You are on page 1of 4

REFLEKSI GURU DAN CABARAN SEMASA

Untuk semester 8 ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baru iaitu Guru dan Cabaran Semasa serta situasi-situasi dan juga teori-teori yang berkaitan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari pengajian yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai bakal seorang guru bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa datang. Pada amatan saya, melalui pengajian Guru dan Cabaran Semasa ini mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang merangkumi tatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai topik yang telah saya pelajari sepanjang semester ini. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan dianggap sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya. Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengira sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan teknologi maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang

merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakan teknologi maklumat itu sendiri. Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru suatu hari nanti untuk memastikan anak-anak muda tidak begitu hanyut dengan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat kepada mereka.

Saya juga turut didedahkan dengan tajuk guru dan perundangan yang menyentuh hal peraturan-peraturan pegawai awam yang melibatkan kelakuan dan tatatertib. Selain itu, saya juga didedahkan dengan Akta Pendidikan 1996 yang merupakan satu misi Negara untuk menghasilkan satu system pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, saya berpendapat pematuhan dan penghayatan tatakelakuan serta peraturan-peraturan pegawai awam akan mewujudkan perkhidmatan keguruan yang bersih dan amanah serta tidak berlaku penyelewengan. Mengenai topik Akta Pendidikan pula,akta ini merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di mana perkara-perkara da dalamnya berhubung kait dengan oendidikan Negara. Akta ini juga menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum. Oleh itu, dalam melahirkan rakyat yang bersepadu dan berjaya mencapai matlamat 1Malaysia, saya perlu menghayatinya dengan mendalam. Cabaran lain yang boleh saya katakaa satu cabaran yang besar bagi seseorang guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke sekolah, guru haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan mempelajari langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan kepada murid yang berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi bertambah teruk. Ini adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada murid tidak diatasi dengan segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku kepada murid tersebut. Murid-murid yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu contohnya pakar psikologi dan kaunseling. Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan guru pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress, burnout dan langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah-langakah yang boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan, membuat meditasi, atau membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini dapat mencegah burnout di kalangan guru. di Isu dan cabaran seperti ini sangat berguna untuk didedahkan kepada bakal guru dari peringkat awal seperti ini supaya bakal guru menjadi lebih bersedia dan berani untuk menghadapi kelak.

Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini. Subjek ini turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi pengajaran

inovatif,penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, , reka bentuk resos, bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis mampu membuat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan. Selain itu, muridmurid juga aku lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam konteks bersosial jika Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Masalah

digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman sesawang yang akan menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, computer, Internet, e-buku dan lain-lain akan menjadi rujukan pengajaran dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat. Saya sebagai bakal seorang guru merasakan saya seharusnya bersedia untuk menjadikan diri mahir bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang pengisian sumber

pembelajaran. Di akhir tajuk dalam pengajian Guru dan Cabaran Semasa ini, saya akan didedahkan dengan Pengurusan Inovasi dan Perubahan serta Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan. Yang saya faham melalui tajuk ini ialah mengenai cabaran terkini yang memerlukan pemahaman dan perubahan para guru terhadapat tuntutata pendidikan semasa. Di dalam topik ini, saya memahami satu perkara iaitu pengurusan bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh guru sendiri. Topik ini juga turut menyentuh mengenai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mana merupakan satu bentuk inovasi dalam pendidikan di Malaysia. Ini bagi membolehkan pihak-pihak tertentu memantau pembangunan dan kemajuan setiap sekolah. Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang

pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku disiplin mereka. Secara konklusinya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberi oleh setiap ahli kumpulan dalam kerja kursus ini. Melalui perbincangan yang dilakukan, segala kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan. Dengan memmperoleh maklumat dari pensyarah, sumber rujukan buku dan juga internet, sedikit sebanyak dapat membantu saya menerangkan kemahiran menyoal kepada kelas. Saya juga teruja melihat rakanrakan seperjuangan yang lain turut memberikan persembahan yang baik. Harapan saya pada masa akan datang, saya menjadi seorang guru yang dapat membimbing muridmurid saya dari segala aspek jasmani, rohani dan juga sosial. InsyaALLAH.

You might also like