P. 1
PERNIKAHAN SEMASA BELAJAR

PERNIKAHAN SEMASA BELAJAR

|Views: 605|Likes:
Published by Hanan Nani

More info:

Published by: Hanan Nani on May 17, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/06/2014

pdf

text

original

MAKNA PERKAHWINAN DAN TUNTUTAN TERHADAPNYA Dari segi bahasa, nikah ditakrifkan sebagai “percantuman” dan “pertembungan” atau

sebagai gambaran kepada persetubuhan dan „aqad. Dari segi syara‟ dikenali sebagai „aqad perkahwinan. Manakala syara‟ pula telah mendefinisikan perkahwinan sebagai satu aqad‟ yang mengharuskan seorang lelaki melakukan hubungan jenis dengan seorang perempuan, malah boleh juga melakukan apa saja dengan perempuan itu termasuklah yang berkaitan dengan seks seperti mencium, memeluk atau seumpamanya, dengan syarat perempuan itu bukan mahram kerana keturunan, susuan atau ikatan perkahwinan1. Perkahwinan disyari‟atkan oleh al-Quran, al-Sunnah dan al-ijma‟. Dalil pensyari‟atan perkahwinan daripada al-Quran adalah firman Allah S.W.T: …maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat… ( Surah al-Nisa’ 4:3) Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan…. (Surah al-Nur 24:32) Dalil pensyari‟tan perkahwinan daripada al-Sunnah adalah daripada sabda Rasulullah s.a.w: Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan

1

Mohd Ismail Mustari. (2009). Isu – Isu Perkahwinan.

Page | 1

dan memelihara kemaluan (kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) Malah dalam pandangan Islam, pernikahan bukanlah suatu aib dan bukan pula suatu kekurangan. Tetapi pernikahan adalah sesuatu yang mulia dan sempurna. Melalui pernikahan seseorang itu boleh mencapai tujuan yang mulia. Maka tidak hairanlah pernikahan itu mampu menjadi benteng daripada keburukan syahwat, menjaga pandangan daripada perkara yang haram, menjauhi zina dan dosa, membahagiakan jiwa, menyenangkan isteri dengan berbincang dan bersuka ria dengannya. Dunia itu adalah perhiasan.Dan perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita shalehah. (hadith riwayat Ibnu Majah dalam kitab Sunan Ibnu Majah) Dalam al-Quran, Allah ada menjelaskan tentang kenikmatan dunia yang sementara; Padahal kehidupan dunia itu (dibanding) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit) (Surah Ar-Ra’ad 13:26) Malah sebaik-baik kenikmatan yang dirasakan oleh seorang manusia di muka bumi ini adalah perempuan yang solehah lagi menyenangkan jiwa, kerana wanita yang seperti ini termasuk daripada kebahagiaan seorang lelaki.

Page | 2

w. Page | 3 .t menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan agar mereka saling berkasih sayang. dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. pagi dan petang. supaya kamu bersenang hati dan bermesra dengannya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan – keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang – orang yang berfikir. gelap dan terang. begitu juga dengan tumbuh – tumbuhan. Malam dan siang.t menciptakan setiap perkara di dunia ini berpasang – pasangan.” (al.t. isteri – isteri dari jenis kamu sendiri. Perkahwinan juga bertujuan mengikat suami. Bagi binatang pula diciptakan jantan dan betina bagi setiap jenis.w. Melalui perkahwinan juga melahirkan sikap bekerjasama di antara pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran hidup. Perkara ini juga terdapat kepada sebaik – baik ciptaan Allah s. Allah s.Rum 30:21) Perkahwinan diharuskan oleh syara‟ supaya memelihara seseorang itu dari tercebur ke dalam perkara-perkara yang ditegah oleh agama malah bertujuan untuk memelihara keturunan manusia daripada pupus dan hilang. iaitu manusia. hitam dan putih. bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki). isteri dan anakanak dengan ikatan yang kukuh. Maksudnya : “Dan di antara tanda – tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya.HIKMAH PENSYARIATAN PERNIKAHAN Allah s. di samping menyemaikan rasa kasih sayang antara kumpulan masyarakat dan mengeratkan perhubungan antara dua keluarga yang terlibat dalam perkahwinan.w. Terdapat jantan dan betinanya bagi memastikan benih yang ditaburkan oleh si jantan dapat diterima oleh si betina bagi menghasilkan makanan.

realiti bernikah ketika belajar merupakan suatu fenomena yang perlu ditangani secara khusus. Semua pihak harus membuka minda terutama masyarakat dewasa untuk melihat secara terperinci adakah faktor pernikahan disebabkan oleh dorongan negatif dan boleh menghancurkan masa depan pelajar dalam menguasai sesuatu ilmu di dalam universiti atau ia merupakan dorongan yang positif yang akan membawa seribu satu kebaikan kepada pelajar dan mematangkan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab. Malah Ketua Perunding Psikologi. seseorang itu akan lebih yakin dan bersemangat kerana menyedari kerja yang dilakukannya bukan untuk dirinya saja tetapi turut sama dikongsi dengan isteri tercinta. Terdapat pelbagai reaksi di kalangan golongan muda terhadap realiti gerbang perkahwinan. Dr Edward Chan berkata pasangan remaja kini lebih mementingkan kehebatan majlis perkahwinan daripada pengisian hubungan sebagai suami isteri. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Hal perkahwinan semasa belajar menjadi asas perbincangan. Justeru itu. Malah ia dapat menjadikan seseorang itu lebih berupaya memikul tanggungjawab yang lebih besar dan berat serta dapat menghadapi hidup dengan berani dan lebih tenang menghadapi cabaran yang mendatang.Ikatan itu boleh menghilangkan rasa sunyi. sewajarnya golongan dewasa jangan terlalu mudah melatah dan mengambil keputusan singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang diambil. Beliau juga berpendapat betapa pasangan remaja ini Page | 4 . Pusat Psikologi Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah ini.

ramai pemuda muslim menahan diri untuk segera menikah kerana takut pada beban tanggungjawab yang akan dipikul walaupun sudah sampai seru atau sudah pandai berkasih-kasihan dengan kaum bukan sejenis mereka. Ramai yang beranggapan. dan dijadikan di antara kamu (suamaiisteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan.banyak menekankan tentang hubungan seks pada awal perkahwinan. isteri-isteri dari jeniskamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Apabila berkahwin apa yang dikhuatiri dan bermain di fikiran anak-anak muda adakah mereka mampu untuk fokus di dalam pelajaran? 2 Akhbar Kosmo. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (2006) Page | 5 . dengan berkahwin ketika masih menuntut. Namun yang amat mendukacitakan pada zaman mutakhir ini. Hari ini kita melihat ramai pemuda Islam yang terjebak dengan budaya „couple‟ sedangkan hakikat kasih sayang yang mereka jalinkan itu adalah selayaknya disalurkan melalui gerbang perkahwinan seperti yang telah difirmankan oleh Allah: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki). tanggungjawab akan terpaksa diagihkan kepada tuntutan untuk menjaga perihal hal rumahtangga dan pada masa yang sama tanggungjawab terhadap hal-hal pembelajaran seperti menyiapkan tugasan atau kerja kursus dan persiapan menghadapi peperiksaan. (Ar-Rum21) Dalam sesetengah situasi ada juga di kalangan mahasiswa Islam yang menahan diri untuk tidak segera menikah kerana alasan keperluan untuk menyelesaikan kuliahnya di universiti. tetapi tidak kepada penekanan terhadap hubungan sebenar dalam sesebuah perkahwinan2.

Ibu bapa menekankan supaya anak-anak belajar dengan bersungguh-sungguh dan mengetepikan hal-hal yang lain. masyarakat meletakkan urusan pernikahan perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Ini bertentangan dengan sabda Rasulullah saw: …Kamu kahwinilah wanita – wanita yang subur dan pengasih kerana sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai.Ibu bapa khuatir anak-anak tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan yang tidak kurang pentingnya mereka juga gusar jika anak-anak ini nanti bakal menghadapi krisis rumahtangga akibat ketidakmatangan dan masalah kewangan. Urusan untuk berumahtangga tidak termasuk dalam kepentingan jika mereka belum lagi menghabiskan pengajian dan tidak lagi bekerja. Selain daripada itu. Jaminan ekonomi yang kukuh juga menjadi asa yang penting pada pandangan mereka untuk membina sebuah keluarga. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang tidak yakin dengan kemampuan anak masing-masing untuk mendirikan rumahtangga pada usia yang masih muda. tentangan daripada ibu bapa juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak muda yang masih belajar yang berkeinginan untuk berkahwin terpaksa menagguhkan hasrat mereka. Umumnya. (Riwayat Abu Daud) Perkara lain yang turut menjadi penghalang kepada perkahwinan ketika belajar walaupun ada yang berhasrat sedemikian ialah masalah kewangan.Adakah prestasi mereka akan menurun? Adakah mereka mampu membahagikan masa untuk kedua-duanya? Dan pelbagai soalan yang mengganggu fikiran mereka sehingga menangguhkan perkahwinan selepas tamat pengajian. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau Page | 6 .

Dimanakah keimanan kita kepada Hadis Baginda S.A.Terkadang. Bagi memenuhi kehendak adat dan persepsi masyarakat inilah yang membuatkan pasangan kekasih yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi menundakan hasrat perkahwinan mereka sehingga selepas mendapat pekerjaan. Dan berilah khabar gembira dan jangan khabar yang menyedihkan. Sedangkan perkara-perkara di atas sudah tersasar jauh dengan apa yang diperintahkan oleh Allah S. majlis yang ingin dilangsungkan secara besar-besaran. Ada di antara lelaki atau wanita.T dan Rasulullah S.W. Page | 7 . Jumlah hantaran yang tinggi. Ini kerana pandangan umum mengenai perkahwinan ialah selepas berkahwin lelaki atau wanita akan mempunyai satu komitmen lain iaitu terhadap isteri atau suami dan anak – anak. jumlah dulang hantaran dan barang-barang hantaran yang terlalu mengikutkan keinginan dan trend menjadi beban kepada bakal pengantin dan keluarga.A.W yang mafhumnya : "Berilah kesengangan dan jangan kamu menyusahkan. terutamanya anak pertama atau sulung menangguhkan perkahwinan kerana merasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga.tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan." Antara faktor lain yang menghalang perkahwinan semasa belajar ialah tanggungjawab anak kepada keluarga. masalah yang kecil dan ringan menjadi sukar dan berat. Justeru.W. lelaki atau wanita yang dibesarkan di dalam keluarga yang kurang bernasib baik lebih cenderung untuk membantu mengurangkan beban orang tua daripada memikirkan tentang hal – hal perkahwinan. apabila sesuatu proses itu terlalu menekankan masalah persekitaran dan adat kebiasaan masyarakat.

” 3 4 Sahih al-Bukhari 1979 : 3 jil. saudara dan lain-lain.w yang bermaksudnya diceritakan kepada kami oleh ‟Umar bin Hafs diceritakan oleh ayahku diceritakan oleh al-A‟masy berkata : Diceritakan kepadaku oleh Ibrahim daripada ‟Alqamah berkata :Rasulullah S. atau gadis itu rela menerima orang yang sesuai untuknya .W. bersabda. seperti anak gadis. Kerana sesungguhnya pernikahan lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan. “Wahai para pemuda.”3 Seorang Ulama iaitu Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz di dalam karya Muhyiddin Abd Hamid (2004:108) mempunyai pendapat mengenai menangguhkan perkahwinan anak-anak perempuan4: “Telah sampai kepada saya berita tentang banyaknya orang yang menunda pernikahan orang-orang yang menjadi tanggungan mereka. seperti anak bapa saudaranya atau yang lain. Page | 8 . Barangsiapa belum mampu maka hendaklah dia berpuasa.PENDAPAT ULAMA’ MENGENAI PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Sabda Rasullah s. seperti membantu mengurus keluarga. maka hendaklah dia bernikah. VII Muhyiddin Abd Hamid (2004) Dilema Wanita Terlambat Menikah Jakarta Timur : Pustaka al-Kautsar.a. atau mencari calon suami yang mempunyai lebih banyak harta. barangsiapa di anatara kalian telah mampu.A. Kerana sesungguhnya puasa adalah ubat baginya. Penundaan ini dilakukan dengan alasan yang tidak dibenarkan oleh syariat.

Imam al-Syafi‟e mempunyai beberapa orang anak laki-laki. dan wanita itu sendiri. Berdiri zakar anak itu dan tegang sekali. Prof. Beliau tutupkan selimut anaknya dan beliau terus sembahyang. Seorang wanita yang hendak menikah boleh menentukan syarat-syarat agar dirinya diizinkan tetap menyambung pengajiannya Page | 9 . Dengan menghindari perkahwinan.a. dengan sendirinya seseorang telah menghilangkan maslahat yang dibawa pernikahan.w.Menurut Prof. Dan beliau bangga sebab beliau telah melaksanakan tugas agama yang paling penting. Hal ini merujuk kepada hadith Nabi riwayat al-Tirmidzi berkaitan jika datang kepadamu seseorang lelaki yang kamu redhai agamanya sepertimana yang telah dicatatkan sebelum ini. Saya menasihati para wali wanita. janganlah menolak untuk menikah dengan alasan belajar atau mengajar. Dr. Shaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin di dalam buku Muhyiddin Abd Hamid (2004:111) ketika memberi pendapat tentang orang yang menolak menikah dengan alasan masih belajar mengatakan bahawa sikap demikian sangat bertentangan dengan perintah Nabi s. Mana yang belum kuat rumahtangganya beliau bantu. Sebab beliau memandang bahawa itupun adalah tanggungjawab beliau. Hamka (1983:89) menulis bahawa almarhum ayahandanya Syeikh Abdul Karim Amrullah segera mengahwinkan anak-anaknya sendiri dan anak-anak saudaranya yang mana sudah patut kahwin. Hamka (1983:87). Kalau anak laki-laki belum mampu sedang si ayah mampu apa salahnya jika ayahnya membantu rumahtangga anaknya lebih dahulu. Tetapi pada siang harinya beliau segera menghubungi teman atau murid beliau yang mempunyai anak gadis lalu beliau pinang dan pada hari itu juga anaknya beliau kahwinkan. Dr. Pada suatu hari ketika beliau bangun tahajjud tengah malam dilihatnya anak laki-laki yang masih tidur dekat beliau menemani beliau di tempat ibadatnya.

pernikahan lebih penting daripada belajar. jika pengajiannya akan sampai dalam waktu terdekat. atau tetap menjadi guru selama satu atau dua tahun.sampai selesai. kerana kedua-dua urusan ini boleh untuk disepadukan. Muhyiddin Abd Hamid (2004) Dilema Wanita Terlambat Menikah Jakarta Timur : Pustaka al-Kautsar. Namun jika pengajiannnya akan selesai beberapa tahun kemudian. Syarat seperti ini boleh ditetapkan5. Shaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin lagi.” Tekad remaja ini bukanlah satu masalah. (Shalih Ahmad al-Ghazali 1999:45) Manakala menurut Syaikh al-Balihi pula membawakan satu keadaan di mana jika seorang gadis mengatakan: “Aku tidak akan menikah sebelum pengajianku selesai. Tambahan pula pernikahan tidak menghalangi belajar. maka saya tidak bersetuju jika remaja tersebut menunda pernikahan dengan alasan untuk menyelesaikan pengajiannya. Page | 10 . apalagi jika ia menghadapai kursus yang sukar dan tidak sesuai dengan seleranya6. 5 6 Muhyiddin Abd Hamid (2004) Dilema Wanita Terlambat Menikah Jakarta Timur : Pustaka al-Kautsar. sepanjang dirinya belum disibukkan oleh urusan mengasuh anak.

tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkat. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul. Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul.orang yang soleh dari hamba .hamba kamu .anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.JALAN PENYELESAIAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR YANG INGIN BERKAHWIN Di antara jalan penyelesaian yang mugkin boleh diambil ialah “Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak .orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang . benar dan baik. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan kahwinkanlah orang .” An Nuur: Ayat 32 Page | 11 . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [aqad nikah] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Jika mereka miskin . lelaki dan perempuan.

Sedikit sebanyak tekanan mungkin dapat diatasi atau paling tidak dikurangkan.Selain itu.Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Antara lainnya.Peruntukan ini bukanlah bermakna perkahwinan itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan atau mana-mana pihak yang berwajib. Pelajar tidak tertekan untuk membuat persiapan perkahwinan yang selalunya mengambil masa yang agak panjang dan perlu berulang-alik dari tempat pengajian dan kampung halaman. merendahkan hantaran perkahwinan dan alternatif yang lain ialah kahwin khitbah (kahwin gantung).Ini bukan sahaja membantu dari segi penjimatan kos. Program seperti ini boleh dianjurkan untuk para penuntut yang berada di peringkat universiti atau kolej. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti memberi memberi insentif sebagai galakan berkahwin. masyarakat juga perlu dididik untuk membudayakan majlis perkahwinan yang sederhana. mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan. tetapi juga dari aspek pengurusan. Pemberian insentif bagi anak muda yang ingin mendirikan rumahtangga mungkin dapat menggalakkan mereka untuk berkahwin.menganjurkan perkahwinan beramai .Sedikit bantuan dan sokongan berbentuk material ini mungkin dapat menambahkan sedikit kegembiraaan dan melapangkan dada para pemuda dan pemudi yang berhasrat untuk bernikah. Mengadakan walimah atau kenduri kahwin penting dalam Islam bagi Page | 12 .ramai yang menjimatkan. penganjuran perkahwinan beramai-ramai dapat menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan.

membuat pinjaman bank serta berhutang dalam jumlah besar semata-mata menurut nafsu dan keinginan melampau. hukum mengadakan kenduri perkahwinandiharuskan oleh agama. boros berbelanja hingga memberi kesan kepada keadaan kewangan." Perkara yang juga dapat meringankan permasalahan golongan muda yang ingin membina rumahtangga ketika masih menuntut di university/kolej ialah dengan mengurangkan jumlah hantaran.Pun begitu.Dalam kisah Abi Usaid. Rasulullah saw turut hadir pada majliswalimahnya. walau apa jenis makanan yang ingin dihidangkan.terpulang kepada kemampuan keluarga yang mengadakan walimah.Ini bermakna. dalam majlis kenduri kahwin ini. Baginda menghidangkan kurma kepada tetamu yang datang. Jelas daripada mafhum hadis itu. Dan syaitan itu sangat ingkar kepadaTuhannya. janganlah pula ada keluarga Islam yang mengadakannya dengan melampau batas syariat. tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan oleh syariat. Ia sebagai mengumumkan suatu ikatanpernikahan.menghebahkan ikatan pernikahan dua insan.Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuknunjuk dengan mengadakankenduri besar-besaran.Sudah menjadi budaya atau ikut-ikutan masyarakat Melayu untuk menentukan nilai hantaran yang tinggi mengikut peredaran zaman seperti terdapat suatu nilai pasaran yang mesti Page | 13 . Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim menyatakan Rasulullah saw melaksanakan majlis kenduri kahwindengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan juga untuk Zainab. Firman Allah dalam surah al-Isra bermaksud: "Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. pembaziran wang ringgit dan harta benda.

mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja Page | 14 . Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah.dipenuhi. NIKAH KITBAH (KAHWIN GANTUNG) Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Pada dasarnya. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar.Apakah yang dimaksudkan nikah gantung? Ramai diantara kita masih tidak tahu apa maksud dan istilah nikah gantung ini. (2006). Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan7. terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. nikah gantung adalah sah disisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Dalam erti kata lain. nikah gantung atau Nikah Khitbah merupakan pernikahan yang melibatkan pasangan pengantin yang tidak tinggal serumah dalam satu masa atau tempoh yang telah 7 ditetapkan hasil persetujuan kedua belah pihak pengantin lelaki dan Maszlee Malik. Di dalam masyarakat kita. Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden. Bagaimana pula pendapat alim ulama mengenai nikah gantung dalam Islam? Walaubagaimanapun. Ini sangat membebankan pihak pengantin lelaki yang terpaksa mengikut kehendak dan permintaan demi melancarkan perjalanan majlis perkahwinan.

dua pihak] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar . Namun begitu.undang negara. Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh . „dating‟. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu . sebelum membuat keputusan kahwin gantung ini. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang . isteri. study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks.Tanggungjawab seorang suami kepada isteri dalam pemberian nafkah juga dapat diringankan dan dikurangkan. wali. terlebih dahulu perlu meminta izin daripada ibu bapa. maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram. buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [atas persetujuan bersama kedua .perempuan. tidak mempunyai kemampuan menyewa rumahbelum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtanggajusteru itu .tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti masih menuntut di kolej atau universiti.benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.keluar makan. Kadangkala nikah gantung diadakan kerana majlis kenduri perlu ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tertentu. nikah gantung hanya melakukan majlis akad nikah sahaja manakala majlis kenduri kahwin akan dilakukan kemudian mengikut perancangan yang akan ditetapkan oleh keluarga pengantin. saksi dan aqad (Ijab Qabul). Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu suami. janganlah membuat keputusan mengikut nafsu sahaja. kerana Page | 15 . Biasanya.

kerana balasan orang yang mengecewakan atau derhaka kepada kedua ibu bapa akan disegerakan balasannya di dunia. tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang berharap anak mereka mendapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. Takut-takut hidup kita tidak akan bahagia dan tidak aman. Hadis Nabi yang bermaksud: “Redha Allah itu atas redha kedua ibu bapa”. maka ia tidak menjadi masalah untuk melaksanakan perkahwinan.masih terdapat banyak lagi tanggungjawab yang belum diselesaikan terutamanya tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Kalau ibu bapa mengizinkan berkawin. Page | 16 . Redha ibu bapa ini penting sebab di situ ada keberkatannya. Janganlah kita mengecewakan kedua ibu bapa kita kerana cinta dan perkahwinan tanpa redha mereka.

Penghayatan agama juga adalah asas utama dalam pembentukan generasi madani yang bercirikan ilmu. Kesihatan mental pula merangkumi kewarasan minda dan kebolehan bertindak secara rasional dalam kebanyakkan situasi terutama dalam keadaan tertekan. Page | 17 . iman dan taqwa. Aspek kesihatan individu lelaki dan perempuan termasuk fizikal. Aspek lain yang perlu dititikberatkan sebelum berkahwin ketika belajar adalah pengetahuan tentang rumahtangga.PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN KETIKA BELAJAR Menurut Dato‟ Dr. sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang 8 9 Mohd Fadzilah Kamsah. Maksudnya: (Apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri. mental dan emosi8. Iaitu dengan membekalkan ilmu pengetahuan dengan secukupnya sebagai benteng yang kuat dan kukuh dalam menghadapi cabaran hidup9. Ini bertepatan dengan pendapat yang dijelaskan oleh Amir bin Mohd Noor (2006: 72) tentang kepentingan ilmu dan ilmu pengetahuan hidup berkeluarga. Pengetahuan rumahtangga perlu dipelajari dengan lebih mendalam bagi kerukunan rumahtangga. (2006).Mohd Fadzilah Kamsah (2004:109) kesihatan yang baik menjamin kebahagiaan rumahtangga. Soal Jawab Pra Perkahwinan Amir bin Mohd Noor ( 2006). Modul Keluarga Sakinah. Ini kerana tahap kesihatan yang baik berupaya menyumbang kepada kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga apabila berkahwin kelak. Kesihatan fizikal merangkumi kesihatan tubih badan termasuk organ pembiakan. Ketiga-tiga aspek ini perlu dipelihara dengan baik dan diseimbangkan.

(Az-Zumar: 9) Pengurusan masa juga adalah amat penting. Cinta IPT Rahsia yang Perlu Anda Ketahui . Ini dijelaskan dari Maszlee dan Hamidah (2007: 28) iaitu orang yang sudah berkahwin akan mengatur suatu kehidupan dengan baik. Oleh itu.mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Mereka adalah golongan yang telah melaksanakan amanah Allah sebagai khalifah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia. 10 Maszlee Malik dan Hamidah Mat (2007). sempurna dan penuh tanggungjawab10. Page | 18 . Ini adalah amat penting mahasiswa yang berkahwin ketika belajar untuk membahagikan masa mereka. masa berkualiti dan masa berehat. penjadualan dan disiplin diri adalah penting. Bagi melahirkan masyarakat berdaya maju strategi penjadualan masa amat dituntut supaya bukan sahaja dapat memberi pertimbangan yang mana lebih utama atau sebaliknya tetapi dapat diberi pengagihan yang seimbang antara masa perdana.

penuntut dan masyarakat dewasa mempunyai pelbagai pandangan dan pendekatan dalam menghadapi fenomena ini. Page | 19 .KEBAIKAN PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Mendirikan rumahtangga di usia yang muda bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu. bagi sesetengah yang lain pula. Ini kerana mereka merasakan perlu untuk lebih bertanggungjawab dan matang dalam membuat keputusan dan tindakan sama ada terhadap pembelajaran mahupun keluarga. Fenomena kahwin semasa belajar ini sering kali berlaku di kalangan penuntut pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini. mereka menganggap situasi dan fenomena ini perlu berubah selaras dengan perkembangan semasa. Secara ringkas nya kebaikan kahwin semasa belajar ialah apabila perkahwinan tersebut mampu memberikan motivasi kepada mereka. Tetapi. Kehidupan mereka juga lebih teratur dan terancang dari sudut masa dan aktiviti. Sesetengah anak muda di zaman ini cenderung memilih untuk berkahwin awal termasuklah ketika masih lagi bergelar mahasiswa. setiap mereka mempunyai pandangan dan pendirian yang tersendiri terhadap perkara ini. Fenomena kahwin pada usia muda ini seolah-olah menjadi ‘trend’ dan gaya hidup golongan anak muda masa kini terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Desakan dan keperluan membahagikan dan mencaturkan masa untuk perkara yang lebih penting perlu diberikan keutamaan. Apa yang pasti. mereka menerima dan menganggap perkara ini adalah perkara biasa dalam masyarakat Melayu. Ibu bapa. Bagi sesetengah pihak. Di umur seawal 20an mereka sudah mula membicarakan soal perkahwinan.

Qadi Muhammad Ahmad (2003: 12-13) yang menyatakan bahawa perkahwinan bertujuan untuk memelihara diri dari perbuatan terlarang (At-Ta‟affuf) iaitu untuk membentengi diri agar tidak terjerumus ke dalam lembah perzinaan dan semua perilaku terkutuk lainnya. Apabila seorang manusia itu dilarang daripada berkahwin. hendaklah kamu kahwinkannya. berpengalaman dan lebih berkenyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus.a. Mereka akan menjadi lebih berdikari.w bersabda: Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang. Ia boleh merosakkan keharmonian rumahtangga. Matang di sini bermaksud pasangan mampu membahagikan masa antara keluarga dan pelajaran. Selain itu pengalaman mencari duit di dalam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya. disamping mampu menyelesaikan pelbagai masalah bersama dengan rasional dan matang. (Riwayat Tirmizi) Pasangan yang berkahwin ketika belajar lebih berdikari dan bersikap matang. (2003). 11 Qadi Muhammad Ahmad. bukan semata-mata untuk melampiaskan kehendak nafsu syahwat11. Untuk menjaga akhlak dan memeliharanya daripada rosak. Perkahwinan dan Etika Hubungan Suami Isteri Page | 20 . dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram. ianya boleh menghindarkan diri daripada maksiat dan gejala tidak bermoral yang semakin berleluasa di IPTA dan IPTS. apa yang lebih utama.Malah. Rasulullah s. semua orang mengetahui dengan jelas bahawa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak. menyebarkan wabak penyakit serta menimbulkan tekana jiwa dan perasaan. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. mencabul kehormatan.

t yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki). (Ar-Rum 21) Lihatlah betapa indahnya bahasa al-Quran dalam mengambarkan keperluan manusia pada perkahwinan dalam memberikan ketenangan dan kebahagiaan yang lahir hasil daripada perkahwinan. dan dijadikan di antara kamu (suamaiisteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Fenomena yang sihat dan baik. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Abdul Halim Sholeh Page | 21 . Bahkan setiap suapan nasi yang diberikan oleh suami kepada isterinya dengan rela. isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi mereka (Al-Baqarah: 117) Jelas menunjukkan ayat di atas betapa suami isteri adalah pakaian bagi pasangan masing-masing kerana mereka saling melindungi pasangannya.W. Kami tidak bersetuju jika ada yang beranggapan bahawa perkahwinan ketika belajar akan menganggu proses pembelajaran. Islam memandang setiap amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang demi keredhaan Allah SWT adalah ibadah dan mendapat pahala. Firman Allah s.w.T untuk menyekat pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan yang boleh membawa kepada perbuatan zina. ikhlas dan senang hati akan memperoleh balasan pahala. Ini kerana bertepatan dengan pendapat. Perkahwinan juga adalah peraturan daripada Allah S.

Keluarga orang berkerjaya mungkin hidup senang dan mewah. Pendapatan itu mungkin datang daripada biasiswa atau pinjaman pelajaran atau duit poket yang diberi ibu bapa atau duit simpanan atau pendapatan daripada kerja sambilan seperti berniaga kecil-kecilan atau makan gaji sambilan. Penyesuaian diri ini memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi. berbeza pengurusan masanya dan lain-lain. maka ia pasti memberi masalah besar kepada mahasiswa tersebut. Ingin Kahwin? JAKIM. Perkahwinan ketika belajar lebih terhad kemampuan kewangan dan materialnya. Dalam proses penyesuaian ini. yang mengatakan. maka rumahtangga tersebut mampu memberi impak positif kepada mahasiswa. pasangan yang berkahwin semasa belajar tidak boleh membandingkan keadaan keluarga mereka dengan keluarga orang yang berkerjaya.(2008: 34-35). Berkahwin semasa belajar biasanya bermakna suami sebagai pemberi nafkah keluarga mempunyai sumber pendapatan yang terhad. Antara cabaran yang mungkin dihadapi oleh pasangan yang berkahwin ketika belajar ialah kesukaran menyesuaikan diri di antara satu sama lain13. jika berjaya dihadapi dengan sebaiknya. tidak ada tuntutan kewajipan menunda pernikahan demi mencari ilmu atau mencari harta12. Page | 22 . Sinaran Bros Sdn Bhd. namun keluarga pelajar belum mampu hidup sedemikian. (2008). di dalam Al-Quran mahupun Sunnah. jika sebaliknya. kerap kali timbul konflik dan 12 13 Abdul Halim Sholeh (2008). Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua. CABARAN PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR Isu perkahwinan semasa belajar ini ada kebaikan dan cabarannya. Cabaran – cabaran itu. Oleh itu.

tambahan pula dengan tanggungan yang semakin bertambah. bertoleransi dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan yang berkahwin semasa belajar lebih cenderung kepada mengutamakan pelajaran lebih dari perkara lain kerana bimbang tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan. suami lebih selesa mendengar pendapat keluarganya daripada isteri. Oleh itu. mereka lebih mengutamakan keluarga sendiri berbanding suami atau isteri yang baru dikahwini. pasangan perlu banyak berbincang. (2008). Apabila memasuki gerbang perkahwinan. Contohnya. 14 JAKIM. Lantas. layanan secara adil dan saksama haruslah diberi kepada keluarga kedua – dua belah pihak. Ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada si isteri tersebut. keputusan yang sering dibuat oleh lelaki atau wanita ketika belajar ada perkaitan dengan keluarga. Page | 23 . Memasuki Gerbang Perkahwinan. Fokus ke arah memantapkan CGPA dan bergaji tinggi menyebabkan sesetengah lelaki atau wanita mengabaikan perasaan pasangan mereka tanpa disedari. iaitu ibu bapa14. Selain daripada itu. dek kerana sudah terbiasa dengan hidup bersendirian.tekanan apabila pasangan tidak memahami tugas dan tanggungjawab masing – masing seperti kurang memahami keperluan dan citarasa pasangan.

Iringilah usaha dengan pergantungan kepada Allah melalui doa. menapak dan maralah ke hadapan dengan sabar dan tenang. berpegang teguhlah kepada keputusan yang dibuat sekalipun selepasnya banyak cabaran mendatang. setelah menilai diri kita dan mendapati diri kita belum cukup kuat untuk menerima amanah (berkahwin semasa belajar). Sekali kita membuat keputusan. terimalah amanah itu dan laksanakanlah keputusan yang dipilih dengan penuh keazaman. Kuatkanlah semangat menghadapi cabaran dan hormatilah keputusan yang telah kita buat dan pilih untuk diri kita sendiri. kita ada pilihan untuk Istikhoroh. sebelum kita sanggup untuk menerima sesuatu amanah. Oleh kerana itu. Jika kita kuat. nilailah dulu kekuatan diri kita dan beristikhorohlah sebelum kita tekad untuk membuat sesuatu keputusan. amanah diterima sambil membina kekuatan diri untuk membawa amanah itu. Kesimpulan kedua. Page | 24 . binalah dulu kekuatan. janganlah berputus asa dan berpaling ke belakang. Maksudnya.KESIMPULAN Kesimpulan pertama. Tetapi kekadang kekuatan itu dibina selari dengan penerimaan amanah. Ia subjektif.

Majalah I. (2003).Bhd. (2009). Amir bin Mohd Noor ( 2006).Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications. (2006). (2008). Page | 25 . JAKIM. Maszlee Malik dan Hamidah Mat (2007). Al-Ghazali (1998) Nikmatnya Alam Rumahtangga . Mohd Ismail Mustari. Perkahwinan dan Etika Hubungan Suami Isteri. Muhyiddin Abd Hamid (2004) Dilema Wanita Terlambat Menikah Jakarta Timur : Pustaka alKautsar.Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers Akhbar KOSMO. Bhd.RUJUKAN Abdul Halim Sholeh (2008). Cinta IPT Rahsia yang Perlu Anda Ketahui. Maszlee Malik. Isu – Isu Perkahwinan.slideshare. Kuala Lumpur: Darul Nu‟man. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Memasuki Gerbang Perkahwinan Edisi Kedua. Modul Keluarga Sakinah. Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja. Qadi Muhammad Ahmad. Di ambil daripada http://www. Edisi Mei.net/arizal/isu-perkahwinan-09 pada 9 Mei 2012. Jabatan Agama Johor: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta‟zim. Petaling Jaya: Edusystem Sdn. (2006). Soal Jawab Pra Perkahwinan. Sinaran Bros Sdn Bhd. Mohd Fadzilah Kamsah. (2006). Ingin Kahwin? Cepat Kahwin.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->