You are on page 1of 15

Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar

Posted on 14 Mac, 2008 by admin

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Menanggani Masalah Disiplin Di Sekolah


Filed under: Kerjaya,Sosiologi amizax @ 3:49 am Tags: Education

Organisasi Pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Ia bukan sahaja sebagai indikator kepada kedudukan tahap pembanunan negara, tetapi juga akan menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara dimasa akan datang.

Penulisan ini akan menyentuh aspek ini dengan memfokuskan kepada pembanunan modal insan, yang merupakan sumber tenaga manusia yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Sekiranya modal insanya baik, majulah negara tersebut secara hakikinya, dan sebaliknya.Gelodakan globalisasi dan pembangunan materialisme dan ICT yang semakin kencang ini tidak akan membawa erti sekiranya masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Penulisan ini akan cuba mengupas persoalan kenapa dan mengapa serta bagaimana kita harus berusaha membangunkan modal insan yang lebih sempurna, selaras dengan acuan dan aspirasi negara dalam usaha mempersiapkan diri mengharungi arus perdana menjelang Wawasan 2020.

Pelan tindakan dan strategi yang disarankan adalah berlandaskan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang merupakan dasar utama pembangunan organisasi pendidikan masa kini.
PENGENALAN

Modal insan yang berasal dari istilah human capital yang diperkenalkan oleh Arthur Cecil Pirgou pada 1928 dalam bukunya bertajuk A Study in Public Finence. Konsep ini juga dipopularkan oleh Gary Becker melalui bukunya Human Capital pada 1964. Mereka berpendapat, pelaburan modal insan boleh dibuat menerusi pendidikan dan latihan. (Asnarulkhadi Abu Samah, Berita Harian 25 Jun 2007; 8)

Dari segi sirah Islam, konsep modal insan ini telah dipelopori oleh Rasulullah S.A.W di kota Makkah, dimana baginda mula memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang sememangnya menjadi salah satu tugas utama kebangkitan baginda. (Ahmad Iman Arief, 2007; 59). Pembangunan personaliti yang ampuh dari segi akidah islam ini menjadi pemangkin kepada kegemilangan islam hinggalah ke zaman Bani Abbasiyah.

Oleh itu, modal insan adalah daya dan keupayaan manusia, terbina daripada rangkuman pengentahuan, kemahiran, kecekapan dan sifat dalaman sebagai kualiti peribadi dimiliki atau diperoleh seseorang individu, kumpulan organisasi atau pun komuniti.

Di Malaysia, kepentingan pembangunan modal insan ini telah dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, yang menjadi Akta Pelajaran 1961, Jawatankuasa Kabinet 1979, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988, dimana Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan,

berketrampilkan, berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Kesungguhan kerajaan untuk membangunkan personaliti individu yang cemerlang ini berterusan diserlahkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan diimplemantasikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). PIPP merupakan perancangan lima tahun pendidikan iaitu bermula tahun 2006 hingga 2010, yang telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. ( http://www.moe.gov.my/tayang.php ) Pelan induk ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 hingga 2010, yang telah dilancarkan sedikit masa dahulu. (http://www. moe.gov.my/pipp/mainpage.php?module)

PIPP berpaksikan kepada enam teras, iaitu :1. 2. 3. 4. 5. 6. Membina negara bangsa Membangunkan modal insan Memperkasakan sekolah kebangsaan Merapatkan jurang pendidikan Memartabatkan profesion keguruan Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Pembangunan modal insan berminda kelas pertama merupakan misi nasional yang digerakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Modal insan merujuk kepada usaha berterusan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengentahuan, modal intelektual serta pengamalan nilai etika dan moral yang tinggi seperti yang ditermaktub dalam Pelan Integreti Nasional (PIN).

Dalam konteks ini, PIPP menyebut, Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan. (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2006: 32)

Definisi Disiplin
Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modal tersedia (pelajar) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002 : 308)

P.F Olivia (1956) berpendapat, disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. ( Abdullah Sani, 2005 : 45) Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006 : 71)

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. (Abdullah Sani, 2006 : 1)

Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan pelajar, kerana merekalah pewarsi generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhwi, Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. (http://muhtarsuhaili.wordpress.com )

Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar


Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian (orang yang menyimpang). Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi (pencabutan, kehilangan) selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi.

Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain). ( http://mykaunselor.tripod.com/sosial.html)

Cabaran-cabaran Organisasi Pendidikan Masa Kini


Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan yang merupakan satu organisasi yang unik, seringkali menghadapi pelbagai cabaran khususnya yang berkaitan dengan disiplin seperti merokok, gengsterism, buli, dadah dan sebagainya.

Merokok

Merokok dikalangan pelajar di sekolah merupakan masalah utama dan semakin hari bertambah parah. Hampir separuh daripada lelaki malaysia merokok. Setiap hari lebih kurang 45 hingga 50 orang remaja bawah 18 tahun merokok. 30 % daripada remaja lelaki berumur antara 12 hingga 18 tahun. Bilangan remaja perempuan merokok juga makin bertambah, dimana pada tahun 2000 hingga 2004, bilangan pelajar perempuan merokok bertambah dari 4% hingga 8%. Kajian pada tahun 2004, setiap lima orang pelajar perempuan, seorang daripadanya adalah perokok.

(http://www.infosihat.gov.my/Kempen_Tak_Nak/Buku_Kecil/BK__Nak_Merokok_BM.pdf)

Berdasarkan kepada statistik ini, ternyata masalah rokok merupakan masalah yang paling ketara di sekolah dan semakin membimbangkan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan merokok tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa, dan harus ditangani segera. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1983 :123)

BULI DAN GENGSTERISM

Menurut kamus Dewan, buli merupakan perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. (DBP, 2002 : 186) Membuli ialah perbuatan mempermain-mainkan seseorang, biasanya orang yang lebih lemah dari pembuli dengan tujuan untuk mengertak dan menakutkan orang yang berkenaan.

Kes-kes buli lebih banyak berlaku di sekolah-sekolah yang berasrama. Berbeza dengan gengsterism, aktiviti buli biasanya dilakukan oleh beberapa individu yang tertentu dan setiap individu tersebut tidak terikat antara satu sama lain. Hubungan antara individu hanyalah sekadar hubungan sementara untuk gejala buli yang dilakukan.

Tret-tret gejala buli biasanya akan menjurus dan membentuk kumpulan gengster yang akan beroperasi bukan sekadar di sekolah sahaja, malah di luar sekolah. Oleh itu, jelas menunjukkan gejala buli dan gengsterism tidak jauh berbeza dan mempunyai kolerasi antaranya. Dalam perkataan yang lain, buli akan menjadi pendorong kepada gejala gengsterism dan sebaliknya.

Gejala gengsterism bukanlah perkara baru di Malaysia. Fenomena ini wujud sejak zaman kolonial. Ghee Hin dan Hai San merupakan kumpulan kongsi gelap yang popular. Matlamat dan aktiviti kumpulan gengster ini pada awalnya lebih kepada menjaga kepentingan dan kebajikan ahli. Kini, konsep tersebut telah berubah dan ahlinya bukan lagi terdiri daripada orang-orang cina dewasa, tetapi di kalangan pelajar sekolah.

Gengsterism merupakan isu nasional yang diperkatakan sekian lama, sejak tahun 1990-an lagi. Namun isu ini masih buntu penyelesaiannya. Apapun persoalannya, isu ini sangat penting dan semakin menular bukan sahaja di sekolah-sekolah bandar, malah mula menapak di sekolah-sekolah luar bandar. Gengsterism di kalangan pelajar sekolah meliputi salah laku dan jenayah yang melibatkan pergaduhan, buli, peras ugut, mencuri, membunuh, merogol dan pelbagi salah laku yang lain lagi.

Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Sekolah-sekolah sepanjang tahun 1986 menunjukkan sebanyak 48 jenis salah laku yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Daripada bilangan sampel seramai 2,542,336 iaitu 1,077,534 pelajar sekolah rendah adalah didapati bahawa seramai 112,697 (4.4%) telah terbabit dengan beberapa jenis salah laku.(Ramlan Hamzah,1995; 135) Sebanyak 5,056 pelajar (0.47%) terbabit dengan jenis salah laku bergaduh / bertumbuk, salah satu salah laku yang melibatkan gengsterism. style=font-family: Arial;>Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai gengsterism atau kegiatan samseng di sekolah menengah harian mendapati beberapa penemuan yang cukup mengejutkan terutamanya mengenai penglibatan pelajar perempuan di dalam kegiatan yang berkaitan dengan gengsterism seperti bergaduh dan terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral. (Dewan Siswa, Jun 2000;8)

Dunia pendidikan gempar dengan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan gengsterism ini di kalangan pelajar sekolah sedikit masa dulu. Antaranya :-

1. 2.

493 kes jenayah cederakan pelajar di Johor ( Utusan Malaysia 25 Julai 2000) Polis di Jerantut, Pahang telah menahan tujuh pelajar lelaki SMK Jerantut kerana dipercayai membelasah seorang murid Tingkatan Dua. (Utusan Malaysia, 1 Julai 2003)

3.

kes Mohd Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut pada tahun 2005.(The Star, 10 Ogos 2005).

4.

Yusrizad Yaacob dai Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong, Alor Star, Kedah yang telah dibelasah oleh lima orang rakannya di luar kawasan sekolah yang mengakibatkan kecederaan teruk di kepala dan pinggangnya. (Harian Metro, 3 Mac 2006).

Pelan Tindakan
Berdasarkan kepada huraian di atas, jelaslah menunjukkan bahawa masalah disiplin di kalangan pelajar secara umumnya dan gejala-gejala seperti merokok, gengterism dan buli khususnya adalah masalah nasional yang semakin kronik dalam dunia pendidikan masa kini. Oleh itu, pelbagai langkah mengatasi sedang dan akan dilaksanakan di organisasi ini supaya hasrat dan wawasan PIPP untuk melahirkan modal insan untuk memacu pembangunan negara dimasa hadapan akan terlaksana dengan jayanya.

Pelan tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan ini mengandungi unsur hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang terkandung dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian PelajaranMalaysia. Kawalan disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2 Sept. 1998), iaitu:

1. 2. 3.

penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan tatatertib, pelaksanaan proses tatatertib, dan mengenakan hukuman tatatertib.

1. Pengukuhan Interaksi Guru dan Pelajar di Bilik Darjah

Menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting kerana tidak semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Pelajar pula tidak memahami situasi yang menimpa mereka secara langsung, umpamanya tidak semua pelajar tahu bahawa mereka sedang di buli. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy Kalman, seorang ahli psikologi dan psikoterapis sekolah di New York, Amerika, mungkin boleh mengukuhkan pelan tindakan ini. Beliau menyatakan . Guru-guru sepatutnya mengajar murid-murid belajar bagaimana cara terbaik untuk tidak memberi peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal, mental atau emosi. Murid-murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan supaya mereka benar-benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli ( Pendidik, 2006; 60)

Guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan gejala-gejala ini seperti poster-poster yang berkaitan buli dan gengsterism, risalah-risalah kandungan rokok, video yang berkaitan rokok dan dadah, memperdengarkan lagu-

lagu kempen anti buli, anti dadah dan sebagainya. Penggunaan bahan multimedia seumpama ini dalam pengajaran pembelajaran secara berterusan akan memberi kefahaman dan keinsafan kepada pelajar. Gootman, M.E bersetuju bahawa disiplin yang berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang berkesan. (Abdullah Sani, 2006; 105)

2. Memperkasakan Penerapan Agama dan Moral

Pengukuhan dan penghayatan agama Islam di kalangan pelajar adalah strategi yang paling berkesan. Islam sebagai agama yang syumul mempunyai nilai-nilai sejagat dapat diterima oleh semua penganut agama lain. Strategi ini bertepatan dengan wawasan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu pembangunan negara masa kini terarah dengan konsep Islam Hadari.

Kebanyakan pelajar yang terjebak dengan salah laku disiplin tidak melaksanakan tuntutan agama dengan sempurna seperti tidak solat, tidak memahami hukum hal dan haram dalam Islam (kebaikan dan keburukan), tidak menghayati tuntutan syahadah dan sebagainya, Oleh itu sudah tiba masanya kita membentuk insan pelajar yang mempunyai kekuatan jiwa, dan mengikut akhlak yang disarankan Rasulullah S.A.W. Pembentukan akhlak mulia penting kerana akhlak terbentuk dalam jiwa dan dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika akhlak baik, perbuatan juga akan baik, dan sebaliknya. Strategi ini pernah dilaksanakan oleh Iman Al-Ghazali, yang berpendapat bahawa akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui latihan dan pendidikan yang sesuai. (Mohd Nasir, 2005; 158)

Antara program-prgram yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Qiamullail, di laksanakan setiap enam bulan. Majlis Bacaan Yasin Perdana dijadikan program tahunan sekolah. Sambutan Maulidul Rasul pula disambut setiap tahun. Para pelajr diajar dan berselawat selama 10 minit dalam majlis perhimpunan rasmi setiap bulan. Program Penghayatan Al-Quran dijadikan program tahunan oleh Panitia Agama Islam. Program Lima Minit Bersama Ustaz, dimana guru-guru agama secara bergilir, dalam perhimpunan rasmi sekolah memberikan ucapan yang berkaitan dengan tema tertentu dan berkaitan dengan kehidupan sosial di kalangan pelajar.

3. Penggunaan Sistem Merit Demerit

Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). SMM bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap pelanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer.

Strategi Perlaksanaan:

1. Setiap pelajar akan diberi 100 markah / poin sebagai permulaan pada awal tahun.

2. Setiap guru berhak menolak atau menambahkan poin merit pelajar mengikut wajaran yang sesuai tetapi tindakan tersebut haruslah dimaklumkan kepada pelajar berkenaan.

3. Pelajar boleh berjumpa dengan mana-mana guru untuk melakukan kerja-kerja amal dan poin merit boleh diberi oleh guru tersebut ( maksimum 5 poin ). Pelajar tidak berhak meminta poin atas kerja amal yang dilakukan.

4. Kerja-kerja amal boleh dilakukan oleh pelajar pada hari Sabtu atau hari-hari lain di luar waktu pengajaran dan pembelajaran dengan seliaan guru.

5. Slip SMD boleh diperolehi daripada guru disiplin atau di kotak SMD dalam bilik guru.

6. Slip yang telah diisi dan ditandatangani oleh guru berkenaan mesti dimasukkan ke dalam peti / kotak mengikut tingkatan yang diletak di bilik guru pada hujung minggu persekolahan atau selewat-lewatnya pada setiap hujung bulan.

7. Bagi kes-kes disiplin yang poin SMD melebihi -10, perlu dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin.Guru perlu mengisi slip SMD dan menyerahkannya kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya. Guru disiplin akan melengkapkan slip dengan menulis poin yang wajar ditolak dan dimasukkan ke dalam kotak SMD.

8. Penyelaras tingkatan akan mengumpulkan borang tersebut dan mengasingkannya mengikut kelas dan menyerahkan slip tersebut kepada Setiausaha SMD.

9. Setiausaha SMD akan memasukkan poin pelajar ke dalam komputer.

10. Dua salinan senarai nama mengikut kelas dan poin SMD yang terkini akan diberikan kepada Penyelaras tingkatan ( salinan kepada penyelaras tingkatan dan guru tingkatan ).

11. Satu salinan poin terkini akan dipamerkan di papan kenyataan pada 5hb setiap bulan supaya pelajar tahu akan kedudukan / poin terkini masing-masing.

Keberkesanan sistem ini jelas terbukti dengan penurunan kes disiplin yang begitu mendadak, walaupun baru setahun sistem ini dilaksanakan. Terdapat juga beberapa organisasi lain yang telah berjaya melaksanakan sisiten seumpama ini.

4. Motivasi

Selain memberi kesedaran dan didikan di bilik darjah, pendidikan luaran melalui kempen, ceramah, dan ceramah motivasi juga perlu dilaksanakan untuk memberikan pengukuhan kepada pelajar. Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat dan organisasi luar juga penting untuk bertindak secara kolektif bagi menangani gejala yang sering berlaku di sekolah.

Antara organisasi-organisasi yang boleh membantu pihak sekolah dalam menangani gejala disiplin ialah Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan, Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia (PENGASIH), dan Jabatan Penjara.

Dalam program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah, yang dilaksanakan setiap tahun memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok terhadap remaja. Melalui program ini, pelajar dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang lebih sempurna dengan mengamalkan cara hidup yang positif dan bersih tanpa rokok / dadah. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat meningkatkan kualiti hidup mereka bagi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan negara dimasa akan datang.

Ceramah disampaikan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang bertauliah. Penekanan ceramah ialah tentang bahaya merokok terhadap minda dan kesihatan, kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, dan panduan mengelak daripada terjebak dengan gejala merokok. Turut dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dengan mengadakan pameran dan ujian saringan urin (urine test).

Klinik Berhenti Merokok juga dilancarkan bagi membantu pelajar yang telah terjebak dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. Melalui klinik ini, para pelajar yang secara sukarela mengaku merokok dibimbing dan diberi motivasi untuk melawan tabiat merokok. Bimbingan ini diberikan secara berterusan dan secara rahsia.

Ceramah oleh pihak polis, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala gengsterism. Menjadikan organisasi ini sebagai Anak Angkat kepada Balai Polis terdekat, memperkukuhkan hubungan antara warga organisasi dengan pihak penguat kuasa.

Ceramah ini diadakan dua kali setahun, iaitu pada bulan Februari dan bulan September. Ceramah berfokus ini memberikan penekanan terhadap satu-satu aspek sahaja. Contohnya, ceramah pertama bulan Februari memberikan penekanan kepada gejala samseng (Gengsterism) kerana terdapat pelajar baru (Tingkatan Satu), sementara ceramah kedua pada bulan September berkaitan dengan penyalahgunaan, dan pengedaran dadah.

5. Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah. Perlaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya, dibawah kawal selia kaunselor bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja / pelajar selain dari ibu bapa ialah remaja itu sendiri. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan pelajar itu sendiri, dengan penglibatan minimum kaunselor, supaya mereka bebas berbincang, menyatakan masalah dan mencari penyelesaian. Paling penting, pembimbing itu sendiri berupaya mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak terjerumus dengan masalah disiplin ini.

6. Pemuafakatan Komuniti

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Briged Komuniti (Ahli jawatankuasanya terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan organisasi berdekatan seperti Ketua Polis Balai, Pengarah Pusat Kesihatan, Penolong Pegawai Daerah, Imam, dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampong) turut serta secara aktif membantu menangani masalah disiplin pelajar. Mereka turut mempengaruhi komuniti sekitar agar dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan maklumat tentang pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah untuk diambil tindakan disiplin. Selain daripada itu, mereka juga boleh memberikan nasihat kepada pelajar yang berkenaan agar menjauhi gejala-gejala negetif tersebut. Mereka juga diminta membantu pihak sekolah untuk menasihati pekedai-pekedai runcit yang berdekatan dengan sekolah agar tidak menjual rokok kepada pelajar yang berpakaian sekolah. Sebagai waris, ibu bapa juga harus berperanan untuk mengawasi anak-anak di luar, khususnya semasa mereka masih berpakaian sekolah, demi menjaga imej sekolah. Perkongsian pintar ini boleh membantu pihak sekolah menyelesaikan banyak masalah disiplin.

7. Pameran Poster dan Papan Tanda

Mempamer poster dan papan tanda yang berkaitan, contohnya Kawasan Larangan Merokok, Anti Buli, Dadah Membunuh Merokok Membahayakan Kesihatan, Jangan Musnahkan Hidup Anda Dengan Merokok dan lain-lain. Penggunaan unsur-unsur perlambangan seumpama ini akan memberikan peringatan kepada seluruh warga organisasi supaya lebih berhati-hati serta menyemai perasaan masalah bersama.

8. Hukuman dan Dendaan

Alternatif terakhir diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin ialah berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan dalam pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelak berlakunya sebarang penyelewengan dan kecuaian, warga pendidik sentiasa diingatkan supaya meletakkan peraturan dan undang-undang pendidikan yang telah ditetapkan sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan, khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan seseorang guru boleh diseret ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman di bawah kanun keseksaan. Antara kanun keseksaan yang mengikat guru ialah Seksyen 320 ( Cedera parah), Seksyen 323 (Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera), Seksyen 324 ( Dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya) Seksyen 325 ( Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah), dan Seksyen 326 ( Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya). (Mohd Ismail Othman, 2006;83)

Antara Pekeliling Ikhtisas yang diguna pakai, yang berkaitan dengan masalah di atas ialah :-

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975, Displin Murid-murid Menghisap Rokok. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993, Lapor Kepada Polis Salah Laku yang Berbentuk Jenayah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995, Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996, Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997, Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997, Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998, Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998, Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil Tindakan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000, Menangani masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster.

9. Sekolah Penyayang

Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Resolusi Seminar Disiplin Pelajar Kebangsaan yang diusulkan dalam Seminar PIBG Peringkat Kebangsaan ke-5 diadakan di Melaka, organisasi ini juga mewujudkan program Sekolah Penyayang.

Dalam konsep sekolah penyayang, elemen-elemen berunsur memujuk dan kasih sayang diberikan keutamaan. Ini bermakna, dalam segala tindakan yang bakal diambil, hendaklah mengambil kira peranan guru sebagai ibu bapa kedua dan peranan pelajar sebagai anak.

Pelajar yang menunjukkan disiplin yang baik diberikan penghargaan dan dijulang melalui hadiah-hadiah penghargaan yang disampaikan semasa perhimpunan rasmi dan kemuncaknya dalam Hari Cemerlang Dijulang. Sementara pelajar-pelajar yang bermasalah, khususnya disiplin, diberikan bimbingan melalui sistem mentor-mentee, iaitu program Pelajarku Anakku.

10. Aktiviti Kokurikulum

Penglibatan wajib semua pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun, melalui kaedah Rumah Sekolah. Semua kegiatan, termasuk kegiatan akademik dilaksanakan mengikut rumah sekolah masing-masing dan pencapaian rumah sekolah ini dipamerkan di Papan Skor, dalam bentuk poin / markah. Berkaitan dengan sistem merit demerit, setiap kesalahan pelajar diberikan demerit untuk rumah sekolah masing-masing. Dengan ini, semua warga sekolah akan berusaha menjaga disiplin ahli-ahli rumah masing-masing.

Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini juga dapat mengurangkan masa terluang pelajar di luar rumah. Secara tidak langsung telah menyahut cabaran YB Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mahu kegiatan kokurikulum diberi perhatian di semua sekolah.

Penutup
Sesungguhnyan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang sedang dilaksanakan ini menepati masa dan ketikanya dalam usaha menangani masalah-masalah berkaitan disiplin di sekolah-sekolah. Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan adalah sebuah organisasi yang unik kerana ia bukan sahaja menjadi tempat lahirnya teknokrat-teknokrat yang bakal memacu pembangunan negara di masa depan, malah ia adalah tempat menjana modal insan, yang merupakan aset utama pembangunan negara dihari muka.

Untuk mendidik dan membangunkan modal insan bukanlah suatu proses yang mudah. Ia memerlukan jangka masa yang panjang, apatah lagi dalam keadaan remaja masa kini yang dibelenggu dengan kebejatan sosial yang begitu ketara. Namun harapan masih ada, asalkan kita komited dengan komitment kerajaan dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara.

Keputusan dasar untuk membangun dan melaksanakan PIPP dalam tempoh lima tahun ini, diharapkan akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam organisasi pendidikan, khususnya dari aspek usaha membangunkan modal insan. Walaupun kita sedar organisasi pendidikan masa kini dilanda pelbagai masalah, namun kita yakin PIPP, akan bakal menjadi pemacu arah Dasar Pendidikan Negara yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

BIBLIOGRAFI :

Abdullah Sani Yahya.(2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Publication,Selangor.

Abdullah Sani Yahya.(2005), Mengurus Disiplin Pelajar, PTS Publication,Selangor.

Ahmad Iman Arief.(2007), Modal Insan Cemerlang, Sabunai Media, KualaLumpur

Asnarulkhadi Abu Samah, Dr. (2007), Memahami Konsep Modal Insan, BeritaHarian 25 Jun 2007, Dewan Bahasa da Pustaka. (2005), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur

Hasnah Bt. Ghani & Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman. (1995), JenayahRemaja:Permasalahan dan Penyelesaian, Percetakan As Saff, Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983),Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru, Kuala Lumpur, 1983.

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2006), Rancangan Malaysia ke-9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (Edisi Pelancaran)

Mohd Ismail Othman.(2006), Undang-undang Untuk Pengetua & Guru Besar, PTS Publication, Selangor.

Mohd Nasir.(2005), Akhlak Dan Kaunseling Islam, Utusan Publication Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Othman Puteh, Dr., (Jun 2000). Pelajar Mahu Diberi Perhatian; Dewan Siswa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ramlan Hamzah.(1995), Tret-tret Personaliti Dan Tingkah Laku Melanggar Disiplin Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah; Jurnal Akademik, Jilid 5, Tahun 5,

Waty M. Noor. (2006), Kempen Antibuli Di Amerika Kurang Berkesan; Pendidik, November 2006, Widad Publication Sdn Bhd,

HALAMAN WEB : http://www. moe.gov.my/tayang.php?laman=baca_akhbar&bhs=my&id=1750 http://www. moe.gov.my/pipp/mainpage.php?module http://www.staronline.com.my/indexs.php http://www.metroonline.com.my http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/04/09/kertas_konsep_jawatankuasa_bertindak_task_force_pengurusan_kecemerlangan_ miri/ http://mykaunselor.tripod.com/sosial.html www.moe.gov.my http://www.infosihat.gov.my/Kempen_Tak_Nak/Buku_Kecil/BK__Nak_Merokok_BM.pdf

PENGENALAN Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, Buli gugat semangat belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme. Begitulah antara tajuktajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali Black Metal. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.

PONTENG SEKOLAH Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; " Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi." (Utusan Malaysia 20 Feb 97)

Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor. Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah:

Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.

Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan. Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas. Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu: a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging, dikagumi dan kekuasaan. c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti. d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai. e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.

KESAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah.

Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka. Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.

Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

CADANGAN 1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini. 2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang. 4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. 5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.

Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

You might also like