1.0 Pengenalan Kesihatan adalah antara aspek yang harus diberi keutamaan dalam kehidupan kita.

Maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak tertinggal untuk mengambil berat mengenai kesihatan murid – murid di Malaysia. Program Kesihatan Sekolah adalah antara program yang diwujudkan khas oleh KPM untuk melahirkan pelajar – pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Salah satu komponen penting yang terdapat dalam Program Kesihatan Sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan. Tumpuan program ini lebih diberikan untuk menangani perubahan corak penyakit daripada penyakit berjangkit kepada tidak berjangkit. Program ini selain mencegah penyakit, ia juga mewujudkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan dalam diri pelajar. Antara perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada murid – murid sekolah adalah rawatan penyakit-penyakit (cacing, kutu), rawatan kecemasan, kawalan penyakit yang berjangkit, penilaian kesihatan/pemeriksaan perubatan, ukuran berat badan dan tinggi, ujian awal penglihatan, taraf pertumbuhan, imunisasi (Tahun I VI), double antigen, B.C.G., Polio, Rubella, pemeriksaan kanak-kanak cacat, rancangan kesihatan pergigian dan lain lain lagi. Tugasan KKP saya adalah berkaitan dengan Program Rubella di sekolah maka kita hanya akan melihat maklumat – maklumat terperinci mengenai Rubella, konsep dan matlamat Program Rubella, perlaksanaan Program Rubella, sejarah serta peranan komuniti dan ibu bapa dalam pelaksanaannya. 2.0 Apakah itu rubella? Rubella atau lebih dikenali sebagai German measles (ia tak sama dengan measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun, dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Rubella adalah penyakit ringan di kalangan kanak-kanak dan dewasa. Walau bagaimanapun, wanita yang tidak mendapat imunisasi terdedah dengan jangkitan rubella sewaktu mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat. Ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. Rubella juga merupakan sejenis

1

penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus biasanya dengan bintik-bintik ruam merah.

Gambar rajah 1.0 Sindrom rubella Ancaman virus Rubella yang paling menakutkan oleh virus Rubella ini ialah sekiranya ia menjangkiti wanita yang hamil dalam tempoh 12 minggu pertama atau tiga bulan. Ini disebabkan virus rubella boleh merentasi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam tubuh janin yang sedang membentuk menjadi bayi. Jangkitan virus rubella pada bayi dikenali sebagai sindrom konginetal Rubella. Sindrom konginetal rubella terutama pada peringkat awal kehamilan ini dianggap merbahaya kerana sifat janin mula membentuk. Sindrom konginetal rubella memberikan risiko kecacatan yang tinggi terhadap bayi dalam kandungan termasuk kecacatan seperti buta, katarak, hilang pendengaran, masalah jantung dan adakalanya terencat akal. Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan terdedah dengan risiko yang berbahaya. Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom konginetal rubella pada akhir tempoh mengandung juga berhadapan dengan risiko bayi yang dilahirkan mempunyai perkembangan yang lambat bagi belajar berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mudah. Rubella pada remaja dan orang dewasa dicirikan dengan pening kepala, sakit tekak, demam dan ruam kecil berwarna merah merupakan sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit. Ia biasanya menjangkiti kulit dan kelenjar limfa.

2

2 Tanda – tanda Rubella Tanda-tanda biasanya timbul di antara dua hingga tiga minggu selepas dijangkiti virus itu. sakit tekak. 2. Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terkena rubella. kaedah suntikan vaksin Suntikan vaksinasi vaksin digunakan ini dan kaedah sistem telah vaksinasi pertahanan mendapatkan yang sama dapat melindungi dengan perlu wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella. lemah lesu. Sistem pertahanan tubuh akan bertindak balas pada vaksin yang disuntik ke dalam tubuh ibu yang menyebabkan terbentuknya antibodi. Kemudian bahagian tangan dan kaki sebelum hilang dalam turutan yang sama.1 Sistem pertahanan badan Sehingga kini. Tanda-tanda itu biasanya akan berterusan untuk dua hingga tiga hari. sakit kepala. Oleh itu. merangsang Wanita yang tubuh menghasilkan hamil. tanda-tanda dan gejalanya adalah ruam dan demam ringan selama 2 hingga 3 hari (38°C dan kurang). penyakit Antibodi tersebut akan melindungi seseorang tubuh wanita sekiranya janin itu anda dalam hamil. Bagaimanapun sekiranya telahpun digalakkan diberikan vaksinasi. atau menunggu sehingga tiga bulan selepas vaksinasi sebelum merancang untuk daripada bakteria sebahagian daripada bakteria yang menyebabkan terjadinya penyakit tersebut. dan demam menurun. belum ada rawatan yang dapat menghindar atau membantu wanita yang mendapat jangkitan Rubella semasa hamil. Justeru. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil. Ruam merah jambu dan halus yang bermula pada muka dan merebak ke arah badan.2. bakteria ini tidak akan menyebabkan mereka yang disuntik jatuh sakit. Gejala beransur hilang apabila muncul ruam. Bezanya bakteria yang terdapat dalam vaksin yang disuntik adalah bakteria yang telah mati atau dilemahkan. diserang dia oleh tidak termasuklah bayi atau kandungan. batuk. Vaksin antibodi. Ruam bermula di muka. Ruam hilang selepas lima hari 3 . kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan ruam-ruam merah di badan. diperbuat vaksinasi.

masalah jantung.1 Ujian darah Untuk menghindar daripada penyakit Rubella. ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik.0 Ruam merah jambu di badan Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus. pekak. Gambar rajah 2. katarak (menyebabkan buta) jantung berlubang terencat tumbesaran atau akal dan masalah organ yang lain seperti hati dan kura (spleen).3. ia akan hilang selama seminggu sehingga 10 hari. Kebiasaan untuk jangkitan virus. Kanak-kanak yang terlibat dengan gejala ini perlu diasingkan di rumah.dan meninggalkan parut. Kadangkala jangkitan ini tidak disedari oleh pesakit atau ibu-bapa.0 Ruam di muka Antara langkah – langkah yang boleh diambil bagi mencegah penyakit rubella adalah:2. seseorang itu boleh menjalani ujian darah bagi mengenal pasti sama ada terdapat antibodi terhadap Rubella di 4 . Bayi yang terkena Congenital Rubella Syndrome boleh mengalami masalah kecacatan mental.3 Langkah – langkah pencegahan penyakit Gambar rajah 3. 2.

Wabak Rubella juga dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 10.2 Ujian Imuniti Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani ujian imuniti terhadap Rubella sebelum mereka hamil. lebih 20.dalam darah mereka. doktor tidak akan menggugurkan kandungan sekiranya wanita terbabit tidak menyedari bahawa mereka hamil ketika mendapat suntikan imunasi.000 kes keguguran dan bayi yang lahir mati sejurus dilahirkan. Ibu-ibu yang mendapat jangkitan Rubella selepas trimester yang kedua. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella. risiko mendapat sindrom konginetal Rubella boleh menyebabkan masalah lain seperti: a) Lahir tidak cukup bulan b) Berat badan yang kurang c) Masalah makan d) Cirit-birit e) Jangkitan kuman dalam paru-paru f) Anemia g) Radang paru-paru h) Mudah mengalami pendarahan 5 . Ketika wabak Rubella merebak di Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965. Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil. 2.3. Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat jangkitan Rubella pada tiga bulan pertama usia kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih kecacatan.000 bayi telah dilahirkan cacat. Jika tidak mereka boleh mengambil antibodi mengikut nasihat doktornya.4 Rekod serangan penyakit rubella Penyakit Rubella ditakuti kerana rekod serangannya yang menakutkan. Bagaimanapun. 2.

manakala dos tambahan semasa mereka berada di tahun satu persekolahan rendah. Azam Mohd. ancaman Ia beberapa penyakit yang kesan lebih besar pada masa akan datang. Sebanyak dua dos imunisasi MMR diberikan iaitu dos pertama ketika kanak-kanak berusia setahun. Dr.i) Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubu Pembengkakan hati dan limpa j) 2. Dr. Suntikan imunisasi MMR diberikan sama ada bahagian akan meninggalkan sampingan yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang dicucuk. Usia 12 bulan dipilih kerana jika diberikan terlalu awal. Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. ruam dan bengkak kelenjar air liur di leher. vaksin mungkin tidak dapat bertindak balas dengan berkesan kerana bayi masih membawa kekebalan si ibu semasa hamil. Ibu bapa yang tidak menyuntik MMR semasa bayi berusia 12 bulan hanya mendedahkan pada kanak-kanak paha itu atau kepada lengan.5 Bila imunisasi untuk rubella perlu diambil? Di Malaysia. Perlindungan adalah sepanjang hayat. demam. Universiti Putra Malaysia (UPM). imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles. mengantuk. pemberian vaksin yang terlalu awal kepada bayi 6 . Universiti Putra Malaysia (UPM). Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur 11-12 tahun. Azam Mohd. Nor. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa ia berlaku seperti cara penyimpanannya yang tidak sesuai. Menurut Pensyarah Pediatrik Klinikal. penyusuan ibu sangat digalakkan bagi memanjangkan lagi tahap dan tempoh daya tahan kanak-kanak. Kerana itu. Nor menjawab soalan sama ada individu yang mendapat suntikan MMR masih boleh dijangkiti atau tidak dengan menjelaskan bahawa dianggarkan dua hingga empat peratus vaksin tidak berkesan. Pensyarah Pediatrik Klinikal.

wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk tidak mengandung selepas tiga bulan menerima vaksin ini.6.2 Membasmi penyakit Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio. Walaubagaimanapun. rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus vaksin.berusia kurang 9 bulan di mana vaksin tidak bertindak secara baik dan kekebalan tidak sempurna.6 Kepentingan imunisasi MMR kepada kanak – kanak Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakitpenyakit berjangkit seperti difteria. polio. tetanus (kancing gigi). Kemusykilan mengenai immunisasi yang diambil lebih dari satu imunisasi yang berlainan adalah SELAMAT untuk diberikan dalam satu masa. measles. Imunisasi merupakan satu-satunya 7 influenzae type b. mumps. 2. tibi. Seperti kata pepatah "Mencegah adalah lebih baik daripada merawat". 2. 2.1 Mengelakkan diri daripada penyakit berjangkit Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga. Imunisasi merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui penggunaan . Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh menghindar penyakit ini daripada terkena bayi dan mengelakkan Congenital Rubella Syndrome. neonatal tetanus dan difteria. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. Ia boleh diberi di tempat yang berlainan seperti di kedua-dua peha atau lengan. Ini adalah kerana kesan vaksin ini terhadap kandungan masih lagi tidak dapat diketahui. pertussis (batuk kokol).6. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. hepatitis B.

Jika wujud keraguan. pihakhospital akan melakukan suntikan di bawah penyeliaan doktor.3 Mewujudkan kesedaran kendiri Program ini dapat mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan muridmurid.intervensi kesihatan yang kos-efektif. program rubella dijalankan di sekolah rendah kepada murid-murid perempuan. Untuk merealisasikan matlamat ini program-program kesihatan dilaksanakan di sekolah kepada muridmurid. Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan pembiakanvirus di dalam tubuh manusia. tambahnya. murid itu dapat mengetahui tahap kesihatan diri mereka dan dapat mengambil langkah seterusnya bagi menjaga diri mereka. 3. 3. Vaksin MMRboleh diperoleh secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh Negara. Program ini dijalankan dengan kerjasama antara kakitangan kesihatan dan pihak sekolah bagi memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah agar dapat melahirkan warga sekolah yang sihat dan selamat.1 Mencegah penyakit virus rubella Matlamat utama program ini adalah untuk menjaga daripada dijangkiti virus rubella.2 Menjaga kesihatan murid Program rubella ini juga dapat memastikan bahawa murid-murid sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal. 3. Apabila murid diberi rawatan.0 Konsep dan Matlamat Program Rubella Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah. 8 . rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Dos pertama telah diberikan kepada kanak – kanak berumur 12 bulan manakala ini adalah dos tambahan yang diberikan pada kanak – kanak berumur 7 tahun. mental. 3.

0 Sejarah dan perkembangan Pada tahun 2003. Pemantauan pelaksanaan program mendapati beberapa kelemahan yang perlu diperkukuhkan iaitu: i. ii. Malaysia telah membuat komitmen kepada Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Manila untuk mencapai status eliminasi measles menjelang tahun 2012. 9 . Malaysia masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Pada tahun 2009. Kementerian Kesihatan telah menggariskan beberapa strategi bagi memastikan matlamat eliminasi measles tercapai. menjalankan pelalian ‘catch-up’ kepada kanak-kanak berumur 8 ke 15 tahun pada tahun 2004 iii. melalui pelaksanaan program ini dapat membolehkan kita menilai dan menafsir taraf kesihatan murid sekolah. Di antara strategi tersebut ialah: i.4 Menilai dan mentafsir kesihatan murid Selain itu. Perkembangan fizikal murid-murid sekolah patut diberi perhatian dengan 9pecim rawatan dalam tempoh masa tertentu bagi mengetahui tahap perkembangan murid-murid. memperkenalkan dos ke – dua pelalian measles pada umur tujuh tahun ke dalam jadual Program Imunisasi Kebangsaan pada tahun 2002 menggunakan kombinasi vaksin Measles-Mumps-Rubella (MMR) ii. Pengesanan kes disyaki measles (demam dan ruam) yang tidak dibuat pelaporan/notifikasi dalam tempoh yang ditetapkan. iaitu kurang dari 1 kes untuk satu juta penduduk. 4. Tidak menjalankan penyiasatan yang lengkap dan tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan ke atas setiap kes yang dilaporkan. bilangan kes measles yang dilaporkan telah berkurangan dengan kadar kejadian 2 kes untuk satu juta penduduk. melaksanakan survelan ‘case-based’bagi setiap kes disyaki measles.3.

Tempoh satu (1) minggu bagi notifikasi bertulis yang ditetapkan bagi measles sebelum ini melalui Surat Pekeliling Kesihatan Awam 1198 siri KKM/Am-09162110-2110 bertarikh 2 Oktober 1998 adalah terbatal selepas ini. Notifikasi melalui telefon hendaklah dibuat dalam masa 24 jam selepas 10pecimen bagi membolehkan tindakan siasatan dan kawalan dibuat dengan cepat dan diikuti dengan notifikasi bertulis. semua pihak yang terlibat dalam program ini dikehendaki mempastikan tindakan ke atas langkah-langkah berikut diambil:i. Ujian makmal iv. Ada beberapa lokaliti yang tidak mencapai sasaran lebih 95% bagi liputan pelalian dos pertama dan dos ke dua MMR.0 Pengurusan dan perlaksanaan Dalam memperkukuhkan pelaksanaan Program Eliminasi Measles Kebangsaan bagi memastikan Malaysia mencapai status eliminasi measles menjelang tahun 2012. v. Liputan pelalian MMR atau measles 5. Kes klasifikasi v. Penyiasatan kes iii.1 Notifikasi kes Semua kes yang dinotifikasi kepada berhampiran disyaki measles hendaklah Pejabat Kesihatan Daerah.iii. Ada beberapa lokaliti yang tidak mencapai sasaran lebih 95% bagi liputan pelalian dos pertama dan dos ke dua MMR. Tidak mengambil 10pecimen urin atau swab tekak / nasopharangeal ke atas kes disyaki measles yang kurang dari 5 hari dari tarikh onset ruam untuk ujian isolasi virus dan juga gagal mengambil specimen darah ulangan / kedua bagi keputusan ujian serologi pertama yang “ equivocal”. 10 . Notifikasi kes ii. 5. iv.

vi. v. 5. Maklumat siasatan ke atas semua kes hendaklah dikemaskini dalam tempoh 24 jam selepas penyiasatan dijalankan.pengesahan 11pecimen dan isolasi virus measles mesti dihantar ke MKAK. Penyiasatan ke atas semua kes perlu merangkumi sejarah imunisasi dan liputan pelalian measles di lokaliti kejadian kes. Maklumat berikut mesti diperolehi dan dimasukkan ke dalam SM2: i. semua ujian bagi tujuan saringan. tarikh mula kejadian ruam tarikh pengambilan 11pecimen status pelalian measles tarikh pelalian measles terakhir tarikh lahir dan umur. Oleh itu. Sungai Buloh (MKAK) telah diiktiraf sebagai National Measles Laboratory oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). vii. Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. jantina maklumat daerah iii. iv. Maklumat notifikasi kes hendaklah dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Penyakit Berjangkit (Sistem e-Notifikasi) dan didaftarkan ke dalam Sistem Maklumat Siasatan Measles (SM2).2 Penyiasatan kes Penyiasatan ke atas semua kes hendaklah dijalankan dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan notifikasi.3 Ujian makmal Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan. 5. 11 .Pengamal Perubatan yang gagal 11pecim notis (notifikasi) dalam tempoh yang ditetapkan ke atas kes disyaki measles boleh dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan di bawah Subseksyen 10(2). ii.

Panduan jenis 12pecimen dan ujian yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah. lanya bagi tujuan 12 .Semua kes disyaki measles MESTI diambil specimen yang bersesuaian mengikut tempoh onsef ruam untuk dijalankan ujian makmal. spesimen yang perlu diambil hendaklah mengikut bilangan kes. maksima hanya 10 kes sahaja yang perlu diambil spesimen bagi setiap lokaliti.4 Kes klasifikasi ujian measles/rubella lgM equivocal. Keputusan pengesahan.0 Panduan jenis specimen dan ujian Rubella Spesimen darah ke dua (10 20 hari selepas spesimen pertama) hendaklah diambil sekiranya : i. Tempohonset ruam (Tarikh 12pecimen diambil – tarikh onsef ruam) 1-5 hari Darah Urin / swab tekak / nasopharyngeal 6. Bagi wabak disyaki measles. Bagi wabak yang kurang dari 10 kes. ii. 5.28 hari Darah Jenis spesimen Jenis ujian Isolasi virus Ujian Serelogi / / / Jadual 1. Keputusan ujian measles/rubella lgM negative bagi spesimen darah yang diambil dengan tempoh on-set ruam kurang dari 5 hari.

iii. positif lgM rubella atau 'vaccine related measles' (spesimen darah didapati positif measles dalam tempoh l hingga 6 minggu dari tarikh pemberian vaksin MMR atau measles. 5. i. 6. Peringatan penting yang dingatkan adalah Kes klinikal menunjukkan kegagalan sistem survelan measles menjalankan penyiasatan selengkapnya atau secukupnya bagi membuat kes klassifikasi sebagai penyakit measles. Semua kes disyaki measles diklassifikasikan sebagai kes disahkan measles (positif ujian makmal.Kes dengan demam dan ruam digunakan sebagai kes definasi untuk kes disyaki measles.0 Survelan Rubella Pelalian rubella di bawah Program lmunisasi Kebangsaan telah dimulakan pada tahun 2002. Kes diodiscard'sekiranya ujian makmal didapatinegatif lgM measles. Segala maklumat hendaklah 13 . iv.nital rubella syndrome (CRS) tercapai.5 Liputan Pelalian MMR atau measles Liputan pelalian MMR dos I dan 2 di setiap kawasan operasi atau lokaliti hendaklah 95% dan ke atas. Aktiviti mop-up atau catch-up perlu dijalankan sekiranya didapati liputan pelalian kurang dari 95%. Kes diklassifikasikan sebagai kes klinikal sekiranya kes tidak disahkan secara ujian makmal atau tidak disahkan ada hubungan epidemiologi dan memenuhi syarat kes definasi. Sistem survelan rubella perlu dijalankan bagi memastikan objektif pelalian serta eliminasi rubella dan conge. Kes diklassifikasikan sebagai hubungan epidemiologi (epidemiological link) sekiranya kes ada kontak dengan kes yang positif ujian makmal. Kes definisi ini juga digunakan bagi tujuan untuk eliminasi measles dan rubella. ii. Kes diklassifikasikan sebagai positif ujian makmal sekiranya ujian makmal menunjukkan positif lgM measles. Semua kes dengan demam dan ruam yang disyaki sebagai rubella perlu dibuat notifikasi dan dibuat siasatan sebagai kes measles. epidemiological link dan kes klinikal) atau di'discard'.

6.0 Peranan sekolah Program Rubella adalah suatu program yang manfaat untuk murid-murid sekolah rendah.1 Keperihatinan program i. Guru yang dilantik juga perlu membantu pihak kesihatan semasa berlangsung sebarang program yang berkaitan dengan program rubella. Kita boleh membahagikan warga sekolah kepada tiga lapisan iaitu. Ia juga dapat memberi satu pandangan kepada guru mengenai program rubella. Oleh itu.3 Memantau pelaksanaan program serta perkembangan terkininya 14 . Dengan ini beliau boleh memberi penerangan kepada guru-guru mengenai program rubella yang akan berlangsung di sekolah. guru besar perlu melantik seorang guru untuk mengendalikan atau menyimpan rekod suntikan rubella. Wagra sekolah memainkan peranan penting dalam program ini. guru dan murid.1. 7.1. 7. 7.2 Melantik seorang guru bagi mengendalikan program rubella Selain itu. guru besar. ii. Taklimat dan latihan hendaklah diberikan kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan Program Eliminasi Measles.dimasukkan dalam Sistem e-Notifikasi dan seterusnya didaftar serta dikemaskini dalam SM2. 7.1 Mengetahui maklumat mengenai program rubella Sebagai seorang guru besar sekolah yang berperihatin. Ia boleh membantu murid perempuan untuk hidup dengan sihat.1. semua pihak terutamanya warga sekolah perlu berganding bahu dengan pihak kesihatan untuk mengekalkan program ini terus berfungsi dengan baik. Pencapaian program perlu dipantau oleh Pengarah Kesihatan Negeri. beliau perlu mengetahui serba sedikit maklumat tentang program rubella dan matlamatnya.1 Peranan guru besar 7.

guru juga perlu menyimpan rekod tentang suntikan rubella. Selain daripada rekod kesihatan.2 Peranan guru 7. 7. Beliau juga harus mengambil kira perkembangan terkini program tersebut kerana jika terdapat sebarang masalah guru besar adalah orang pertama yang akan diajukan soalan oleh ibu bapa atau pihak luar.2.2. pihak kesihatan boleh mengetahui penyakit seseorang murid melalui rekod tersebut. Contohnya.2 Menyimpan rekod pemberian vaksin vaksinasi Seterusnya guru perlu memastikan rekod-rekod kesihatan murid disimpan dengan sistematik dan baik. beliau harus mendalami segala jenis maklumat mengenainya secara mendalam. 7. 15 .3 Mewujudkan kesedaran menjaga kesihatan dan menghilangkan rasa takut dalam diri murid – muridnya.2. Jika tidak masyarakat tidak akan mempercayai kata – kata gurunya atau keberkesanan program tersebut. 7. Rekod tersebut disimpan dalam membentuk graf. jadual dan taburan untuk menjadikan sebagai panduan pihak sekolah dan rujukan ibu bapa. tersusun dan berterusan pada setiap tahun.Guru besar juga perlu memastikan pelaksanaan dan pemantauan program rubella dijalankan dengan terancang. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai penyakit ini atau vaksin MMR guru yang bertanggungjawab seharusnya dapat menjawab soalan mereka dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan. Ia dapat membantu mereka dalam proses suntikan ini. Pihak kesihatan boleh mendapat sebarang maklumat mengenai kesihatan murid daripada rekod tersebut.1 Mewujudkan kesedaran mengenai penyakit rubella dalam kalangan ibu bapa Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program rubella. Ini kerana ia boleh digunakan oleh pihak kesihatan semasa memberi suntikan rubella.

3.4 Sediakan bilik pemeriksaan dan memberi penghargaan kepada pihak hospital yan bertugas. Ini dapat memudahkan pihak kesihatan yang datang sekolah untuk memberi suntikan rubella. Oleh itu.Seterusnya guru perlu menggalakkan murid untuk menerima suntikan ini. Ini kerana guru dapat menyenangkan hati murid sebagai seorang ibu.1 Menimba pengetahuan tentang rubella Murid perlu meningkatkan pengetahuan tentang rubella supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri. Selain daripada ceramah. Biasanya kebanyakan murid sekolah rendah takut dengan suntikan seperti ini. Guru yang bertanggungjawab perlu meyediakan bilik pemeriksaan atau rawatan untuk program Rubella ini. guru perlu menjelaskan kebaikan suntikan tersebut terlebih dahulu atau guru juga boleh mengikut murid semasa suntikan untuk menghilang rasa takut mereka. Mereka boleh menjadikan guru 16 .2.3 Peranan murid 7.5 Ceramah Guru boleh mengadakan ceramah yang berkaitan tentang Program Rubella kepada ibu bapa dan murid bagi memberi kesedaran tentang suntikan rubella. 7. poster – poster yang berkaitan dengan penyakit rubella juga boleh ditampal di kawasan sekolah supaya dapat memberi satu pendedahan mengenai penyakit ini dalam kalangan ibu bapa.2. Guru juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh mereka. Kalau boleh menyediakan jamuan ringan bagi pihak hospital yang bertugas sebagai tanda berterima – kasih daripada pihak sekolah. 7. Bagi menghilangkan rasa takut . 7. guru tersebut harus mengambil inisiatif bagi mendapatkan postur – postur tersebut daripada pihak hospital. Guru yang bertugas boleh berganding bahu bersama pihak hospital bagi menjalankan ceramah sedemikian.

jantung berlubang. Secara tidak langsung ia dapat membantu menghilangkan perasaan takut di dalam diri murid . 8. Murid juga boleh menyampaikan maklumat tentang rubella ibu bapa atau ahli keluarga yang lain dan masyarakat setempat mengenai program Rubella jikalau mereka tidak mengenalinya. saudara atau murid sekolah supaya sedar akan kebaikan suntikan Rubella dan memberikan rangsangan dan pandangan yang positif sahaja mengenai Program Rubella.1 Menyokong program Rubella Mereka perlu menyokong program Rubella yang diadakan di sekolah dengan cara memberikan semangat kepada anak-anak .1.murid. buta. 8.0 Penglibatan komuniti dan agensi-agensi Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Masyarakat termasuk warga ibu bapa perlu meluaskan minda dan berusaha gigih untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan bagi mempertingkatkan lagi status atau taraf kesihatan anak-anak. Dalam hal ini mereka boleh merujuk buku. pihak sekolah perlu berganding bahu bersama pihak kesihatan untuk menjayakan program rubella dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang suntikan rubella agar anak mereka hidup dengan sihat. internet atau guru bagi mendapatkan maklumat mengenai suntikan Rubella. terencat tumbesaran dan terencat akal. Ini termasuk katarak. pekak. Kesimpulannya. 17 .atau ibu bapa sebagai rujukan mereka. Walaupun anak mereka tidak menuntut di sekolah tertentu namun mereka perlu ada semangat berjiwa untuk memberikan idea atau cadangan bagi menjaga kesihatan pelajar. Penyakit ini dianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerima imunisasi rubella akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertama yang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. 8.1 Peranan masyarakat Masyarakat di sekeliling sesebuah sekolah perlu mengambil berat tentang kesihatan warga sekolah atau murid sekolah.

Peranan pihak hospital dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan menilai tahap kesihatan murid sebelum memberikan suntikan Rubella perlu agar tidak memberikan kesan sampingan yang melampau ke atas murid sekolah. pihak hospital tidak berhenti perkhidmatannya iaitu memberikan suntikan vaksin Rubella kepada murid sekolah. 8. Ia tidak hanya program biasa sahaja seperti sukan sekolah. Disini. Dos suntikan perlu dinilai dan ditakat penggunaannya. Pihak hospital kerajaan merupakan badan yang mempunyai kewajipan untuk menjaga dan memelihara kebajikan masyarakat agar rakyat dapat menikmati kesejahteraan hidup. hari penyampaian hadiah dan mesyuarat PIBG.2 Memantau kesihatan murid 18 .2. namun sangat digalakkan untuk mengambil bahagian dalam rancangan atau program berkaitan dengan kesihatan juga.2.2 Berkerjasama bersama pihak sekolah menjayakan program Masyarakat perlu mewujudkan kerjasama dengan sekolah untuk menyokong program kesihatan yang dijalankan di sekolah. kita tidak dapat menafikan peranan dan insentif pihak hospital dalam meningkatkan penyakit malah taraf kesihatan bukan sahaja menekankan aspek pencegahan menawarkan mutu perkhidmatan rawatan yang berkesan kesihatan serta yang positif dan menjurus ke arah mempromosikan dimensi kesejahteraan hidup.2 Peranan badan kerajaan ( pihak hospital ) Semua pihak termasuk kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat termasuk kesihatan murid-murid sekolah.1 Memberikan suntikan vaksin Demikian.1. 8. Antara agensi yang disarankan di bawah masyarakat adalah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung atau Jawatankuasa Kawasan Perumahan. Agensi-agensi ini perlu bergerak ke arah pembangunan kesihatan murid-murid sekolah. Ini dapat membantu ibu bapa agar tidak risau memikirkan tentang kesihatan anak-anak mereka. 8.8.

8. pihak hospital perlu mengedarkan poster dan risalah berkaitan dengan penyakit tersebut. Selain itu.3 Memberi ceramah Ceramah boleh diadakan bagi pihak sekolah. jadual dan taburan mengenai program Rubella ke atas murid agar menjadi panduan pihak sekolah dan rujukan ibu bapa di masa hadapan. Jika murid – murid mengalami sebarang penyakit atau alahan yang tidak membolehkan mereka mengambil vaksinasi tersebut maka pemantauan pihak hospital yang dijalankan sebelum program ini dijalankan dapat membantu mengetepikan mereka atau mencari jalan penyelesaiannya.2. murid-murid sekolah dan ibu bapa mengenai Program Rubella agar mereka sangat peka dengan Rubella dan sedar akan kelemahan dan kebaikannya. 8.5 Menyimpan rekod Pihak hospital perlu menyimpan satu carta mengenai graf .2. St.4 Membuat peninjauan terkejut ke sekolah . 8. Maka.4 Peranan badan bukan kerajaan Antara badan bukan kerajaan yang berperanan terlibat dalam program Rubella adalah Persatuan Bulan Sabit Merah. 8. PBSMM juga terlibat secara aktif dalam mengadakan program bagi masyarakat di bandar sama ada yang miskin dan maysarakat diluar bandar dengan mengadakan 19 .2. John Ambulan dan Kelab Rotary. Ini perlu juga disimpan mengikut sistem fail di sekolah. Pihak hospital perlu membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana sekolah agar menilai sejauh mana pihak sekolah peka tentang penyakit Rubella.Pihak hospital sentiasa memantau kesihatan murid dari setiap aspek selain daripada Rubella. pemantauan kesihatan dari masa ke semasa adalah sangat penting dalam menjalankan program – program sedemikian.sekolah Pengurus hospital sentiasa menggalakkan individu untuk mengambil rawatan dan ubat-ubatan yang sepatutnya diambil oleh individu termasuk menerima suntikan Rubella.

sebelum kelahiran bayi dan juga selepas kelahiran bayi. dan mengambil langkah positif untuk meningkatkan lagi serta mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu. Persatuan Bulan Sabit Merah berperanan menjalankan program ceramah di sekolah bagi murid-murid. mencegah anak-anak mereka dijangkiti virus Rubella. peranan komuniti serta badan kerajaan dan badan bukan kerajaan memberi penekanan kepada sudut promosi kesihatan. Secara kesimpulan. pencegahan penyakit. 9. ibu bapa bertanggungjawab untuk mendapatkan suntikan vaksin.kem-kem perubatan dan program penjagaan keluarga. rawatan serta pemulihan dan pengekalan sistem kesihatan yang efisen dan adil . Kerajaan perlu terus mempergiatkan dan mengambil langkah-langkah drastik untuk meningkatkan taraf kesihatan murid. Didapati bahawa virus Rubella yang menjangkiti janin boleh menyebabkan bayi dilahirkan Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengetahui tentang langkah-langkah yang patut diambil untuk 20 . Apakah peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh ibu bapa? Peranan ibu bapa boleh dibahagikan kepada 2 fasa. Iaitu.1 Mendapatkan suntikan vaksin Sebelum kelahiran bayi iaitu sebelum mengandung lagi seorang ibu haruslah mendapatkan suntikan vaksin daripada pihak hospital. menghargai kesihatan sebagai aset bernilai. Sebelum kelahiran bayi. 9.0 Peranan ibu bapa dalam mengatasi penyakit Rubella Rubella merupakan sejenis masalah kesihatan yang serius di kalangan kanak-kanak. Ia adalah bertujuan bagi mengelakkan janin yang dikandungnya tidak dijangkiti virus Rubella. sekolah dan badan bukan kerajaan seperti PBSM yang memainkan peranan yang penting. Program Kesihatan mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka. ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab mereka tersendiri untuk dilaksanakan bagi memastikan anak-anak mereka bebas daripada Rubella. Selain daripada badan kerajaan seperti hospital. melakukan pemeriksaan immunisasi dan sebagainya.

Contohnya.cacat yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome. 9. Pemeriksaan ini boleh dilakukan dengan menguji darah si ibu.3 Suntikan immunisasi MMR Selepas kelahiran pula. Sekiranya didapati badan si ibu tidak mengandungi immunisasi tersebut. mengapakah penyakit itu dijangkiti. sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab adalah baik sekiranya pemeriksaan dijalankan untuk menguji sama ada badan si ibu mengandungi immunisasi yang boleh mencegah jangkitan virus Rubella. kanak-kanak perempuan tidak akan terdedah kepada virus yang berbahaya ini.2 Pemeriksaan immunisasi Selain itu. 9. Ini termasuk pekak. apakah kesan-kesannya dan cara-cara untuk mengatasi penyakit ini? Jawapan kepada soalan-soalan ini harus diketahui oleh ibu bapa sebagai langkah penjagaan agar anak-anak mereka tidak menjadi mangsa kepada penyakit ini. sekiranya seorang ibu mendapati anaknya mempunyai ruam di badan. Dengan mendapatkan suntikan MMR. seseorang ibu ataupun bapa harus mengetahui tentang apakah itu penyakit Rubella. batuk dan sebagainya maka ibu harus mengetahui apakah yang terjadi pada anaknya itu. maka ibu tersebut boleh mengatasi masalah kesihatan ini dengan mudah. Dos yang pertamanya adalah. ibu bapa harus bertanggungjawab untuk meendapatkan suntikan immunisasi MMR bagi anak-anak mereka sebanyak dua dos. maka ibu itu haruslah mendapatkannya agar anak yang akan dikandung olehnya sihat. Dengan pengetahuan yang sedia ada.4 Pengetahuan tentang Rubella Selain daripada memastikan anak-anak disuntik suntikan Immunisasi MMR. 9. demam ringan. pada bulan ke-12 bayi dilahirkan manakala dos yang kedua pula adalah pada tahun satu di sekolah rendah sebagai dos tambahan. Juga termasuk peranan ibu bapa untuk segera mendapatkan suntikan tersebut sekiranya anak mereka tertinggal untuk mendapatkan suntikan tersebut.5 Mengenalpasti perubahan anak-anak mereka selepas disuntik 21 . 9. katarak (menyebabkan buta) dan juga jantung berlubang.

Apabila matlamat dan objektifnya tercapai. ibu bapa juga boleh menunjukkan keperihatinan mereka dengan melibatkan diri dalam kempen-kempen dan program-program yang dianjurkan oleh sekolah dan juga di hospital.6 Memotivasikan anak-anak Selain itu.7 Penglibatan dalam kempen dan program yang berkaitan dengan Rubella. Sekiranya anak-anak tidak mahu menerima suntikan immunisasi ibu bapa harus bertanggungjawab untuk memotivasikan anak-anak mereka. keluarga. maka program ini akan diteruskan bagi jangkamasa yang panjang dan secara langsungnya ia akan terus mendatangkan kesan positif kepada diri. Peranan ibu bapa dalam program kesihatan sebegini adalah amat besar dan juga penting. matlamat dan objektif program ini akan tercapai. ibu bapa harus mengetahui punca utamanya adalah suntikan Immunisasi untuk memudahkan kerja semasa perubatan. ruam di seluruh badan dan sawan tarik. 9. Dengan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa kepada program kesihatan ini. malah mereka akan cuba untuk mengelakkan diri daripada disuntik. Ia adalah penting kerana kanak-kanak akan berasa tidak selamat disuntik.Ibu bapa juga perlu menunjukkan keperihatinan mereka kepada anak-anak mereka melalui mengenalpasti perubahan yang berlaku di badan anak-anak mereka. Kesan sampingan yang paling teruk adalah seperti demam (lebih daripada 38ºC). Terutamanya sekiranya ibu bapa mendapati anak yang disuntik mempunyai lebam di tangan. adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengetahui tarikh suntikan MMR yang disuntik di sekolah ataupun di hospital dan memotivasikan anak mereka. Selain daripada itu. 9.0 Peranan Ibu . Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan. Walaupun suntikan imunisasi adalah selamat adakalanya suntikan tersebut mendatangkan kesan sampingan yang yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya. masyarakat dan juga negara. Komitmen yang diberi oleh ibu bapa juga merupakan antara aspek 22 Gambar rajah 4. maka ibu bapa harus mengetahui punca kepada lebam di tangan itu. Ibu bapa harus memahamkan anak-anak mereka tentang kepentingan dan kebaikan suntikan agar mereka tidak cuba untuk mengelakkan diri daripada disuntik.

nlm.gov.wa.Prognosis ..com/article. Poster: Measles Mumps Rubella: Dimuat turun pada 25 Februari 2011 daripada : http://www. Oleh itu./GP.health.com/journal/item/46/Belajar _Yuk_tentang_Rubella 5.Complications – Prevention.my/media/. tanpa keluarga tidak wujudnya masyarakat dan tanpa masyarakat tidak wujud pula sesebuah negara..multiply.gov/pubmedhealth/PMH0002541/ 4.. Ibu bapa merupakan pengasas kepada sebuah keluarga.php?article_id=480 6. Dimuat turun pada 22 Februari 2011 daripada : http://www. Apa itu Rubella..net/health/What-is-Rubella-%28Indonesian%29. kita boleh mendapati semuanya bermula daripada ibu dan bapa.news- medical. Maka. ibu bapa haruslah mempunyai kesedaran tentang program-program kesihatan seperti suntikan untuk mencegah Rubella dan sebagainya untuk kehidupan yang lebih sihat.ncbi.gov.Dimuat turun pada 23 Febuari 2011 daripada : http://kreshnasena./GP_Fakta_Imun_BM.pdf 23 .Treatment .. Dimuat turun pada 10 Februari 2011 daripada : http://www.clubandstore. Apa itu RUBELLA dan BAGAIMANA PENCEGAHANNYA. Article >> Health >> CAMPAK (RUBELLA).Tests .nih. Dimuat turun pada 23 Februari 2011 daripada: http://www.Symptoms . Rubella Causes .au/cproot/1465/2/9091MMR.public.pdf 3.. Bibliografi Laman web : 1.yang menyebabkan program kesihatan sebegini berjaya.aspx 2. FAKTA IMUNISASI KANAK-KANAK: Dimuat turun pada 22 Februari 2011 daripada : www.infosihat.

net/v6/epekeliling/jpnselangor/E-PEKELILING%20EDISI% 201/ PENGURUSAN%20SEKOLAH/Amalan%20kebersihan%20sek.assafii.1997.my/file_dir/1 647985254cdb4a96e02cd.7. 6/1998 : Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah:http://www.pdf b) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.pdf 24 .pdf c) SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BlL.org.ppdhl.com/web_documents/spi_1998_06_menjaga_kesi hatan_murid.mpaweb. 24t2010: PENGUKUHAN pRocRAM ELtMtNASt MEASLES KEBANGSAAN (Measles Elimination program MEp) : http://www. 6/1997 : Amalan Kebersihan Sekolah : http://www. Surat Pekeliling : Dimuat turun pada 27 Februari 2011 daripada : a) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.