You are on page 1of 4

Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

Karangan jenis ceramah/syarahan


Syarahan : Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama Salam sejahtera diucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia ustaz yaakob (Guru Besar), guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberi syarahan sempena hari perasmian minggu keselamatan jalan raya. Tajuk syarahan saya ialah Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama. Hadirin yang dihormati sekalian, Keadaan jalan raya pada masa kini Tahap keselamatan di jalan raya pada masa kini amat membimbangkan. Banyak kemalangan berlaku terutamanya ketika musim perayaan, cuti sekolah dan jalan-jalan yang merbahaya seperti selekoh dan jalan-jalan yang rosak. Tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan penumpang Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih prihatin dengan keselamatan diri dan penumpang. Ciri-ciri keselamatan di dalam pemanduan seperti memakai tali pinggang keledar dan memakai topi keledar bagi penunggang motosikal seharusnya tidak dipandang remeh. Ini dapat mengurangkan tahap kecederaan yang serius apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku. Hadirin yang dihormati sekalian, (Isi 3 : Tidak memandu dalam keadaan yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain) Pengguna jalan raya juga diharap tidak memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kebanyakkan kemalangan berpunca daripada pemandu yang mengantuk, mabuk, memandu dalam keadaan yang terburu-buru serta lalai terutamanya apabila menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau mengunggang

motosikal. Pemandu seharusnya merancang perjalanan dan menguruskan masa dengan baik agar tidak memadu dengan terburu-buru. (Isi 4 : Mematuhi peraturan jalan raya) Pengguna jalan raya juga perlu mematuhi pertaturan jalan raya terutamanya mematuhi giliran lampu isyarat dan had kelajuan yang ditetapkan. Pengguna yang melanggar peraturan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri dan pemandu yang lain, malah membahayakan pejalan kaki di sekitar mereka. Pejalan kaki juga harus sentiasa berwaspada dengan menggunakan kemudahan yang sesuai untuk melintas. Pejalan kaki juga harus memilih arah yang bertentangan dengan laluan kenderaan. Cara ini lebih selamat kerana pejalan kaki dapat melihat kenderaan yang sedang bergerak di hadapan mereka berbanding berjalan membelakangi arus kenderaan. Hadirin yang dihormati sekalian, (Isi 5 :Peranan kerajaan dan pihak berkuasa) Kerajaan juga perlu lebih bertangunggjawab dalam menangani isu keselamatan jalan raya terutamanya menjalankan tindakan segera sekiranya terdapat jalan-jalan yang rosak atau berlubang yang menjadi punca kemalangan berlaku. Pihak berkuasa juga perlu menjalankan tugas dengan lebih cekap bagi memastikan pengguna jalan raya tidak melanggar peraturan dalam usaha mengurangkan kes-kes kemalangan di jalan raya. Hadirin yang dihormati sekalian, Jelas di sini bahawa pengguna jalan raya samada pemandu atau penunggang kenderaan, pejalan kaki, malah pihak berkuasa dan pihak kerajaan mempunyai peranan dalam isu keselamatan di jalan raya. Sebelum mengakhiri syarahan saya pada hari ini, saya menyeru agar semua pihak bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga keselamatan ketika menggunakan jalan raya. Sekian, terima kasih. PANTUN PEMBUKA ACARA 1.Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. 2.Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, 3.Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. 4.Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara

You might also like