You are on page 1of 9

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus geografi ini yang

bertajuk Ekosistem Hutan Terganggu Di Tanjung Ketapang Muar, Johor.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Puan Hajah Suhana Binti Sulaiman kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus geografi ini.

Di setiap sudut kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran geografi saya, Cik Rohaida Binti Arsat yang telah banyak membantu saya dari segi pencarian maklumat yang dapat dimuatkan dalam kerja kursus ini.

Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, Encik Idrus Bin Daud dan Puan Wan Rohanah Binti Sheikh Mohamad yang telah memberi bantuan dari segi kewangan dan sanggup meluangkan masa untuk membawa saya ke kawasan kajian serta memberi sokongan yang padu kepada saya untuk melengkapkan kerja kursus ini.

Bagi rakan-rakan saya Nur Farah Farhana Binti Roslan, Nor Adibah Binti Rafar, Nur Safuhah Binti Abu Samah, Alya Aqilah Binti Jelani dan Siti Hajar Binti Hazilin yang telah banyak menyumbangkan idea. Jasa kalian tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Muar kerana telah memberi saya peta dan maklumat tentang kawasan kajian yang saya kaji.

Semoga jasa yang anda sumbangkan akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat. Sekian , terima kasih.

Semua calon PMR wajib melaksanakan kerja kursus Geografi sebagai salah satu daripada keperluan penilaian terhadap pencapaian pelajar dalam kerja kursus Geografi berdasarkan kepada aspek-aspek yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Saya telah memilih Tanjung Ketapang , Muar Johor kerana kawasan ini terletak di kawasan pinggir laut menghadap ke Selat Melaka yang terdapat kawasan hutan paya bakau atau air masin yang semakin hari semakin terganggu akibat daripada kerakuasan manusia. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan rekreasi yang terkenal di Muar. Tanjung Ketapang juga berdekatan dengan sekolah saya iaitu kira-kira 1 km dari SMK (P) Sultan Abu Bakar. Saya telah melawat kawasan kajian sebanyak dua kali sewaktu cuti sekolah penggal pertama untuk membuat tinjauan dan menyoal selidik pengunjung kawasan kajian.

Saya mengambil masa selama 3 bulan yang bermula pada bulan Mac hingga Mei 2012 untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Menghuraikan konsep ekosistem hutan

Menerangkan kepentingan ekosistem hutan

Menghuraikan factor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu

Mengkaji kesan ekosistem hutan terganggu

Mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu

Menghuraikan penerapan nilai atau unsure patriotisme dalam dapatan kajian

Dalam menjalankan kerja kursus Geografi ini, terdapat beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah

Pemerhatian :

Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar kawasan kajian saya iaitu di Tanjung Ketapang Muar, Johor selama dua hari. Saya mendapati kawasan kajian saya dilawati oleh ramai pengunjung.

Soal selidik :

Saya juga telah menjalankan soal selidik dengan mengedarkan 20 borang soal selidik kepada 20 orang responden. Pihak responden telah member kerjasama yang baik sehingga saya mendapat maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.

Rujukan :

Saya juga telah membuat rujukan daripada internet dan perpustakaan bagi menambah maklumat tentang kajian ini.

Temubual :

Saya juga telah menyoal 10 orang responden tentang kawasan kajian .

Kawasan kajian saya ialah Tanjung Ketapang yang terletak di pinggir laut menghadap ke Selat Melaka. Kawasan ini merupakan kawasan semula jadi iaitu kawasan hutan paya bakau.

Mengikut sejarah, kawasan Tanjung Ketapang ini dikenali sebagai Teluk Dalam. Namanya ditukar dan wujud menjadi nama yang ada sekarang sejak Belanda mengadakan hubungan dagang di Nusantara. Nama Teluk Dalam digunakan kerana kuala sungainya yang dalam dan memudahkan kapal-kapal berlabuh untuk mendapatkan beberapa hasil berharga seperti rempah ratus dan emas. Di kuala sungai Muar iaitu Tanjung Ketapang terdapat sebuah pelabuhan dan kota yang sibuk menjadi tumpuan para pedagang seluruh pelusuk dunia. Di kawasan ini, terdapat pokok paya bakau yang menjadi tumbuhan semula jadi kerana kawasan pinggir pantai yang berlumpur. Selain itu, kita juga dapat beriadah kerana kesegaran udaranya boleh menenangkan minda .

Tanjung Ketapang terletak kira-kira 1 km kearah barat daya Pusat Bandar Muar iaitu Bandar Maharani. Dari Tanjung Ketapang ke pusat Bandar,mengambil masa 30 minit dengan berjalan kaki. Selain berjalan kaki, anda juaga boleh menaiki teksi, bas ataupun kenderaan lain.

Tugasan 1 : Ekosistem Hutan Terganggu Di Kawasan Kajian Dapatan Kajian:

8.1 konsep Ekositem Hutan Terganggu Di kawana Tanjung Ketapang, Muar, Johor, Darul, Takzim Menurut wikipedia, Ekosistem merupakan ineraksi dan hubung kait antara benda bukan hidup dan benda hidup dalam alam semula jadi. Ekosistem hutan adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem. Ekosistem hutan terganggu berlaku apabila manusia meneroka kawasan hutan untuk tujuan pembangunan dan kelangsungan hidup.

8.2 Kepentingan Ekosistem Hutan Di Kawasan Kajian

1. Menyerap karbon dioksida Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, saya mendapati terdapatnya kawasan laluan utama kenderaan untuk ke Bandar Muar. Kepentingan pokok-pokok yang terdapat di Tanjung Ketapang adalah untuk menyerap karbon dioksida dari asap kenderaan. Kiata sepatutnya bekerjasama dan menghargai sumber hutan di negara kita.

2. Habitat flora dan fauna. Saya mendapati pokok-pokok yang terdapat di kawasan hutan paya bakau menjadi habitat atau tempat tinggal pelbagai jenis hidupan akuatik dan bukan akuatik.anatara hidupan yang tinggal ialah monyet, ketam, udang, ikan, ulat dan lain-lain.manakala tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan ini ialah bakau api-api, pokok nipah dan lain-lain lagi. Tanpa hidupan-hidupan ini, kawasan ini tidak akan ada keseimbangan.

3. Membekalkan oksigen Melalui pemerhatian yang dilakukan , saya dapati di kawasan ini terdapat banyak pokok yang tumbuh seperti bakau api-api, pokok-pokok nipah dan sebagainya.tumbuhan ini dapat

membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis. Saya berharap agar tumbuhan ini akan dibiarkan kekal di sini dan tidak ditebang dengan sesuka hati.

4. Menyederhanakan suhu Melalui pemerhatian saya, kepentingan ekosistem hutan belukar kepada penduduk kawasan kajian ialah hutan dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis. Oleh itu, kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya dapat mengekalkan kelembapan udara.

You might also like