Professional Documents
Culture Documents
Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 30-Mac-2012, saya masuk ke kelas tahun 4 untuk memulakan topik baru iaitu Tumbuhan Membiak. Soalan diajukan kepada murid secara rawak 1) Siapa pernah menanam pokok? atau pokok bunga? 2) Bagaimana kamu tanam? Menggunakan apa? Biji? Batang atau apa? Kebanyakan murid dapat menjawab dengan baik dan memberikan respon yang amat baik. Secara rawak 15 orang murid daripada 34 orang pernah menanam pokok dengan berbagai jenis. Berikut, saya mahu kongsikan kepada semua mengenai Tumbuhan Membiak. Lihat nota di bawah
(TUMBUHAN BERBUNGA MEMBIAK MELALUI BIJI BENIH) (Bunga biasanya menjadi buah yang mengandugi biji benih) (Apabila ditanam, biji benih akan bercambah menjadi anak pokok) Soalan: Nyatakan 5 lagi jenis tumbuhan yang membiak melalui biji benih.
(2) SPORA
Tumbuhan tidak berbunga membiak melalui spora. Contoh tumbuhan tidak berbunga
Paku pakis
LUMUT
ALGA
CENDAWAN
Spora di sebarkan melalui ANGIN. Spora akan bercambah apabila jatuh ke atas TANAH yang berkeadaan SESUAI Tanah yang sesuai seperti mempunyai HUMUS dan AIR yang mencukupi dan SUHU yang sesuai. Lihat gambar di bawah
Uji minda! Adakah tumbuhan yang tumbuh di atas sekeping roti (lama) merupakan tumbuhan pembiakan spora?
Melalui DAUN
-Contoh tumbuhan yang membiak melalui daun ialah POKOK BEGONIA
POKOK SETAWAR
(Apabila daun jatuh ke tanah, tunas yang berada di bahagian daun akan tumbuh menjadi anak pokok)
BUNGA RAYA
POKOK TEBU
POKOK HALIA
POKOK KUNYIT
MELALUI SULUR
- Sulur ialah PUCUK yang tumbuh dari batang bawah tanah -ANAK-anak pokok tumbuh di sekeliling pokok induk Contoh pokok yang membiak melalui SULUR ialah POKOK BULUH
POKOK KELADI
POKOK NANAS
POKOK PISANG