You are on page 1of 70

ASAL USUL, SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Oleh NORSUHAIDA BINTI ISMAIL norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

Asal usul Bahasa Melayu (5 masa) Bahasa Melayu Kuno (3 masa) Bahasa Melayu Klasik (3 masa) Bahasa Melayu Moden (11 masa) Unsur asing dalam Bahasa Melayu (3 masa)

norsuhaidaismail.blogspot.com

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ( 25 masa )

ASAL USUL, BAHASA MELAYU


Oleh NORSUHAIDA BINTI ISMAIL norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

Asal Usul Bahasa Melayu


1.

3. 4.

Konsep Melayu (a) Definisi awal istilah Melayu (b) Definisi dari segi etimologi (c) Definisi berdasarkan bangsa Salasilah bahasa Melayu Hipotesis tentang tempat asal bahasa Melayu (a) Kawasan Asia Tengah (b) Kawasan Nusantara

norsuhaidaismail.blogspot.com

(5 masa)

910/1 Penggal 1

Definisi awal istilah Melayu Geographike Sintaxis :Maleu-kolon Kitab Purana : malaya dvipa Tulisan cina :Mo-lo-yeu Catatan I Tsing : Mo-lo-yu

norsuhaidaismail.blogspot.com

Konsep Melayu

910/1 Penggal 1

1. 2.

3.

Menurut pengkaji, bukti penggunaan bahasa Melayu sejak abad kedua. M. Ptolemy (100-150 masihi) menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada kata Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Konsep Melayu

910/1 Penggal 1

3.

4.

Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa. Menurut pengkaji, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera yang merupakan tempat asal bahasa Melayu. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi (zaman Dinasti Tsang.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Konsep Melayu

910/1 Penggal 1

Konsep Melayu
5.

6.

Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa Kunlun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.

norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

7.

8.

Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Konsep Melayu

910/1 Penggal 1

Etimologi bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna kata tersebut.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu Dari Segi Etimologi

910/1 Penggal 1

1.

2.

Zuber Osman : Perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan hima alaya. Alaya bermaksud tempat manakala hima alaya bermaksud tempat bersalji. Perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu ditemui pada batu bersurat Bukit Gombak Satu, di Sumatera Barat.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu Dari Segi Etimologi

910/1 Penggal 1

3.

4.

5.

Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi ke manamana. Mohd Dahlan Mansoer :Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. Van der Tuuk : perkataan Melayu bererti menyeberang, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu Dari Segi Etimologi

910/1 Penggal 1

Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu berdasarkan Bangsa

910/1 Penggal 1

1.

2.

Istilah Melayu merujuk kepada bangsabangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasankawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan The Malay Culture Study Project (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu berdasarkan Bangsa-Pengertian yang luas

910/1 Penggal 1

3.

4.

Merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Kepulauan Melayu. Rumpun Austronesia meliputi kawasan di sebelah timur yang merangkum keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu berdasarkan Bangsa-Pengertian yang luas

910/1 Penggal 1

4.

Menurut UNESCO-1972, Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu berdasarkan Bangsa-Pengertian yang luas

910/1 Penggal 1

Secara umumnya...Melayu merujuk kepada bangsa Melayu yang menjadi penutur asli bahasa Melayu dan mendiami.. 1. Seluruh kawasan Semenanjung Tanah Malaysia,pantai barat (berdekatan dengan Brunei) dan Sarawak (Bahagian Pertama dan Kuching) 2. Brunei, 3. Pantai Timur Sumatera, 4. Sepanjang Kalimantan Barat, Kalimantan Timur dan Kalimantan Selatan, 5. Pulau-pulau di Kepulauan Melayu, seperti Riau, Lingga, Bangda, Natuna, Belitung dan Banda.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu berdasarkan Bangsa-Pengertian yang luas

910/1 Penggal 1

6. 7.

8. 9. 10.

Kawasan selatan Thailand, terutama Pattani, Kawasan selatan Filipina, seperti di daerah Zamboanga di pantai selatan pulau Mindanao, termasuk gugusan pulau Sulu dan Palawan, Kawasan Campa selatan Indo Cina, Singapura dan Kawasan-kawasan Perhijrahan bangsa Melayu di seluruh dunia seperti di Sri Lanka, Madagaskar dan Afrika Selatan.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu berdasarkan Bangsa-Pengertian yang luas

910/1 Penggal 1

Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu berdasarkan Bangsa-Pengertian yang sempit

910/1 Penggal 1

Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian Orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak walaupun beragama Kristian

norsuhaidaismail.blogspot.com

Definisi Melayu berdasarkan Bangsa-Pengertian yang sempit

SALASILAH BAHASA MELAYU


Oleh NORSUHAIDA BINTI ISMAIL norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

MAKSUD SALASILAH Asal usul, susur galur atau keturunan MAKNANYA : KITA AKAN MENGKAJI TENTANG ASAL USUL DAN KETURUNAN BAHASA MELAYU.

norsuhaidaismail.blogspot.com

SALASILAH BAHASA MELAYU

910/1 Penggal 1

Kajian

yang dijalankan oleh penyelidik menggunakan rajah salasilah bahasa. Faktor usia menjadi kriteria pemeringkatan bahasa-bahasa di dunia iaitu peringkat filum, rumpun dan keluarga.

norsuhaidaismail.blogspot.com

SALASILAH BAHASA MELAYU

SALASILAH BAHASA

910/1 Penggal 1

FILUM BAHASA/AUSTRIK

RUMPUN AUSTRONESIA RUMPUN AUSTRONESIA BARAT (HESPERANESIA)

RUMPUN AUSTROASIA

RUMPUN CINA-TIBET

KELUARGA INDONESIA (NUSANTARA)

KELUARGA MELANESIA

KELUARGA MIKRONESIA

KELUARGA POLINESIA

SUB KELUARGA INDONESIA PUSAT

SUB KELUARGA FILIPINA-FORMOSA

SUMATERA

JAWA

KALIMANTAN

BALI..SASAK

...................

TAGALOG

BISAYA

SULU

BIKOL

BAHASA MELAYU

BAHASA ACHEH

BAHASA MINANGKABAU

BAHASA LAMPUNG

.........

norsuhaidaismail.blogspot.com

RUMPUN AUSTRONESIA TIMUR(OCENESIA)

910/1 Penggal 1

AUSTRIS Austronesia Nusantara Indonesia Pusat Sumatera Bahasa Melayu

norsuhaidaismail.blogspot.com

SALASILAH BAHASA MELAYU

910/1 Penggal 1

1.

FILUM

Kelompok bahasa induk yang paling tua usianya. Berumur 5000 tahun ke atas. Kelompok bahasa yang berumur antara 25005000 tahun. Kelompok bahasa kurang daripada 2500 tahun.

2.

RUMPUN

3.

KELUARGA

norsuhaidaismail.blogspot.com

SALASILAH BAHASA MELAYU

910/1 Penggal 1

Walau bagaimanapun.. Bahasa yang menampakkan sedikit penyimpangan dari segi pembentukan kata, bunyi dan golongan kata dikenali sebagai bahasa sekeluarga. Bahasa sekeluarga pula terbahagi kepada subkeluarga/subkelompok berdasarkan faktor geografi dan nama bahasa.

norsuhaidaismail.blogspot.com

SALASILAH BAHASA MELAYU

910/1 Penggal 1

1. 2. 3.

Merupakan salah satu kelompok bahasa induk di dunia, Menguasai hampir separuh benua Asia. Terdiri daripada 3 rumpun Bahasa Austroasia bahasa Khasi di Annam, Nicobar, Peguan, Khmer dan Munda. Bahasa Cina-Tibet Cina, Tibet, Mynmar, Siam, dan lain-lain. Bahasa Austronesia bahasa Nusantara, Polinesia, Mikronesia dan Melanesia.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Filum Austris

910/1 Penggal 1

1.

2.
3.

Berasal daripada perkataan Latin austro bermaksud selatan dan perkataan Yunani nesos yang bermaksud pulau. Oleh itu, ia bermaksud, bahasa di pulaupulau di selatan. Ia juga dikenali sebagai bahasa MelayuPolinesia ( sebelum ditukar kepada Austronesia)

norsuhaidaismail.blogspot.com

Austronesia

910/1 Penggal 1

Pengkaji juga membahagikan rumpun Austronesia kepada 2 iaitu : 1. Rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia) 2. Rumpun Austronesia Timur (Ocenesia)

norsuhaidaismail.blogspot.com

Austronesia

910/1 Penggal 1

1.

Keluarga Bahasa Nusantara/ Indonesia

2.

Merupakan kelompok keluarga terbesar (Formosa di utara, Maluku di timur, Pulau Timor di selatan dan Madagaskar di barat.

Subkeluarga Indonesia Pusat ialah bahasa Melayu, bahasa Sumatera di Sarawak (kecuali bahasa Bisaya) , bahasa Kalimantan dan Kepulauan Indonesia. Subkeluarga Filipina-Formosa ialah bahasa Filipina, bahasa bumiputera di Sabah dan bahasa Brunei (kecuali bahasa Melayu dan bahasa Lun Dayeh)

norsuhaidaismail.blogspot.com

1.Rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia)

910/1 Penggal 1

1.

2.

3.

Bahasa Melanesia - di Kepulauan Fiji, New Caledonia, Irian, New Guinea dan Halmahera. Bahasa Mikronesia kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Bahasa Polinesia Hawaii, Tonga, Maori dan Kepulauan Easter.

norsuhaidaismail.blogspot.com

2.Rumpun Austronesia Timur (Ocenesia)

910/1 Penggal 1

Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada subkeluarga bahasa Pusat iaitu tergolong dalam golongan bahasa Sumatera bersama-sama dengan Batak, Acheh, Minagkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Indonesia Pusat

910/1 Penggal 1

Cabang Nusantara merupakan jumlah bahasa yang paling banyak iaitu anggaran 200-300 bahasa yang terbahagi kepada golongangolongan seperti.. Golongan Filipina(Tagalog) Golongan Sumatera(Melayu, Aceh, Batak) Golongan Jawa(Sunda,Jawa, Madura) Golongan Kalimantan(Iban, Melanau) Golongan Bali Sasak(Bali, Sumbawa)

norsuhaidaismail.blogspot.com

FAKTANYA

910/1 Penggal 1

Golongan Gorontalo(Bulanga, Gorontalo) Golongan Tomini(Tomini, Tinombo) Golongan Toraja(Kaili, Wotu) Golongan Loinang(Loinang, Banggai) Golongan Bunku-Laki(Laki, Mori) Golongan Sulawesi Selatan(Makasar, Bugis) Golongan Muna-Buntung Golongan Bima-Sumba

norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

Golongan

Ambon-Timur Golongan Sula-Bacon Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya

Sumber : Tatabahasa Dewan, DBP 1996.

norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

Kawasan bahasa rumpun Austronesia

norsuhaidaismail.blogspot.com

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU


Oleh NORSUHAIDA BINTI ISMAIL norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

Terdapat dua hipotesis tentang asal usul bangsa Melayu, iaitu :


1.
2.

Kawasan Asia Tengah


kawasan Nusantara

norsuhaidaismail.blogspot.com

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

910/1 Penggal 1

Menurut

hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan. Mereka dikatakan berasal dari selatan China. Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Penghijrahan

mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro. Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara kira-kira pada tahun 2500 SM.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Peradaban

orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidup berpindah-randah. Mereka pandai membuat alat bercucuk tanam, barangan pecah-belah, dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenali sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Hipotesis

penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan oleh P.Sarasin dan F. Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini dikemudiannya diperkukuh oleh R.H. Geldern (seorang ahli prasejarah dan profesor di Institut Pengajian Asia, Iran) pada tahun 1932.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Hipotesis

berdasarkan kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang. Geldern mendapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawadi, Sungai Salween, Sungai Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain di kawasan Nusantara.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Penghijrahan

Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada tahun 1500SM. Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan di selatan China. Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu Proto.

2500SM

1500SM

800M 1400M

2012M

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Zaman

mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alat pemburuan dan pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalam bidang pelayaran dan astronomi. Mereka hidup di tepi pantai dan kemudiannya bersebaran hampir keseluruh Kepulauan Melayu.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Kedatangan

Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman, iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai dengan mereka yang suka berpindahrandah. Kumpulan Melayu Proto inilah yang menjadi nenek moyang kepada suku orang Asli seperti Semang, Jakun, Senoi, dan sebagainya.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Kumpulan Melayu Deutro hidup di kawasan di persisiran pantai dan sebagai nelayan. Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian dan memburu binatang. Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

KAWASAN ASIA TENGAH


J.R.

Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa Asia. Wujud persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma (Myanmar). Persamaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.

norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

G.K

Nieman dan R.M. Clark juga membuat kajian tentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. Hipotesis pertama ini turut disokong oleh dua orang sarjana Melayu, iaitu Asmah Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana dari Indonesia.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Asmah

Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama. Menurut beliau ada yang melalui daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, ada melalui Lautan Hindi dan ada yang pula melintasi Lautan China Selatan.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Slametmurjana

pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa dan berpendapat bahawa bahasa Austronesia yang di dalamnya termasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan. Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya penghijrahan. Tarikh penghijrahan Melayu Proto dengan Melayu Deutro adalah bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Bukti warna kulit, bangsa Melayu yang berkulit coklat tinggal di Thailand Selatan, Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina Selatan Singapura, memang berbeza daripada bangsa di Asia Tengah, baik bangsa Cina di sebelah timur mahupun bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah. Mereka bukan sahaja berbeza dari warna kulit, bentuk dan anggota badan tetapi juga daripada segi bahasa dan kebudayaan.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Bukti

beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan. Artifak ini bukan sahaja ditemui di Timur Tengah dan Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eropah. Artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Kajian

bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia, bukan daripada rumpun China-Tibet yang melahirkan bahasa China, Tibet, Siam, Miao, Yiu, dan Burma.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN ASIA TENGAH

910/1 Penggal 1

Bukti

Bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Astronesia.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN NUSANTARA

910/1 Penggal 1

Kajian C.A.Mess

bahasa-bahasa daripada rumpun Astronesia mempunyai persamaan perkataan, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa. Sebagai contohmya, kata-kata seperti mata, telinga, dan lima sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN NUSANTARA

910/1 Penggal 1

Kajian

Williams Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia. Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN NUSANTARA

910/1 Penggal 1

Kajian kebudayaan juga dapat membuktikan bahawa asal usul bahasa Melayu adalah dari kawasan Nusantara. John Crawfurd membuat kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Hasil daripada kajian beliau, menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN NUSANTARA

910/1 Penggal 1

Menurut

Crawfurd, untuk mencapai tahap kebudayaan yang menonjol itu, kedua-dua budaya itu tentu telah mengalami perkembangan beberapa abad sebelum itu. Berasaskan anggapan ini, beliau membuat kesimpulan tempat asal asal orang Melayu di Sumatera dan Jawa.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN NUSANTARA

910/1 Penggal 1

Bukti :

Penemuan fosil-fosil di Nusantara menunjukan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulauan Melayu- di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.

norsuhaidaismail.blogspot.com

KAWASAN NUSANTARA

910/1 Penggal 1

Kajian

terhadap tengkorak manusia menunjukan usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang ditemukan di Asia Tengah. Bukti : Mojokerta berusia (670 000 tahun)dan Pithecanthropus Trinil (600 000 tahun) berbanding Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan di China hanya berusia kira-kira 550 000 tahun.

norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

Bukti

dari sudut Geografi.

Dari zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen, Nusantara dan Australia dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang telah telah dihuni manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda manakala Daratan Australia dinamai Pentas Sahul.

norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

Kedua-dua

daratan yang besar ini berpecah akibat pencairan glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau kecil. Pentas Sunda berpecah menjadi Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea.

norsuhaidaismail.blogspot.com

910/1 Penggal 1

Stpm

2001-2010

norsuhaidaismail.blogspot.com

Soalan Contoh

910/1 Penggal 1

Hasilkan

TUGASAN ANDA berkaitan dengan tajuk yang akan diberikan. RUJUKAN : Tatabahasa Dewan( Nik Safiah Karim & Rakan-rakan), Teks Pra U STPM Bahasa Malaysia, Longman, laman web . Kertas A4 bertaip saiz 12, double spacing, Arial/Times New Roman atau menggunakan tulisan tangan dengan kemas. Hantar hari Isnin minggu depan ke email aida9397@gmail.com dan hantar salinan kertas.

norsuhaidaismail.blogspot.com

Syarat Tugasan

910/1 Penggal 1

Konsep Melayu (a) Definisi awal istilah Melayu (b) Definisi dari segi etimologi (c) Definisi berdasarkan bangsa Salasilah bahasa Melayu Hipotesis tentang tempat asal bahasa Melayu (a) Kawasan Asia Tengah (b) Kawasan Nusantara

norsuhaidaismail.blogspot.com

Tugasan hasilkan tugasan berdasarkan perkara di bawah.

910/1 Penggal 1

Sekian, terima kasih.

norsuhaidaismail.blogspot.com

You might also like