P. 1
Info Gasing

Info Gasing

4.5

|Views: 1,228|Likes:
Published by anon-370808

More info:

Published by: anon-370808 on Dec 23, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/08/2011

pdf

text

original

OBJEKTIF

• Sebagai satu usaha untuk memupuk, memulihara, membangun dan mengembangkan seni permainan gasing terutamanya dikalangan golongan remaja dan kanak-kanak.

Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang teknik pembuatan dan permainan gasing yang betul.

Menarik minat terhadap permainan gasing di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, sekaligus mewujudkan semangat perpaduan dikalangan masyarakat.

Menjalinkan

hubungan

dengan

negara-negara

luar

melalui

pengembelengan unsur budaya melalui permainan gasing.

Bagi memeriahkan Festival Gasing pelbagai aktiviti sokongan akan diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya persembahan kesenian, pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak, pertandingan permainan tradisional, pameran dan gerai jualan.

Komponen
• Pertandingan Gasing Kejohanan ini akan melibatkan 14 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Demonstrasi Permainan Gasing Selain daripada Demonstrasi Gasing Uri, demonstrasi juga akan melibatkan penyertaan Kumpulan Pemain Gasing Kaum Cina dan Kumpulan Pemain Gasing Kaum India.

Bengkel Pembuatan Gasing dan Jualan Gasing Bengkel ini akan menonjolkan cara pembuatan gasing secara tradisional dan moden, cara membuat tali gasing dan proses membuat gasing bermula daripada awal sehingga gasing boleh dipusingkan. Disamping itu akan diadakan juga jualan pelbagai jenis gasing samada gasing untuk permainan dan cenderahati.

AKTIVITI SOKONGAN • Persembahan Kesenian Persembahan kesenian ini akan melibatkan persembahan kesenian dan sebagainya setempat seperti Baba Nyonya, Dondang Sayang terdapat juga artis jemputan bagi menarik khalayak.

Pertandingan Melukis dan Mewarna Kanak-Kanak Pertandingan ini akan diselaraskan oleh Balai Seni Lukis Negara melibatkan beberapa kategori seperti : a. b. c. d. 5 hingga 6 tahun (TADIKA)7 hingga 9 tahun 10 hingga 12 tahun 13 hingga 15 tahun Mewarna Mewarna Melukis Melukis

Pertandingan Permainan Tradisional Permainan akan dipertandingkan seperti : i. ii. iii. sepak raga bulatan tarik tali galah panjang

Pameran dan Gerai Jualan Pameran akan melibatkan penyertaan daripada sektor kerajaan, badanbadan bukan kerajaan, swasta dan pengusaha-pengusaha tempatan.

Maklumat Gasing Tradisi Melayu di Malaysia
Asal-usul Permainan Gasing di Malaysia Hanya asal usul permainan ini yang belum dapat dipastikan hingga ke hari ini. Terdapat berbagai-bagai cerita yang berbeza tentang asal usul permainan ini, mengikut daerah dan kampung. Ini menjadikan faktor mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara satu dengan yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang yang mudah diperolehi di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, licin dan agak leper. Ia pula mudah dipusingkan dengan tangan. Buah yang ligat dan lama pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut ”gah”, yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.

Menurut seorang tua dari Kulim, Kedah. Permainan gasing berasal daripada permainan ”laga telur” yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusinganya tidak tahan lama. Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan alat ini akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Permainan itu akhirnya diminati. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari ini.
FISIOLOGI GASING Bentuk Gasing Terdapat tiga asas bentuk asas gasing iaitu gasing telur, gasing jantung dan berembang. Daripada bentuk-bentuk ini, pelbagai rekaan telah dicipta oleh pemain gasing di seluruh Negara berdasarkan keperluan dan keligatan gasing itu. Gasing telah diberikan nama berdasarkan sifatnya yang berbeza. Nama ini kadangkala berlainan antara satu dengan yang lain biarpun sifat dan bentuknya sama. Tali Gasing Tali gasing diperbuat daripada beberapa jenis benang, sama ada benang kapas, nilon atau jerami daripda kulit kayu seperti kulit pokok. Panjang tali ini pula berbeza mengikut bentuk tali dan gasing yang digunakan. Panjang tali yang biasa digunakan biasanya mengikut negeri dan keselesaan pemain. Paksi Gasing Paksi gasing merupakan tapak utama pusingan sesebuah gasing. Sifat paksi ini mestilah keras, kuat, tahan karat dan diperbuat daripada bahan logam. Kayu kempas, cengal dan eranan bukan logam. Paksi juga mesti mampu menahan beban geseran, tindakan kimia dan tidak mudah karat.

Terdapat banyak bentuk paksi gasing, ada yang pendek, membulat dan sebagainya. Bentuk bentuk ini pula sesuai untuk tujuan tertentu. Bentuk pendek dan membulat sesuai untuk memusing, terutama di gelanggang kering dan berdebu. Paksi mestilah sesuai dengan keperluan gelanggan, pemain, bentuk gasing, fungsi dan kemahiran pemain mengendalikan gasing. Paksi Gasing Paksi gasing merupakan bahagian terpenting dan terletak di bahagian terbawah gasing. Paksi ini dibuat dalam pelbagai-bagai bentuk dan kebanyakannya merupakan loggam besi keluli. Temin Temin dipasangkan di bahgian petak bagi menglakkan gasing daripada mengalami kecederaan ketika dipangkah.gasing tradisional tidak dipasangkan dengan temin kerana ia membahayakan pengguna.

Turap Turap dipasangkan dibahagian kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala daripada retak, tanggal atau mengelakkan gasing daripada pecah. Labu Labu ialah bahagian antara bahu dengan patak. Ia juga merupakan bahagian lilitan. Di bahagian labu ini selalunya dipasangkan simpai sebagai langkah mengelakkan gasing daripada pecah dan berfungsi sebagai pemberat gasing. Bahu Bahu gasing ialah bahagian yang terletak antara leher dengan labu gasing. Bahu mmerupakan bahagian yang sering mengalami kecederaan kerana ia merupakan sasaran pemangkah. Leher Leher gasing terletak di antara kepala dengan bahu gasing. Leher berfungsi sebagai tempat menetapkan tali gasing semasa melilit tali. Kepala Kepala gasing sangat kecil. Ia dilindungi dengan menggunakan turap yang terletak di bahagian atas gasing. Ada juga pemain yang menggantikan kepala gasing ini dengan besi.

Patak Patak gasing ialah bahagian bawah gasing iaitu bahagian labu ke bawah.

Jenis - jenis gasing

1. Gasing Begelen Bentuk Berat Lilitan Tinggi : Rendah / piring : 0.5 kg : 30 cm : 8 cm

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.

2. Gasing Toyol Bentuk : Tinggi / berembang

Berat Lilitan Tinggi

: 0.6 kg : 36 cm : 12 cm

Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Sekarang pemain Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.

3. Gasing Tanjung Bentuk Berat Lilitan Tinggi : Tinggi / berembang : 0.6 kg : 40 cm : 10 cm

Gasing tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

4. Gasing Kuno Bentuk Berat Lilitan Tinggi : Sederhana / berembang : 0.6 kg : 30 cm : 10 cm

Gasing jenis ini banyak diperolehi di kabanyakkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh, bentuk gasing amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang.

5. Gasing Pacitan Bentuk Berat Lilitan Tinggi : Tinggi / berembang : 0.8 kg : 40 cm : 10 cm

Gasing ini berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di Selangor pula, gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi disini mereka menamakannya gasing bunut. Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.

6. Gasing Lang Laut Bentuk Berat Lilitan Tinggi : Sederhana / berembang : 0.6 kg : 30 cm : 12 cm

Pada masa dahulu gasing jenis ini banyak terdapat di Johor, kini ia lebih mudah di Selangor. Bentuk gasing ini tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

7. Gasing Uri

Bentuk Berat Lilitan Tinggi

: Rendah / leper : 6 kg : 60m : 8 cm

Gasing jenis ini banyak terdapat di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Dipetik daripada ”Gasing Melayu” Ditulis oleh Yunos Pipet, cetakan pertama tahun 1993, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Sumber : Unit Dokumentasi Bahagian Kebudayaan dan Kesenian.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->