You are on page 1of 13

PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM SUKAN

Ahli Kumpulan: Farah Wahida Bt Mohd Zahir Annasihah Bt Ramli Nur Syamira Bt Mohd Shukri Nur Zahidah Bt Subri Siti Nabihah Bt Mohammad

PENGENALAN

Badan yang sihat dan kesihatan yang baik sering dikaitkan dengan kegiatan sukan.
Sukan yang bercorak riadah banyak memberi sumbangan terhadap badan yang cergas dan kesihatan badan sempurna. Bagi jaguh-jaguh sukan yang mengambil behagian dalam kegiatan dan pertandingan sukan adalah mustahak untuk ditentukan bahawa badan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gigih.

PERKEMBANGAN KESIHATAN
Pemeriksaan

Sebelum jaguh sukan memulakan sebarang pertandingan, pemeriksaan kesihatan dilaksanakan bagi mengesan sebarang penyalahgunaan bahan seperti dadah atau sebaginya. Adalah mustahak pemeriksaan kesihatan agar kekuatan dan bahan sampingan yang dimbil agar ianya memenuhi syaratsyarat peraturan pertandingan.

PERANAN KERAJAAN
Perkhidmatan - Kerajaan mengadakan perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat melalui sekolah, angkatan bersenjata hospital dan klinik - Ahli-ahli sukan boleh mendapatkan perkhidmatan dari kalangan sumber perkhidmatan perubatan itu.

- Selain itu, kerajaan mengadakan perkhidmatan sokongan kepada ahli sukan agar tidak mengambil bahan sampingan ketika menyertai pertandingan.

PERANAN PERSATUAN SUKAN


Kemudahan Persatuan memberi kemudahan kepada atlit

Beri galakan untuk memperluas dan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran profesional yang diperlukan. Mengadakan perkhidmatan perubatan kepada ahli sukan semasa pertandinga.

BAHAN TERKAWAL

Semua makanan yang tidak dimasak merupakan punca pelbagai jenis penyakit Perubatan dari segi pemakanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan gangguan usus Garam harus dimasukkan ke dalam makanan dan baik untuk kesihatan badan. Makanan ringan seperti biskut dan coklat harus dielakkan dan tidak dimakan oleh ahli sukan

Bahan makanan yang kaya dengan karbohidrat yang mudah dihadam boleh dimakan 3jam sebelum pertandingan Dengan pemakanan yang seimbang dan terkawal, lebihan vitamin tidak diperlukan Semua atlit sukan harus menentukan bahawa memakan makanan dan mengambil minuman seperti biasa. Jangan sekali-kali tidak makan atau minum

Kenapa Terdapat Penyalahgunaan Bahan Oleh Atlet Berlaku Sewaktu Pertandingan?

kerana atlet ingin berada atau mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik di samping sebagai jalan mudah untuk mengecapi kejayaan
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan stamina dan tenaga pada tahap yang tinggi selain bertindak sebagai ubat tahan sakit sekiranya atlit mengalami sebarang kecederaan tertentu.

Sebagai bukti, petikan artikel Berita Harian bertarikh 09 September 2009 menyatakan bahawa pelumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi mengambil dadah terlarang kerana ingin berada pada tahap kesihatan yang terbaik selepas mendapat tahu dia terpilih buat mengikuti program latihan elit skuad trek negara di Australia. Fauzan, 23 dalam petikan akhbar menyatakan beliau sebenarnya mengalami kecederaan otot lutut kiri yang membuatkan dia bertindak mengambil keputusan untuk mencari kaedah perubatan yang lain tanpa menyedari ubat yang diambil telah diuji positif sewaktu Mini Olimpik

Apakah Contoh Penyalahgunaan Bahan Yang Selalu Digunakan Atlet Sewaktu Pertandingan?

Antaranya ialah dadah rangsangan jenis nandrolone iaitu sejenis steroid anabolik yang digunakan oleh atlit lumba basikal Negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi.

trio atlet menembak Kebangsaan, Bibiana Ng, Joseline Cheah dan Siti Nur Masitah Badrini juga terpalit kesalahan dalam penyalahgunaan bahan terlarang apabila didapati mengambil dadah jenis propranolol bertujuan bagi mengurangkan debaran. (petikan artikel akhbar Berita Harian, 08 Sept 2009) oleh Norbakti Alias.

Apakah Akibat/ Hukuman Yang Akan Diterima Atlet Tersebut Sekiranya Dia Didapati Bersalah?

Hukuman penggantungan selama beberapa tahun dikenakan ke atas mana-mana atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang tertentu dalam sukan selain tindakan tataterbib dikenakan pada atlet tersebut. Sebagai contoh bagi membuktikan kenyataan ini, dalam satu pernyataan artikel akhbar berita harian, memberitahu MSN mengambil langkah awal dengan menghentikan segala bantuan, elaun latihan dan kemudahan kepada Amirul serta melarangnya daripada menyertai skuad kebangsaan untuk menjalani sesi latihan di Hughou, China.

Bagaimanakah Caranya Untuk Menyelesaikan Masalah Penyalahgunaan Bahan Yang Kerap Berlaku Pada Era Modenisasi Ini?

dengan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para atlet dan perkara ini perlu dilakukan pada peringkat bawahan.

Hal ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti kaunseling, ceramah, kempen kesedaran dan sebagainya kepada para atlet agar mereka dapat berusaha dan bekerja keras dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Selain itu, para atlet juga perlu sedar, mereka harus bertanggungjawab atas apa sahaja makanan yang diambil kerana persatuan mahupun pegawai sukan tidak boleh memerhatikan pergerakan mereka sepanjang masa. Apa sahaja makanan khususnya makanan tambahan perlu dirujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan `kebersihannya' daripada dadah larangan.

You might also like