You are on page 1of 17

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

Tarikh: Hari: Masa: Tempat:

14.4.2012 Sabtu 7.20 pagi Dewan Utama SMK Convent, Ipoh Pengetua - Datin Mungit Kaur a/p Dalip Singh PK Pentadbiran Pn. Hjh. Azita bt. Tan Sri Datuk Abdul Aziz PK Hal Ehwal Murid - Pn. Jeyamala a/p Arunasalam PK Kokurikulum - Pn. Khirizan bt. Ahmad PK Petang - Pn. Hjh. Siti Fatimah bt. Boseri Pn. Hjh. Farouwahida bt. Hj. Shafiei (Penyelaras) Cik Leni bt. Herman

Pengerusi: Naib Pengerusi 1: Naib Pengerusi 2: Naib Pengerusi 3: Naib Pengerusi 4: Setiausaha: Bendahari:

Jawatankuasa: 1. Datin Mungit Kaur a/p Dalip Singh (Sambutan Tetamu Khas / Ibu bapa) 2. Pn. Noranisah bt. Mat Akir (Sambutan dan Perbarisan) 3. Pn. Nor Azua bt. Mat Nuri (Jemputan) 4. Pn. Teoh Seok Har (Pendaftaran) 5. Pn. Raja Shamshina bt. Hashim (Pegawai Perhubungan Awam/Dokumentari) 6. Pn. Norfairuz bt. Mohamad Yusof (Buku Program) 7. Pn. Mazyah bt. Kamaruddin (Cenderamata) 8. Pn. Faizah bt. Abdul Kadir (Persiapan Jamuan VIP / ibu bapa) 9. Pn. Hamizah bt. Zakaria (Persiapan Jamuan Petugas dan Penerima Hadiah) 10. Pn. Hjh. Sharifah Faizah bt. Syed Jaafar (Persiapan Dewan Serbaguna) 11. Pn. Rohana bt. Rahim (Kebersihan Dewan Serbaguna) 12. Pn. Siti Aminah bt. Baharuddin (Kebersihan Persekitaran Sekolah) 13. Pn. Salina bt. Abu Samah (Pengacara Majlis) 14. Cik Koghilawati a/p Balakrishnan ( Persiapan Dewan Utama) 15. Pn. Safiah Hayati bt. Mohamed Yusof (Persiapan Pentas dan Tempat duduk VIP) 16. Cik Asfariza bt. Asmuni (Kebersihan Dewan Utama) 17. Pn. Natrah bt. Besri (Penyediaan Profil Sekolah / Persembahan Power Point) 18. En. Lau Yong Fuei (Fotografi / Rakaman Video) 19. Pn. Florina Ng Swee Yuin (Persembahan) 20. Pn. Pengetua - Datin Mungit Kaur a/p Dalip Singh (Pemilihan Tokoh Pelajar) 21. Pn. Lee Sook Luan (Pemilihan Penerima Angerah) 22. Pn. Kalifah Mastura bt. Ayob (Penyedian Sijil & Menaip Sijil) 23. Pn. Nor Azlah bt. Hamzah (Penyediaan dan Penyusunan Hadiah) 24. Pn. Che Lian bt. Md Zain (Penyediaan dan Penerima Anugerah dan Disiplin dalam Dewan Utama) 25. En. Gee Kheng Chuan - (P.A.System /Siaraya) 26. En. Abdul Aziz b. Sarip (Banner / Back Drop) 27. En Tan Ah Choon (Tempat Letak Kereta)

SMK CONVENT, IPOH Tugas-tugas Jawatankuasa Hari Anugerah Tahun 2012

PERASMIAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL Penyelaras 1 : Pn. Raja Shamshina bt. Hashim - Menentukan senarai nama jemputan VIP dan serahkan kepada AJK Jemputan. - Menjemput tetamu ke majlis: - VIP , Coga, PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah - ibu bapa - Menyediakan dan melatih pasukan kompang dan bunga mangga. - Menentukan kedudukan pelajar semasa menyambut tetamu. - Menyelaraskan persembahan dengan penyambut tetamu dan juruacara. - Menyedia dan menghantar surat serta mendapatkan maklum balas kehadiran. - Menyediakan stiker VIP untuk kemudahan parking dan dilampirkan dalam surat jemputan. - Membawa tetamu jemputan ke tempat duduk yang disediakan.

AJK Sambutan Tetamu Khas / Ibu bapa Datin Mungit Kaur a/p Dalip Singh (K) Pn. Hjh. Azita bt. Tan Sri Datuk Abdul Aziz Pn. Jeyamala a/p Arunasalam Pn. Khirizan bt. Ahmad Pn. Hjh. Siti Fatimah bt. Boseri

AJK Sambutan & Perbarisan Pn. Noranisah bt. Akir (K) Pn. Sahanisah bt. Senin

AJK Jemputan Pn. Nora Azua bt. Mat Nuri (K) Pn. Thong Paik Chuin Pn. Rohaya bt. Ibrahim

AJK Pendaftaran Pn. Teoh Seok Hear (K) Pn. Alimah bt. Abd Majid Cik Neranjana Sri a/p Martivanan

Menyediakan borang kehadiran pelajar. Menyediakan kaunter pendaftaran. Mengambil kehadiran pelajar. Mengedarkan buku program kepada ibu bapa dan tetamu yang mendaftar

AJK Pegawai Perhubungan Awam / Dokumentasi Pn. Raja Shamshina bt. Hashim (K) Pn. Normah bt. Ahmad

- Memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. - Membuat laporan selepas majlis tamat. - Menghubungi , membuat dan menghantar surat kepada pihak polis, akhbar, MBI untuk kemudahan dan pelaksanaan majlis.

AJK Buku Program Pn. Norfairuz bt. Mohamed Yusof (K) Pn. Rosmawati bt. Mohd. Khairuddin Pn. Noraini bt. Mat Husain

- Menentukan dan mendapatkan bahan-bahan buku program . - Menyediakan draf buku program dan serahkan kepada PK1 untuk disemak. - Mencetak buku program (VIP dan ibu bapa). Menyerahkan buku program yang siap dikepil kepada jawatankuasa pendaftaran.

AJK Cenderamata Pn. Mazyah bt Kamaruddin (K) Pn. Norlis bt. Abdul Hamid

- Menempah dan membeli hadiah / cenderamata untuk tetamu jemputan. - Memastikan cenderamata diserahkan kepada pemandu tetamu VIP selepas majlis tamat. - Menyediakan segala keperluan seperti dulang dan sebagainya.

JAMUAN Penyelaras 8 : Pn. Hajah Siti Fatimah bt. Boseri Tentukan bilangan ibu bapa/ VIP. Tentukan menu dan tempat jamuan VIP dan ibu bapa juga tetamu. - Hubungi pembekal makanan dan sediakan nota minta jamuan. - Pastikan kebersihan tempat makan sebelum, semasa dan selepas jamuan. - Pastikan penyediaan makanan menepati masa. Pastikan hiasan, peralatan mencukupi, bersih dan ceria.

AJK Jamuan VIP / Ibu bapa Pn. Faizah bt. Abdul Kadir (K) Pn. Zakiah bt. Mohamad Cik Nor Zairin bt. Shariffudin

AJK Jamuan Petugas dan Penerima Hadiah Pn. Hamizah bt. Zakaria (K) Cik Azilawati bt. Abdul Malik Pn. Norzarina bt. Awang

- Tentukan bilangan ibu bapa / petugas / pelajar / guru / pekerja. - Hubungi pembekal makanan dan sediakan nota minta jamuan. - Pastikan kebersihan tempat makan sebelum, semasa dan selepas jamuan. - Pastikan penyediaan makanan menepati masa. - Pastikan hiasan, peralatan mencukupi, bersih dan ceria.

10

AJK Persiapan Dewan Serbaguna Pn. Hjh Sharifah Faizah bt. Syed Jaafar (K) Pn. Azizah bt. Abdul Aziz Pn. Rasimah bt. Idris

- Memastikan bilangan kerusi mencukupi untuk tetamu dan ibu bapa. - Memastikan dewan dan sekitarnya dalam keadaan baik, bersih dan ceria. - Memastikan tetamu duduk di tempat yang betul. - Menyediakan label penerima anugerah untuk dilekatkan pada kerusi. - Memastikan Dewan Serbaguna dan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih.

11

AJK Kebersihan Dewan Serbaguna Pn. Rohana bt. Rahim (K) Pn. Ghanaswari a/p Balakrisnan Pn. Poh Siew Peng AJK Kebersihan Persekitaran Sekolah Pn Siti Aminah bt. Baharuddin (K) Pn. Suzana bt. Ahmad Pn. Devi a/p Vayarayasamy Pn. Toh Ai Lee

12

- Memastikan persekitaran sekolah termasuk tandas berada dalam keadaan baik dan bersih

UPACARA MAJLIS Penyelaras : Pn. Hajah Mariam bt. Awang

13

AJK Pengacara Majlis Pn. Salina bt. Abu Samah (K) En. Yang Shahrin b. Abd Aziz

- Menyiapkan skrip juruacara, teks ucapan VIP. - Membuat penyelarasan dengan semua jawatankuasa dan mengacarakan majlis. - Menyediakan gelas dan air mineral untuk diletakkan di rostrum. - Menyerahkan soft copy dan hard copy kepada AJK Perhubungan Awam untuk tujuan dokumentasi.

14

AJK Persiapan Dewan Utama Cik Koghilawati a/p Balakrishnan (K) Pn. Nur Afidah bt. Abdullah Pn. Azlina bt. Mad Isa

- Memastikan bilangan kerusi mencukupi untuk tetamu, ibu bapa, pelajar dan guru. - Memastikan dewan dan sekitarnya dalam keadaan baik, bersih dan ceria - Memastikan tetamu duduk di tempat yang betul.

15

AJK Persiapan Pentas dan Tempat duduk VIP Pn. Safiah Hayati bt. Mohamed Yusof (K) Pn. Khadijah bt. Yusof Cik Lena a/k Rusia

Menetapkan tempat duduk para VIP dan melabelkannya. - Menyediakan peralatan pentas, rostrum, hiasan pentas, kerusi tetamu, skrin tayangan/ LCD, kedudukan mikrofon, kipas angin dan pasu bunga. - Memastikan Dewan Utama dan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih.

16

AJK Kebersihan Dewan Utama Cik Asfariza bt. Asmuni (K) Pn. Jamnah bt. Saud Cik Marsanah bt. Baba AJK Penyediaan Profil Sekolah / Persembahan Power Point) Pn. Natrah bt. Besri (K) Pn. Mazni bt. Mohamed Cik Leni bt. Herman

17

18 AJK Fotografi, Rakaman Video En. Lau Yong Fuei (K) Pn Siti Norwahedah bt. Abdul Wahab

Mendapatkan maklumat berhubung dengan pencapaian sekolah (kurikulum dan kokurikulum). Menyediakan bahan persembahan dalam bentuk power point. Bertugas untuk mempamerkan persembahan power point dan menyediakan peralatan ICT. Memastikan semua alatan kamera dan video dalam keadaan baik. Menjalankan tugas penggambaran semasa acara dijalankan. Memasukkan gambar-gambar dalam majalah sekolah. Menyimpan salinan gambar dalam bentuk CD/VCD untuk diserahkan kepada Pengetua.

19

AJK Persembahan Pn. Florina Ng Swee Yuin (K) Cik Lau Siew Deng

- Menetapkan dan melatih pasukan untuk persembahan. - Menentukan kedudukan pasukan. - Persembahan di dewan dan jumlah persembahan. - Menyelaras persembahan dengan juruacara. - Menyediakan pasukan Cak Lempong untuk membuat persembahan di Dewan Serbaguna semasa jamuan. - Memastikan peserta persembahan berpakaian kemas dan menjaga disiplin.

PEMILIHAN DAN PENERIMA HADIAH Penyelaras: Pn. Jeyamala a/p Arunasalam 20 AJK Pemilihan Tokoh Pelajar Pengerusi: Pengetua Datin Mungit Kaur a/Dalip Singh Naib Pengerusi 1: PK Pentadbiran Pn. Hjh. Azita bt. Tan Sri Datuk Abdul Aziz Naib Pengerusi 2: PK Hal Ehwal Murid Pn. Jeyamala a/p Arunasalam Naib Pengerusi 3: PK Kokurikulum Pn. Khirizan bt. Ahmad Naib Pengerusi 4: PK Petang Pn. Hjh. Siti Fatimah bt. Boseri Setiausaha: Pn. Hjh. Farouwahida bt. Hj. Shafiei (Penyelaras) AJK Pemilihan Penerima Anugerah Pn. Lee Sook Luan (K) Pn. Saidatulnizam bt. Idris Pn. Norwahida bt. Ramli Pn. Nurul Hidayah bt. Hasyim Pn.Sharifah Nur Izzatul Akmar bt. Syed Hamzah

- Menyediakan senarai nama penerima anugerah kepada AJK Jemputan dan pendaftaran. - Menyediakan borang tokoh pelajar. - Mengedarkan borang kepada pelajar. - Membuat pemilihan tokoh pelajar. - Menyerahkan nama kepada AJK Penyediaan Sijil. - Menyerahkan biodata kepada Pengacara.

21

- Menyediakan senarai nama pelajar penerima anugerah: (i) Akademik - Pn. Lee Sook Luan (SPM) - Pn Saidatulnizam bt. Idris (PMR) - Pn. Nurul Hidayah bt. Hasyim (Ting.1&2) - Pn. Norwahida bt. Ramli (Ting.4) - Tokoh Pelajar - Ketua Pengawas (ii) Kokuriklum: Pn.Sharifah Nur Izzatul Akmar bt. Syed Hamzah (a) Panji Perak (b) Panji Emas - Melakukan penyelarasan dengan ahli jawatankuasa hadiah, juruacara dan buku program. - Menyerahkan seanarai penerima anugerah kepada AJK Buku Program.

HADIAH DAN SIJIL Penyelaras: Pn. Hajah Farouwahida bt. Shafiei

22

AJK Penyediaan Sijil (menaip sijil) Pn. Kalifah Mastura bt.Ayob (K) Cik Rodziah bt Mat Amin Cik Lathah a/p Muniandy Pn. Norhayati bt. Mat Isa

Memastikan nama penerima sijil adalah betul. Menyediakan sijil yang lengkap (kurikulum dan kurikulum) Membuat penyelarasan dengan penyusunan hadiah. Memastikan, menyediakan dan menyusun hadiah-hadiah dan sijil. Menyediakan sijil yang lengkap. Menyediakan peralatan semasa penyampaian hadiah dan sijil. Membuat penyelarasan dengan pengacara majlis. Memastikan sijil dan hadiah pelajar-pelajar yang tidak hadir di majlis anugerah, diserahkan kepada pelajar tersebut nanti.

23

AJK Penyediaan dan Penyusunan Hadiah Pn. Nor Azlah bt. Hamzah (K) Pn. Wan Norhafilah bt. Wan Hamid Cik Rosmahiza bt. Ismail Pn. Nurul Aishah bt.Sulaiman Cik Nurasyikin bt. Hussain

24

AJK Penyediaan Penerima Anugerah dan Disiplin dalam Dewan Utama Pn. Che Lian bt. Md. Zain (K) Pn. Chan Chew Liang Pn. Habibah bt. Embi Pn. Parimalah Devi a/p Ramasamy

Memastikan pelajar mematuhi peraturan semasa raptai dan semasa hari sebenar. Menyusun kedudukan pelajar yang menerima anugerah. Memastikan pelajar memakai pakaian kemas sepanjang acara berlangsung. Memastikan pelajar dalam keadaan baik, senyap semasa acara sedang berjalan.

PERALATAN DAN KAWALAN LALU LINTAS Penyelaras : Pn. Khirizan bt. Ahmad 25 AJK Siaraya En. Gee Kheng Chuan (K) Cik Yeoh Guat Hoon

26 AJK Banner / Back Drop En. Abdul Aziz b. Sarip (K) En. Yang Shahrin b. Abd Aziz

Memastikan semua alat siaraya berfungsi. Jawatankuasa berada di dewan sepanjang acara berlangsung. Berurusan dengan bahagian persembahan dan juruacara bagi menentukan jumlah mikrofon yang diperlukan. Menyimpan peralatan selepas selesai acara.

Menggantung banner, meletakkan di tempat yang sesuai. Memasang banner di atas pentas di Dewan Utama dan di pagar hadapan sekolah. Menentukan tempat letak kereta VIP, tetamu dan guru-guru. Membuat papan tanda arahan trafik. Mengenal pasti tempat letak kereta untuk VIP, tetamu dan pentadbir sekolah (Rujuk Pengetua). Membenarkan hanya kereta VIP, tetamu dan pihak pentadbir masuk ke kawasan sekolah. Mengadakan satu pasukan petugas keselamatan dan lalu lintas. Menguruskan hal-hal keselamatan. Memastikan Kadet Polis mendapat makanan.

27

AJK Tempat Letak Kereta En. Tan Ah Choon (K) Pn Nur Azura bt. Muhd Zahidi Kadet Polis

ATUR CARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KE-104, 2012

MASA 7.30 pagi

ACARA Ketibaan penerima hadiah dan ibu bapa (mendaftar dan mengambil tempat duduk) Ketibaan Tetamu Jemputan Ketibaan Tetamu Kehormat (YDP PIBG SMK. Convent, Ipoh) Nyanyian Lagu Negaraku Persembahan Pelajar Ucapan Pengetua SMK Convent, Ipoh Yang Berbahagia Datin Mungit Kaur a/p Dalip Singh, Ucapan Perasmian Tetamu Kerhormat Merangkap YDP PIBG SMK Convent, Ipoh Yang Berusaha Prof. Ir Dr. Md Azlin b. Md Said. Penyampaian sijil dan hadiah: - Tingkatan 1, 2 dan 4 - PMR - SPM - Panji Perak - Panji Emas - Ketua Pengawas - Tokoh Pelajar Penyampaian cenderamata Nyanyian Lagu Sekolah

8.00 pagi 8.10 pagi

11.00 pagi

Jamuan Majlis bersurai

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT, IPOH. Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2012 Disempurnakan oleh

YANG BERUSAHA PROF. IR. DR. MD. AZLIN B. MD. SAID YDP PIBG SMK. CONVENT, IPOH

Tarikh: 14.4.2012 (Sabtu) Masa: 7.30 pagi Tempat: Dewan Utama SMK Convent, Ipoh

Ucapan Pengetua

Terima kasih pengacara majlis.

Yang Berusaha Prof. Ir. Dr. Md. Azlin b. Md. Said, Timbalan Yang Dipertua PIBG, SMK Convent, Ipoh, Yang Berusaha Sister Henrita Sinbad wakil Pengerusi Lembaga Pengelola, SMK Convent, Ipoh, Yang Berusaha Miss Terrizenha Gonzalves, Pengerusi Coga, SMK Convent, Ipoh, Ahli-ahli Jawatankuasa Coga, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Convent, Ipoh, Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh Azita bt. Tan Sri Datuk Abdul Aziz, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Jeyamala a/p Arunasalam Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Khirizan binti Ahmad Guru-guru Kanan, Yang Dihormati Guru-guru, ibu bapa, para pelajar, para jemputan, dan hadirin-hadirat sekalian. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga SMK Convent mengalu-ngalukan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada para hadirin, datuk-datuk, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang sudi datang ke Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2012 untuk meraikan kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Pada pagi yang ceria ini, kita bersamasama meraikan kejayaan anak-anak didik kita dengan penuh rasa syukur dan takzim, dan sudah semestinya kejayaan mereka merupakan kejayaan kita semua, sama ada kita sebagai ibu bapa maupun sebagai pendidik. Sesungguhnya semua kejayaan para pelajar pada pada hari ini adalah hasil usaha, kerjasama dan kerja keras pelajar itu sendiri, para pendidik, ibu bapa, serta usaha padu dari pihak Lembaga Pengelola, PIBG, dan persatuan Convent Girls Alumni atau panggilan ringkasnya COGA. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dan terpilih menerima hadiah atas pencapaian keputusan kalian yang cemerlang pada tahun ini.. Datuk-datuk, datin-datin, para hadirin sekalian. SMK Convent merupakan salah sebuah sekolah yang cemerlang di negeri Perak. Sekolah ini adalah sebuah sekolah kawalan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara. Hal ini bermakna hanya

murid-murid yang cemerlang sahaja diterima belajar di sekolah ini. Visi Sekolah SMK Convent ialah menjadi antara 200 buah sekolah yang terbaik negara menjelang tahun 2012. Demi merealisasikan visi di atas pihak sekolah sentiasa mendokong misi sekolah ini, iaitu sentiasa berusaha melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah serta pengurusan dan kepimpinannya.

POWER POINT

Dalam peperiksaan PMR tahun 2011, SMK Convent telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang iaitu mendapat tempat ke . di Daerah Kinta Utara, dan tempat ke di negeri Perak. Peratus kelulusan PMR ialah % dengan GPS . Terdapat seramai .. orang pelajar mencapai keputusan terbaik, iaitu mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Dalam peperiksaan SPM pula mendapat tempat ke di Daerah Kinta Utara dan ke.. peringkat negeri Perak. Dalam pencapaian keseluruhannya peratus kelulusannya ialah % dengan GPS . Seramai orang pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran. Pencapaian SPM 2011 yang membanggakan ialah seramai 4 orang pelajar SMK Convent telah mendapat straight A+ iaitu tempat ketiga di negeri Perak. Kejayaan ini adalah berkat usaha pelajar itu sendiri di samping bimbingan semua pihak lebih-lebih lagi ibu bapa dan guru-guru. Sudah sememangnya SMK Convent sentiasa ingin berada antara 10 buah sekolah yang terbaik di Daerah Kinta Utara. Saya bagi pihak warga SMK Convent rasa sangat terharu kerana sekolah ini telah berjaya mendapat tempat keenam di Daerah Kinta Utara dalam peperiksaan SPM tahun 2011.

Para hadirin yang dihormati sekalian, Apa yang menjadikan kebanggaan kita semua ialah SMK Convent yang berlatar belakangkan sekolah bantuan modal, serta serba daif dari segi fizikal bangunan dan prasarana pendidikannya, namun cukup berkemampuan dan berkebolehan untuk melahirkan pelajarpelajar yang bukan sahaja cukup cemerlang dalam bidang akademik di Daerah Kinta Utara, malah cukup berpotensi dan cemerlang dalam kegiatan sukan dan kokurikulum sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sesuai dengan motto kita yang berbunyi Simple in virtue steadfast in duty. Syabas dan tahniah diucapkan kepada setiap anak didik, guru-guru, ibu bapa dan warga SMK Convent kerana tanpa usaha semua apa yang kita harapkan iaitu seorang guru, seorang murid satu sukan tidak akan menjadi kenyataan. Hal ini kerana pelajar-pelajar SMK Convent telah menunjukkan kejayaan yang amat membanggakan dalam sukan, permainan dan aktiviti kokurikulum dalam pertandingan-pertandingan yang disertai.

POWER POINT

Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian Kita sedia maklum tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Saya bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh warga SMK Convent terutama guru-gurunya yang gigih berusaha untuk kecemerlangan pelajar sama ada akademik mahupun kokurikulum. Pelajar yang cemerlang, berpotensi cemerlang, sekadar pencapaian memuaskan dan yang perlu perhatian sama saja dilayan. Guru-guru sentiasa berusaha ke arah kejayaan dengan program-program peningkatan yang dirancang dalam setahun atau berkala. Saya ingin mengambil kesempatan mengingatkan kejayaan yang dicapai sekarang perlu diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Pada mereka yang belum menunjukkan peningkatan perlu berusaha untuk berjaya mencapai kecemerlangan.

Apabila kita berusaha Kita akan berjaya Apabila kita malas Banyak keburukan yang akan kita galas Apabila kita berjaya Semua orang suka pada kita Para pelajar yang di kasihi sekalian Para pelajar mesti selalu ingat bahawa anda adalah golongan remaja yang akan meneraju kepimpian negara pada masa hadapan. Oleh itu, anda perlu memenuhi kualiti yang diperlukan untuk meneruskan pembangunan negara. Anda hendaklah cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum serta sahsiah. Untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar dan hebat, anda perlu memiliki daya saing yang positif , inovatif dan kreatif. Kehidupan di kolej, kampus dan universiti tidak semanis yang disangka oleh sesetengah pihak. Hendak masuk mungkin senang tetapi tidak semudah yang disangka, cabaran belajar dan faktor-faktor lain perlu dihadapi oleh para pelajar lebih-lebih lagi di zaman yang serba canggih dan dunia tanpa sempadan ini. Silap langkah kecundang di tengah jalan. Kepada ibu bapa sekalian, iringlah perjuangan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan untuk terus berjaya dan sentiasalah berusaha agar mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Anakanak merupakan tanggungjawab ibu bapa dalam memberi mereka ilmu dan kemahiran. Kejayaan mereka kejayaan kita.

Apabila anak tidak dilatih Nanti besar bapanya letih. Apabila anak cerdik dan pandai Hidup tua ibu bapa tidak terabai. Terima kasih kepada PIBG sekolah. Penglibatan dan kerjasama yang diberikan untuk kecemerlangan sekolah tidak pernah dilupakan. Dengan kepimpinan PIBG yang baru nanti diharapkan SMK Convent akan terus cemerlang, dan lebih berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai. Dengan sokongan barisan PIBG yang baru dipilih dan dilantik, diharapkan warga SMK Convent dapat meneruskan program-program kecemerlangan berbentuk bengkel, ceramah serta seminar dan sebagainya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Lembaga Pengelola Sekolah dan Persatuan Convent Girls Alumni atas keprihatinan kalian dalam perkembangan dan perjalanan kemajuan sekolah ini. Adalah menjadi harapan kami, sokongan padu daripada kedua-dua pihak memberi kemudahan, buah fikiran, dan kepercayaan kepada kami untuk terus berusaha bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah ini. Semoga sekolah ini menjadi sekolah yang terbaik di Daerah Kinta Utara dan hebat di negeri Perak dalam akademik, koakademik, kokurikulum serta sahsiah.

Akhir kata, saya bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang member kerjasama dalam menjayakan majlis pada pagi ini.

Sekian terima kasih.

Teks Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG SMK Convent, Ipoh Sempena Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2012

Terima kasih pengacara majlis.

Yang Berusaha Pn. Hjh Azita binti Tan Sri Datuk Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Convent, Ipoh, Yang Berusaha Sister Henrita Sinbad, wakil Pengerusi Lembaga Pengelola, SMK Convent, Ipoh, Yang Berusaha Miss Terrizenha Gonzalves, Pengerusi Persatuan Convent Girls Alumni atau panggilan ringkasnya COGA, SMK Convent, Ipoh, Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah, Ahli-ahli Jawatankuasa Coga, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Convent, Ipoh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Jeyamala a/p Arunasalam Penolong Kanan Petang, Puan Siti Fatimah bt. Boseri Barisan Guru-guru Kanan, Guru-guru, ibu bapa, para pelajar, para jemputan, dan hadirin-hadirat sekalian.

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada pagi yang bahagia ini dapat kita berkumpul dan menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang 2012, SMK Convent, Ipoh. Selaku Naib Yang Dipertua PIBG sekolah ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbir, guru-guru dan kakitangan serta para ibu bapa kerana saling bekerjasama menjayakan apa-apa sahaja program sekolah, contohnya baru-baru ini pada 24 Mac 2012 yang lalu telah terlaksana Majlis Penyampaian Cek Bantuan daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang berjumlah RM260,000.00. Pagi ini pula kita berkumpul untuk meraikan kejayaan anak-anak kita sama ada dalam bidang akademik, koakademik mahupun kokurikulum. Sesungguhnya hubungan baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa yang diwakili oleh PIBG amat penting dan perlu sentiasa dipereratkan. Hal ini kerana kedua-dua pihak saling memerlukan dan saling melengkapi demi memperkasakan lagi mutu pendidikan negara kita ini.

Datuk-datuk, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sudah tentu kita amat sedar, bahawa sekolah merupakan satu institusi yang memainkan peranan penting merealisasikan aspirasi negara ini untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sesungguhnya sekolah merupakan tempat para pelajar mendapat pendidikan yang sempurna, dan diharapkan dapat melahirkan lebih ramai bijak pandai serta berjaya dalam kehidupan malah menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu, saya mewakili para ibu bapa amat berterima kasih kepada semua pendidik di sekolah ini kerana sentiasa consistent dengan tugas dan tanggungjawab mereka mendidik dan membimbing anak-anak murid di sini. Dalam pemerhatian saya sendiri, sememangnya pihak sekolah ini sentiasa berusaha untuk mencapai visinya iaitu menjadi antara 200 buah sekolah yang terbaik negara menjelang tahun 2012. Begitu juga sekolah ini selalu berusaha untuk berada antara kedudukan 10 buah sekolah yang terbaik di daerah Kinta Utara. Oleh itu, misi sekolah ini iaitu sentiasa berusaha melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah serta pengurusan dan kepimpinannya perlu diteruskan demi masa depan anak-anak didik sekalian. Pencapaian di peringkat PMR mahupun SPM pada tahun ini yang amat cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya tidak akan menjadi realiti sekiranya tiada kerjasama antara semua pihak.

Hadirin hadirat dan para pelajar sekalian,

Para pelajar adalah golongan remaja dan belia yang akan menerajui corak kepimpinan negara pada masa akan datang. Jatuh bangun sesebuah negara itu bergantung kepada tahap pendidikan generasi yang menerajuinya. Justeru, para pelajar yang berada di hadapan saya ini hendaklah cemerlang dan berkualiti dalam pelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. Sehubungan dengan itu, majlis seumpama ini amat sesuai diadakan untuk menghargai kesungguhan dan kejayaan pelajar di samping dapat memberi suntikan motivasi agar para pelajar akan mencapai kejayaan yang lebih baik. Walau bagaimanapun pelajar-pelajar yang kurang cemerlang perlu juga diberi sepenuh perhatian agar mereka berasa tidak dipinggirkan. Sebagai ibu bapa dan guru-guru kita perlu memberi perhatian dan peluang yang sama kepada mereka agar mereka dapat mencipta kecemerlangan dan kejayaan tersendiri walaupun mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit. Apa yang penting kita memberi galakan kepada mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Dengan itu, kita perlu memanfaatkan setiap kelebihan yang ada pada setiap diri para pelajar agar modal insan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah akan berterusan demi survival negara. Saya amat berharap dan berasa bangga seandainya ada golongan remaja di sekolah ini berjaya menjadi insan berguna di samping mempunyai nilai sahsiah dan jati diri yang tinggi.

Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian

Sebagai mengakhiri kata-kata saya, saya ingin merakam sekali lagi ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada para pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan pada hari ini. Semoga para pelajar akan terus cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa, keluarga, sekolah dan negara. Tidak lupa juga, tahniah kepada para ibu bapa dan guru kerana telah mendidik mereka sehingga Berjaya. Dengan kata-kata William Shakespeare yang berbunyi `Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi, saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2012.

Sekian terima kasih.

You might also like