P. 1
Kertas Kerja Bahasa Arab

Kertas Kerja Bahasa Arab

|Views: 404|Likes:
Published by Hamizul Mahmud

More info:

Published by: Hamizul Mahmud on May 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/26/2015

pdf

text

original

1 BAHASA ARAB SEBAGAI MEDIUM ILMU DAN DAKWAH ISLAMIYYAH

oleh: Dr Hj Maimun Aqsha Lubis (mal@ukm.my) Hamizul Mahmud (rihaz@yahoo.com) Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Artikel ini membincangkan tentang peranan bahasa Arab sebagai medium pembelajaran dan penyampaian ilmu serta penyebaran dakwah Islamiyyah.Peranan bahasa Arab sebagai medium ilmu dan dakwah tidak dapat dinafikan lagi malahan terdapat pertautan erat di antara kedua-duanya. Sejarah telah membuktikan peranan bahasa Arab di dalam penyembangan kedua-dua aspek tersebut. Penguasaan bahasa Arab yang kukuh oleh seseorang individu merupakan satu keistimewaan ke arah penguasaan pelbagai disiplin ilmu serta mampu memainkan peranan sebagai dai'e secara berkesan dan menyeluruh memandangkan Al-Qur'an dan Al-Hadith juga diturunkan dalam bahasa Arab. Pendekatan dakwah melalui bahasa Arab ini telah berlaku sejak Islam di bawa oleh Rasulullah SAW lagi dan hingga kini ia masih berperanan besar dalam menyebarkan dakwah kepada Muslim atau non Muslim.

PENDAHULUAN Sejak abad ketujuh bahasa Arab telah meningkat kekuatannya melalui kitab suci al-Quran serta kemajuan di bidang sains oleh orang-orang Arab dan Muslim pada Zaman Keemasan di Timur Tengah iaitu semasa dunia Barat berada dalam Zaman Pertengahan (Middle Age), atau Zaman Kegelapan (Dark Age). Di antara abad kelapan dan kesebelas, bahasa Arab menjadi bahasa antarabangsa, bahasa penghantar bagi kebudayaan dunia, bahasa yang paling meluas digunakan pada zaman tersebut dan bahasa yang utama di dalam bidang sains dan teknologi. Pada masa kegemilangan Islam, falsafah dan sains zaman Greek dan Latin telah disalurkan ke Eropah melalui pusat-pusat pembelajaran di Sepanyol, Baghdad dan Eropah Selatan, dengan menggunakan bahasa Arab (Bakalla 1984). Bahasa Arab merupakan salah satu daripada 3,500 bahasa di dunia, dan salah satu daripada enam bahasa antarabangsa yang rasmi (bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Russia, bahasa Sepanyol, bahasa Cina, dan bahasa Arab). Bahasa Arab dijadikan sebagai

Bagi individu yang telah menguasai bahasa Arab pula. Mengikut Bakalla (1984). Kedua-duanya saling sokong menyokong antara satu sama lain. penggunaan bahasa Arab di sekolah. ia menjadi salah satu alat penyebaran dakwah itu sendiri. Sama ada kedatangan Islam yang memperkembangkan bahasa Arab atau bahasa Arab yang bertindak sebagai alat atau agen di dalam penyebaran dakwah Islam. kolej dan media perhubungan telah meningkat sejak tahun 1976. Kedua-dua sumber ini adalah dalam bahasa Arab. bahasa Arab semakin luas digunakan di negara-negara Islam bukan sahaja bahkan bahasa Arab bukan bahasa ibunda (seperti Pakistan yang mengumumkan bahasa ini sebagai salah satu bahasa rasmi). kedua-duanya adalah saling berkaitan. Selain itu.” ( Surah al-Zukrhruf: 3) Islam dan bahasa Arab memang tidak dapat dipisahkan. visual dan lain-lain lagi. Pendek kata sesiapa yang ingin menguasai ilmu Islam ia mesti bermula dengan menguasai bahasa Arab. Bagi yang mendalami ilmu Islam sudah tentu perlu mendalami bahasa Arab. Fiqh. ucapan. apabila bahasa ini diumumkan sebagai salah satu daripada bahasa-bahasa di Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations). Penggunaannya juga sedang berkembang terutama di negara-negara Islam. Apabila berbicara tentang Islam. Pemimpin-pemimpin agama dikehendaki untuk memahami bahasa ini yang merupakan salah satu jalan untuk mengkaji kandungan ayat-ayat suci Al-Quran dari sumber asalnya.2 bahasa rasmi antarabangsa sejak tahun 1973. Dengan menggunakan pelbagai gaya bahasa yang terdapat dalam bahasa Arab penyebaran dakwah Islam dilakukan dalam bentuk tulisan. maka sudah tentu ia tidak terlepas daripada berbicara tentang AlQuran dan Al-Hadith yang merupakan dua sumber utama sebagai rujukan dalam Islam. Begitu juga dengan sumber-sumber perundangan Islam. . sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab semoga kamu berfikir. Sejarah dan lain-lain lagi sumber rujukan tentang Islam diambil daripada ulama-ulama muktabar yang ditulis dalam bahasa Arab.

bahasa Arab datang ke kepulauan Melayu seiring dengan kedatangan Islam pada abad ke-13. PERKAITAN BAHASA ARAB DENGAN PERKEMBANGAN ILMU Pengaruh Islam dan bahasa Arab amat besar dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca di peringkat nusantara satu ketika dahulu (Al-Attas. Sejak agama Islam mula sampai ke kepulauan Melayu. Dengan sebab itu. dari segi bahasa ia bermaksud: ‫دعا يدعو دعوة داع )الداعي( مدعو‬ ُ َْ ٍ ًَ ْ َ ُ ْ َ َ َ [ 7< ‫( ]دعا إلى عقيدته: بشر بها > دعا إلى السلم‬al-Mu'jam al-'Arabiy al-Asasiy) ّ Dakwah juga boleh difahami dengan makna (‫ : )النداء‬Seruan atau panggilan. bahasa Arab telah mendapat perhatian. Kehadiran pedagang-pedagang ini telah mendorong kemasukan unsur-unsur Islam yang turut meresap masuk ke dalam kebudayaan Melayu seperti bahasa dan tulisannya. Ketujuh 2002). Dalam bahasa Melayu juga dakwah bermaksud kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan (Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1990). Kedudukan Bahasa Melayu sebagai lingua franca telah menyebabkannya dapat berperanan untuk mengukuhkan pertumbuhan dan perkembangan bahasa dan kesusasteraan di kepulauan Melayu. Ini adalah kerana Bahasa Melayu menggunakan aksara Arab sebagai tulisan rasmi ketika itu. pedagang Arab yang datang ke Tanah Melayu ketika itu membawa Islam dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi.3 Merujuk kepada perkataan dakwah pula. Menurut Mustafa (2000). Sebagai bahasa alQuran dan al-Hadis. Umumnya bahasa tersebut telah diterima sebagai bahasa rujukan utama dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Bahasa Arab mula dikenali di rantau Asia Timur semenjak terjalinnya hubungan awal antara Semenanjung Tanah Arab dan Asia Timur pada abad ke-4. Mahayudin (2000) menyatakan pengaruh bahasa Arab menjadi lebih dominan berbanding bahasa asing yang lain termasuk bahasa Parsi dalam bahasa Melayu. Pada era permulaan penubuhan [ . (Cet.

Asmah Haji Omar (1992) dan Richard B. Noss (1984) yang menyatakan bahawa bahasa Arab adalah bahasa agama yang sangat dipengaruhi oleh domain agama.4 sekolah-sekolah pondok dan pembukaan sekolah-sekolah Agama-Arab yang berlaku sehingga awal tahun 1970-an. memahami Al-Hadith dan sebagainya.000 judul buku yang diterbitkan setiap tahun adalah dalam bahasa Arab. bahasa Arab diperlukan sebagai bahasa untuk beribadat. Dengan kata lain. Noss (1984) dalam membincangkan hubungan bahasa Arab dengan domain agama dari sudut sosiologi politik dan bahasa sependapat menyatakan bahawa domain ini telah menghubungkan bahasa Arab dengan kebangkitan semula Islam khususnya pada awal dekad lapan puluhan yang lalu. solat. bahasa Arab didapati dijadikan unsur penting dalam pembinaan kurikulum di sekolah-sekolah berkenaan. membaca Al-Quran.Tasawuf dan Falsafah Islam. New York. Tauhid. Tafsir. Walau bagaimanapun. London.php?storyid=783) Osman Haji Khalid (1993) dalam Zawawi Ismail et. Sejarah. al. Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh Abdullah Hasan (1987). doa. majalah serta buku-buku yang diterbitkan di luar negara Arab seperti Paris. zikir.idesa. bahasa Arab merupakan salah satu mata pelajaran teras yang dipelajari bersamasama mata pelajaran lain seperti ilmu Fekah. Tehran dan sebagainya. Kajian yang dibuat mendapati terdapat 100 buah akhbar harian dan 120 majalah yang diterbitkan di negara-negara Arab di samping 10. Mohamad Abu Bakar (1993) dan Richard B. Munif (2005) dan Abdullah (1995) menyatakan bahawa dalam tradisi pendidikan Islam. (2005) menyatakan bahawa al-Rikabi (1986) meletakkan bahasa Arab sebagai bahasa pendidikan dan bahasa komunikasi di dalam dunia Arab melalui media elektronik dan media cetak.net. pergantungan bahasa Arab kepada domain-domain lain yang bersifat alamiah masih tetap wujud iaitu seperti penggunaannya dalam aktiviti dakwah dan kuliah-kuliah ilmu.my/modules/news/article. Ini tidak termasuk akhbar. Chandar Muzaffar (1987). (http://www. .

berkata walaupun sebahagian masyarakat Amerika dan Eropah terpengaruh dengan agenda media negara itu. berbanding sebelum peristiwa berkenaan. Pertambahan pendaftaran itu dipercayai disebabkan perasaan ingin tahu tentang falsafah. masyarakat Amerika Syarikat kini lebih bersedia untuk mendalami pengetahuan mereka mengenai Islam termasuk mempelajari bahasa Arab. Kaherah. Gambaran buruk yang diberikan media Barat terhadap Islam selepas peristiwa 11 September 2001. "Dia (Bacon) tidak pernah . Menurut Prof Dr Carl W Ernest. Roger Bacon. Menurut Briffault. agama dan kebudayaan yang diamalkan oleh para perampas pesawat dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia.5 Kesan daripada kejadian 11 September 2001 di New York telah banyak menarik minat rakyat Amerika mempelajari bahasa Arab dan pengajian Islam. Mingguan Malaysia pada 7 Oktober 2001melapurkan bahawa laporan AFP. Menurut beliau ada dua kesan peristiwa 11 September. Perkara ini ditegaskan oleh Robert Briffault di dalam bukunya The Making of Humanity. Pensyarah Universiti North Carolina. Cordova dan Toledo merupakan pusat-pusat perkembangan ilmu di zaman kegemilangan peradaban Islam serta menjadi tempat permulaan berkembangnya tamadun moden. tidak menghalang lebih ramai masyarakat Amerika Syarikat untuk mendalami pengetahuan mereka mengenai Islam. Menyoroti peranan bahasa Arab dalam ilmu juga telah menemukan pelbagai contoh di dalam zaman kegemilangan Islam dan Sains. iaitu meningkatnya prasangka terhadap Islam yang dikaitkan dengan keganasan dan pada masa sama ramai juga yang mahu mengetahui secara lebih mendalam mengenai Islam. Beliau yang juga seorang sejarawan dan pakar pengajian Islam. Universiti Chicago pula menyaksikan kursus permulaan bahasa Arab mencatatkan peningkatan jumlah pendaftaran pelajar sebanyak dua atau tiga kali ganda daripada biasa. Menurut Munif (2005). seorang sarjana di Oxford School beberapa ratus tahun dahulu sering menegaskan bahawa cara untuk mendalami ilmu pengetahuan ialah dengan menguasai bahasa Arab dan sains yang dipelopori oleh orang Islam. Universiti Harvard menyaksikan peningkatan empat kali ganda pendaftaran pelajar bagi kursus masyarakat Asia Barat. Tempat-tempat seperti Baghdad. mereka juga ingin tahu lebih lanjut mengenai Islam.

PERKAITAN BAHASA ARAB DENGAN DAKWAH ISLAMIYYAH Al-Quran diturunkan pada zaman Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab. al-Battani (Albategnius). al-Razi (Rhazes). difahami dan diteliti karangan-karangan tokohtokoh Islam ini. tentu sekali memerlukan kepada pengetahuan bahasa Arab. Inilah yang terjadi kepada . Ada juga di kalangan pembesar Quraish yang begitu lantang menentang Islam tetapi apabila dibacakan kepadanya Al-Quran. Tokoh-tokoh Islam ini berbahasa Arab dan menukilkan penulisan mereka dalam bahasa Arab. Untuk membacanya. alFarghani (Alfraganus). Sememangnya banyak nama tokoh-tokoh sains Islam telah ditukar kepada namanama Latin menyebabkan ramai yang tidak sedar bahawa mereka ini adalah orang Islam. Kenyataannya. Di antaranya ialah al-Khawarizmi (Algorism). al-Kind (Alkindus).6 jemu mengisytiharkan bahawa pengetahuan orang Arab dan sains Arab adalah jalan kepada pengetahuan yang sebenar''. pada zaman kegemilangan Islam dan sains ini. ada di kalangan mereka yang tertarik dengan Islam yang seiring dengan sains. Apabila dibaca. Akhirnya. Di sinilah peranan bahasa Arab sebagai medium dakwah dapat diperhatikan. Sains yang diperkembangkan oleh tokoh-tokoh Islam menzahirkan tentang perkembangan bahasa Arab itu sendiri. Bahasa Arab yang terdapat di dalam Al-Quran diakui memberi kesan kepada mereka sehingga ke hati. bahasa Arab berperanan sebagai medium dakwah di dalam menyebarkan Islam. Penggunaan bahasa Arab pada masa itu di kalangan Arab jahiliah diguna secara meluas. Jabir Ibn Haiyan (Geber). dia terpesona hingga sanggup secara sembunyi mendengar Nabi SAW membacanya tanpa diketahui baginda. Akhirnya ada di kalangan para sahabat yang memeluk Islam kerana mendengar ayat Al-Quran. Ibn al-Hanitham (Alhazen) dan banyak lagi. Thabit ibn Qurrah (Thebit). Seterusnya karya penulisan mereka dibaca oleh orang-orang asing yang bukan Islam di dalam bahasa Arab. daya tarikan untuk mengenali Islam secara lebih dekat semakin kuat. Ibn Sina (Avicenna). Penggunaan bahasa Al-Quran yang indah telah banyak menarik minat orang-orang Arab untuk memeluk Islam. Ini seperti yang terjadi kepada Umar Al-Khattab.

di mana penggunaan lafaz " " ‫ السلم عليكم‬digunakan oleh semua orang Islam apabila bertemu tidak mengira bangsa. Ucapan sapaan begini memang diamalkan oleh semua penduduk dunia dengan menggunakan bahasa mereka masing-masing. kita akan merasakan dalam lubuk hati kita bahawa ucapan ini bukan sekadar ucapan bahkan ia membawa risalah Islam. Fauzi (2006). Penggunaan lafaz salam ini dilakukan oleh semua penduduk Islam di dunia termasuk di Malaysia. Ia bukan sekadar ucapan perkenalan kepada yang mendengar semata-mata.) التحية السلمية‬Menurut beliau. apabila disebut bahasa Arab ia adalah sinonim dengan agama Islam. bahkan ia ucapan yang menyentuh perasaan dalam lubuk hati bahawa perjumpaan keduadua muslim ialah perjumpaan bersaudara yang membawa kepada pengukuhan silaturrahim dalam naungan rahmat dan keberkatan daripada Allah. ucapan perkenalan Islam yang dilafazkan dalam bahasa Arab menggalakkan . ucapan atau sapaan pengenalan yang sedia diketahui ialah seperti "Selamat pagi" dan "Selamat petang". Al-Quran yang merupakan kitab suci dan panduan umat Islam juga menggunakan bahasa Arab. Menurut beliau lagi : ” Kita sebagai orang Islam. rupa. Menurut Faizuri dan Mohd. keturunan dan budaya. Keadaan ini berlainan sama sekali dengan ucapan sesama Muslim. kulit. maka tidak hairanlah mereka menerima Islam sebagai agama dan pegangan akidah dan diwaktu yang sama mereka menerima bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan. Menurut Abu Hurairah (1992). Ini kerana agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW disebarkan melalui bahasa Arab. Dengan kata lain.7 Abu Jahal dan Abu Lahab apabila mereka tertarik dengan Al-Quran yang bahasanya ialah bahasa Arab. Di samping itu. Oleh kerana sikap orang Melayu yang mudah menerima sesuatu. Ia merupakan satu ciri istimewa yang menggunakan bahasa Arab yang fusha. bahasa Arab mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan salah satu daripadanya ialah sebagai bahasa perkenalan dalam Islam ( ‫لغة‬ ‫ . apabila mengucapkan salam perkenalan Islam ini kepada saudara-saudara kita .

8 pengukuhan ikatan persaudaraan Islam yang sebenarnya di antara kedua-dua pihak ( yang memberi dan menjawab salam ). Sebarkanlah salam di antara kamu. Bahasa Arab menjadi satu elemen yang menghubungkan antara seorang Islam dengan seorang Muslim yang lain walaupun berlainan keturunan dan darah atau berlainan suku bangsa. Umat Islam menjadi umat yang satu dengan menjadikan bahasa Arab sebagai salah satu teras penting dalam penyatuan umat secara global.” Selain kedudukan bahasa Arab yang tinggi di sisi agama. Dalam Islam. Menurut ajaran Islam. Di dalam usaha negara Malaysia mencapai kegemilangan dalam ketamadunannya. ilmu merupakan perkara yang amat penting malahan menuntut ilmu diwajibkan semenjak lahir sehingga ke liang lahad. ilmu bersifat sejagat dan tidak ada pemisahan antara ilmu-ilmu dalam Islam. . Ini memandangkan bahasa Arab telah menjadi salah satu bahasa terpenting yang dituturkan oleh sebagaian besar masyarakat dunia. penguasaan bahasa Arab tidak boleh dipandang sepi. Kewajipan ini sejajar dengan firman Allah SWT di dalam ayat Al-Quran iaitu Surah al-'Alaq (1-5). menurut Said Hawa (1988) dalam Zawawi Ismail et al ( 2005). KESIMPULAN (Perlu ditambah sikit lagi tentang dakwah Keunggulan bahasa Arab sebagai medium ilmu dan dakwah Islamiyyah telah jelas tergambar semenjak zaman Rasulullah SAW sehinggalah kini. ia memperjelaskan peranan yang dimainkan dalam membentuk sebuah kehidupan bermasyarakat yang dikehendaki oleh Islam.” Kenyataan beliau ini sebenarnya telah diperjelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam maksud hadith baginda berikut : “ Mahukah kamu kalau aku tunjukkan kepadamu sekiranya kamu buat perkara ini maka kamu akan berkasih sayang di antara kamu. Bahasa Arab juga telah terbukti berperanan sebagai medium dalam pembelajaran dan penyampaian ilmu.

Dengan penguasaan bahasa Arab akan dapat mengukuhkan lagi ketamadunan ilmu dan . bahasa Arab juga penting untuk meningkatkan jumlah pelabur untuk melabur di dalam negara ke arah menjana ekonomi yang lebih mapan. Dalam konteks negara. Antara prinsip penting tersebut ialah penguasaan ilmu pengetahuan yang setanding dengan negara-negara maju lain. Umat Islam di Malaysia tetap memerlukan bahasa Arab yang juga bahasa Al-Quran dan Al-Hadis kerana bahasa tersebut merupakan rujukan utama dalam semua bidang kehidupan seharian selain untuk keperluan ibadah khusus. kakitangan perubatan dan jururawat. pelbagai pendekatan untuk memantapkan bahasa Arab telah dilaksanakan umpamanya menerusi konsep Islam Hadhari. perangai dan minda orang Arab ketika itu. Penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar nantinya akan memberi mereka lebih banyak keupayaan untuk mengkaji dengan lebih terperinci ilmu-ilmu yang berteraskan wahyu.9 Penurunan Al-Quran dalam bahasa Arab telah berjaya mengubah watak. akal dan pengalaman yang dipelopori ulama silam yang terbilang. Tidak ketinggalan Al-Quran juga berjaya mengubah pandangan hidup mereka tentang alam semesta dan kehidupan dunia. Ini berlandaskan kepada hadith Nabi SAW yang bermaksud: “Belajarlah bahasa Arab dan ajarkanlah kepada sekelian manusia”. Perkembangan industri pelancongan turut merangsang pembelajaran dan penguasaan bahasa Arab di kalangan mereka yang terlibat ke arah menarik kemasukan lebih ramai pelancong ke Malaysia. Di samping itu. Bidang kesihatan juga akan lebih berdaya maju dan menawarkan perkhidmatan yang lebih efisen dengan penguasaan bahasa Arab di kalangan para doktor. Pengenalan Program j-QAF (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain) pada tahun 2005 di sekolahsekolah bermula di sekolah rendah juga secara tidak langsung menyebabkan semua pelajar yang beragama Islam belajar bahasa Arab sejak tahun satu. Setiap individu perlu mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab sejajar dengan saranan Rasulullah SAW. Perkembangan bahasa Arab di negara ini diyakini akan lebih maju berdasarkan keadaan masyarakat masa kini yang cenderung ke arah keagamaan.

Munif Zarirrudin Fikri Nordin. http://www.php? lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=198&cmd=resetall Fauzi Abd. 5-6 Ogos. http://www. 1982.idesa. Peranan Bahasa Arab bagi meningkatkan Kefahaman Ummah dalam Aspek Muamalat. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. 1984. 1987. BIBLIOGRAFI Abdullah Hasan. al (2006). Kemasukan Elemen-elemen Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Perbahasan Akidah dalam Kitab Jawi Karangan Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani. Bangi. Fauzi Hamat. 5-6 Ogos. 2006. Bahasa Arab dan hubungannya dengan Pengajian Islam di Malaysia dalam Islamiyyat Jil 10. Kuala Lumpur : Minda Imtiyyaz Publication . UKM. through its Language and Literature.php?storyid=783 Ishak Rejab (1989). rohani dan intelek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. UKM Bangi. London: Kegan Paul International. Aspek Bahasa dan Kajiannya. 1990.my/modules/news/article. emosi.net. Pemikiran Semula Islam dalam Dunia Kontemporari: Melaksanakan Tamadun Islam Masyarakat Islam Kontemporari : kolokium Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Arabic Culture. Kertas kerja Wacana Pendidikan Islam Siri 5. M. Bakalla.my/v5/index. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Ishak. Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia : Hari ini dan masa depan dalam Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia : Cabaran dan Inovasi. UKM.ikim.10 penyebaran dakwah Islamiyyah ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani. 1995. Kertas kerja Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 5. 2005. Bangi. Katif dan Mohd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Language and Society in Malaysia.H.gov. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. Muhammad Marwan et. Carl W Ernest.

al. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia dalam Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia : Cabaran dan Inovasi. 2005. Minda Kuala Lumpur : Imtiyyaz Publication .11 Zawawi Ismail et.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->