You are on page 1of 9

PUNCA-PUNCA TANAH RUNTUH

Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semulajadi dan aktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar.

1. Semulajadi

Jumlah taburan hujan kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah tanah menjadi lemah dan mudah runtuh Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak

2. Struktur tanah

Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh. Kadar resapan yang rendah.

3. Kecuraman dan kepanjangan cerun


Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh. Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.

Kesan aktiviti manusia

1. Pembangunan di kawasan tanah tinggi


Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang. Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktorfaktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan.

2. Pembalakan tanpa kawalan


Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan. Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

KESAN KEJADIAN TANAH RUNTUH


1. Perubahan geomorfologi

Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut. Kerja-kerja pembersihan kawasan mengambil masa yang lama. Kestabilan cerun runtuh perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik penstabilan yang sesuai.

2. Banjir lumpur

Tiada pokok-pokok yang menyerap air menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah banjir kilat. Mengancam nyawa dan harta benda.

3. Kemusnahan hutan tanah tinggi


Pemusnahan hutan menyebabkan berlaku perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi. Memusnahkan kawasan tadahan air. wujud pencemaran dan mengurangkan kualiti air bersih.

KONSEP TANAH RUNTUH


Beberapa konsep asas tentang tanah runtuh dapat dinyatakan. Pergerakannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak. Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais ( avalanches ). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan jalanraya ataupun bangunanbangunan. Selain itu, permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa bumi, letusan volkano atau pengaliran air bawah tanah. Ia adalah proses semulajadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk mengalami penstrukturan semula supaya menjadi lebih stabil.

KOMPOSISI
Komposisi runtuhan tanah boleh terdiri daripada sedimen bersaiz lumpur, batu pasir, gravel dan pebel atau bongkah-bongkah batuan. Bahan batuan yang bercampur tanah disebut debris atau puing. Bahanbahan ini dipercayai mengalami kegagalan akibat beberapa faktor penyebab. Kandungan bahan gagal ini boleh mencapai jumlah yang besar sehingga 1,000,000 meter padu dan mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada kawasan sekitarnya.

TANAH RUNTUH DI RAWANG,SELANGOR.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI TANAH RUNTUH

1.Langkah perundangan
Tanah runtuh sering berlaku di kawasan cerun curam yang mengalami kadar pembangunan yang melampau oleh sehingga cerun tersebut menjadi tidak stabil lagi.oleh itu,kadar pembangunan di cerun curam/tanah tinggi mesti dikawal selia dengan baik.Antara langkah perundangan yang boleh diambil ialah: Menubuhkan unit cerun Negara bg melaksanakan kerja2 rondaan & pemantauan yg berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi/bercerun curam.Kawasan yg berisiko tinggi spt Tanah Tinggi Cameron mesti dipantau dengan lebih kerap. Mengambil tindakan yg tegas terhadap mana-mana individu/syarikat pemaju sesebuah projek yg melanggar peraturan AIE.Tindakan mahkamah spt denda/kompaun,penjara,menarik balik lesen/permit arahan pembayaran pampasan & ganti rugi serta lain2 yg lebih tegas. Mewartakan kawasan cerun bukit yg x boleh diusik untk pembangunan & dikekalkan dalam keadaan semulajadi.Tumbuhan semulajadi di cerun/kwsan tinggi mestilh dikekalkn dr sebarang aktvti penyahutanan.Ini blh dilakukan mlalui akta2 ttntu yg blh digubal & dikuatkuasakn.Misalnya mlalui Akta Hutan Simpan 1984.

2.Langkah pengurusan yg strategik.


Amalan pengurusan yg baik & berterusan amat perlu dilaksanakan utk mengawal kadar pergerakan jisim,mnjga kestabilan cerun & memulihara cerun2 bukit.Antara langkah pengurusan yg boleh dilaksanakan ialah:

Menanam pkok2 pelindung yg kekal di atas cerun bukit agar proses kestabilan cerun scra semulajadi terpelihara.Antara tumbuhan yg boleh ditanam ialah rumput,pokok buluh & pokok2 renek. Membina banteng serta tembok penahan di kaki cerun yg dikenalpasti sbg x stabil & berisiko untuk runtuh/mendap.Kaki sesebuah cerun yg dipotong & ditarah perlu distabilkan & diperkuatkan dgn sokongan buatan manusia demi mengelakkan ianya runtuh scra besar-besaran.Benteng & tembok boleh diperbuat drpd konkrit,sangkar dawai yg diisi batu konkrit(gabion) & lain2. Menggunakan sungkupan plastic di atas permukaan cerun yg x stabil.Namun begitu langkah ini adalah bersifat sementara shj.Dlm jgka masa pnjg permukaan cerun boleh diperkukuhkan dgn meletak & mengikat jarring dawai besi & menyimen permukaan cerun. Memperbaiki sistem saliran & laluan air di permukaan cerun/kwasn tinggi .Misalnya menyediakan sistem perparitan, longkang,sistem pembetungan air buangan di permukaan cerun.Sistem saliran ini boleh dibuat scra berteres/bertgkt2 dr bahagian cerun atas hingga ke bawah demi mengelakkan limpahan air permukaan & ketepuan tanih. Memotong cerun mengikut spesifikasi yg ditetapkn spt x melebihi 45 & membina teres2 di permukaan cerun bukit agar halaju larian air permukaan boleh diperlahankan.Pemotongan cerun yg sesuai amat penting utk mnjga kestabilan cerun tersebut.

3.Melaksanakan kempen kesedaran pendidikan alam sekitar kpd semua lapisan masyarakat spt pemaju rumah,pekebun
sayur,pengusaha hotel & sbgnya.Kempen ini perlu sentiasa diberikan dr semasa ke semasa melalui pelbagai media cetak & elektronik,menganjurkn kursus2 serta seminar & lain2.Pendidikan alam sekitar pula perlu diperkukuhkn di peringkat sekolah rendah,menengah hingga ke university dgn memperknlkn mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar scra khusus & bukan hanya bersifat merentasi kurikulum shja.

You might also like