You are on page 1of 50

BAHAGIAN 1: 7 perkara yang perlu dielakkan.

Tip #1 Latar belakang berwarna putih Tip #2 Animasi yang tidak relevan Tip #3 Bunyi yang tidak relevan Tip #4 PowerPoint vs PowerSentances Tip #5 Tulisan yang kecil Tip #6 Paparkan semua isi sekaligus Tip #7 Guna terlalu banyak animasi berbeza

BAHAGIAN 2: 7 perkara yang perlu dipelajari. Tip #8 Tip #9 Slide Master Imej, audio dan video

Tip #10 Slide Transition Tip #11 Custom Animation Tip #12 Slide Show Tip #13 Copy & Paste Tip #14 Tiru persembahan orang lain

BAHAGIAN 3: 7 petua untuk lebih maju. Tip #15 Pelajari complimentary software Tip #16 Gunakan tutorial percuma Tip #17 Letakkan tanda pada slide Tip #18 Teruskan mencuba Tip #19 Bina persembahan yang lancar Tip #20 Teruskan mencuba Tip #1: Elakkan latar belakang berwarna putih Tip Microsoft PowerPoint yang pertama ialah, elakkan daripada menggunakan background berwarna putih sahaja. Kadangkala anda mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia lalu anda cuma gunakan latar belakang tanpa apa-apa warna dan hiasan.

Apa akan jadi jika anda menggunakan warna putih itu sahaja sebagai latar belakang? Pertama, anda kelihatan seperti tidak bersedia, dan membuat kerja pada saat akhir. Saya biasa melihat pelajar yang membuat presentation menggunakan latar belakang begini. Ia kelihatan seolah-olah pelajar tersebut tidak serius dalam presentation beliau. Kedua, anda tidak kelihatan professional. Ada bermacam-macam latar belakang yang boleh anda gunakan tetapi anda tidak menggunakan satu pun daripadanya. Orang yang melihat presentation anda mungkin terfikir bahawa anda belum pandai menggunakan powerpoint dan belum berpengalaman dalam membuat presentation. Jadi, mereka memandang rendah pada presentation anda. Ketiga, presentation anda tidak akan mempunyai daya tarikan. Ia kelihatan sangat hambar. Mungkin ada antara anda yang berkata anda suka warna putih jadi anda gunakannya. Tidak salah menggunakan warna putih, tetapi anda mungkin boleh tambah dengan beberapa warna lain supaya ia nampak lebih menarik. Sekurang-kurangnya, letakkan warna seperti gambar kedua yang saya berikan. Ia kelihatan lebih menarik. Anda perlu ingat, Microsoft PowerPoint digunakan untuk membantu pendengar presentation anda memahami apa yang anda sampaikan melalui rangsangan visual. Jadi, apa yang anda tunjukkan secara visual mesti mampu menarik perhatian mereka. Jadi, untuk tip pertama ini, elakkan daripada menggunakan latar belakang satu warna putih sahaja. Jika anda bandingkan slide pertama (latar belakang putih), slide kedua (latar belakang putih dan hiasan berwarna biru) dan slide ketiga (latar belakang gambar pudar bersama warna kontra merah dan kuning), yang mana paling menarik? Kebanyakan jawapan yang saya terima ialah slide ketiga yang paling menarik. Dalam masa yang sama, elakkan daripada menggunakan latar belakang yang terlalu gelap seperti warna hitam pekat atau warna yang terlalu garang seperti warna merah terang. Ini akan mengganggu konsentrasi penonton anda. Jika anda menggunakan warna latar belakang yang terlalu terang juga, ia akan membuat tulisan anda tidak jelas.

Tip #2: Elakkan animasi yang tidak relevan Tip kedua ini adalah sangat penting. Ini adalah kesalahan utama bagi mereka yang jarang membuat presentation dan yang baru berjinak-jinak dalam membuat powerpoint presentation. Jika anda lakukan kesilapan ini, serta-merta anda akan kelihatan seperti amatur atau budak-budak baru belajar. Kesilapan itu ialah meletakkan imej animasi dalam presentation anda. Maksudnya, bila anda buat presentation, ada imej kecil atau besar yang bergerak-gerak. Imej animasi ini pula tidak ada kena mengena dengan presentation anda. Anda cuma letakkan kerana anda suka melihatnya. Kadang-kadang anda letak kerana imej itu nampak comel, geram pula kalau tidak letak. Namun anda perlu tahu, apabila ada imej yang bergerak-gerak tu, ada beberapa kesan utama. Anda mengganggu konsentrasi penonton anda. Apabila ada benda yang bergerak dalam powerpoint anda, tumpuan penonton sama ada akan tertumpu kepada pergerakan itu kerana mereka sukakan benda itu atau mereka akan rasa terganggu kerana pergerakan itu boleh menyakitkan hati. Kedua, dalam presentation, anda memerlukan 100% tumpuan daripada penonton supaya mereka dapat faham apa yang anda katakan. Tetapi, apabila ada pergerakan itu, penontonpasti tidak akan dapat menumpukan perhatian mereka 100% kepada anda. Jadi, anda yang akan rugi. Ketiga, saya percaya hanya kanak-kanak kecil sahaja yang suka benda yang bergerakgerak seperti animasi kartun. Jika presentation anda untuk kanak-kanak kecil pun, saya tidak galakkan gunakan animasi begini kerana ia masih lagi mencuri tumpuan penonton anda. Animasi yang bergerak begini kadangkala boleh membuat penonton anda merasa pening. Ini disebabkan sesetengah animasi mengeluarkan warna yang terang dan ia berkelip-kelip. Ini mudah membuat penonton pening dan mula merasa benci untuk melihat presentation anda. Semasa saya belajar A-level di Shah Alam dulu, saya aktif menyertai kelab teater hingga pernah bertanding untuk mewakili Selangor. Satu perkara yang diajar oleh pengarah teater saya ketika itu (Sekarang ni bergelar Dr. Sam, Phd in Physics), bila kita berada di depan penonton, kita perlu tamak sikit. Bukan tamak apa, tamakkan perhatian mereka. Jadi, kalau ada apa-apa kat atas pentas yang boleh mencuri perhatian penonton kita, kita mesti elakkan atau hapuskan. Sama seperti powerpoint presentation ini, elakkan daripada meletakkan sesuatu yang mencuri perhatian penonton anda.

Tip #3: Elakkan bunyi yang tidak relevan Tips yang ketiga agak mudah. Elakkan daripada menggunakan bunyi-bunyi yang tidak berkenaan. Anda mungkin pernah lihat presentation yang mengeluarkan pelbagai bunyi setiap kali perkataan atau gambar keluarkan? Kadang-kadang ada bunyi yang keluar setiap kali slide bertukar atau apabila isi penting muncul. Ada bunyi orang tepuk tangan, orang bersorak, bunyi machinegun, bunyi kereta berhenti kecemasan dan bermacam-macam bunyi lagi.

Pada pendapat saya, bunyi-bunyi itu bertujuan membantu penerangan anda jika anda membuat sebarang animasi yang melibatkan imej bergerak. Animasi akan jadi lebih menarik apabila ada bunyi. Tetapi bunyi-bunyi itu telah disalah gunakan dengan mengeluarkannya setiap kali perkataan keluar atau setiap kali slide bertukar. Ada beberapa akibat jika anda gunakan bunyi-bunyi yang tidak berkenaan ini: Presentation anda kelihatan tidak professional dan kelihatan seperti anda sedang membuat presentation untuk kanak-kanak 5-6 tahun. Adakah itu imej yang cuba anda tonjolkan dalam presentation anda? Penonton anda akan rasa terganggu dengan bunyi-bunyi tersebut. Jika anda lihat sesiapa yang membuat presentation dengan bunyi-bunyi begini, cuba lihat reaksi penonton-penonton lain. Saya pasti ada penonton yang akan tersenyum sinis kerana bunyi-bunyi sangat tidak sesuai digunakan. Anda tidak akan dapat menyampaikan mesej presentation anda dengan baik. Ini kerana penonton anda akan hilang tumpuan mereka beberapa ketika setiap kali anda keluarkan bunyi-bunyi yang tidak sesuai itu. Saya sendiri pernah melihat jurulatih (trainer) yang membuat kesilapan ini dalam persembahan mereka. Apa yang terjadi, saya lihat penonton asyik ketawa kecil apabila bunyi-bunyi itu keluar (walaupun mesej yang sedang disampaikan adalah sangat serius!). Jadi, elakkan daripada melakukan kesilapan yang menjatuhkan imej presentation anda. Namun, jika anda rasa ada bunyi yang perlu anda gunakan untuk membantu menerangkan mesej anda, jangan raguragu menggunakannya.

Tip #4: PowerPoint vs PowerSentances Ketika membuat presentation, ada pelajar yang menulis terlalu banyak ayat di slide powerpoint (lihat contoh yang saya berikan). Dr Norazian agak marah melihat powerpoint yang begitu. Jadi beliau berkata, ini PowerPoint ke PowerSentence ni? Pelajar-pelajar bersama-sama ketawa mendengar komen ini termasuklah pelajar yang membuat presentation tersebut. Ada benarnya komen ini walaupun bunyinya agak kelakar. Jangan tulis terlalu panjang dalam powerpoint slide anda hingga ia menjadi powersentence. Tujuan PowerPoint digunakan ialah untuk meringkaskan isi-isi anda supaya mudah anda terangkan. Anda cuma menulis isi penting sahaja, kemudian anda terangkan tentang isi tersebut dengan lebih lanjut. Ada beberapa akibat utama jika anda tulis panjang begini. Anda pasti akan cuba membaca apa yang anda tulis terus daripada skrin projector. Jadi akan mula menghadap skrin projector, bukan menghadap penonton anda. Tidak bagus bukan? Bukan sahaja anda yang akan membaca apa yang terpapar di skrin, penonton anda juga akan turut membacanya. Akibatnya, penonton tidak akan memberi perhatian kepada anda dan mula sibuk membaca. Jika semua sudah anda tuliskan dan paparkan di skrin, apa lagi yang hendak anda terangkan?

Presentation anda akan jadi sangat hambar dan membosankan kerana anda hanya membaca daripada skrin projector. Apa yang anda perlu lakukan ialah, ringkaskan ayat-ayat anda kepada kata kunci dan isi penting sahaja. Ingat, anda perlu terangkan dengan lebih lanjut tentang isi penting itu. Ini membuat anda kelihatan seperti anda benar-benar tahu tentang apa yang anda katakan itu. Jadi mulai hari ini, ringkaskan apa yang anda tulis di slide powerpoint anda. Jangan takut untuk bercakap menghadap penonton. Ceritakan kepada penonton apa maksud isi penting yang terpapar di skrin projector anda.

Tip #5: Elakkan tulisan yang kecil Tip hari ini ialah berkenaan saiz tulisan yang anda gunakan. Ada masanya, anda mungkin menulis dengan saiz tulisan yang terlalu besar. Namun, ini jarang mendatangkan masalah. Masalah akan timbul jika saiz tulisan anda terlalu kecil. Jadi tip hari ini ialah elakkan daripada menggunakan saiz tulisan yang terlalu kecil. Ini menyukarkan penonton anda membacanya dan mereka akan cepat hilang tumpuan dan mula merasa bosan jika mereka tidak dapat membaca apa yang anda tulis di atas slide powerpoint anda. Berdasarkan pengalaman saya, saya yang paling kecil atau minimum yang sesuai digunakan ialah saiz 28. Saiz 28 ini sesuai jika anda menggunakan font Times New Roman atau arial. Jika anda gunakan font seperti Bernard MT Condensed contohnya, saiz 28 mungkin masih agak kecil. Satu perkara yang anda perlu tahu, saiz tulisan anda bergantung kepada berapa ramai penonton anda dan berapa besar skrin dan tempat anda membuat presentation nanti. Jika anda membuat presentation untuk 25 orang dan tempat presentation itu kecil sahaja,

anda tidak perlu gunakan font yang terlalu besar. Namun jika anda membuat presentation di dalam dewan besar dan dihadiri lebih 100 orang, anda patut gunakan saiz tulisan yang lebih besar. Satu masalah yang sering diajukan kepada saya mengenai saiz tulisan ialah, jika anda menulis dengan saiz yang besar, nanti tak muat pula ruang di dalam slide powerpoint tu. Hmmm jika anda baca tip #4, anda mungkin tahu bahawa di dalam slide powerpoint, anda patut tulis hanya isi penting, bukan keseluruhan ayat. Jika anda letakkan terlalu banyak isi dan ayat dalam satu slide, saya pasti ruang yang ada tidak akan mencukupi.

Tip #6: Elakkan papar semua isi sekaligus Tip yang keenam ialah, jika anda ada banyak isi yang ingin anda paparkan di dalam slide anda, jangan paparkan semuanya sekali gus. Sebab utamanya ialah, penonton anda akan sibuk membaca semua isi anda dan mula sangka yang mereka sudah tahu semua yang anda ingin katakan. Dengan memaparkan semua isi anda sekaligus juga akan membuat slide anda kelihatan penuh dengan isi dan perkataan setiap masa. Secara psikologinya, penonton mudah rasa penat kerana terfikir terlalu banyak perkara yang perlu mereka dengar daripada anda. Jika isi anda keluar satu persatu, penonton anda tidak akan terasa terlalu penat kerana isi itu keluar sedikit demi sedikit. Anda perlu pelajari bagaimana anda boleh keluarkan isi penting anda satu persatu dengan menggunakan Custom Animation. Saya akan

ceritakan juga tentang teknik menggunakan Custom Animation ini dalam tips akan datang.

Tip #7: Elakkan guna terlalu banyak animasi berbeza Tip yang ketujuh, sesuatu yang perlu anda elakkan semasa menggunakan microsoft Powerpoint ialah, jangan gunakan terlalu banyak animasi dalam sesuatu presentation. Contohnya, katakan anda paparkan 7 isi penting dalam slide anda dan isi penting itu keluar satu persatu. Ramai pelajar yang terlalu seronok menggunakan animation hingga mereka gunakan 7 jenis animasi yang berbeza untuk setiap isi. Contohnya, isi pertama keluar dengan animation fly in, isi kedua keluar dengan animation grow and turn, isi ketiga dengan compressed dan seterusnya. Walaupun cara ini tidaklah salah, tetapi ada beberapa akibat yang mungkin anda tidak sedari: Presentation anda kelihatan tidak seragam. Mana tidaknya, satu animasi keluar begini dan satu animasi lagi keluar begitu. Perbezaan ini sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi penonton anda. Presentation anda akan jadi presentation untuk menunjukkan kebolehan anda menggunakan animasi, bukan untuk menyampaikan mesej dengan jelas. Jadi, anda harus fikir semula kenapa anda buat presentation tersebut. Adakah animasi yang berbeza anda lakukan tadi akan membantu penonton memahami mesej anda atau sebaliknya? Animasi yang terlalu banyak jenis akan menghalang penonton daripada melihat kelancaran mesej yang anda ingin sampaikan. Presentation anda juga boleh kelihatan huru-hara jika anda

gunakan terlalu banyak jenis animasi dalam satu slide.

Cadangan saya, jika dalam satu slide ada 7 isi, gunakan animation yang sama. Jika anda gunakan animasi fly in-'from top, gunakan animasi ini untuk kesemua 7 isi tadi. Di dalam slide seterusnya pula, anda boleh gunakan animasi lain untuk isi-isi yang lain.

Tip #8 Menu utama Microsoft PowerPoint

Sekarang kita sudah masuk ke tip yang kelapan. Tips ke 8 hingga 14 adalah tips-tips untuk anda pelajari dalam Microsoft PowerPoint. Untuk anda kuasai perisian ini dan mampu menggunakannya untuk membantu anda dalam membuat presentation, anda mesti mahir dalam asas-asasnya. Untuk pengetahuan anda juga, tips-tips ini adalah apa yang saya biasa lakukan. Ia tidak semestinya cara yang terbaik kerana ada terlalu banyak cara untuk mengolah PowerPoint anda. Jadi, jika anda rasa cara yang saya gunakan sesuai dan mudah bagi anda, anda boleh turut sama gunakan cara ini. Tip yang ke-8 ini, saya akan ceritakan tentang Master Slide. Setiap kali anda ingin gunakan perisian PowerPoint, anda perlu pilih background yang anda inginkan. Seperti yang sudah terangkan dalam tips yang lalu, background atau latar belakang slide anda mestilah sesuai supaya perkataan yang anda paparkan kelihatan jelas dan menarik. Selama ini, mungkin anda hanya gunakan design templates sebagai latar belakang slide anda Lihat menu utama perisian PowerPoint anda

(seperti gambar di atas). Design template anda boleh perolehi dengan klikslide show animation scheme Design Templates . Anda boleh lihat rekaan-rekaan latar belakang yang anda boleh gunakan. Cuma klik pada mana-mana rekaan yang anda mahu gunakan. (imej disebelah menunjukkan beberapa rekaan yang sedia ada di dalam PowerPoint) Namun, jika anda ingin lebih maju dan kelihatan lebih professional, saya cadangkan agar anda mencipta latar belakang anda sendiri. Ini adalah kerana: Anda boleh cipta latar belakang yang lebih relevan atau sesuai dengan apa yang anda persembahkan. Contohnya jika anda sedang membuat presentation tentang perniagaan beras, anda boleh gunakan gambar beras sebagai latar belakang. Dalam training saya, jika saya jalankan program bersama UIA, saya akan gunakan latar belakang gambar UIA sendiri. Pernah juga saya gunakan gambar sekolah tertentu semasa membuat presentation di sekolah tersebut. Gambar itu saya olah supaya ia sesuai dengan tema presentation saya. Saya akan ajarkan teknik dalam tips yang akan datang nanti. Anda boleh jadi lebih kreatif. Jika anda jadi lebih kreatif, presentation anda akan jadi lebih menarik. Anda juga akan rasa seronok dan tidak sabar untuk

klik

membuat presentation anda. Hari ini, jika anda belum biasa menggunakan powerpoint, cuba gunakan beberapa background yang berbeza. Jika anda sudah biasa, cuba pilih background bagaimana yang sesuai digunakan berdasarkan 7 tips yang telah saya berikan sebelum ini. Tips #8.1 Apabila anda membuat design latar belakang di master slide, setiap kali anda klik untuk keluarkan slide baru, design yang anda gunakan di master slide ini akan keluar. Jadi, anda perlu fikirkan latar belakang yang sesuai untuk presentation anda. Ada beberapa tips untuk rekaan atau design untuk master slide anda. Gunakan warna yang menyerlahkan tulisan anda. Anda boleh gunakan kombinasi warna terang seperti merah atau biru dengan warna yang lembut seperti warna kuning atau biru muda. Anda lihat dan cuba sendiri kombinasi warna manakah yang sesuai untuk anda. Jika anda mahu gunakan gambar, pastikan gambar itu tidak terlalu terang hingga menggangu penonton melihat tulisan anda. Apa yang saya biasa lakukan ialah, saya akan turunkan transparency gambar tersebut menggunakan perisian Macromedia Fireworks. (Lihat contoh).

Jika anda mahu gunakan gambar dan anda tidak tahu cara

menggunakan perisian lain untuk mengolah gambar tersebut, anda boleh insert gambar tersebut dahulu ke slide, dan right klik Klik format picture Colour

Washout. Kemudian anda boleh olah berapa terang gambar itu dengan mengawal brightness. Anda akan mendapat kesan yang sama seperti gambar itu diolah oleh perisian lain seperti Macromedia Fireworks atau Photoshop. Sekarang saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh gunakan Slide Master ini. Lihat pada menu utama Microsoft PowerPoint. Ikuti langkah berikut. 1. Buka New File

2. klik view

Master

Slide Master.

1 2 21 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Anda akan lihat gambar di bawah. Kebiasaannya saya akan delete semua kotak-kotak yang ada itu. Caranya ialah klik pada kotak-kotak itu dan tekan button delete pada papan kekunci anda.

Setelah anda delete semua kotak, ia kelihatan kosong begini.

22 www.MotivasiBelajar.com

All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

3. Lukiskan sebarang hiasan atau garisan pada kotak kosong itu menggunakan Drawing tools yang terdapat di bahagian bawah perisian powerpoint anda. 4. Setelah selesai, cuma klik close master view. 5. Selepas ini, setiap kali anda klik new slide, anda akan lihat latar belakang yang anda reka tadi keluar. 4 5 23 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #9

Tip hari ini adalah untuk anda pelajari bagaimana mahu memasukkan audio seperti muzik atau bunyi khas, bagaimana memasukkan imej atau gambar dan bagaimana memasukkan klip video. Seperti yang saya ada terangkan sebelum ini, PowerPoint membantu anda mewujudkan persembahan visual yang menarik. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan imej, gambar dan klip video. Presentation anda

juga boleh jadi menarik jika anda boleh masukkan muzik atau kesan bunyi khas pada mana-mana tempat yang sesuai. Kita mulakan dengan bagaimana memasukkan imej dahulu. Mudah sahaja. Pada panel utama anda, klik insert > Picture > From file. Kemudian buka folder di mana anda menyimpan gambar yang hendak anda masukkan itu. Klik pada gambar itu dan klik ok. Jika gambar itu besar, anda akan lihat ia memenuhi slide anda. Kadangkala ia jauh lebih besar daripada saiz slide anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengecilkan gambar itu dengan klik pada bucu gambar itu, drag ke dalam hingga ia menjadi lebih kecil. Anda juga boleh masukkan imej berbentuk animation. Setelah anda masukkan imej yang berbentuk animation, ia akan bergerak apabila anda memulakan slide show. Ada beberapa tips untuk imej dan gambar: 24 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Gambar sangat bagus untuk untuk membuat presentation anda lebih jelas. Gunakan gambar yang berkenaan dan jika boleh, gambar yang tidak sensitif. Saya pernah buat satu program untuk pelajar UIA yang disertai oleh pelajar luar negara iaitu daripada negara-negara Afrika. Kebetulan, saya tengah ceritakan penderitaan orang-orang yang tidak mempunyai makanan yang cukup dan menderita kebuluran. Gambar-gambar yang saya tunjuk pula kesemuanya adalah orang-orang daripada benua afrika. Jadi gambar-gambar ini membuat peserta saya agak tidak selesa dan mereka menyatakan perasaan mereka kepada saya selepas program tersebut. Walaupun saya tidak ada

niat hendak membuat sesiapa merasa sensitif, saya perlu lebih berhati-hati dengan apa yang saya tunjukkan. Jika anda ada kamera digital, proses menggunakan gambar ini akan jadi lebih mudah. Jika anda ceritakan tentang kawasan perumahan yang kotor contohnya, anda boleh ambil gambargambar sebenar dan tunjukkan kepada penonton anda. Jika anda tidak ada gambar yang sesuai dan anda masih memerlukan gambar untuk membantu presentation anda, anda boleh cari gambar-gambar itu diinternet. Contohnya, masuk ke www.google.com. Klik pada image dan taip gambar apa yang anda cari. Apabila anda sudah jumpa gambar yang anda mahukan, right klik pada gambar itu, dan save picture as di dalam komputer anda. Selamat mencuba. Tips #9.1 Sekarang saya akan terangkan bagaimana mahu memasukkan bunyi atau muzik ke dalam powerpoint presentation anda. Mula-mula, klik 25 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com insert > Movies and Sound > Sound from file. Kemudian muzik atau file bunyi mana yang anda ingin masukkan. Satu tip untuk anda, anda patut save file muzik ini ke dalam folder yang sama dengan file powerpoint anda. Ini akan memudahkan anda terutamanya jika anda terpaksa memindahkan file powerpoint ini ke komputer lain. Setelah anda insert muzik seperti langkah diatas, anda akan ditanya, How do you want the sound to start in the slide show? [Automatically] [When Clicked]

Jika anda klik automatically, bunyi itu akan terpasang dengan sendiri apabila anda membuka slide tersebut. Jika anda klik when clicked, bunyi itu akan terpasang apabila anda klik pada icon speaker yang keluar pada slide itu.

Kalau bunyi muzik anda itu pendek dan anda mahu ia berbunyi berulang-ulang kali, anda boleh right click pada ikon speaker, dan klik edit sound object. Kemudian klik pada loop until stopped. Ini bermaksud, bunyi atau muzik anda akan sentiasa berbunyi berulang-ulang kali hingga anda menukar slide atau menghentikannya dengan sengaja.

Anda juga boleh klik pada hide sound icon during slide show. Ini akan menyembunyikan icon berupa speaker itu ketika muzik 26 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com dimainkan. Nampak lebih professional. Tips #9.2 Hari ini, kita akan pelajari bagaimana hendak memasukkan klip video ke dalam power point presentation anda. Selalunya, di dalam program yang saya jalankan, saya selalu tunjukkan klip-klip video yang menarik dan kelakar. Satu tujuannya ialah, peserta akan dapat menumpukan perhatian mereka kepada mesej yang cuba saya sampaikan. Disamping itu, klip-klip video yang menarik dan kelakar boleh menarik

perhatian peserta saya untuk mendengar apa yang saya cuba sampaikan. Apa yang menarik ialah, saya tahu apa reaksi peserta saya setiap kali melihat beberapa klip video yang saya tunjukkan. Contohnya ada satu klip video ini, kalau saya tunjukkan, pasti semua peserta program saya akan ketawa terbahak-bahak. Jadi, apabila saya mahukan reaksi tertentu dalam program saya, saya akan tunjukkan klip video.

Ramai yang bertanya kepada saya daripada mana saya dapat klip-klip video itu semua. Jawapannya mudah sahaja. Anda masuk ke manamana search engine, dan taip funny videos. Anda akan lihat beratus27 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com ratus malah beribu-ribu laman web yang menunjukkan klip video menarik dan kelakar. Namun, anda perlu pilih klip video yang sesuai. Tidak semua klip video berkenaan dan sesuai untuk ditunjukkan. Berhati-hati jika anda terambil klip-klip yang bersifat perkauman, iklan arak atau menunjukkan gambar-gambar yang tidak sopan. Klip video begini perlu dielakkan. Setelah anda jumpa klip video yang sesuai, selalunya ada panduan bagaimana mahu menyimpannya (download) ke dalam komputer anda. Selalunya juga, anda perlu right click pada video tersebut dan save target as ke dalam komputer anda. Setelah anda ada klip video di dalam folder powerpoint anda, klik insert > Movies and Sounds > Movie from file. Sama seperti tips memasukkan muzik semalam, anda akan ditanya sama ada mahu klip video itu terpasang secara automatik atau anda mahu klik sendiri untuk memasangnya. Selalunya saya biarkan ia terpasang dengan

sendiri apabila slide itu terbuka. Ia kelihatan lebih lancar. Tetapi ia terpulang kepada anda. Setelah klip video itu ada pada slide, anda boleh klik pada video itu dan besarkannya hingga memenuhi keseluruhan slide. Anda perlu berlatih untuk memainkan video ini secara lancar. Setelah anda masukkan klip video itu, cuba gunakannya berulang-ulang kali. Setiap kali saya membuat slide saya akan cuba berulang-ulang kali daripada slide pertama hingga ke slide terakhir. Itulah cara saya dapat lihat sama susunan slide saya itu lancar atau tidak. 28 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #10 Tip yang ke-10 ialah mengenai penggunaan slide transition. Slide transition ialah bagaimana cara anda mahu anda slide anda bertukar dari satu slide ke slide yang lain. Contohnya, dari slide satu ke slide 2, anda mungkin mahu slide 1 pudar sedikit demi sedikit dan terus hilang, kemudian slide kedua terus muncul. Anda boleh pilih jenis slide transition yang anda mahu dengan klik slide show > Slide transition. Anda akan lihat jenis-jenis slide transition di sebelah kanan power point anda seperti imej di bawah. Anda perlu mencuba jenis transition mana yang anda perlukan. Lihat pada modify transition, ada dua perkara yang anda perlu pelajari di sini. Pertama, speed. Ini adalah berapa laju anda mahu sldie anda bertukar. Jika anda pilih slide transition box in, dan anda klik speed fast, slide anda akan bertukar dengan sangat laju. Jadi, anda boleh pilih kelajuan yang sesuai untuk presentation anda. Kedua, sound. Jika anda mahu slide anda bertukar sambil

mengeluarkan bunyi tertentu, anda boleh klik di sini. Anda boleh pilih bunyi bagaimana yang anda mahu. Di bahagian advance pula, anda boleh pilih sama ada mahu slide itu bertukar secara automatik selepas beberapa ketika atau anda mahu klik sendiri untuk menukarkannya. Contohnya, katakan anda klik pada automatically after dan letakkan 1 minit. Selepas slide itu terbuka selama 1 minit, ia akan bertukar sendiri ke slide seterusnya tanpa anda menekan apa-apa butang. Tips daripada saya: 29 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Jika anda menggunakan bunyi, jangan gunakan terlalu kerap. Ia akan mengganggu presentation anda dan ia boleh membuat presentation anda kelihatan tidak professional. Gunakan jenis slide transition yang boleh membantu memudahkan penonton anda memahami presentation anda. Jangan pilih kerana anda suka dan seronok melihat animasi perubahan slide itu. Elakkan menggunakan terlalu banyak jenis slide transition. Slide transition yang elok ialah yang seragam sepanjang presentation anda. Perbezaan jenis transition hanya dilakukan jika ia perlu dan dapat membantu presentation anda. Anda boleh pilih satu jenis slide transition dan apply to all slides. Ini akan membuat presentation anda seragam dan menarik. 30 www.MotivasiBelajar.com

All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #11 Tip ke 11 ini ialah tip kegemaran saya. Kebanyakan peserta program atau pelajar selalu bertanya tentang tip ke 11 ini. Tip ke 11 ini ialah berkenaan Custom Animation. Custom animation ialah fungsi-fungsi yang anda boleh gunakan untuk mempelbagaikan cara mempersembahkan isi kandungan presentation anda. Jika dulu presentation hanya dibuat menggunakan OHP Projector atau lebih lama lagi,menggunakan kad manila atau kertas mahjong. Cara ini, penonton anda akan terus dapat melihat kesemua isi-isi presentation anda sekaligus. Dengan menggunakan custom animation, anda boleh mengeluarkan isi kandungan presentation anda satu persatu dan dengan pelbagai cara.

Sebagai permulaan, cuba buka custom animation. Caranya, klik Slide Show > Custom Animation. Kemudian, anda akan lihat beberapa ikon custom animation di sebelah kanan power point anda. 31 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Anda dapat lihat ikon Add effect dalam imej di bawah. Add effect ini cuma akan aktif jika anda klik sesuatu yang hendak anda animasikan di dalam slide anda.

Contohnya, jika anda klik pada mana-mana kotak tulisan dalam slide anda, ikon add effect ini akan kelihatan aktif (ada warna, tidak

berwarna kelabu pudar). Apabila anda lihat ikon ini aktif, cuba klik pada ikon tersebut. Anda akan lihat 4 jenis custom animation yang anda boleh gunakan iaitu Entrance, Emphasis, Exit dan Motion Path. hari ini, saya akan terangkan fungsi keempat-empat perkara ini satu persatu. Entrance - Apabila anda gunakan effect entrance pada tulisan, tulisan itu tidak akan muncul semasa slide show. Tetapi setelah anda klik mouse anda atau klik down arrow button, tulisan itu akan keluar. Jadi, gunakan effect ini untuk mengeluarkan isi presentation anda satu persatu. Emphasis - Ini digunakan untuk menguatkan presentation anda untuk sesuatu isi. Contohnya anda sudah keluarkan tiga isi penting. Kemudian, anda mahu menekankan kepentingan isi ketiga. Jadi, anda gunakan Emphasis untuk membesarkan tulisan itu, menukar warnanya atau apa saja jenis emphasis yang anda suka. 32 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Exit - Katakan anda sudah senaraikan 10 isi penting di dalam slide anda. Kemudian anda mahu terangkan tentang isi yang ke sepuluh. Jadi, anda boleh gunakan Exit ini untuk mengeluarkan 9 lagi isi tadi. Kesannya, isi itu akan hilang dengan cara yang anda mahukan. Motion Path - Anda boleh gunakan ini untuk membuat sedikit animasi di dalam presentation anda. Contohnya, anda ada gambar orang sedang berjalan. Gambar itu tidak bergerak. Tetapi anda boleh gunakan motion path ini dengan membuat gambar itu bergerak ke mana-mana sahaja yang anda mahu. Jangan risau jika anda masih kurang faham. Insyaallah saya akan

terangkan dengan panjang lebar tentang tip ke 11 ini. Saya jika anda boleh kuasai tip ke 11 ini, anda kelihatan lebih professional semasa menggunakan power point.

Tips #11.1 Hari ini, kita lihat lebih lanjut mengenai custom animation. Untuk memulakan tip hari ini, buka slide baru, dan taipkan perkataan Custom animation. Biarkan kotak tulisan itu aktif. Apabila ia aktif, ia kelihatan seperti imej diatas. Saya akan gunakan contoh custom animation Entrance hari ini. Ini bermaksud, perkataan di sebelah hanya akan keluar apabila saya mahu ia keluar. Apa yang perlu anda lakukan, klik Add Effect > Entrance > Fly in. Secara automatik anda akan lihat bagaimana effect fly in ini untuk 33 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com tulisan custom animation anda. Anda lihat ia terbang dari bawah bukan? Perkara utama yang ingin saya terangkan hari ini ialah mengenai 3 fungsi ini; Start, Direction dan Speed. Dalam custom animation, 3 fungsi ini sangat penting kerana ia adalah penentu kepada bagaimana anda mahu mengolah pergerakan isi penting presentation anda. JIka anda tidak pernah menggunakannya, anda mungkin tertanya-tanya apa yang

dimaksudkan dengan on click, From bottom dan very fast. Saya akan terangkan satu persatu. Start - ia bermaksud bagaimana anda mahu ia bermula. Start terbahagi kepada 3 pilihan iaitu on click, with previous dan after previous. Jika anda pilih on click, perkataan custom animation anda hanya akan muncul apabila anda klik mouse anda (atau tekan down arrow button). Anda boleh mencuba effect ini. Setelah anda klik on click, tekan button view show(klik slide show > View Show, atau anda boleh tekan butang F5). Anda akan lihat slide show anda tidak ada perkataan custom animation tadi. Tetapi, apabila anda klik down button arrow atau klik mouse anda, perkataan itu akan muncul daripada bawah dengan sangat laju.

34 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Jika anda klik With previous ,perkataan custom animation tadi akan keluar bersama effect sebelumnya. Tetapi disebabkan hanya ada satu effect dalam slide ini, ia akan keluar sebaik sahaja slide bertukar. Cuba anda klik with previous dan tekan button view show. Lihat apa yang berlaku. Jika anda klik after previous ia akan keluar selepas effect sebelumnya. Katakan anda ada tiga effect untuk tiga tulisan anda. Jika tulisan yang kedua anda klik after previous ia akan keluar dengan automatik selepas effect tulisan pertama. Jika anda klik after previous

untuk tulisan ketiga, ia akan keluar secara automatik selepas effect kesan kedua. Untuk lebih mudah faham, anda perlu mencubanya. Cuba buat tiga kotak tulisan dan letakkan effect untuk setiap satu tulisan. Cuba olah fungsi Start ini dan lihat sendiri apa kesannya. Anda boleh beri saya soalan jika anda kurang faham bahagian ini supaya saya dapat terangkan dalam bentuk lain pula.

Tips #11.2 Kita sambung tip semalam. Saya telah terangkan apa yang dimaksudkan dengan start. Hari ini saya terangkan dua lagi fungsi di dalam custom animation iaitu direction dan Speed.

35 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Direction bermaksud dari arah mana anda mahu effect itu masuk. JIka anda klik pada direction, ada beberapa arah yang diberikan (direction ini cuma ada untuk beberapa jenis effect sahaja, bukan kesemuanya). Jadi, anda boleh pilih arah mana yang anda mahu. Contohnya, jika anda mahu membuat anak panah (yang menghala ke atas) anda fly in semasa presentation, is sesuai jika anda menggunakan direction from bottom. Jadi, nanti anak panah anda akan meluncur masuk daripada bawah slide dengan arah yang betul (bukan anak panah yang

bergerak terbalik). JIka anda mahu cuba, lukiskan satu anak panah menggunakan drawing tools, dan gunakan effect fly in. Lihat bagaimana anak panah anda bergerak masuk ke dalam slide.

Seterusnya ialah speed. Ia bermaksud jika anda gunakan fly in, berapa laju anda mahu objek anda itu bergerak? Adakah anda mahu ia bergerak dengan perlahan, sederhana atau sangat laju. Ini bergantung kepada effect yang anda perlukan. Jika semua isi penting dan gambar anda bergerak dengan terlalu perlahan, kadangkala ia boleh jadi membosankan dan membuat penonton anda jadi tidak sabar. Seperti yang saya kata, ia terpulang kepada anda. 36 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Baiklah, saya sudah terangkan bagaimana 3 fungsi Start, Direction dan Speed ini berfungsi. Sekarang mari kita cuba buat. Tadi anda ada satu kotak tulisan custom animation bukan? Sekarang, aktifkan kotak tulisan itu > klik edit > copy > paste. Anda akan lihat satu salinan perkataan custom animation. Ulang langkah tadi sekali lagi. Jadi sekarang anda ada 3 kotak tulisan custom animation itu.

Klik pada tulisan pertama > add effect > Entrance > Fly in. Pada Start, klik on click, direction From top dan speed slow. Klik pada tulisan kedua > add effect > Entrance > Fly in. Pada

start klik after previous, direction from left dan speed medium. Klik pada tulisan ketiga > add effect > Entrance > Fly in. Pada start klik after previous, direction from right dan speed very fast. Setelah selesai semuanya, klik slide show > view show. Anda akan lihat tidak ada apa-apa pada slide anda. Kemudian, klik mouse anda sekali. Anda akan lihat ketiga-tiga tulisan itu akan keluar mengikut turutan. Selamat mencuba.

Tips #11.3 Masih lagi dalam tips menggunakan custom animation. Hari ini, saya ingin terangkan bahawa untuk satu tulisan atau objek, anda boleh 37 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com gunakan lebih daripada satu effect. Saya akan tunjukkan contoh bagaimana mahu menggunakan lebih daripada satu effect kepada satu tulisan atau objek. Di slide anda, taipkan custom animation. Biarkan tulisan itu aktif. Kemudian, klik slide show > custom animation. Ada 4 effect yang saya mahu anda gunakan ke atas perkataan tadi. 1. Pertama, (sambil tulisan itu aktif), klik add effect > Entrance > Fly in. Untuk effect ini, pada bahagian start klik on click, direction from top dan speed medium. 2. Kemudian, biarkan tulisan itu aktif lagi, klik add effect > Emphasis > Change Font Size. Pada start, klik after previous, Font size 150% dan speed medium. 3. Klik sekali lagi pada add effect > Motion path > Up. Pada start klik after previous, path unlocked dan speed medium.

4. Akhir sekali, klik pada add effect > Exit > Fly out. Pada start klik after previous, direction To bottom dan speed fast.

Setelah anda selesaikan lakukan 4 langkah ini, anda akan lihat tulisan anda tadi begini. (gambar tulisan custom animation). Anak panah berkepala merah itu adalah motion path, menunjukkan ke arah mana tulisan itu akan pergi. Anda juga akan lihat pada bahagian custom animation di sebelah kanan power point begini.

38 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Setelah selesai 4 langkah ini juga, klik slide show > view show. Klik mouse anda sekali. Apa yang anda lihat? Jika anda lakukan dengan betul, selepas anda klik mouse anda, anda akan lihat tulisan custom animation itu turun dari atas. kemudian, secara automatik ia akan menjadi besar dan kemudian bergerak ke atas. Akhir sekali, ia akan bergerak ke bawah dengan laju dan hilang. Inilah effect yang telah anda pelajari tadi. Untuk lebih maju, anda perlu cuba buat pelbagai effect lain pula. Saya percaya anda sudah faham fungsi effect entrance, exit, emphasis dan motion path. Esok saya akan terangkan satu lagi tip dalam menggunakan motion path. Tips #11.4 Dalam tip hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik dalam menggunakan effect motion path. Mula-mula, lukiskan satu kotak pada slide anda.Terpulang kepada anda mahu gunakan kotak berwarna apa. Saya telah lukiskan satu kotak berwarna merah seperti

di dalam gambar di bawah.

Tip hari ini mudah sahaja sebenarnya. Saya mahu tunjukkan bagaimana mahu buat effect supaya kotak itu bergerak ke kanan, 39 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com kemudian bergerak ke atas. Bunyinya agak mudah tetapi selalu saya mendapat soalan bagaimana mahu melakukan perkara ini. Langkah-langkahnya: 1. Klik add effect > Motion path > Right. (Start - On-click, path - unlocked, speed - medium). Selesai sahaja anda lakukan anda akan lihat preview kotak itu bergerak ke kanan. 2. Biarkan kotak itu aktif, klik add effect sekali lagi > motion path > Up. (Start - after previous, path - unlocked, speed medium.)

Sekarang, cuba anda klik slide show > view show. Apakah yang terjadi? Anda akan lihat, kotak itu bergerak ke kanan, kemudian ia hilang sekejap dan muncul ditempat asal dan bergerak ke atas bukan? Apa yang kita mahu lakukan ialah, apabila ia bergerak ke kanan,berhenti dan terus bergerak ke atas daripada tempat ia berhenti. Bagaimanakah cara melakukannya? Mudah sahaja.

Lihat kotak anda. Setelah anda letakkan 2 effect tadi, anda akan lihat dua anak panah berkepala merah bukan. Sekarang, klik pada anak panah yang menghala ke atas itu. Ia akan aktif. Gerakkan anak panah 40

www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com itu ke kanan menggunakan right arrow button di papan kekunci anda. Gerakkan anak panah itu betul-betul di atas hujung anak panah yang lagi satu. Kemudian, klik slide show > view show sekali lagi. Apa yang anda lihat? Ya, anda akan lihat kotak itu bergerak ke kanan dan kemudian terus bergerak ke atas tanpa balik semula semula ke tempat asalnya.

Setelah anda memahami konsep ini, anda boleh buat beberapa kesan atau pergerakan lain mengikut kehendak anda. Apa yang penting, dengan pengetahuan asas ini, anda perlu cuba lagi banyak kali dengan effect yang berlainan pula. Anda akan jadi lebih cekap dalam masa yang sangat singkat. Selamat mencuba. Tips #11.5 Kita sudah pelajari 4 bahagian dalam tip ke 11. Tip ke 11 iaitu custom animation adalah untuk membantu anda membuat animasi supaya presentation anda jadi lebih jelas dan menarik. Anda perlu ingat, tujuan anda pelajari tip ini bukanlah supaya anda boleh gunakan kesemua jenis effect dalam semua slide anda. Custom animation 41 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com bertujuan untuk membantu, bukan menjadi pertunjukan utama. Jadi elakkan menggunakan effect yang tidak berkaitan malah mengganggu presentation anda. Satu tip untuk anda pastikan sama ada custom animation anda

membantu atau mengganggu, anda boleh tanya sahabat anda atau sesiapa yang boleh memberi komen terhadap presentation anda ini. Saya sendiri, selepas selesai buat sesuatu effect yang baru untuk presentation saya, saya sering bertanya kepada isteri saya tentang pendapat beliau. Isteri saya bukan berada di dalam bidang training. Jadi komen beliau adalah seperti komen orang biasa yang bakal menjadi penonton presentation saya. Selalu juga saya mendapat maklum balas dan idea yang bernas daripada isteri saya sendiri. beliau akan memberi komen jika beliau rasa sukar untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan melalui effect pada slide saya. Esok kita akan pelajari tip yang seterusnya, tip 12, berkenaan dengan view show. 42 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #12

Tip ke 12 adalah berkenaan penggunaan view show. Semasa anda hendak membuat presentation, anda perlu klik slide show > View Show. Saya biasanya cuma akan klik pada satu ikon di sebelah kiri, bawah power point (seperti imej di bawah. Jika anda mahu lebih cepat, cuma tekan kekunci F5.

Kepada yang sudah tahu tip ini, jangan ketawa jika anda rasa perkara ini terlalu mudah. Saya pernah pergi ke satu mesyuarat di mana presenter mempersembahkan slide beliau tanpa menekan button view show. Satu lagi masalah yang biasa timbul bagi sesiapa yang jarang menggunakan power point ialah, bagaimana mahu menukar slide ke

slide seterusnya, atau bagaimana hendak balik semula ke beberapa slide awal. Begini. Apabila anda sudah menekan button view show, banyak button pada papan kekunci yang anda boleh gunakan untuk bergerak ke slide seterusnya. Untuk bergerak ke depan (ke slide seterusnya), anda boleh tekan mana-mana button ini pada papan kekunci: Enter Pg Dn (Page Down) Arrow ke bawah Arrow ke kanan 43 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Untuk berpatah balik ke belakang semula (ke slide sebelumnya), anda boleh tekan mana-mana button in pada papan kekunci: Pg Up (page up) Arrow ke atas Arrow ke kiri Dengan mengetahui tip ini, anda akan kendalikan slide show anda dengan mudah, lancar dan kelihatan yakin dengan apa yang anda lakukan. Saya percaya ramai yang tidak tahu atau tidak berapa pasti akan tip ini kerana saya juga pernah lihat trainer yang right click setiap kali mahu menukar slide. Cara ini membuang masa, tidak lancar dan membuat anda kelihatan seperti seorang amatur. 44 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #13

Tip 13 adalah tip berkenaan Copy & Paste. Secara umum, copy bermaksud salin dan paste bermaksud tampal. (hehe, teringat masa mengajar kelas Bahasa Inggeris, kena terangkan maksud perkataan kepada student. )Tahukah anda, jika anda copy satu imej atau tulisan pada satu slide dan paste pada slide yang lain, imej itu akan muncul pada kedudukan yang sama?

Katakan anda ada dua slide kosong. Pada slide pertama, dengan menggunakan drawing tools, lukiskan pada slide pertama seperti yang saya lukiskan di dalam imej di sebelah. Anda boleh juga lukiskan 3 imej lain jika anda mahu. Setelah anda lukiskan pada slide pertama, aktifkan ketiga-tiga imej itu. (cara mengaktifkan ketiga-tiga sekali, tekan button Shift pada papan kekunci (jangan lepaskan) dan klik pada 3 imej itu satu persatu) Anda akan lihat ketiga-tiga imej itu aktif. (Setelah ketiga-tiga imej itu aktif, anda boleh lepas button Shift tadi) 45 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Kemudian, klik Edit > Copy atau tekan Ctrl-C. Klik pada slide kedua, klik Edit > Paste atau tekan Ctrl-v. Anda akan lihat ketiga-tiga imej itu semua muncul dalam slide kedua di kedudukan yang sama. Apakah gunanya mengetahui bahawa jika kita copy dan paste, ia akan muncul dikedudukan yang sama? 1. Kadangkala anda mahu membuat tajuk pada beberapa slide anda. Anda tidak perlu menaip satu persatu pada setiap slide. Anda cuma perlu taip pada satu slide, copy dan kemudian paste pada slide-slide yang seterusnya. Ia memudahkan kerja anda. 2. Hasil kerja anda boleh kelihatan seragam. Katakan anda ada 6

slide dengan tajuk Teknik menghafal pada bahagian atas slide anda. Jika anda taip satu persatu, kedudukannya mungkin tidak seragam dan tidak sama. Ia tidak kelihatan cantik jika itu berlaku. Jika anda gunakan teknik copy dan paste ini, kedudukan tajuk-tajuk itu akan sama dan apabila slide anda bertukar, tajuk itu seolah-olah langsung tidak bergerak. 3. Anda boleh lakukan animasi anda sendiri. Contohnya, pada slide kedua tadi, delete kotak pertama dan kedua. Aktifkan kotak Action > Klik Add effect > Motion Path > Up. Klik Start After previous, path unlocked dan speed fast. 46 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

Sekarang, klik pada slide pertama tadi > Klik view show atau F5. Anda akan lihat ketiga-tiga imej Mind, Body & Action itu. Tekan enter (untuk pergi ke slide seterusnya). Anda akan lihat dua kotak itu hilang secara automatik, dan kotak Action itu akan bergerak ke atas. Ini adalah contoh animasi menggunakan tulisan yang saya gunakan dalam presentation saya. Apabila kotak action itu naik ke atas, saya akan keluarkan isi-isi berkenaan action dibawah kotak action itu. Anda perlu mencuba sendiri tip ini dan buat beberapa jenis animasi mengikut kehendak anda. Apabila anda faham konsep ini, anda boleh gunakannya untuk membuat presentation anda lebih mudah difahami. 47 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #14

Tip ke 14 adalah tip terakhir dalam tips 7 perkara yang perlu dipelajari. Saya ulangi, 21 tips Microsoft Power Point saya bahagikan kepada 3 bahagian. 7 tips pertama (tips 1 -7) saya namakan 7 perkara yang perlu dielakkan. 7 tips kedua (tips 8 - 14) saya namakan 7 perkara yang perlu dipelajari. 7 tips ketiga (tips 15 - 21) saya namakan 7 petua untuk lebih maju. Jadi, tip ke 14 ialah, anda perlu pelajari dan majukan teknik anda menggunakan perisian Microsoft Power Point dengan melihat cara orang lain membuat presentation mereka. Contohnya begini, katakan anda menghadiri mana-mana seminar atau mendengar presentation daripada sesiapa, perhatikan cara persembahan power point mereka. Jika ada cara presentation mereka yang menarik, fikirkan bagaimana agaknya cara mereka lakukan. Jika anda lihat mana-mana animation yang menarik, fikirkan bolehkah anda lakukan perkara yang sama. Satu cara paling cepat untuk lakukan perkara ini ialah dengan meminta salinan presentation tersebut (dalam bentuk softcopy). Selalunya, jika sahabat anda atau seseorang yang anda kenali membuat presentation, tentu tidak ada masalah jika anda mahu meminta salinan presentation tersebut. Namun, anda perlu bersedia jika presenter tidak dapat memberikan softcopy tersebut. 48 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Seperti saya sendiri, ramai juga yang meminta salinan softcopy

presentation yang saya jalankan. Namun, saya perlu meminta maaf kerana tak dapat berikannya. Ini adalah kerana, softcopy power point presentation saya adalah satu daripada Intellectual Property saya. Ia tidak boleh diedarkan begitu sahaja kerana saya perlu menjaga hasil kerja saya itu. Namun, jika ada yang meminta salinan itu kerana mahu pelajari teknik animation, saya akan berikan satu salinan contoh di mana mereka boleh pelajari teknik-teknik tersebut. Ada satu salinan softcopy power point yang anda boleh download secara percuma iaitu www.awesomebackgrounds.com . Setelah ada download softcopy tersebut, klik F5 dan perhatikan animation yang ditunjukkan. Anda mungkin rasa kagum atau pelik kerana animation-animation itu seolah-olah dibuat menggunakan perisian lain, bukan powerpoint. Setelah anda lihat slide show tersebut, ada dua bahagian yang anda perlu perhatikan untuk pelajari bagaimana ia dilakukan. Bahagian-bahagian itu ialah: Custom animation Slide Transition Semasa saya mula belajar untuk memajukan diri saya dalam power point, saya telah download softcopy daripada awesomebackgrounds.com ini. Saya belajar bagaimana menggunakan custom animation dan slide transition di sini. Setelah saya kuasai asas ini, saya jadi lebih yakin untuk belajar kegunaan lain untuk mencantikkan lagi presentation saya. Bagi saya, ini adalah tip paling utama bagaimana saya majukan teknik penggunaan power point saya. 49 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

Jadi, jangan lupa download softcopy power point percuma ini dan pelajari teknik-teknik menarik yang digunakan. Mula juga perhatikan bagaimana sahabat anda atau sesiapa sahaja buat power point presentation mereka. 50 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #15 Tip yang ke 15 ialah, untuk kelihatan lebih cekap dan mahir dalam menggunakan power point, anda perlu pelajari beberapa perisian lain. Contohnya, saya pelajari perisian Macromedia Fireworks dan juga windows movie maker untuk membantu beberapa aspek dalam power point presentation saya. Perisian fireworks adalah untuk saya olah gambar, buat animasi atau membuat background powerpoint saya sendiri. Jika anda lihat contoh gambar background dalam power point saya di tip-tip lepas, saya gunakan perisian fireworks ini. Selain daripada fireworks, perisian yang lebih kurang sama (malah lebih baik) ialah perisian photoshop. Pentingkah pelajari perisian lain..? Ya, sangat penting. Bayangkan jika anda mahu belajar memasak. Adakah anda akan belajar menggoreng, merebus, mengukus dan memanggang sahaja? Tentu tidak kan? Anda perlu belajar juga memotong (bawang,sayur, ayam & daging) dan memilih bahan yang sesuai untuk di masak. Maksudnya, untuk mahir dalam sesuatu ilmu, anda perlu pelajari beberapa ilmu lain disekitarnya. Sama seperti saya sendiri, walaupun saya adalah professional trainer dalam motivasi dan kemahiran belajar, selain menambahkan pengetahuan saya dalam bidang psikologi, saya juga pelajari tentang

komputer dan perisiannya. Saya perlu belajar tentang teknik pemasaran kerana teknik pemasaran (marketing) banyak boleh dikaitkan dengan kebolehan menarik minat sewaktu memberi ceramah), dan saya juga perlu pelajari tentang 51 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com menguruskan laman web. Hasilnya, saya dapat kongsikan bidang kepakaran saya dalam laman web saya seperti apa yang saya lakukan di blog ini Jadi, mulai hari ini, pelajari beberapa perisian lain yang boleh membantu kemahiran penggunaan perisian power point anda. 52 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #16 Tip yang seterusnya untuk anda memajukan penggunaan Microsoft Power Point anda ialah dengan menggunakan maklumat tutorial percuma yang mudah didapati di internet. Anda perlu ingat, anda tidak perlu tahu semua mengenai powerpoint. Ini kerana, tujuan anda belaajr powerpoint bukanlah untuk menjadi seorang pensyarah yang mengajar powerpoint. Jadi, tidak perlu tahu kesemuanya. Namun, mana-mana bahagian penggunaan powerpoint yang anda tidak tahu, anda boleh cari maklumat cara penggunaannya di internet secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah, masuk ke enjin pencari dan taip powerpoint tutorial. Jika anda lihat hasilnya seperti imej yang saya tunjukkan, anda pasti tahu sebenarnya banyak maklumat yang anda boleh perolehi dengan mudah untuk belajar

powerpoint.

Malah, inilah cara utama bagaimana saya majukan cara penggunaan powerpoint saya. Apabila saya terlihat sesuatu yang menarik, saya akan fikirkan bagaimana mahu membuatnya di powerpoint. Contohnya, beberapa minggu lepas ketika menemani anak saya menonton Disney Channel, Make way for Noddy, saya terlihat satu animasi mudah yang menunjukkan bagaimana pintu garaj tertutup dari atas dan naik semula. Apabila ia naik semula, ada satu imej baru yang muncul di dalam garaj itu. 53 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

Ini membuat saya terfikir bagaimanakah caranya untuk membuat kesan begini untuk powerpoint. Saya fikir, menarik juga jika saya tukar slide saya dengan menunjukkan pintu garaj turun daripada atas dan naik semula. (Saya gunakan drawing tool untuk buat pintu garaj ringkas seperti imej disebelah). Apabila pintu itu naik semula, ada slide baru yang saya tonjolkan. Setelah beberapa kali mencuba dan mencari idea melalui tutorial powerpoint di internet, saya dapat caranya. Walaupun isteri saya kata ia kelihatan kelakar kalau saya gunakan, saya masih berpuas hati kerana berjaya mencari cara untuk membuatnya. Jadi, gunakan tutorial percuma di internet untuk memajukan penggunaan perisian power point anda. 54 www.MotivasiBelajar.com

All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #17 Jika anda mahu membuat presentation, pernahkah anda merasa bimbang jika anda terlupa mahu katakan sesuatu yang penting? Ya, inilah satu perkara yang saya selalu bimbangkan semasa saya mulamula menceburi bidang profesional training dahulu. Namun, satu keindahan menggunakan power point ialah, anda boleh letakkan semua isi penting yang ingin anda katakan di slide anda. Katakan anda mahu bercerita tentang satu kisah semasa menerangkan sesuatu fakta. Kadang-kadang, apabila anda terlalu sibuk menerangkan tentang fakta itu, anda terlupa hendak menceritakan kisah yang anda mahu ceritakan tadi. Jadi, apa yang boleh anda lakukan dengan mudah ialah, letakkan di slide anda isi seperti Kisah seorang saintis dan seekor kutu, atau Mengapa mudah mengantuk selepas makan. Walaupun tips ini nampak mudah, saya jarang melihat penceramah menggunakannya. Selalunya, seseorang penceramah bergantung kepada apa yang mereka ingat. Jadi, peluang untuk lupa adalah lebih besar.

Kadang-kadang, anda tidak perlu tulis isi yang anda mahu katakan. Anda boleh letakkan gambar. Gambar sangat menarik jika anda gunakan. Contohnya, dalam program saya, ada saya ceritakan tentang sejenis ulat bulu yang suka berjalan mengikut ulat bulu yang lain. Ulat bulu ini dinamakan processionary caterpillar. Jadi, untuk 55 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

mengingatkan saya sendiri supaya bercerita tentang ulat bulu ini, saya letakkan gambar ulat bulu ini di slide yang berkenaan. (Di mana mahu cari gambar begini? Mudah sahaja, cari di enjin pencari ) Ada masanya, saya akan gariskan atau warnakan dengan warna tertentu isi kandungan yang saya tunjukkan. Apabila saya lihat ada garisan di bawah tulisan atau warna tulisan itu berlainan daripada isi kandungan lain, saya tahu slide selepas itu ada sesuatu seperti video clip atau gambar khas yang ingin saya tunjukkan. Jadi, letakkan semua isi penting anda di slide supaya anda tidak terlepas untuk menceritakannya. 56 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #18 Tip ke 18 ialah, jika anda membuat power point presentation, anda mesti rancang perjalanan presentation anda dari awal hingga akhir. Maksudnya, anda perlu susun slide-slide anda mengikut turutan apa yang anda persembahkan. Pelik, ada ke sesiapa yang tidak susun presentation mereka? Sudah tentu ada. Ramai pula tu. Maksud saya di sini ialah, saya lihat ramai presenter yang apabila membuat power point presentation, terpaksa melompat dari satu slide ke slide lain tanpa mengikut turutan. Katakan presenter sedang menunjukkan slide ke 10, tiba-tiba dia exit slide show dan melompat ke slide yang ke 25. Lebih teruk lagi, presenter ini akan melompat ke file powerpoint yang lain pula. Jika anda melompat dari satu slide ke slide yang lain dengan tidak teratur, anda akan kelihatan seperti membuat kerja di saat akhir. Penonton anda juga akan jadi tidak tentu arah, kerana sukar untuk

memahami presentation yang tidak teratur ini. Jadi, rancang presentation dari awal hingga akhir. Pastikan apabila anda membuat slide show, anda tidak perlu keluar daripadanya lagi. Anda boleh terus klik slide show anda dari slide pertama hingga akhir mengikut turutannya. 57 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #19 Tip ke 19, gunakan animasi untuk menggambarkan isi kandungan anda. Semasa anda membuat presentation, lebih separuh daripada penonton anda ialah cenderung kepada visual dan auditori. Maksudnya, mereka suka lihat dan dengar. Anda akan dapat menarik perhatian mereka dengan lebih baik jika anda gunakan animasi yang mungkin melibatkan penggunaan bunyi juga. Tetapi pastikan ia tidak bercanggah dengan tip 2 dan 3. Saya berikan contoh. Dalam program saya, saya selalu ceritakan kisah seorang saintis dan seekor kutu di mana saintis ini mahu melatih kutu ini untuk melompat tidak lebih daripada satu balang kaca. Selama ini saya hanya bercerita mengenai kisah ini. Namun, setelah saya pelajari sedikit asas membuat animasi menggunakan macromedia fireworks, saya buat sedikit animasi menunjukkan bagaimana kutu itu melompat keluar daripada balang kaca. Hasilnya, saya dapat menceritakan kisah ini dengan lebih baik. Saya faham jika anda kata anda tidak pandai membuat animasi. Jangan risau, Anda mungkin boleh dapatkan khidmat sesiapa atau anda boleh gunakan mana-mana animasi sedia ada yang sesuai

dengan presentation anda. Apa-apa pun, jangan mengalah sebelum mencuba. Selain daripada animasi, klip video juga sangat menarik untuk digunakan. Saya selalu gunakan klip video untuk menerangkan mesej saya. Anda boleh cari klip-klip video yang sesuai atau kelakar dengan 58 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com menaip funny videos di enjin pencari. Cuma, anda perlu berhati-hati supaya tidak menunjukkan klip video yang tidak sesuai. Tidak semua klip video yang sesuai digunakan. Dalam simpanan saya, ada lebih 400 video klip. Namun, cuma ada lebih kurang 20 sahaja klip video yang sesuai untuk presentation saya. Jadi, perlu sabar semasa mencari klip video yang sesuai. Kesimpulannya, fikirkan bagaimana anda boleh menggunakan animasi untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang mesej anda. 59 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #20 Tip ke 20 ini amat mudah. Tip ini kata, Keep on trying, teruskan mencuba. Mengapa saya beri tip ini? Mudah sahaja. Saya mula meningkatkan kebolehan saya menggunakan power point pada tahun 2005 semasa saya menyambung pengajian di peringkat Master di UIA. Ketika itu saya mengambil subjek Educational Measurement & Statistics. Kebetulan, pensyarah saya ketika itu mahu membuat satu kelainan. Selain daripada belajar statistik, pensyarah saya mahu semua pelajar membuat satu portfolio apa yang telah

dipelajari menggunakan power point. Portfolio ni nak senang cerita, kita panggil buat nota la. Ketika itu juga, pensyarah saya tidak tahu bagaimana bentuk dan cara ia patut dilakukan. Jadi dia serahkan kepada pelajar untuk melakukannya dengan cara masing-masing.Pensyarah cuma akan memeriksa portfolio ini setiap 4 minggu. Oleh kerana modul ini mengambil masa 3 bulan, jadi pensyarah akan memeriksa portfolio ini sebanyak 3 kali.

Saya pun mula lah cuba membuat portfolio ini. Susah juga. Saya lihat semua pelajar lain macam dah banyak dilakukan dalam minggu 60 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com pertama dan kedua. Saya masih lagi tidak ada idea. AKhirnya, di akhir minggu ketiga, saya dapat idea bagaimana saya mahu lakukannya. Jadi saya buat portfolio ini mengikut idea saya. Hasilnya, apabila pensyarah saya periksa di akhir minggu keempat, dia memilih portfolio saya sebagai contoh. Saya jadi seronok. lebih banyak saya pelajari untuk memperbaiki portfolio saya itu. Di akhir minggu ke lapan, pensyarah memeriksa semua portfolio pelajar satu persatu di dalam kelas. Apabila saya mahu hantar untuk diperiksa, pensyarah saya suruh saya hantar akhir sekali nanti.

Akhirnya, bila tiba saya menghantar portfolio saya, pensyarah meminta saya berdiri di hadapan dan ceritakan kepada kelas bagaimana saya buat keseluruhan portfolio saya itu. Ada antara pelajar seperti tidak percaya apa yang saya tunjukkan itu

menggunakan microsoft powerpoint. Mereka sangka saya gunakan perisian lain. Di akhir semester, saya mendapat A+ dalam subjek ini dan saya diberitahu yang pensyarah saya tadi menggunakan portfolio saya tadi sebagai contoh untuk kelas beliau di semester seterusnya. Itu merupakan satu pencapaian yang memberi kenangan manis kepada saya semasa mengikuti pengajian Master tersebut. 61 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

Persoalannya, bagaimana saya dapat lakukan dan hasilkan portfolio terbaik ketika itu menggunakan power point? Mudah juga, saya guna tip ke 20 ini, keep on trying. Banyak ketikanya saya rasa susah untuk menggunakan power point ini. Apabila apa yang saya buat tidak menjadi, kadang-kadang rasa sakit hati sampai rasa nak tendang komputer saya tu. (Rasa je, tak pernah seumur saya tendang komputer ) Apabila apa yang saya nak buat tak menjadi, dan apabila saya terus mencuba, ada satu perkara pelik berlaku. Perkara pelik itu ialah, saya akan pelajari sesuatu yang lain, yang lebih hebat. Jadi, setiap kali ada masalah dan apabila saya terus mencuba, saya yakin bahawa saya akan pelajari sesuatu yang baru dan hebat. Tak ada lah rasa tension sangat bila dah berfikiran macam ni. Saya percaya, kesemua 21 tips yang saya berikan kepada anda ini adalah berasal daripada pengalaman saya menghasilkan portfolio tadi. Jika anda gunakan kesemua tips-tips ini, saya percaya anda juga akan majukan kebolehan anda menggunakan perisian Power Point ini.

62 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Tip #21 Ini adalah tip terakhir dalam siri tips Microsoft Power Point ini. Tip ini berkata, Keep on improving, terus majukan diri anda. Seperti yang saya katakan di awal tips ini dahulu, Microsoft Power Point adalah satu perisian yang mempunyai fungsi yang sangat banyak. Anda tidak perlu tahu kesemuanya baru boleh anda jadi seorang yang dikatakan pandai menggunakannya. Saya percaya tipstips yang saya kongsikan disini boleh membantu memajukan kebolehan anda menggunakan power point ini. Seperti kata tip terakhir ini, jangan sekali-kali berhenti belajar kerana anda rasa anda sudah tahu semuanya. Saya sendiri pun masih lagi belajar perkara-perkara yang baru. Kadang-kadang perkara baru itu saya pelajari daripada seseorang yang masih baru menggunakan perisian ini. Ini terjadi kerana, kita selalunya belajar perkara yang berlainan. Jadi, walaupun anda sedang melihat presentation seseorang yang baru menggunakan perisian ini, jangan rasa anda lebih baik. Jangan malu untuk belajar apa yang baru dan menarik yang dapat anda saksikan dalam presentation seseorang itu. Akhir kata, saya ucapkan selamat berjaya kepada anda semua. Selamat memajukan kemahiran penggunaan perisian power point anda. Jika anda sudah kuasai tips-tips ini, jangan lupa kongsikan dan ajarkan kepada kawan-kawan yang lain pula. Selamat mencuba.

63

www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Apakah perasaan anda apabila anda berada di depan khalayak ramai begini?

64 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Mahukah anda pelajari cara-cara untuk:

Menghilangkan rasa gementar apabila berdiri di khalayak ramai,

Menarik perhatian penonton agar berminat mendengar apa yang bakal anda katakan,

Menyampaikan isi kandungan ceramah yang memenuhi kehendak pensyarah dan mampu menarik perhatian penonton,

Memukau penonton dengan gaya percakapan dan persembahan yang

interaktif, dan

Berbicara seperti seseorang yang berpengalaman dan professional.

Hadiri kursus Mastering Presentation Skills yang dianjurkan oleh Osman Affan.

Kemahiran bercakap di hadapan khalayak ramai dan membuat presentation adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Di dalam program satu hari ini, anda akan pelajari:

Bahagian Pertama The Presentation

Di dalam bahagian ini, anda akan pelajari bagaimana caranya mencari dan menyusun idea bahan yang perlu anda persembahkan, agar ia kelihatan menarik dan lancar. Anda juga akan pelajari The art of presenting, satu teknik di mana anda mampu menarik perhatian penonton walau topik apa sahaja yang anda persembahkan.

Bahagian kedua The Presenter

Di dalam bahagian ini, anda akan pelajari perkara terpenting iaitu bagaimana mahu mengawal rasa gementar. Anda juga akan pelajari bagaimana mahu kelihatan yakin dan tenang meskipun anda masih merasa gementar di dalam hati. Anda akan pelajari teknik mengawal suara anda supaya anda kelihatan berpengalaman dan tidak kehilangan suara meskipun bercakap dalam jangka masa yang lama.

65 www.MotivasiBelajar.com All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com Kemudian anda akan pelajari beberapa perkara yang patut dielakkan semasa membuat persembahan atau bercakap dikhalayak ramai. Contohnya, anda akan pelajari tentang cara bergerak semasa bercakap agar penonton sentiasa fokus kepada apa yang anda sampaikan.

Bahagian ketiga The PowerPoint.

Di dalam bahagian ini, anda akan lihat 21 tips Microsoft PowerPoint secara praktikal. Jika keadaan mengizinkan, anda akan lihat beberapa contoh penggunaan perisian ini yang boleh membuat anda kelihatan sungguh hebat, yakin dan berpengalaman semasa membuat persembahan.

Berikut adalah contoh tentatif program ini:

9.00 9.30 am - Introduction to Public Speaking Common problems in public speaking

9.30 - 10.30 am - Part 1 - The Presentation The Content The Flow The Art of Presenting

10.30 11.00 am - Break

11.00 12.00 am - Part 2 - The Presenter The Fear The Voice Exercise

12.00 1.00 p.m. - Getting the audiences attention Exercise for part 1 and 2

1.00 - 2.15 pm - Lunch / Zohor

2.15 - 4.15 pm - The PowerPoint Presentation

4.15 5.00 pm - Final exercise Conclusion

Untuk menganjurkan program ini ditempat anda, sila hubungi En Arif atau Pn Elly di talian 03-4260 1103, 012-6566118 atau 012-902 8747

(Program ini boleh dijalankan di dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu)

You might also like