You are on page 1of 12

PENULISAN CEMERLANG 5: KOLEKSI COGAN KATA ANAK-ANAK DIDIK YANG DIKASIHI. SALAM SEJAHTERA. SELAMAT MENJANA KEHEBATAN MINDA!

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bahasa Jiwa Bangsa Bangsa Membaca Bangsa Berjaya Budi Bahasa Budaya Kita Belia Benci Dadah Bersih Cekap Amanah Bersekutu Bertambah Mutu Belilah Barangan Buatan Malaysia Biar Lambat Asalkan Selamat Cegah Sebelum Parah Cemerlang, Gemilang, Terbilang

11. Dadah Musuh Negara 12. Filem Kita Wajah Kita 13. Fikir Dahulu Sebelum Buang 13. Generasi Muda Wawasan Bangsa 14. Generasi Muda Peneraju Wawasan 15. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang 16. Guru Pembina Negara Bangsa 17. Indah Budi Kerana Bahasa 18. Kepimpinan Melalui Teladan 19. Keranamu Malaysia 20. Malaysia Boleh 21. Membaca Jambatan Ilmu 22. Membaca Sepanjang Hayat 23. Rumahku Syurgaku 24. Remaja Penggerak Wawasan 25. Satu Malaysia 26. Semakin Hari Semakin Sayang 27. Sihat Sepanjang Hayat 28. Sayangilah Sungai Kita 29. Tak Nak Merokok 30. Utamakan Kesihatan JANGANLAH DITANGISKAN HARI SEMALAM KERANA SEMALAM TELAH BERLALU. USAHLAH MENGHARAPKAN HARI ESOK KERANA ESOK TIDAK MENJANJIKAN APA-APA. BERUSAHALAH HARI INI, KERANA HARI INIMENENTUKAN MASA HADAPAN ANDA. Amalan membaca Masyarakat berilmu ialah masyarakat yang maju dan bertamadun.Sebagai negara membangun yng sedang menuju status negara maju,kita harus melengkapkan diri dengan ilmu sebanyak yang mungkin. Cogan kata Membaca Itu Jambatan Ilmu sering dilaungkan oleh para pemimpin kita dengan harapan rakyat akan terbuka hati untuk membaca pelbagai bahan yang berfaedah. Mengikut tinjauan Perpustakaan Negara Malaysia beberapa tahun dahulu, secara puratanya rakyat Malaysia membaca satu muka surat buku dalam setahun. Pendedahan ini sebenarnya amat memeranjatkan semua pihak.Lontaran ini kerajaan melancarkan gerakan membaca bagi memupuk tabiat suka membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Kita sebagai rakyat sebuah negara yang ssedang mengorak langkah mencapai taraf mesyarakat 1

madani yang maju dalam pelbagai bidang perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan untuk mencapai status tersebut. Hakikatnya, jalan ke arah menimba ilmu adalah dengan membaca. Kita tidak boleh berdalih-dalih lagi.Kita tidak boleh terus bersikap dingin terhadap ktiviti membaca. Malah, aktiviti membaca masa kini tidak terhad pada bahan-bahan bercetak sahaja, malah dalam bentuk elektronik juga seperti laman web. Tabiat membaca amat penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu.Sesungguhnya ilmu dpat diperoleh di mana-mana, hal ini disebabkan dalam bahan bacaan, terutama buku, majalah dan akhbar terdapat berbagai-bagai ilmu pengetauan sma ada yang berkaitan dengan sains,sejarah,bahasa,agama,isu semasa dan lain-lin.Tahukah anda bahawa menerusi bacaan juga kita dapat mendekati dunia luar?Sebagai contoh, kanak-knak yang gemar membaca pula akan memperlihatkan tutur kata yang lebih matang berbanding dengan rakan sebaya mereka yang kurang membaca.Hal ini disebabkan mereka bukan sahaja mengetahui perkara yang berlaku di sekelilng tetapi turut menyedari peristiwa yang berlaku di luar lingkungan tempat tinggal mereka. Ertinya, mereka yang gemar membaca tidak wajar diumpamakan seperti katak di bawah tempurung. Ada juga individu yang menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti membaca. Amalan ini dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan sekali gus membantu merealisasikan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Bagi golongan peljar, amalan membaca tentu sahaja dpat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang kademik kerana banyak pengetahuan diperoleh. Memandangkan amalan membaca penting, ibu pada wajar menjdi contoh kepada anakanak dengan menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya keluarga. Kita akui masyarakat kita kurang membaca disebabkan merasakan tidak perlu membaca, namun golongan ini harus dikejutkan daripada lena agar memahami dengan membcalah diri akan mengetahui perkembangan alam sejagat ini. Sesungguhpun begitu, kita harus bersikap bijak dan pintar dalam memilih bahan-bahan yang kita minati.Pendek kata, dengan membaca kita akan mengetahui yang mana benar dn yang mana salah. Umumnya,masyarakat berilmu ialah masyarakat yang gemar membaca. Amalan membaca banyak menuntut kesabaran, ketekunan, kerajinan dan minat yang mendalam. Kesimpulannya, membaca menjadi jendel dunia kepada kebanyakan orang. Terlalu banyak faedah yang dapat diperoleh dengan kegemaran membac bahan-bhan yang bermutu. Tegasnya, membaca itu jambatan ilmu yang akan memudahkan kita merentas lebuh raya maklumat.

Langkah-langkah dan kesan budaya membaca Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlis ilmu tetapi rakyat negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Kita dikatakan hanya membaca satu buku sahaja setahun. Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membaca dan kesan-kesan positif yang timbul daripada pembacaan ini. Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagai membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah buku setahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun. Keadaan ini sudah pasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara maju, kadar pembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalani kehidupan seharian. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan menurunkan harga buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan lebih ramai membeli dan dapat membaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan seseorang dapat membuat rujukan lebih 2

banyak buku terhadap sesuatu perkara. Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkan masyarakat menganggap membeli buku sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan. Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau syarikat buku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk pengecualian cukai, keuntungan dan pemberian permit penerbitan harus diberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian ini akan menyebabkan lebih banyak penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan mereka akan mengaut keuntungan. Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan kepada masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaan perpustakaan terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan bergerak juga harus ditambah dengan drastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannya dengan berkesan terutama di kawasan yang padat penduduk dan terlalu jauh. Kesan positif yang timbul ialah seseorang yang banyak membaca itu akan mengetahui banyak perkara baru. Ilmu yang mereka peroleh dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran berfikir seseorang turut meningkat dengan baik. Mereka juga mampu melihat dan membandingkan sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam dan objektif. Keadaan ini memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang betul dalam tindakan mereka. Manakala pembacaan untuk pelajar memudahkan mereka untuk menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Pembacaan yang mendalam menyebabkan pelajar itu memahami sesuatu perkara dengan lebih meluas. Idea dan kebolehan untuk memahami sesuatu soalan berkait rapat dengan kadar pembacaan seseorang pelajar tersebut. Kejayaan sudah pasti akan mereka peroleh dalam peperiksaan yang diduduki oleh mereka. Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti sihat bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akan mengikut jejak langkah orang tua mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca? Membaca bukan budaya Oleh KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM MENGAPA kita dikatakan kurang membaca? Adakah disebabkan pengaruh kajian membaca kebangsaan? Sejauh manakah kebenaran itu? Bolehkah ia dibuktikan dengan kajian pemerhatian sendiri?. Apakah kajian itu mengambil kira faktor-faktor mengapa keadaan sebegitu berlaku? Adakah kita perlukan kajian penanda aras ke atas budaya membaca kita berbanding dengan negara-negara yang mempunyai tahap membaca yang tinggi? Itu adalah antara persoalan yang berlegar-legar di fikiran penulis ketika melihat senario di kalangan masyarakat kita apabila menyentuh tentang budaya membaca. Tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa purata dua buah buku dibaca oleh rakyat Malaysia setahun merupakan nombor yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Angka itu masih boleh dipersoalkan walaupun negara telah menyaksikan bahawa penambahan jumlah pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. Penganjuran pesta itu dikatakan telah mencapai 3

matlamat apabila menerima kunjungan lebih 1 juta pengunjung. Atau penambahan pembaca bukubuku popular, tetapi seperti yang diucapkan oleh Datuk Hassan Ahmad ketika merasmikan Kelab Buku Kanak-Kanak Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 Julai 1979 dahulu bahawa bukan semua bahan bacaan boleh menjadikan sesebuah bangsa itu maju. Bahan bacaan perlu dipilih. Ini kerana membaca bahan-bahan yang sesuai dan bermutu adalah penting bagi perkembangan mental, perkembangan intelek individu. Kita perlu lebih kritis. Mengapa hanya dua buah buku secara purata dibaca oleh rakyat Malaysia dalam setahun? Tentunya bersebab. Daripada pemerhatian dan pembacaan penulis, didapati bahawa: Membaca tidak menjadi budaya orang Malaysia Faktor ini mungkin didorong oleh kesibukan masa yang diperuntukkan untuk bekerja. Sekurangkurangnya dua jam atau lebih dihabiskan di atas jalan raya untuk pergi ke tempat kerja dan kembali ke rumah. Apabila sampai di rumah, penat dan letih. Mungkin juga kerana semasa di bangku sekolah, tidak ditekankan kepentingan membaca, kecuali buku-buku teks. Mungkin juga kerana pengaruh ibu bapa atau keluarga yang tidak menitikberatkan budaya membaca. Tidak pernah dihadiahkan buku, dan tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting dan membaca itu penting. Mungkin juga kerana pengaruh media massa yang semakin menjauhkan penontonnya dengan buku, sebaliknya menjadikan artis itu sebagai idola utama mereka. Pengaruh suasana dan faktor sekeliling Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca dalam keadaan sunyi. Seperti mana yang seringkali menjadi amalan di dalam sesebuah perpustakaan disuruh diam. Memang amalan itu tidak salah tetapi kesannya secara tidak sedar ialah kita turut terpengaruh untuk membaca di dalam keadaan sunyi. Kerana itulah agak sukar untuk kita membaca di dalam LRT, bas atau di tempattempat awam. Malah mungkin persepsi orang ramai bahawa orang yang membaca (terutamanya di tempat-tempat awam) adalah untuk menunjuk-nunjuk, dan memberikan gambaran negatif bahawa pembaca itu ulat buku yang tidak boleh dibuat kawan (kerana hanya berkepit dengan buku). Ulat buku mungkin dianggap antisosial atau antisukan. Persepsi-persepsi sedemikian amat berbahaya kerana ia akan menjauhkan buku dengan masyarakat. Harga buku yang dianggap mahal Mungkin ini juga antara faktor utama untuk tidak membaca. Harga buku yang mahal mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti kadar tukaran wang asing yang tinggi yang menyebabkan harga buku import menjadi mahal, kos penerbitan dan percetakan yang tinggi, dan keengganan kita sendiri untuk keluarkan wang dari saku untuk membeli buku. Apatah lagi dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan, maka perbelanjaan perlulah dirancang dengan memasukkan elemen buku sebagai belanja wajib seperti mewajibkan makanan lain yang sentiasa dibeli. Merasakan membaca tidak penting Mungkin sifat untuk merasakan tidak ada kepentingan untuk membaca merupakan antara faktor utama rakyat Malaysia kurang membaca. Sama ada sebagai seorang bekas mahasiswa universiti atau bekas pelajar sekolah, kebanyakan daripada kita tidak mahu memegang buku apatah lagi membacanya. Ini juga satu kemungkinan. Hasil pemerhatian penulis, didapati amat kurang daripada mereka yang mahu membaca. Dan tidak ada satu perasaan gembira dan keseronokan untuk membaca. Sehingga seterusnya memberikan alasan kerana pengaruh masa (kerja) yang membatasi mereka daripada membaca. Mungkin kerana memikirkan bahawa buku tidak akan memberi sebarang faedah secara langsung kepada mereka, jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain. 4

Misalnya, dengan membeli kereta (atau bertukar-tukar kereta), secara langsung memberikan kepuasan kepada mereka dari segi nilai estetik dan kemewahan. Inilah antara persoalan yang perlu kita jawab terlebih dahulu dalam usaha kita untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya. * PENULIS ialah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Setiausaha Agung, Komuniti bukuonline.org Membaca bukan budaya Oleh KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM MENGAPA kita dikatakan kurang membaca? Adakah disebabkan pengaruh kajian membaca kebangsaan? Sejauh manakah kebenaran itu? Bolehkah ia dibuktikan dengan kajian pemerhatian sendiri?. Apakah kajian itu mengambil kira faktor-faktor mengapa keadaan sebegitu berlaku? Adakah kita perlukan kajian penanda aras ke atas budaya membaca kita berbanding dengan negara-negara yang mempunyai tahap membaca yang tinggi? Itu adalah antara persoalan yang berlegar-legar di fikiran penulis ketika melihat senario di kalangan masyarakat kita apabila menyentuh tentang budaya membaca. Tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa purata dua buah buku dibaca oleh rakyat Malaysia setahun merupakan nombor yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Angka itu masih boleh dipersoalkan walaupun negara telah menyaksikan bahawa penambahan jumlah pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. Penganjuran pesta itu dikatakan telah mencapai matlamat apabila menerima kunjungan lebih 1 juta pengunjung. Atau penambahan pembaca bukubuku popular, tetapi seperti yang diucapkan oleh Datuk Hassan Ahmad ketika merasmikan Kelab Buku Kanak-Kanak Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 Julai 1979 dahulu bahawa bukan semua bahan bacaan boleh menjadikan sesebuah bangsa itu maju. Bahan bacaan perlu dipilih. Ini kerana membaca bahan-bahan yang sesuai dan bermutu adalah penting bagi perkembangan mental, perkembangan intelek individu. Kita perlu lebih kritis. Mengapa hanya dua buah buku secara purata dibaca oleh rakyat Malaysia dalam setahun? Tentunya bersebab. Daripada pemerhatian dan pembacaan penulis, didapati bahawa: Membaca tidak menjadi budaya orang Malaysia Faktor ini mungkin didorong oleh kesibukan masa yang diperuntukkan untuk bekerja. Sekurangkurangnya dua jam atau lebih dihabiskan di atas jalan raya untuk pergi ke tempat kerja dan kembali ke rumah. Apabila sampai di rumah, penat dan letih. Mungkin juga kerana semasa di bangku sekolah, tidak ditekankan kepentingan membaca, kecuali buku-buku teks. Mungkin juga kerana pengaruh ibu bapa atau keluarga yang tidak menitikberatkan budaya membaca. Tidak pernah dihadiahkan buku, dan tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting dan membaca itu penting. Mungkin juga kerana pengaruh media massa yang semakin menjauhkan penontonnya dengan buku, sebaliknya menjadikan artis itu sebagai idola utama mereka. Pengaruh suasana dan faktor sekeliling Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca dalam keadaan sunyi. Seperti mana yang seringkali menjadi amalan di dalam sesebuah perpustakaan disuruh diam. Memang amalan itu tidak salah tetapi kesannya secara tidak sedar ialah kita turut terpengaruh untuk membaca di dalam 5

keadaan sunyi. Kerana itulah agak sukar untuk kita membaca di dalam LRT, bas atau di tempattempat awam. Malah mungkin persepsi orang ramai bahawa orang yang membaca (terutamanya di tempat-tempat awam) adalah untuk menunjuk-nunjuk, dan memberikan gambaran negatif bahawa pembaca itu ulat buku yang tidak boleh dibuat kawan (kerana hanya berkepit dengan buku). Ulat buku mungkin dianggap antisosial atau antisukan. Persepsi-persepsi sedemikian amat berbahaya kerana ia akan menjauhkan buku dengan masyarakat. Harga buku yang dianggap mahal Mungkin ini juga antara faktor utama untuk tidak membaca. Harga buku yang mahal mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti kadar tukaran wang asing yang tinggi yang menyebabkan harga buku import menjadi mahal, kos penerbitan dan percetakan yang tinggi, dan keengganan kita sendiri untuk keluarkan wang dari saku untuk membeli buku. Apatah lagi dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan, maka perbelanjaan perlulah dirancang dengan memasukkan elemen buku sebagai belanja wajib seperti mewajibkan makanan lain yang sentiasa dibeli. Merasakan membaca tidak penting Mungkin sifat untuk merasakan tidak ada kepentingan untuk membaca merupakan antara faktor utama rakyat Malaysia kurang membaca. Sama ada sebagai seorang bekas mahasiswa universiti atau bekas pelajar sekolah, kebanyakan daripada kita tidak mahu memegang buku apatah lagi membacanya. Ini juga satu kemungkinan. Hasil pemerhatian penulis, didapati amat kurang daripada mereka yang mahu membaca. Dan tidak ada satu perasaan gembira dan keseronokan untuk membaca. Sehingga seterusnya memberikan alasan kerana pengaruh masa (kerja) yang membatasi mereka daripada membaca. Mungkin kerana memikirkan bahawa buku tidak akan memberi sebarang faedah secara langsung kepada mereka, jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain. Misalnya, dengan membeli kereta (atau bertukar-tukar kereta), secara langsung memberikan kepuasan kepada mereka dari segi nilai estetik dan kemewahan. Inilah antara persoalan yang perlu kita jawab terlebih dahulu dalam usaha kita untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya. * PENULIS ialah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Setiausaha Agung, Komuniti bukuonline.org Budaya Membaca 30/06/2008 tags: buku, membaca Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku. Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku. RM 50 setahun sahaja Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari? Hasil Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!! Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain. 6

Sebagai orang Islam, kita mesti peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: Bacalah. Sejarah kehidupan sarjana awal Islam mendedahkan mereka adalah masyarakat yang banyak membaca. Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis Mukjam Saghir karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis. Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis. Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca. Begitulah budaya minat membaca yang tersemai dalam diri sarjana Islam satu ketika dahulu. Bagaimana pula dengan kita? Marilah sama-sama kita menghitung berapa buah bukukah yang kita baca dalam seminggu, atau sebulan atau setahun. Selamat membaca! SYARAHAN: MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT by Education platform on Thursday, May 20, 2010 at 6:06am Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi. Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan, Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam 7

kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca perlulah disambut baik oleh semua pihak. Negara Pembaca yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga Dasar Buku Negara yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti. Tuan-tuan dan puan-puan, Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca. Tuan-tuan dan puan-puan, Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh 8

menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan. Tuan-tuan dan puan-puan, Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. Tuan-tuan dan puan-puan, Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan bed time story sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi. 9

Tuan-tuan dan puan-puan. Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif.. bukan fatamorgana semata-mata. Sekian, terima kasih PENGAJIAN AM : BUDAYA MEMBACA Posted on September 27, 2009 by albayuni MENGAPA kita dikatakan kurang membaca? Adakah disebabkan pengaruh kajian membaca kebangsaan? Sejauh manakah kebenaran itu? Bolehkah ia dibuktikan dengan kajian pemerhatian sendiri?. Apakah kajian itu mengambil kira faktor-faktor mengapa keadaan sebegitu berlaku? Adakah kita perlukan kajian penanda aras ke atas budaya membaca kita berbanding dengan negara-negara yang mempunyai tahap membaca yang tinggi? Itu adalah antara persoalan yang berlegar-legar di fikiran penulis ketika melihat senario di kalangan masyarakat kita apabila menyentuh tentang budaya membaca. Tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa purata dua buah buku dibaca oleh rakyat Malaysia setahun merupakan nombor yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Angka itu masih boleh dipersoalkan walaupun negara telah menyaksikan bahawa penambahan jumlah pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. Penganjuran pesta itu dikatakan telah mencapai matlamat apabila menerima kunjungan lebih 1 juta pengunjung. Atau penambahan pembaca bukubuku popular, tetapi seperti yang diucapkan oleh Datuk Hassan Ahmad ketika merasmikan Kelab Buku Kanak-Kanak Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 Julai 1979 dahulu bahawa bukan semua bahan bacaan boleh menjadikan sesebuah bangsa itu maju. Bahan bacaan perlu dipilih. Ini kerana membaca bahan-bahan yang sesuai dan bermutu adalah penting bagi perkembangan mental, perkembangan intelek individu. Kita perlu lebih kritis. Mengapa hanya dua buah buku secara purata dibaca oleh rakyat Malaysia dalam setahun? Tentunya bersebab. Daripada pemerhatian dan pembacaan penulis, didapati bahawa: Membaca tidak menjadi budaya orang Malaysia Faktor ini mungkin didorong oleh kesibukan masa yang diperuntukkan untuk bekerja. Sekurangkurangnya dua jam atau lebih dihabiskan di atas jalan raya untuk pergi ke tempat kerja dan kembali ke rumah. Apabila sampai di rumah, penat dan letih. Mungkin juga kerana semasa di bangku sekolah, tidak ditekankan kepentingan membaca, kecuali buku-buku teks. Mungkin juga kerana pengaruh ibu bapa atau keluarga yang tidak menitikberatkan budaya membaca. Tidak pernah dihadiahkan buku, dan tidak pernah terfikir bahawa buku itu penting dan membaca itu penting. Mungkin juga kerana pengaruh media massa yang semakin menjauhkan penontonnya dengan buku, sebaliknya menjadikan artis itu sebagai idola utama mereka. Pengaruh suasana dan faktor sekeliling Mungkin telah menjadi amalan kita untuk membaca dalam keadaan sunyi. Seperti mana yang seringkali menjadi amalan di dalam sesebuah perpustakaan disuruh diam. Memang amalan itu tidak 10

salah tetapi kesannya secara tidak sedar ialah kita turut terpengaruh untuk membaca di dalam keadaan sunyi. Kerana itulah agak sukar untuk kita membaca di dalam LRT, bas atau di tempattempat awam. Malah mungkin persepsi orang ramai bahawa orang yang membaca (terutamanya di tempat-tempat awam) adalah untuk menunjuk-nunjuk, dan memberikan gambaran negatif bahawa pembaca itu ulat buku yang tidak boleh dibuat kawan (kerana hanya berkepit dengan buku). Ulat buku mungkin dianggap antisosial atau antisukan. Persepsi-persepsi sedemikian amat berbahaya kerana ia akan menjauhkan buku dengan masyarakat. Harga buku yang dianggap mahal Mungkin ini juga antara faktor utama untuk tidak membaca. Harga buku yang mahal mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti kadar tukaran wang asing yang tinggi yang menyebabkan harga buku import menjadi mahal, kos penerbitan dan percetakan yang tinggi, dan keengganan kita sendiri untuk keluarkan wang dari saku untuk membeli buku. Apatah lagi dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan, maka perbelanjaan perlulah dirancang dengan memasukkan elemen buku sebagai belanja wajib seperti mewajibkan makanan lain yang sentiasa dibeli. Merasakan membaca tidak penting Mungkin sifat untuk merasakan tidak ada kepentingan untuk membaca merupakan antara faktor utama rakyat Malaysia kurang membaca. Sama ada sebagai seorang bekas mahasiswa universiti atau bekas pelajar sekolah, kebanyakan daripada kita tidak mahu memegang buku apatah lagi membacanya. Ini juga satu kemungkinan. Hasil pemerhatian penulis, didapati amat kurang daripada mereka yang mahu membaca. Dan tidak ada satu perasaan gembira dan keseronokan untuk membaca. Sehingga seterusnya memberikan alasan kerana pengaruh masa (kerja) yang membatasi mereka daripada membaca. Mungkin kerana memikirkan bahawa buku tidak akan memberi sebarang faedah secara langsung kepada mereka, jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain. Misalnya, dengan membeli kereta (atau bertukar-tukar kereta), secara langsung memberikan kepuasan kepada mereka dari segi nilai estetik dan kemewahan. Inilah antara persoalan yang perlu kita jawab terlebih dahulu dalam usaha kita untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya. BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

Realitinya pada masa kini kita masih bergelut dgan kelembapan budaya membaca di klgn rakyat negara ini. Seharusnya amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lg bg melahirkan msyk membaca. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Raslin Abu Bakar berkata, adalah ptg dlm melahirkan lebih ramai generasi muda yg sukakn mbca & menjadikan amalan itu sbg satu budaya agar tidak ketinggalan dlm perlumbaan teknologi yg semakin sengit. Ini krn msyk yg komited terhadap amalan mbca & menguasai ilmu akn terus maju & gemilang, katanya ketika merasmikan sambutan Hari Kanak2 Sedunia 1 Malaysia, baru2 ini. Menurut Raslin lg, untuk membudayakan amalan membaca, semua pihak termasuk kerajaan, swasta & org ramai perlu memainkan peranan masing2 khususnya dlm mengaplikasikan ilmu yg telah dibaca dlm kehidupan seharian. Budaya membaca yg aktif mampu memberikan pelbagai manfaat dlm kehidupan seharian seperti penjanaan idea, kemahiran berfikir & berkomunikasi. Malah sbg ibu bapa sendiri, kita harus menjadikan cth utama kpd anak2 dlm membudayakan amalan membaca di rumah. Tanpa perlu menuding jari ke arah pihak lain, kita sendiri seharusnya menjadi cth dlm merealisasikan budaya membaca kpd anak2, tegasnya. 11

Ujarnya, selain berperanan sbg guru pertama bg setiap individu yg lahir ke dunia, ibu bapa juga memang dipertgjwbkn utk membimbing & mendidik zuriat yg dilahirkn dgn sebaik2nya. Tidak dinafikan ada ibu bapa yg terlupa menyedarkan anak2 peri ptgnya ilmu kerana ibu bapa itu juga tidak berilmu. Tuntutan hidup juga sering kali menyukarkan ibu bapa menunjukkan teladan ilmu & kesannya kpd anak2. Bagaimanapun katanya, tidak ada ibu bapa di dunia ini yg menginginkan anak mereka bagaikan tiada tempias pun kpd msyk & negara. Sekurang2nya, jadilah org yg berguna kpd diri sendiri kalaupun tidak pada keluarga. Doa dan harapan ibu bapa silih berganti, tetapi yg tidak tertunai ialah fenomena ilmu dlm sesebuah keluarga. Bayangkan jika anak2 tidak pernah melihat ibu bapa membaca walau sekalipun! Bagaimana anak2 hendak merasakan budaya membaca di rumah sekiranya tanda2 begitu pun tidak berlaku langsung?, jelasnya. Oleh itu, katanya mulakan dr skrg, jadilah diri sbg cth untuk menjadikan anak2 juga berminat utk membaca sekali gus melahirkan generasi yg maju & berjaya. Menurut Raslin lagi, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tempoh hari bhawa krjn akn melaksanakan langkah lebih agfesif bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat selaras dgn matlamat menjadikan Malaysia sbg ' Negara Pembaca'. 'Negara Pembaca' bkn shj utk melihat semua org membaca di mana2, tetapi juga merujuk kepada msykt Malaysia yg berasaskan kpd ilmu pengetahuan, mempunyai kemampuan berterusan utk belajar, membuat R&D serta melakukan penemuan baru. Langkah ini sememangnya akan membolehkan rakyat Malaysia menyertai penduduk negara maju lain yg menjadikan membaca sbg satu tabiat & budaya hidup. Tambahnya lagi, negara Jepun misalnya sudah lama menjadikan pembacaan sbg salah satu aktiviti tetap dlm kehidupan seharian mereka. Budaya itu berterusan kerana setiap rakyatnya melihat semua org melakukannya. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan kpd generasi baru. Sempena sambutan Hari Kanak2 1 Malaysia iaitu kira2 500 org kanak2 dr pelbagai kaum melakukan acara 'membaca secara senyap' selama 5 minit di perkarangan Perpustakaan Negara. Majlis bertemakan Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya itu bertujuan utk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak2 berkaitan keseronokan membaca seterusnya memupuk tabiat itu sepanjang hayat bagi melahirkan generasi berilmu dan berfikiran kreatif. Konsep pembelajaran sepanjang hayat harus disemai dlm setiap sanubari rakyat negara ini, ia adalah sesuatu yang murni. Kita seharusnya membudayakan amalan membaca bagi merealisasikan konsep ini & seterusnya membantu melahirkan msykt Malaysia berminda kelas pertama. Usaha membudayakan aktiviti membaca di klgn generasi muda merupakan titik tolak dlm membentuk msykt berpengetahuan yg dpt menyumbang kemahiran dan kepakaran kpd pembangunan sesebuah negara

12

You might also like