You are on page 1of 13

Masyarakat Murut - suku bangsa yang tertua di Sabah Berasal dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui

i kepulauan Filipina. Cara hidup mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu Orang Asli negeri tersebut. Mempunyai banyak persamaan dengan orang Dayak di Sarawak.

Kawasan penempatan - Tenom, Sapulut, Pensiangan, Rundum, Keningau dan Sipitang.

Ketua Masyarakat (Penghulu) Penduduk Bomoh (Babalian)

Bahasa Murut Menggunakan 15 jenis bahasa dan 21 dialek asal Murut. Taggal - menyerupai bahasa Kadazan Dusun.

Mempercayai animisme (setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiri) Gunung Antulai atau Gunung Aru (Gunung Hantu) dianggap sebagai tempat suci. Percayai Aki Kopuno - kuasa yang mencipta segala-galanya. Bomoh mereka yang berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.

KESENIAN Tarian Magunatip i. semasa majlis Hari Magavau iaitu memuja semangat padi. ii. diiringi pukulan gong oleh sepasang penari yang terdiri lelaki dan wanita yang berpakaian tradisi. iii.Dua orang melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya.

Tarian Mangalang oleh etnik Murut i. ketika menyambut tetamu dari jauh, berpindah rumah dan hari Monggotom (Hari Pesta Menuai Padi).

Tarian Lansaran i. Ia ditarikan di lantai khas berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti spring. Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai kinkilat yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. Kemuncak tarian lansaran ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim sesama mereka. Pada masa lalu tarian itu dipersembahkan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.

KELAHIRAN pemberian nama -tidak akan diberi dengan serta merta untuk mengelakkan sebarang perkara buruk menimpa.

PERKAHWINAN berkahwin dalam usia yang masih muda -13 tahun (perempuan) dan 15 hingga 18 (lelaki). Pasangan pilihan ibu bapa Sistem barian iaitu hantaran sampai mati atau barian kahwin seumur hidup diamalkan. Sistem ini dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah berkahwin. Pada asasnya, adat perkahwinan masyarakat Murut merangkumi peringkat merisik (pamalaan), pertunangan (antamong) dan perkahwinan (pahuatan).

KEMATIAN Dalam adat kematian orang Murut i. saudara-mara kaum Murut memukul tiang rumah apabila berlaku kematian ii. Mayat dibersihkan dan dipakaikan pakaian sebelum dikebumikan. iii. Mayat dikebumikan dalam posisi duduk. iv. Mayat dibakar dalam tembikar v. disimpan dalam rumah selama tujuh hari.

Lelaki : pergi ke hutan untuk memburu dan memungut hasil hutan, petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai, pakar dalam membuat perahu

Wanita : sebagai surirumah, membuat pakaian, menjalin manikmanik

You might also like