You are on page 1of 20

5.

1 PENGENALAN

lam Melayu yang banyak mengeluarkan hasil hutan dan rempah-ratus, menjadi tumpuan orang Eropah. Mereka menyedari bahawa untuk memudahkan perniagaan, bahasa anak negeri perlu difahami dan dikuasai. Di samping itu pula orang Eropah sudah mulai ramai yang tinggal di ceruk rantau Nusantara ini kerana berniaga, membuka ladang, atau ditugaskan oleh kerajaan mereka sebagai pegawai. Para mubaligh Kristian turut sama ke Kepulauan Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada orang Eropah yang bertugas di sini dan juga kepada orang tempatan. Semua ini memerlukan kemahiran bahasa Melayu. Sejak itu, buku petunjuk sederhana dan kamus bahasa Melayu dianggap penting.

5.2 PENGKAJI BARAT


Frederick de Houtman (adik Cornelis de Houtman) menyusun perkataan dan ayat bahasa Melayu Madagaskar. Bahan ini disusunnya semasa ia ditawan oleh pemerintah Aceh dalam tahun 1599-1602 M. Kamus ini pertama kali dicetak di Amsterdam pada tahun 1604 M dan dicetak semula pada tahun 1673 M. Buku ini dicetak lagi di Batavia (kini Jakarta) pada tahun 1707 M. Gotardus Arthus menterjemah buku Frederick de Houtman di atas ke dalam bahasa Latin pada tahun 1608 M. Buku ini dicetak untuk kali kedua pada tahun 1614 M, dan daripada bahasa Latin ia diterjemahkan pula ke dalam bahasa Inggeris oleh Augustine Spalding yang diterbitkan di London pada tahun 1624 M. Albert Ruyl pula mengubah tajuk karya Frederick di atas, dan mengadakan sedikit pengubahsuaian yang kemudian dicetak di Amsterdam pada tahun 1650 M dan dicetak semula di Batavia pada tahun 1677 M setelah diperbaiki oleh Frederick Gueynier. Sekali lagi kamus ini diterbitkan di Batavia juga pada tahun 1708 M oleh Petrus van der Worm, dan beliau mengatakan bahawa inilah kamus Melayu - Belanda yang terbaik. Casper Wittens menyusun kamus bahasa Melayu - Belanda yang kemudian diperbaiki oleh Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 M dan di Batavia pada tahun 1706 M. Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 M. Thomas Bowerey menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh pedagang yang datang ke Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayat yang dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis). Andreas Lambert Loderus mencetak semula kamus yang disusun oleh Casper Wittens dan Sebastian Danckaerts. Ia juga mencetak semula kamus yang disusun oleh Tustus Heurnius dan kamus yang disusun oleh Frederick Gueynier di Batavia pada tahun 1708 M. George Henrik Werndly (Belanda) seorang sarjana bahasa Melayu menulis Nahu Melayu yang diterbitkan di Amsterdam pada tahun 1736 M, John Howison menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1801 M, dan P. Farve menyusun kamus Perancis - Melayu pada tahun 1817 M. Sebelum P. Farve, William Marsden telah menulis A grammar of the Malayan language pada tahun 1812 M. Pendahuluan buku ini mengandungi 50 halaman. Banyak perkara yang dibincangkan oleh Marsden dalam Pendahuluan bukunya ini. Beberapa hal yang penting ialah: (a) Yang dimaksud dengan Kepulauan Melayu itu ialah Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan beberapa buah pulau yang lain. Setiap pulau, masyarakatnya memiliki bahasa mereka sendiri tetapi dalam hal perniagaan terutama di bandar pelabuhan, mereka menggunakan bahasa

Melayu. Di antara pelbagai dialek yang dituturkan di pasar semasa berhubungan, dialek Melayulah yang paling asas dan ia kemudian berkembang menjadi bahasa Melayu. (b) Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya pula mudah sehingga perkataan pinjaman pun akan mereka selaraskan dengan pengucapan masyarakat setempat. (c) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa, namun orang Jawa menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan pergaulan. Bahasa Melayu di Sumatera hampir sama dengan bahasa Melayu di Semenanjung dan perbezaan tersebut hanyalah vokal akhir sahaja. (d) Langkapura terletak di antara Palembang dan Jambi, bukan di Pulau Jawa kerana tidak ada kesan kerajaan ini di sana. (e) Orang di atas angin bermaksud orang Arab manakala orang di bawah angin bermaksud orang Melayu. Orang di bawah angin lebih suka menyembelih kerbau daripada lembu. (f) Perkataan Jawi (tulisan) bukanlah berasal daripada perkataan Jawa, Jawi (lembu, atau pokok jawi-jawi) tetapi membawa maksud campuran tulisan Arab, Parsi, dan Melayu. Perkataan ini dikiaskan daripada anak Jawi yang bermaksud anak campuran. (g) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskrit memperkaya bahasa Melayu, sungguhpun ada persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisaya, dan Pampanga tidak dapat dibuat sebagai alasan bahasa orang Melayu berasal dari Filipina kerana orang Melayu berkulit kekuning- kuningan dan berambut panjang manakala Filipina berkulit agak gelap dan berambut keriting. (h) Bangsa Melayu di Sumatera, Jawa, Sulawesi, dan di beberapa buah pulau yang lain telah lama memiliki abjadnya sendiri sebelum tulisan Arab diperkenalkan. (i) Menolak pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang dituturkan di IndoChina dengan alasan bahawa pengkaji tersebut (J.C. Leyden) tidak menyenaraikan perbendaharaan kata dalam sifatnya yang asal. Jika seseorang pengkaji tidak mempunyai pengetahuan tentang budaya masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut lazimnya ia akan menyampaikan sesuatu yang lain daripada yang sebenarnya dan ini akan menyebabkan sesuatu kajian tersebut tidak sempurna. (j) Pendengaran pengkaji yang tidak tepat, penyisipan bunyi atau huruf pada ejaan yang asal didapati berlaku. Untuk siapakah penyesuaian sebutan tersebut dilakukan? Bagi penutur Eropah yang sudah mahirkah? Penutur tempatan yang terpelajar, penyesuaian tersebut jelas tidak memanfaatkan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa ejaan Melayu bukan seperti yang mereka katakan tidak tepat atau tidak mempunyai peraturan tertentu. Dalam Pendahuluan itu juga Marsden banyak menyanggah beberapa pendapat penulis Barat tentang bangsa dan bahasa Melayu yang menurutnya lebih mengutamakan kepentingan pemerintah yang menjajah daripada kebenaran data dan fakta. Isi buku ini tidak dibahagikan pada bab melainkan pada beberapa tajuk kecil. Tajuk tersebut di antara lain ialah: Abjad Jawi, Konsonan, dan Vokal, Tanda Bacaan Tulisan Jawi, Golongan Kata, Bahagian Ayat, Nama, Sifat, Perbandingan, Bilangan, Ganti Nama, Penunjuk, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, Pengimbuhan, Binaan Ayat, Dialek, Prosodi, dan Praksis. Beberapa hal yang menarik dalam isi buku ini ialah, Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, iaitu , [, \, ], , a, b, d, e, f, g, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, u, v, w, x, z, y, dan mencipta enam huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada, iaitu c, h, p, s, u, ]. Marsden telah menggolongkan perkataan bahasa Melayu pada tujuh golongan, iaitu Ganti Nama Diri, Perbuatan, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, dan Partikel. Marsden memasukkan Adjektif ke dalam kata yang menerangkan Sifat Nama. Dalam bahasa Melayu bentuk perkataan tidak menunjukkan tunggal atau jamak tetapi Bilangan tersebut dinyatakan secara khusus, iaitu menggunakan Bilangan dan bila perlu dengan Penjodoh Bilangannya sekali. Menurut Marsden, Kata Sendi sangat penting untuk membezakan makna, seperti ke rumah, dari rumah, di rumah, di luar rumah, di atas rumah, di bawah rumah, dan lain-lain. Dengan demikian, sesuatu Nama akan mudah diketahui sama ada Nama pada Objek atau Nama pada Kata Sendi. Beliau tidak setuju Kata Bilangan dimasukkan ke dalam golongan Adjektif kerana Kata Bilangan memiliki ciri yang khusus. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar digunakan Kata Bilangan Kardinal, Ordinal, dan Pecahan. Kata Bilangan ini pula sangat penting untuk menyatakan sesuatu Nama sama ada tunggal atau jamak, kerana dalam bahasa Melayu Nama tunggal dan jamak tidak dicirikan oleh perubahan bentuk. Perkataan angkau berubah apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi vokal a seperti mana bagi kelompok kata darimana angkau yang akan disebut menjadi darimanangkau. Begitu juga perubahan tersebut berlaku apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi asal n seperti akan bagi kelompok kata

akanangkau. Untuk mengelakkan bunyi seperti ini maka perkataan angkau diubah menjadi dikau sehingga lahirlah perkataan darimana dikau dan akan dikau. Perkataan dikau kini jarang digunakan dan kembali mengambil perkataan engkau atau disingkatkan menjadi kau. Perkataan iya atau inya juga mengalami hal yang sama. Apabila bunyi akhir perkataan sebelumnya bunyi h seperti suruh bagi kelompok kata suruhiya dan bunyi akhir sebelumnya vokal a seperti mana bagi kelompok kata ke manaiya maka perkataan iya mendapat penambahan d sehingga menjadi diya. Dengan demikian, ada selang bunyi di antara perkataan sebelumnya dan sesudahnya, iaitu suruh diya atau ke mana diya. Perkataan diya kini dieja menjadi dia. Perkataan iya bagi milik atau kepunyaan biasa disebut niya seperti pada kelompok kata kapala niya atau rambut niya. Lama-kelamaan bunyi niya berubah menjadi nya sehingga kelompok kata di atas menjadi kepalanya atau rambutnya. Inilah sebabnya nya dikatakan berasal daripada perkataan dia kerana dia berasal daripada iya dan inya juga berasal daripada iya. Pembinaan Awalan dengan Kata Dasar ditentukan oleh huruf awal sesuatu Kata Dasar. Dengan demikian, beliau mengemukakan rumus seperti yang berikut ini: (a) Awalan men- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf j, c, d. (b) Awalan meng- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, h, g. (c) Awalan mem- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf b, p. (d) Awalan me- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf r, m, n, w, l. (e) Perkataan yang bermula dengan huruf t, s, p, k suku kata pertama Kata Dasar ini akan mengubahsuai bunyi bagi kelancaran pelafazan apabila digabungkan dengan Awalan. Perkataan tolong, huruf t gugur dan awalannya menjadi men- dan hasilnya menolong. Perkataan susu, huruf s gugur dan Awalannya menjadi meny- dan hasilnya menyusu. Perkataan palu, huruf p gugur dan Awalannya menjadi mem- dan hasilnya memalu. Perkataan kata, huruf k gugur dan Awalannya menjadi meng- dan hasilnya mengata. Di samping imbuhan di atas, Marsden juga mengemukakan Awalan ber-, bel-, dan be-. Menurut beliau lagi Awalan be- lebih umum digunakan dalam bahasa lisan, Awalan ber- untuk bertulis dan bel- jarang berlaku, kecuali pada perkataan belajar. Di dalam buku tersebut, yang dimaksudkan dengan Kata Penunjuk itu ialah Penunjuk Kala yang terbahagi tiga, iaitu (a) Kala Kini Contoh: lagi, sambil, serta, seraya. (b) Kala Lepas Contoh: telah, sudah. (c) Kala Akan Datang Contoh: mahu, hendak, akan. Dikatakan bahawa Awalan ter- apabila diimbuhkan pada Perbuatan, ia menghasilkan Imbuhan Pasif, seperti terpukul, teralah, tertulis yang beliau samakan dengan imbuhan Latin -tus, seperti amatus, doctus, loctus. Awalan ter- ini akan berubah menjadi te- apabila ia diimbuhkan dengan Kata Terbitan yang mendapat Awalan per- seperti persayang menjadi tepersayang. Imbuhan yang lain ialah: pen-, peng-, pem-, pe-, per-, pel-, di-, ke-, se-, kan-, -i, -an, -lah, -kah, -tah, -nya, ku/ku-, -mu, -kau/kau-, -nya, -pun, -nda. Di dalam buku ini terlihat bahawa Marsden mengutamakan perbincangan tentang binaan perkataan dan hanya sedikit sahaja binaan ayat. Marsden berpendapat bahawa binaan ayat dalam bahasa Melayu sederhana atau mudah kerana peraturannya sedikit dan setiap golongan perkataan mempunyai tugasnya masing-masing. Semasa pembinaan ayat tidak berlaku perubahan perkataan (pada Kata Perbuatan), tidak ada perubahan perlambangan (huruf) untuk jantina mahupun bilangan. Beliau memberi kesimpulan bahawa nahu bahasa Melayu tidak serupa dengan nahu bahasa Latin. Marsden juga menyedari bahawa ada perbezaan di antara bahasa lisan dengan bahasa bertulis. Banyak perkataan yang tidak disebut (digugurkan) pada bahasa lisan tetapi maknanya tidak berubah. Katanya hal ini sangat ketara apabila orang Melayu menjawab soalan yang biasanya dijawab seringkas mungkin. Ciri yang umum dalam Ayat Penyata bahasa Melayu menurut Marsden ialah Nama merupakan Subjek kepada Perbuatan yang kedudukannya di hadapan. Perbuatan biasanya diikuti oleh Nama (Objek) atau perkataan lain yang menerangkan Perbuatan atau Nama. Bagi Ayat Perintah pula Perbuatan mendahului Nama atau Ganti

Nama. Dalam membina ayat, pengguguran perkataan tertentu boleh berlaku tanpa menjejaskan makna ayat tersebut. Walaupun Marsden mengakui bahawa nahu bahasa Melayu tidak serupa dengan nahu bahasa Latin, namun beliau tidak dapat melepaskan nahu bahasa Inggeris dalam mengkaji bahasa Melayu. Pada tahun 1852 M, buku John Crawfurd yang berjudul A grammar and dictionary of the Malay language diterbitkan. Judul ini terdiri daripada empat buku. Buku pertama, iaitu jilid 1 pula terdiri daripada dua buku, dan jilid 2 juga terdiri daripada dua buku. Jilid 1 buku pertama mengungkapkan sejarah bahasa Melayu. Diperlihatkan juga perbandingan perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. Beberapa perkataan tersebut ialah: Bahasa Melayu Bahasa Jawa kasih asih gargaji garaji kapak kampak karbau kebo siku sikut lalat lalar padi pari pusat pusar cubit juwit makan mangan Di samping itu diperlihatkan juga perbandingan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Lampung, bahasa Melayu dengan bahasa Sunda, bahasa Melayu dengan bahasa Madura, bahasa Melayu dengan bahasa Bali, bahasa Melayu dengan bahasa Bugis, dan juga dengan beberapa bahasa di Indonesia Timur seperti bahasa di Pulau Timor, Pulau Roti, dan Pulau Sawu. Perbandingan perkataan tersebut juga beliau lakukan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisaya, Campa, Formosa, Maori, Tahiti, Caroline, Guham, dan beberapa bahasa lain di Lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi di Pulau Madagaskar. Perbandingan ini dimaksudkan oleh Crawfurd betapa banyaknya persamaan perkataan di antara bahasa Melayu dengan bahasa yang terdapat di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Di dalam buku ini juga diperlihatkan beberapa bentuk aksara beberapa bahasa seperti Batak, Rejang, Lampung, Bugis, dan Tagalog. Dalam Jilid 1 bahagian kedua pula khusus membincangkan nahu yang dimulainya dengan abjad Jawi dan cara penyebutan perkataan seperti yang dihuraikan oleh Marsden. Penggolongan perkataan juga tidak jauh berbeza dengan Marsden, iaitu Nama, Adjektif, Ganti Nama, Perbuatan, dan Pengulangan. Perbincangan binaan ayatnya juga tidak jauh berbeza dengan Marsden. Jilid 2 bahagian pertama merupakan kamus bahasa Inggeris - bahasa Melayu manakala jilid 2 bahagian kedua merupakan kamus bahasa Melayu - bahasa Inggeris. Di dalam kamus bahasa Melayu - bahasa Inggeris ini belum ditemui senarai perkataan yang bermula dengan Q dan V. Abjad X pula digunakan bagi perkataan yang bermula dengan kh, seperti xas, xabar, xairat, xalifah, xalwat, dan lain-lain. Ini bermakna abjad X yang sekarang ini belum digunakan. Beberapa perkataan dinyatakan asalnya, misalnya daripada bahasa Arab (A), Jawa (J), Sanskrit (S), Tamil (T), Portugis (POR), dan lain-lain. Pada tahun 1895 M, R.J. Wilkinson menyusun kamus Inggeris - Melayu. Menurut Harun Aminurrashid kamus ini sangat berguna dan sangat mendalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun kamus Jawi - Melayu - Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902 M. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itu terkenallah Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam kamusnya tersebut. Kamus ini dapat dianggap unik kerana abjadnya mengikut abjad Jawi. Oleh yang demikian, di bawah kata masukan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini berlaku kerana alif ( ) mewakili semua vokal. Setelah kata masukan alif, ia diikuti oleh B ( [ ), T ( \ ), TH ( ] ), J ( ), C ( c ), H ( a ), KH ( b ), D ( d ), DZ ( e ), R ( f ), S ( i ), SH ( j ), S ( k ), DL ( l ),T ( m ), TL ( n ), 'A ( o ), GH ( p ), NG ( p ), F ( q ), P ( s ), K ( r ), K ( u ), G ( u ) , L ( v ), M ( w ), N ( x ), W ( z ), H ( y ), Y ( ), NY ( ] ).

Sepintas, agak sukar menggunakan kamus ini bagi pengguna sekarang kerana urutan abjadnya yang berbeza. Sebenarnya, tidaklah susah kerana kamus ini menyediakan indeks menurut abjad yang kita kenali sekarang ini. Bahagian akhir kamus ini pula menyediakan nama burung, ular, dan pokok berserta nama saintifiknya dalam bahasa Latin. Sebenarnya masih ada beberapa buah buku nahu dan kamus bahasa Melayu yang ditulis oleh ahli bahasa yang lain, tetapi kebanyakannya telah menjangkau abad ke-20. Pada masa ini, beberapa ahli bahasa tempatan (Melayu) telah mulai menulis kamus dan nahu bahasa Melayu.

5.3 PENULIS TEMPATAN


Sebuah kamus yang disusun oleh Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir al-Hindi telah diterbitkan pada tahun 1894 M. Kamus ini berjudul Kamus Mahmudiyyah dan diulang cetak pada tahun 1925 M di Kota Bharu, Kelantan. Di samping menyusun kamus, Syed Mahmud juga menulis buku ilmu pengetahuan. Kamus Arab Melayu ditulis pula oleh Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi yang berjudul Kamus Idris al-Marbawi atau lebih dikenali dengan Kamus Marbawi dicetak pada tahun 1412 H (1933 M). Kamus ini terdiri daripada 18,000 perkataan Arab dengan pengertian bahasa Melayu dan 700 perkataan disertai gambar. Sedikit lebih awal daripada usaha Syed Mahmud ini ialah karya Raja Ali Haji (atau nama selengkapnya ialah Raja Haji Ali ibni Raja Haji Ahmad), iaitu buku yang berjudul Bustanulkatibin (Petunjuk-petunjuk bahasa Melayu) yang diterbitkan pada tahun 1857 M dan Kitab pengetahuan bahasa pada tahun 1858 M. Kedua-dua buku ini saling melengkapi dan Harimurti Kridalaksana telah membincangkan kedua-dua buku ini sekaligus di dalam makalahnya "Bustanulkatibin dan Kitab pengetahuan bahasa- sumbangan Raja Ali Haji dalam ilmu bahasa Melayu" (1983 M). Harimurti Kridalaksana antara lain mengatakan "Bidang-bidang ilmu bahasa Melayu yang digarap oleh Raja Ali Haji ialah: 1. Tata ejaan yang dimuat di dalam Bustanulkatibin fasal 1 sampai fasal 10. 2. Pembahagian kelas kata yang dimuat di dalam Bustanulkatibin fasal 11 sampai 14, dan Kitab pengetahuan bahasa halaman 2 sampai halaman 21. 3. Analisis kalimat yang dimuat di dalam Bustanulkatibin fasal 15 sampai 31, dan Kitab pengetahuan bahasa halaman 22 sampai halaman 32. 4. Leksikografi yang dimuat di dalam Kitab pengetahuan bahasa mulai bab kedua (halaman 50 para ketiga)". Apabila memberi takrifan Nama, Raja Ali Haji mengatakan "Nama yaitu tiap-tiap barang yang menunjukkan maknanya pada dirinya, tiada berserta dengan masa yang tiga, yakni masa yang telah lalu dan masa lagi yang akan datang dan masa hal sekarang ini". Jika dihalusi takrifan di atas, ia bukan sahaja menyatakan bagaimanakah menentukan sesuatu perkataan tersebut sebagai Nama tetapi juga golongan lain, iaitu Perbuatan dan Sifat. Ujian tersebut dapat diperlihatkan seperti yang berikut ini: * sudah Ali * akan budak itu * sedang pokok (Huruf tebal ialah perkataan yang dimaksudkan) Kelompok kata di atas boleh dikatakan tidak berterima, oleh yang demikian perkataan Ali, budak itu, dan pokok ialah Nama. Nama tidak boleh didahului oleh (tiada berserta dengan) masa yang tiga. Perhatikan pula contoh yang berikut ini: sudah duduk sudah tinggi akan berlari akan putih sedang tidur sedang merah (Huruf tebal ialah perkataan yang dimaksudkan)

Kelompok kata ini berterima. Oleh yang demikian, perkataan duduk, berlari, tidur, tinggi, putih, dan merah ialah

bukan Nama. Yang boleh didahului oleh tiga masa ini jika bukan Perbuatan, ia mungkin Sifat. Memasukkan Perbuatan dan Sifat ke dalam satu golongan yang sama sebenarnya telah dirintis oleh Raja Ali Haji kerana di dalam buku ini beliau menyamakan golongan perkataan bagi kaya, miskin, tidur, bersuka-suka, berdiri, berani, makan, benar. Raja Ali Haji juga menekankan penggunaan Kata Sendi bagi Kelompok Kata Sendi Namaan, seperti: dengan si Zaid daripada air laut pada kitab demi Allah bagi si Zaid di atas loteng di dalam pundi-pundi seperti si Umar (Huruf tebal ialah perkataan yang dimaksudkan). Contoh di atas memperlihatkan bahawa ada golongan Nama yang mesti didahului oleh golongan Kata Sendi Nama, seperti daripada, pada, demi, bagi, di, seperti. Menurut Raja Ali Haji, ayat terdiri daripada "... mubtada yakni permulaan perkataan dan khabar bersandar daripada permulaan itu". Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munshi menulis buku Kitab pemimpin Johor sejak tahun 1871 M dan diterbitkan pada tahun 1978 M. Menurut beliau bahasa itu ialah bunyi percakapan yang terbit daripada fikiran dan hati yang dijelmakan melalui suara atau bunyi bahasa. Buku ini banyak membincangkan tentang bunyi bahasa. Sebagai contoh kita lihat bagaimana Muhammad Ibrahim memberi penjelasan tentang bunyi v. Katanya "Membunyikan dia hendaklah kenakan gigi-gigi di atas pada sesama tengah bibir yang di bawah dan renggangkan bibir yang di atas itu lalu dibunyikan seperti hendak menyebut bunyi b tetapi biarlah berangin keluarnya di antara bibir di atas dan bibir di bawah serta gigi seperti syarat yang tersebut. Berguna dalam bahasa Inggeris dalam perkataan-perkataan seperti di bawah ini dan sebagainya, misalnya: Victoria, November, Gavnor." Seperti juga ayahnya, iaitu Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, Muhammad Ibrahim juga seorang pengkritik sosial yang berterus terang. Dalam Fasal yang Kedua Puluh Satu bukunya tersebut, Muhammad Ibrahim mengatakan: "Adapun tabiat lidah Melayu yang tiada berpelajaran itu selalu memendekkan sebutan sesuatu perkataan, hingga orang-orang yang berpelajaran pun tertarik kepada sebutan yang salah itu sebab telah menjadi biasa disebut dalam sebutan sesuatu tempat atau kampung atau negeri itu". Satu hal yang menarik di dalam buku ini ialah perbincangan Muhammad Ibrahim tentang ibu perkataan. Menurut beliau ibu perkataan ini berkuasa memberanakkan beberapa perkataan lain sehingga menjadi ayat dan juga perenggan. Karangan dianggap tidak sempurna jika tidak ada ibu perkataan dan penggunaan ibu perkataan yang tidak tepat akan merosakkan karangan tersebut. Yang dimaksudkan oleh Muhammad Ibrahim ibu perkataan tersebut di antara lain ialah: istimewa, adapun, arakian, alkisah, bermula, bahawasanya, bahawa, hatta, dan, dewasa, sebermula, sebagai lagi, sebagai pula, sekali persetua, seyogiayanya, syahdan, kalakian, maka. Selang beberapa tahun kemudian barulah muncul karya Muhammad Syah bin Yusof yang berjudul Sanjuh suratan. Buku ini diterbitkan pada tahun 1922 M di Maktab Melayu Melaka. Buku ini terdiri daripada tiga bab, iaitu pembinaan ayat, pembinaan kata, dan menulis karangan pendek. Muhammad Syah memberi takrifan ayat ialah "susunan daripada beberapa perkataan yang mengandungi makna". Beliau juga telah membuat golongan perkataan yang diberinya istilah: Nama, Keadaan Nama (Sifat), dan Perbuatan. Setiap golongan ini diperincinya satu persatu. Menarik untuk disebutkan bahawa takrifan Perbuatan yang dikemukakan oleh Muhammad Syah ini ada hubungannya dengan takrifan Raja Ali Haji, yakni: "Maka tiap-tiap perbuatan itu dihukum oleh masa yang ada sekarang, masa akan datang dan masa yang telah lalu". Muhammad Syah juga telah menyatakan bahawa tiap-tiap menentukan bilangan yang banyak atau berjenis-jenis perlulah didahului oleh perkataan sekalian atau segala. Dalam membina ayat sederhana beliau berpendapat perlu

ada Nama dan Perbuatan. Kedua-dua bahagian ini boleh ditambah dengan beberapa bahagian lagi sehingga menjadi: Nama - Keadaan - Masa - Perbuatan - Nama Kena Buat - Keadaan Kena Buat. Contohnya ialah: Kucing - merah (itu) - sudah - menangkap - tikus - putih. Muhammad Syah juga telah memperkenalkan Ayat Songsang di dalam bukunya ini dengan keterangan "Adapun ayat-ayat songsang itu ialah menyalahi yang biasa, iaitu didahulukan "yang kena buat" daripada "yang berbuat" tetapi mahulah didahulukan penambah "di" pada Perbuatan dan perkataan "oleh" pada yang berbuatnya". Contoh yang diberikan ialah: Qasim baca surat disongsangkan menjadi Surat dibaca oleh Qasim. Dalam bahagian Pembinaan Kata beliau membahagikan imbuhan pada dua bentuk, iaitu tambahan di pangkal perkataan, iaitu ber-, ter-, di-, se-, pe-, ke-, me- dan tambahan di hujung perkataan, iaitu -an, -i, -lah. Bagaimanapun, di bahagian ini beliau tambahkan juga dengan Penggandaan. Perubahan me- menjadi mem-, meng-, men-, meny- menurut pengarang ini "supaya ringan pada lidah menyebutnya". Pada bahagian mengarang pula, Muhammad Syah memberikan lima kaedah agar sesuatu karangan dianggap lengkap, iaitu (1) Asas, (2) Keadaan, (3) Perkara-perkara Berguna, (4) Kegunaan, dan (5) Pengakuan Tamat. Setiap bahagian ini diberi huraian yang cukup dan selepasnya disediakan contoh karangan pendek. Kitab punca bahasa pula ditulis oleh Abdullah bin Talib dan diterbitkan di Terengganu pada tahun 1927 M. Beliau pula memberi takrifan terhadap "perkataan" sebagai sebutan manusia yang mengandungi makna yang berfaedah. Untuk perkataan ini beliau menggolongkan pada sembilan golongan, iaitu Nama, Ganti Nama, Sifat, Perbuatan, Kelakuan, Faham Kata, Penyambung Kata, Pengecuali, dan Seruan. Beberapa golongan ini sama dengan perbincangan ahli bahasa terdahulu. Yang baru di sini ialah: Kelakuan ialah perkataan yang menunjukkan gaya atau rupa terhadap perbuatan, seperti bagaimana, di mana, bila, segera, lambat, kuat, perlahan, lama. Faham Kata ialah perkataan yang menolong kepada perkataan yang lain, seperti telah, akan, sedang, bagi, pada, atas, bawah. Pengecuali ialah perkataan yang menolak atau mengeluarkan sesuatu supaya menentukan kadar yang dimaksud, seperti melainkan, kecuali, namun, tidak, seumpamanya. Seruan pula beliau takrifkan sebagai sebutan yang digunakan untuk isyarat, seperti ya, hai, wah, oh, aih, yah, nah. Abdullah bin Talib melihat pembinaan ayat daripada sudut tugas perkataan. Katanya sesuatu ayat atau percakapan itu sekurang-kurangnya mesti ada: Yang Berbuat - Perbuatan - Yang Diperbuat. Contoh yang dikemukakan ialah:Muhammad - gali - telaga. Bagi pengimbuhan, Abdullah bin Talib mengemukakan bentuk awalan yang lebih banyak kerana menurut beliau awalannya memang demikian asalnya. Bukan kerana susah menyebutnya. Huruf tambahan yang ditambah pada awal perkataan ialah: ber-, ter-, per-, pen-, pem-, peng-, pe-, se-, di-, me-, men-, meng-, mem- dan huruf tambahan pada awal dan akhir perkataan ialah: ber-...-an, ter-...-lah, di-...-i, pe-...-an, per-...-kan, pe-...-i, pen-...kah, peng-...-an, me-...-i, meng-...-i, men-...-kan, ke-...-an. Pada masa yang sama, iaitu pada tahun 1927 M, di Singapura diterbitkan pula sebuah buku berjudul Ilmu bahasa Melayu: penggal I. Pada mulanya buku ini bertajuk Pelita mengarang yang ditulis oleh O.T. Dussek dan Mohd. Hasyim bin Haji Talib. Buku ini telah diberi beberapa catatan tambahan oleh C.O. Bliganan (guru pembaca bahasa Melayu di Sekolah Bahasa-bahasa Timur di London) dan menyerahkannya kepada Sidang Pengarang yang terdiri daripada R.O. Winstedt, O.T. Dussek, W.B. Clark, dan Zainal 'Abidin bin Ahmad. Sidang Pengarang ini bukan sahaja membuat beberapa pindaan tetapi juga menambah bab daripada yang asal. Tujuan buku ini ialah untuk kegunaan guru di sekolah Melayu dan menjadi buku rujukan utama pelajar di Sultan Idris Training College (SITC) (sekarang Maktab Perguruan Sultan Idris), Tanjung Malim. Buku ini juga dikeluarkan oleh Pejabat Karang-Mengarang SITC. Buku ini terdiri daripada sepuluh bab, iaitu Bab 1 - Bunyi Suara yang Digambarkan dengan Huruf, Bab 2 Kenyataan Setengah Huruf-huruf Jawi, Bab 3 - Bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu, Bab 4 - Kuasa-kuasa Alif, Ya, Wau, dan Baris, Bab 5 - Membatangkan Huruf-huruf Jadi Bunyi dan Perkataan, Bab 6 - Pati Petua-petua Ejaan Jawi, Bab 7 - Dari Hal Perkataan Berganda, Bab 8 - Huruf-huruf Tambahan (Penambah), Bab 9 Golongan Perkataan, Bab 10 - Ayat. Di dalam buku ini dibincangkan Penggandaan sama ada cara pembinaannya mahupun maknanya. Pada bahagian yang memperlihatkan kelainan daripada bentuk dan makna yang umum, disediakan bahagian Ingatan yang maksudnya serupa dengan perbincangan kekecualian. Seandainya ditemui binaan perkataan yang seolah-olah Penggandaan tetapi bukan, ia diberi penjelasan yang khusus. Sebagai contoh ialah: telunjuk, cemerlang, selirat. Di dalam buku ini perbincangan Sisipan belum timbul.

Buku ini juga membincangkan pembinaan kata dengan awalan ber- dan be-. Dikatakan bahawa "Apabila ditambahkan kepada setengah-setengah perkataan asal yang ada di dalamnya bunyi berpadu dengan r, misalnya kerja, serta, terkam, layar, lajar maka ditulis bekerja, beserta, beterkam, belayar, belajar ialah kerana mengelakkan bunyi yang berat apabila berulang-ulang bunyi yang membunuh r." Awalan yang asal untuk meng- pula ialah me- sehingga disediakan hukum atau rumus untuk binaannya. Sebagai contoh dinyatakan bahawa "Jika perkataan yang berawalkan salah satu daripada huruf r, ng, l, m, n, w, ny maka me- sahaja. Jika perkataan asas itu berawalkan salah satu daripada huruf-huruf a, h, kh, gh, g, h maka hendaklah ditambahkan dengan meng-". Penulis buku ini berpendapat bahawa perkataan makan dan minum tidak seharusnya ditambah awalan memenjadi memakan dan meminum, seperti pada contoh: Kita makan nasi bukan Kita memakan nasi; Dia minum air bukan Dia meminum air. Hujahnya ialah "Maka tentang perkataan minum itu pula me itu telah sedia suatu huruf tambahan jua kerana asalnya perkataan itu inum dan me itu ialah um." Penggunaan Kata Sendi Nama di dan ke ternyata diperhatikan dengan saksama di dalam buku ini. Huraian yang diberikan ialah "Akan tetapi pada beberapa perkataan yang tertentu di dan ke itu dipakai bersamaan keduanya, iaitu menurut apa makna yang dimaksudkan. Jika dimaksudkan makna bergerak atau tempat pergi pakailah ke dan jika dimaksudkan tempat tetap atau sudah sampai di tempat itu pakailah di". Contoh yang diberikan ialah: singgah ke Melaka singgah di Melaka tiba ke Singapura tiba di Singapura berjalan ke darat berjalan di darat (Huruf tebal ialah perkataan yang dimaksudkan) Berkenaan dengan Pembinaan Ayat pula, buku ini menjelaskan bahawa ayat ialah "suatu susunan atau ikatan yang sempurna daripada beberapa perkataan keadaannya memberi faham dengan sepenuh-penuh faham". Ayat pula ada tiga jenisnya, iaitu Ayat Selapis, Ayat Berlapis, dan Ayat Bersilang. Yang dimaksudkan dengan Ayat Selapis, "iaitu yang ada satu perbuatannya dan satu pembuatnya". Ayat Berlapis ialah "susunan perkataan yang ada di dalamnya dua ayat itulah, yakni dua perbuatan dan dua pembuatnya". Ayat Bersilang pula, "iaitu seperti ayat berlapis juga tetapi ayat-ayat yang berhimpun itu tidak sama pangkatnya. Hanya satu sahaja yang boleh hidup sendiri; yang lain-lain itu bergantung nyawa kepada yang satu itulah". Pada tahun 1938 M muncul pula sebuah buku yang berjudul Mengajar rahsia dalam nahu bahasa Jawi hasil karya Yunus bin Saldin. Isi buku ini agak berbeza dengan buku terdahulu. Bahagian awal merupakan teori yang terdiri daripada: Perkataan yang Asal, Perkataan yang Lengkap, Penambahan, Hitungan, dan Menunjuk Pihak. Setiap bahagian ini diberi huraian singkat dan kadangkala hanya ada contoh sahaja. Bahagian kedua ialah beberapa buah karangan pendek. Dengan persembahan seperti ini kita yakin buku ini digunakan sebagai rujukan guru. Berdasarkan karangan yang disediakan, guru akan menjelaskan dan memberi huraian tentang bidang nahu yang dibincangkan pada bahagian pertama. Di sini pengajaran nahu lebih ditekankan pada penerapannya, bukan pada teorinya. Satu tahun kemudian, iaitu pada tahun 1939 M, Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman menghasilkan buku Penokok dan penambah dalam bahasa Melayu. Inilah buku pertama yang khusus membincangkan nahu bahasa Melayu tentang Pembinaan Kata. Menurut Haji Muhammad Said, "Adalah tersebut dalam jalan bahasa Melayu, bahasa cakapan itu dijadikan daripada bunyi-bunyi dan bahasa tulisan itu dijadikan daripada huruf-huruf. Bunyibunyi atau huruf-huruf dirangkaikan jadi perkataan". Yang menarik di dalam buku ini ialah istilah yang digunakan agak berbeza dengan istilah yang digunakan oleh penulis terdahulu seperti perkataan umbi untuk Kata Dasar, pendepan untuk awalan, pandin (penambah kemudian) untuk akhiran, umbutan untuk Kata Terbitan, penokok untuk satu atau lebih pendepan, penambah untuk satu atau lebih pandin, kandin untuk apitan. Di dalam buku ini dinyatakan bahawa imbuhan apitan tidaklah hadir sekaligus. Setiap imbuhan hadir secara berperingkat dari dalam ke luar. Sebagai contoh perhatikan binaan perkataan tak + di + per + harga + i + kan + nya + lah, iaitu 3 + 2 + 1 + umbi + 1 + 2 + 3 + 4. Buku kedua Haji Muhammad Said ialah Jalan basa Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1953 M. Buku ini khusus membincangkan tentang Pembinaan Ayat. Dengan demikian, dari penulis ini lahir buku

Pembinaan Kata dan Pembinaan Ayat. Ada beberapa hal penting yang dikemukakan dalam Pengenalan buku ini. Keinginan untuk menulis nahu Melayu terdorong oleh pengetahuan penulis tentang nahu bahasa Inggeris dan bahasa Arab sehingga timbul fikirannya "... bagaimana lain-lain bahasa boleh membuat nahunya sendiri, mengapa bahasa Melayu tak boleh berbuat demikian". Penulis ini menganggap bahawa jalan bahasa Melayu tidak serupa dengan bahasa Arab. Oleh yang demikian, beliau mendakwa "... apa jadi Melayunya itu melainkan dengan seperihal mengikut liuk dan lentuk Arab tatkala itu hilang semangat dan kacak Melayu terkecuali orang yang telah mahir Melayunya". Nahu bahasa Inggeris juga tidak sama dengan nahu bahasa Melayu. Jadi "Tidak boleh hanya mengikut atau tulis terjemah kelak bukannya jadi baik kepada bahasa Melayu, tetapi semata-mata merosakkan dan jadilah bahasa Melayu keinggerisan ialah kacukan yang sangat dihelak". Oleh yang demikian, beliau berpendapat biarlah kedua-dua nahu bahasa Arab dan nahu bahasa Inggeris itu hanya sebagai kias sahaja. Mana yang baik dan sesuai diambil dan mana yang tidak sesuai ditinggalkan. Perlu juga dicatatkan di sini bahagian akhir Pengenalan tersebut. Haji Muhammad Said menyampaikan "... permohonan dan permintaan kepada sekalian pembaca yang hemah, janganlah gemar mencacatkan sahaja, tetapi patutlah lebih gemar pada membantu memolekkan sesuatu benda yang demikian menjadikan kita semuanya beroleh kemajuan yang segera adanya". Bahagian awal isi buku ini patut juga dikemukakan kerana ia merupakan takrifan terhadap bahasa dan ayat. "Adalah fikiran seseorang itu dizahirkan dengan bahasa cakapan atau bahasa tulisan. Bahasa cakapan itu dijadikan daripada bunyi-bunyi dan bahasa tulisan itu dijadikan daripada huruf-huruf. Bunyi-bunyi atau hurufhuruf itu dirangkaikan jadi perkataan. Dua atau lebih perkataan yang memberi cukup makna jadi satu perenggan kata atau ayat. Jalan bahasa itu menunjukkan bagaimana bercakap dan menulis dengan betul". Beliau menggolongkan perkataan pada sembilan golongan, iaitu Nama, Ganti Nama, Perbuatan, Rupa Nama (Sifat), Rupa Kata (Keadaan Perbuatan), Sendi Nama, Sendi Kata (Kata Penghubung), Seruan, Ibu Kata (Kata Permulaan Ayat). Setiap golongan perkataan ini beliau perincikan lagi dengan contohnya sekali. Untuk melahirkan sesuatu ayat, golongan perkataan di atas diguguskan pada dua gugusan besar, iaitu Benda atau Perkara (orang atau benda yang dicakapkan) dan Berita (hal atau butir yang dicakapkan). Pengisi Benda ialah Nama atau Ganti Nama dan pengisi Berita ialah Perbuatan. Perkataan yang menerangkan ialah Rupa Nama dan Rupa Kata. Perkataan yang menghubungkan ialah Sendi Nama dan Sendi Kata. Perkataan yang hadir sendiri ialah Seruan dan Ibu Kata. Berkenaan dengan Bilangan dalam bahasa Melayu Haji Muhammad Said berpendapat bahawa "... dalam bahasa Melayu hukum ini (penggandaan untuk jamak) tiada kuat kerana boleh juga digunakan rupa tunggal itu bagi banyak, yakni jika tiada ditambah angka dua (tanda penggandaan) itu bermakna banyak juga dengan sebab mengikut saksi percakapan dalam perenggan kata itu Maka ramailah orang datang ke situ tidak termustahak dikatakan Maka ramailah (orang-orang) datang ke situ." Di dalam buku ini juga telah diperkenalkan istilah Perbuatan Melampau untuk Kata Kerja Transitif, Perbuatan tak Melampau untuk Kata Kerja tak Transitif, Pelengkap untuk Objek Tepat, Ketujuan untuk Objek Sipi. Bahagian akhir buku ini dilampirkan petikan Hikayat Abdullah II, iaitu novel karya Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. Petikan ini dimaksudkan sebagai menguji kefahaman pelajar atau pembaca tentang jalan bahasa Melayu yang telah dihuraikan terdahulu. Perlu juga dinyatakan bahawa penulis buku ini mendapat nasihat daripada Zainal 'Abidin bin Ahmad bagi mempereloknya dan beliau juga telah menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Inggeris. Hingga permulaan abad ke-19, kamus bahasa Melayu telah disusun dalam enam bahasa, iaitu Belanda, Latin, Inggeris, Perancis, Arab, dan bahasa Melayu manakala nahu bahasa Melayu pula telah ditulis dalam bahasa Belanda, Inggeris, dan Melayu. Jika pada mulanya bahasa Melayu ditulis oleh ahli pelayaran dan perniagaan tetapi kemudian ia dikaji oleh sarjana bahasa Melayu sama ada oleh bukan orang Melayu mahupun oleh orang Melayu sendiri.

5.4 KESIMPULAN

Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh kerana kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi oleh susuk bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris. Marsden, W. A grammar of the Malayan language, 1812, m.s. 38-42. Ismail Hussein. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita, 1984, m.s. 41-42. Marsden, W. op. cit., , m.s. 32. Crawfurd, J. A grammar and dictionary of the Malay language, 1852. Wilkinson, R.J. Kamus Jawi - Melayu - Inggeris, 1903. Harun Aminurrashid. Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu, 1966, m.s. 92. Abdullah Hassan. 30 tahun perancangan bahasa Malaysia, 1987, m.s. 56. Skinner, C. Prosa Melayu baharu, 1959, m.s. 21-22. Al-Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf. Kamus Idris al-Marbawi: Arab - Melayu, 1933. Kridalaksana, Harimurti. Bustanulkatibin dan Kitab pengetahuan bahasa - sumbangan Raja Ali Haji dalam ilmu bahasa Melayu. Kertas kerja dibentangkan pada Hari Sastera '83, 10-13 Dis. 1983. Johor Bahru. Raja Ali Haji. Kitab pengetahuan bahasa, 1987, m.s. 2. Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munshi. Kitab pemimpin Johor, 1878. Muhammad Syah bin Yusuf. Sanjuh suratan, 1922. Abdullah bin Talib. Kitab punca bahasa, 1927. Winstedt, R.O., et al. Ilmu bahasa Melayu: penggal I, 1927. Yunus bin Saldin. Mengajar rahsia dalam nahu bahasa Jawi, 1938. Muhammad Said bin Haji Sulaiman. Penokok dan penambah dalam bahasa Melayu, 1939. Muhammad Said bin Haji Sulaiman. Jalan basa Melayu, 1953.

</HTM

Bahasa Malaysia IV
Wacana Serius Bahasa Melayu
RABU, 16 JULAI 2008

Kesalahan Imbuhan
2.1 Pengenalan Penggunaan imbuhan ialah salah satu aspek yang dapat mengelirukan pengguna BM. Penggunaan imbuhan yang paling banyak mengelirukan ialah akhiran +kan dan +i serta +per dalam pembentukan kata kerja transitif. Begitu juga penggunaan bentuk imbuhan peN, khususnya perbezaan antara pe+ dengan per+, dalam pembentukan kata nama. Selain itu, terdapat juga kekeliruan ejaan bagi sesetengah perkataan yang mengandungi sama ada 1g atau 2g dan 1k atau 2k.

2.2 Pelaksanaan atau Perlaksanaan? Salah satu kekeliruan yang sering dihadapi oleh pengguna BM adalah berhubung dengan penggunaan bentuk imbuhan peN+ dalam penjanaan kata nama. Kekeliruan ini menyebabkan kesalahan ejaan perkataan berkenaan. Misalnya, pelaksanaan dieja

sebagai perlaksanaan, pemohonan dieja sebagai permohonan dan peletakan dieja sebagai perletakan. Sebenarnyanya, kekeliruan ini boleh diatasi dengan mudah sekiranya pengguna mengetahui panduan dan rumus penjanaan kata nama dengan menggunakan imbuhan ini. Panduannya adalah dengan melihat bentuk imbuhan awalan pada kata kerja yang daripadanya kata nama itu diterbitkan (Jadual 1). (1) Bentuk imbuhan peN+ pada kata nama Bentuk imbuhan pada kata kerja / Bentuk imbuhan pada kata nama Melaksanakan projek / Pelaksanaan projek Membasmi kemiskinan / Pembasmian kemsikinan Mentadbir negara / Pentadbiran negara Menggalakkan pelaburan / Penggalakan pelaburan Mengebumikan jenazah / Pengebumian jenazah Berkembang pesat / Perkembangan pesat

2.3 Penggunaan Imbuhan meN+ dalam Pembentukan Kata Kerja Dua masalah berkaitan penggunaan bentuk imbuhan meN+ akan dibincangkan dalam bahagian ini. Masalah pertama terlihat dalam penerbitan kata kerja memperkasakan (*memerkasakan). Masalah kedua pula terlihat dalam pembentukan kata kerja mengetengahkan (*mengenengahkan) dan mengetepikan (*mengenepikan). 2.3.1 Memerkasakan atau Memperkasakan? Salah satu imbuhan yang boleh mengelirukan pengguna bahasa ialah awalan meN+ yang berfungsi untuk menerbitkan kata kerja. Hal ini kerana imbuhan ini mempunyai bentuk yang paling pelbagai, iaitu me+, mem+, men+, meng+ dan menge+. Perubahan bentuk awalan meN+ ini lazimnya bergantung pada huruf pertama kata dasar yang menerima kehadiran imbuhan tersebut. Misalnya, awalan me+ hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf l (misalnya lihat menjadi melihat), m (masuk memasuki, memasukkan), n (nanti menanti), r (rawat merawat), dan w (wakil mewakili, mewakilkan). Walau bagaimanapun, perubahan bentuk awalan meN+ tidak hanya ditentukan oleh huruf pertama kata dasar yang menerima imbuhan tersebut. Kata dasar yang bermula dengan huruf p ialah contoh ketara untuk menunjukkan bahawa huruf pertama kata dasar bukan faktor tunggal yang menentukan bentuk awalan meN+. Hal ini dapat diperhatikan daripada senarai perkataan (2a-l) yang berikut: (2) a. Memahat b. Memantau c. Memeranjatkan d. Mempesonakan e. Memelihara f. Memporak-perandakan g. Mempelawa h. Memenjarakan

i. Mempelopori j. Mempengaruhi k. Memproses l. Mengepos Daripada senarai perkataan (2a-l), dapat dilihat penggunaan tiga bentuk awalan meN+, iaitu me+ (memahat, memantau, memeranjatkan, memelihara dan memenjarakan), mem+ (mempesonakan, memporak-perandakan, mempelawa, mempelopori, mempengaruhi dan memproses) dan menge+ (mengepos), walaupun kesemua kata dasarnya bermula dengan huruf p. Keadaan ini boleh mengelirukan sekiranya seseorang pengguna bahasa kurang arif mengenai faktor-faktor lain, selain huruf pertama kata dasar, yang turut mempengaruhi bentuk awalan meN+. Selain huruf pertama kata dasar, bentuk awalan meN+ juga dipengaruhi oleh bilangan suku kata kata dasar. Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf p dan mempunyai dua suku kata, bentuk awalan meN+ yang gramatis ialah me+ dengan huruf pertama pada kata dasar tersebut bertukar menjadi m. Contoh yang terdapat dalam senarai perkataan (2a-l) ialah memahat (daripada kata dasar pahat) dan memantau (daripada kata dasar pantau). Oleh sebab itu, bentuk awalan meN+ yang gramatis bagi kata kerja yang diterbitkan daripada kata adjektif pasti ialah me+ (memastikan), bukan mem+ (mempastikan). Bagi kata dasar yang mempunyai tiga atau lebih suku kata pula, sebahagiannya menerima kehadiran awalan me+ sementara sebahagian yang lain menerima kehadiran awalan mem+. Dalam hal ini, terdapat dua panduan yang boleh digunakan. Yang pertama, jika suku kata pertama kata dasar ialah imbuhan per+, bentuk awalan meN+ yang gramatis ialah mem+ dengan huruf p pada kata dasar tersebut dikekalkan. Contohnya ialah memperbesar (daripada kata dasar perbesar), memperluas (daripada kata dasar perluas) dan memperelok (daripada kata dasar perelok). Yang kedua, jika kata dasar tersebut ialah kata adjektif, bentuk meN+ yang gramatis ialah mem+ dengan huruf p pada kata dasar tersebut dikekalkan. Senarai perkataan (3a-f) yang dikutip daripada Kamus Milenium (2000:522-531) dapat membukti kenyataan ini. (3) a. Mempedulikan b. Mempercayai c. Mempelbagaikan d. Mempesonakan e. Memperlahankan f. Memperkasakan g. Memeranjatkan Daripada senarai perkataan (3f), dapat disimpulkan bahawa bentuk yang gramatis bagi pengimbuhan meN+ pada kata dasar perkasa ialah mem+ dengan huruf p dikekalkan. Oleh itu, bentuk kata kerja transtitif aktif yang gramatis ialah memperkasakan, bukannya memerkasakan. Perlu juga dijelaskan bahawa suku kata per dalam perkataan perkasa bukan imbuhan dan perkasa ialah kata adjektif. Oleh itu, kehadiran imbuhan akhiran +kan dalam penjanaan kata kerja transitif memperkasakan adalah diperlukan. Dengan kata lain, memperkasa (tanpa akhiran +kan) adalah bentuk yang tidak gramatis.

Perkataan memeranjatkan (3g) pula ialah kekecualian kerana kata dasarnya, iaitu peranjat, adalah berbeza daripada kata dasar yang lain (3a-f). Hal ini kerana kata dasar peranjat tergolong dalam kata akar, iaitu perkataan yang mesti digunakan bersama kehadiran imbuhan. Dengan kata lain, perkataan peranjat tidak boleh berdiri sendiri. Bagi kata dasar yang terdiri daripada KK dan kata nama, sebahagiannya menerima kehadiran awalan meN+ dalam bentuk me+ sementara sebahagian yang lain dalam bentuk mem+. Senarai perkataan (4a-g) dan (5a-i) yang dikutip daripada kamus yang sama membukti kenyataan ini. Senarai perkataan (4a-g) diterbitkan daripada kata kerja sebagai kata dasar sementara senarai perkataan (5a-i) diterbitkan daripada kata nama sebagai kata dasar. (4) a. Memelihara b. Memeriksa c. Memulihara d. Mempelawa e. Memperkosa f. Memperonyokkan g. Memperosokkan (5) a. Memenjarakan b. Memerangkap c. Memerihalkan d. Memeringkatkan e. Memerintah f. Memusakai g. Mempelopori h. Mempengaruhi i. Mempelajari Dalam hal ini, tiada panduan atau rumus tertentu yang boleh digunakan. Oleh itu, kemahiran berbahasa amat dituntut untuk menentukan bentuk awalan meN+ yang gramatis. Panduan seterusnya ialah bagi kata dasar yang mengandungi satu suku kata, bentuk meN+ yang gramatis ialah menge+ dengan huruf p pada kata dasar dikekalkan. Senarai perkataan (6a-c) yang berikut membukti kenyataan ini. (6) a. Mengepam b. Mengepin c. Mengepos Panduan terakhir ialah bagi kata dasar yang merupakan kata ambilan, khususnya daripada bahasa Inggeris (BI), bentuk meN+ yang gramatis ialah mem+ dengan huruf p pada kata dasar dikekalkan. Senarai perkataan (7-h) yang berikut membukti kenyataan ini. (7) a. Mempraktikkan b. Memproses c. Memprotes d. Memplagiat

e. Mempopularkan f. Mempolitikkan g. Mempolemikkan h. Mempotretkan i. Mempamerkan Semua kata dasar dalam (7a-i) ialah kata ambilan daripada bahasa asing. Kata dasar dalam (7a-h) diambil daripada BI iaitu practice, process, protest, plagiarise, popular, politic, polemic dan potrait. Kata dasar dalam (7i) pula diambil daripada bahasa Jawa iaitu pamer.

2.3.2 Mesti Mengetengahkan, Jangan Mengenepikan Ejaan yang gramatis ialah mengetengahkan dan mengetepikan, bukan mengenengahkan dan mengenepikan. Hal ini kerana kata dasar yang daripadanya dua kata kerja tersebut diterbitkan ialah ke tengah dan ke tepi. Huruf yang mengalami perubahan hanyalah huruf pertama, iaitu k menjadi ng. Huruf seterusnya, yang ketiga dalam kes ini iaitu t tidak boleh mengalami perubahan menjadi n. Nota: Perkataan yang menerima imbuhan awalan dan akhiran hendaklah dieja secara bersambung (menjadi satu perkataan) walaupun pada asalnya perkataan tersebut dieja secara terpisah (dua perkataan).

2.4 Penggunaan Imbuhan +i, +kan/+per dalam Pembentukan Kata Kerja Penggunaan imbuhan akhiran, iaitu +i, +kan dan juga +per dalam pembentukan kata kerja transitif ialah satu lagi aspek yang sering mengelirukan pengguna BM. Imbuhanimbuhan ini mempunyai fungsi dan makna tertentu yang mempengaruhi struktur ayat, khususnya jenis objek dan subjek ayat. Oleh itu, pemahaman mengenai fungsi dan makna imbuhan-imbuhan ini adalah penting untuk membolehkan pembentukan perkataan dan ayat yang gramatis.

2.4.1 Jangan Maafkan Saya, Maafilah Saya Maaf ialah kata nama. Imbuhan +kan pada kata kerja transitif yang diterbitkan daripada kata nama mendukung maksud sama ada menjadikan (8) atau memasukkan (9). Imbuhan +i pula bermaksud sama ada menjadi (10) atau memberi (11). (8) Rakyat Melaka merajakan Parameswara. (9) Pak Mat menyekolahkan anak-anaknya. (10) Parameswara merajai Melaka. (11) Dia menasihati saya supaya bersabar. Ayat (8) bermaksud rakyat Melaku menjadikan Parameswara raja. Ayat (9) bermaksud Pak Mat memasukkan anak-anaknya ke sekolah. Ayat (10) pula bermaksud Parameswara menjadikan raja Melaku. Seterusnya, ayat (11) bermaksud dia memberi saya nasihat supaya bersabar.

Oleh itu, kedua-dua maksud maafkan saya, iaitu jadikan saya maaf atau masukkan saya maaf adalah tidak menasabah. Sebaliknya, maksud maafi saya, iaitu beri saya maaf adalan menasabah. Begitu juga maksud izini saya, iaitu beri saya izin adalah menasabah berbanding maksud izinkan saya.

2.4.2 Salji Memutihi, Salmi Memutihkan Putih ialah kata adjektif. Perbezaan imbuhan +kan dengan +i pada kata kerja transitif yang diterbitkan daripada kata adjektif terletak pada jenis subjek ayatnya. Subjek ayat bagi kata kerja transitif berimbuhan +i ialah pemangkin (12) sementara jenis subjek pada kata kerja transitif berimbuhan +kan ialah agen (13). (12) Salji memutihi puncak Fuji. (13) Salmi memutihkan kasutnya dengan kapur. Subjek ayat (12), iaitu salji, ialah pemangkin sementara subjek ayat (13), iaitu Salmi, ialah agen. Contoh lain bagi kata kerja transitif jenis ini ialah mengindahi (14) dan mengindahkan (15). (14) Pohon-pohon yang berbunga mengindahi taman itu. (15) Para pekerja bandaran mengindahkan taman itu.

2.4.3 Beza Memberi dan Memberikan Memberi dan memberikan adalah antara sebilangan kecil kata kerja transitif dua objek. Dengan kata lain, kata kerja transitif jenis ini memerlukan kehadiran dua objek untuk menyempurnakan maksud ayatnya. Perbezaan antara kedua-dua kata kerja transitif ini ialah jenis objek tepat masing-masing. Objek tepat kata kerja transitif memberi ialah penerima pemberian (biasanya bernyawa iaitu manusia dan haiwan) manakala objek tepat memberikan ialah benda yang diberikan. (16) a. Saya memberi ibu hadiah. b. Saya memberikan hadiah kepada ibu. Objek tepat memberi dalam (16a), iaitu ibu ialah penerima hadiah manakala objek tepat memberikan dalam (16b), iaitu hadiah ialah benda yang diberikan. Contoh lain kata kerja transitif jenis ini ialah memberitahu (17a) dan memberitahukan (17b) serta mengajar (18a) dan mengajarkan (18b). (17) a. Dia memberitahu kami maklumat itu. b. Dia memberitahukan maklumat itu kepada kami. (18) a. Encik Ali mengajar pelajar-pelajarnya subjek Matematik. b. Encik Ali mengajarkan subjek Matematik kepada pelajar-pelajarnya.

2.4.4 Boleh Mempertemukan, Jangan Memperkecilkan Imbuhan +kan dan +per sama sekali tidak boleh digabungkan dalam pembentukan sesuatu kata kerja transitif. Hal ini kerana kedua-dua imbuhan mendukung maksud yang

sama iaitu jadikan. Misalnya kecilkan dan perkecil bermaksud jadikan kecil. Oleh itu, penggunaan kedua-dua imbuhan dalam pembentukan sesuatu kata kerja transitif, misalnya perkecilkan, tidak dibenarkan kerana ia merupakan satu bentuk pembaziran (lewah). Kekeliruan yang sering berlaku adalah kerana kata kerja transitif berimbuhan +kan juga boleh diterbitkan daripada kata kerja tak transitif berimbuhan ber+. Imbuhan ber+ ini seterusnya melalui transformasi perubahan bunyi menjadi per+ apabila menerima imbuhan meN+. Dalam keadaan ini, imbuhan +kan tidak boleh digugurkan. Contohnya ialah bertemu menjadi mempertemukan (*mempertemu), bersila (mempersilakan, *mempersila) dan berjudi (memperjudikan, *memperjudi). Selain itu, kata kerja transitif berimbuhan +kan juga boleh diterbitkan daripada kata dasar yang bermula dengan suku kata (bukan imbuhan) per+. Dalam keadaan ini, imbuhan +kan juga tidak boleh digugurkan. Contohnya ialah perkasa menjadi memperkasakan (*memperkasa). Soalan yang mungkin ditanya ialah mengapa memperkosa (*memperkosakan)? Jawapannya adalah kerana perkosa ialah kata kerja transitif asal. Oleh itu, ia tidak memerlukan kehadiran +kan. Hal ini samalah dengan merogol (*merogolkan). Imbuhan +i juga sama sekali tidak boleh digandingkan dengan imbuhan per+. Menggandingkan imbuhan +i dengan +per sama seperti menggandingkan imbuhan +i dengan +kan. Hal ini kerana imbuhan +kan dan +per mempunyai maksud yang sama. Kekeliruan yang sering berlaku adalah kerana kata kerja transitif berimbuhan +i juga boleh diterbitkan daripada kata kerja tak transitif berimbuhan ber+. Imbuhan ber+ ini seterusnya melalui transformasi perubahan bunyi menjadi per+ apabila menerima imbuhan meN+. Dalam keadaan ini, imbuhan +i tidak boleh digugurkan. Contohnya ialah beristeri menjadi memperisteri (satu i digugurkan) dan bersuami menjadi mempersuami. Selain itu, kata kerja transitif berimbuhan +i juga boleh diterbitkan daripada kata dasar yang bermula dengan suku kata (bukan imbuhan) per+. Dalam keadaan ini, imbuhan +i juga tidak boleh digugurkan. Contohnya ialah percaya menjadi mempercayai (*mempercaya).
Dicatat oleh Mohd Rashid Darham di 7:32 PTG

1 ulasan:
soo berkata... Terima kasih atas penjelasan yang tepat mengenai imbuhan. Tapi saya masih keliru dengan imbuhan sperti contoh berikut 1a) Murid-murid menyanyi lagu Negaraku di perhimpunan. b)Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku di perhimpunan 2)di vs di..kan a)Ibu diberi hadiah oleh saya. b) Hadiah diberikan kepada ibu oleh saya. Ayat yang mana betul. 19 April 2010 10:41 PTG

Catat Ulasan

Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama


Langgan: Catat Ulasan (Atom)
ARKIB BLOG

8) ber (3)

Struktur Frasa dan Ayat Penggunaan Perkataan Imbuhan ahasa Malaysia IV Senarai Rujukan A) Bu... AN LKM400

MENGENAI SAYA

Mohd Rashid Darham

ugas sebagai guru bahasa Malaysia di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan. Subjek yang diajarkan h Bahasa Malaysia Peringkat Maju (untuk pensyarah), Bahasa Malaysia IV (untuk keperluan pengijazahan ajar ijazah pertama) dan Bahasa Malaysia I (untuk keperluan pengijazahan siswazah luar negara).Pernah khidmat sebagai wartawan sebuah syarikat akhbar berbahasa Melayu di Kuala Lumpur. Berkelulusan Sarjana da Sains Kemasyarakatan USM, Sarjana Pengajian Melayu UM, Diploma Penterjemahan Persatuan Penterjemah aysia. Lihat profil lengkap saya http://elearning.usm.my
PENGUMUMAN

"Selamat datang siswa 2011/2012" Templat Picture Window. Imej templat oleh MvH. Dikuasakan oleh Blogger.

Kelirumologi Berbahasa Kita (2)

Aug 31, '10 11:58 PM for everyone

Peluluhan
Oleh Joshua Igho

Selama ini pemecahan atas pertentangan mengenai prosedur peluluhan kata terkait penambahan awalan dan akhiran dengan cara merujuk pada KBBI masih saja memunculkan ambiguitas berbahasa yang pelik. Khalayak acap kali canggung, ingin

menggunakan kata mensosialisasikan atau menyosialisasikan, sebab dua kata tersebut hingga kini masih ramai diperdebatkan akibat kurang tegasnya ketentuan dari KBBI. Sekadar mengingatkan, berikut adalah syarat peluluhan yang ditentukan oleh KBBI: (1) Peluluhan hanya berlaku apabila awalan meng- langsung diikuti kata dasar yang huruf pertamanya p, k, s, dan t. (2) Tidak diawali gugus atau gabungan konsonan. (3) Peluluhan tidak berlaku apabila awalan meng- diikuti huruf pertama awalan per-.

Syarat pertama akan gugur ketika kita meluluhkan kata sosialisasi menjadi mensosialisasikan seperti aturan main KBBI. Semula saya beranggapan, kata serapan harus ditulis utuh ketika diluluhkan.. Tetapi mengapa kata serap macam kontrak, koreksi, sublim dapat diluluhkan menjadi mengontrak (bukan mengkontrak), mengoreksi (bukan mengkoreksi), dan menyublim (bukan mensublim). Dan, tak sedikit orang yang merasa risih mengucapkan mengaji daripada mengkaji untuk peluluhan kata dasar kaji. Maklum, kata mengaji banyak yang mengartikan sebagai belajar agama (Islam), sedangkan mengkaji diartikan sebagai belajar semua hal yang sekuler. Padahal semestinya tidak ada dikotomi atas dua hal tersebut karena substansinya sama yakni belajar. Dalam hal ini, baik KBBI maupun pengguna bahasa Indonesia masih terus diuji kesetiaannya. Problem lain syarat pertama adalah kata dasar yang huruf pertamanya c. Kebanyakan orang masih meluluhkannya seperti kata dasar yang huruf pertamanya s. Misal, kata cinta menjadi menyintai, colok menjadi menyolok. Kita baru tersadar ketika meluluhkan kata sela menjadi menyela. Sebab kata cela tidak mungkin diluluhkan menjadi menyela, tapi mencela.

Untuk syarat kedua cukup jelas. Kata prihatin, transfer, dan syarat tidak boleh diluluhkan menjadi memrihatinkan, menransfer, dan menyaratkan.

Sedangkan syarat ketiga dapat kita lihat pada contoh kata mempergelarkan, mempermasalahkan, atau mempertimbangkan. Bagaimana dengan kata memperdulikan? Peluluhan itu jelas salah, karena berasal dari kata peduli, sebuah kata dasar dengan huruf pertama p. Jadi yang benar adalah memedulikan.

Ada satu pelanggaran yang amat fatal yaitu menambahkan huruf saat peluluhan secara tidak masuk akal. Contoh kesalahan ini adalah: kata dasar imbau jika ditambahkan awalan me sering kali ditulis menghimbau, padahal semestinya mengimbau. Kata dasar ubah tidak diluluhkan menjadi mengubah, melainkan merubah. Pertanyannya, dari mana asal-usul huruf h dan r tersebut?

Untuk menghindari kesalahan bunyi dan penulisan, ada baiknya kita perlu memilih kosa kata lain yang pengertiannya jelas, dan berasal dari bahasa kita sendiri, misalnya mengganti kata menyosialisasikan dengan memasyarakatkan.

Seseorang dianggap berhasil apabila ia (sebagai subjek yang aktif melakukan pekerjaan) melakukan aktifitas dan mendatangkan hasil dari pekerjaannya. Dedy Corbuzier berhasil menghipnotis para penonton untuk mengikuti semua gerakannya. Artinya, Dedy Corbuzier -bukan orang lain- yang menghipnotis para penonton sehingga mengikuti semua gerakannya. Nah, bagaimana dengan kalimat ini? Lima orang penjahat berhasil ditangkap oleh satuan Reskrim Polresta Tegal. Siapakah yang berhasil? Apakah lima penjahat itu atau satuan Reskrim Polresta Tegal?

Tentu kita tidak akan mengatakan, lima penjahat itu yang berhasil (kecuali mereka sengaja ingin ditangkap). Oleh karena itu kalimat yang benar semestinya, Satuan Reskrim Polresta Tegal berhasil menangkap lima orang penjahat. (Tips: tulislah kata kerja aktif setelah kata berhasil agar maknanya tidak bergeser).

Apa yang Anda bayangkan ketika mendengar kata pengusaha garmen? Tentulah yang muncul adalah sosok seorang usahawan yang menggunakan garmen sebagai barang yang diperdagangkan, bukan? Mungkin dia membuat berbagai macam baju yang dijual kepada para pemilik toko. Ada kemungkinan juga dia membuat kain dari bahan baku kapas dan kemudian menjualnya kepada para pembuat baju.

Jika memakai analogi di atas, tentulah kita akan memeroleh keselarasan makna pada frasa sejenis seperti pengusaha tahu (memperdagangkan tahu), pengusaha automotif (jual beli mobil, motor, dan aneka peralatan kendaraan bermotor), dan pengusaha properti Nah, saya (memperdagangkan terpaku ketika rumah, berselancar ruko, ke atau sebuah situs apartemen). bernama

www.pengusahawanita.com. Saya membayangkan usaha ini pasti akan dilarang oleh Kementerian Negara Pemberdayaan Perempuan karena seorang pengusaha wanita adalah seorang pengusaha yang menjadikan perempuan sebagai barang dagangan. Wah, artinya pengusaha wanita tidak ada bedanya dengan seorang germo, bukan?

Jika yang dimaksud adalah seorang pengusaha berjenis kelamin perempuan, frasa yang benar adalah wanita pengusaha atau perempuan pengusaha. Dengan demikian, kita bisa mengambil kesimpulan bahwa wanita pelukis adalah seorang wanita yang berprofesi sebagai pelukis, sedangkan pelukis wanita adalah seorang pelukis (bisa pria atau wanita) yang melukis manusia berjenis kelamin perempuan.

Ada lagi istilah yang kadang salah tulis yakni kata membubung, artinya menaik, yang berasal dari kata bubung. Seperti kita ketahui bubung adalah puncak genteng. Dalam keseluruhan bangunan rumah, bagian inilah yang akhirnya disebut bubungan. Lantaran bubungan berada di atas, kiasan bagi segala sesuatu yang mengalami proses kenaikan disebut membubung. Namun kebanyakan orang salah menuliskannya menjadi membumbung. Padahal kata ini berasal dari Bahasa Jawa bumbung yang artinya potongan batang bambu.

You might also like