You are on page 1of 22

Kesan kesan kemasukan pendatang asing

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah. Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin. Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari. Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS. Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air. Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita. Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Kebaikan Pertanian Organik

Pertanian organik didefinisikan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem. Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah. Ia merupakan pertanian satu langkah ke hadapan yang menghapuskan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma ubah suai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna dan alam sekitarnya, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Antara kebaikan pertanian organik kepada masyarakat ialah dapat meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah. Hal ini kerana, pertanian organik menggunakan sistem pertanian yang sistematik dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian. Sebagai contoh ialah, kaedah tanaman giliran. Tanaman giliran ialah proses penanaman lebih dari satu jenis tanaman pada kawasan yang sama tetapi masa yang berlainan. Hal ini demikian kerana, tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Jadi, kesuburan tanah bukan sahaja akan dapt dikekalkan, bahkan akan lebih subur daripada sebelumnya. Selain itu, pertanian organik juga dapat mengeluarkan makanan yang sihat dan selamat kepada masyarakat. Semestinya, pertanain organik akan menghasilkan makanan yang bebas daripada bahan-bahan kimia. Hal ini kerana, tanaman organic tidak menggunakan racun perosak tetapi menggunakan kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak. Sebagai contohnya ialah, dengan pemeliharaan burung hantu, haiwan perosak seperti tikus akan dapat dikawal. Jadi, tanaman akan selamat daripada gangguan haiwan perosak. Jelaslah di sini, makanan daripada pertanian organic selamat untuk dimakan. Di samping itu, tanaman organik juga akan membantu pengitaran semula sisa pertanian, sisa dapur sisa laman dan najis haiwan ternakan secara biologikal. Hal ini kerana, proses pengitaran ini melibatkan proses organisma yang tidak memberikan impak negatif kepada tanaman mahupun masyarakat. Contohnya, najis lembu ternakan boleh dijadikan baja kompos kepada tanaman. Dengan pengitaran ini, najis lembu tadi tidaklah dibuang begitu sahaja. Malahan baja kompos ini tidak mengandungi sebarang unsur kimia yang boleh memudaratkan kesihatan penguna. Oleh itu, pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan dapat mengelak berlakunya pembaziran. Pertanian organik juga mampu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal mahupun kultura. Melalui kaedah ini rumpai dan serangga perosak dapat dikawal dengan berkesan tanpa memberi kesan negatif kepada petani dan penggunanya berbanding dengan penggunaan racun serangga. Contohnya, pokok penangkis perosak seperti serai mampu menghalau serangga perosak serta tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Justeru, tanaman organik dapat membantu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal, mahupun kultura. Konklusinya, pertanian organik memberi banyak manfaat kepada kita. Selain daripada meningkatkan kesuburan tanah, tanaman organik juga bebas daripada bahan kimia dan selamat untuk dimakan walaupun tanpa cucian. Pertanian organik juga membantu kita untuk membuang sisa-sisa daripada ke arah yang lebih berfaedah. Justeru itu, pertanian organik haruslah disokong dari segenap penjuru masyarakat.

Biodiversiti
DEFINISI Kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.(sumber:estidotmy,February 2007) KEPENTINGAN A.KEPADA ALAM 1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 2.MODIFIKASI IKLIM Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 3.KAWAL HAKISAN TANAH Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. 4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. B.KEPADA MANUSIA 1.NILSI INSTRUMEN Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara. 2.NILAI INTRINSIK Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai NILAI TERSENDIRI dan HAK UNTUK HIDUP.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai hak asasimasing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan. MASALAH

1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA. Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya. 2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN. Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil kepada negara membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia. 3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.

4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI 1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queens University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGOs dan badan-badan swasta.Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam. 2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang menandatanganiKONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya. 3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. 4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.

Tajuk : Pada masa ini, kerajaan sedang giat berusaha untuk memajukan bidang bioteknologi di negara ini. Pada pendapat anda, apakah sumbangan bidang tersebut terhadap pembangunan sektor pertanian negara kita. Bincangkan. Kehendak soalan: Soalan ini meminta anda membincangkan sumbangan kajian bioteknologi terhadap usaha kita memajukan sektor pertanian. Oleh itu, anda perlu menghuraikan kebaikan kajian tersebut kepada kegiatan sektor pertanian negara ini. Walaupun dalam pernyataan tugasan soalan terdapat perkataan bincangkan, disebabkan yang diminta oleh tajuk ialah sumbangan, maka kesannya tidak perlu disentuh. Soalan telah menjuruskan anda untuk menjelaskan kebaikan sahaja.

Sumbangan Bioteknologi kepada pertanian

Walaupun di negara yang maju dalam sektor pertanian, seperti Belanda, dan New Zealand, kajian bioteknologi telah berkembang pesat tetapi di negara ini bidang bioteknologi masih baharu dan memerlukan penekanan yang lebih. Bidang kajian ini ialah suatu bidang sains yang menggunakan bahan kajian bioteknologi untuk dimanfaatkan dalam pengeluaran industri. Sebagai contoh, penghasilan ubatubatan berasaskan hasil keluaran pertanian ialah daripada kajian dan penyelidikan dalam bidang bioteknologi. Memandangkan pertanian merupakan suatu bidang yang telah sekian lama kita usahakan maka peningkatan kajian bioteknologi memang bermanfaat bagi negara kita. Sumbangan kajian bioteknologi yang paling asas ialah penemuan baka ternakan dan benih tanaman yang lebih bermutu dan tahan rintang, yang dapat menghasilkan pengeluaran dengan lebih banyak, cepat, dan berkualiti tinggi. Banyak contoh yang dapat kita kemukakan dalam hal ini, misalnya hasil kacukan biri-biri Australia dengan kambing tempatan, hasil kacukan lembu tempatan dengan baka lembu dari New Zealand, dan penemuan benih limau dan belimbing madu, buah duku langsat serta buah-buahan yang lain. Penemuan baka dan benih baharu yang lebih baik membawa harapan yang cerah kepada pengusaha sektor pertanian untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam kegiatan ini. Perkembangan yang menggalakkan dalam sektor pertanian di negara ini akan dapat mengurangkan jumlah import bekalan makanan. Hasil kajian bidang bioteknologi juga dapat membantu kita menemukan produk-produk baharu bagi sesuatu hasil pertanian. Kalau hasil daripada kelapa sawit dapat kita keluarkab produk seperti minyak, susu, lilin, mentega, dan vitamin E, maka tidak mustahil hasil-hasil pertanian lain juga dapat kita manfaatkan untuk menghasilkan produk akhir yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. Dalam konteks ini, masih banyak lagi bahan pertanian did negara kita yang belum lagi kita kaji dengan mendalam, khususnya tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Banyak pokok herba yang tumbuh liar di hutan di negara ini dipercayai boleh dijadikan asas rawatan sesuatu penyakit jika diproses secara saintifik. Penemuan produk baharu yang bernilai akan memberikan satu dimensi baharu kepada ekonomi negara kita. Selain itu, teknik penanaman moden juga dapat dihasilkan melalui kajian bioteknologi. Kaedah hidroponik dan earoponik misalnya tidak lagi asing kepada kita, sebaliknya kaedah ini sudah dimanfaatkan dengan agak meluas dalam kalangan petani moden di negara ini. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan tanah dan hasilnya pula bermutu. Pada masa ini, satu lagi teknik pertanian yang terkini telah kita import dari Belanda. Teknik itu dinamakan teknik fertigasi dan teknik ini telah pun digunakan dengan jayanya dalam penanaman rock melon. Dengan menggunakan teknik ini, saiz dan kemanisan buah dapat dikawal melalui bekalan nutrien yang disediakn untuk tanaman. Teknik penanaman ini hanya memerlukan plastik yang dibubuh dengan air serta baja disamping penyiraman tanaman sebanyak 2 hingga 3 jam sehari. Buah-buahan musim sejuk dapat ditanam dengan menggunakan teknik ini. Baja, racun makhluk perosak, hormon dan ubat-ubatan tidak dapat kita nafikan kepentingannya dalam kegiatan pertanian. Pokok memerlukan baja dan racun makhluk perosak untuk tumbuh subur, manakala haiwan ternakan pula memerlukan hormon dan ubat-ubatan untuk membesar. Semuanya ini dapat dipenuhi dengan jayanya jika kita memanfaatkan kajian bidang bioteknologi. Bidang kajian bioteknologi dapat mengenal pasti nutrien yang diperlukan khusus oleh sesuatu tanaman, begitu juga dengan cara mengelakkannya daripada dimusnahkan oleh serangga perosak. Demikian juga dengan pengawalan tumbesaran haiwan. Pemakanan dan perawatan khusus dapat dikenal pasti melalui kajian bidang bioteknologi.

Satu lagi sumbangan yang tidak dapat dikesampingkan ialah teknologi pemprosesan hasil pertanian. Hasil mentah pertanian mungkin tidak mempunyai nilai yang menguntungkan, tetapi dengan ciptaan teknologi tertentu, bahan tersebut dapat diproses tanpa menjejaskan mutunya atau dijadikan produk hiliran yang mempunyai nilai komersil. Sebagai contoh, buah pisang jika tidak diproses dan dibungkus dengan menggunakan bahan kimia tertentu, akan cepat masak dan busuk. Tetapi, dengan kajian yang dijalankan, pisang dapat dibungkus dengan kaedah tertentu dan tempoh masaknya lebih lambat. Selain itu, pisang juga dapat diproses menjadi produk lain, seperti kek, dan perasa aiskrim. Kerajaan kini memang jelas cuba mengubah perhatian masyarakat agar tidak lagi memandang rendah terhadap sektor pertanian. Pendedahan yang berkaitan dengan usaha kerajaan itu secara meluas membuktikan hal tersebut. Usaha tersebut memberikan nafas baharu kepada pengusaha sektor pertanian dan diharap kita dapat mengembalikan peranan sektor ini sebagaimana dahulu. Dengan demikian, usaha kerajaan itu perlu diberikan sokongan. Ini disebabkan negara kita memang pada asasnya ialah sebuah negara pertanian. Jika kita berjaya dalam bidang bioteknologi, bermakna masa hadapan kita bukan sahaja cerah dalam sektor pertanian malah juga dalam sektor hilirannya.

Kepentingan Bioteknologi Kepada Manusia

Maksud biologi ialah ilmu hayat atau benda-benda hidup .Teknologi pula Bioteknologi adalah gabungan antara dua perkataan iaitu biologi dan teknologi . bermaksud pengetahuan mengenai semua ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi . Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian , perubatan dan kualiti alam sekitar . Terdapat pelbagai kepentingan bioteknologi kepada manusia,diantaranya dalam bidang pertanian. Melalui bioteknologi kualiti dan kuantii hasil pertanian dapat ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan para petani moden pada masa kini.Jesteru itu, taraf hidup manusia akan dapat ditingkatkan. Contoh bioteknologi pertanian adalah penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. Selain itu, bioteknologi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam produk pertanian. Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia seterusnya dapat menjadikan manusia lebih sihat dan lebih tahan terhadap serangan penyakit. Dalam bidang perubatan pula, bioteknologi dapat digunakan dalam penghasilan antibiotik untuk jangkitan penyakit yang berbeza-beza dan penghasilan vaksin untuk menguatkan sistem imunasi seterusnya dapat mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik.Kepentingan lain bioteknologi dalam bidang perubatan adalah kejayaan dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, profil DNA, forensik dan teknologi pemindahan organ. Bioteknologi alam sekitar pula digunakan dalam kajian menggunakan organisma hidup seperti tumbuhan, bakteria dan kulat yang akan digunakan dalam pelbagai aplikasi untuk merawat sisa dan proses remediasi bahan buangan. Organisma yang berpotensi untuk menggunakan sisa sebagai makanan mereka banyak terdapat di alam sekitar. Pembangunan teknologi genetik bagi

penghasilan organisma terubahsuai genetik mempertingkatkan lagi proses degradasi sisa atau bahan buangan. Bioteknologi alam sekitar telah terbukti menghasilkan kaedah yang selamat dan sisa yang bersih berbanding teknologi sedia ada kerana ia melibatkan penggunaan agen-agen asli. Kajian ke atas pengunaan bahan buangan bio dan sisa organik kepada produk bernilai juga dijalankan. Oleh kerana itu, bioteknologi adalah amat penting kepada manusia kerana mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat membantu kehidupan manusia. Kegunaan bioteknologi semakin meluas digunakan dalam dunia hari ini.

TELEPERUBATAN Cara-cara teleperubatan dapat membantu manusia . Pengenalan : Teleperubatan merujuk kepada perkhidmatan kesihatan merentasi jarak jauh dengan menggunakan teknologi telekomunikasi yang canggih . Misalnya penghantaran data pesakit , gambar radiograf , scan CAT , MRI , kajian bunyi ultra , gambar patologi , gambar recipe endoskop dan lain-lain melalui jaringan komputer atau internet . Isi-isi : Teleperubatan boleh mengatasi masalah kekurangan kemudahan perubatan Pakar-pakar perubatan berpengalaman enggan berkhimatan di kawasan terpencil yang serba kurang . Masalah membawa keluar pesakit ke kawasan bandar mengambil masa dan menelan belanja yang tinggi . Dengan kemudahan teleperubatan , pakar perubatan dapat dirujuk dengan bantuan teknologi telekomunikasi dan pesakit dapat diperiksa dan diberi rawatan serta merta . Kemudahan teleperubatan memudahkan capaian maklumat dan data perubatan pesakit Ujian dan analisis atau kerja dignosis selalunya mengambil masa . Ini menjejaskan peluang pesakit untuh sembuh khusisnya bila berlaku kecemasan seperti kemalangan . Maklumat segera dan terperinci tentang seseorang pesakit misalnya penyakit kronik atau alahan terhadap dadah tertentu mungkin dapat menyelamatkan nyawa . Dalam aspek ini teleperubatan dapat memastikan keselamatan kesihatan penduduk lebih terjamin . Mengoptimumkan perkhidmatan pakar Khidmat nasihat pakar perubatan misalnya untuk sesuatu penyakit khusus dan jarang berlaku selalunya tidak dapat disediakan di seluruh negara . Melalui telesidang yang menghubungkan hospital bandar dan luar bandar , pakar runding di bandar dapat memberi nasihat dan menyelia doktor kawasan pendalaman menghadapi situasi genting merawat pesakitnya . Teleperubatan juga boleh dibuat melampaui sempadan negara di mana pesakit atau doktor tempatan boleh membuat rundingan dengan pakar luar negara yang handal untuk merawat pesakit tertentu . Teleperubatan meningkatkan keberkesanan sistem perkhidmatan kesihatan negara Semua pusat kesihatan , jabatan perubatan , klinik desa dihubungkan dan dapat

diakses secara terus antara satu sama lain secara on-line . Ini akan menjimat kos pengurusan perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan keberkesanan perubatan negara kita . Pakar perubatan boleh menggunakan telekonferens recipe untuk membimbing , menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih di klinik perubatan desa . Keadaan ini membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh kepada semua pesakit tanpa kira kedudukan geografi atau taraf sosioekonomi . Perlaksanaan teleperubatan akan memajukan bidang perubatan negara Pelajar-pelajar perubatan dapat mengikuti kuliah atau ceramah perubatan oleh pakar luar bandar secara telekonferens . Doktor pelatih dapat mengikuti proses pembedahan bersejarah di luar negara dan belajar darinya . Pakar-pakar perubatan dapat berkongsi kepakaran melalui kaedah ini dengan rakanrakan mereka di seluruh dunia . Ini boleh memajukan dunia perubatan dan memanfaatkan rakyat . Kesimpulannya : Perlaksanaan teleperubatan pasti akan meninggikan kualiti perkhidmatan perubatan kepada seluruh rakyat tanpa mengira lokasi dan keadaan sosioekonomi mereka . Pertukaran maklumat dan kepakaran rawatan perubatan secara bestari melalui teleperubatan akan memanfaatkan pesakit di seluruh pelosok negara dan dunia .

BIOTEKNOLOGI Peperanan bioteknologi dalam konteks pembangunan negara . Pengenalan : Bioteknologi secara am adalah merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia . Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu dan pengklonan sel-sel . Huraian Isi : Bioteknologi memajukan industri pengeluaran makanan Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan . Produk baru misalnya perasa , pemanis dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai secara genetik .

Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan . Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia . Bioteknologi dalam mengatasi masalah pencemaran Mikrob seperti bakteria baru hasil kaedah bioteknologi dapat mempercepat proses pereputan membantu penguraian najlis haiwan ternakan dan manusia dengan sempurna . Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki-tangki septik di seluruh negara dengan sempurna . Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najlis haiwan ternakan , sisa keluaran kelapa sawit , koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik . Bioteknologi membaharui kaedah perubatan Pengaplikasian teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel-sel neuron untuk mengantikan sel saraf otak rosak dalam pesakit Parkinson . Sel dan tisu kulit mungkin dapat dikultur untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa kebakaran . Teknologi pengklonan pula membolehkan saintis menghasilkan klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi masalah kerosakan organ seperti sakit jantung dan kegagalan ginjal . Bioteknologi merupakan pendekatan baru untuk meningkatan produktiviti pertanian Bovine Growth Hormone ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk merangsang ketumbuhan dalam anak lembu dan penghasilan susu pada lembu dewasa . Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara kejuruteraan genetik . Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus . Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan tanaman lain . Bioteknologi kurangkan penggunaan racun makhluk perosak . Penggunaan baka kapas tebal kepada ulat perosak kapas atau kapas Bt di ladangladang kapas Amerika telah mengurangkan penggunaan racun perosak . Tanaman Bt ialah tanaman yang telah disuntik dengan gen bacillus thuringlensis (Bt) sejenis bakteria tanah sehingga dapat mengeluarkan bahan racun serangga sendiri mejauhkan serangga .

Ini menjimatkan kos racun makhluk perosak dan meningkatkan keluaran kapas di Amerika . Tanaman Bt lain termasuklah kentang , jagung , tomato , epal dan tembakau . Penutup : Bidang bioteknologi ini amat berguna dalam pelbagai aspek pembangunan negara . Usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat manusia .

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM SUKAN Bagaimanakah perkembangan sains dan teknologi dapat meningkatkan mutu sukan negara ? Pengenalan : Kejayaan sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit semata-mata tetapi juga pada faktor lain . Pengetahuan sains dan teknologi membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk kecemerlang dalam bidang sukan . Idea-idea : Teknik latihan sukan yang saintifik dan sistematik Pakar sukan boleh menfaatkan hukum dan konsep sains dalam penyelidikan untuk memajukan kaedah-kaedah sukan berkesan . Teknologi komputer telah digunakan menentukan cara lompatan terbaik dalam acara lompat jauh atau lompat tinggi . Pengetahuan dalam bio mekanik iaitu kajian tentang struktur dan sistem biologi serta daya dan gerakan tubuh badan akan membantu ahli sukan melakukan sesuatu gerakan dengan cekap . Penggunaan prinsip-prinsip mekanik secara langsung akan membantu ahli sukan melakukan gerakan tertentu misalnya imbangan dalam jimnastik , luncuran dengan optimum . Peralatan sukan yang sesuai meningkatkan prestasi shli sukan Dengan sains dan teknologi peralatan sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan peringkat umur dan jantina ahli sukan dapat dihasilkan . Teknologi komputer telah digunakan untuk mereka bentuk peralatan sukan berpandukan hukum-hukum fizik dan matematik , umpamanya , lembing yang bersifat aerodinamik . Penggunaan bahan atau fabrik pakaian yang sesuai membolehkan ahli sukan merasa selesa dan sejuk ketika bersukan atau berlatih .

Sains pemakanan membantu meningkatkan pencapaian ahli sukan Prestasi fizikal atlit adalah berkait rapat dengan corak pemakanannya . Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan menghasilkan tenaga yang berterusan dan membantu pemulihan segera . Sains permakanan banyak digunakan menentukan kuantiti zat makanan seperti protein , kabohidrat atau vitamin tertentu yang optimum untuk ahli sukan . Analisis komposisi zat dalam makanan membolehkan pakar-pakar diet mencadangkan sarapan terbaik untuk meningkatkan prestasi ahli sukan . Sains perubatan meningkatkan pencapaian sukan Kecanggihan dalam bidang perubatan telah membantu dalam mengesan sebarang kecederaan atau penyakit ahli sukan dan merawatnya . Ujian elektrokardiogram dan ujian kecergasan kardiovaskular sebelum aktiviti sukan cergas boleh menghindarkan ahli sukan daripada cedera atau mati kerana aktiviti sukan cergas itu . Pencerakinan perubatan dapat mencegah para atlit daripada mengambil pelbagai dadah seperti steroid anabolik untuk memenangi sesuatu acara sukan secara tidak jujur . Teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan Teknologi ICT seperti recipe , televisyen dan kamera recipe serta satelit komunikasi membolehkan teknik-teknik sukan yang baik dikesan untuk dipelajari . Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan . Kutipan besar daripada yuran iklan boleh membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya . Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan professional . Penutup : Sains dan teknologi tetap penting untuk kemajuan bidang sukan . Teknologi sukan membolehkan para atlit menjadi sempurna daripada segi fizikan dan mental dan meningkatkan kecemerlangan dunia sukan .

Punca dan Kesan Perubahan Cuaca

Pemanasan global merujuk kepada keadaan suhu bumi meningkatsecara berterusan. Menurut kajian yang dibuat, purata suhu bumi akanmeningkat 1.5 C hingga 4.0 C dalam abad ini. Pemanasan global berpunca daripada penerokaan kawasan hutan yangberleluasa. Banyak pokok akan ditebang untuk menjalankan penerokaansumber galian seperti bijih timah, emas dan sebagainya. Maka, fungsi pokoksebagai penstabil ekosistem terjejas. Hal ini mengurangkan penghasilan gasoksigen daripada pokok dan sebaliknya menambahkan gas karbon dioksidadalam udara. Fenomena ini turut memperlihatkan proses fotosintesistumbuhan terjejas. Kesannya, gas karbon dioksida yang semakin banyak akanmendorong pemanasan global. Selain itu, pemanasan global turut berpunca daripada kegiatanpembakaran terbuka. Pembakaran terbuka banyak dilakukan oleh golonganpetani yang tidak bertanggungjawab. Mereka membakar sisa - sisa pertaniansebagai langkah untuk pelupusan bahan buangan. Sebagai kesannya,pembakaran terbuka ini mendorong penghasilan gas karbon dioksida yan gmampu meningkatkan suhu bumi. Selain itu, penggunaan kenderaan yangmelibatkan pembakaran fosil turut meyumbangkan kepada pemanasan global.Jelasnya, segala kejadian yang melibatkan pembakaran akan mendorongpemanasan global. Pemanasan global akan mengakibatkan kesan seperti kenaikan aras laut.Keadaan suhu bumi yang semakin meningkat akan menyebabkan pencairanglasier. Ekoran daripada itu, banjir kian berlaku dan menjejaskan kehidupanmanusia. Malahan, banjir yang berlaku boleh menyebarkan pelbagai penyakitkepada manusia seperti penyakit kulit, cirit-birit dan seumpamanya. Malahan, banjir yang berlaku kemungkinan besar dapat meragut nyawa manusia. Olehitu, pemanasan global menyebabkan pencairan gla sier berikutan dengankenaikan aras laut yang boleh mengakibatkan banjir melanda manusia. Selain itu, pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia.Keadaan suhu bumi yang semakin meningkat akan mengakibatkanketidakselesaan manusia. Malahan, fenomena ini turut mengakibatkanpelbagai penyakit seperti kerosakan kanta mata, kanser kulit, malahan berlakumutasi dalam sistem kromosom manusia. Hal ini dapat dilihat dengan lebihjelas apabila manusia menghadapi Sindrom Down dan Sindrom Turner akibatdaripada mutasi kromosom. Tegasnya, pemanasan global akan menjejaskankesihatan manusia. Kesimpulannya, pemanasan global yang berlaku akan memberi kesannegatif kepada manusia. Maka, usaha untuk membendung masalahpemanasan global wajar dilaksanakan

Kebaikan Keburukan Blog Ada pembaca bertanya apa kebaikan dan keburukan blog. Blog berbeza dari website ataumana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Adaberibu blog berbahasa Inggeris di luar sana dikemaskini 3-7 kali dalam sehari. Perkongsikan maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Penggunaboleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalikblog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klipvideo. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah: Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa. Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau blog skin. Temmpat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru. Namun, blog mempunyai keburukan tersendiri. Baik atau buruk sesebuah blogsebenarnya bergantung pada orang yang mengendalikan blog tu, cemana orangnya,cemana attitudenya, perangainya dan kawalan emosinya. Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akanmenjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat. Kisah Raja Petra menjadi teladan.Keburukan blog yang utama adalah:

Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah. Blog Di gunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti. Menyebarkan SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog. Sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar. Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang bersangkut-paut dengannya.

Sambung semula makanan Suplemen seperti Pil vitamin dan produk kesihatan dapat membantu meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan seseorang. Akan tetapi, Penggunaan tanpa berhati-hati boleh mendatangkan Kesan sampingan. Sediakan pendapat anda. Kehendak soalan: Menyatakan pendapat mengenai kebaikan makanan Suplemen keatas kesihatan, kecantikan dan Kesan sampingan pada seseorang. Kata Pengantar: Makanan Suplemen adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh seseorang untuk tujuan kesihatan.

Objektif Sambung semula makanan Suplemen ini adalah untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Isi-Kandungan: 1. Penjagaan kesihatan - menjamin kesihatan. Pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang - sesetengah individu yang sibuk dengan rutin harian, menyebabkan Sambung semula makanan yang tidak seimbang. Membantu meningkatkan kesihatan - melalui Sambung semula Pil vitamin, dan Sebagainya. Membersihkan sisa toksik daripada badan. Membunuh bakteria, cecacing yang merbahaya dalam badan (Sambung semula ubat Dirofilaria, yang membunuh Dirofilaria sesama sendiri dalam usus). Bagi mereka yang Menghadapi masalah kekurangan Rak makanan - lazimnya KanakKanak (Glukosa). Multivitamin dan susu formula, membantu tumbesaran otak dan Tubuh Kanak-Kanak. (Susu Tepung Neslac ). Membantu merawat kulit yang bermasalah, seperti kulit kering. Sambung semula Pil atau serbuk formula untuk mengurangkan atau menambah berat badan. Contohnya; Susu Tepung Teh Peria. Penggunaan Krim, atau Pil untuk melambatkan proses penuaan. Dapat mengurangkan Bab Kadar Ukuran kolestrol dalam darah. Contohnya; Susu Tepung Anlene , sesuai bagi wanita yang ingin mengurangkan Bab Kadar Ukuran kolestrol dalam badan. Penggunaan Krim SINAR UV bagi melindungi kulit dari pancaran terik Matahari, dari Terbakar atau kulit kering. Penggunaan Krim atau Pil, bagi membantu keanjalan kulit. Makanan Suplemen yang mengandungi garam mineral berlebihan, boleh menyebabkan keracunan, seperti cirit-birit, muntah, dan sakit kepala. Berkemungkinan besar, makanan Suplemen yang dikatakan menyingkir toksik, tidak berkesan, malahan menyebabkan menambah sisa toksik, dan membahayakan kesihatan. Penyalahgunaan, seperti rencana tidak meneliti label yang tertera pada botol atau pakej, menyebabkan keracunan. (Rencana tersalah memilih produk atau makanan yang sesuai) Penggunaan atau Sambung semula yang tidak mengikut sukatan atau dos yang telah ditetapkan, menyebabkan kemudaratan pada kesihatan. Contohnya, Sambung semula Pil kelangsingan yang berlebihan, kononnya mempercepatkan proses kelangsingan, menyebabkan seseorang itu mengalami muntah-muntah, akibat kandungan bahan kimia yang berlebihan pada satu-satu masa.

2. Kecantikan - membantu merawat kecantikan. -

3. Kesan Sampingan - keracunan.

4. Kesan sampingan - alahan dan kerosakan organ. Sambung semula Pil-Pil vitamin, atau Krim kulit yang tidak sesuai dengan para rencana, boleh menyebabkan alahan. Seperti kulit kemerah-merahan, ruam, kulit mengelupas, bintik-bintik merah, dan kegatalan. Sambung semula melebihi dos yang disyorkan, boleh menyebabkan kerosakkan pada sistem Saraf, dan organ. Contohnya, Sambung semula ubat penenang yang berlebihan, boleh mendatangkan Kesan Buruk pada sistem Saraf otak. Para rencana yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan Suplemen tertentu boleh mendatangkan Kesan dalam Tempoh penghunian masa tertentu, samada ditahap serius ataupun tidak. Kesan bahan kimia yang berlebihan di dalam badan seseorang, boleh merosakkan organ Dalaman yang penting, seperti otak, buah pinggang, hati dan Sebagainya. Jika penyalahgunaan ditahap yang serius, boleh mendatangkan komplikasi yang teruk pada Saraf otak, sekaligus boleh menyebabkan Kematian.

Tajuk : Pada masa ini, rancangan-rancangan hiburan berbentuk realiti di televisyen telah menjadi kegilaan ramai. Para penonton dan masyarakat telah memberikan perhatian dan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap rancangan tersebut.Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan rancangan realiti di televisyen terhadap golongan remaja. Fear Factor merupakan salah satu rancangan hiburan realiti di televisyen yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton di seluruh dunia. Rancangan Fear Factor disiarkan menerusi saluran NTV7 setiap hari Sabtu pukul 11.00 malam. Rancangan tersebut juga dapat ditonton menerusi saluran 5 televisyen Singapura setiap hari Rabu pukul 7.30 malam. Bagi peminat-peminat Fear Factor sehari tidak menonton rancangan tersebut bagaikan tidak lengkap kehidupan pada hari tersebut.Demikian juga hebatnya sambutan yang diberikan kepada rancangan Akademi Fantasia, My Team, One In A Million, Gang Starz dan Akademi AlQuran. Namun demikian, sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap rancanganrancangan tersebut daripada kalangan remaja amat menggusarkan pelbagai pihak. Remaja yang terlalu taksub dengan rancangan hiburan realiti akan membazirkan masa tanpa berfaedah. Setiap detik yang berlalu hanya membawa minda mereka ke alam hiburan realiti. Mereka sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan rancangan hiburan itu sambil terus meminggirkan perkara-perkara yang lebih penting, terutamanya pelajaran. Sebagai contoh, apabila rancangan Akademi Fantasia hampir ke udara, maka perasaan teruja akan menyebabkan remaja yang fanatik dengan rancangan itu akan melupakan hal-hal yang lain. Dalam konteks ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa rancangan realiti di televisyen mengakibatkan tumpuan pemikiran remaja beralih dari bidang akademik ke bidang yang remeh-temeh. Kedapatan juga rancangan hiburan realiti di televisyen yang menggunakan kuasa penonton untuk menentukan pemenangnya.Pihak penganjur sengaja mengambil kesempatan dan peluang untukmenangguk di air yang keruh. Pada kelazimannya, penonton diberi kuasa mengundi pemenang menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Remaja yang taksub dengan peserta

yang paling diminati sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kejayaan peserta itu. Hal ini termasuklah mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar dengan mengundi menerusi SMS peserta yang diminati.Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa untuk perbelanjaan di sekolah telah disalahgunakan. Mereka sanggup mengikat peruthanya semata-mata untuk membayar perkhidmatan telefon bimbit yang digunakan oleh mereka. Jelaslah di sini bahawa penyiaran rancangan hiburan berbentuk realiti di televisyen turut melibatkan pembaziran wang, terutamanya dalam kalangan remaja. Gejala yang paling membimbangkan marcapada ini ialah pengaruhhedonisme yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Hedonisme merujuk kepada fahaman atau pegangan yang mementingkan hiburan dan keseronokan dalam kehidupan. Budaya ini turut disuburkan dengan program realiti yang telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja. Kemunculan rancangan hiburan yang berbentuk realiti telah menjadi virus yang menyebabkan barah dalam masyarakat semakin parah. Fanatisme terhadap hiburan telah menjadikan golongan remaja semakin alpa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. Keseronokan menghayati dunia hiburan telah mengatasi segala-galanya. Kaset, cakera padat, cakera padat video, cakera padat digital dan lambakan majalah hiburan memenuhi ruang kamar remaja. Demikian juga halnya dengan gambar dan poster bintang pujaan mereka yang memenuhi dinding, fail dan kulit buku remaja pelajar. Lantas, sajian rancangan hiburan berbentuk realiti telah menyubursegarkan fahaman hedonisme dalam kalangan remaja. Intihanya, amat jelas bahawa rancangan hiburan berbentuk realiti di kaca televisyen telah meninggalkan impak yang negatif dalam kalangan remaja. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang gejala tersebut daripada terus menjadi virus. Pihak penganjur dan penyiar tidak wajar memikirkan soal keuntungan semata-mata, sebaliknya aspek pembinaan minda golongan remaja perlu diutamakan. Ibu bapa pula harus memainkan tanggungjawab masing-masing supaya golongan remaja tidak mudah hanyut dalam gelombang hiburan yang semakin menggila.

SOALAN : Program realiti yang banyak ke udara di kaca-kaca televisyen sebenarnya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.Huraikan pernyataan ini. Program Realiti Televisyen Pengenalan Program realiti yang banyak di kaca televisyen telah menjadi kegilaan para remaja untuk menyertainya. - sanggup berbaris dari awal pagi untuk sesi saringan - mencuba nasib menjadi penyanyi yang terkenal - Contohnya Akademik Fantasia,One In A Million,Vokal Bukan Sekadar Rupa dan pelbagai lagi.

Golongan remaja beranggapan cita-cita mereka menjadi penyanyi akan mudah tercapai melalui program ini. - realitinya ramai yang tidak berjaya - persaingan untuk menjadi penyanyi semakin tinggi - sukar untuk bersaing walaupun ada yang pernah menjuarai proram realiti ini Industri seni negara agak terhad dan masih belum mampu menembusi pasaran luar. - jualan album tidak sebanyak mana - konsert pula tidak serancak seperti di negara-negara luar - masa depan golongan remaja ini sebenarnya tidak menentu Program realiti yang banyak dipaparkan di kaca televisyen banyak melalaikan para remaja terutama pelajar sekolah. - menghabiskan banyak masa dengan menonton rancangan ini - tidak mengulang kaji pelajaran di rumah - prestasi akademik mulai menurun dan menjejaskan masa depan mereka Program ini juga banyak menghabiskan wang para remaja. - terlalu taksub dalam menyokong seseorang pelajar yang diminati - menghabiskan beratus-ratus ringgit melalui sistem pesanan ringkas - menjadi boros dan situasi ini pastinya tidak berbaloi Kebanyakan program realiti ini hanya Indah Khabar Daripada Rupa . - dijanjikan pelbagai kemudahan dan kejayaan jika menyertainya2 - menjadi artis rakaman ,pelakon dan pelbagai lagi - ramai yang terkandas di tengah jalan dan hidup dalam kemiskinan Penutup Program realiti ini sewajarnya dikaji semula dan jangan keterlaluan. - ada juga yang baik seperti Imam Muda dan Ustazah pilihan - pihak yang menganjurkannya benar-benar bertanggungjawab - menepati janji mereka kepada para peserta untuk kehidupan yang ceme

You might also like