You are on page 1of 16

MATERI PEMBELAJARAN

Profail Diri Murid

a. Objektif ; ramai murid tidak mengetahui


latar belakang diri dan keluarga
selengkapnya apabila ditanya. Ramai juga pelajar yang tidak
mengetahui pekerjaan bapa mereka, inilah jarak dan
kerengganan awal yang ada dalam keluarga. Dengan itu,
perlunya seorang murid mengetahui hal tersebut dengan
tujuan :
i. Mengetahui keadaan diri dan keluarga
ii. Menyedari akan siapa dirinya
iii. Berusaha bersungguh-sungguh mencapai impian
iv. Menyayangi diri dan keluarga
v. Memupuk sikap saling menghormati dan bekerjasama

b. Pelaksanaannya ; murid akan menulis profail diri / biodata


yang lengkap mengikut contoh yang diberikan dibawah ini.
Murid menyalin dan mengisi biodata mereka seperti jadual
dibawah ini.

1
Murid hendaklah memenuhkan ruangan berikut. Buku tersebut
akan dipungut di akhir PMD, setiap kerja murid akan disemak
dan diberi markah serta menjadi penilaian awal. Kebolehan,
kelemahan dan kelebihan murid boleh disemak dari awal melalui
kerja yang diberikan.

2
Public Speaking

London, sebuah Bandaraya di England tidak asing lagi jika di


sebut Speaker Corner. Kerajaan England sengaja memberikan
peluang kepada rakyatnya untuk meluahkan perasaan mereka.

Akan tetapi, rupanya peluang sebegini dapat membina sikap


berani dalam diri seseorang.

Objektif ; Ada antara ibu dan bapa mengakui bahawa anaknya


seorang yang sangat pemalu, sikap ini ada
baiknya, tetapi dalam proses pembelajaran,
sikap ini menghambat kejayaan seorang murid.
Ketika seorang guru bertanya apakah anda
faham apa yang saya sampaikan? Orang yang
pemalu akan mendiamkan diri, walaupun dia
memang tidak memahami langsung. Hal ini tidak saja dialami
oleh segelintir manusia dibangku sekolah, bahkan majoriti
warganegara Malaysia.

Public speaking diadakan untuk membuang rasa malu yang tidak


sepatutnya ada dalam diri seorang murid ketika berdepan
dengan seorang guru dan kawan-kawan.

3
Orang yang pernah bercakap dihadapan orang ramai akan
merasa dirinya dihargai, diberi kepercayaan dan akan timbul
sikap yakin diri lagi berani.

Pelaksanaan : Guru meminta setiap murid keluar ke hadapan


dengan membawa nota profail dirinya, kemudian menerangkan
kepada rakan sekelas tentang siapa dirinya. Murid boleh
merujuk buku profail diri mereka. Guru boleh mengajukan
beberapa pertanyaan untuk menambahkan lagi keyakinan diri
murid. Guru membimbing murid dengan menunjuk contoh
terlebih dahulu.

4
Memupuk sikap rajin berani tampil ke hadapan. Public Speaking.

5. Motivation Speech

Guru menyampaikan ceramah motivasi dengan berfakta dan


berobjektif.
Murid menyalin 5 isi penting ucapan guru.

Bercerita

5
Teknik Membuat Jadual
Belajar

(1) (2) (4)


Masa Pagi Petang Malam Catatan
Hari 2.30 – 4.00 8.00 – 10.00
Hari Sekolah 1.Kerja Rumah 1.Buat Latihan
Isnin hingga 2.Ulang Kaji Bahasa Melayu
Jumaat bagi Mata Pelajaran dan Bahasa
semua negeri
3. Baca Tajuk Inggeris
kecuali Kelantan,
Kedah dsbg yang Cikgu Ajar 2.Ulang Kaji
Hari Ini Mata Pelajaran
(ikut
kesempatan yg
ada)
Pagi ( Jam) Petang ( jam) Malam ( Jam)
(3) 1.Siapkan Kerja Buat Soalan
Hujung Minggu Rumah Latihan
2. Buat Topikal
Latihan
Ulang Kaji

Ruang Catat Aktiviti yang ingin dibuat selepas


1 waktu sekolah
Ruang Catat Aktiviti Malam Hari Teknik Membuat
2 Jadual Waktu
Ruang Catat Aktiviti Belajar Hujung Minggu
3
Ruang Catat Aktiviti utama pelajaran dan akademik lain
yang terlibat.

6
4

Teknik Ulangkaji Berkesan

Praktikkan Ulang Kaji Berikut

7
3. Teknik Meningkat Motivasi

8
9
10
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Objektif : Untuk menjadi seorang yang cemerlang, kuncinya


hanya meniru orang cemerlang. Bagaimana tindakan, gaya
berfikir dan tingkah laku orang cemerlang hendaklah ditiru.
Berikut adalah 17 ciri-ciri pelajar cemerlang.

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


1 Sentiasa Bangun Pagi Penuh Semangat
2 Memberi Tumpuan Sepenuhnya Di dalam Kelas
3 Rajin Bertanya Bila Tidak Faham atau ketinggalan dalam
Pelajaran
4 Rajin membaca untuk menambah ilmu
5 Aktiv dalam aktiviti sukan
6 Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri
7 Menonton rancangan TV yang sesuai
8 Sentiasa menghormati guru

11
9 Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar
10 Sering memberi pendangan atau pendapat dalam proses
pembelajaran
11 Menyedia jadual waktu belajar sendiri
12 Sentiasa Sembahyang dan Berdoa
13 Tidak segan menimba pengalaman dari orang lain yang
telah berjaya
14 Menyiapkan tugas yg diberikan oleh guru dalam tempoh
yang ditetapkan
15 Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi
16 Mengadakan kumpulan perbincangan bersama rakan-
17 Menepati waktu belajar yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Disiplin Murid dan Peraturan Sekolah

Objektif : Sebagai seorang manusia, kita terpaksa ikut peraturan


setiap masa dan tempat walau dimana
kita berada. Peraturan dibuat bukan
bertujuan untuk menyusahkan manusia,
akan tetapi memberi kemudahan.
Peratutan dibuat kerana kita hidup atas
dunia yang sangat luas dan ramainya
manusia. Andai kita seorang sahaja yang
hidup atas bumi ini, nescaya peraturan
tidak diperlukan. Justeru peraturan
terpaksa wujud demi kesenangan ramai.

12
Sebagai contoh peratutan dijalan raya, pihak berkenaan membina
lampu isyarat, bukan untuk menyekat kita hendak ke mana,
bahkan memberi kemudahan kepada kita. Supaya semua orang
boleh melaluinya dengan baik tanpa berlaku kemalangan.

Di sekolah, seorang murid terpaksa mengikut peraturan sekolah.


Tujuannya untuk mendisplinkan murid, kerana murid yang
berdisplin sahajalah yang akan berjaya. Bayangkan seorang
murid yang selalu ponteng, manakala dalam kelas tidak pernah
memberi perhatian, bolehkah orang seperti ini berjaya?

Contoh peraturan yang ada disekolah ialah, datang awal sebelum


7.30 pagi, berpakain kemas, tidak merosak harta benda sekolah
dan sebagainya.

Arahan kepada murid

Sila tuliskan 15 peraturan yang mesti kamu patuhi ketika berada


di sekolah. Masa diberikan 10 minit. Guru menyemak kerja murid
dengan meminta seorang demi seorang membacakan peraturan
tadi dan membuat ulasan.

Adab Dalam Pergaulan

1. Menghormati yang lebih tua


2. Menyayangi yang lebih muda
3. Tidak mengejek
4. Memberi salam

Kitab
Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan

13
Keutamaan pergaulan dan persaudaraan

1. Budi Luhur Peninggalan Nabi

“Dan sesungguhnya engkau memiliki budi perkerti yang luhur.” (al-


Qalam: 4)

“Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah


taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.”

“Aku telah diutus untuk menyempurnakan kebaikan-kebaikan budi


pekerti.”

“Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu,


ialah orang yang paling terbaik budi pekertinya. Mereka yang bersikap
merendah diri dan senang bermesra dan dimesrai.”

“Seorang Mu’min ialah orang yang senang bermesra dan dimesrai dan
tiada gunanya pada orang yang tidak tahu bemersra dan tidak suka
dimesrai.

2. Anjuran Memilih Sahabat

“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah


seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.”

3. Ciri-ciri sahabat yang baik

Alqamah berpesan kepada puteranya katanaya: Wahai anakku! Kiranya


engkau merasakan perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah
engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1) Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.


2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas
baik persahabatanmu itu.
3) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu.

14
4) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan
menerima dengan baik.
5) Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan
menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6) Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan
menutupnya.
7) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya.
8) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu.
9) Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan
itu).
10)Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya ia akan membantumu.
Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Demikian
pesanan Alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan perilaku
sahabat yang sejati.

4. Adab dengan Sahabat.

1. Hendaklah anda memberi salam kepadanya bila bertemu


2. Meluaskan tempat duduk baginya dalam majlis.
3. Hendaklah memanggilnya dengan sebaik nama yang disukainya.
4. Mendoakan sahabat apabila ia tiada disamping kita.
5. Mengasihi yang lebih muda
6. Menghormati yang lebih tua.
7. Menziarahinya apabila ia sakit.

15
16

You might also like