You are on page 1of 47

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia amat diutamakan oleh kerajaan dalam menjadikan Malaysia berdaya saing dalam kemajuan dan perkembangan ilmu. Jadi, sehubungan dengan keutamaan ini, pelbagai kekurangan dalam pelbagai aspek pendidikan akan diberikan perhatian yang serius demi menjadikan semua yang menerima pendidikan dapat menerima pendidikan yang terbaik.

Salah satu usaha dalam memperbaiki segala kekurangan dalam pendidikan yang diterima ialah pengenalan kepada pendidikan pemulihan. Pendidikan pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Pendidikan pemulihan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada pelajar pada peringkat awalan iaitu pada tahap 1, bermula dari darjah dua dan lanjutan ke darjah tiga dalam subjek-subjek tertentu mengikut sukatansukatan pelajran yang telah disediakan. Program pendidikan pemulihan ini bukan sekadar hanya menggunakan pengajaran teknik pengajran harian, ia dibantu oleh pelbagai alat bantuan mengajar bagi membolehkan murid yang terlibat lebih memahami dan mendekati sukatan pelajaran pemulihan.

Dalam tugasan ini, akan dibentang dan dibincangkan tentang pengurusan program pendidikan pemulihan dan strategi pelaksanaan program pemulihan bagi memberi pendekatan kepada pihak yang terlibat dalam memahami, mendekati dan mengajar kelas pemulihan dengan lebih berkesan. Segala isi akan diterangkan dengan mendalam.

1.0 DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN 1.1 Definisi Utama: Merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

Beberapa pihak lain juga turut memberikan definisi mereka tentang pemulihan. Kebanyakan definisi yang diberikan merujuk pada satu maksud yang sama iaitu untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Antara definisi-definisi itu ialah: 1. Tansley(1967): ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

2. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): ..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan muridmurid di sekolah-sekolah biasa.

3. Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984): ...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang

menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

4. Bahagian Sekolah-Sekolah, KPM(1986): ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran muridmurid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran
2

asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

1.2 Konsep: Pendidikan pemulihan berkonsepkan: - satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di Sekolah Rendah - ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira - dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

1.3 Rasional: Rasional pendidikan pemulihan diwujudkan: 1. Dari sudut Falsafah: memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat

belajar sepenuhnya dalam kelas biasa selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.

2. Dari sudut Teori Pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya - asas pelaksanaan program ini

3. Dari sudut Pencegahan

- Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera

1.4 Punca dan Bidang Kuasa: Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan laporan dan pekeliling mengenai program pendidikan pemulihan ini dan pelaksanaan program ini serta garis panduan untuk menjalankan dan melicinkan program ini. Berikut ialah laporan yang menyasarkan tentang pendidikan pemulihan dan pelaksanaannya dan surat pekeliling: 1. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.

2. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran: Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. Guru Khas Pendidikan Pemulihan. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986.

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah.

1.5 Objektif Program Pemulihan Khas: Objektif Program Pemulihan Khas 1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahirankemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka; 2. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain; 3. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin; 4. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa; 5. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran; 6. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran; 7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan 8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

PENGURUSAN GRAFIK 1: DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN: - merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Tansley(1967) : ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkahlangkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): ..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984): ...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira... hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Bahagian Sekolah-Sekolah, KPM(1986): ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

KONSEP: - satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR - ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira - dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

RUMUSAN BAB 1.0

Melalui definisi yang telah diberikan di atas pada awal bab, dapatlah di sini dirumuskan bahawa pemulihan menjurus kepada aktiviti untuk membaik pulih sesuatu perkara bagi memperbaiki taraf sesuatu atau seseorang. Manakala bagi pendidikan pemulihan, ia merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Pendidikan pemulihan berobjektifkan untuk memulihkan murid-murid yang lemah dalam kemahiran asas pembelajaran, memberi khidmat layanan dan penumpuan kepada individu dalam pembelajaran,

memperbaiki mentaliti murid dan memperkembangkan potensi mereka serta membantu mereka meneruskan pelajaran dalam kelas harian seperti biasa.

Konsep pendidikan pemulihan ialah usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah. Selain dari yang dinyatakan, pendidikan pemulihan juga berkonsepkan penumpuan kepada kemahiran asas pembelajaran, iaitu 3M dan ia dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang menerima latihan khas dalam bidang ini. Rasional pendidikan pemulihan dipandang dari tiga aspek, iaitu aspek falsafah, teori dan pencegahan. Dari aspek falsafah, rasional pendidikan pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Kenyataan ini selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua yang diuar-uarkan oleh Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Di sudut teori pula, pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya yang mana pendekatan ini semua merupakan asas pelaksanaan program ini; manakala dari sudut pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.

2.0 SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

2.1 Sejarah Pendidikan Pemulihan 1. Luar Negara: - Di Amerika Syarikat, program pendidikan pemulihan ini bermula setelah termaktubnya PL 94 142:

Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya hasil daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu diantara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggi. Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah: Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanak-kanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai

oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini. Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif. Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep kolaboratif dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas.

Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanakkanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masing-masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anakanak mereka. Di samping itu konsep kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.

- Di United Kingdom pula, program pendidikan pemulihan bermula selepas laporan Warnock dikeluarkan:

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi

perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangancadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangancadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan
10

iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integerasi atau inklusif diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak

berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

11

2. Dalam Negara: - Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanakkanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah

pembelajaran.

2.2 Perkembangan Pendidikan Pemulihan Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanakkanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah
12

khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak

bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah
13

dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh

persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen menetapkan: Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat. (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan

14

2.3 Program Pendidikan Pemulihan Program pendidikan pemulihan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pogram pemulihan dalam kelas dan program pemulihan khas. Program pemulihan dalam kelas ialah program pemantapan kemahiran asas yang dipelajari iaitu membaca, menulis dan mengira. Ia hanya dilakukan dalam kelas dan pengajaran hanya seperti biasa. Manakala bagi program pemulihan khas, ia melibatkan penekanan kepada subjek yang menjadi kelemahan pelajar tertentu yang telah melalui proses program pemulihan. Dalam pemulihan khas, subjek yang menjadi tumpuan utama ialah Bahasa Melayu dan Matematik. Berikut ialah penerangan bagi program-program pendidikan pemulihan:

Pemulihan Dalam Kelas Pemulihan KBSR dalam kelas biasa bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M oleh BPK bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum dibebaskan gagal Ujian Pelepasan 3 masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya

PROTIM Program Pemulihan 3M Membantu murid tahun 6 menguasai 3M Dilaksana selepas menduduki UPSR

15

Pemulihan Khas Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) murid yang dikenalpasti ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematik dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan

Kelas Khas murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap prestasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M

Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga memperkembangkan lagi program pendidikan pemulihan di Malaysia dengan menubuhkan beberapa program lagi seperti program IPP3M dan Program Permata Negara. IPP3M
Program Pemulihan Khas merupakan satu program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada Tahap I akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini diadakan dihampir semua sekolah rendah.

Murid-murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M), dan dibahagi kepada 3 :

IPP3M 1 ~ Murid Tahun 1 IPP3M 2 ~ Murid Tahun 2 IPP3M 3 ~ Murid Tahun 3

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawl). Bermaksud, murid-murid yang terlibat akan ke kelas pemulihan khas semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dan
16

akan kembali semula ke kelas masing-masing apabila masa pengajaran dan pembelajaran tersebut tamat. Bagi murid-murid yang telah mencapai tahap pelepasan yang ditentukan, mereka tidak perlu lagi masuk ke kelas pemulihan khas dan belajar seperti biasa di kelas seperti biasa. Program Permata Negara Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.

Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit. Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema Setiap Anak PERMATA Negara juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada kanak-kanak. Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi
17

memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

18

PENGURUSAN GRAFIK 2: PROGRAM PEMULIHAN DALAM DAN LUAR NEGARA SEJARAH PENDIDIKAN DAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

i. Luar Negara: US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142 UK selepas Laporan Warnock

ii. Dalam Negara: bermula 1965 3 guru dapat latihan dr England 1968 - 9 guru lagi dihantar berkursus Projek Khas Universiti Malaya

- Pendidikan Imbuhan dpt sumbangan dr Yayasan Van de Leer Belanda Jenis-jenis Program: Pemulihan dalam kelas - Pemulihan KBSR - KIA2M - PROTIM - Latihan Guru: sbg kursus dalam perkhidmatan - Penuh Masa atau dalam cuti dr 2 hari hingga 1 tahun (KSPK) - Mulai 2001 ditawar sbg pengkhususan utk KDPM sepenuh masa (3 th) - 2007 KPM memberikan perhatian serius

Pemulihan Khas - Sistem penarikan keluar (Withdrawal system) - Kelas Khas

19

RUMUSAN BAB 2.0 Pendidikan pemulihan di luar negara, sebagai contoh, di Amerika Syarikat dan United Kingdom, bermula selepas termaktubnya PL 94-142 (Public Law 94-142) dan Laporan Warnock 1978. Di dalam negara, pendidikan bermula sejak tahun 1920-an lagi yang mana dengan penubuhan sekolah bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pancaindera dan pembelajaran oleh sukarelawan-sukarelawan. Pendidikan pemulihan bermula pada tahun 1988 dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menjadikan Sekolah Jalan Batu, Kuala Lumpur sebagai sekolah yang mempunyai kelas perintis pendidikan pemulihan. Pendidikan pemulihan berkembang setelah termaktubnya beberapa akta berkaitan kanak-kanak pada persidangan-persidangan dunia. Setelah itu barulah tindakan susulan diambil negara-negara yang berkenaan seperti Malaysia. Pendidikan pemulihan lebih berkembang di Malaysia setelah keluarnya Laporan Jawatankuasa Kabinet tentang dasar pendidikan dan selepas Mesyuarat

Perancangan Pendidikan. Setelah perkembangan pendidikan pemulihan di Malaysia, diwujudkan pelbagai program pendidikan pemulihan bertujuan membantu pelajar yang lemah dalam kemahiran asas belajar. Antara program-program yang diwujudkan ialah Pemulihan KBSR, KIA2M, PROTIM, Sistem Penarikan Keluar (Withdrawal System), IPP3M dan termasuk Projek Permata Negara, yang merupakan langkah awal mencegah masalah lemah kemahiran asas belajar dan masalah pembelajaran.

20

3.0 GURU DAN MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS SERTA PERANAN PENTADBIR (KPM, JPN, PPD DAN SEKOLAH)

3.1 Murid Pemulihan Khas Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah bersedia

Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh: Rencatan akal ringan Kurang peluang Budaya / ekonomi tersekat Gangguan emosi Kurang upaya sensori Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus Ganjaran intrinsik Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task) Kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai boleh ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar Pemakanan yang betul sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya Tidur yang mencukupi boleh menambahbaik prestasi mereka Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS) Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan, ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah.

21

Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif, Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.

22

3.2 Guru Pemulihan Khas Ciri-ciri guru Pemulihan Khas Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh (1977): punyai peribadi yang stabil dan mantap luas bacaan cerdas tidak takut disisihkan sentiasa ingin belajar cekap dalam pengajaran dan pentaksiran

Peranan Guru Pemulihan Khas i. Peranan Penilaian (Assessment Role) Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti muridmurid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M. Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus. Menjalankan sistematik. ii. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role) Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan. iii. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role) Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi pembelajaran khusus dapat dicapai. Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa. Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara team-teaching atau khidmat damping sekiranya perlu. agar objektif-objektif penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan

23

iv. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role) Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik pembelajaran. v. Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan: Pentadbir sekolah Guru Besar dan Penolong Kanan Guru-Guru lain guru kelas dan guru subjek Ibu bapa dan waris Masyarakat Khidmat sokongan pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar. vi. Peranan Kaunseling (Counseling Role) Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif. vii. Peranan Advokasi (Advocative Role) Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri. Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program reach out atau outreach. mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah

Bidang Tugas Guru Pemulihan Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling KPM Senarai Tugas o Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus murid-murid yang dikenal pasti dari th 1 6 keutamaan kpd tahun 1, 2 dan 3

24

o Membantu guru-guru asas dalam: mengenal pasti untuk pemulihan khas merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan mengatur jadual waktu pemulihan mengajar bersama sekiranya perlu

o berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal: mendapat maklumat lanjut murid kelakuan, tabiat, kesihatan latar belakang

o melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran berikut: kemajuan murid latar belakang murid laporan kesihatan hasil temu bual rujukan

Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut: o Masa mengajar 990 minit o Masa untuk persediaan dan panduan 120 minit (dimasukkan ke dalam JW) o Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain

Prosedur Mengadakan Kelas Pemulihan o Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi satu darjah murid kelas pemulihan boleh diambil dari kelas tersebut jika jumlah yang ada hanya 3 4

25

o Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas sahaja bagi satu darjah murid kelas pemulihan boleh diambil dari darjah lain tetapi bilangan tidak melebihi 15 o Jika murid pemulihan diambil dari 1 kelas sahaja bilangan tidak melebihi 6

*Pilihan mana-mana alternatif tertakluk kepada persetujuan antara guru pemulihan, guru besar dan guru-guru asas

3.3 Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas i. Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM memberi kelulusan untuk membuka kelas memberikan latihan untuk guru pemulihan menyediakan kewangan untuk pengurusan

ii.

Jabatan Pelajaran Negeri melantik guru-guru pemulihan memantau pelaksanaan memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang ditetapkan dan dikemukakan kepada JPK

iii.

Pejabat Pelajaran Daerah memantau pelaksanaan program menggerakkan aktiviti di peringkat daerah memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan memastikan pihak sekolah menghantarkan data

iv.

Pentadbir / Pengurus Sekolah

26

memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran yang sedang berkuatkuasa

mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk Program Pemulihan

Memastikan data kekemuka kepada PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan

Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan berada dalam kelas berkenaan

Menyalurkan kewangan

27

RUMUSAN BAB 3.0 Murid pemulihan khas ialah Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah bersedia. Perkembangan murid pemulihan khas dipengaruhi oleh beberapa faktor yang antaranya ialah kurangnya peluang dalam mencuba sesuatu, gangguan emosi dan rencatan akal yang ringan. Antara ciri pelajar yang memerlukan pemulihan ialah murid yang kurang matang dalam berinteraksi bersama warga sekolah (guru dan murid lain), tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja dan hilang kawalan masa, iaitu tidak dapat memindahkan apa yang telah dipelajari dalam satu situasi yang baru. Guru pemulihan khas pula ialah seseorang yang mempunyai ciri peribadi yang mantap, luas bacaan dan tidak takut disisihkan. Guru pemulihan khas berperanan sebagai penilai, pengajar, khidmat bantu, penghubung, kaunselor dan advokator dalam mendidik murid pemulihan. Antara bidang tugas guru pemulihan ialah menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus, membantu guru-guru asas dalam perkara yang berkaitan dengan pemulihan dan melaksanakan penilaian yang berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran yang didapati.

28

4.0 PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 4.1 Pencalonan Pada akhir tahun 1 (Murid KIA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3) Selepas Ujian Semester 1 Dicalonkan oleh o Guru besar o Guru kelas/guru subjek o Guru pemulihan o Ibu bapa

Pencalonan dibuat melalui: o pengumpulan maklumat o Borang Latar Belakang o Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan peperiksaan dan buku latihan

4.2 Ujian Saringan Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran asas BM dan Matematik menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Bentuk dan skop - Ujian bertulis - Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari - Keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan EMA boleh diguna pakai Pentadbiran Ujian - dilaksanakan secara kumpulan - murid dalam keadaan selesa jauh dari gangguan - masa dihadkan

29

- keperluan alat tulis yang lengkap Kriteria Pemilihan Murid Murid yang gagal Ujian Saringan Jumlah murid yang telah ditentukan yang mampu diurus Jenis masalah yang dihadapi murid

4.3 Ujian Diagnostik - Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus. Jenis Ujian Diagnostik Ujian Pengamatan (UDP) Bahasa Melayu (UDBM) Matematik (UDM)

Tujuan Ujian Diagnostik membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid

30

Bila dilaksana selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk kemahiran baru

Subjek yang diuji BM dan Matematik Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid

Pembinaan Ujian Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : Kemahiran yang hendak diuji Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang

dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut

hendaklah disusun dari senang ke susah. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih

dahulu. JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek Jumlah item hendaklah ganjil 5 hingga 9 perlu ada contoh Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana

dan susah Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat Bentuk soalan: padanan / suaian pelbagai pilihan / diskriminasi mengisi tempat kosong benar / salah
31

Pentadbiran Ujian dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat secara kumpulan atau individu ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang

paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik

bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan pemerhatian guru perlu semasa ujian Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan hentikan ujian Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-

dapat menjawab dengan tenang dan selesa. -

keterangan atau data-data yang diberi

Analisis Ujian

dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah

direkodkan dalam Borang Analisis Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi

panduan kepada guru pada satu masa yang lain

Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran

Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka obektif p & p Contoh:

Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul
32

4.4 Ujian Diagnostik Pengamatan

4.4.1 Rasional Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

4.4.2 Apa itu pengamatan - Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. - Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

4.4.3 Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan - Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan - Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu-satu objek - Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat - Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas - Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing - Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
33

4.4.4 Komponen Ujian Pengamatan - Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya - Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya - Diskriminasi saiz ( Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya - Diskriminasi kedudukan ( Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya - Koordinasi Motor mata tangan. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-matatangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya - Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain - Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah - Turutan ( Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktivitiaktiviti bersiri. - Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak.

34

- Menyalin ( Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

4.4.5 Panduan melaksanakan ujian pengamatan Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep

sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan. Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan. Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu. Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian. Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas. Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

4.4.6 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Menentukan kumpulan murid Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Menyediakan bahan Pemulihan Khas Menyediakan aktiviti

4.4.7 Penilaian Bentuk ujian formatif, sumatif, pencapaian Analisis Keputusan meneruskan program atau balik ke kelas biasa

35

4.4.8 Tindakan Susulan Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu dilaksanakan secara berterusan

36

PENGURUSAN PEMULIHAN

GRAFIK

3:

PENGURUSAN

PROGRAM

PENDIDIKAN

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pencalonan

Ujian Saringan Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran asas BM dan Matematik menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

Ujian Diagnostik Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus.

37

RUMUSAN BAB 4.0 Pengurusan program pemulihan khas merupakan satu tindakan untuk membentuk sebuah kelas pemulihan. Ia bermula dengan sesi pencalonan, membawa kepada ujian saringan dan akhir sekali ujian diagnostik. Setiap stu peringkat itu mempunyai garis panduan pelaksanaannya yang tersendiri yang berlaku secara sistematik. Sesi pencalonan ialah sesi mengenalpasti murid-murid yang mepunyai masalah pembelajaran pada tahun satu. Murid-murid dicalonkan selepas ujian semester satu dan pencalonan ini dibuat oleh sama ada guru besar, guru kelas, guru subjek atau ibu bapa. Pencalonan dibuat berdasarkan data-data murid yang telah dikumpulkan dari pelbagai sumber. Ujian saringan ialah penentuan untuk seseorang murid itu betul atau tidak lemah dalam pembelajaran dan perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas. Ujian saringan merupakan sebuah ujian bertulis yang merangkumi apa yang telah dipelajari oleh murid yang terlibat, dilaksanakan secara berkumpulan di tempat yang selesa dan masa menjawab terhad. Ujian diagnostik ialah ujian untuk mengesan apakah kelemahan murid yang sudah dikenalpasti terlibat dengan kelas pemulihan. Ujian diagnostik dijalankan dalam tiga bentuk iaitu Ujian Diagnostik Pengamatan (UDP), Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (UDBM) dan Ujian Diagnostik Matematik (UDM). Tjuan ujian diagnostik ialah, antaranya; membantu guru secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid, membantu guru mengenalpasti punca kegagalan murid menguasai sesuatu kemahiran dan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

38

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN DI MALAYSIA

Program pemulihan baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Perlaksanaan program pemulihan di Malaysia bermula mengikut peringkat. Program pemulihan dapat dijalankan secara lancar dan terancang dengan adanya peringkat-peringkat ini. Bermula dengan pencalonan murid, pengumpulan maklumat, proses saringan, proses diagnosis, analisa ujian diagnosis dan pengamatan dan tindakan susulan. Pencalonan murid merupakan asas dalam pendidikan pemulihan dan ia

merupakan peringkat pertama dan juga peringkat yang paling penting dalam melaksanakan program pemulihan. Pencalonan dan proses mengenal pasti calon untuk program ini dapat dijalankan melalui beberapa cara. Murid untuk pendidikan pemulihan dapat

diketahui melalui guru kelas . Tugas sebagai guru kelas membolehkan beliau mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan beberapa perkara antaranya pencapaian murid-murid dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira), berdasarkan hasil kerja mereka, keputusan ujian bulanan dan juga ujian dalam setiap kemahiran. Selain itu, guru mata pelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam proses ini. Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan juga Matematik juga boleh mencalonkan murid-murid yang diajar mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan atas pencapaian mereka. Dalam pada itu, Guru besar juga perlu memainkan peranan dengan memastikan guru-guru menjalankan tugas masing-masing. Guru besar dapat mencalonkan murid berdasarkan pada kad-kad laporan murid serta berdasarkan pemerhatian beliau. Malah, ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak jagaan mereka berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka. Peringkat kedua pula ialah pengumpulan maklumat, butir-butir individu dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. Ini dapat menyenangkan guru pemulihan untuk membuat keputusan samaada murid itu akan mengikuti kelas pemulihan ataupun tidak.

39

Rekod individu ini akan membantu guru pemulihan mengetahui beberapa perkara penting dalam mencalonkan murid pemulihan seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mana kesemua perkara diatas mungkin menjadi sebab serta berhubung dengan kegagalan. Ia juga membantu guru pemulihan dalam mengetahui sejauh mana keupayaan murid yang dicalonkan dalam matapelajaran-matapelajaran asas seperti Matematik dan Bahasa Malaysia. Peringkat ketiga pula merupakan proses saringan. Proses ujian saringan berfungsi sebagai satu instrumen pengukur terhadap kekuatan serta kelemahan dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas oleh murid yang ingin dicalonkan. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan kata lain, ujian ini bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas. Bahan yang dimasukkan dalam ujian saringan hanyalah kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu, senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam jadual penentu ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain daripada itu, ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam boring rekod ujian untuk difailkan. Murid yang dicalonkan kedalam kelas pemulihan adalah diatas beberapa faktor antaranya ialah skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk kelas pemulihan. Peringkat keempat pula ialah ujian diagnosis, ujian diagnosis merupakan ujian yang terpenting dalam program pemulihan. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid yang sudah tercalon dalam kelas pemulihan. Ujian diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh

seseorang murid secara khususnya dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenalpasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Seterusnya ialah perigkat analisa ujian diagnosis dan pengamatan. Pada peringkat ini, segala keputusan dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat untuk mempastikan setiap masalah murid pemulihan. Keputusan analisa ujian diagnosis akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan
40

seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini juga dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerahdaerah kesukaran yang dihadapi. Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnosis tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat yang terakhir ialah peringkat susulan. Pada peringkat ini, muridmurid pemulihan yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari guru pemulihan. Guru kelas, guru matapelajaran dan juga guru pemulihan perlu bekerjasama bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid tersebut. Murid pemulihan yang telah berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Dan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan pelajar tersebut dan disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses pengajaran mereka.

41

PENGURUSAN

GRAFIK

4:

STRATEGI

PELAKSANAAN

PROGRAM

PENDIDIKAN PEMULIHAN STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Dilaksanakan mengikut peringkat/secara berperingkat

Peringkat pertama: Pencalonan murid yang didapati lemah dalam kelas harian.

Peringkat kedua: Pengumpulan maklumat tentang individu yang dicalonkan.

Peringkat keempat: Pelaksanaan ujian diagnosis untuk mengesan kelemahan murid terlibat selepas disahkan masuk program pemulihan.

Peringkat ketiga: Proses saringan untuk mengenalpasti murid yang betul-betul lemah.

Peringkat kelima: Analisa ujian diagnosis untuk penumpuan pada pengajaran pemulihan.

Peringkat terakhir: Peringkat susulan iaitu tindakan selepas murid berjaya dipulihkan.

42

RUMUSAN BAB 5.0

Program pemulihan perlu dilaksanakan dengan berstrategi supaya ia berkesan. Strategi yang diaplikasikan adalah secara berperingkat dan sistematik. Permulaan bagi startegi melaksanakan program pemulihan ialah dimulakan dengan

pencalonan. Pencalonan merupakan strategi awalan dalam memastikan program pemulihan dapat menjurus kepada objektif. Seterusnya ialah ujian saringan di mana ujian saringan adalah strategi dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu terlibat dengan kelas pemulihan. Selepas ujian saringan, strategi berikut ialah ujian diagnostik yang mempunyai tiga komponen iaitu UDP, UDBM dan UDM; dalam mengesan kelemahan yang ada pada murid. Selepas analisis ujian diagnostik, yang mana ia merupakan peringkat berikutnya, penumpuan pengajaran baru dibentuk memfokuskan kepada aspek kelemahan yang ada pada murid. Tindakan susulan adalah strategi terakhir setelah pengajaran berjaya dilaksanakan untuk memastikan murid yang terlibat terus mengikuti pembelajaran harian.

43

6.0 RUMUSAN KESELURUHAN

Pendidikan pemulihan merupakan satu aspek penting dalam pembangunan pendidikan negara. Pendidikan pemulihan berteraskan pendidikan bantuan dalam memastikan pelajar dapat terus mempelajari sesuatu subjek dengan berkesan dan dapat berdikari. Di zaman yang serba maju ini, ketinggalan sedikit dalam sesuatu aspek akan menyebabkan kita terus mengundur kebelakang. Antara aspek tersebut ialah pendidikan. Dalam pendidikan pemulihan, pendidikan diberikan untuk memperbaiki potensi dan kemahiran belajar murid yang lemah dalam pelajaran. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka terus bersaing dengan pelajar lain dan mampu berada sama tahap dengan mereka. Bukan untuk memaksimumkan pencapaian tapi ialah untuk memastikan murid yang terlibat dengan kelas pemulihan ini dapat menjalani pembelajaran dan kehidupan seperti biasa. Pendidikan pemulihan mula dipandang serius setelah di luar negara dimaktubkan beberapa dasar berkaitan pendidikan pemulihan. Bermula di Amerika Syarikat dengan PL 94-142 dan Laporan Warnock di United Kingdom, ia kemudiannya menjadi keperluan bagi sesebuah negara dalam memperbaharui dan menjamin sistem pendidikan mereka, termasuk di Malaysia sendiri. Pelbagai program pemulihan diwujudkan di sekolah bagi memastikan tidak ada murid yang lemah dalam pembelajaran. Sebagai contoh; IPP3M. IPP3M ialah sebuah program membantu pelajar yang lemah dalam kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Di peringkat yang lebih awal juga ditubuhkan Program Permata Negara, idea asal oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, yang mana program ini bertujuan bagi mengurangkan kadar masalah pembelajaran dari peringkat awal. Pengurusan program pemulihan merupakan cara mengatur dan

melaksanakan program pemulihan. Pengurusan program pemulihan dijalankan dengan teliti agar dapat menjadikan pengajaran pemulihan berjalan dengan lancar. Bukan sekadar mengurus, turut menjadi nadi perkembangan program pemulihan ialah strategi pelaksanaan program pemulihan. Strategi pelaksanaan program pemulihan berkait rapat tentang pendekatan untuk memastikan murid pemulihan dapat dikenalpasti, diajar dan diubah.

44

REFLEKSI

Tajuk kerja kursus yang saya terima ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan; iaitu berkait rapat tentang definisi, sejarah, program pengurusan dan strategi pendidikan pemulihan. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah memperolehi beberapa faedah yang amat berguna kepada saya disamping beberapa masalah yang menjadi pembantut kepada usaha untuk menyiapkannya.

Antara faedah daripada menjalankan tugasan ini yang saya perolehi ialah saya dapat menjalankan kerja secara sistematik dan langkah demi langkah. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya dapati adalah amat sukar untuk melakukan tugas secara teratur kerana saya bukanlah seorang yang tersusun cara kerjanya, tambahan berkaitan dengan cara untuk mendapatkan maklumat dan

memprosesnya. Namun, dengan menjalankan tugasan secara teratur, dapatlah saya mencari maklumat dengan baik dan memprosesnya mengikut kehendak tugasan. Inilah apa yang diperlukan untuk saya melengkapkan diri menjadi bakal pendidik anak bangsa.

Selain itu, saya juga dapat menimba faedah yang lain iaitu saya dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara sesama rakan kelas, lebih-lebih lagi rakan sekerja yang bersama-sama melakukan tugasan ini. Ini merupakan salah satu faedah yang berharga juga kepada saya di mana sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai sikap saling bekerjasama dalam membentuk dan melahirkan generasi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya sikap seperti ini dalam diri saya, maka segala urusan lain yang akan dilakukan dengan rakan sekelas akan mudah dilaksanakan dan dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan di dalam kelas seterusnya menceriakan suasana kelas.

Itulah di antara faedah yang saya perolehi melalui tugasan ini. Saya dapat memperbetulkan diri saya melalui faedah yang saya terima dan saya harap dapat
45

melakukan yang terbaik pada masa akan datang dan berterusan melakukan yang terbaik untuk sesuatu agar hasilnya memuaskan saya dan mendatangkan kebaikan kepada saya. Tugasan ini telah banyak memberi pendedahan kepada saya dan membentuk sahsiah diri saya sebagai seorang guru. Semoga apa yang saya perolehi dan yang telah mengubah saya ini berterusan.

............................................. (MOHAMMAD IQRAM AKEEF BIN MOHD AMIN) PISMP 1.14

46

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

INTERNET: 1. Public Law 94-142. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari

www.wikipedia.com/public_law_94_142.html 2. Warnocks Report. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari

www.wikipedia.com/warnocks_report.html 3. Konsep Pendidikan Pemulihan. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.html 4. Dr. Boon, K. B. (1980) Siapa dan Mengapa Dalam Pengajaran Pemulihan. Diambil pada Februari 22, 2011, dari laman web Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Sandakan, _dan_mengapa.html 5. Program Permata Negara. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari www.permatanegara.edu.my/bagaimana_kami_bermula.html www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa

47

You might also like