You are on page 1of 18

Pengenalan

Khemah adalah satu element terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Memberi perlindungan dari hujan,panas,sejuk,angin,binatang dan serangga. Kegunaan (fungsi) adalah bergantung kepada lokasi perkhemahan iaitu untuk ke:a) pantai b) mendakigunung c) sungai d)hutan sebab

Ciri-ciri khemah
Ukuran - Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan. Kalis air -Untuk mengelakkan kebasahan di dalam khemah semasa hujan. Tahan lasak -Juga bergantung kepada penjagaan semasa dan selepas khemah diguna.

Mudah dipasang dan dibuka

komponen-komponen khemah
khemah biasanya mempunyai: a) Tiang rangka b Pancang c)Khemah d)Beg khemah e) Tali f) Flysheet g) Pole

Anatomi Khemah

Jenis-jenis Khemah
Rigde tent
Frame tent
Jenis Khemah

Bell tent

Dome tent

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Tapak Perkhemahan


Angin Pastikan kawasan ruang dipilih agak terlindung daripada tiupan angin kencang. Elakkan daripada mendirikan khemah di kawasan terbuka. Kecerunan Pastikan tidak mendirikan khemah di kawasan permatang dan ditebing bukit untuk mngelakkan bahawa tanah runtuh dan sebagainya. Cahaya Seboleh-bolehnya dirikan khemah di kawasan yang agak teduh dan tidak menerima sinaran cahaya matahari secara terus. Bentuk muka bumi Pastikan permukaan tanah untuk tapak khemah rata, tidak berbatu dan tidak menerima sinaran cahaya matahari terus.

Halangan bahaya semulajadi Periksa bahagian atas supaya tiada pokok atau dahandahan mati atau reput yang berkemungkinan akan jatuh ke bawah. Elakkan mendirikan khemah terlalu berdekatan dengan anak sungai untuk mengelakkan kepala air. Laluan air Pastikan tiada laluan air yang melintasi tapak perkhemahan kerana sekiranya hujan turun dengan lebat aliran air di permukaan akan membanjiri khemah. Luas tapak Dirikan khemah di kawasan yang mempunyai keluasan yang mencukupi bagi semua agar pergerakan tidak terbatas. Tapak perkhemahan haruslah sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Kenalpasi tapak perkhemahan mempunyai jalan keluar yang lain sekiranya berlaku kecemasan.

Cara-cara Mendirikan Khemah


Bentangkan hamparan (ground sheet).

Pasang dan sambungkan tiang dan pancang dengan betul. Ketuk pancang keempat-empat penjuru. -Bentangkan pelindung (fly sheet) -Ikat tali khemah kepada pancang di keempat-empat penjuru untuk mengukuhkannya * Pastikan jarak yang selamat antara khemah-khema hagar senang lalu dan jika berlaku kebakaran tidak semu akhemah terlibat. Jarak yang selama tialah 3 meter antara satu sama lain.

Langkah-langkah Keselamatan Perkhemahan


Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari

bahan untuk perkhemahan. Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam. Pastikan bahan-bahan yang berlebihan seperti keratan kayu, buluh selepas membuat kraft tidak dibiarkan berselerak. Pastikan setiap kraft yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum digunakan. Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika berlakunya kecederaan. Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital

Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Khemah bukan tempat menjemur kain. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah (khemah moden) Digalakkan makan diluar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain daripada memasuki khemah. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan

Peraturan Keselamatan Perkhemahan


Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.

Memaklumkan kepada pensyarah penasihat, penunjuk cara atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga mendapat bantuan orang lain jika berlaku sebarang kecemasan. Peserta tidak dibenarkan berenang pada waktu tertentu jika berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik. Dilarang memiliki senjata, senjata api, dadah dan alatalat yang menyalahi undang-undang. Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan

Gajet
-Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau disebut sebagai gajet. -Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu: a) Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan b) Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur

Kerusi
Ampai kain

Tempat buang sampah

Bowl stand

Hook

Mug free

Meja

Kerusi

Katil

Tangga

You might also like