You are on page 1of 12

NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN

Disediakan oleh : Kaiyathri . S Yunithera . R

Etika bermaksud panduan tentang tingkah laku dan nilainilai positif yang perlua ada pada individu yang terlibat dalam sukan.
Dalam bidang kesukanan terdapat tatasusila tertentu yang patut dipatuhi atau diamalkan oleh mereka yang terlibat . Jika tatasusila itu dilanggar, ia akan memberi gambaran bahawa individu tersebut tidak mempunyai disiplin dan semangat kesukanan. Akibatnya kemungkinan atlet tidak akan dihormati.

Disiplin , nilai-nilai murni , keadilan, permainan bersih,sukan yang bebas daripada dadah, keselamatan semasa bermain dan permainan yang bebas unsur-unsur yang terangkum dalam etika kesukanan. Unsur-unsur ini perlu menjadi amalan setiap orang yang terlibat dalam sukan. Matlamat sukan sebagai ejen perpaduan akan tercapai sekiranya etika kesukanan diamalkan.

Permainan bersih ( Fair play)

Layan semua pemain dengan sama rata. Tidak mengambil kira kaum, agama dan bangsa. Permainan bersih boleh dicapai melalui mematuhi semua peraturan permainan masing-masing.

Penyalahgunaan bahan dalam sukan.

Kenapa terdpat penyalahgunaan bahan oleh atlet berlaku sewaktu pertandingan?


kerana atlet ingin berada atau mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik di samping sebagai jalan mudah untuk mengecapi kejayaan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan stamina dan tenaga pada tahap yang tinggi selain bertindak sebagai ubat tahan sakit sekiranya atlit mengalami sebarang kecederaan tertentu.

Sebagai bukti, petikan artikel Berita Haria n bertarikh 09 September 2009 menyatakan bahawa pelumba basikalNegara,Muham mad Fauzan Ahmad Lutfi mengambil dadah terlarang kerana ingin berada pada tahap kesihatan yang terbaik selepas mendapat tahu dia terpilih buat mengikuti program latihan elit skuad trek negaradiAustralia.

Apakah contoh penyalahgunaan bahan yang selalu digunakan atlet sewaktu pertandingan
Antaranya ialah dadah rangsangan jenis narolone iaitu sejenis steroid anabolik yang digunakan oleh atlit lumba basikal Negara,Muhammad Fauza Ahmad Lutfi.

trio atlet menembak Kebangsaan, Bibiana Ng,Joseline Cheah danSiti Nur Masitah Badrini juga terpalit kesalahan dalam penyalahgunaan bahanterlarang apabila didapati mengambil dadahjenis propranonol bertujuan bagi mengurangkan debaran. (petikan artikel akhbar Berita Harian,08 Sept 2009) oleh Norbakti Alias.

Apakah akibat/ hukuman yang diterima atlet tersebut sekiranya dia dapati bersalah? Hukuman penggantungan selama beberapa tahun dikenakan ke atas mana-mana atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang tertentu dalam sukan selain tindakan tatatertib dikenakan pada atlet tersebut. Sebagai contoh bagi membuktikan kenyataan ini,dalam satu pernyataan artikel akhbar beritaharian, memberitahu MSN mengambil langkah awal dengan menghentikan segala bantuan,elaun latihan dan kemudahan kepada Amirul serta melarangnya daripada menyertai skuad kebangsaan untuk menjalani sesi latihan diHughou, China.

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah penyalahgunaan bahan yang kerap berlaku dalam era ini? dengan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para atlet dan perkara ini perlu dilakukan pada peringkat bawahan.
Hal ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti kaunseling,ceramah,kempen kesedaran dan sebagainya kepada para atlet agar mereka dapat berusaha dan bekerja keras dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Selain itu,para atlet juga perlu sedar,mereka harus bertanggungjawab atas apasahaja makanan yang diambil kerana persatuan mahupun pegawai sukan tidak boleh memerhatikan pergerakan mereka sepanjang masa. Apa sahaja makanan khususnya makanan tambahan perlu dirujuk kepada Institu SukanNegara(ISN)untuk memastikan`kebersihannya' daripada dadah larangan.

You might also like