You are on page 1of 11

KONSEP KIT BACAAN BERGRED

Bacaan bergred adalah satu bentuk bahan bacaan yang dibina melalui proses pemeringkatan untuk membolehkan seseorang murid itu menguasai bacaan dengan lancar dalam tempoh masa yang singkat.

OBJEKTIF KIT BACAAN BERGRED


Memudahkan murid yang lemah untuk membaca. Menanam minat murid yang lemah untuk membaca. Menjelasakan kepada murid proses pembacaan. Mengembangkan tahap pemikiran murid. Membantu murid membina ayat. Membimbing murid mengembangkan penceritaan.

FAKTOR DALAMAN MASALAH MEMBACA


Menurut

Marohaini Yusoff (1999), faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, pengalaman sedia ada, aspek psikologi adalah seperti minat, motivasi dan konsep diri.

ASPEK KECERDASAN
Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Menurut Roe, Stoodt dan Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara dalam kalangan pelajar (pembaca) pada peringkat menengah daripada murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks .

KEBOLEHAN BERBAHASA
Murid yang tidak luas tahap pembacaan dan lemah dalam tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa dialek kedaerahan manambahkan lagi masalah kesukaran seseorang murid. Mungkin mereka mampu untuk memahamkan diri mereka apa yang dibaca dan mungkin juga mereka menghadapi masalah penyampaian terhadap sesuatu struktur ayat yang dibaca.

PENGALAMAN SEDIA ADA

Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya. Sekiranya seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, nescaya pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung.

FAKTOR LUARAN DALAM MASALAH


MEMBACA

Faktor fizikal pembaca Persekitaran dan Bahan bacaan itu sendiri

FAKTOR FIZIKAL

Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Murid yang lemah sering menghadapi beberapa masalah penglihatan untuk membuat diskriminasi terhadap huruf dan perkataan

SAMBUNGAN
Pendengaran mempengaruhi keberkesanan bacaan kerana ia mempunyai kaitan antara bacaan lisan dengan tulisan. Seseorang yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat membentuk bunyi yang betul melalui tulisan yang dibacanya. Berdasarkan Roe, Stoodt dan Burns (1978), ujian saringan pendengaran boleh dilakukan oleh guru jika murid menunjukkan tanda-tanda seperti meminta satu penerangan diulang-ulang, ucapan dan penyebutan tidak jelas dan lain-lain. Contoh mudah berkenaan masalah pendengaran ialah orang pekak.

MASALAH PERSEKITARAN

Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi.

Rangsangan yang baik membolehkan murid membaca dengan baik, tetapi rangsangan yang negatif akan memberikan hasil yang negatif juga.

BAHAN BACAAN

Bahan bacaan mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat murid.

You might also like