You are on page 1of 4

RAWATAN BATU KARANG Sebelum teruskan bicara, Erisya ingin mohon maaf kerana tidak pernah membalas pertanyaan

mengenai rawatan batu karang di Melaka....bukan apa , kerana kami sendiri tak pernah ke sana! Sekarang baru Erisya berani memberikan alamat dan no tel. Ahad lepas,kami sekeluarga ke rumah en Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. Dari plaza tol kami terus memandu ke arah jejantas/jambatan di hadapan.Selepas jejantas/jambatan , kami belok ke kiri iaitu ke arah Sungai Udang (ada signboard). Terus memandu ikut arah Sg Udang. Dalam perjalanan , boleh nampak PLKN di sebelah kiri. Setibanya di traffic light yang ke DUA , belok ke kanan (ada signboard Durian Tunggal). Perlahankan kereta. Di sebelah kiri ada gerai kecil dan signboard UMNO bahagian Gangsa. Masuk ke lorong tersebut. Di sebelah kanan ada parking lot (RM2). Selepas parking berjalan ikut lorong tadi. Setibanya di rumah berwarna putih, belok ke kiri. Dihujung lorong ini adalah rumah en Jamil. Ada orang menjual jajan di sebelah kirinya. Oh ya..Jangan lupa bawa bekas air kosong ke sana. Tapi kalau tak ada pun tak pe sebab di sana jiran2 menjual bekas kosong dengan harga RM4. Kemudian pesakit harus ambil nombor giliran (macam hospital lak..tapi tak de misi/suster cun!). Namun nasib kami baik kerana orang tak ramai jadi tak perlu lah ambil no. Lima orang masuk ke dalam bilik rawatan. Erisya tak ikut masuk sebab seganlah...semua lelaki! Menurut suami, en Jamil menggosok2 bahagian belakang pinggang. Kemudian beliau pegang bahagian perut kanan...rasa pedih ..tetiba voila! ada seketul batu. Menurut suami, semasa orang sebelah terima rawatan, dia asyik memandang tangan en Jamil...kotlah ada batu! tapi kedua belah tangan memang kosong..tetiba .terdengar bunyi batu bergeser semasa en Jamil menggosok...bila en Jamil keluarkan tangan, .rupanya ada dua biji batu dikeluarkan dari pesakit sebelah! Keluar bilik, pesakit dibekalkan air yasin dan satu bekas krim panas (RM10)...bayaran lain, berilah seikhlas hati. Erisya enggan membuat spekulasi mengenai kaedah rawatan beliau. Yang pasti, suami tidak lagi kencing berdarah, ari-ari dah tak sakit dan perutpun tidak senak lagi. Namun masih belum berkesempatan nak scan di hospital lagi. Menurut seorang kenalan, dia pernah membawa anaknya menerima rawatan di situ. Bila ke hospital, doktor pun heran sebab tiada batu karang lagi! Semua nya dengan keizinan Allah taala. Kita hanya berusaha. Bagi yang berminat untuk mencuba: En Jamil Kpg Gangsa , Durian Tunggal Melaka No Tel: 016-6166694 Pusat Rawatan dibuka setiap hari KECUALI Isnin, Khamis Jumaat (jam 6 pagi hingga 4 ptg) Sebetulnya en Jamil ni boleh merawat lain-lain penyakit juga...namun kebanyakan pesakit adalah penghidap sakit batu karang. Rakan sekerja juga pernah bercerita, sedaranya pernah berubat batu karang (tapi tak ingat di mana). Semasa rawatan, mereka sekeluarga boleh melihat batu tersebut. Namun bila dilihat dalam foto, batu itu tak kelihatan...invisible! wallahuaklam..namun bagi pesakit en Jamil...masingmasing pulang membawa souvenir....batu karang bukan dari lautan.... tapi dari badan.

Rawatan Tradisional Batu Karang


Posted On Tuesday, January 04, 2011 at at 8:16 PM by Kasawari Seawal jam 4:45 pagi saya dikejutkan dengan alunan suara Maher Zain dari penggera telefon bimbitku.. pagi ini saya harus ke sesuatu destinasi.. tidak boleh tangguh lagi, selepas mandi dan bersiap, saya segera memandu mengambil abang Long yang sudi menemani saya. Laluan di atas lebuhraya menghala ke utara agak sedikit lengang. Kami berhenti di hentian R&R Pagoh untuk bersolat dan bersarapan. Sebungkus nasi lemak dan secawan milo o menjadi santapan.. dan selepas itu kami terus menuju ke destinasi. Kami keluar di Tol Air Keruh dan terus menuju ke lebuhraya Batu Berendam, berbekalkan panduan sms yang diberikan, agak senang untuk mencari destinasi kami. Kami tiba lebih kurang jam 7:50 pagi dan terdapat beberapa kenderaan sudah mula berada di situ, saya didekati oleh seorang kakak dan memberi kupon parking RM2 untuk meletakkan kenderaan di situ. Kami bertanyakan arah rumah yang ingin dituju dan ditunjukkan arah itu, sambil berjalan kaki ke dalam, kami terlihat beberapa orang sedang menjual bekas air, ada yang besar dan ada yang kecil.. lebih kurang 4 tempat yang menjual bekas air tersebut. Tiba di sebuah rumah, kelihatan agak ramai juga orang yang sedang menunggu, lantas saya memberi salam dan bertanyakan di mana tempat hendak mengambil nombor, lantas saya beratur di depan pintu, ada 2 orang yg juga menunggu untuk mengambil nombor, dan beberapa orang yang sedang menunggu giliran. Waktu itu, saya terpandang nombor gilirang yang terpampang di dinding kelihatan nombor 18, bermakna sudah ada 18 orang "pesakit" yang sudah dirawati dari jam 6 pagi tadi. Bila pesakit lain keluar, saya dan mereka yang menunggu nombor masuk kedalam untuk mengambil nombor giliran, kelihatan seorang lelaki separuh usia memberikan nombor giliran.. saya mendapat nombor 47.. Terus aku menunggu di tempat duduk yang disediakan, semakin lama semakin ramai orang datang berbagai ragam, ada yang bertongkat, ada yang dipimpin dan ada yang muda belaka cergas sihat tubuh badan. Di situ kelihatan seorang yang sedang menjual bekas air dan sedang rancak berbual dengan salah seorang yang juga sedang menunggu.. dari perbualan mereka dan perbualan bersama saya juga, saya tertarik dengan beberapa fakta; 1) orang yang pertama mendapat giliran no 1 tiba pada jam 3 pagi, dan ada kalanya mereka tidur di ruang tamu yang disediakan 2) terdapat pesakit yang datang dari negara Arab juga 3) pesakit akan diberikan 1 nombor, tetapi boleh membawa masuk 2 orang pesakit 4) jika hari Sabtu dan Ahad, nombor giliran akan mencecah sehingga 200 5) 4 petang adalah waktu rawatan ditutup, tetapi jika ada pesakit yang telah mengambil nombor giliran.. akan dirawat juga

6) kebanyakkan yang datang adalah untuk penyakit Batu Karang, tetapi rawatan penyakit lain boleh dilakukan Dari apa yang saya lihat, bukan hanya bangsa Melayu sahaja datang untuk dirawat, malah Cina dan India juga ada datang untuk mendapatkan rawatan.

Sewaktu menunggu, saya juga berkesempatan berbual dengan seorang Ustaz yang mendapat no giliran yang ke 80, dia memberitahu saya supaya menjaga pemakanan dan juga banyak minum air, dan ini kali ke dua dia datang untuk mendapatkan rawatan. Sehingga jam 10:45 pagi, baru lah no giliran saya tiba, saya masuk dengan ditemani oleh abang Long saya, perawat menyuruh saya duduk di atas kerusi dan bertanyakan apa masalah saya, bila saya menceritakan tentang Batu Karang, lantas dia bertanyakan nama saya dan ibu saya dan menyuruh saya berdiri dan meminta saya menyelak baju saya, dengan mengambil krim putih dia menyapukan kirim tersebut di bahagian bawah perut saya.. sambil bertanyakan kepada saya dari mana asal saya. Tidak sampai beberapa saat, saya merasakan sesuatu rasa dalaman ditempat yang disapu krim angin tersebut, tiba-tiba muncul seketul batu keluar dari kulit perut saya dan dipegang olehnya, kejadian ini disaksikan oleh abang Long saya yang masih hairan dengan apa yang dilihatnya. Batu Karang yang dikeluarkan itu dimasukkan ke dalam plastik dan diberikan kepada saya. Perawat memberitahu saya supaya jangan sesekali makan KACANG, segala apa jenis kacang terutama kacang tanah, beberapa kali dia memesan jangan makan kacang. Saya dirawat tidak sampai 5 minit dan diberikan sebotol minyak (size botol minyak Attar) untuk disapu, perawat tidak meminta bayaran cuma pesakit bolehlah memberi seberapa yang ikhlas di dalam tabung yang disediakan. Sebelum balik, saya menunggu untuk mengambil air yang diberikan, deretan bekas air diletakkan di atas tembok siap dengan nama yang tertulis di bekas air tersebut supaya tidak ada kekeliruan.

Saya memandu pulang ke Kulai dan singgah di Telok Mas untuk makan tengahari, dalam kereta kami masih bercerita mengenai cara batu karang itu keluar.. Itu lah kelebihan yang dikurniakan untuk perawat dengan caranya mengeluarkan batu tersebut. Tiada sakit dan tiada pembedahan. Allah Maha Besar..! Inilah Batu Karang yang dikeluarkan, dan size ini lah ditunjukkan oleh Doktor sewaktu saya menjalani pemeriksaan X-Ray dan CT Scan.. Sekadar berkongsi pengalaman dan ingin membantu mereka yang ingin mencuba mendapatkan rawatan, bolehlah ke alamat di bawah; Pusat Perubatan Tradisional Jamil Batu 7 1/2, Kg Gangsa, Durian Tunggal Melaka Hari Rawatan: Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad sahaja Waktu Rawatan: 6:00 pagi (selepas Subuh) - 4:00 petang (sehingga no giliran yang terakhir) Waktu No Giliran diambil: 5:30 pagi Anda juga boleh melakukan pencarian di Google "Batu Karang Kg Gangsa", terdapat beberapa forum dan juga blog entri yang berkongsi pengalaman mereka ke sana. Segala penyakit itu datang dengan kehendak Allah, dengan izin Allah jua, penyakit itu dapat disembuhkan. Kita merancang.. kita berusaha.. hanya Allah sahaja yang menentukan. P/S: Terima kasih kepada seorang sahabat lama ku yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi pandu arah.. terima kasih banyak2 saudara.

You might also like