Tajuk 1

Pendidikan Matematik

1.1

Sinopsis

Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghayati sejarah dan peranan ahli matematik sejak daripada zaman dahulu. Ia membolehkan para pelajar mendalami makna, peranan dan nilai dalam matematik serta peranan guru matematik. Pelajar akan meneliti perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia dan juga mengkaji Kurikulum Matematik KBSR dan KBSM. Disamping itu, kursus ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan.

1.2
 

Hasil Pembelajaran Menerangkan peranan yang dimainkan oleh matematik, ahli matematik dan guru matematik. Mengintegrasi dan menimbulkan minat dan nilai dalam pendidikan matematik. Kerangka Konsep

1.3

1.4

Pengertian dan Peranan Matematik

Kita akan meneliti peranan matematik dalam kehidupan seharian melalui satu cerita pendek di bawah : Kanak-kanak Yang Ingin Tahu “Bangun Aiman. Kita akan balik kampung hari ni. Lusa dah raya,” kata ibu Aiman. Aiman menyapu matanya lantas bertanya “Pukul berapa sekarang, ibu ?” “6.30 pagi.”, jawab ibunya. Kebiasaannya keluarga Aiman dan keluarga bapa saudaranya akan pulang bersama-sama . Semasa dalam kereta, Aiman memerhati papan-papan tanda sepanjang jalan.”Apa maknanya itu, ayah ?” “ Apa kegunaannya ?” “ Apa maksud Alor Setar 123km ?” “Macamana kita tahu berapa kita perlu bayar tol ?” “Kenapa kereta perlu ada nombor?”. Apabila mereka menghampiri kampung, Aiman bertanya lagi, “ Ayah, macamana pakcik sampai lebih awal daripada kita ?”

Pada fikiran anda, adakah matematik hanya terdiri daripada simbol-simbol dan perkataan sahaja ? Mari kita mengkaji pelbagai makna matematik.

Matematik telah dinamakan sebagai „permaisuri bagi sains‟ oleh Gauss (1777-1855), seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman dahulu. Ramai orang menganggap Matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan pengiraan sahaja. Sebenarnya, Matematik mengandungi makna yang lebih dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Sebagai seorang guru Matematik, anda perlu menganggap dan menghargai Matematik sebagai subjek yang kaya dengan idea dan kreativiti.

1.4.1 Pengertian Matematik

APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :

v “Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.”

v “Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.”

v “Matematik adalah suatu bahasa”

v “Matematik adalah suatu kajian seni”

v “Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan

sebagainya.”

v “Matematik adalah satu cara berfikir.”

v “Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.”

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara di atas ? Dengan penerangan terperinci di bawah, diharapkan anda, sebagai guru matematik, dapat memahami dengan lebih mendalam tentang pengertian Matematik.

Ø Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola

Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul. Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang Matematik, tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan sebagainya. Perhatikan contoh berikut : Contoh 1 :

12

=1

apakah nilai bagi 11 1112 ? Contoh 2 : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasildarab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3 3 x 37 = 111 6 x 37 = 222 9 x 37 = 333 Berdasarkan pola di atas.112 1112 = 121 = 12 321 1 1112 = 1 234 321 Tanpa menggunakan kalkulator. berapakah hasildarab 37 dengan 21 ? .

. Cuba anda berikan dua contoh lain yang menunjukkan perhubungan antara angkubah-angkubah.Ø Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan Contoh : Perhatikan fungsi kuadratik berikut : Jika berapakah nilai f jika x = 2 ? Apakah hubungan antara x dan f ? Sesetengah perhubungan angkubah-angkubah/anu boleh juga ditunjukkan dalam bentuk jadual atau graf.

Ø Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik. L = Ø “Matematik adalah suatu kajian seni” Terdapat unsur-unsur Matematik dalam pelbagai bentuk seni. Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakar-pakar Matematik dari zaman ke zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal sehingga ke hari ini. juga di kalangan pelajar Matematik. algebra. Contoh : Luas sfera.Ø “Matematik adalah suatu bahasa” Satu daripada keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam Matematik ialah Matematik mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri. menjadikan operasi Matematik lebih ringkas. Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam Matematik bagi mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah. melihat Matematik sebagai suatu perkara yang berkaitan pengiraan. trigonometri. Pengiraan adalah akar umbi kepada Matematik. Antaranya ialah : Seni muzik Seni bina Seni lukis Seni budaya. Di dalam bahasa Matematik. kalkulus dan sebagainya. Sebahagian besar daripada pandangan umum. Simbol dan ungkapan Matematik yang dicipta. tatabahasa terdiri daripada hukum-hukum. Ø Matematik adalah satu cara berfikir . memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia. cepat dan tepat. teorem-teorem dan rumus-rumus Matematik yang menghubungkan simbol-simbolnya.

Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep. kita mungkin memikirkan sesuatu teori kepada sesuatu perkara. Dengan cara sedemikian. Penaakulan secara Induktif sebaliknya bergerak daripada pemerhatian yang teliti kepada teori atau generalisasi. kemahiran dan kaedah Matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Kemudian kita mula mendalami perkara tersebut dengan membuat hipotesis yang dapat dijalankan ujian terhadapnya. akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya. kita bermula dengan mencari corak atau pola. Terdapat ramai orang yang apabila menghadapi sesuatu masalah. dan kemudian berakhir dengan membuat rumusan atau kesimpulan / teori. Akhirnya. Seterusnya kita terus membuat pengumpulan data. suatu pengesahan terhadap teori asal kita dapat dilaksanakan. . Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Penaakulan secara Deduktif bermula dengan sesuatu perkara yang umum membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. samada ianya benar atau sebaliknya. menetapkan hipotesis yang mungkin. kita maksudkan dua kaedah menaakul iaitu penaakulan secara Induktif dan Penaakulan secara Deduktif. Menerusi Logik. Dalam penaakulan ini. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam Matematik. Sebagai contoh. kita menjalankan ujian terhadap data dengan tujuan mengesahkan hipotesis yang ada.

masa dan sebagainya. Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik. Sewajarnyalah. penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Segala aktiviti yang kita lakukan seperti pergi bercuti. kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari di sekolah dahulu. Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita.2 Peranan Matematik Kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. mengira diskaun.Dengan cara penaakulan di atas. membeli makanan. mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan. Kita juga mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak. Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik. Ø Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian. Sebagai contoh. matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). merancang kerja-kerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas.. 1. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang. Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah. . membaca carta. kita mengaktifkan minda kita agar lebih berfungsi dengan baik sebagaimana kita menggalakkan aktiviti „hands-on‟ kepada para pelajar. kita menghargai ilmu. mengukur jarak. Sebagai contoh. Selain itu. Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik. Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian.4. Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik telah berjaya membaca / menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia semasa Perang Dunia Kedua. tetapi juga oleh semua orang.. Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains.

“ Apa bentuk komunikasi yang dapat membantu pelajar mendapatkan kefahaman yang mendalam dalam Matematik ”. (Mok. http://www. Guru perlu menyoal “ Apa yang dapat dan tidak dapat dilaksanakan hari ini ? ” Apa pembetulan yang patut diambil “. seharusnya ada dalam diri para guru. juga belajar menghargai pendapat-pendapat orang lain. telah memberi impak yang besar. Guru perlu memikirkan dan menyediakan tugasan yang membuatkan pelajar-pelajar menggunakan intelektual dan pemikiran yang mencapah untuk memahami atau menjawab sesuatu masalah. Susunan kerusi-meja yang sesuai dapat membangkitkan semangat perbincangan. Para guru dikehendaki menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar. pemikiran dan eksplorasi yang baik di kalangan pelajar.html 1. Soalan-soalan seperti “ Bagaimana guru berinteraksi dengan pelajar semasa aktiviti P&P berjalan “.Guru tidak perlu membetulkan kesilapan pelajar secara . guru menyediakan suatu medan bagi pelajar-pelajar merasa selamat untuk berkongsi idea. Anda boleh melayari internet seperti alamat di bawah untuk mendapatkan kefahaman tentang kegunaan matematik dalam kehidupan seharian. Guru seolah-olah memberitahu mereka bahawa pembelajaran adalah penting. Guru juga perlu menyediakan latihan atau tugasan dengan melibatkan semua pelajar. “Apa bentuk soalan untuk membangkitkan pelajar berfikir dengan lebih jauh” . 3 Peranan Guru Matematik Guru-guru Matematik berhadapan dengan cabaran yang besar dalam melaksanakan huraian sukatan pelajaran Matematik serta cadangan-cadangan baru yang perlu dilaksanakan. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities”. 2005).org/interactives/dailymath/ http://www. Peranan yang baru bagi guru-guru diperlukan bagi merealisasikan kurikulum matematik yang baru. Guru juga seharusnya mengenalpasti bagaimana para pelajar berhubung antara satu sama lain.4. Yang paling penting. dan belajar matematik adalah penting. tetapi juga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan.com/k-12-education-articles/mathematics-in-daily-life390556. bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik yang baru.Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan tercapainya Wawasan 2020. Guru sewajarnya membuat analisis tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.learner. terutama yang berkaitan dengan kehidupan seharian.articlesbase.

5. kemudiannya berkembang ke Greece. tetapi ianya tidak mendatangkan kesan yang signifikan terhadap matematik yang diamalkan sedunia sekarang. Matematik dikatakan bermula di Mesir Purba dan Babylonia.5 Sejarah Matematik Setiap budaya di muka bumi ini mengamalkan matematik. Pada masa yang sama.1 Sejarah Perkembangan Matematik .terus atau segera. 1. selatan India dan Jepun juga mengamalkan matematik yang agak menarik untuk dikaji. Geometri dan Statistik. Penulisan matematik dalam Greek Purba diterjemahkan kepada bahasa Arab. matematik di India diterjemahkan kepada bahasa Arab. tetapi guru boleh merancang cara bagaimana menolong pelajar yang berkenaan mendapat semula ilmu yang tertinggal. Akhirnya. matematik tersebut berkembang dan digunakan di seluruh dunia. pendidikan jasmani dan seni. Begitu juga dengan perkaitan antara matematik dan sains. guru disaran supaya mempastikan pelajar merasai perhubungan antara Algebra. 1. pengajian sosial. matematik disebarkan daripada satu budaya ke budaya yang lain. Sukatan. guru-guru sewajarnya dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi dalam matematik dan berkeupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran matematik dalam dunia sebenar. Dengan peranan-peranan yang dibincangkan di atas. Kemudian. Dalam kes-kes tertentu. Guru juga membantu pelajar memahami perkaitan antara matematik dan perkara-perkara di luar persekitaran sekolah. Negara China. Selepas beberapa ratus tahun. kebanyakan daripadanya diterjemahkan kepada bahasa Latin dan digunapakai di Eropah Barat.

Di antaranya adalah kebarangkalian. Mereka mengukur menggunakan kaedah yang unik iaitu meregangkan tali. penaakulan mantik dan logik. Pada tahap ini. Egyptian and Native American Periods (3000 BC . Dalam pada itu. Sistem pernomboran mereka mempunyai nilai tempat dengan asas 60. 3. Mereka mempunyai rumus bagi luas bulatan dan isipadu bagi kubus. Asas 60 ini membawa kepada pembahagian bulatan kepada 360 bahagian yang sama besar yang kini dikenali sebagai darjah (degree). di mana jaraknya adalah dari siku seseorang sehingga kepada hujung jari hantu. Setiap darjah kemudiannya dibahagi kepada 60 bahagian iaitu minit. Unit asas yang digunakan oeh orang-orang Mesir untuk mengukur panjang adalah „kubit‟. 4. menjadi satu sistem yang sempurna. kalkulus dan rumus-rumus kalkulus.601 BC) Matematik pada masa ini sangat praktikal dan digunakan semasa pembinaan. Peringkat Ketiga ( 1700 TM – 1900 TM ) Peringkat perkembangan matematik tradisi ke peringkat perubahan dan penemuan. algebra dan trigonometri ke tahap yang mantap.Sejarah perkembangan Matematik boleh dibahagikan kepada 4 peringkat : 1. Seorang ahli astronomi Greek. Ptolemy menggunakan sistem ini untuk menghasilkan minit.  Greek. Peringkat Keempat ( 1900 TM . teori-teori baru ditemui oleh tokohtokoh matematik untuk digunakan dalam bidang sains teknologi. merupakan peringkat perkembangan matematik daripada konkrit kepada abstrak. teori nombor. Antara bidang matematik yang baru ditemui ialah geometri koordinat. geometri. teori dan hukum baru ditemui dan didemonstrasikan oleh tokoh-tokoh matematik khasnya dari negara-negara barat. ekonomi dan sosiologi. teori set. dikenali hieroglyphics (tulisan mesir purba kala) dan sistem pernomboran ini berbentuk gambar-gambar. kotak. saat dan sukatan darjah yang digunakan sekarang. silinder dan sebagainya. Roman and Chinese Periods (600 BC .499 AD) . Mereka mengetahui bahawa tahun solar adalah lebih kurang 365 hari. Peringkat Kedua ( 400 SM – 1700 TM ) Merupakan perkembangan aritmetik. Mereka tidak mempunyai simbol 0 tetapi boleh mewakili pecahan.kini ) Dikenali sebagai peringkat moden. sejarah Matematik juga boleh dilihat dalam 6 peringkat kronologi seperti di bawah :  Babylonian. banyak bidang. Dalam tempoh ini. Peringkat Pertama ( sebelum 400 SM ) Bermula dari masa manusia menggunakan tanda atau simbol untuk membilang hingga tokoh-tokoh matematik Yunani menemui sistem teori matematik yang pertama.. pengukuran. 2. kuasa dua. Orang-orang Mesir merekacipta cara mereka sendiri untuk menulis. mencatat rekod dan penciptaan kalendar. punca kuasa dua dan punca kuasa tiga.

Omar Khayyam banyak menggunakan nombor bukan nisbah dan ini bertentangan dengan pendapat orang-orang Greek berkenaan nombor. Buku itu berjudul “Al-jabr w‟al muqabala”. .Tiada nombor sifar atau tanda kedudukan pada masa itu. Mereka mempunyai sistem pernomboran sendiri. telah menukar pemikiran penduduk Eropah kepada pemikiran berteraskan Matematik. 2.. Diberitakan bahawa Archimedes berjaya mencipta cara untuk menguji penurunan nilai bagi ketulan emas. Al Khwarizmi berjaya menyelesaikan persamaan kuadratik dan beliau mengetahui bahawa terdapat dua nilai / jawaban kepada persamaan tersebut. Edisi bercetak yang pertama berkenaan “Euclid‟s Elements” dalam bahasa Latin diterbitkan pada tahun 1482. 3. Mereka mempunyai pengetahuan yang baik dalam algebra. dalam teknologi dan pengetahuan berlaku pada masa ini. Salah seorang daripada tiga ahli matematik yang hebat sepanjang zaman adalah Archimedes (287-212 B. Antara sumbangan yang hebat adalah seperti v Segitiga Pascal (Blaise Pascal).. Sumbangan besar orang-orang Greek adalah Euclid’s Elements and Apollonius’ Conic Sections.  Century of Enlightenment (1600 – 1699) Perkembangan bijak pandai. Pada abad ketiga. Walaupun kaum Roman menguasai dunia. tiada penemuan baru yang signifikan berlaku pada masa ini. Mereka mempunyai pecahan dan beberapa nombor bukan nisbah ( irrational numbers ). simbol Brahmi iaitu 1. Salah seorang berbangsa Arab. namun sumbangan mereka terhadap matematik tidak banyak. 9 adalah signifikan sebab bagi setiap nombor. Perkembangan terhebat pada masa itu adalah penemuan teori astronomi oleh Nicolaus Copernicus dan Johannes Kepler. terutamanya π. Sumbangan mereka hanyalah nombor Roman dan pecahan adalah berdasarkan sistem duodecimal (asas 12)..C.  Hindu and Arabian Period (AD 500 . Mutu kalendar dipertingkatkan dan mereka menetapkan ideaidea tentang tahun lompat setiap empat tahun.) Beliau merekacipta beberapa alat dan senjata ketenteraan.  Transition Period (1200 – 1599) Matematik pada Zaman Pertengahan adalah dalam keadaan 'transitional‟ di antara tamadun awal dengan zaman Renaissance. Dalam pada itu. tetapi menjelang AD 600 orang-orang Hindu menggunakan simbol-simbol Brahmi bersama tanda kedudukan (positional notation). .Tamadun Greek memberi kesan besar kepada sejarah Matematik. beliau juga menerangkan jawaban dalam bentuk geometri. ada simbol tersendiri.1199) Tamadun Hindu sebenarnya bermula pada 2000 BC tetapi mengikut rekod matematik ianya daripada 800 BC sehingga AD 200. Pada awal 1400an „the Black Death‟ membunuh lebih daripada 70% daripada penduduk Eropah. Walaubagaimanapun. Perkataan Algebra diilhamkan oleh orang-orang Arab di dalam buku yang ditulis oleh seorang angkasawan yang bernama Mohammed ibn Musa al Khwarizmi. Jangkamasa antara 1400 and 1600 dikenali sebagai Renaissance. Mereka mengetahui bahawa persamaan kuadratik mempunyai dua penyelesaian / jawaban dan mereka juga pandai menganggar nilai π.

 Modern Period (1900 – sekarang ) Tempoh masa ini merangkumi semua penemuan pada abad yang lalu. Di antara topik-topik yang terlibat adalah : Boolean algebra (George Boole). probability. v Alat Mengira (Johan Napier). v Teori Kebarangkalian permulaan (Blaise Pascal) dan v Bahagian / Rentasan Konik (Rene Descartes). v Penggunaan titik perpuluhan (Kepler and Napier). v Simbol “ †” (John Wallis). v Penaakulan Deduktif ( Galileo Galilei). number theory (Leonhard Euler). connection between probability and π (Compte de Buffon).  Early Modern Period (1700 – 1899) Tempoh ini menandakan permulaan kepada matematik moden. calculus and number theory ( Lagrange). Sejarah menunjukkan bahawa matematik yang kita pelajari semasa di sekolah menengah adalah dihasilkan pada masa ini. v Huruf-huruf untuk Angkubah / Anu (Rene Descartes). Principia Mathematica (Alfred North Whitehead). Formal Logic (Bertrand Russel). v Nombor Perdana (Fermat). logical proof (Charles Dodgson). Terdapat experimentasi dan formulasi idea berlaku pada masa ini. non-Euclidean Geometry ( Johann Lambert ) dan sistem Metrik direkacipta. Diantara penemuan matematik adalah . calculus and complex numbers (Abraham de Moivre).v Logik (Gottfried Leibniz).

dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. Mereka berambut panjang. muzik mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan bagaimana sesuatu perkara berlaku. kacang bukan benda yang sepenuhnya tulin. Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. Godel‟s Theorem. Berikut merupakan nama-nama besar dalam dunia matematik : 1. General theory of relativity (Einstein). terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. komputer elektronik yang pertama Game Theory (John von Neumann). Thomas Kurtz). Menurut mereka. Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. personal computer Apple II.Twenty-Three famous problems (Hilbert). Development of BASIC ( John Kemeny.6 Sejarah Ahli Matematik Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik. . 1. Algebra (Emmy Noether). Pythagoras hidup dalam zaman 500's BC. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati / tulin. di mana mereka tidak makan kacang kerana pada fikiran mereka. Continuum Hypothesis (Cohen). Pengikutpengikut setia beliau bergelar „Brotherhood of Pythagoreans‟. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam. Analytic Number Theory (Hardy and Ramanujan). Mereka sentiasa bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan kepada mereka. dan sebagainya.

. Pada asasnya. Beliau ( atau mereka ) belajar di Akademi Plato di Athens. Volumes 11-13: Solid Geometry The Elements juga mengandungi permulaan bagi Teori Nombor. beralih kepada penggunaan geometri untuk membuktikan sesuatu. segala peraturan dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid. Kemudiannya. Beliau juga mungkin berjumpa Aristotle di sana. The Elements terdiri daripada cetakan berikut : Volumes 1-6: Plane Geometry. Mesir untuk beberapa ketika. Kemungkinan nama Euclid diada-adakan sahaja. Walaubagaimana pun. Buku-buku Euclid terkenal disebabkan mudah untuk dibaca dan difahami. „The Euclidean algorithm‟ yang selalunya dirujuk sebagai „Euclid's algorithm‟ digunakan untuk menentukan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi dua nombor integer. sehingga ke abad 20. Euclid (atau mereka yang menggelarkan diri mereka Euclid) hidup dalam masa 300 BC. Sehingga ke hari ini. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan. kita masih mempunyai salinan buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik. tetapi agak sukar untuk menentukan siapa membuktikan apa. disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan. berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama bagi matematik di semua sekolah di Eropah. Hari ini. Volumes 7-9: Number Theory. Mereka menemui nombor bukan nisbah (irrational numbers)! 2. Tiada didapati gambar beliau di mana-mana. tiada seorang pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. di mana dia banyak belajar tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau. terutamanya 'The Elements'. Ini adalah salah satu daripada algoritma yang tertua . Ada yang berpendapat kewujudan beliau diragui. Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). garisan dan bentuk-bentuk.Pythagoreans menulis banyak bukti berbentuk geometri. Volume 10: Eudoxus' Theory of Irrational Numbers. Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun. begitu juga tentang nombor bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi. juga terkandung dalam Euclid's Elements. Kita hanya mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria.

bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan. . Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu. urusan jual-beli dan urusan cukai. Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap „Nine Chapters‟ pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu. dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut.3. Ini merupakan buku praktikal bagi matematik. lebih kurang 263 AD. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik „differential and integral calculus‟. Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei. Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations). soal selidik.

Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik. "mutiara di kalangan ahli matematik” (the gem in the circle of mathematicians). Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. Bhaksara II. penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. yang bermaksud.4. . algoritma untuk punca kuasa dua. Seorang penulis pada zaman itu. di mana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik. Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani.

Buku inilah yang menjadi punca timbulnya cabang ilmu algebra sekarang. Hari ini. namun beliau adalah salah seorang yang sangat berpengaruh di kalangan ahli matematik Arab. astronomi dan ahli geografi yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Persia sekitar tahun 770. paderi Zoroaster. Perancis pada 19 Jun 1623. Beliau merupakan ahli matematik. yang masih digunakan dalam matematik hari ini. Walaupun sedikit yang kita ketahui tentang Al-Khwarizmi. Selain itu ia merumuskan teori matematik kebarangkalian. Tajuk itu kemudiannya diterjemahkan yang membawa maksud "the science of reunion and reduction. yang disebut teorem Pascal. Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran. jadual Aktuaria. Al-Khwarizmi juga seorang ahli astronomi yang menulis buku tentang astronomi dan jadual astronomi. Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand. yang kemudiannya membawa kepada perkembangan sembilan angka Arab termasuk sifar.5. 6. beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642. Al-Khwarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan nombornombor Arab kepada Negara Barat. Kemudian. . Dalam hal penemuan. Nama keluarga beliau adalah Khwarizm dan merupakan keturunan Magus. teori fizik dan statistik sosial. manusia menggunakan algoritma untuk mengira hasiltambah dan pembahagian cara panjang. di mana prinsip sebenarnya datang daripada teks yang ditulis oleh Al-Khawarizmi sejak 2000 tahun dahulu. Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya." Perkataan tersebut merujuk kepada kajian sistematik mengenai persamaan linear dan persamaan kuadratik.ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu. Buku terkenal beliau adalah „Hisab al-jabr w'al mugabalah‟ di mana nama „algebra‟ diperolehi.

Beliau mengumpulkannya secara jumlah 101 dan beliau mendapati ada lima puluh set kesemuanya. Blaise Pascal meninggal dunia di Perancis pada 1662 pada usia 39. Lahir pada 30 April 1777. seorang pelayan. ia menambah semua integer daripada satu hingga 100 dengan menambah mereka dalam pasangan. seorang pekerja dan peniaga. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang ahli matematik tetapi bapanya lebih suka beliau menjadi seorang jurutera. Johann adalah satu-satunya anak yang lahir bagi pasangan Gebhard Dietrich. Cantor akhirnya menerima persetujuan ibubapanya untuk mempelajari matematik pada 1862. Petersburg. termasuklah Gymnasium di Wiesbaden dan Kolej Teknikal di Darmstadt pada tahun 1860. Beliau menghadiri beberapa buah sekolah kejuruteraan. optik. 8. . dan menjumlahkan semua menjadi 5050. Seorang yang bijak dalam aritmetik. beliau jelas menunjukkan bakat matematik. merupakan anak pertama kepada the Georg Woldemar Cantor dan Maria Böhm. Kajian beliau tentang algebra dan geometri membawa kepada kemajuan teori kebarangkalian. Kegemarannya juga adalah terhadap kristalografi. di St. Di antara penemuan dan sumbangan beliau adalah mencipta alat mengukur trigonometri. Didapati formula Gauss adalah S = n (n +1) / 2 dan digunakan semasa zaman Pythagoras. 7.Pascal juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman kita tentang prinsip sains (hukum Pascal). yang menyatakan bahawa cecair menekan sama (tekanan) ke semua arah. Georg Ferdinand Ludwig Philipp Cantor dilahirkan pada 3 Mac 1845. Semasa masih muda. Russia. mekanik dan sebagainya. dengan Dorothea Benze Gauss. topologi dan analisis vektor. sebuah prototaip dari telegraf elektrik dan sebagainya. Gauss menyumbang kepada dunia matematik tulen dan matematik gunaan sehingga ke abad 20.

juga inferensi. yang mengatakan bahawa. Sumbangan beliau dihargai penuh oleh ahli matematik terkemuka.7 Sifat (Nature) Matematik Matematik mendedahkan pola/corak tersembunyi yang membantu kita memahami dunia di sekitar kita. deduksi. "Cantor has created a paradise from which no one shall expel us. bersama model matematik dari fenomena alam . beliau juga membuat kerja-kerja inovasi terhadap nombor nyata dan merupakan orang pertama memberi makna kepada nombor bukan nisbah menerusi susunan nombor-nombor nisbah. bahkan matematik pada masa kini meliputi pelbagai disiplin berkaitan dengan data. sebuah inovasi yang meletakkan beliau sebagai pengasas dan pencipta teori set. Dalam pada itu. pengukuran dan pengamatan dari ilmu sains. dan bukti." Selain daripada sebagai pengasas teori set. 1.Georg Cantor menghasilkan banyak idea yang mempengaruhi dunia matematik pada abad ke 20. Cantor juga menyumbang kepada analisis klasik. Di antara sumbangan hebat beliau adalah memperkenalkan idea infiniti. David Hilbert. Kini bukan hanya di segi aritmetik dan geometri.

Pengalaman berkaitan matematik meninggikan tahap kebolehan matematikkeupayaan untuk membaca secara kritikal. Merancang kaedah / pelan untuk selesaikan masalah. Menyemak keputusan (mempastikan keputusan adalah munasabah) Strategi-strategi yang dicadangkan adalah seperti di bawah : 1. kebarangkalian. Peranan matematik dalam pendidikan adalah disebabkan banyak kegunaannya pada umum. Menyelesaikan masalah serupa yang lebih mudah (solve a simpler similar problem) Menjadikan masalah lebih konkrit (make a problem more concrete) Meneka dan meyemak (Guess and check) . Melaksanakan kaedah / pelan. 4. 2. 3. tetapi nombor. mengenalpasti kesalahan.tentang perilaku manusia. Matematik membolehkan kita memahami informasi dan persekitaran dunia dengan lebih baik. Matematik adalah ilmu tentang pola/corak dan peraturan. Sebagai ilmu yang abstrak. algoritma dan perubahan. Domainnya bukan molekul atau sel. Beliau menyenaraikan empat proses untuk menyelesaikan masalah dan membariskan beberapa strategi seperti berikut : Kaedah Menyelesaikan Masalah mengikut Polya 1. bentuk. dan sistem sosial . Penemuan-penemuan Matematik seperti teorem dan teori adalah sangat signifikan dan berguna. 3. Memahami masalah (baca masalah dengan berhati-hati sekurang-kurangnya dua kali) 2. matematik bergantung pada logik dan bukan hanya pada pengamatan. mencari alternatif dan sebagainya. Sifat Penyelesaian Masalah George Polya merupakan ahli matematik yang terkemuka yang menulis 3 buah buku berkenaan penyelesaian masalah. namun menggunakan pemerhatian.simulasi bahkan eksperimentasi sebagai mencari kebenaran.

Menggunakan persamaan / formula (Use an equation or formula ) Penyelesaian masalah adalah tugas yang rumit untuk dikuasai. 9. Orang yang menggunakan penaakulan deduktif mengamalkan prinsip umum untuk membina sebuah contoh khas. Memecahkan masalah kepada masalah lebih kecil (Break the problem into smaller problems) 5. Penaakulan induktif bergerak dari khusus kepada umum.  Sifat Penaakulan Logik (Nature of logical reasoning) Penaakulan induktif dan deduktif adalah dua jenis penaakulan yang asas digunakan dalam matematik. maka semua segiempat sama mempunyai empat sisi. Mencari pola /corak (Look for a pattern) Melukis gambar / rajah (Draw a picture or diagram) Menyelesaikan cara terbalik ( Work backwards ) Melakonkan (Act it out/Explain it to someone else ) Menukar cara pemikiran (Change your point of view (Think outside the dots)) 10. Penaakulan deduktif didasarkan pada peraturan atau prinsip-prinsip am. · Sifat Nombor-nombor (Nature of Numbers) . sains dan kemanusiaan. Sebuah hujah deduktif memberi bukti lengkap tentang kesimpulan. 7. 8. kita seharusnya berusaha melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah. selama syarat-syarat yang digunakan adalah benar. 6. Contoh penaakulan deduktif: Disebabkan semua segiempat sama adalah merupakan juga segiempat tepat. Orang yang menggunakan penaakulan induktif menemukan pola dalam kumpulan pemerhatian khusus dan membuat kesimpulan umum berdasarkan pola itu. Penaakulan deduktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pada peraturan atau fakta. dan segiempat tepat mempunyai empat sisi.4. Walaubagaimana pun. Penaakulan induktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pengalaman dan boleh menentukan bahawa kesimpulan mungkin benar. Penaakulan deduktif bergerak dari umum ke khusus. Ia berdasar kepada pemerhatian.

. Penggunaan tiga titik di akhir senarai di atas menunjukkan bahawa senarai tersebut akan berterusan / tidak berakhir di situ sahaja. 4. . Perkara yang lebih abstrak dari sifar adalah idea nombor negatif. 2. kita mendapat satu set baru iaitu nombor integer. . 4. di mana a dan b adalah integer (b sifar). 1. di samping tidak mempunyai seekor pun biri-biri. sesuatu "nombor" bererti sesuatu yang kita boleh kira/bilang. Kita katakan senarai nombor asli beserta „sifar‟ sebagai Nombor Bulat. untuk mengukur / menyukat. 2. 3." Pada awalnya. 1. –2. satu perempat sudu teh garam dan sebagainya. Ø Nombor Nisbah (Rational Numbers) Nombor nisbah adalah berbentuk . 0. „sifar‟ dianggap sebagai nombor. . . Ini dikenali sebagai nombor asli. 4. Kadangkala kita memanggil nombor nisbah sebagai pecahan. Ø Nombor Integer Berikut adalah senarai nombor integer : . atau nombor yang boleh dibilang. Ø Nombor Bulat Nombor Bulat adalah seperti di bawah : 0. Jika. Kita memerlukan masa yang agak lama untuk menerima idea nombor negatif tetapi akhirnya nombor negatif diterima sebagai nombor. –4. . Contohnya. kita menggunakan pecahan. seperti berapa banyak biri-biri yang dimiliki oleh seorang penternak. Ø Nombor Asli atau “Nombor yang boleh dibilang” 1. . 5. Dengan menambahkan idea pecahan kepada set integer. kita gunakan setengah cawan gula. Jika penternak tidak mempunyai seekor pun biri-biri. . –3. 3. 2. Kadang-kadang. tetapi dalam banyak hal yang lain dalam kehidupan kita. maka kita katakan bahawa penternak itu mempunyai sebanyak „sifar‟ biri-biri.Sistem nombor nyata berubah dari masa ke masa dengan memperluaskan idea tentang apa yang kita maksud dengan "nombor. –1. 5. kita memperolehi set nombor nisbah (rational numbers). . kita boleh mengatakan bahawa jumlah biri-biri yang petani miliki adalah negatif 3. . . petani berhutang seseorang 3 ekor biri-biri. Kita tidak dapat mengatakan penternak mempunyai bilangan biri-biri dalam bentuk pecahan. Generalisasi seterusnya yang dapat kita hasilkan ialah idea pecahan. Dengan penambahan nombor negatif. 3.

Rajah berikut menerangkan tentang hubungan antara set nombor-npmbor yang membentuk Nombor Nyata: 1. Nilai juga memberitahu kita yang sesuatu adalah penting atau tidak. Sebarang nombor yang menunjukkan bilangan atau sukatan.Ø Nombor Bukan Nisbah (Irrational Numbers)   Tidak dapat ditulis sebagai nisbah bagi nombor integer. Apabila kita mempunyai nombor nisbah dan nombor bukan nisbah. harus dan tidak boleh. baik dan buruk. Ada tiga kategori dalam pendidikan matematik iaitu Nilainilai pendidikan umum. Berikut merupakan empat jenis nilai-nilai umum beserta contoh. kita mempunyai set nombor nyata yang lengkap. kita akan sentiasa mendapat nombor nyata. Contoh-contoh : Nombor Nisbah (nombor berakhir) Nombor Nisbah (nombor berulang) Nombor Nisbah (nombor berulang) Ø Nombor Nyata    Nombor Nisbah + Nombor Bukan Nisbah Semua nombor boleh didapati di atas garis nombor. Nilai-nilai Pendidikan Umum Nilai-nilai ini diterapkan oleh guru-guru di sekolah bertujuan membentuk peribadi seseorang. Juga semua jarak boleh didapati di atas garis nombor. Sebagai nombor perpuluhan. nilai-nilai pendidikan matematik dan nilai-nilai matematik. Nilai-nilai sampingan adalah kepercayaan. bijaksana.8 Nilai Matematik Nilai adalah peraturan untuk kita membuat keputusan tentang benar dan salah. berdasarkan peringkat hiraki nya :   Nilai asas adalah iman dan takwa. seperti berat. . kebenaran. adil. isipadu atau jarak antara dua titik. nombor-nombor tersebut tidak berulang atau berakhir.

Menurut Nik Aziz Nik Pa. belajar matematik menumpukan pada nilai-nilai pendidikan matematik sebagai berikut: a) Nilai yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran. e) Nilai-nilai yang berkaitan dengan pendekatan pembelajaran matematik di mana melibatkan proses deduktif. bertanggung jawab.   Nilai-nilai asas seperti setia. berdedikasi. . Nilai-nilai Pendidikan Matematik Nilai dalam pendidikan matematik adalah nilai-nilai afektif yang mendalam dibangunkan melalui subjek matematik. kerjasama dan berpengetahuan. berkeyakinan diri dan lain-lain. operasi. d) Nilai yang berkaitan dengan tingkat pemahaman di mana pelajar menggunakan peraturan. di mana tujuan pembelajaran matematik adalah untuk apresiasi. membuat refleksi dan komunikasi. dan prinsip-prinsip rumus matematik atau mengetahui bagaimana menggunakan algoritma dan mengapa ia digunakan. konstruktif dan aktif. menghafal dan belajar secara pasif atau matematik adalah pembangunan pengetahuan melalui pembelajaran induktif. aplikasi atau teori matematik.telus dan bersyukur. Nilai-nilai tambahan adalah kewarganegaraan. kreatif. c) Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah di mana pelajar memahami. mengetahui dan melakukan operasi rutin atau mencari dan melaksanakan operasi yang sesuai. b) Nilai yang berkaitan dengan kemampuan pelajar di mana matematik adalah sesuai untuk individu tertentu atau untuk semua.

Kontrol Menilai kawalan bererti menekankan kekuatan pengetahuan matematik dan sains melalui penguasaan peraturan. situasi hipotetis dan abstrak. dan melaksanakan ideaidea dalam matematik dan sains. Nilai yang ditunjukkan adalah : Ø guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam latihtubi dan rutin . Rationalisme Menilai rasionalisme bererti menekankan hujah.Nilai-nilai Matematik Nilai matematik merujuk kepada nilai yang berkaitan dengan pengetahuan matematik. penaakulan. Nilai ini ditunjukkan oleh: Ø guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam hujah dan penaakulan logik Ø pengajaran tentang bukti dan membuktikan Ø menggalakkan perbincangan dan perdebatan Ø pelajar mencari penjelasan untuk data percubaan Ø kontra hipotesis alternatif 2 Empiricisme Menilai empirisisme bererti mencari objektif. Berikut ini adalah penjelasan nilai-nilai dalam matematik: 1. Mereka adalah rasionalisme & empirisme. dan dengan demikian membawa kepada pemikiran universal. rajah dan lain-lain. Ia merangsang kepada pemikiran beranalogi. dan penggunaan data. fakta. prosedur dan kriteria yang telah ditetapkan. analisis logik dan penjelasan. kebenaran dan penggunaan pengetahuan matematik yang dibawakan dalam konteks yang berbeza. sumber bahan. Ø pelajar mengumpul data eksperimen Ø menguji idea terhadap data 3. kawalan & kemajuan. model. Nilainilai ini meliputi ciri-ciri. Hal ini juga menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan. konkrit. Hal ini juga menggalakkan materialisme dan kesungguhan. Ia melibatkan teori. dan kemampuan untuk meramal. mencari simbol. keterbukaan & misteri.. Alam Bishop mengenalpasti tiga pasang pelengkap untuk nilai matematik. Nilai ini ditunjukkan oleh: Ø guru mengembangkan kemahiran praktikal pelajar Ø mengajar tentang aplikasi dan menggunakan idea Ø pelajar dan guru membuat simbol.

melalui teori alternatif. pembangunan kaedah baru dan mempersoalkan ideaidea yang ada. daya tarikan. artikulasi yang jelas dan pemikiran kritis juga signifikan. dan mistik dari ideaidea sains dan matematik. bukti dan penjelasan individu.Ø mengajar tentang ketepatan matematik dan sains Ø pelajar mempraktikkan kemahiran dan prosedur Ø guru menunjukkan bagaimana idea-idea matematik dan sains dapat menjelaskan dan meramalkan kejadian 4 Kemajuan Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea-idea matematik dan sains berkembang. Hal ini juga menggalakkan nilai-nilai kebebasan individu dan kreativiti. Pengesahan hipotesis. Nilai ini ditunjukkan oleh: Ø guru mengembangkan imaginasi pelajar Ø mengajar tentang sifat pengetahuan objektif Ø merangsang sikap ingin tahu dan kagum dengan idea-idea yang signifikan Ø mendorong pelajar untuk membaca bahan-bahan sains fiksyen . • Nilai yang ditunjukkan adalah : Ø guru mengembangkan kemampuan pelajar mengartikulasikan idea-idea mereka Ø mengajar kriteria pembuktian dan pengesahan Ø menggalakkan perbincangan dan perdebatan Ø menggalakkan kebebasan berekspresi  kontra pendapat antara pelajar dan guru Ø percubaan / eksperimen yang boleh diulangi 6 Misteri Menilai misteri bererti menekankan keajaiban. Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal-usul dan sifat pengetahuan. melalui demonstrasi. Nilai ini ditunjukkan oleh: Ø guru mengembangkan imaginasi kreatif pelajar Ø mengajar tentang perkembangan pengetahuan sains dan matematik Ø mendorong penjelasan alternatif 5 Keterbukaan Menilai keterbukaan bermaksud demokrasi pengetahuan.

Timur Tengah dan India beserta tahun yang terlibat. Eropah. Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut. Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna. Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran ? 1. Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik. Nyatakan kepentingan matematik kepada (a) anda sebagai individu (b) masyarakat anda (c) negara anda. 1. 1.Ø pelajar merasa terkejut terhadap hasil penemuan tak terduga Ø meneroka teka-teki matematik Tugasan Jawab semua soalan berikut 1. 1. . Senaraikan beberapa sumbangan tokoh-tokoh matematik Yunani.

T. 9th ed.E. T. New Jersey: Princeton Univ. USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa. London: HarperCollins Pub..(2008). Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics Classroom . The nature of mathematics. L. G. The World is Flat New York: Penguin Books Polya. KL: Universiti Malaya. New York: Allyn and Bacon. (2001).J. NCTM. (2005). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Profesional standards for teaching mathematics. et al. Soon Sang.M. (2006). Siew Hua.. G.N. Ed ke 2. Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991). Smith. (1945). Seow. Reston. R. Mind Maps. (1997) . Pengajaran matematik KBSR.Suydam. M.E.: Fajar Bakti Sdn Bhd. 7th ed.L. Mathematics for elementary teachers.Press.(1995) Helping Children learn mathematics. Selangor D.RUJUKAN Rujukan Utama: Mok. Friedman. How to Solve it. Musser. M. Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning Reys. Virginia: Author Buzan. (2005). 4th ed. K.& Lindquist.Matematik KBSR dan strategi pengajaran.(1995).

htm Peringatan : Simpan bahan nota dan bahan bercetak di dalam portfolio anda. SELAMAT BELAJAR .edu.aare.au/99pap/bis99188.http://www.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful