You are on page 1of 10

Set Ulangkaji 2 Soalan 1:

1. Kelompok merupakan sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang ahlinya. Terdapat dua jenis kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder. a. Nyatakan ciri-ciri yang terkandung di dalam kelompok asas? (5M)

Interaksi bersemuka yang berterusan Identifikasi peribadi yang kuat dengan kelompok Hubungan kemesraan yang erat dalam kalangan ahli Hubungan yang pelbagai bentuk Hubungan yang lebih berkekalan

b. Masyarakat yang bertamadun akan dapat meninggalkan pelbagai bukti kepada masyarakat yang akan datang. Kesemua bukti ketamadunan manusia memerlukan unsurunsur yang terdapat dalam penciptaan tamadun dan budaya. Nyatakan lima unsur masyarakat yang berbudaya dan bertamadun. (5M)

1. Agama dan upacara keagamaan 2. Sistem dan organisasi kemasyarakatan 3. Sistem pengetahuan 4. Bahasa 5. Kesenian 6. Sistem ekonomi 7. Sistem teknologi dan peralatan

Soalan 2

a) Berikan enam sebab-sebab lain berlakunya perubahan bahasa. (6M) Asimilasi kumpulan etnik sentiasa berinteraksi antara etnik yang lain yang menyebabkan berlakunya proses pencantuman bahasa dan mengikut etnik majoriti

Amalgamasi melalui proses perkahwinan campur. Contoh : orang melayu kawin dengan orang cina Ekonomi kumpulan etnik minoriti akan berubah mengikut kumpulan majoriti bagi memudahkan komunikasi dan berniaga Pendidikan bahasa kumpulan etnik majoriti dijadikan mata pelajaran wajib dalam pendidikan. Contoh : bahasa Malaysia Imigrasi imigrasi penduduk dari luar Bandar ke Bandar mempengaruhi bahasa mereka Memudahkan komunikasi harian dengan kumpulan etnik lain Adaptasi dengan persekitaran

b) Berikan lima fungsi bahasa dalam masyarakat. (4M) Sebagai alat untuk berhubung dan berkomunikasi Sebagai alat untuk menyampaikan maklumat Sebagai bahasa perpaduan Sebagai bahasa ilmu Untuk meluahkan perasaan Untuk menyatakan pendapat

Soalan 3

a) Nyatakan lima situasi yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid. (5M) Rakyat bawahan, golongan pembesar dangolongan istana menerima Sistem Pendidikan yang berbeza. Tahap Kesihatan seperti kemudahanmendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dankawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Murid lelaki lebih cenderung untuk mempelajari kemahiran berbanding teori berbeza dengan perempuan yang lebih mementingkan teori dan akademik ketaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama disekolah Orang Asli dan pedalaman

perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasidan jurang antara murid. urang anatara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dimana perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas.

b) Sebagai seorang guru di sebuah sekolah di luar bandar, nyatakan lima usaha anda agar murid tersebut dapat bersaing dengan murid dalam kawasan bandar. Membina bilik darjah yang kondusif untuk menarik minat belajar Berperanan dalam mengurus dan mengawal kelas dengan baik mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaummereka tertentu sahaja. Guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang darikelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan elakkan dari menyentuh ataumempertikaikan amalan kepercayaan murid. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek. Soalan 4: Cikgu Idham merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Dalam usahanya untuk merancang pelan tindakan yang mampu mewujudkan persekitaran yang mesra budaya, beliau berhadapan dengan sikap negatif Orang Asli terhadap pelajaran.

a) Nyatakan empat sikap negatif Orang Asli yang perlu diubah supaya pelan tindakan untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dapat dilaksanakan dengan berkesan. (4M)

Malas dan tak serius untuk belajar, selalu ponteng kelas apabila bosan. Kurang berusaha untuk berjaya. Sikap ibu bapa yang tak serius dan anggap pendidikan tak penting, masuk hutan untuk dapatkan makanan tidak perlukan pendidikan tinggi. Malu/rendah diri untk tunjukkan potensi. Tidak ingin bagi kerjasama dalam berkumpulan.

Pasif/jumud dan tidak ingin bercampur dengan budaya kaum lain. Pandangan hidup yang amat mudah asas sahaja. Tarikan wang ringgit dorong anak orang asli kerjas. Anak asli tidak boleh berpisah dengan keluarga. Kahwin muda. Sangat bergantung pada kerajaan untuk bantuan.

b) Nyatakan tiga tindakan yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Idham bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya. (6M)

Buat aktiviti agar lebih menarik agar murid seronok datang ke kelas. Buat program kenali budaya Motivasikan murid dengan program kem jati diri / bawa sekali ibubapa untuk bah tanggapan mereka. Lawatan sosial, pendedahan budaya ke persekitaran lain. Pameran budaya masyarakat Melayu Tubuhkan kelab kerjaya beri maklumat tentang pelbagai kerjaya. Mantapkan program KIA-2M

Soalan 5

5. Guru harus peka dan bersedia untuk menangani kepelbagaian sosio-budaya yang wujud dalam bilik darjah dan sekolah supaya memberikan kesan yang positif kepada murid, sekolah dan kurikulum tersirat.

a. Bagaimanakah guru dapat memastikan murid-muridnya yang datang dari kelas sosial yang berbeza mendapat pendidikan yang seimbang. (10M)

1. Menggunakan alat bantu mengajar yang murah 2. Tidak mengkategorikan murid mengikut kelas sosial 3. Melibatkan semua murid dalam semua aktiviti 4. Mengadakan aktiviti yang sejajar dengan taraf pemikiran murid 5. Memahami keperluan dan latar belakang murid terlebih dahulu

b. Pada pandangan anda, apakah implikasi yang akan terjadi dalam kelas pelbagai etnik sekiranya guru gagal menyesuaikan diri dengan budaya setempat. (10M)

1. Proses PnP terjejas- objektif pembelajaran sukar tercapai 2. Guru dan murid tidak bermotivasi 3. Sesetengah murid mungkin terasa dipinggirkan dan tidak mempunyai rasa kekitaan 4. masalah komunikasi 5. masalah disiplin 6. pnp tidak menyeronokkan

Soalan 6: Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik yang memerlukan kesedaran guru dalam

menguruskan pengajaran dan pembelajaran. Perincikan lima tindakan yang perlu diambil oleh guru dalam melaksanakan pedagogi relevan budaya. (10M) Pedagogi relevan budaya amat perlu diaplikasikan dalam kelas yang mempunyai pelajar dari pelbagai latar budaya dan adat resam. Hal ini penting dalam memastikan semua pelajar merasa seronok dengan pembelajaran dan tidak merasa disisihkan oleh guru. Pengajaran yang seimbang tanpa adanya prejudis dan sikap berat sebelah terhadap sesuatu kaum pastinya akan menjadikan proses P&P berjalan dengan lancar. Berikut merupakan tindakan tindakan yang perlu diambil oleh guru dalam melakasanakan pedagogi relevan budaya. Menerima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza- beza dari segi budaya, etnik, bahasa, dan kelas sosial secara positif. Bersiap sedia untuk mengajar dan mengenal pasti pendekatan- pendekatan yang perlu bagi mencapai hasil pembelajaran. Perlu mempunyai rasa bangga dan komited dengan kerjaya yang mendorong kejayaan semua murid tanpa membeza- bezakan etnik dan budaya mereka. Contohnya, walaupun seorang guru mengajar di sekolah Orang Asli, guru

tersebut tetap perlu berbangga mengajar di sekolah tersebut dan membimbing pelajar Asli sehingga berjaya. Mewujudkan hubungan dan ikatan yang erat antara guru dan murid. Guru perlu mempunyai rasa hormat kepada murid yang berbeza budaya dan latar belakang. Guru menggunakan kekuatan yang ada pada murid untuk diketengahkan dan menjadikannya sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Lebih lanjut rujuk(mukasurat 128-129)

Rangkakan lima aktiviti pengajaran yang menggunakan elemen dalam pedagogi relevan budaya. (10M) Pelbagai aktiviti pengajaran yang menggunakan elemen dalam pedagogi relevan budaya. Bagi guru yang mempunyai murid yang pelbagai budaya, guru tersebut perlulah berfikiran kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagai budaya. Guru juga perlu mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan. Guru juga mempelbagaikan aktiviti dan teknik individu. Antara aktiviti yang boleh guru jalankan di dalam kelas ialah:1. Aktiviti perbincangan kumpulan yang melibatkan ahli-ahli kumpulan pebagai budaya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormatmenghormati. Setiap ahli bebas menyarakan idea dan pandangan dalam perlu

pengajaran dengan mengambil kira konsep perbezaan

menyelesaikan masalah. 2. Aktiviti yang melibatkan kaedah penemuan seperti membuat buku skrap berkenaan budaya kaum lain. Contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk, Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing.

3. Guru memberikan projek yang perlu disiapkan dalam kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Contohnya projek membina model pakaian tradisional masyarakat- masyarakat di Malaysia. Melalui aktiviti seperti ini, murid akan berkongsi kreativiti dan pengetahuan tentang budaya masyarakat masyarakat di Negara kita. 4. Aktiviti lakonan . Contohnya pelajar Cina akan melakonkan watak kehidupan masyarakat Melayu, pelajar Melayu melakonkan watak kehidupan masyarakat India dan masyarakat India melakonkan watak kehidupan masyarakat Cina. Mereka boleh melakonkan cara hidup, pantang larang, adat resam kaum yang mereka lakonkan. Jadi, pelajar akan lebih memahami dan menghormati masyarakat dari kaum yang lain. 5. Menggalakkan penggunaan bahan bacaan untuk mengetahui tentang budaya kaum lain. Guru meminta pelajar membaca artikel, buku, jurnal, dan sebagainya tentang budaya kaum lain yang terdapat di Negara kita. Guru meminta pelajar melihat perbezaan budaya tentang kaum yang dibaca dengan kaum pelajar tersebut. Guru perlu memberi kefahaman kepada pelajar untuk melihat perbezaan budaya tersebut dari sudut yang positif. Guru meminta pelajar membuat catatan dan kemudian bentangkan hasil pembacaan di hadapan kelas.

Soalan 7 "...... Kurikulum tersirat atau tersembunyi, secara umumnya dapat dideskripsikan sebagai hasil (sampingan) dari pendidikan dalam latar sekolah atau luar sekolah, khususnya hasil yang dipelajari tetapi tidak secara tersurat dicantumkan sebagai tujuan."

Sebagai guru di kelas yang terdiri daripada murid-murid berbagai kaum dan belakang, bagaimanakah elemen-elemen dalam kurikulum tersirat boleh untuk meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. (10M)

latar

digunakan

Kurikulum tersirat merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah. Kurikulum ini tidak

dibuat secara formal, tetapi ia berlaku tanpa disedari oleh guru dan muridPengalaman yang diterima itu sebenarnya boleh memberi panduan kepada hadapan murid-murid apabila mereka tamat belajar secara formal.

murid. masa

Elemen pertama dalam kurikulum tersirat ialah kewujudan bagi kurikulum tersirat

adalah

berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum. Kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum yang berbeza dengan adanya aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh, dengan mengadakan pertandingan permainan tradisional

ataupun karnival permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan cara ini murid- murid dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.

Elemen kedua merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. Kurikulum tersembunyi mempunyai pertalian yang rapat dengan pengalaman persekolahan individu. Individu yang mengikuti perjalanan sistem diterjemahkan ke dalam pelbagai rekabentuk kurikulum persekolahan yang menjadi ingatan dan guru perlulah menyediakan proses P&P, fokus melibatkan semua berkaitan tersebut. pendidikan yang

memperoleh ilmu dan pengalaman

pegangan hidup sehingga mereka dewasa. Maka,

suasana yang memberi pengalaman yang menyeronokkan dalam

kepada menggalakkan integrasi antara kaum. Seperti contohnya, murid dalam berbeza kaum dalam P&P, memberi permasalahan yang

dengan P&P agar mereka boleh berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah

Elemen ketiga bagi kurikulum tersirat ialah ia boleh menjadi objektif pembelajaran hasil pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara ini termasuk sistem pengurusan kelas,ruang kelas,aturan yang pengelompokan pelajar. Semua perkara ini membawa implikasi sepanjang persekolahan. Guru boleh mengelompokkan murid diterapkan pengaruh

tetapi

kuantitatif. Hal serta pada pola pelajar

seperti contohnya menyusun

atur kedudukan murid dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui hal ini, mereka akan mempunyai pengalaman kaum sahaja dan akan meningkatkan pembelajaran yang tidak tertumpu kepada satu perpaduan antara kaum.

Elemen keempat kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama pelaksana kurikulum itu sendiri samada guru dan murid atau pengajar.Nilai ini

oleh

akan dipelajari

oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya, tingkahlaku dan guru itu sendiri iaitu bagaimana cara guru itu menyampaikan ilmu. Nilai nilai yang ditonjolkan antara kaum seperti contohnya, guru daripada kaum yang pelbagai dan

akhlak

seseorang dan

berpakaian,berkomunikasi

guru haruslah menjurus kepada perpaduan

memberi reaksi positif kepada murid yang datang tidak pilih kasih atau bersikap memberi layanan yang

berbeza kepada kaum yang berlainan.

Elemen kelima kurikulum tersirat ialah jenis atau pengkategoriannya yang berbeza- beza mengikut tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.Oleh itu, tersembunyi sama-sama berperanan dalam membentuk perubahan fungsi pendidikan. Apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru membahagikan kumpulan berdasarkan prinsip menggalakkan interaksi antara berlainan kaum. Guru boleh menyemaikan perasaan menerima dan ibunda dan dialek kaum lain melalui aktivitiyang dijalankan. Cina, semua murid tidak mengira kaum akan bercakap dalam kelas bahasa Melayu, semua murid pula akan kurikulum sosial harus murid yang

menghormati bahasa

Apabila dalam kelas bahasa dalam bahasa Cina dan apabila bertutur dalam bahasa Melayu.

Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum pelajar malah dapat meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar dalam pelbagai dialek.

b) Nilaikan keberkesanan kurikulum tersirat dalam merealisasikan kepelbagaian sosio-budaya dalam pendidikan di Malaysia. (10M)

Kurikulum tersirat berkesan dalam merealisasikan kepelbagaian sosio-budaya dalam pendidikan di Malaysia.

Pertama, kurikulum tersirat telah menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah antara pelbagai kaum yang terdiri daripada sosio-budaya. Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan

oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Sebagai contohnya, melalui interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu bangsa, budaya, mahupun jantina. Murid-murid tujuan pembelajaran, malah mereka perlu sendiri. sama lain tidak kira berbeza agama,

tidak semestinya hanya berinteraksi untuk

berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka

Kedua, murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan. Hal ini kerana murid dapat bersama-sama membina dan memupuk nilai yang baik dalam keadaan yang ceria

dan menyeronokkan kerana perpaduan kaum dijana. Aktiviti yang melibatkan integrasi antara kaum lebih menyeronokkan kerana murid dapat bertukar yang baik yang diamalkan dalam masyarakat pendapat, bahasa, nilai dan budaya

mereka.

Ketiga, meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat merealisasikan kepelbagaian sosio-budaya dalam pendidikan di strategi kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai

yang

Malaysia. Salah satu

kaum dan budaya di Negara

bahasa perantaraan di sekolah. Di

dalam bilik darjah, semua murid diwajibkan menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi semasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat

mengelakkan penggunaan unsur-unsur dialek mengikut kaum semasa mereka berinteraksi. Pengunaan laras bahasa yang tepat yang diamalkan dalam situasi yang sesuai serta aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa yang disertai murid mampu meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid terhadap bahasa standard. sosial

Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan yang sepatutnya.

Keempat, kurikulum tersirat dapat membentuk pembentukan kendiri murid. kendiri murid dapat disemai oleh seorang guru di sekolah. Melalui tindakan serta dibaluti perasaan kasih sayang, seseorang guru dapat memberi

Pembentukan yang berhemah yang

peluang

terbaik untuk mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Guru yang sentiasa membiasakan diri memberi penghargaan apabila murid sebelumnya, mampu menarik dengan senyuman selain kerap dan mudah

mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan

positif terhadap diri mereka, tanpa mengira sosio-budaya murid. Tindakan seseorang guru yang tidak mempertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana

murid berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat sekali gus proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. dikembangkan

You might also like