You are on page 1of 52

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU Konsep Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian

telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan. Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan yang dia sedang menguji pencapaian, mengukur pencapaian atau menilai pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak tersalah pakai.

Pengujiann

Pengukuran

Penilaian

Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran, dan penilaian

MSJ 2007

7.1 .1 Konsep Berdasarkan rangka konsep di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketigatiga istilah tersebut. i. Apakah maksud pengujian?

Antara ketiga-tiga istilah yang disebut di atas, pengujian selalunya dianggap yang tersempit maksudnya. Pengujian memberi erti proses penyerahan satu set terpiawai soalan-soalan yang perlu dijawab, atau satu instrumen atau satu prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku atau perubahan sebahagian daripada semua tingkah laku seseorang individu. Hasil daripada jawapan tersebut ialah satu ukuran yang diberi dalam bentuk numerik (dipanggil markat) yang menjadi ciri kepada individu itu. Oleh itu, pengujian menjelaskan tentang berapa baguskah prestasi individu tertentu. Maksud terpiawai di sini, adalahlah bahawa semua prosedur telah dinyatakan awal lagi dan semua pelajar dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama. Markat atau skor (juga biasa dikenali dengan markah dalam ujian di sekolah) yang diperolehi hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian ialah sebagai indikator atau penunjuk numerik tentang prestasi pelajar. Mengapakah kita perlukan markat numerik dan tidak hanya menggunakan penjelasan adjektif seperti lemah, amat baik atau hampir baik untuk menjelaskan prestasi pelajar? Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana ketepatannya. Ketepatan inilah yang membezakan antara markat-markat, contohnya, dua pelajar yang mencapai tahap hampir sama baik iaitu 79% dan 80%. Walaupun terdapat satu markah perbezaan sahaja tetapi dua pelajar ini memperoleh gred yang berbeza iaitu B+ untuk 79% dan A untuk 80%. Selain daripada itu, jika keputusan diberi dalam bentuk markat, analisis selanjutnya boleh dilaksanakan dan ini akan membantu untuk membuat sesuatu keputusan. Tegasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan berguna untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.

ii.

Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

Fakta Penting Pengujian Satu alat atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ini menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan dengan prestasi individu yang lain, 2 atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

MSJ 2007

iii.

Apakah maksud pengukuran?

Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Akan tetapi, pengukuran menggambarkan konsep yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran memberi maksud sebagai proses memperoleh penjelasan numerik tentang setakat mana individu mempunyai sesuatu ciri yang disukat dengan menggunakan alat ( alat ujian). Ini bermakna, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat pencapaian atau kedudukan pelajar. Pada lazimnya, guru menggunakan ujian untuk mengukur prestasi pelajarnya. Hasil nilai kuantitatif pengukuran ini biasanya dibandingkan dengan nilai maksimum yang diperuntukkan bagi alat, dan perbandingan inilah menggambarkan pencapaian pelajar. Dengan kata lain, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diberi iaitu pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. Contohnya, Ani mendapat 80 markah dan Arif pula memperoleh 75 markah dalam ujian Bahasa Melayu. Pengukuran sesuatu ciri boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Penggunaan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan adalah contoh di mana maklumat boleh diperoleh dalam bentuk kuantitatif (numerik) tanpa ujian. Pengukuran juga boleh merujuk kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dan proses tertentu yang digunakan. Walau bagaimanapun, pengukuran, sama seperti pengujian iaitu tidak bersifat mutlak. Kenapa? Cuba kita fikirkan dua perkara ini. Penggunaan alat fizikal seperti kayu meter untuk mengukur ketinggian sudah tentu dapat dilakukan dengan tepat. Sebaliknya, bolehkah anda mengukur ketinggian tahap mental atau pencapaian seseorang itu dengan tepat? Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markat 80 tidak boleh dikatakan mengetahui dua kali ganda lebih banyak daripada pengetahuan yang diperolehi oleh seorang yang mencapai markat 40 walaupun angka 80 ialah dua kali angka 40. Bagi seorang pelajar yang mendapat markat sifar pula, ini tidak bermakna yang pelajar itu langsung tidak mempelajari apa yang telah diajarkan dalam pelajaran yang diuji. Ini berkemungkinan ada pengetahuan yang diperolehnya akan tetapi pengetahuan ini tidak tercakup dalam pengukuran yang dilaksanakan. Tegasnya, adalah penting dalam pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu mestilah benar atau sah. Oleh sebab pengukuran hanyalah sebagai satu penunjuk, dari itu, sesiapa yang hendak mengguna sesuatu pengukuran perlulah ia terlebih dahulu memastikan alat ukur atau instrumen itu adalah objektif, sah dan boleh dipercayai. Jika alat ukur telah melalui proses-proses ini, alat ukur tersebut akan dapat mengukur hampir tepat apa yang hendak diukur. Jadi, seorang guru itu haruslah jelas akan tujuannya menguji di dalam bilik darjah dan cuba mendapatkan suatu ujian yang tepat yang dapat memenuhi tujuan itu.

MSJ 2007

Fakta Penting Pengukuran iv.

Proses mendapatkan penjelasan secara numerik setakat mana individu mempunyai ciriciri tertentu. Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971, m.s xxv) menyatakan bahawa Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Jika digunakan begini, maksud penilaian merangkumi dan menjangkau lebih daripada pengujian dan pengukuran. Definisi lain pula mengklasifikasikan penilaian sebagai pertimbangan profesional atau sebagai satu proses yang membenarkan seseorang membuat pertimbangan tentang kebaikan atau nilai sesuatu. Begitu juga, penilaian boleh dijelaskan sebagai satu proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat bagi menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran. Dengan demikian, penilaian merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang mendapat markat sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markat sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi, perkataan cemerlang, baik, sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh dalam bentuk kuantitatif. Dari itu penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif dan / atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas, Nazrin telah menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran bahasa. Sebagai contoh lain, jika dua pelajar mencapai ukuran (skor ujian) yang sama, katakan dalam ujian kefahaman, kita boleh menilai kedua-dua ukuran itu dengan cara yang berbeza. Katakan, pada akhir Tahun 5, Syawal dan Saiful didapati membaca di tahap yang sama iaitu tahap Tahun 5. Mengikut pengukuran, pelajar ini dikatakan mencapai tahap yang sama. Akan tetapi, pada awal tahun, Syawal sebenarnya sedang membaca pada tahap pelajar Tahun 3 sementara Saiful sedang membaca pada tahap pelajar Tahun 4. Dari itu, dari segi penilaian, kedua-dua pencapaian ini adalah tidak sama. Situasi menunjukkan bahawa Syawal itu telah berkembang atau maju pada tahap yang luar biasa pantas sementara Saiful berkembang pada kadar yang biasa. Ini menunjukkan keadaaan yang lebih komprehensif terdapat pada penilaian berbanding dengan pengujian dan pengukuran. Fakta Penting Penilaian
MSJ 2007

Proses mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif 4 pengajaran.

v.

Konsep penaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Penaksiran haruslah dilihat sebagai: i. ii. iii. iv. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

7.1.2

Tujuan Pengujian dan Penilaian

Guru di sekolah kerap kali mengadakan ujian dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana ujian merupakan cara tunggal guru dan pelajar dapat mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah atau sebaliknya. Jelas ternyata bahawa ujian sangat penting untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru, juga mengesan kebolehan dan kelemahan pelajar serta menilai pembelajaran yang sedang berlaku . Dengan cara ini, pelajar atau guru dapat mengetahui tindakan susulan yang seharusnya diambil. Pengujian boleh dijalankan sebelum pengajaran, untuk mengetahui pencapaian asas pelajar, supaya guru dapat memilih aktiviti yang sesuai dengan pencapaian pelajar tersebut. Pengujian yang dilakukan pada akhir pelajaran pula ialah untuk menilai kesan pelajaran pada pelajar dan aspek-aspek pelajaran yang perlu dibaiki. Oleh itu, antara tujuan ujian adalah seperti yang berikut:

MSJ 2007

i.

Sebagai penggerak Ujian memainkan peranan sebagai penggerak bagi pelajar. Dengan adanya ujian, para pelajar cenderung untuk memberi perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sebahagian besar pelajar akan hanya mula mengulang kaji bahan-bahan pelajaran lampau apabila diberitahu ujian akan diadakan. Begitu juga keadaan pelajar di kelas yang akan menempuh peperiksaan. Pelajar-pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 biasanya lebih tekun membuat persediaaan untuk menghadapi peperiksaan umum. Dengan itu, nyatalah ujian berperanan sebagai penggerak yang kuat bagi pelajar-pelajar di sekolah.

ii.

Sebagai alat mencari punca kelemahan Dalam pendidikan pemulihan, ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca kelemahan para pelajar. Setelah diberi ujian diagnostik, barulah guru menggunakan maklumat itu untuk membuat perancangan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran pemulihan. Kaedah pengajaran alternatif yang akan digunakan adalah berdasarkan hasil yang diperoleh daripada ujian diagnostik.

iii.

Bagi mendapatkan maklum balas Hasil yang diperoleh daripada satu-satu ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar. Bagi guru, hasil ujian dapat memberitahunya sama ada kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan itu sesuai. Sekiranya didapati ramai pelajar gagal dalam satu-satu ujian walaupun para pelajar telah diberitahu tentang ujian itu terlebih dahulu, maka guru perlu mengkaji sebab-sebabnya. Pada pengajaran seterusnya guru mungkin mengubah pendekatan yang digunakan atau mempermudahkan isi penyampaian untuk menambah kefahaman para pelajar. Bagi pelajar pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang kurang baik mungkin akan mencabar pelajar berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat. Sesetengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak mereka.

iv.

Penilaian Guru menggunakan ujian untuk menilai prestasi dan kemajuan para pelajar. Ujian ini merupakan ujian formatif yang diberikan sepanjang tahun atau ujian sumatif yang diberikan bagi setiap akhir semester atau akhir tahun. Kedua-dua jenis ujian itu bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar.

MSJ 2007

Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yang disampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah yang diperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang berkenaan. Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku. v. Pembelajaran lampau Ujian juga dijalankan oleh seorang guru untuk mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar. Hasil daripada ini, guru dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang pengetahuan sedia ada pada pelajar. Seterusnya guru akan merancang isi pelajaran dan menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dengan cara ini, aktiviti dan isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan pelajar berkenaan. vi. Pensijilan Pelajar-pelajar di peringkat PMR, SPM dan STPM akan menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, jelas satu lagi peranan pengujian adalah untuk pensijilan. Gred-gred pada sijil-sijil bergantung pada pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan tersebut.

vii.

Bagi membuat ramalan Sesetengah ujian dijalankan dengan tujuan membuat ramalan tentang kemungkinan seseorang calon itu mencapai kejayaan dalam sesuatu kursus. Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi sesuatu kursus atau latihan. Contoh ujian yang bertujuan membuat ramalan adalah seperi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan. Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat ramalan tentang kecenderungan dan kebolehan pelajar. Hasil daripada ujian prognostik ini akan digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat bantu mengajar.

viii. Bagi membuat klasifikasi Prestasi pelajar dalam satu-satu ujian boleh digunakan untuk tujuan klasifikasi. Guru sentiasa menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan pelajarpelajar. Para pelajar yang menunjukkan prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang sederahana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C, manakala yang lemah dalam Kumpulan D. Pengumpulan seperti ini akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan. ix. Pemilihan

MSJ 2007

Hasil ujian sentiasa digunakan oleh pihak-pihak berkuasa untuk memilih caloncalon memasuki satu-satu kursus atau jurusan. Misalnya, pelajar-pelajar yang ingin masuk ke Maktab Rendah Sains MARA atau sekolah-sekolah berasrama penuh perlu menduduki ujian-ujian tertentu. Pihak berkuasa akan membuat pemilihan berdasarkan prestasi pelajar dalam ujian-ujian tersebut. Selain itu, keputusan peperiksaan PMR juga digunakan untuk memilih pelajar untuk jurusan sains dan sastera. Begitu juga keputusan dalam peperiksaan SPM digunakan untuk melayakkan pelajar memasuki program matrikulasi, maktab dan politeknik; manakala keputusan dalam peperiksaan STPM digunakan untuk pemilihan ke universiti. x. Penyelidikan Sesuatu penyelidikan memerlukan maklumat daripada berbagai-bagai sumber. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh daripada ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai jenis ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian mereka.

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya. Kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru. Mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut: i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.

ii.

iii.

MSJ 2007

iv.

Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sastera dan teknikal. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat mempertingkatkan pengajaran mereka.

v. vi.

vii.

viii. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Rumusan Berdasarkan kenyataan bahawa penilaian itu sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah sering berusaha ke arah menggubal alat-lat penilaian yang praktis dan realistik. Alat-alat penilaian itu seharusnya dapat mengukur apa yang hendak diukur. Di samping itu, hasil alat-alat itu juga hendaklah boleh dipercayai.

Laporan kemajuan untuk kegunaan pelajar, ibu bapa dan guru. Pengumpulan mengikut kebolehan. Pengesahan paras pencapaian .

Kepentingan penilaian

Bimbingan konsep dan kemahiran.

Laporan dan rekod untuk kegunaan kaunselor dan ahli psikologi.

MSJ 2007

Rajah 2:

Kepentingan penilaian

7.1. 3

Jadual Penentuan Ujian (JPU) i. Definisi

Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU yang dikenali sebagai Test Blue Print dan Test Specification adalah merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi: paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang). ii. Maklumat Dalam JPU

JPU mempunyai maklumat seperti yang berikut: Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JPU haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman, aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni, satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan mengikut kebolehan pelajarnya. Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JPU. Ini menegaskan betapa pentingnya JPU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya, kepentingan JPU adalah seperti yang berikut.

MSJ 2007

10

iii.

Pentingnya Jadual Penentuan Ujian Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

iv.
Bil

Contoh JPU
Objektif Kognitif Jumlah Jam 1 1 20 2 2 2 2 2 3 1 1 2 1 4 1 5 6 1 16 Item

Bentuk Soalan Kemahiran Bidang/Topik/Topik Kecil Tatabahasa Kata ganda Kata majmuk Kata terbitan Membaca dan Memaham Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Panjang petikan ialah lebih kurang 150 patah perkataan. Memberi erti perkataan 15 2 2

1.1

1.2

12

1.3

berdasarkan petikan di atas. Peribahasa Simpulan Bahasa Perumpamaan Jumlah

2 5 40

2 1 1

1 1 1 4 32

Jadual 1: Contoh JPU

MSJ 2007

11

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JPU iaitu: ujian tidak dibina sembarangan, menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji, memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

v.

Langkah-langkah Membina JPU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.


Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa B el aj ar 1.1 Tatabahasa Kata ganda 1.2 Tanda baca 20 Membentuk ayat Membaca dan Memaham Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Panjang petikan prosa ialah lebih kurang 150 patah perkataan. Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas Peribahasa Simpulan bahasa Perumpamaan Jumlah 15

1.3

5 40

Jadual 2: Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Masa Belajar

MSJ 2007

12

Langkah II Tentukan soalan yang akan dibina itu. Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskan pertimbangan yang baik. Perkara-perkara yang menjadi asas pertimbangan itu ialah: Contoh: a. b. c. soalan objektif (30 soalan) 1 markah bagi 1 item. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jum. Masa keseluruhan tujuan ujian itu diadakan masa yang diperuntukkan untuk ujian itu umur pelajar bilangan pelajar yang diuji

Langkah III Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom 3 Domain kognitif - aktiviti mental afektif - menitiberatkan sikap, emosi dan perasaan psikomotor - aktiviti fizikal

Domain Kognitif Taksonomi Bloom

kompleks
6 Penilaian 5 Sintesis 4 Analisis 3 Aplikasi : : : : : memilih, menilai, mengadili

melahirkan pendapat, kreatif, mengembangkan

logik, induktif, deduktif, penaakulan formal

Ada pemindahan kemahiran, menyelesaikan masalah

2 Kefahaman 1 Pengetahuan

menerangkan, membandingkan, menjelaskan, mengatakan

: mengingat semula fakta, data dan lain-lain

Mudah

Rajah 3: Domain Kognitif Taksonomi Bloom

MSJ 2007

13

Langkah IV Apakah jenis ujian yang akan diuji? Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei Dan lain-lain.

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil. 1.1

Bidang/Topik/Topik Kecil Tatabahasa Kata ganda Tanda baca Membentuk ayat Membaca dan Memaham Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Petikan prosa yang penjangnya lebih kurang 150 patah perkataan Memberi erti perkataan

Masa

Anggaran Jumlah Item

Jumlah Item

20

20 ____ 40

x 32

16

1.2

15 15 ____ 40

x 32 12

1.3

berdasarkan petikan di atas. Peribahasa Simpulan bahasa Perumpaan

5 ____ 40

x 32

Jumlah

40

32

Jadual 3: Pengiraan Soalan Mengikut Topik

Langkah V:

MSJ 2007

14

Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll). Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar). Pemarkahan. Langkah VI: Menyatakan mata pelajaran. Tingkatan. Susunan nombor soalan mengikut tajuk. Rumusan Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti pelajar, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian. Latihan 2 Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif. Arahan: Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif. Sediakan satu JPU berdasarkan contoh format di atas.

Pemarkahan dan Markat

MSJ 2007

15

i.

Pengenalan

Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: i. ii. iii. iv. ii. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan, membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah, menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang boleh digunakan, dan membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang digunakan dalam pemarkahan. Tujuan Pemarkahan

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha. Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah ya kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar. iii. Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah. Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka. Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang, maka
MSJ 2007

16

kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga. iv. Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti? Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik, sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktorfaktor lain selain daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

MSJ 2007

17

v. a.

Teknik Pemarkahan Ujian Esei

Secara Keseluruhan (Holistik) Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah cemerlang. Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal. Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah: Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan, Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah, Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan sebagainya, Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah dipertimbangkan untuk setiap kumpulan. Pemeriksa yang menggunakan skala norminal hendaklah membaca skrip jawapan pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian, pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan cemerlang, baik, sederhana dan lemah . Peraturan memberi markah esei secara holistik: 1. Pembahagian markah : Keseluruhan 35 markah ( untuk bahasa, gaya, isi dan susunan) 2. Panduan am : Pemeriksa hendaklah membaca esei ini sekali lalu untuk mendapatkan gambaran mengenai mutu esei mengikut perkara-perkara berikut: Isi ( 25 markah) Isi yang sesuai, sekurang-kurangnya lima isi yang membayangkan kematangan fikiran dan baik susunannya. Bahasa (15 markah) Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas. Gaya ( 10 markah)

Setelah membaca esei sekali lalu, tetapkan mutu esei itu mengikut pangkat yang ditentukan.

MSJ 2007

18

Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei


Bil. 1 2 3 4 5 6 Esei Cemerlang Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas. Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan. Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian panjangnya. Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan perbendaharaan kata. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak merasakan sebarang kejanggalan. Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. 1 2 3 4 5 6

Esei baik Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya. Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah sebaik atau setinggi peringkat cemerlang. Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan agak kurang mantap) Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit-sedikit kesilapan yang tidak begitu serius. Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat sedikit kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan. Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. 1 2 3 4 5 6

Esei sederhana Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang terperinci. Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang amat sederhana. Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan baik. Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan penggunaan perkataan yang salah. Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang jelas. Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

Bil.

Esei lemah

MSJ 2007

19

1 2 3 4 5 6

Isi dangkal dan tidak tepat. Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan. Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea. Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran dan kejanggalan penyampaian isi. Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

Peringatan:

Esei dibaca sekali lagi dengan lebih teliti. Kesalahan isi, bahasa dan ejaan dibulatkan. Setengah markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah sehingga maksimum sebanyak tiga markah.

Proses pemarkahan dengan cara holistik merupakan cara pemarkahan yang subjektif. Mutu pemarkahan banyak bergantung kepada pemeriksa yang berpengalaman serta mahir dalam bidang yang berkenaan. Bagaimanapun, ciri keobjektifan dalam pemarkahan cara holistik boleh dipertingkatkan dengan mengadakan penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa yang memeriksa skrip pelajar- pelajar tersebut.

MSJ 2007

20

Secara Perincian (Analitikal) Cara pemarkahan ini sering digunakan dalam peperiksaan. Dengan cara ini, unsur-unsur terpenting yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses adalah diperiksa secara berasingan. Semasa pemarkahan, unit-unit kecil jawapan pelajar akan dicari dan markah diberi mengikut peruntukan yang diberi dalam skim pemarkahan. Dengan cara ini kebolehpercayaan dan ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa mematuhi skim pemarkahan itu dengan teliti. Contoh perincian (A) :
Isi Bahasa Gaya Jumlah 40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan dengan baik) 40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan. Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah). 20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerengganan. 100

Contoh (B): Soalan : Huraikan (a) dua kelebihan, dan (b) dua kelemahan yang terdapat dalam pendekatan induktif untuk pengajaran tatabahasa. ( 10 markah ) Skim pemarkahan: (a) dua kelebihan------------2 x 2 = 5 markah (b) dua kelemahan----------2 x 2 = 5 markah ________ Jumlah 10 markah ________ c.
Bil. 1

Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan


Teknik Keseluruhan / Holistik Kebaikan 1. Semua aspek penulisan diberikan pertimbangan yang sama rata. 2. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan. 3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan. 4. Pelajar bebas menulis Menulis esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses. 1. Kesalahan pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas. 2. Esei boleh diperiksa hanya dengan sekali baca. 3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh Kelemahan 1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa. 2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka. 3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru, kordinasi sukar dilaksanakan. 1. Dengan mengasingkan aspekaspek yang dinilai, kemahiran penulisan seolah-olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural.

Perincian / Analitikal

MSJ 2007

21

menjalankan tugas pemeriksaan. 4. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka.

2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang. 3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat. 4. Mungkin menekankan kepada mencari kesalahan drp mencari kekuatan esei.

7.1.4

Item Ujian

Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu sebagai perkara mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yang tidak digunakan langsung, item yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan, arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidang yang disoal dan item yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagai kesalahan lain. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan bahan ujian kita itu. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentang beberapa aspek pembinaan item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah. Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa, kita perlu menentukan tujuan ujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujian itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina dan dipilih juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif dan isi kandungan pelajaran. Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis Ujian Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran bahasa KBSR dan KBSM, penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu: i. ii. objektif dan subjektif

Objektif Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item

MSJ 2007

22

objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang diberikan kepada pelajar iaitu: a. b. item respons bebas ( jenis sumbangan) item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respon Bebas Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respon bebas. i. Jenis soalan: contoh: a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran? (ke - an) b) Apakah lawan bagi perkataan untung? ( rugi) ii. Item Melengkapkan Penyataan Contoh: a) Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya _____(jauh) dari tempat ini. Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur.

b)

Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

i.

Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru

MSJ 2007

23

menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan penerimaan atau penafian. Contoh bagi Item Dua Pilihan: a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah. i) Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang berjalan tanpa kasut. B /S b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut: i) Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi. Item Padanan Ya/Tidak

ii.

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai yang mengandungi perkataan atau frasa.perkara . Ruangan A dipanggil pokok soalan (premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response). Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di ruang A dengan objek/ perkara diruang B. Contoh : Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.
Ruangan A (Kata Bilangan) 1. Kata Bilangan Tentu 2. Kata Bilangan Himpunan 3. Kata Bilangan Pecahan 4. Kata Bilangan Pisahan Ruangan B (Contoh) A. Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim. B. Aminah mempunyai dua ekor arnab C. Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing apabila guru masuk ke kelas. D. Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa dengan Pengetua.

MSJ 2007

24

iii.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular sekali di kalangan pembina item ujian. Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut. a. Item aneka pilihan berbentuk soalan Contoh: 1. Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan? (A) (B) (C) (D) b. Jangan lari. Padamkan lampu itu. Sila duduk sekarang. Harap anda dapat datang esok.

Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap Contoh: 1. Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah (A) (B) (C) (D) Jika dia rajin dia lulus. Mereka membaca buku di perpustakaan. Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan. Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

c.

Mengisi Tempat Kosong Contoh:

1.

Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama tidak turun. (A) (B) (C) (D) d. keringan mengeringkan kekeringan berkeringan

Jenis Jawapan Terbaik Contoh: 1. Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang (A) menunjukkan sifat sesuatu. (B) menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama. (C) menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. (D) mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat.

MSJ 2007

25

e.

Analogi Contoh: Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal. hitam : putih

E) F) (D)

kain merah merah

: : : f.

merah tua (C) jambu

merah

hijau

Antonim Contoh: Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar. PEMARAH I. Penyabar II. Pengampun III. Pendamai IV. Peramah (A) (B) (C) (D) I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja

g.

Jenis Negatif Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok soalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-lain. Contoh: Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama kecuali (A) (B) (C) (D)
MSJ 2007

labi-labi. rama-rama. kuda-kuda. kura-kura.

26

h.

Item Jenis Cantuman. Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai

1.

Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. I. II. III. IV. (A) (B) (C) (D) Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir pitam itu agar tidak rebah. Orang ramai menyokong langkah langkah pihak berkuasa membenteras kegiatan cetak rompak. Setiap bulan abanglah yang menyokong persekolahan kami bertiga. Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan bola baling sekolah mereka yang akan bertanding esok. .

I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja I,II, III dan IV

Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/ sekuen. 1. i.Yang Berusaha ii.Yang Amat Berhormat iii.Yang Berhormat iv. Yang Berbahagia (A) (B) (C) (D) 2. I, II, III dan IV II, III, IV dan I III, II, I dan IV IV, III, II dan I I. II. III. IV. V. Yang dimuliakan Saudara Pengerusi Majlis Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Guru-guru dan ibu bapa Tuan-tuan dan puan-puan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu majlis. Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.

Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang betul ialah (A) (B) (C) (D) I, II, III, IV, V I, III, II, V, IV I, IV, III, II, V I, V, II, III, IV

MSJ 2007

27

Aras kemahiran item objektif aneka pilihan Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang kognitif di bawah kategori Taksonomi Bloom.
Aras kemahiran dalam bidang kognitif 1. Pengetahuan Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum, definisi yang dipelajari 2. Kefahaman Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar memahami, menterjemah, meninterpretasi, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, hokum, teori yang telah dipelajari. 3. Aplikasi Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. 4. Analisis Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan factorfaktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. 5. Sintesis Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan. 6. Penilaian Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya. Kata-kata kerja Manakah, Apakah, Siapakah, Bilakah, Berikan, Senaraikan, Nyatakan Huraikan, Benarkan, Jelaskan, Terangkan, Tukarkan, Mengapa. Tunjukkan, Kirakan, Selesaikan, Demonstrasikan, Susunkan, Uruskan, Gunakan Bezakan, Bandingkan, Asingkan, Tafsirkan, Bahagikan, Klasifikasikan Gabungkan, merekabentuk, Bentukkan, Kumpulkan, susunkan, Gubahkan, Karangkan. Nilaikan, Rumuskan, Tafsirkan, Kritikan, Bandingkan, Ulaskan, Bezakan, Huraikan, Buktikan.

MSJ 2007

28

Teknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. Contoh: Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan yang sesuai, berdasarkan senarai. Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____ pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yang sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak berkenan. Jawapan Menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan, oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan, aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.

MSJ 2007

29

Soalan Subjektif Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. Tindak balas pelajar mungkin bebas atau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, ia mungkin merupakan satu ayat sahaja. Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal soalan ujian itu. Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis struktur dan esei. Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad dan jenis tindak balas lanjutan. i. Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei. Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja. Contoh: 1.Bina ayat yang mengandungi: (i) Kata kerja aktif tak transitif ____________________________________________________ (ii) Kata kerja aktif transitif ____________________________________________________ ( 2 markah )

2.Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada hukum
(ii) keselarasan vokal. ____________________________________________________ (iii) ____________________________________________________ ( 2 markah)

ii.
MSJ 2007

Item Jenis Esei


30

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logic hingga menghasilkan jawapan yang asli. Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu, kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah. Contoh pembinaan item esei. a. 1. Tindak balas terbatas (TBT) Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu. (a) Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiap bentuk. ( 9 markah )

(b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua rangkap. ( 6 markah) Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skop atau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah kebolepercayaan pemarkahan. 1. Tindak balas lanjutan (TBL) Membaca Kunci Kejayaan . Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar hari ini. ( 25 markah ) Pembinaan Ujian Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru adalah bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar kualiti ujian dapat dikawal rapi. Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telah disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau jadual penentuan dari aspek-aspek yang berikut: topik yang akan diuji dan pemberatannya, kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya, aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan jenis soalan.

MSJ 2007

31

Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana yang telah dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan cepat. Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang dikemukakan. Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang cuma memerlukan pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan panjang yang tidak terhad).

MSJ 2007

32

MSJ 2007

33

Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan pengujian yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah dapat memberikan maklumat setiap mungkin tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan daripada proses pembelajaran yang mereka lalui. Tentunya, untuk mendapatkan hasil yang sedemikian, penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaitu berasaskan prinsip-prinsip yang tertentu. Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah: i. Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat Kesahan (validity).

Konsep kesahan dalam bidang penilaian dan pengujian dimaksudkan kepada ketepatan sesuatu instrumen penilaian atau pengujian itu dalam mengukur, menilai atau menguji sesuatu yang hendak dinilai, diuji dan diukur. Semakan tepat atau semakin hampir maklumat yang diperolehi daripada penilaian dan pengujian tentang keadaan atau kedudukan sesuatu itu dengan keadaan atau kedudukan yang sebenarnya, maka semakin tinggi nilai kesahan sesuatu instrumen pengujian itu. Sebagai contoh, kalau tahap penguasaan bahasa yang sebenarnya, yang dimiliki seseorang pelajar itu adalah sempurna, maka penilaian dan pengujian yang dapat dianggap mempunyai sifat kesahan yang tinggi ialah apabila keputusan yang ditunjukkan oleh hasil ujian terhadap pelajar tadi dapat menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa pelajar itu adalah sempurna. Tetapi kalau hasil penilaian dan pengujian memperlihatkan bahawa penguasaan pelajar itu hanya pada tahap sederhana, maka pada dasarnya penilaian dan pengujian itu tidak berjaya mencungkil maklumat sebenar tentang penguasaan bahasa pelajar tersebut. Maka dengan itu, instrumen penilaian dan pengujian itu dianggap tidak mempunyai nilai kesahan yang tinggi. Begitu juga halnya, kalau objektif penggubalan sesuatu instrumen ujian itu bertujuan untuk menilai atau menguji sesuatu yang telah ditentukan secara khusus, katakanlah untuk menguji keluasan dan keberkesanan pengunaan perbendaharaan kata, tetapi kandungan atau butiranbutiran dalam instrumen ujian itu tidak dapat mengukur objektif tersebut dengan tepat, misalnya butiran-butiran ujian hanya menyentuh tentang penggunaan kata-kata. Kebolehpercayaan Ujian. Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Memang semua ujian yang dihasilkan akan memberi maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang dimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian. Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan penimbang yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan. Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau skor yang diperolehi pelajar akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini mengambil ujian yang sama tersebut. Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau markat yang sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali. Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang lebih baik kerana telah
MSJ 2007

ii.

34

mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil daripada ujian kali pertama. Ataupun, pelajar berkenaan akan mencapai keputusan yang semakin menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi, atau disebabkan keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi menentukan kebolehpercayaan ujian, pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengann ujian yang sama, bahkan dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara. Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar tidak timbul selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi maklumat yang tepat dan konsisten, maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit atau tiada langsung. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya semua pelajar yang mengambil ujian adalah sama. Kawalan punca-punca atau faktor-faktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting dalam pembentukan dan pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon, keadaan persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara am, semakin bilangan soalan berrtambah, semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar. Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti: Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan tidak terlampau banyak); Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak mengelirukan; Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti ujian bertulis; Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk membuat persediaan; Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan keadaan yang sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan. Dari itu, jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti ujian esei, dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan dan diikuti dengan sepenuhnya oleh semua pemeriksa.

Rumusan Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Di antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri. Dengan kata lain, pembina item ujian harus memahami terlebih dahulu akan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar berdasarkan bahan-bahan dalam sukatan pelajaran bagi satu-satu program pengajaran dan pembelajaran itu.

MSJ 2007

35

7.1.5

Jenis Ujian

Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa pengajaran dan pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji. i. Ujian Formatif

Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar. Baisanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa. Biasanya, ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan dan kefahaman, aspek tertentu dalam tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan awalan atau/dan akhiran, atau ujian pembendaharaan kata tentang beberapa sinonim atau antonim yang boleh digolongkan dalam ujian jenis ini. Contohnya dalam bulan Januari, guru telah mengajar muridnya 10 simpulan bahasa, dan pada akhir bulan itu dia ingin menguji pemahaman muridnya tentang simpulan bahasa yang telah diajar dalam bulan itu. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa. ii. Ujian Sumatif

Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa. Misalnya ujian bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir semester dan tahun, atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi penghujung persekolahan menengah rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian bahasa yang bercorak sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak dan menyeluruh seperti lisan, bacaan dan penulisan. Aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, semantik dan peribahasa (simpulan bahasa atau/dan perumpamaan), dan seumpamanya kerap juga menjadi bahan ujian dalam ujian bahasa yang bercorak sumatif.

MSJ 2007

36

iii.

Perbezaan ujian formatif dan sumatif


Ujian formatif 1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan. Perbezaan Fungsi Masa Penekanan Sifat Kesukaran Alat Jenis ujian Pelaporan Contoh Ujian sumatif 1. Pensijilan atau penggredan 2. Pada akhir unit/kursus 3. Kognitif 4. Beraneka jenis 5. Senang - sukar 6. Peperiksaan akhir tahun 7.Rujukan norma 8. Jumlah skor 9. UPSR, PMR, SPM

2. Sepanjang pengajaran Kognitif, psikomotor dan afektif 4. Terhad kepada tugasan 5. Berubah-ubah 6. Dibentuk khas 7. Rujukan kriteria 8. Gagal/lulus 9. Ujian bulanan/lembaran kerja

7.1.6

Kaedah Penilaian

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya. Dengan demikian, guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Seterusnya, langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan. I. Portfolio i. Apakah Porfolio? Koleksi ini meliputi: Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar memilih kandungan yang menunjukkan usaha pelajar, kemajuan dan menentukan kriteria pemilihan prestasi dalam satu/ beberapa bidang. menentukan penilaian
MSJ 2007 37

refleksi kendiri pelajar

Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar ( Harlin, 1992). Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif ( Shulman, 1992). Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk: memberi peluang pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio Portfolio digunakan untuk: menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan (performance assessment). Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. menilai secara sumatif pembelajaran pelajar.

menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar. Ciri-Ciri Portfolio Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara autentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja yang original melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja lapangan (field work). Hasil kerja didokumentasikan dalam pelbagai bentuk yang boleh menunjukkan keasliaannya. Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. Memuatkan catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang sudah dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

MSJ 2007

38

Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
Kandungan Portfolio Sampel tulisan pelajar Laporan tinjauan buku Rakaman video Sampel aktiviti komputer Senarai buku rujukan Projek atau kerja kursus Markat-markat ujian Jenis A. Bahan Bukti Perlakuan Bahan bukti perlakuan (performance) pelajar yang menunjukkan prestasinya dalam bidang yang berkenaan dengan tugasnya.

Cadangan Bahanbahan Bukti Portfolio

Contoh Jenis Bahan i. senarai semak ii. borang prestasi, laporan kemajuan P&P di bilik darjah Di padang ( mata pelajaran PJK) Di makmal ( Sains) Di bengkel KH/ ERT iii. rakaman audio-video iv. surat/ sijil pengiktirafan i. kertas kerja artikel/ esei catatan nota perancangan/ jadual kerja skrip jawapan ujian surat yang ditulis oleh pelajar pengurusan grafik petikan jurnal penulisan/ komen refleksi i. bahan fotostat yang berkaitan gambar foto nota kuliah carta/ graf/ jadual bibliografi

B. Bahan Bukti Bertulis Bahan tulisan hasil usaha pelajar secara individu atau secara kolaboratif. Bahan yang dimuatkan mestilah menunjukkan proses dalam penghasilannya.

c. Bahan Sokongan Bahan sokongan sebagai lampiran atau ilustrasi untuk mengukuh dan memantapkan hasil tulisan.

MSJ 2007

39

Jenis-jenis Portfolio a. Portfolio Kerja Koleksi hasil kerja harian pelajar. Mengandungi catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir. Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar. Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi. Memberi peluang kepada guru untuk melihat dan membuat refleksi mengenai keberkesanan proses pengajaran. b. Portfolio Dokumentari Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian. Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya. Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar mengenai hasil pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran. Portfolio Hasil Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu bidang pembelajaran. Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar. Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang atau kumpulan pelajar Hanya mengandungi hasil akhir.
Penilaian Tradisional Sumatif: rumusan apa yang telah berlaku. Judgmental: paksa pelajar untuk belajar. Produk Pengajaran: Aktiviti rekabentuk guru hafazan Satu skor sahaja; muktamad; tidak boleh ubah. Penilaian Portfolio Formatif: menjana input Developmental: diagnostik Proses Pengajaran: Aktiviti rekabentuk pelajar Pemikiran dan bersepadu Komen dari rakan sebaya, guru: Sepanjang proses dan ada masa mengubah Pelbagai tugasan multimedia multidimensi autentik informal Bersepadu dalam rutin kelas untuk

c.

Perbezaan Antara Penialain Tradisional Dengan Penilaian Portfolio


Dimensi Tujuan Ujian

Fokus

Maklum balas Tujuan Ujian

Kertas dan pensel Skop sempit formal

Pengurusan

Ambil masa untuk tentukan keputusan

MSJ 2007

40

Bilik Darjah Garis Panduan Rujukan Norma

Maklum balas semerta

Rujukan Kriteria

II. Pemerhatian Pemerhatian ialah: dilakukan secara berterusan tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajran; ii. Diperhatikan secara menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor, faktor bahan dan persekitaran; Boleh dilaksanakan dengan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot dan rekod profil; Boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masingmasing. Jenis Pemerhatian Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/ diperhati iaitu: Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretasi) dan tanggapan (judgment). Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended. Memerhati untuk jangka pencdek dan jangka panjang. iii. Strategi Pemerhatian Strategi pemerhatian dilakukan secara: berterusan mengikut keperluan yang dirancang. gobal atau analitik mengikut objektif pemerhatian. menyesuaikan jangka masa pemerhatian dengan keadaan dan keperluan. menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. iv. Fungsi Pemerhatian a. Penilaian melalui pemerhatian boleh: digunakan oleh guru untuk melihat perkembangan individu/ kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. dibuat oleh pelajar ( individu/ kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seperti: menjalankan aktiviti pemulihan/ pengukuhan. meningkatkan motivasi pelajar.

b.

MSJ 2007

41

mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar. c. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranan sendiri sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

d. Pemerhatian yang terancang membantu guru: mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/ menolak minat tersebut. mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif. mengesan kemampuan / tahap pemikiran pelajar. mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar. menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan. mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, rakan sebaya, dan diri sendiri. III. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Pengenalan Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran. Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan, secara bertulis. Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan yang berkenaan, iaitu: Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - Tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan? Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - Adakah secara individu atau berkumpulan? Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu yang terlibat? Berapa lama, dan bila tugasan itu perlu disiapkan - perlukah tugasan itu dinilai secara berproses, atau pada hasil akhirnya sahaja? Jika berproses, bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses? Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut. Misalnya, penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi dalam kriteria di atas. Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
MSJ 2007 42

ii.

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan pelajar: a. b. c. d. e. f. g. h. i. mengenal pasti dan merekod, menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut, menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya, mempamerkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai, menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran/tugasan akan dinilai. menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri, menghasilkan kerja yang terancang, membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil terakhir.

iv.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengiut tahap penglibatan pelajar dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan. Antara cara-caranya ialah: a. Penilaian objektif tugasan objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan strategi perlaksanaannya, atau beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar kemudian memilih mana-mana yang difikirnya paling sesuai, atau pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudiannya manamana yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru. b. Hasil Pembelajaran pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb. jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru. dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik yang diharapkan, dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan yang berkenaan; atau

c.

Penilaian

MSJ 2007

43

sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara guru dan pelajar tersebut; berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu, Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Guru juga memberi kata putus terhadap gred akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau ditetapkan oleh guru sahaja.

d.

Format / Bentuk Keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa: Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas. Bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan, ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat negotiation sebelum mematrikan kontrak tersebut. Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus, tugasan dan persetujuan bersama oleh kesemua pihak yang terlibat. Untuk membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap tertentu dalam proses menyempurnakan tugasan/projek/kerja tersebut. Kesemua rancangan ini akan dirakamkan di dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini kemudian akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan kerjanya, tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya.

MSJ 2007

44

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ................................................... Nama : ................................................... Tahun / Tingkatan : ................................................... Tugasan : ................................................... Objektif : 1.-------------------------------------------------------------2.------------------------------------------------------------3.-------------------------------------------------------------

Perkembangan Peringkat

Apa yang saya mahu capai pada peringkat ini

Bagaimana saya akan laksanakan peringkat ini.

Jangka waktu pelaksanaan peringkat ini

Bagaimana penilaian bagi peringkat ini dibuat

catatan

Tandatangan kendiri ................................. Nama:

Tandatangan rakan sebaya ................................. ....... Nama:

Tandatangan guru ................................ Nama:

IV. i.

Penilaian Melalui Projek Pengenalan

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar( Wiggins, 1989). ii. Ciri-Ciri Penilaian Projek

MSJ 2007

45

Projek / tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik) Menggunakan jangka panjang. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar. Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif: - membuat / menyediakan projek - kumpulan koperatif Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berpasukan. Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran. Peluang menilai pelajar dalam: - kreativiti - kemahiran merancang - integrasi pengetahuan - kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah Aktiviti yang bermakna Dengan itu penilaian projek ini dapat : mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar. Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. iii. Jenis-jenis Penilaian Projek Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis ( main peranan). Extended tasks assignment menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Portfolio koleksi tugasan berdasarkan prestasi. Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model. V. Penilaian Melalui Ujian.

i. Pengenalan Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui kaedah bukan ujian ( pemerhatian, portfolio, projek, dll). Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan

MSJ 2007

46

tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, serta kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya, boleh mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple dilevery, ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.

Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalaui satu-satu unit pelajaran. Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar (horizonatal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun/tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedah Computer Adadtive Testing (CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan berkesan. Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpamana ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua-dua penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan. Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item ( item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa. Untuk memastikan item pool atau bank item yang mengandungi item pelbagai strand atau kemahiran yang bermutu dari semasa ke semasa, perkara berikut perlu dilaksanakan. ii. Pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina Analisis item dijalankan untuk memastikan item bermutu dipilih Perancangan Ujian

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya. Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi berikut boleh dijadikan panduan semasa merancang ujian jenis objektif.

MSJ 2007

47

Langkah 1 : i. ii. iii. iv. Langkah 2 i. ii. iii.

Tahukah tujuan ujian? Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar. Menilai kemahiran prasyarat. Menilai tahap penguasaan ilmu. Merancang program pemulihan dan pengayaan.

iv.

: Tahukah bidang yang akan dinilai? Aspek kognitif. Aspek afektif- nilai/sikap Aspek kemahiran: pedagogi pemudahcaraan berfikir belajar teknologi maklumat (IT) Aspek personaliti tingkah laku gaya kognitif pelbagai kecerdasan ( mutiple intelligences) kecerdasan emosi ( emotional intelligence)

MSJ 2007

48

7.1.7

Instrumen Penilaian

Terdapat beberapa alat atau instrumen untuk menilai kemahiran bahasa . Ada antaranya telahpun dihuraikan dalam tajuk pembinaan item dan kaedah menilai bahasa seperti kloz, penyoalan, dan senarai semak. Contoh instrumen pengujian yang lain ialah rubrik, skala Linkert, dan pengurusan grafik. Adalah perlu diingat bahawa kesesuaian alat dan kaedah serta tujuan penilaian adalah penting untuk memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan pengujian. Ini adalah kerana setiap alat atau instrumen mempunyai keberkesanan masing-masing untuk mengukur kemahiran bahasa yang berbeza juga. Jenis-jenis Alat/ Instrumen Penilaian Bahasa i. Rubrik

Soalan 1: (30 markah)


ISI (20%) : (6 markah) Tugasan 1 (4 markah) (5 markah) A. Sebutan 1. Dialek - pikiak - bah......tu - cigu - baghu 2. Bukan penutur jati. B. Struktur Ayat lama-lama pandailah kau orang jawab sajalah itu latihan ini cakap banyak pulak bolehlah bah..... Penutur bahasa kedua Pengaruh dialek Pengaruh bahasa pasar Guru yang tidak menggunakan bahasa baku Murid yang mempunyai pelbagai latar belakang bahasa/dialek Mana-mana yang sesuai. PMT (50%) : (15 markah)

MSJ 2007

49

Tugasan 2 ( 2 markah) 1. Latih tubi Latih tubi pasangan minimal Latih tubi pemintal lidah Latih tubi tukar ganti

(10 markah) latih tubi pasangan minimal Menyatakan perkataan yang hampir sama bunyi dengan perkataan dalam petikan. Contoh: orang-orang Contoh aktiviti: ulangan sebutan secara individu, kumpulan dan kelas Latih tubi pasangan pemintal lidah Dapat menyenaraikan perkataan yang bermasalah: [r] Proses pengulangan: dari perlahan semakin cepat. Aktiviti berpasangan, kumpulan dan kelas. Ayat Latih tubi tukar ganti Menyediakan rajah tukar ganti : subjek, predikat.

KEFAHAMAN KONSEP (20%) : (6 Markah) Menyatakan punca berlakunya kesilapan. Dapat menjelaskan teknik yang dipilih. Mematuhi prinsip teknik latih tubi. KOMINIKASI (10%) : ( 3 markah) Penggunaan ayat yang gramatis. Pemilihan perkataan yang sesuai. Kesilapan ejaan yang minimum.

RUBRIK Soalan 1 Markah / Gred Kriteria Menyatak an 4 kesilapan perkataan Dapat menyenarikan 4 kesilapan struktur ayat dengan jelas 90-100 A 80-89 A7579 B+ 70-74 B 65-69 B60-64 C+ 55-59 C 50-54 C 40-49 D+ 30-39 D 0-29 E

Penguasaan Isi Kandungan (20%)

Dapat menyatakan 3 kesilapan perkataan. Dapat menyenaraikan 3 kesilapan ayat dengan jelas dan tepat.

Dapat menyatakan 4 perkataan Dapat menyatakan 4 perkataan Kurang jelas dan tepat.

Dapat menyatakan 2 perkataan Dapat menyatakan 2 struktur ayat Dengan jelas dan tepat.

-0-1 perkataan 2 ayat kurang tepat dan kurang jelas.

MSJ 2007

50

Kefahaman Konsep (20%)

dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan dapat menjelaskan teknik yang dipilih mematuhi prinsip penggunaan teknik penerangan jelas

. dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan dapata menyatakan teknik yang dipilih mematuhi prinsip penggunaan teknik penerangan masih jelas.

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan Dapat menyatakan teknik yang dipilih Mematuhi prinsip penggunaan teknik Tepat tetapi kurang jelas

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan Dapat menyatakan teknik yang dipilih Mematuhi prinsip penggunaan teknik Kurang tepat dan kurang jelas.

Dapat menyatakan punca berlakunya kesilapan Dapat menyatakan teknik yang dipilih Mematuhi prinsip penggunaan teknik Tidak menjawab /menjawab kurang jelas.

Markah /Gred Kriteria Penguasaan Kemahiran Proses Berfikir (50%)

90-100 A

80-89 A-

7579 B+

70-74 B

65-69 B-

60-64 C+

55-59 C

50-54 C

40-49 D+

30-39 D

0-29 E

dapat menyatakan 5 punca berlakunya kesilapan dapat memberi 3 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti peneranga n jelas dan tepat Persembahan sangat tersusun dan menarik Penguasaan bahasa sangat baik Pengelolaan hujah sangat mantap

Dapat menyatakan 4 punca berlakunya kesilapan Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal Dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti Penerangan tepat dan jelas.

Kemahiran Komunikasi (20%)

Persembahan baik dan menarik Penguasaan bahasa baik dan pengelolaan hujah mantap.

Dapat menyatakan 3 punca berlakunya kesilapan Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal Dapat memberi 2 contoh latih tubi tukar ganti Penerangan tepat jelas Persembahan kurang tersususn dan menarik Penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah kurang mantap

Dapat menyatakan 2 punca berlakunya kesilapan. Dapat memberi 2 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal. Dapat memberi contoh latih tubi tukar ganti Penerangan tepat jelas.

Dapat menyatakan 1 punca berlakunya kesilapan Dapat memberi 1 contoh aktiviti latih tubi pasangan minimal Tidak dapat memberi contoh Penerangan kurang tepat dan kurang jelas.

Persembahan yang memuaskan Penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah memuaskan.

.persembahan yang tidak tersusun penguasaan bahasa dan pengelolaan hujah lemah.

MSJ 2007

51

Rumusan Penaksiran dan penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara berterusan, iaitu secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran dan pelbagai jenis instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa. Penilaian berterusan perlu dijalankan secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran berbahasa dan aspek bahasa tidak berlaku dengan serta merta tetapi merupakan proses developmental. Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah bahawa dalam pengajaran bahasa, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang digunakan. Penilaian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran tercapai.

MSJ 2007

52

You might also like