You are on page 1of 22

PENGENALAN Dalam kumpulan kami, kumpulan 1SPPR, kami dikehendaki mengikuti subjek asas ketukangan yang mempunyai skop

bahagian dalam bengkel kimpalan. Kami dikehendaki mengikuti bengkel kimpalan selama lima minggu bermula pada 21 November 2011 sehingga 19 Disember 2011. Bengkel kimpalan bermaksud bengkel yang berkaitan dengan logam. Jadi, secara umumnya, selama lima minggu, kami didedahkan dengan segala yang berkaitan dengan cara-cara pembuatan tanggam menggunakan logam. Untuk menyempurnakan amali kami, kami diberikan nama projek, tajuk dan bahan amali. Nama projek kami ialah tanggam dan tajuk amali kami ialah menggegas. Manakala bahan amali kami ialah logam lembut. Tanggam membawa maksud cara penyambungan yang bertakuk-takuk supaya dapat dihubungkan rapat-rapat serta kukuh. Menggegas pula bermaksud penghasilan tanggam melalui kaedah menual iaitu tidak menggunakan mesin. Objektif projek menggegas dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada siswa dan siswi tekniktekik menggunakan peralatan di dalam bengkel seperti kikir, gergaji besi, mesin gerudi, alat pengukur dan sebagainya. Sebagai contoh, siswa dan siswi didedahkan tentang teknik-teknik menggunakan mesin gerudi dengan betul di samping memetuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelajar juga ditekankan agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada di dalam bengkel. Melalui amali ini, kami bekerja berpasangan. Hal ini kerana tanggam yang ingin dibuat mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian U dan T. Langkah-langkah membuat tanggam ini hampir sama, tetapi tidak serupa. Saya membuat bahagian tanggam berbentuk U. Melalui pengalaman saya sendiri, tanggam berbentuk U lebih mencabar cara penghasilannya kerana bahagian ini memerlukan proses memahat.

SENARAI ALATAN

JENIS ALATAN ALAT MENANDA

ALATAN

PENERANGAN Menyokong benda kerja semasa membuat kerja menanda dan memastikan benda kerja berada pada kedudukan tetap dan tepat semasa kerja menanda

Angle Block (Plat Sudut) Andas sebagai tempat letak logam dan tukul sebagai sebagai alat untuk menanda pusat di mana bulatan ingin dibina.

Anvil and Hammer (Andas dan Penukul) Untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi

Centre Punch (Penebuk Pusat) Untuk menanda bahagian Penggarit (Scraible) di logam yang tidak akan digunakan dan ingin dibuang

Untuk menanda garisan selari yang dikehendaki pada benda kerja dengan bantuan plat sudut

Vernier High Gauge (Tolok Tinggi Vernier) untuk mengukur panjang objek kecil bagi satu ketepatan 0.01 sentimeter.

Vernier Calliper ALAT MEMEGANG / PEMBERSIHAN / PELINCIRAN Untuk menyingkir dan membersihkan habuk logam pada ragum setelah proses penghasilan habuk logam dilakukan Banister Brush (Berus Kelek)

digunakan untuk pembersihan gigi kikir

File Card Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan menggerudi

G-Clamp (Apit-G)

untuk memegang benda kerja semasa kerja mengergaji, mengetam kayu, mengerudi dan sebagainya.

Ragum Mini Besi

ALAT PENGUKURAN

Membuat garis tegak dari tepi permukaan benda kerja, menguji sudut 90 dan menguji kerataan Engineering Try Square (Sesiku L) permukaan benda kerja

Untuk mengukur jejari logam.

Radius Gauge (Tolok Jejari) Untuk mengukur ukuran yang tepat pada logam

Stainless Ruler (Pembaris Keluli) ALAT PPE untuk melindungi terhadap debu yang dihadapi semasa aktiviti menggergaji atau pembersihan

Dusk Mask

Untuk melindungi tellinga daripada mendengar bunyi yang kuat

Ear Protection (Perlindungan Telinga) Untuk melindungi mata daripada termasuk bendasing yang boleh mencederakan mata

Safety Goggles (Gogle Keselamatan) ALAT MEMOTONG digunakan untuk memotong objek dari besi, kayu, plastik, dawai, timah, dan tembaga kepada saiz yang dikehendaki.

Hacksaw (Gergaji Besi) Untuk menipiskan, melicinkan dan meratakan permukaan logam

Kikir

untuk memotong dan memahat sesuatu permukaan logam atau logam nipis.

Pahat Sejuk Untuk menghasilkan lubang yang bersaiz tepat

Reamer Untuk menghasilkan benang pada skru

Tab and Disc Set MESIN GERUDI LANTAI i. Kegunaan Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam

i.

Bahagian dan fungsinya 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal Suis = Menghidup dan mematikan motor Bindu = Memutar mata gerudi Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu Motor = Memutar bindu Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi

ii.

Peraturan Keselamatan ketika menggerudi 1. 2. 3. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan guru Pakai pakaian yang sesuai Pakai gogal untuk melindungi mata

PERTEMUAN PERTAMA 1. Pada pertemuan pertama, pelajar didedahkan dengan konsep projek yang perlu pelajar lakukan. 2. Objektif: a. Mengetahui fungsi-fungsi peralatan untuk kerja menggegas b. Mengetahui cara-cara / kaedah penggunaan peralatan bagi melakukan kerja menggegas. 3. Projek yang perlu pelajar lakukan ialah tanggam. Manakala tajuk amali ini ialah menggegas. 4. Pelajar dikehendaki melakukan amali ini secara berpasangan. 5. Setelah itu, pelajar diperkenalkan tentang alatan-alatan tangan yang bakal pelajar akan gunakan. 6. Melalui pengenalan ini: a. Alat-alat memotong, menanda, pengukuran, PPE, memegang/ pembersihan dan pelinciran disenaraikan. b. Cara-cara untuk menggunakan alatan tangan juga diperkenalkan. c. Cara pembacaan alatan (vernier caliper) juga didedahkan.

7. Setelah diperkenalkan tentang beberapa perkara penting berkaitan dengan kursus dan bengkel, bahan amali diagih-agihkan untuk meneruskan projek amali. Bahan amali berbentuk logam lembut. 8. Setiap pelajar diberikan sehelai kertas panduan tentang ukuran bahan amali tersebut.

9. Sebelum membuat penandaan pada logam, pelajar dikehendaki untuk meratakan dua bahagian dengan mengikir. 10. Peralatan seperti pengikir diaplikasikan penggunaannya ketika hendak meratakan keduadua bahagian logam.

10

11. Semua pelajar berhenti melakukan kerja setengah jam sebelum balik. Semua pelajar dikehendaki mengemas semula bengkel seperti mereka masuk pada awal sesi pembelajaran.

PERTEMUAN KEDUA 1. Pada pertemuan kedua ini, kerja yang tergendala pada pertemuan pertama disambung. 2. Kerataan kedua-dua bahagian tersebut diuji menggunakan Engineering Try Square (Sesiku L).

3. Sekiranya terdapat laluan cahaya di antara sesiku L dan logam, ianya dikira masih tidak rata. Proses pengikiran diteruskan untuk mendapatkan bahagian yang rata. 4. Sekiranya tiada laluan cahaya ia menandakan bahagian pada logam tersebut sudah rata. 5. Selepas itu, proses penandaan ukuran dilakukan. Dalam proses ini, pemahaman tentang penggunaan Vernier High Gauge (Tolok Tinggi Vernier) diaplikasikan. 6. Tolok Tinggi Vernier ini digunakan bersama-sama Surface Plat (Plat Permukaan) dan Angle Block (Plat Sudut). 7. Plat Permukaan berfungsi sebagai tempat pengalas Tolok Tinggi Vernier. Manakala Plat Sudut berfungsi untuk menyokong benda kerja semasa membuat kerja menanda dan memastikan benda kerja berada pada kedudukan tetap dan tepat semasa kerja menanda.
11

Vernier High Gauge

Angle Block

Surface Plat

8. Hasil setelah menanda ukuran yang ditetapkan;

9. Setelah logam ditanda mengikut ukurannya, proses penandaan bahagian yang tidak diperlukan pula dilakukan.

12

10. Penandaan bahagian ini dilakukan menggunakan penggarit. Namun, kebanyakkan pelajar hanya menggunakan pen marker.

11. Semua pelajar berhenti melakukan kerja setengah jam sebelum balik. Semua pelajar dikehendaki mengemas semula bengkel seperti mereka masuk pada awal sesi pembelajaran.

13

PERTEMUAN KETIGA 1. Pada pertemuan kedua ini, kerja yang tergendala pada pertemuan pertama disambung. 2. Proses penandaan diteruskan lagi dengan menanda bahagian yang perlu digerudi untuk menghasilkan lubang. 3. Proses ini dilakukan dengan menggunakan Penebuk Pusat dan penukul. Proses ini perlulah dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan seperti mengetuk tangan sendiri.

14

4. Setelah proses penandaan bahagian lubang, proses penggerudian pula dijalankan. 5. Proses penggerudian dilakukan dengan menggunakan mesin gerudi.

6. Sebelum memulakan penggerudian, mata mesin gerudi perlulah dipastikan dalam keadaan yang tajam dan selamat untuk digunakan. 7. Selain itu, bahan logam perlulah diselaraskan dengan mata gerudi. Mata gerudi perlulah berada tepat pada atas tempat penandaan lubang menggunakan penebuk pusat tadi. Langkah ini dapat menghasilkan lubang yang tepat mengikut penandaannya.

15

8. Semasa menggunakan mesin gerudi, pelajar dikehendaki untuk memakai cermin mata keselamatan untuk mengelakkan sisa logam masuk ke mata. 9. Pelajar dilarang untuk menekan mata gerudi dengan terlalu kuat kerana dikuatiri mata gerudi yang digunakan tersebut patah lalu terkena pelajar lain.

10. Untuk bahagian tanggam U, kerja menggergaji logam untuk membuang bahagian yang tidak diperlukan dijalankan. 11. Kerja menggergaji menggunakan gergaji besi yang mempunyai cara tersendiri untuk menggergajinya. 12. Kekuatan kedua-dua pasang tangan digunakan untuk menghasilkan garisan yang lurus dan tidak senget. 13. Mata gergaji besi juga perlu diambil perhatian. Ianya perlulah ketat dan tidak longgar supaya proses menggergaji bahan logam berjalan lancar dan tidak tersekat-sekat.

16

14. Semua pelajar berhenti melakukan kerja setengah jam sebelum balik. Semua pelajar dikehendaki mengemas semula bengkel seperti mereka masuk pada awal sesi pembelajaran.

PERTEMUAN KEEMPAT 1. Pada pertemuan keempat, proses memahat diteruskan setelah selesainya proses menggergaji. 2. Proses memahat ini hanya dilakukan untuk pelajar yang membuat tanggam berbentuk U sahaja. 3. Proses ini dilakukan dengan menggunakan pahat sejuk dan penukul.

17

4. Namun, sebelum proses pemahatan dilakukan, pelajar dikehendaki mengukur 2 mm sebelum jarak yang sebenar untuk proses menggerudi bagi memudahkan proses pemahatan. 5. Setelah proses memahat selesai, pelajar dikehendaki untuk meratakan bahagian tengah yang telah dipahat tadi. 6. Proses meratakan bahagian tengah menggunakan pengikir adalah untuk mendapatkan saiz yang sebenar setelah pelajar mengambil ukuran 2 mm sebelum jarak sebenar. 7. Semua pelajar berhenti melakukan kerja setengah jam sebelum balik. Semua pelajar dikehendaki mengemas semula bengkel seperti mereka masuk pada awal sesi pembelajaran.

PERTEMUAN KELIMA 1. Pada pertemuan kelima dan yang terakhir ini, proses terakhir dilakukan oleh pelajar. 2. Setelah siap bentuk tanggam U, pelajar dikehendaki untuk melicinkan permukaan logam tersebut sehingga hilang warna asalnya dan bertukar pada warna silver yang berkilat. 3. Proses ini dilakukan dengan menggunakan kikir dengan mengikir logam pada satu arah sahaja.

4. Setelah logam kelihatan berkilat dan bertukar warna, proses penggunaan radius gauge dilakukan.

18

5. Radius Gauge digunakan untuk mengukur jejari pada penjuru logam. Penjuru pada tanggam yang dihasilkan tidaklah begitu tajam, maka, penggunaan radius gauge amatlah diperlukan. 6. Setelah selesai penggunaan radius gauge, maka selesailah sudah proses penghasilan tanggam berbentuk U. 7. Namun, tanggam tersebut perlulah disapukan dengan minyak gris untuk mengelakkan tanggam tersebut menjadi karat.

19

HASIL KERJA Setelah beberapa proses penghasilan tanggam berbentuk U dan T dilakukan, hasil tanggamnya adalah seberti berikut;

Tanggam U

Tanggam T

20

Gabungan Tanggam T dan U Setelah gabungan tanggam U dan T dilakukan, pengujian samada ianya lengkap atau tidak. Lengkap di sini bermaksud sempurna tanpa sebarang rongga udara di antara tanggam T dan U. Selepas kedua-dua tanggam dicantumkan, terdapat beberapa kecacatan pada hasil tanggam kami. Walaupun melalui gambar ianya nampak sempurna, sebenarnya terdapat sedikit rongga kosong pada kedua-dua tanggam tersebut setelah dicantum. Selain itu, walaupun ianya nampak sempurna, namun terdapat kesalahan di dalam ukuran kedua-dua tanggam tersebut. Ukuran tangah pada tanggam U tidak tepat 30 mm, dan ukuran tengah pada tanggam T juga tidak tepat 30 mm. Namun, dengan ketidaksempurnaan kedua-dua tanggam ini, ianya mengisi kekurangan masing-masing kerana secara kebetulan, tanggam U mempunyai ukuran 32 mm, manakala tanggam T mempunyai ukuran 28 mm.

21

REFLEKSI Daripada projek tanggam dengan tajuk menggegas ini pelbagai pengalaman baru yang saya timba. Bermula dengan hanya sekeping logam, pelbagai proses dijalankan untuk penghasilan sebuah tanggam yang berbentuk U. Ianya bukannya mudah untuk menghasilkan sebuah logam ke sebuah bentuk yang baru. Pada permulaan didedahkan dengan perkataan menggegas, saya masih tertanya-tanya maksud perkataan tersebut. Namun, setelah lima minggu bekerja dengan proses menggegas, ianya menjadi kebiasaan. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jika tiada rasa cinta terhadap amali ini, tidak dapat saya menyiapkannya. Walaupun berbekalkan sedikit ilmu tentang apa yang berkaitan dengan bengkel kimpalan, saya tetap berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri, iaitu tanggam U. Ianya tidaklah sehebat hasil pelajar-pelajar yang lain. Di dalam bengkel kimpalan ini, terdapat beberapa persoalan yang bermain di fikiran saya; a. Apakah fungsi tanggam ini setelah siap? b. Mengapakah tanggam mempunyai pelbagai jenis? c. Mengapakah peralatan seperti gergaji memerlukan cara yang tersendiri untuk menggunakannya? d. Mengapakah kami dibenarkan untuk menggunakan pen marker dan penggarit untuk menandakan bahagian yang tidak diperlukan? Setelah selesai semua proses penghasilan tanggam ini, saya berasa sangat teruja melihat hasil kerja saya. Segala pengalaman dan ilmu yang saya timba dalam penghasilan tanggam ini akan saya simpan dan aplikasikan kegunaan satu hati nanti.

22

You might also like