You are on page 1of 8

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN


SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai seperti contoh di bawah)

KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar. Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------CATATAN: 1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS. 2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: a) FONT : ARIAL b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA 14 SUB TAJUK 12 ISI KANDUNGAN 12 c) SPACING : 1.5 3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA

TAJUK 1 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN


1.1 SINOPSIS Tajuk ini membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Konsep Prabacaan Bentuk Aktiviti Prabacaan Aktiviti-Aktiviti Prabacaan

Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya, peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk, saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula jadi dan buatan). Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Peringkat prabacaan dapat difahami berdasarkan maklumat di bawah. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) Merangkak (aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca)

Berjalan (kemahiran membaca peringkat rendah)

Berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca)

Berlari (kemahiran membaca peringkat tinggi) Rajah 1.1 Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran pengamatan pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dan tangan), latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) menetapkan bahawa tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Menegaskan istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara khusus dan berterusan.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1979) telah mengenal pasti kemahiran kesediaan membaca, iaitu; I. Kemahiran melihat dan mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza. II. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza. III. Kemahiran menghubungkan bentuk huruf dan bunyi. IV. Kemahiran mengenal semua huruf. V. Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang bermakna. VI. Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi. VII. Kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna. VIII. Kemahiran pergerakan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid. 1.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan konsep prabacaan. Memahami dan menghuraikan bentuk-bentuk prabacaan. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti bagi setiap bentuk prabacaan. Membina dan menghasilkan bahan bantu mengajar serta melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA 1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK Untuk memahami aktiviti prabacaan, sila teliti kerangka tajuk di bawah. Pengamatan Penglihatan BENTUK PRABACAA N Pengamatan Pendengaran Pergerakan Tangan dan Mata Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar

Laksanakan Latihan Rajah 1.2 Kerangka Tajuk 1.4 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk tajuk ini merangkumi huraian dan penjelasan tentang konsep pengamatan, bentuk-bentuk pengamatan, jenis-jenis aktiviti bagi setiap pengamatan dan contoh-contoh aplikasi bahan. 1.4.1 Konsep Pengamatan Pengamatan merupakan proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. Proses berlaku apabila wujudnya rangsangan luar yang boleh kesan dan bertindak dengan organ-organ deria, hasil proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat (Janet W. Leaner, 1971). Menerima Rangsangan Merakam Maklumat

Bertindak Balas (Respon)

Memproses Maklumat

Rajah 1.3 Proses Pengamatan Janet W. Leaner

WAJ 3104 LITERASI BAHASA Pengamatan juga bermaksud proses yang memberikan makna

kepadatugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman lalu yang berhubungan rapat dengan pemikiran kita.Oleh itu, pengamatan sebagai proses pengawasan dan penelitian. Memberi gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu dan pandangan atau tanggapan pancaindera (Noresah Baharom et al, 2002). Penerimaan Proses Data Tindak Balas

Rajah 1.4 Proses Pengamatan Noresah Baharom et al. 1.4.2 Berikut I. II. Komponen dan Bentuk Pengamatan ialah komponen dan bentuk-bentuk pengamatan yang dapat

diaplikasikan dalam melaksanakan aktiviti prabacaan. Penglihatan (diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi Pendengaran (diskriminasi pendengaran, ingatan pendengaran dan integrasi visual-motor dan visual-kinestetik) visual-pendengaran) III. Pergerakan tangan dan mata. 1.4.3 1.4.3.1 Jenis Aktiviti dalam Bentuk Pengamatan. Bentuk Pengamatan Penglihatan. Terdapat empat belas jenis aktiviti yang setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri dan langkah melaksanakannya, iaitu diskriminasi penglihatan, ingat kembali, orientasi kedudukan,turutanmenyudahkan atau melengkapkan, rajah ayau latar bertindih, kordibasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapanbentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mazing atau mencari jalan keluar danbenda tersembunyi.

WAJ 3104 LITERASI BAHASA (a) Diskriminasi Penglihatan. Aktiviti visual ini melibatkan keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. (i) Aktiviti Mendiskriminasi yang Sama. Contoh 1: Bulatkan Gambar yang Sama

Contoh 2: Bulatkan Bentuk yang Sama

Contoh 3: Tandakan ( ) warna yang sama

WAJ 3104 LITERASI BAHASA (ii) Aktiviti Mendiskriminasi yang Tidak Sama. Contoh 1: Tunjukkan saiz yang tidak sama

Contoh 2: Bulatkan bentuk yang tidak sama

You might also like