You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT 1.0 DEFINISI BAHASA PENGANTAR 2.0 PENDAPAT TOKOH TENTANG BAHASA 3.0 PPSMI 3.1 APA ITU PPSMI 3.2 RASIONAL PELAKSANAAN PPSMI 3.3 KRONOLOGI PPSMI 3.4 ISU-ISU DALAM PPSMI 2 2 3 3 3 4 5 12

4.0 ISU BAHASA PENGANTAR DALAM PENDIDIKAN 4.1 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN 4.2 FAKTOR UTAMA WUJUDNYA ISU PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA DAN KESANNYA 4.3 LANGKAH PENYELESAIAN

12 13 14 16 16 16 18 19

5.0 ISU MBMMBI 5.1 DEFINISI MBMMBI 5.2 MATLAMAT PENUBUHAN MBMMBI 5.3 RUMUSAN

6.0 RUJUKAN LAMPIRAN

1.0 Definisi Bahasa Pengantar: i. Bahasa: Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya). Menurut Bill Adams pula, bahasa adalah sebuah sistem pengembangan psikologi individu dalam sebuah konteks inter-subjektif. Bahasa juga adalah alat yang digunakan untuk menyampaikan isi dan ilmu.

ii.

Bahasa pengantar: Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atau dalam perundingan. Selain itu, bahasa pengantar juga adalah bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasabahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

2.0

Pendapat Tokoh Tentang Bahasa:

Menurut pendapat tokoh bahasa yang pertama iaitu Prof Datuk Dr Kamaruddin berpendapat bahawa sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantar paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Manakala Dato Ir Haji Ahmad Zaidee Laidin, Bekas Naib Cancelor UITM pula menyatakan bahawa Punca kekayaan adalah ilmu dan punca ilmu adalah penyelidikan. Punca

penyelidikan ialah menguasai bahasa yang digunakan dalam bidang tertentu.

Bahasa pengantar di sekolah

Terdapat beberapa isu yang boleh dirungkaikan dalam tajuk bahasa pengantar di sekolah ini. Antaranya ialah isu PPSMI, isu penggunaan bahasa ibunda di sekolah dan juga isu MBMMBI.

3.0

PPSMI

3.1

Apa itu PPSMI

PPSMI adalah nama singkatan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. PPSMI merupakan nama rasmi bagi Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahawa bahasa inggeris akan menggantikan bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara bagi matapelajaran Sains dan

Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar ini telah dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad iaitu bermula pada tahun 2003. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) telah termaktub sebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI telah dilakukan secara berperingkat iaitu bermula pada sesi persekolahan tahun 2003. Perintis pelajar yang terlibat ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. PPSMI telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

3.2

Rasional Pelaksanaan PPSMI

Peralihan bahasa pengantar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris mempunyai rasionalnya yang tersendiri. PPSMI ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap
3

pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Kerajaan amat berhasrat untuk membangunkan generasi pelajar yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi pada tahap yang tinggi dan dalam pada masa yang sama mampu menjana idea dan teknologi baru dalam kehidupan seharian yang serba moden ini. Kebanyakan inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

3.3

Kronologi PPSMI

1. Pada 19 Julai 2002 Bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

2. 2003 Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

3. 2007 Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah

4. Januari 2008 Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

5. Mac 2009 Pada ketika ini, lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad telah bditubuhkan.

6. Mei 2009 Ramai sasterawan Negara menolak dasar ini dan buat pertama kali dalam sejarah mereka menentang dasar kerajaan.

7. Jun 2009 Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara" .

8. Julai 2009 Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

3.4

Isu-isu dalam PPSMI

Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak ia mula dilaksanakan lagi. Terdapat empat isu yang boleh kami rungkaikan dalam PPSMI ini. Antaranya ialah: Isu ketidaksediaan guru dengan pelaksanaan PPSMI Isu pelajar dan PPSMI Isu jurang pencapaian Malaysia dalam TIMSS Isu jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar

3.4.1 Isu 1 : Isu ketidaksediaan guru dengan pelaksanaan PPSMI Guru merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia kan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Satu kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana hanya 54.7% guru Sains dan 62.2% guru Matematik mampu menerangkan konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hal ini membuktikan bahawa masalah dalam pelaksanaan PPSMI ini sebenarnya adalah berpunca daripada ketidaksediaan guru-guru. Walaupun bukan keseluruhan guru-guru tidak bersedia untuk mengajar dalam bahasa inggeris tetapi ianya boleh memberi kesan yang amat mendalam kepada para pelajar. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memberi latihan kepada guru. Latihan ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya matlamat untuk memahirkan guru-guru dalam pengajaran bahasa inggeris dapat dicapai. Guru-guru juga perlu dilatih untuk menggunakan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran agar proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik. Langkah kedua yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ketidaksediaan guru-guru ini adalah dengan mengadakan ujian penilaian yang khusus kepada guru. Langkah ini bertujuan untuk mengenalpasti hanya guru-guru yang berkebolehan sahaja melaksanakan PPSMI ini. Guru guru yang masih tidak bersedia akan terus diberi latihan secara berterusan. Langkah lain yang perlu dilaksanakan adalah mengadakan Program Team Teaching. Guru Bahasa inggeris di sekolah diberi mandat untuk membantu guru sains dan matematik dalam pengajaran termasuk merancang dan merangka teknik pengajaran serta memerhati kaedah pelaksanaan pengajaran di dalam kelas.

3.4.2 Isu 2 : Isu Pelajar dan PPSMI Pelaksanaan PPSMI telah memberi kesan yang sangat besar kepada pelajar. Hal ini kerana berdasarkan pelaksanaan PPSMI, pihak yang paling kuat menerima tempiasnya ialah para pelajar. Sejak pelaksanaan PPSMI, pencapaian pelajar dalam subjek sains dan matematik ini dilihat semakin merosot. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nor Hashimah Jalalludin (2002), ketidaksediaan pelajar dalam mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang menyebabkan pencapaian mereka semakin merudum. Kajian ini juga menunjukkan

bahawa 75% pelajar tidak setuju Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan dan 70% yakin akan cemerlang dalam Sains dan Matematik jika diajarkan dalam bahasa melayu. Hal ini disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar masih rendah. Pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti pembelajaran serta penguasaan istilah atau konsep yang diajar oleh guru-guru dengan baik disebabkan oleh penguasaan bahasa inggeris pelajar yang lemah. Penggunaan bahasa inggeris menyebabkan pelajar hilang tumpuan dalam memahami maksud frasa yang digunakan. Dalam peperiksaan pula, pelajar sibuk untuk menterjemahkan soalan dan bukannya memikirkan cara untuk menjawab soalan. Hal ini banyak membuang masa mereka semasa peperiksaan. Sistem pendidikan kita seharusnya memudahkan para pelajar memahami apa yang diajar dan bukannya menyusahkan mereka untuk memahami apa yang diajar. Apabila pelajar sukar untuk memahami apa yang diajar di dalam kelas, pelajar akan membentuk persepsi yang kurang baik tentang matapelajaran sains dan matematik. Oleh kerana mereka lemah dalam bahasa inggeris, sudah tentu mereka juga merasakan bahawa sains dan matematik adalah sukar kerana ianya diajar dalam bahasa yang mereka lemah iaitu bahasa inggeris. Minat pelajar terhadap matapelajaran sains dan matematik akan terjejas disebabkan pengajaran kedua-dua mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Kajian UNESCO(1958) jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek dipelajari.

Hasil daripada kelemahan pelajar dalam Bahasa Inggeris dan persepsi buruk pelajar terhadap matapelajaran sains dan matematik akhirnya menimbulkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana pelajar yang banyak menimbulkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar ialah pelajar yang tidak faham apa yang dipelajari semasa dalam kelas. Apabila pelajar berada di dalam kelas dan tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru, maka mulalah mereka akan merasa bosan dan tertekan. Oleh kerana itu, perasaan mereka akan mula memberontak dan akhirnya mereka akan mudah terjerumus dengan masalah disiplin. Ibubapa perlu memainkan peranan bagi mengatasi isu pelajar dan PPSMI ini. Ibubapa perlu memberikan pendedahan awal kepada anak-anak tentang bahasa inggeris, sains dan juga matematik. Apabila anak-anak telah didedahkan dengan lebih awal, ini dapat membantu mereka apabila memasuki alam persekolahan kelak. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris kerana mereka sudah didedahkan dengan bahasa inggeris sejak kecil lagi. Di samping itu, ibubapa juga perlu sentiasa memberi motivasi kepada anak-anak agar anak-anak sentiasa mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu walaupun perkara yang sukar sekalipun. Kebanyakan pelajar amat memerlukan dorongan semangat daripada kedua ibubapa mereka kerana dengan dorongan semangat itu dapat memberi kekuatan kepada mereka untuk terus berusaha. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi isu pelajar dan PPSMI ini. Pihak kerajaan perlu menyediakan guru bahasa inggeris yang berkualiti di sekolahsekolah. Guru yang beropsyen bahasa inggeris perlu disediakan disekolah untuk mengajar bahasa inggeris bagi memastikan kualiti dari segi ilmu dan pedagogi adalah betul. Kerajaan juga perlu menambahkan pengambilan guru-guru bahasa inggeris di sekolah-sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan kerana guru bahasa inggeris dapat menumpukan perhatian terhadap kelas yang diajar jika bebanan tugas mereka dapat dikurangkan. Di samping itu, kerajaan perlu memperkasakan kualiti guru bahasa inggeris dengan mengambil tenaga pengajar yang pakar dalam isu Teaching as a Second Languange disetiap negeri bagi melatih guru-guru bahasa inggeris secara berkala. Selain itu juga, kerajaan juga perlu melakukan transformasi kurikulum bahasa inggeris. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa inggeris perlu ditambah daripada 4 jam
8

kepada 5.5 jam seminggu untuk tahap 1 dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk tahap 2 bagi sekolah rendah. Kerajaan juga perlu memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris melalui kurikulum baru. Dalam pengajaran bahasa inggeris perlu memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa dan seni bahasa.

3.4.3 Isu 3: Jurang Pencapaian Pelajar Malaysia dalam TIMSS Tahun 1999 2003 2007 Bil. negara yang menyertai 38 46 48 Kedudukan Malaysia 16 10 20

TIMSS merupakan singkatan bagi Trends in International Mathematics and Science Study. Pencapaian Malaysia dalam TIMSS sangat penting kerana pencapaian ini boleh digunakan sebagai petunjuk kepada kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan matematik di Malaysia. Antara isu-isu yang boleh dilihat dalam TIMSS ini ialah pelajar lemah dalam konsep matematik. Situasi sebenar yang berlaku dalam kalangan pelajar Malaysia ialah pelajar sebenarnya masih lemah dalam asas matematik pada peringkat rendah lagi. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila bentuk soalan diubah. Isu kedua yang dapat dilihat dalam TIMSS ini ialah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Menurut kajian (Isahak Haron, 2009), negara yang menggunakan bahasa ibunda secara keseluruhan secara puratanya mendapat skor yang lebih tinggi. Isu lain yang terdapat pada TIMSS juga ialah kurikulum matematik di Malaysia. Pengajaran matematik di Malaysia seharusnya perlu diajar dengan cara yang lebih menarik supaya pembelajaran didalam kelas menjadi lebih seronok dan tidak membosankan. Selain itu, masa pengajaran matematik juga perlu ditambah agar guru mempunyai cukup masa untuk menyampaikan isi kandungan matematik ini dengan lebih berkesan. Langkah penyelesaian bagi mengatasi isu jurang pencapaian Malaysia di dalam TIMSS ialah dengan menjadikan pengajaran matematik di dalam kelas menjadi lebih menarik dan
9

kreatif. Menurut Robiah(1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya tarikan sesuatu pelajarn amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran guru (Kamaruddin, 1989). Sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya. Pendekatan yang sesuai perlu dilaksanakan didalam kelas. Guru tidak boleh meminta pelajar menghafal formula semata-mata. Guru seharusnya memberi pengalaman kepada pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara langkah untuk memberi pengalaman kepada pelajar adalah dengan melaksanakan aktiviti di dalam kelas dan bukannya mendengar guru bercakap sahaja. Langkah penyelesaian yang kedua ialah pengajaran dan pemahaman konsep matematik pelajar perlu ditekankan. Guruguru perlu memastikan setiap pelajar dapat memahami konsep matematik dengan lebih baik agar mereka tidak tercicir dalam pembelajaran mereka. Langkah penyelesaian terakhir yang boleh dicadangkan ialah dengan melaksanakan pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa ibunda. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya isu yang mengatakan bahawa bahasa inggeris menjadi halangan kepada pelajar untuk mengemukakan idea mereka dan menjadikan pelajar lebih kreatif.

3.4.4 Isu 4: Jurang Pencapaian Pelajar Sekolah Bandar dan Luar Bandar Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam matapelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek ini diajar dalam bahasa inggeris sejak tahun 2003. Hal ini kerana, tahap penguasaaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar adalah sangat lemah. Jadi mereka akan menghadapi kesukaran untuk menguasai matapelajaran sains dan matematik yang diajar dalam bahasa inggeris. Antara punca yang dapat dikenalpasti yang telah menyumbang masalah dalam isu ini ialah guru di sekolah luar bandar kurang berpengalaman. Penempatan guru diluar bandar sepatutnya perlu mengambil kira kepentingan pendidikann diluar bandar kerana pelajar diluar bandar juga memerlukan guru yang berpengalaman untuk memberi pengajaran dan bukannya bergantung kepada guru baru sematamata.
10

Punca kedua yang menyumbang kepada isu juarang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar ini juga ialah kerana kurang infrastruktur yang lengkap di sekolah luar bandar. Bilik darjah di sekolah luar bandar adalah kurang kondusif berbanding sekolah bandar. Kemudahan seperti meja, kerusi dan lain-lain peralatan yang agak daif mengakibatkan konsentrasi pelajar terganggu. Selain itu, ketiadaan kemudahan asas seperti makmal komputer yang menyukarkan para pelajar mencari alternatif pembelajaran lain selain apa yang diajar oleh guru di dalam kelas Perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh di sekolah luar bandar. Tambahan lagi, penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah dan kekurangan bahan rujukan bahasa inggeris ini juga turut menjadi punca bagi isu jurang pencapaian pelajar ini. Selain itu, ibubapa juga boleh menyumbang kepada masalah dalam isu ini. Kebanyakan ibubapa yang tinggal di luar bandar adalah berpendidikan rendah dan menyebabkan mereka tidak memahami kepentingan bahasa inggeris dalam kehidupan. Ini menyebabkan mereka kurang memberi motivasi kepada anak-anak untuk berusaha mendalamai ilmu di dalam subjek bahasa inggeris. Semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam isu ini. Antara perlu dilakukan oleh guru-guru ialah mempelbagaikan kaedah mengajar dengan menjadikan pengajaran lebih menarik dan tidak membosankan. Selain itu, guru perlu mengetahui keupayaan setiap seorang pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lebih berkesan. Di samping itu, guru-guru juga perlu memberi motivasi kepada pelajar dan ibubapa dengan cara mengadakan kem motivasi kepada pelajar dan mengadakan ceramah keibubapaan kepada ibubapa. Peranan kerajaan pula ialah dengan menyalurkan lebih banyak bantuan kewangan dan sumber rujukan bahasa inggeris ke sekolah yang berda di luar bandar. Kerajaan boleh melancarkan Kumpulan Wang Amanah pelajar Miskin (KWAPM) bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan bagi menampung kos pembelajaran mereka. Dengan bantuan kewangan ini diharap dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan pengetahuan mereka. Kerajaan juga perlu menghantar guru yang berpengalaman dalam bahasa inggeris dan matematik ke sekolah luar bandar suapaya dapat membantu pelajar menguasai bahasa inggeris seterusnya memudahkan pelajar memahami matematik dan sains yang diajar dalam bahasa inggeris. Selain itu, kerajaan juga perlu memberi penerangan kepada masyarakat tentang kepentingan bahasa
11

inggeris dan perkembangan pendidikan semasa supaya ibubapa dan pelajar sedar bahawa pendidikan mampu mengubah kehidupan mereka agar menjadi lebih baik. Peranan ibubapa dalam menyelesaikan isu jurang pencapaian pelajar luar bandar dan bandar ini juga adalah dengan meluangkan masa yang lebih untuk anak-anak. Dalam pada masa yang sama, ibubapa perlu memberi sokongan moral kepada anak-anak agar mereka terus berusaha dalam mempelajari sesuatu walaupun perkara itu sukar bagi mereka untuk dilaksanakan. Di samping itu, ibubapa juga perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah dan guru bagi mengetahuai perkembangan anak-anak di sekolah kerana terdapat segelintir ibubapa yang melepaskan tanggungjawab seratus peratus kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak mereka. 4.0 Isu Bahasa Pengantar Dalam Pendidikan Isu kedua terpenting mengenai Bahasa Pengantar dalam pendidikan di negara kita adalah isu penggunaan bahasa ibunda dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Bahasa ibunda ialah bahasa ibu atau bahasa sendiri yang digunakan sejak kecil dan juga merupakan bahasa leluhur sesuatu kelompok etnik.Contoh bahasa ibunda yang terdapat di Malaysia ialah dialek Melayu Kelantan,Bahasa Cina Hokkien,bahasa orang Asli Semai,Bahasa Tamil dan bahasa kadazandusun.Bahasa ibunda adalah suatu khazanah yang sangat penting dalam kehidupan sesuatu kelompok itu khususnya dalam konteks budaya.Misalnya dialek Melayu Kelantan adalah penanda identifikasi kepada budaya kelompok Melayu di Kelantan.Identifikasi boleh dikenal pasti melalui aspek-aspek seperti harta,makna dan nahu dialek Melayu itu serta amalan bahasa yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu Kelantan. 4.1 Kepentingan Penggunaan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran Terdapat banyak kepentingan penggunaan Bahasa Ibunda dalam pengajaran. Antaranya ialah dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar akan lebih mudah memahami pelajaran apabila menggunakan bahasa yang diketahui oleh mereka. Penggunaan Bahasa Ibunda juga dapat meningkatkan komunikasi antara kaum yang sama.Apabila mereka kerap berkomunikasi sesama mereka menggunakan bahasa ibunda,ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka.Di samping itu,hubungan kekeluargaan dan kejiranan juga dapat dieratkan apabila bertutur dalam bahasa yang
12

difahami.Penggunaan Bahasa Ibunda yang berterusan juga amat penting kerana ini dapat mengelakkan bahasa ibunda daripada lapuk ditelan zaman.Jadi,generasi muda pada masa kini merupakan tunjang utama dalam meneruskan bahasa tradisi nenek moyang mereka ini kepada generasi-generasi seterusnya. Bahasa Ibunda adalah sangat penting untuk pembangunan sesuatu budaya.Terdapat pelbagai kaedah yang telah diusahalan bagi memartabatkan bahasa ibunda.Antaranya ialah dengan menubuhkan Hari Bahasa Ibunda Sedunia.Hari Bahasa Ibunda Sedunia ini telah diumumkan oleh UNESCO(United Nations Educational,Scientific and Cultural Organization) pada 21 Februari setiap tahun mulai November 1999.Pertubuhan hari tersebut adalah untuk memperingati 4 orang mahasiswa yang dibunuh oleh polis Pakistan dalam satu demonstrasi untuk menuntut hak-hak bahasa Ibunda mereka iaitu Bahasa Benggali.Negara kita telah menjadi ahli tetap UNESCO pada 16 Jun 1958 dan meraikan sambutan Hari Ibunda Sedunia ini.Kaedah seterusnya untuk memartabat bahasa Ibunda ialah dengan mengadakan seminar dan kempen mengenai kepentingan bahasa Ibunda.Ini dapat menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk turut serta menyertai program sihat ini yang memberikan faedah kepada mereka di samping dapat memartabatkan Bahasa Ibunda.Media massa juga memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan penggunaan bahasa Ibunda.Rancangan di televisyen dan radio misalnya harus menyiarkan rancangan yang lebih menjurus ke arah penggunaan Bahasa Ibunda kerana ianya bukan sahaja menarik minat masyarakat malah dapat menyebarkan Bahasa Ibunda ke seluruh pelosok negara. 4.2 Faktor Utama Wujudnya Isu Penggunaan Bahasa Ibunda Dan Kesannya Bahasa Ibunda bukan sahaja digunakan secara meluas untuk komunikasi sahaja bahkan digunakan juga dalam pengajaran.Penggunaan Bahasa Ibunda dalam pengajaran menjadi isu yang semakin hangat diperkatakan pada masa kini.Hal ini demikian kerana,di Malaysia terdapat 3 kaum yang majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India.Ketiga-tiga kaum ini cenderung menggunakan bahasa Ibunda mereka sendiri kerana ia merupakan bahasa yang difahami dan digunakan sejak kecil.Ini akan memberikan kesan positif apabila menggunakan bahasa Ibunda dalam pengajaran.Impak yang pertama ialah guru yang lebih berpengalaman ramai dan meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar.Guru yang lebih berpengalaman di sini bermaksud guru tersebut telah lama menggunakan bahasa ibunda dan lantaran itu,mereka
13

berkeyakinan tinggi untuk mengajar.Selain itu,penggunaan bahasa ibunda dapat meningkatkan pencapaian pelajar kerana apabila diajar menggunakan bahasa ibunda,pelajar akan lebih mudah memahami isi pengajaran.Oleh itu,pelajar dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.Komunikasi antara guru dan pelajar juga akan berjalan dengan lebih lancar kerana proses pembelajaran menggunakan bahasa yang difahami pelajar.Di sini,komunikasi dua hala berlaku dengan penuh efisyen. Namun demikian,terdapat juga implikasi negatif penggunaan bahasa Ibunda dalam pengajaran.Kesan yang pertama ialah isu kekeliruan memilih bahasa ibunda akan wujud di mana pelajar berbangsa Cina dan India khususnya akan keliru apabila bersekolah di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Ini terjadi apabila di sekolah mereka perlu membiasakan diri dengan bahasa Melayu dan apabila pulang ke rumah,mereka akan menggunakan bahasa Ibunda mereka.Seterusnya ialah kesukaran guru untuk mengajar. Sekiranya terdapat guru berbangsa Cina atau India yang terpaksa mengajar di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,agak sukar bagi mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik kerana ketidakbiasaan guru tersebut.Selain itu,isu penggunaan bahasa rojak dalam pengajaran juga akan berlaku di mana apabila guru Cina misalnya tidak tahu menyebut sesuatu istilah bahasa melayu,guru tersebut menggunakan bahasa Inggeris.Ini bukan sahaja mengelirukan pelajar malah pelajar sukar untuk memahami pembelajaran.Implikasi seterusnya adalah,isu pelajar kurang menguasai bahasa lain misalnya bahasa Inggeris akan wujud.Jika berterusan menggunakan bahasa Ibunda,mereka tidak akan cenderung menggunakan bahasa lain kerana ketidakselesaan mereka.Di samping itu juga,kaedah pengajaran guru akan tergugat dan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar dan akhirnya memudaratkan para pelajar itu sendiri. 4.3 Langkah Penyelesaian Oleh yang demikian,bagi mengatasi masalah ini,kerajaan telah menjalankan beberapa langkah penyelesaian.Langkah pertama ialah dengan menubuhkan tiga sekolah mewakili setiap kaum.Terdapat beberapa kelebihan penubuhan sekolah-sekolah ini iaitu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.Selain itu,tiada pertelingkahan berlaku kerana para pelajar belajar bersama kaum yang sama di mana tiada salah faham akan berlaku.Walaubagaimanapun,penubuhan tiga sekolah mewakili setiap
14

kaum ini menyebabkan perpaduan satu Malaysia tidak dapat dicapai seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.Langkah kedua ialah menubuhkan satu jenis sekolah sahaja di mana dapat menyatu padukan ketiga-tiga jenis kaum dan dapat menyeragamkan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik iaitu Bahasa Melayu.Namun,terdapat juga kelemahan yang wujud dengan penubuhan satu jenis sekolah ini iaitu pelajar bukan melayu sukar memahami isi pelajaran disebabkan oleh ketidakbiasaan menggunakan bahasa Melayu.Kaum Cina dan India juga merasa tergugat disebabkan mereka beranggapan pelajar Melayu akan lebih menonjol dalam pelajaran disebabkan kebiasaan pelajar Melayu menggunakan bahasa Melayu.Jadi antara dua langkah ini,langkah kedua merupakan yang terbaik di mana sekolah tersebut terdiri daripada berbilang kaum bagi menyelaraskan bahasa pengantar dalam subjek sains dan matematik. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja membawa kepada penubuhan sekolah wawasan di mana sekolah wawasan merupakan sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. agama.Di bawah konsep ini,dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama.Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).Penubuhan sekolah wawasan ini telah dicadangkan oleh Perdana Menteri pada tahun 1997 iaitu Dr Mahathir Mohd dan

diluluskan kabinet tahun itu juga.Walaupun mendapat tentangan dari kaum Cina yang merasakan penubuhan sekolah wawasan ini menggugat sekolah jenis kebangsaan Cina,namun anggapan tersebut salah sama sekali. Tujuan dan matlamat penubuhan sekolah wawasan ini adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi
yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara

yang bersatu padu serta menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di

sekolah.Terdapat beberapa sekolah wawasan yang berjaya dilaksanakan dan beroperasi sepenuhnya seperti Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru,Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman,Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai,Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya dan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung.

15

5.0 Isu MBMMBI 5.1 Definisi MBMMBI Menurut surat pekeliling ikhtisas bil. 2/2010 : Berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Memartabatkan Bahasa Malaysia/Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Strategi memartabatkan bahasa Malaysia(BM) melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa melayu. Manakala strategi

memperkukuh penguasaan bahasa inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. 5.2 Matlamat Penubuhan MBMMBI Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia (BM) adalah kerana BM merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Tujuan memperkukuh bahasa Inggeris(BI) adalah kerana BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di
16

peringkat nasional dan antarabangsa. Pengumuman pemansuhan PPSMI dan dasar MBMMBI dibuat selepas kerajaan mengkaji dan meneliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan pelaksanaan dasar itu. Kerajaan juga mengambil kira pelbagai pandangan cendekiawan serta pandangan umum mengenai pro dan kontra pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar Bandar dan luar Bandar. Selain itu, masih ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa inggeris. Kebanyakkan murid pula menunjukkan sikap pasif dan kurang ceria apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung. Diharapkan dengan perlaksanaan dasar baru ini akan dapat membantu pelajar-pelajar tercicir semasa dasar PPSMI dilaksanakan terutamanya di luar bandar kerana mereka merupakan golongan yang paling teruk terjejas akibat daripada dasar PPSMI tersebut. Pengerusi Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru itu dan berharap bahasa melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1Malaysia. Terdapat pelbagai pihak harus memainkan peranan mereka bagi memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan dengan baik dan lancar antaranya ialah guru, ibu bapa, kerajaan,sekolah dan pelajar itu sendiri. Guru haruslah menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menarik agar pelajar akan lebih minat untuk belajar dan mereka juga akan lebih fokus terhadap pembelajaran. Malah dengan penggunaan bahasa melayu akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap topik yang di ajar oleh guru dan mereka juga akan lebih aktif untuk bertanya kerana mereka boleh menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Selain itu, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pelaksanaan dasar MBMMBI ini berjaya kerana ibu bapa merupakan tempat anak-anak meluahkan masalah di sekolah terutamanya. Dengan pelaksanaan dasar baru ini, ibu bapa haruslah memberi galakkan dan semangat untuk para pelajar agar mereka akan lebih bermotivasi untuk ke sekolah. Motivasi yang diberikan oleh ibu bapa bukan hanya dengan dengan kata-kata malah dari segi kewangan juga harus dititikberatkan kerana pelajar-pelajar mungkin memerlukan duit untuk membeli buku rujukan yang bersesuaian. Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar merasakan mereka lebih dihargai dan mereka akan belajar dengan bersungguh-sungguh.

17

5.3 Rumusan Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa memainkan peranan penting di dalam mendidik negara bangsa kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang paling berkesan dan penggunaan bahasa yang betul dan tepat perlu dititikberatkan oleh kerajaan agar rakyat di negara ini tidak ketinggalan dalam mencapai arus globalisasi yang penuh dengan halangan dan cabaran. Bahasa pengantar yang betul akan menjadikan sesebuah komunikasi itu sangat berkesan kerana kedua-dua pihak akan saling memahami dan mereka dapat mencapai persetujuan bersama. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum kita telah menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa melayu sebagai bahasa pengantar atau alat komunikasi kerana semua rakyat di negara ini boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik walaupun berbilang kaum dan agama. Oleh itu, penggunaan bahasa pengantar yang betul iaitu bahasa melayu akan dapat membantu kita berkomunikasi dengan lebih baik di samping kita memartabatkan bahasa melayu itu sendiri dan kita haruslah menyahut pelaksanaan dasar MBMMBI kerana ianya merupakan dasar kerajaan untuk membela kepentingan bahasa melayu tanpa mengetepikan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa komunikasi antarabangsa.

18

6.0 Rujukan

http://dict.rewaz.org/search/browse/bahasa.re http://www.slideshare.net/ bahasa-pengantar-12216107 http://pmr.penerangan.gov.my http://persatuan-pmms.blogspot.com/2009/04/wawancara.html http://myadha.blogspot.com/2012/03/analisis-spm-2011-pencapaian-sekolah.html

Sufean Hussin (2005),Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd .Retrieved March 25, 2012 from http://books.google.com.my/books
http://razak.wordpress.com/2011/10/10/bahasa-ibunda-wadah-terbaik-pendidikan/ http://abihulwa.blogspot.com/2011/05/isu-bahasa-bahasa-ibunda-bantu.html http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=R ncana&pg=re_06.htm http://razak.wordpress.com/2011/10/10/bahasa-ibunda-wadah-terbaik-pendidikan/ http://qalish.com/2011/12/soalan-lazim-berkaitan-dasar-memartabatkan-bahasamalaysia-memperkukuh-bahasa-inggeris-mbmmbi.html http://www.scribd.com/doc/40220165/MBMMBI http://pkgsp.org/v11/index.php?option=com_content&view=article&id=229:mbmmbidasar&catid=36:artikel&Itemid=92 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-inforingkas/6091-memartabatkan-bahasa-malaysia-dan-memperkukuhkan-penguasaanbahasa-inggeris-mbmmbi.html

19

LAMPIRAN

20

You might also like