul mula bermain bola? Jawapan -Sejak umur 6 tahun.Pasukan Harimau Muda Kumpulan B Bawah 19 Tahun 6. Soalan 2 Adakah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi tentang dunia bola sepak? Jawapan -Ya.

dia seorang yang mudah dibawa berbincang. peramah dan mudah menghormati orang yang lebih tua daripadanya.-Individu yang pintar mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Kelebihan ini membolehkan Syahrul menyesuaikan diri dengan mudah bersama golongan orang yang lebih tua. Soalan 4 Adakah berupaya melakukan interaksi sosial? Jawapan -Ya. Ulasan -Responden mudah memahami sebab dan musabab kejadian ataupun perkara dengan cepat. Ulasan . Pemikiran melebihi usia. Soalan 3 -Boleh menjangkakan dan membuat andaian sesuatu perkara? -Jawapan Boleh menjangkakan dan membuat andaian. Ketika mula-mula belajar di Tabika. Kanak-kanak pintar juga biasanya mempunyai daya kepimpinan yang lebih. Responden juga sentiasa berimaginasi dan mencari-cari cara yang terbaik bagi merealisasikan imaginasi itu seperti dalam bidang yang diminati. Ulasan . Syahrul tidak menunjukkan sebarang masalah sosialisasi dengan rakan baru walaupun Syahrul masuk ke tabika pada bulan yang kedua iaitu lewat sebulan dari tarikh pendaftaran masuk ke tabika seperti kanak-kanak lain. Kebolehan mereka memusatkan perhatian dan cekap 18 .Responden mempunyai kemahiran berfikir yang hebat serta dapat menyaingi pemikiran orang yang lebih tua daripadanya. Ciri-ciri ini menyebabkan mereka cepat mempelajari sesuatu perkara. Ini menyebabkan mereka sentiasa berfikir berkaitan pelbagai perkara dan sentiasa berusaha mencari sebab dan musabab sesuatu perkara. Soalan 5 Adakah cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru? Jawapan -Ya.Kanak-kanak berbakat dan kreatif suka mencuba. Dia mampu membuat jangkaan dan spekulasi dalam isu-isu semasa.

mengadaptasi persekitaran membolehkan mereka memperkayakan pengalaman sendiri dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Soalan 3 Bagaimana disiplin Syahrul semasa dalam permainan dan luar permainan? jawapan -Dari segi disiplin. bertenaga dan mempunyai kemahiran terutamanya dalam penguasaan bola.2 Temubual Bersama Jurulatih Soalan 1 Bagaimana pencapaian dan prestasi Syahrul semasa memasuki pasukan Harimau Muda? Jawapan -memberangsangkan dan menunjukkan satu pencapaian yang positif di luar jangkaan. Soalan 4 Bagaimana kekuatan mental dan psikomotor Syahrul dalam perlawanan? Jawapan -Dari segi ketangkasan. Ulasan -Responden banyak kali menjaringkan gol semasa perlawanan. responden berupaya untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat. Ulasan -Seseorang yang bersifat pintar cerdas secara automatik akan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukannya. Soalan 2 Apakah kelebihan Syahrul berbanding dengan pemain-pemain lain? Jawapan -Syahrul lebih berkeyakinan semasa bermain. syahrul seorang atlit yang menepati masa dan melakukan sesuatu perkara dengan tekun atas satu prinsip. 5. 19 . Dia seorang yang berupaya. Ini menyebabkan pasukan melonjak naik. Ulasan -Banyak serangan telah dilakukan dan hamper menyebabkan gol.

Soalan 5 Kestabilan emosi Syahrul? Jawapan -Syahrul mengalami masalah dalam mengawal emosinya semasa perlawanan.Ulasan -Responden mahir semasa mengelecek bola dengan pihak lawan. 3) Emosi Syahrul juga seorang yang mudah marah apabila sesuatu kehendak tidak diperolehi. dia lebih memilih kawan yang sama negeri dengannya. Dia pernah menghalau pengadil kerana pengadil tersalah memberi kad kuning kepadanya. Mungkin ini merupakan kekurangan bagi golongan mereka. 6. Ini mungkin disebabkan faktor loghat dan masalah dalam berkomunikasi. Selain itu banyak berlaku perubahan dari segi fizikal dan fisiologikal. Walaubagaimanapun. Secara fizikal. Syahrul memiliki ketahanan ujian fizikal lebih berbanding dengan orang lain. Dia juga berkebolehan untuk memanipulasikan objek-objek fizikal serta mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Hal ini terjadi kerana dia kekok untuk berbicara dengan kawan yang berlainan negeri. Ulasan -Kebiasaan seseorang yang berbakat ini mempunyai emosi yang kurang stabil berbanding orang lain.0 Perkembangan responden dari segi: 1) Fizikal Tahap psikomotor responden lebih hebat berbanding dengan orang lain. 20 . 2) Sosial Pergaulan dengan kawan-kawannya agak baik dan tidak mengalami masalah.

tidak dapat mengawal emosi. Saya telah memberi beberapa nasihat dan kaedah kepada responden untuk mengurangkan atau menghapuskan terus masalah tersebut. 21 . Selain itu. dia seorang yang normal seperti remaja lain. Kaedah yang akan saya gunakan untuk membantunya ialah melalui kaedah kaunseling. Maknanya. jurulatih dan juga diri responden. saya mendapati bahawa responden memang memiliki kehebatan dalam sukan bola sepak. Selain itu. Sekiranya tidak berjaya. bahagian otak yang mengawal emosi iaitu Amygdala tidak dapat dikawal atau kurang berfungsi dengan baik semasa mengawal emosi. Di sini saya dapat simpulkan bahawa responden takut untuk mencuba mengenali seseorang. Seterusnya akan menasihati terlebih dahulu dan menyuruhnya mengawal emosi. Dia memberitahu bahawa masalah loghat yang menghalangnya untuk berkomunikasi dengan individu berlainan negeri. Sekiranya responden ingin bermain dan mengikuti sesi latihan diadakan. Dari segi pergaulan dan sosial responden pula kurang memberangsangkan. Manakala dari segi sosial dan emosi. Dia seorang yang mudah agresif ketika perlawanan. responden agak memilih dalam mencari kawan. Pertama saya akan berjumpa dengannya secara perseorangan dan bertanya apakah perasaannya ketika perlawanan bola diadakan dan mengapa dia tidak dapat mengawal emosinya. elaun responden akan disekat dan digantung persekolahan selama beberapa hari. sedikit sebanyak ingin menolong mengurangkan tahap emosinya yang tidak stabil itu. Saya sebagai gurunya. Seperti yang telah dinyatakan di atas. Dari segi fizikal responden tidak mengalami sebarang masalah.0 Strategi Untuk Menangani Masalah Emosi Responden Setelah berjumpa dengan keluarga. Hal ini demikian kerana. responden mengalami sedikit masalah. dan lebih bersifat berani melakukan apa sahaja sehingga menghalau pengadil. responden juga tidak boleh bermain semasa perlawanan bola diadakan dan tidak dapat menyertai mana-mana latihan yang akan diadakan di luar negara.7. dia akan cuba mengawal emosinya daripada bersifat agresif. responden juga memberitahu bahawa tidak mempercayai individu yang berlainan agama dan negeri.

Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan selain mengubah persepsinya terhadap kaum lain dan berlainan negeri. 22 . Thailand. Walaupun umur responden sekarang ialah 17 tahun. tetapi banyak pengalaman yang sudah dipelajari. Selepas pemerhatian secara tidak langsung dilakukan satu strategi jangka panjang dapat diatur kepada responden bagi membantunya mengejar matlamat dan merealisasikan impiannya. dan yang terbaru di Slovakia.1 Strategi Jangka Panjang Setelah berjumpa dan berbual dengan responden. McAulley (1988). Majoriti had umur seorang pemain bola ialah dalam lingkungan 30 tahun ke bawah yang melayakkan dirinya menyertai perlawanan yang melibatkan negara. kanak-kanak atau golongan-golongan yang berminat. saya telah mengenalpasti beberapa kelebihan dan kekurangan responden. Saya telah mencadangkan supaya responden membuka pusat bola sepak atau futsal. kepuasan dan menjalin hubungan. Dalam jangka masa yang panjang. Uzbekistan. dia tidak perlu bimbang sekiranya dia tidak diperlukan lagi dalam satu-satu perlawanan ketika umurnya meningkat 30 tahun. pengalaman dan kesungguhan yang sedia ada pada diri responden tidak mustahil akan membolehkannya untuk menjadi seorang jurulatih yang professional pada masa akan datang. Mungkin dia boleh menjadi jurulatih kepada remaja-remaja. bakat dan kesungguhan yang ada pada responden ini telah melayakkan dirinya terpilih untuk mewakili sebarang kejohanan yang dianjurkan di dalam dan luar negara berbanding dengan pemain yang lain. Melalui perlawanan yang disertai yang melibatkan Negara-negara tersebut. bakat. saya akan menyuruhnya supaya mencari kenalan melalui facebook. Banyak negara-negara yang telah dilawati ketika mewakili Negara oleh responden seperti China.Kaedah yang saya gunakan dalam menangani hal ini ialah dengan menemukan dia dengan beberapa individu yang berlainan negeri dan agama. Selain itu. Vietnam. Ini kerana komunikasi dapat meningkatkan keyakinan seseorang dan menentukan tindakan. 7. Melalui pengalaman yang ditimba oleh responden saya. kemahiran. ini telah membuktikan kemahiran.

sifat individu terbabit yang berkeupayaan untuk mempengaruhi orang lain termasuk mempunyai daya pujuk. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk ciri-ciri kepintaran yang dimiliki oleh seseorang individu tanpa mengabaikan perkembangan sosial dan emosi mereka. Oleh itu. sosial dan tingkah laku responden adalah penting bagi menjamin kesinambungan sesuatu program yang dirancang untuknya. Keseimbangan perkembangan golongan ini bergantung kepada keprihatinan ibu bapa. 23 . Dalam waktu itu juga.0 Kesimpulan Secara menyeluruh. Oleh itu.8. pendidik. persekitaran pembelajaran dan juga masyarakat agar mereka mendapat dorongan daripada semua pihak yang berada di sekelilingnya. Individu yang pintar cerdas dan berbakat juga lebih bijak berbanding dengan rakan sebaya mereka. Ibu bapa dan guru harus memainkan peranan penting dalam menangani hal ini kerana mereka lebih rapat berbanding dengan orang lain. perancangan untuk mewujudkan satu prosedur sokongan psikologi dan sosial yang sistematik merupakan satu keperluan yang amat sukar untuk disediakan dan dipenuhi pada setiap fasa perlaksanaan. Pelajarpelajar pintar cerdas dan berbakat perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup mereka agar dapat mengimbangi tahap kepintaran atau bakat yang dimiliki oleh mereka dengan wibawa diri yang dilengkapi dengan kestabilan emosi dan mental. Ciri-ciri tersebut ialah bersikap mesra masyarakat serta cermat dan teliti dalam mengambil sesuatu tindakan. mereka juga masih lagi seorang individu yang memerlukan perhatian sama atau lebih daripada orang lain. Hal ini demikian kerana untuk kepentingannya dan juga masyarakat sejagat. emosi. serta tidak menyalahi normanorma sosial masyarakat umum. berwibawa dan mahir berkata-kata turut menyumbang terhadap pembangunan individu menjadi pintar cerdas. di sebalik ciri-ciri yang mengagumkan ini. dan faham akan perangai golongan tersebut. Mereka juga mengalami masalah dalam pergaulan dan komunikasi. tetapi ini tidak bermaksud mereka turut dewasa dalam aspek perkembangan sosial dan emosi. kestabilan personaliti. Seterusnya sikap serta ciri peribadi yang memuaskan adalah penting dalam memperkayakan seseorang individu pintar cerdas.

Boston: Allyn and Bacon. Ed.J. R. Pemikiran Keseluruhan Otak. Majid Mohd Isa dan Rahil Mahyuddin (1997). 2000. Florida: Harcourt Brace College Pub. Goleman. Bhd. 1988. 24 . 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S. WI: Brown and Benchmark. Identifying and enhancing talent in Israel: A high national priority. Frames of mind: The theory of multiple intelligence. Gardner. D. Azizi Yahaya.G. McAuley. D. (2004). Psikologi Pendidikan 1-Pertumbuhan dan Perkembangan. (1999) Introductory to Personality (6th ed). Milgram. Psikologi Sosial. Emotional Intelligence. 1994. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Komunikasi antara Manusia. 4th. W. A Parent’s guide to Special Education.A. Selangor: Longman.M. 2000. Abd. Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. (1993). Wilmshurst. Madison. & Brue. New York: Bantam. L. (1995). Mischell. Teaching the gifted child.Rujukan Abdul Fatah Hasan (1998). & Gallagher. (1983). A. Gallagher. 22 (2): 108-110. J. Development Physical Education for Today’s Children. Gallahue.L. New York: basic Books. Jan. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. W. New York: AMACOM. H. Roeper Review. J.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful