You are on page 1of 2

CARA MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG MESRA BUDAYA

Dalam bahagian tugasan ini, setiap guru pelatih diminta memberi 5 cadangan bagaimana mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra budaya dalam bilik darjah. Saya ingin membincangkan bagaimana membina suasana mesra budaya dalam bilik darjah melalui aspek fizikal dan sosio emosi. Bagi aspek fizikal, terdapat 3 cara yang boleh dilaksanakan. Cara yang pertama ialah susun atur meja dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai etnik dalam kalangan pelajar. Setiap murid perlu dicampur dalam satu kumpulan meja dan tidak membenarkan mereka berkumpul mengikut etnik mereka sendiri. Guru perlu mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Apabila dicampur, mereka akan berinteraksi dan berhubung sesama mereka. Mereka akan menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu dan secara tidak langsung memberi lathan kepada etnik lain untuk berlatih dalam bahasa Melayu. Cara yang kedua ialah guru perlu mewujudkan satu sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah. Sudut-sudut pembelajaran dan bacaan adalah penting dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid. Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan. Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini bertujuan memberi pengetahuan kepada murid-murid mengenai pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Cara yang ketiga ialah mewujudkan sebuah peraturan dalam bilik darjah. Peraturan ini bertujuan menjaga kelakuan dan mendisiplinkan murid-murid. Peraturan yang dibuat ini akan diikuti oleh murid dan lama kelamaan akan dijadikan budaya dalam bilik darjah. Antara peraturan bilik darjah yang boleh dilakukan ialah memberi salam setiap kali guru masuk ke bilik darjah dan memberi salam setiap kali bertemu dengan guru di sekolah. Peraturan yang lain ialah memberi pujian seperti kepada rakan-rakan

yang berjaya menjawab soalan guru. Budaya memberi pujian ini akan menyebabkan murid tidak takut untuk mencuba dan akan menjadi lebih aktif. Bagi aspek sosio emosi, terdapat dua langkah untuk membina suasana mesra budaya yang ingin saya cadangkan. Langkah yang pertama ialah mewujudkan suatu keadaan yang harmonis dan ceria agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebelum melakukan pengajaran, guru perlu melihat bagaimana suasana emosi dalam bilik darjah. Langkah ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Guru perlu menggunakan strategi bermain sambil belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif dalam mengajar dan mengaitkan isi pelajaran dengan permainan yang menarik dan menyeronokkan. Kajian membuktikan bermain itu adalah satu keperluan kanak-kanak dan juga membenarkan mereka melakukan aktiviti yang kreatif. Kanak-kanak yang suka bermain menggalakkan interaksi sosial dan dapat mengawal emosi murid itu secara semula jadi dan ini adalah kerana bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Langkah yang kedua pula ialah, peranan guru sebelum melaksanakan pengajaran. Guru perlu merasai atmosfera emosi dalam bilik darjah tersebut. Guru sendiri perlu menunjukkan emosi yang positif semasa masuk ke kelas. Guru perlu membuang emosi negatif sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Hal ini kerana murid boleh dipengaruhi oleh riak wajah guru itu sendiri. Sebelum memulakan pengajaran, guru memastikan semua murid menghadap ke arah guru dan berada dalam keadaan gembira. Perlu diingatkan bahawa suasana pengajaran dan pembelajaran semasa itu tidak terlalu germbira. Hal ini boleh menyebabkan tumpuan murid mudah lari ke tempat yang lain. Perlu ada masa yang serius dan perlu ada masa yang ceria semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.

You might also like