You are on page 1of 2

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA 2012 SK RANTAU PANJANG, SIBU

1.0 PENDAHULUAN Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens. Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Spontan Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 2.0 2.1 OBJEKTIF Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan. Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulispenulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan. Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan. Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan rangsangan.

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6 2.7

3.0

PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing. 4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid 5.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA SPONTAN 5.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi Peserta perlu dikuarantin. Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak melebihi tiga (03) minit untuk persembahan. Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan tamat. Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan. Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut). Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.

5.2 5.3

5.4

5.5 5.6

5.7

6.0 KRITERIA PENGHAKIMAN 6.1 Persembahan dan kreativiti 6.2 Bahasa dan Pertuturan 6.3 Penghayatan cerita 6.4 Interaksi dengan audiens 6.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita Jumlah 25 markah 25 markah 20 markah 15 markah 15 markah 100 markah

You might also like