You are on page 1of 35

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA MERKANTILISME Konsep Merkantilisme Merkantilisme boleh ditakrifkan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara. Merkantilisme bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. Melalui campur tangan secara langsung dalam bidang ekonomi, kerajaan dapat memastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku seiring dengan matlamat dan kepentingan sesebuah negara bangsa. Dasar merkantilisme menjadi penting setelah kejatuhan sistem feudal di Eropah yang menyaksikan pembentukan kerajaan berpusat dan moden yang membolehkan percantuman politik dan ekonomi di bawah satu pentadbiran. Oleh itu, pembentukan sistem ekonomi baharu ini telah berjaya mewujudkan satu pasaran ekonomi tunggal, yang membawa kepada perkembangan bidang perekonomian seperti pertanian, industri dan perdagangan yang akhirnya meledakkan Revolusi Perindustrian di Eropah. Para pemikir Barat yang mendukung prinsip merkantilisme termasuklah John Hales, Milles dll yang berpendapat bahawa, negara yang berjaya adalah negara yang berjaya memasukkan emas sebanyak-banyaknya ke dalam negara, sehingga negara menjadi kaya dan makmur. Asas utama dalam merkantilisme adalah emas (hasil negara) adalah penentu kepada kekuatan dan kekayaan sesebuah negara. Perkataan merkantilisme adalah berasal dari perkataan merchant dalam bahasa Inggeris yang bermaksud pedagang. Oleh itu, berdasarkan fahaman merkantilisme, setiap negara yang ingin maju haruslah memajukan sektor perdagangan, terutamanya yang melibatkan negara-negara luar. Justeru, semenjak awal abad ke-16, para pedagang Eropah mula merintis jalan perdagangan ke seluruh dunia terutamanya para pedagang dari Portugis, Sepanyol, Belanda, England dan Perancis.

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Kemudiannya, dalam akhir abad ke-19, muncul pula kuasa imperialis Barat yang baharu seperti Jerman, Russia dan Amerika Syarikat yang turut merintis perdagangan ke seluruh dunia.

Perluasan Perdagangan Perdagangan bangsa Eropah keluar dari benua mereka bermula dengan penemuan jalan laut ke Timur, bermula dengan penemuan Tanjung Harapan di Afrika Selatan oleh Bartolomeu Dias, telah membuktikan bahawa terdapat jalan lain ke Timur. Dengan galakan dan dorongan oleh Raja Portugal, King Emanuel, pelayaran Vasco da Gama kemudiannya berjaya tiba di Goa di India, seterusnya memulakan pertapakan kuasa Eropah di Timur. Berdasarkan semangat gold,gospel and glory, maka usaha untuk menguasai perdagangan di Timur sehingga ke China telah dimulakan oleh para pedagang dari Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris dan Perancis dalam usaha mereka memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang-orang Islam terutamanya perdagangan rempah. Semenjak itu, para pedagang Eropah, samada melalui campurtangan ataupun tidak telah menguasai perdagangan di Timur termasuk di Asia Tenggara terutamanya di laluan perdagangan penting di Selat Melaka. Pembinaan pelabuhan Portugis di Melaka dan Belanda di Betawi telah membolehkan kuasa-kuasa ini memonopoli perdagangan di Tanah Melayu dan Indonesia. Portugis misalnya walaupun diancam perang tiga segi dengan Johor dan Acheh telah menjalinkan hubungan dengan kerajaan seperti Pedir dan Aru yang mempunyai antara pelabuhan terpenting di Selat Melaka. Belanda di bawah VOC pula lebih berhati-hati dan menjalankan hubungan dagang yang baik dengan kuasa-kuasa tempatan bagi memenuhi keperluan perdagangan mereka. Misalnya, dengan membantu Johor-Riau menjatuhkan Portugis di Melaka telah membolehkan VOC menguasai hasil perdagangan di Tanah Melayu yang dibawa berdagang ke pelabuhan Melaka, manakala bantuan VOC dalam menjatuhkan kedudukan Bugis di Tanah Melayu setelah diminta oleh Sultan Mansor

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Terengganu membolehkan Belanda mendapatkan monopoli lada daripada negeri tersebut. Perluasan perdagangan bangsa Eropah kemudiannya sampai ke China yang merupakan antara pasaran terbesar di dunia disebabkan jumlah penduduknya yang ramai selain barang perdagangan yang diperlukan di Eropah terutamanya sutera dan teh. Hasil perluasan perdagangan bangsa Eropah sehingga ke China, perasaan untuk menguasai negara-negara tersebut dalam menguasai kegiatan perdagangan di Timur telah membawa kepada perlaksanaan imperialisme Barat di Timur termasuklah di Asia Tenggara.

IMPERIALISME Konsep Imperialisme Secara umumnya, imperialisme bermaksud kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain. Imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegomoni) oleh sesuatu bangsa ke atas bangsa lain. Konsep imperialime juga meragkumi gerak perluasan masyarakat atau negara bangsa tertentu untuk membina empayar. Bentuk empayar boleh bersifat tanah jajahan atau memperoleh kedudukan istimewa dalam kegiatan pasaran, penguasaan bahan-bahan mentah dan penindasan terhadap penggunaan buruh. Justeru, konsep imperialisme mempunyai kaitan dengan hubungan ekonomi yang tidak seimbang antara dengan rakan perdagangan kecil, besar, miskin dan kaya, yang akan melibatkan pergantungan politik dan ekonomi pihak yang miskin dan kecil kepada negara yang besar dan kaya.

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Faktor Pemangkin Imperialisme di Asia Tenggara Faktor 1: Kedudukan Strategik Kawasan Asia Tenggara terletak di sebuah kawasan yang amat strategik di dunia, berada di laluan perdagangan maritim di antara Timur dan Barat, yakni dari China ke India. Kedudukan ini menyebabkan kawasan Asia Tenggara menjadi pusat perdagangan yang tersibuk di dunia pada zaman kegemilangannya. Seperti catatan Tome Pires yang dipetik oleh Andaya (1982), sesiapa yang menguasai Melaka seolah-olah menguasai dunia menunjukkan bahawa kawasan Asia Tenggara (dalam konteks Tome Pires adalah Melaka) adalah kawasan yang terkaya di dunia, malah catatan Tome Pires kemudiannya menyebut bahawa jumlah keuntungan perdagangan di Melaka pada ketika itu hampir menyamai pelabuhan tersibuk di Eropah iaitu Seville. Kedudukan pelabuhan-pelabuhan yang strategik yang silih berganti di Asia Tenggara terutamanya di laluan Selat Melaka seperti pelabuhan Srivijaya yang kemudiannya diambilalih peranannya oleh Samudra-Pasai, Haru (Aru), dan Melaka kemudiannya yang berjaya mencipta satu ketamadunan di Selat Melaka dan apabila jatuhnya Melaka muncul pula pelabuhan Acheh yang mengambilalih peranan tersebut. Kedudukan negara-negara Asia Tenggara di antara laluan India-China menyebabkan wujudnya jumlah pelabuhan yang banyak bermula dari Vietnam di sempadan laut China sehinggalah ke Acheh di penghujung Selat Melaka. Hal ini kerana para pedagang yang berlayar ke China dan sebaliknya perlu segera berlindung di manamana pelabuhan terdekat apabila tiba sahaja musim angin monsun yang berbahaya kepada kapal-kapal mereka. Apabila Barat telah menemui jalan laut ke Timur, mereka telah memanfaatkan peluang ini untuk berdagang sehingga ke China kerana keperluan-keperluan mereka untuk mendapatkan barangan dan bekalan seperti bahan makanan, rempah-ratus, ubat-ubatan, dan barangan mewah seperti sutera dan tembikar yang selama ini didominasi oleh para pedagang Islam. Orang Barat pada ketika itu tidak boleh berdagang menggunakan jalan darat mengikuti laluan rempah (spice route) atau laluan sutera (silk route) ke India dan China kerana laluan tersebut dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah
4

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

seperti kerajaan Mamluk dan Turki Uthmaniyyah. Oleh itu, satu-satunya jalan perdagangan untuk memecah monopoli perdagangan kerajaan Islam di Timur adalah melalui jalan laut walaupun pada awalnya mereka terpaksa berlayar mengelilingi Tanjung Harapan di Afrika sebelum berjaya tiba di India. Oleh itu, kuasa-kuasa Barat yang menubuhkan syarikat-syarikat perdagangan seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) memerlukan satu pengkalan di Timur bagi menjamin kelangsungan perdagangan di kawasan tersebut. Di Indonesia, VOC misalnya telah bertindak menguasai Betawi (Jakarta pada masa sekarang) sebagai pengkalan mereka bagi menguasai perdagangan rempah di Nusantara. Pada ketika itu, Eropah sangat menggilakan penguasaan dan berusaha untuk memonopoli rempah di pusat pengeluarannya sendiri di Kepulauan Rempah di Indonesia. Belanda juga telah berazam untuk menguasai Kepulauan Maluku yang kaya dengan cengkih, di mana di dunia pada ketika itu buah pala dan cengkih hanya terdapat secara meluas di kawasan Maluku. Menurut Nicholas Tarling (2001), British walaupun tidak cuba untuk menguasai keseluruhan Vietnam telah bertindak menguasai wilayah Tonkin di sempadan Vietnam-China sebagai pengkalan mereka untuk selangkah ke Yunnan di China yang sangat diidamkan mereka. Di Pulau Pinang pula, Nicholas Tarling (2001) menyatakan bahawa faktor penarik kepada usaha Syarikat Hindia Timur British (SHTI) untuk menguasai Pulau Pinang adalah disebabkan kedudukannya yang strategik di pintu masuk ke Selat Melaka. Kemudiannya SHTI yang menugaskan Raffles berjaya pula menguasai Singapura juga di pintu masuk ke Selat Melaka dari arah China. Hal ini bermakna keseluruhan Selat Melaka di dua buah pintu masuknya di utara dan selatan sudah dikuasai oleh British. Faktor terpenting mengapa Pulau Pinang dianggap penting adalah kerana British memerlukan sebuah pengkalan baru di sebelah Timur India sebagai pengkalan sokongan kepada pengkalan British di Goa, India. Hal ini kerana British telah bersaing dengan Perancis di India bagi menguasai perdagangan dan pengaruh di negara tersebut. Oleh itu, sekiranya pengkalan British

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

di Goa cuba diserang musuh, pengkalan British di Pulau Pinang mampu untuk membantu Goa dari segi sokongan ketenteraan. Di Indochina pula, Perancis bertindak menguasai Vietnam dan Kampuchea kerana potensi pasaran barangan yang ada pada wilayah tersebut. Pada era tersebut Perancis di bawah pemerintahan Napoleon III telah mengalami revolusi perindustrian yang pesat seperti negara lainnya di Eropah. Oleh itu, Perancis melihat satu keperluan kepada mereka untuk menguasai kawasan Indochina sebagai sebuah kawasan yang berkepadatan penduduk selain kedudukan Indochina yang strategik kerana bersempadanan dengan Tanah Besar China di utara. Hal ini penting kerana cita-cita kebanyakan penjajah Eropah adalah untuk menembusi pasaran China yang mempunyai jumlah penduduk yang terbesar di dunia pada ketika itu. Di Filipina pula, Sepanyol melihat potensi yang ada pada Filipina sebagai sebuah pusat perdagangan entrepot di Asia Timur Jauh. Hal ini kerana kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan Asia Timur termasuk China, Korea dan Jepun selain kedudukannya yang berhampiran dengan pusat pengeluaran rempah di Indonesia. Malah, Belanda juga pernah berusaha untuk merampas Filipina daripada Sepanyol tetapi telah menemui kegagalan. Selain itu, perdagangan Sepanyol dan Amerika Syarikat dilaksanakan di mana Filipina menjadi pusat pengumpulan sutera China dan rempah ratus sebelum didagangkan di Pelabuhan Acapulco di Mexico. Selain itu, kedudukan strategik kebanyakan negara di Asia Tenggara yang berada berhampiran garisan khatulistiwa menyebabkan negara-negara ini menerima taburan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Hal ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pertanian kerana tanah menjadi subur dengan penerimaan taburan hujan yang sekata di kawasan Asia Tenggara yang kebanyakannya beriklim hutan hujan tropika dan hutan malar tropika. Selain tanahnya yang subur, kawasan Asia Tenggara juga menjamin bekalan tenaga kerja yang ramai kerana jumlah rakyatnya yang banyak seperti di Indonesia yang dimanfaatkan oleh Belanda untuk menjalankan pertanian kultur di Pulau Jawa.

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

* Kata kunci untuk kedudukan strategik Asia Tenggara: TM dan Indonesia - terletak di Selat Melaka - laluan tersibuk dunia. Filipina - pusat perdagangan China-Amerika Sykt. Indochina - pintu masuk ke Tanah Besar China

Faktor 2: Kekayaan Bahan Mentah Kedudukan strategik Asia Tenggara tidak akan menjadi satu tarikan kepada kuasa asing melainkan kelebihannya yang mampu untuk menjana keperluan ekonomi kepada kuasa yang ingin meluaskan kuasa ke kawasan tersebut. Kejayaan Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan termaju di Selat Melaka dalam abad ke 15 dan 16 menurut Andaya (1982) banyak dibantu oleh kekayaan bahan mentah di kawasan sekitarnya terutamanya di kawasan Tanah Melayu dan Indonesia. Di Tanah Melayu misalnya diketahui sebagai kawasan yang kaya dengan sumber galian seperti emas dan bijih timah. Malah, para pedagang India telah menggelarkan Tanah Melayu sebagai swarnabumi iaitu bumi emas kerana kekayaan hasil yang ada padanya manakala ilmuan Greek, Ptolemy menggelarkan Tanah Melayu sebagai The Golden Khersonese (Semenanjung Emas). Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989) dalam bukunya Kesultanan Melayu Melaka menjelaskan bahawa kawasan di antara Kelang di Selangor sehingga ke Kedah di Utara meliputi kawasan seperti Bernam dan Dinding (Manjung) adalah sebuah kawasan yang sangat kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah. Perlombongan timah telah dibuat secara tradisional semasa era Melaka sebelum dimodenkan apabila kedatangan British ke Tanah Melayu. Kekayaan bijih timah di kawasan tersebut juga pernah menarik minat Belanda apabila mereka membuka sebuah kota di Pulau Pangkor pada 1670 bertujuan untuk memonopoli perdagangan bijih timah di kawasan Dinding (Manjung). Perlombongan emas di Tanah Melayu pula terdapat di kawasan seperti di Hulu Tembeling di Pahang yang menjadi salah satu daripada sumber kerajaan Melaka yang memperdagangkan emas bijih menerusi denai penarikan di Pahang.

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Di Indonesia pula, kekayaannya dalam bahan mentah dapat dilihat menerusi pengeluaran rempah-ratus, buah pala dan cengkih yang terdapat secara semulajadi di Kepulauan Rempah dan Pulau Maluku terutamanya Ternate dan Tidore. Penemuan petroleum di persisiran Pantai Timur Sumatera dan Kalimantan telah dimanfaatkan oleh Belanda dengan penubuhan Royal Dutch Shell dan Dordrecht.

Selain itu, kawasan seperti Siak dan Minangkabau pula terkenal dengan perusahaan lada hitam dan bijih timah manakala kawasan lain di Indonesia juga kaya dengan hasil-hasil semulajadi terutamanya hasil hutan seperti kapur barus, damar, rotan dll.

Di Filipina pula, menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978), Sepanyol telah menyedari bahawa Filipina tidaklah sekaya negara-negara lain di Asia Tenggara.

Walaubagaimanapun, Filipina tetap memiliki kekayaan hasil bumi melalui pelbagai jenis galian seperti logam perak, batu arang dan batu kapur. Oleh itu, Sepanyol telah memanfaatkan galian perak yang terdapat di Filipina untuk dijadikan syiling perak bagi digantikan dengan kain daripada negara China yang akan dieksport semula ke Sepanyol. Negara yang berbentuk kepulauan seperti Filipina ini juga kaya dengan hasil laut seperti mutiara dan obor-obor terutamanya di kawasan Kepulauan Sulu yang dieksport keluar oleh Sepanyol ke Eropah. Di Burma pula, British telah tertarik dengan kesuburan tanahnya selain kekayaan hasil hutan Burma seperti kayu jati dan perlombongan batu permata. Selain itu, Burma juga memiliki kualiti beras yang berkualiti tinggi selain pokok kapas yang diperlukan untuk membuat tekstil. British sangat meminati kayu jati Burma yang sangat diperlukan dalam industri pembuatan kapal kerana jenis kayunya yang berkualiti tinggi. Di negara-negara Indochina pula, negara-negara tersebut merupakan negara yang berasaskan pertanian, perikanan dan perhutanan berbanding negara-negara Selat Melaka yang mengamalkan tradisi ekonomi maritim. Walaubagaimanapun, negara ini juga kaya dengan bahan-bahan perlombongan seperti antimoni, emas dan bijih besi. * Kata kunci kekayaan bahan mentah di Asia Tenggara: TM - Bijih timah, emas, hasil hutan dll. Indonesia - bijih timah, lada hitam, rempah, cengkih dll. Burma - kayu jati, kapas, beras,

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

permata, dll. Filipina - perak, batu arang, batu kapur. Indo-China - emas, bijih besi, antimoni dll.

Faktor 3: Revolusi Perindustrian Pada akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19, telah berlakunya satu revolusi dalam bidang ekonomi di Britain yang telah menggantikan ekonomi berasaskan tenaga buruh kepada ekonomi berasaskan mesin terutamanya dalam bidang pertanian dan pembuatan. Revolusi ini kemudiannya telah merebak ke seluruh Eropah. Menurut John A Schey (2009) dalam bukunya Pengenalan Proses Pembuatan, revolusi perindustrian semuanya dilihat bermula dengan penciptaan enjin wap oleh James Watt. Hal ini telah banyak merubah sektor perindustrian yang menggantikan kuasa fizikal manusia kepada kuasa mekanik mesin. Penerimaan mesin kuasa wap oleh kaum pemodal disebabkan kosnya yang lebih murah berbanding tenaga buruh yang memerlukan bayaran gaji tetap setiap bulan. Semenjak itu, revolusi perindustrian telah menyaksikan banyak penciptaan teknologi baru seperti teknologi pengetinan, teknologi pembuatan kereta dan pelbagai teknologi lainnya. Masalah yang dihadapi Eropah pada ketika itu adalah, mereka telah mempunyai teknologi tetapi mengalami masalah untuk melaksanakan teknologi tersebut disebabkan ketiadaan bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh mereka. Teknologi pengetinan misalnya memerlukan penggunaan timah, manakala teknologi pembuatan kereta memerlukan bijih besi dan getah untuk dibuat tayar. Selain itu, getah sangat diperlukan untuk industri seperti dalam pembinaan rel kereta api bagi dijadikan pelapik di antara dua rel, pembuatan sarung tangan, but getah dan lainlain. Oleh itu, para penjajah Eropah melihat perlunya mereka untuk menduduki Asia Tenggara bagi mengeksploitasi bahan-bahan mentah seperti bijih timah dan getah. Menurut Nicholas Tarling (2001), British pada mulanya menjalankan perdagangan dengan negeri-negeri Melayu seperti Perak dengan membeli bekalan bijih timah daripada mereka.
9

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Walaubagaimanapun, British mula bertindak untuk campurtangan di Perak bagi memonopoli negeri Perak yang kaya dengan bijih timah. Melalui Perjanjian Pangkor 1874 menyebabkan Perak menerima sistem Residen British yang berkuasa dalam ekonomi termasuk dalam perlombongan bijih timah. Malah, berdasarkan perjanjian tersebut British telah menduduki daerah Dindings (Manjung) yang kaya dengan bijih timah.

Seterusnya, eksperimen penanaman getah di Singapura dan Tanah Melayu pada 1886 oleh Sir H.N Ridley telah membuahkan hasil, seterusnya menyebabkan penanaman getah menjadi tanaman komersil terpenting bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi ke seluruh Asia Tenggara. Kejayaan ini adalah kerana keadaan iklim di Asia Tenggara yang sama dengan tempat berasalnya getah iaitu Brazil.

Di Indonesia, Belanda telah mula menanam getah yang memberi keuntungan yang lebih tinggi untuk tanaman eksport berbanding tanaman lada hitam dan tebu.

Perkara sama turut dilaksanakan oleh penjajah Perancis di Indochina dan Sepanyol di Filipina. Di Burma, British turut membawa masuk tanaman getah untuk ditanam di sana dalam bentuk perladangan dan kebun kecil. Boleh dikatakan hampir kesemua negara di Asia Tenggara mula menanam getah sebagai tanaman komersil yang menguntung menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pengeluar getah terbesar di dunia yang didominasi Tanah Melayu, Indonesia dan Siam.

Selain melihat Asia Tenggara sebagai pusat untuk mendapatkan bahan mentah, para penjajah juga melihat Asia Tenggara sebagai pasaran yang baik untuk mengeksport barangan yang telah dikeluarkan oleh mereka ke negara-negara di Asia Tenggara. Hal ini kerana, negara-negara seperti Indonesia dan Indo-China sebagai sebuah Persekutaan yang besar mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai.

Faktor 4: Kemajuan Pengangkutan dan Perhubungan di Barat Pada abad ke 16, pelayaran bangsa Eropah ke Timur telah mula dirintis oleh kebanyakan negara terutamanya Sepanyol dan Portugis. Vasco da Gama dengan sokongan Putera Emmanuel telah berjaya menemui Goa di India setelah berlayar dari Portugal melalui jalan ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan.
10

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Selepas penemuan jalan ke laut ke Timur tersebut, bangsa Eropah telah berlumbalumba ke Timur yang telah memecahkan monopoli perdagangan kerajaan Islam di darat.

Pada zaman imperialisme Barat, perkembangan revolusi perindustrian telah memajukan sistem pengangkutan untuk ke Timur. Sekiranya sebelum ini perjalanan ke Timur banyak dibantu oleh penggunaan kapal layar yang memerlukan penggunaan kain layar untuk menggerakkan kapal mengikut arah pergerakan angin, penciptaan kapal wap pertama yang mampu berlayar oleh British pada 1807 berinspirasikan ciptaan enjin wap oleh James Watt telah mencipta satu lagi teknologi dalam pelayaran moden.

Usaha untuk membina kapal yang digerakkan oleh enjin telah lama dilakukan di Eropah oleh negara seperti Sepanyol, Perancis dan lain-lain dalam usaha berlumba untuk memajukan teknologi masing-masing. Walaubagaimanapun, British akhirnya menjadi negara pertama yang berjaya merealisasikan penciptaan kapal wap tersebut.

Penciptaan kapal wap telah memberikan banyak kelebihan dalam bidang pelayaran. Pertama, masa perjalanan kapal dapat dipendekkan tanpa perlu menunggu arah pergerakan angin yang banyak membantu proses mengemudi kapal layar sebelum itu.

Selain itu, penciptaan kapal wap yang menggunakan kerangka besi berbanding kayu sebelumnya juga membolehkan kapal menampung muatan yang lebih tinggi seperti membawa bijih timah, balak dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan lagi proses pengeksploitasian ekonomi oleh para penjajah di Asia Tenggara.

Seterusnya, pembinaan Terusan Suez juga telah berjaya memendekkan jarak perjalanan dari Barat ke Timur.

Individu pertama yang mencadangkan pembinaan terusan ini ialah Napoleon Bonaparte yang menemui laluan purba orang Mesir Purba di laut tersebut ketika Perancis menduduki Mesir selama beberapa tahun pada 1798 sebelum ditawan semula oleh kerajaan Islam Uthmaniyyah dengan bantuan British pada tahun 1801.

Pembinaan terusan tersebut kemudiannya dilaksanakan pada zaman pemerintahan Said Pasha, pemerintah bagi Mesir dan Sudan selepas usaha pembinaannya

11

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

diberikan kepada Ferdinand de Lesseps, seorang diplomat Perancis. Ketika pembinannya itu, Perancis sangat beria-ia untuk merealisasikan terusan tersebut walaupun kuasa Eropah lain berasa ragu mengenai kejayaan terusan tersebut. Malah ketika pembinaan terusan tersebut, British pernah membuat bantahan rasmi kerana kematian beribu-ribu orang buruh abdi dalam menyiapkan projek tersebut. Pembinaan yang siap pada November 1869 setelah dibina selama sepuluh tahun tersebut telah memecahkan daratan yang berjaya memisahkan Laut Mediterranean dan Laut Merah di Bandar Suez menjadi satu laluan air yang bersambung. Pembukaan Terusan Suez ini telah berjaya memendekkan perjalanan dari Eropah ke Timur kerana para pelayar tidak perlu lagi untuk melalui jalan laut ke Afrika sebelum sampai ke India. Kerana fungsinya itu, terusan tersebut telah diberi jolokan Lebuhraya ke India kerana jarak perjalanan ke India yang dapat dipendekkan. Akhirnya, Terusan Suez telah menjadi sebuah laluan perdagangan terpenting di dunia selepas itu. Pembukaan Terusan Suez pula dilihat seiring dengan kewujudan kapal wap berjaya memudahkan pergerakan ke Timur. Hal ini kerana penggunaan kapal layar di terusan tersebut adalah tidak sesuai kerana halaju angin yang agak kuat di kawasan tersebut. Sebagai menjamin keselamatan terusan tersebut, akhirnya Convention

Constantinople ditandatangani bagi menjadikan terusan tersebut sebagai sebuah zon berkecuali yang membenarkan kesemua kapal dari negara Eropah untuk lalu di kawasan tersebut.

Faktor 5: Tugas Menyebarkan Tamadun Bangsa Eropah menganggap bangsa mereka sebagai sebuah bangsa bertamadun tinggi manakala bangsa-bangsa lain di dunia sebagai tidak bertamadun. Ketamadunan Eropah dilihat berasaskan teknologi moden dalam pelbagai bidang, ilmu pengetahuan dan keagamaan. Mereka menganggap tugas ini sebagai whites man burden iaitu menjadi tanggungjawab dan beban kepada orang putih untuk menyebarkan tamadun ke Asia Tenggara. Sebenarnya, beban ini adalah bermakna kuasa Eropah cuba untuk
12

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

mewujudkan satu order baru di dunia yang mengikut segala telunjuk dan acuannya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Perkara ini banyak dilihat dengan pengenalan dasar-dasar dan birokrasi Barat di negara-negara yang didudukinya. Menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978) sebagai contoh, apabila Perancis bertindak menduduki Indochina, mereka mendakwa mereka bertanggungjawab menyebarkan perutusan tamadun ke Indochina. Oleh itu, dasar-dasar Perancis telah diserap masuk ke dalam sistem pentadbiran Indochina secara asimilasi. Selain itu, tanggungjawab menyebarkan tamadun ini juga adalah salah satu proses kristianisasi ke atas para penduduk asal di negara yang dijajah. Misalnya di Filipina, Sepanyol telah berjaya mengkristiankan penduduk tempatan di negara tersebut kecuali di bahagian Moro dan Mindanao yang kekal dengan Islam kerana pengaruh Islam yang kuat telah berjaya diwujudkan oleh para pemerintah Kesultanan Sulu. Di Vietnam, Perancis telah giat membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam sehinggakan Maharaja Minh Mang di Vietnam menguatkuasakan undangundang melarang kemasukan mubaligh Kristian Peranchis kerana merosakkan kebudayaan tempatan pada tahun 1825. Walaubagaimanapun, British dan Belanda tidak berusaha untuk mengkristiankan penduduk tempatan secara langsung kerana perjanjian di antara British dan Raja-raja Melayu untuk menyerahkan hal ehwal agama dan budaya kepada penguasaan Sultan di Tanah Melayu manakala Belanda di Indonesia pula lebih berminat dalam soal perdagangan semata-mata.

Faktor 6: Persaingan Antara Kuasa-kuasa Barat Perancis dan Inggeris mempunyai sejarah persengketaan yang panjang. Malah, Perancis dan Inggeris pernah terlibat dalam Perang Seratus Tahun yang berlaku dalam abad ke 14 hingga abad ke 15. Kemudian, dalam era Napoleon, berlaku pula perang 200 tahun antara Kesatuan British dan Perancis. Oleh kerana Perancis dan British dilihat sama kuat dan maju, pertembungan mereka di Timur bermula apabila kedua-duanya berminat untuk menguasai India.

13

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Semenjak itu, kuasa-kuasa besar Eropah berusaha untuk terlebih dahulu kawasan yang dirasakan mereka berpotensi dan kaya dengan hasil bumi sebelum dirampas oleh pesaing mereka di Eropah.

Menurut Andaya (1982), dalam keadaan pegawai British di Pulau Pinang dan Singapura menganggap Siam sebagai satu ancaman kepada mereka, di London para pembuat dasar bimbang mengenai kemungkinan perluasan kuasa oleh negara Eropah lain, terutamanya Perancis, masuk ke kepulauan tersebut.

Sebagai respons terhadap perkara tersebut, satu perjanjian di antara British dan Belanda yang dikenali sebagai Anglo-Dutch Treaty 1824 telah ditandatangani untuk membahagikan kawasan pengaruh mereka kepada dua bahagian supaya tidak berlaku pertikaian ke atas dua kawasan yang sama dalam proses perluasan kuasa. Untuk itu, Belanda telah mendapat bahagian Kepulauan Indonesia manakala British akan mengambilalih Tanah Melayu.

Sebelum daripada itu, semasa era Perang Napoleon (1803-1815) yang disertai oleh Perikatan British-Austria-Russia dan kerajaan-kerajaan lain menentang Perikatan Napoleon Perancis telah menyebabkan Belanda yang menyertai Perikatan British diserang dan diduduki oleh tentera Napoleon.

Kerajaan Belanda yang terpaksa berlindung di Istana Kew England telah menandatangani Surat-surat Kew di mana Belanda bersetuju untuk menyerahkan wilayah jajahan mereka kepada British secara sementara dan British perlulah mengembalikannya semula kepada Belanda apabila perperangan Napoleon tamat.

Belanda terpaksa membuat perjanjian sedemikian kerana bimbang kuasa-kuasa lain bertindak menguasai Indonesia tanpa mereka mampu untuk menghalangnya.

Di Filipina, walaupun Sepanyol telah mula menduduki negara kepulauan itu sejak 1521, Belanda juga dilihat berminat untuk menguasai kawasan Kepulauan Filipina. Perebutan ini telah menyebabkan satu perang Sepanyol-Belanda berlaku pada 1646 yang dikenali sebagai Perang La Naval de Manila.

Belanda dalam perang tersebut telah berlayar dari Indonesia ke Filipina dengan lapan belas buah kapal perang lengkap bersenjata berat, manakala tentera-tentera mereka telah dibahagikan kepada tiga skuadron.

14

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Perang yang berlaku di perairan Manila itu walaubagaimanapun gagal untuk dimenangi oleh Belanda setelah berlaku kekalahan teruk Belanda ke atas Sepanyol. Belanda yang tewas teruk dalam perperangan tersebut telah melupakan hasrat untuk menguasai Filipina.

Selain kuasa Eropah, Amerika Syarikat juga berminat untuk menguasai kawasan Asia Tenggara. Amerika Syarikat misalnya, tercari-cari sebuah pengkalan di Asia Tenggara. Oleh itu, mereka telah menyatakan hasrat kepada Sultan Terengganu untuk membuka sebuah pengkalan di Pulau Redang.

Selain itu kuasa lain yang pernah berminat untuk bertapak di Asia Tenggara adalah Rusia yang berminat menguasai Ujong Salang di Indonesia manakala German pula berminat menguasai Pulau Langkawi di Kedah. Kesemua mereka

walaubagaimanapun telah melupakan hasrat tersebut apabila British secara agresif mula menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan Belanda pula menguasai seluruh Kepulauan Indonesia. Pun begitu, hasrat Amerika Syarikat untuk bertapak di Asia Tenggara tercapai apabila mereka berjaya mengalahkan Sepanyol di Filipina pada 1899 dalam Perang SepanyolAmerika dalam siri-siri Amerika menguasai beberapa jajahan Sepanyol seperti di Cuba, Puerto Rico,Guam dan Filipina. Perang yang pada mulanya adalah berdasarkan revolusi rakyat Filipina mengusir Sepanyol telah diambil kesempatan oleh Amerika Syarikat.

Dasar-dasar Barat di Asia Tenggara 1. Pengenalan Birokrasi Barat Bagi menguasai sesebuah negara, sesuatu kuasa itu perlu menguasai pemerintahan negara tersebut samada secara langsung mahupun tidak langsung. Di Indonesia, Filipina, Burma, sebahagian Tanah Melayu dan sebahagian Indochina, penguasaan penuh kuasa asing telah masuk ke negara tersebut manakala di sebahagian kawasan di Tanah Melayu dan wilayah Annam,Tongking,Kampuchea dan Laos menerima
15

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

sistem Residen di mana pentadbiran asing dibuat secara tidak langsung (indirect) tetapi pada hakikatnya pemerintah tempatan dipaksa untuk mengikut telunjuk mereka. Di Tanah Melayu misalnya, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan oleh British dengan pengenalan kepada sistem pemerintahan berpusat. Menurut L.Y Fong (2005), pemerintahan berpusat mula diperkenalkan oleh British ke atas tiga buah negeri di Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabungkan di bawah sebuah unit politik yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (Straits Sattlements). Bagi melicinkan pentadbiran negeri-negeri tersebut, Seorang gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India. Kemudiannya, British telah menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan menubuhkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu meliputi Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang manakala Sistem Penasihat diwujudkan di Negeri-negeri Tidak Bersekutu seperti Johor,Kelantan,Kedah,Perlis dan Terengganu. Selain itu, British ketika menduduki Burma pula telah melaksanakan sistem birokrasi Barat dengan melantik Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma. Seterusnya, di peringkat tempatan, sistem pentadbiran tempatan diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan. Pada zaman British di Burma, Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang

Barat. Seterusnya,bagi melicinkan pentadbiran, beberapa jenis jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan kesihatan telah ditubuhkan. Di Indonesia pula, menurut David J.Steinberg et al (1971), pemerintah Belanda perlu memastikan bahawa sistem pemerintahan yang dilaksanakan perlu mengambil kira jarak di antara wilayah di negara kepulauan tersebut, selain keterlibatan masyarakat tempatan dalam sistem politik yang diwujudkan. Oleh itu satu sistem pemerintahan berpusat telah diperkenalkan oleh Belanda dengan menjadikan Batavia (Betawi, kini Jakarta) sebagai pusat pemerintahan

mereka. Pemerintahan di peringkat pusat diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral dengan dibantu oleh Dewan Sektariat Hindia Belanda.

16

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Selain itu, Belanda juga telah mewujudkan beberapa buah jabatan bagi melicinkan pentadbiran pusat seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Pelajaran. Di peringkat wilayah pula, sistem pentadbiran tempatan diwujudkan dengan ditadbir oleh pembesar tempatan tetapi diawasi oleh pegawai Belanda.

Seterusnya, Dewan Tempatan telah diperkenalkan Belanda bagi menasihatkan pemerintah dalam pentadbiran tetapi dewan ini tidak pula mempunyai kuasa perundangan. Selain itu, hasil daripada desakan Sarekat Islam, Volksraad atau Dewan Rakyat ditubuhkan oleh Belanda pada 1916 bagi menasihat dan membuat dasar kepada pemerintahan Belanda.

Di Indochina pula, pentadbiran Perancis di negara tersebut telah menggabungkan tiga buah negara iaitu Vietnam, Kampuchea dan Laos di bawah satu Persekutuan yang dikenali sebagai Union Indochainoise (Indochina Bersatu).

Melalui penggabungan ini, sebuah pentadbiran berpusat telah diwujudkan. Idea penubuhan Indochina telah diluluskan pembentukannya dalam Parlimen Perancis. Menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978), melalui pentadbiran berpusat ini, pemerintah tertinggi di Indochina ialah Gabenor Jeneral.

Pemerintahan wilayah di Perancis telah terbahagi kepada dua sistem iaitu pertama sistem gabenor dan keduanya adalah sistem residen. Perbezaan ini adalah kerana hanya wilayah Cochin-China yang diduduki secara langsung dan wilayah ini menerima Gabenor Muda sebagai pentadbir mereka.

Di wilayah-wilayah lain diwujudkan dua orang Residen Kanan di mana Residen Kanan pertama mentadbir Tongkin dan Annam manakala Residen Kanan Kedua mentadbir wilayah Kampuchea dan Laos.

Perancis juga telah mengekalkan sistem pemerintahan tempatan termasuklah sistem Maharaja di Vietnam walaupun pada dasarnya Residen dilihat lebih berkuasa dalam menentukan segala dasar. Bagi memudahkan pembahagian ekonomi, wilayah utara Indochina dikhususkan untuk industri manakala wilayah selatan untuk pertanian.

Di Filipina pula, penjajahan Sepanyol telah menyebabkan pembentukan pentadbiran berpusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi, Datuk Bandar sebagai pemerintah di peringkat wilayah manakala Gabenor Kecil sebagai pentadbir di peringkat bandaran.

17

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Di peringkat tempatan pula, Sistem Encomienda diwujudkan hasil penyatuan barangay-barangay. Setiap Encomienda akan diperintah oleh seorang encomiendaro dan tugas mereka adalah untuk menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk.

2. Dasar Belanda di Indonesia Sistem Kultur Krisis kewangan yang meruncing di Belanda akibat pemulihan pasca Perang Napoleon, diikuti dengan perbelanjaan menentang pemberontakan dalam Perang Jawa dan kemudiannya pemberontakan pembebasan Belgium daripada penjajahan Belanda telah menyebabkan ekonomi Belanda hampir muflis. Selain itu, perdagangan Belanda di Betawi merosot dengan teruk setelah kemunculan pelabuhan British di Singapura yang menjadi tumpuan utama para pedagang Eropah. Bagi mengatasi masalah tersebut, Belanda telah memperkenalkan Sistem Kultur atau lebih dikenali sebagai tanaman paksa di Indonesia terutamanya di Pulau Jawa. Melalui sistem ini, para petani telah dipaksa untuk menanam beberapa jenis tanaman eksport yang telah ditetapkan oleh Belanda seperti kopi, tebu, tembakau, cengkih, teh dll. Untuk itu, para petani dikehendaki memperuntukkan satu per lima (1/5) daripada tanah mereka bagi ditanam dengan tanaman-tanaman eksport yang akan dijual kepada Belanda dan mereka akan dikecualikan daripada membayar cukai untuk tanah yang digunakan bagi menanam tanaman eksport. Bagi para petani yang tidak mempunyai tanah, mereka dikehendaki untuk berkerja di ladang-ladang milik Belanda selama 66 hari dalam setahun. Sistem tanaman paksa ini dianggap membebankan petani tempatan kerana mereka dipaksa meninggalkan amalan pertanian sara diri yang digunakan untuk menampung keperluan makanan harian mereka kepada pertanian eksport untuk keuntungan Belanda. Akibatnya, bekalan makanan meruncing dan semakin berkurangan dan beratus ribu penduduk telah mati kebuluran di Jawa Tengah disebabkan sistem yang telah diperkenalkan ini.
18

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Malah, sistem ini turut ditentang oleh golongan liberal di Belanda yang menganggap sistem ini seperti salah satu daripada bentuk amalan perhambaan ke atas penduduk tempatan selain memeras keringat rakyat untuk kepentingan ekonomi.

Dasar Liberal Penindasan dan penyelewengan dalam Sistem Kultur telah menyebabkan dasar baru telah diperkenalkan oleh pentadbiran Belanda di Indonesia. Dasar ini bukanlah satu bentuk dasar ekonomi oleh kerajaan Belanda di Indonesia, akan tetapi lebih kepada dasar pentadbiran dan perlaksanaan pentadbiran Belanda di Indonesia ke arah memperbaiki dan memulihkan taraf hidup rakyat Indonesia terutamanya di Pulau Jawa yang terjejas teruk akibat penindasan di bawah sistem kultur sebelumnya. Perlaksanaan dasar ini telah membolehkan ekonomi Indonesia mula dikawal oleh golongan kapitalis dan kaum pemodal Eropah, berbanding sistem kultur yang dikawal oleh kerajaan. Perubahan dasar Belanda di Indonesia adalah disebabkan pertukaran pemerintahan Belanda di bawah Parti Liberal yang lebih terbuka dan mendukung konsep liberalisme dan hak asasi manusia, selain pindaan di Parlimen yang memberi kuasa kepada Parlimen Belanda dalam menggubal dasar untuk tanah-tanah jajahan Belanda. Walaubagaimanapun, desakan terkuat untuk perlaksanaan dasar ini datang dari kalangan para kapitalisme Belanda yang tidak diberi peluang untuk menanam modal di Indonesia, tidak seperti pentadbiran British di tanah-tanah jajahannya seperti India, Tanah Melayu dan Burma yang menggalakkan pemodal kapitalis dalam menjalankan aktiviti perekonomian di tanah-tanah jajahan. Apabila dasar liberal diperkenalkan, aktiviti ekonomi di Indonesia menjadi rancak dengan suntikan modal dalam kalangan pemodal Eropah dan kerajaan, dan pelbagai jenis tanaman baru diperkenalkan seperti getah, kelapa sawit dan koko diperkenalkan, manakala aktiviti ekonomi tidak lagi hanya tertumpu di Pulau Jawa, akan tetapi turut dilaksanakan di wilayah lain di Indonesia terutamanya di Sumatera.
19

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Selain itu, suntikan modal membolehkan pelbagai aktiviti ekonomi baru diperkenalkan termasuk aktiviti perlombongan petroleum melalui penubuhan Royal Dutch Shell Company dan penumpuan kepada aktiviti perlombongan arang batu dan bijih timah.

Sistem liberal telah mula meningkatkan taraf sosial masyarakat tempatan dengan pembinaan sekolah-sekolah, kemudahan hospital, jalanraya dsb.

Dasar Etika Walaupun dasar liberal dilihat lebih baik daripada sistem kultur yang pernah diamalkan sebelumnya, hakikatnya taraf hidup rakyat di Indonesia tidak banyak berubah dan segala hasil mahsul Indonesia tetap diangkut ke Belanda. Oleh itu, desakan terus timbul di Belanda supaya kerajaan Belanda di Indonesia untuk membalas budi Indonesia yang telah memberikan keuntungan kepada Belanda supaya dengan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan. Dasar Etika diperkenalkan adalah bertujuan untuk membawa projek pembangunan dan kebajikan politik , ekonomi dan sosial kepada rakyat . Antara kesan positif dasar etika ialah penubuhan Volksrad membawa kepada perpaduan di kalangan pejuang kebangsaan Indonesia . Malah terdapat jalan raya dan keretapi memberi kemudahan perhubungan dan pengangkutan kepada penduduk Bandar dan kampung . Seterusnya , kemudahan sistem pertanian yang diperkenalkan oleh Belanda membawa pertanian lebih maju . Pertanian bukan lagi menjadi bahan makanan , tetapi telah menjadi sumber pendapatan negara seperti bahan eksport . Lantaran itu , kehidupan rakyat tidak lagi terhimpit dan menderita kerana kesihatan rakyat terkawal melalui perubatan moden . Malah, ceti yang memberi dan mengutip hutang turut dihapuskan dalam pelaksanaan dasar etika. Selain itu, pemberian pendidikan kepada masyarakat tempatan telah melahirkan ramai para intelektual yang akhirnya menjadi penggerak utama kepada kebangkitan nasionalisme masyarakat di Indonesia.

20

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

3. Dasar British di Tanah Melayu Pengenalan Sistem Dwiekonomi Kemasukan British ke Tanah Melayu telah menyaksikan dua sistem ekonomi diperkenalkan di mana masyarakat tempatan telah dikekalkan dengan aktiviti ekonomi mereka sebelum kedatangan British iaitu aktiviti ekonomi sara diri, manakala British telah mula memperkenalkan pelbagai aktiviti ekonomi dagangan terutamanya tanaman komersial dan perlombongan. Pengenalan sistem dwiekonomi ini telah menyebabkan orang-orang Melayu kekal dengan taraf hidup mereka di kawasan pedalaman dan kampung-kampung, manakala tanah-tanah baru telah dibuka untuk pertanian dagangan seperti buah pala, cengkih, tebu dll yang ditanam di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Selain itu, aktiviti perlombongan seperti bijih timah telah dilombong secara besarbesaran dengan menggunakan buruh-buruh Cina, kemudiannya pengenalan kapal korek telah memodenkan sektor perlombongan yang membawa kepada penguasaan pemodal Eropah di lombong-lombong di seluruh Tanah Melayu. Seterusnya, pengenalan pelbagai tanaman dagangan yang menguntungkan telah diperkenalkan di Tanah Melayu diperkenalkan terutamanya getah dan kelapa sawit dan Tanah Melayu muncul sebagai antara pengeluar getah asli terbesar di dunia pada ketika itu.

Dasar Kemasukan Buruh Asing Bagi memajukan ekonomi dagangan di Tanah Melayu seperti penanaman getah, perlombongan bijih timah dan aktiviti perburuhan di Tanah Melayu. Untuk itu, British telah menggalakkan kemasukan buruh-buruh asing terutamanya dari China dan India untuk memenuhi tuntutan para pemodal Eropah dalam pelbagai bidang ekonomi. Kemasukan buruh ini telah dibuat melalui beberapa kaedah terutamanya sistem tiket kredit dan rumah kongsi bagi buruh-buruh dari China manakala buruh-buruh
21

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

dari India telah menggunakan kaedah kemasukan melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu telah mengubah komposisi penduduk di Tanah Melayu dan orang Melayu dilihat terpinggir daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan di negara mereka sendiri.

Dasar Pecah dan Perintah Bagi mengelakkan sebarang masalah perkauman terutamanya di antara kaum imigran dan penduduk tempatan, British telah mengenalkan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu, di mana setiap kaum dipisahkan melalui aktiviti ekonomi yang berbeza-beza. Misalnya, orang-orang Melayu telah dikekalkan di kampung-kampung dan mengusahakan aktiviti ekonomi sara diri, orang-orang Cina diletakkan di kawasankawasan lombong dan bandar-bandar manakala orang-orang India diletakkan di estet-estet dan menjadi buruh-buruh di estet-estet getah. Bagi menjayakan dasar pecah dan perintah, British telah mengeluarkan arahan untuk menghalang para pekebun kecil getah dalam kalangan orang Melayu untuk terus mengusahakan tanaman getah dengan pengenalan Enakmen Tanah Padi di mana tanah-tanah padi dilarang ditanam dengan tanaman komersial seperti getah dan pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah dalam kalangan orang Melayu adalah dilaran.

Pengenalan Undang-undang Tanah Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu. Pemilikan tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut. Semasa zaman British, sistem pemilikan tanah dimodenkan dan rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa
22

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

British.Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli tanah.Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal. Undang- undangan tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya Kanun Tanah Selangor, Peraturan Tanah Sungai Ujong. Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, pribumi dan perlombongan kemudiannya dikenakan cukai mengikut jenis tanah. Kemudiannya, British telah memperkenalkan undang-undang untuk melindungi tanah-tanah orang Melayu di bawah Akta Tanah Simpanan Tanah Melayu bagi mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada tangan orang asing. Melalui undang-undang ini, Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar milik. TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajah, contohnya TSM tidak boleh diusahakan tanaman komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.

4. Dasar Sepanyol di Filipina Sistem Polo Melalui sistem ini, semua lelaki berumur antara 18 sehingga 60 tahun kecuali penghulu dan putera sulung mereka dipaksa berkhidmat secara paksa selama 40 hari setahun dengan kerajaan Sepanyol. Sistem ini dianggap sebagai salah satu daripada bentuk buruh paksa yang diamalkan ke atas rakyat tempatan oleh penjajah Sepanyol. Sepatutnya, melalui sistem ini mereka akan dibayar sedikit gaji sebagai upah, namun disebabkan ekonomi Filipina yang sangat teruk pada ketika itu, mereka langsung tidak dibayar gaji dan hanya diberi sedikit beras bagi mengelakkan mereka mati kebuluran.

23

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Sistem Vandala Sistem Vandala pula merupakan satu kaedah di mana sejumlah barang yang tertentu yang mesti diserahkan oleh orang-orang Filipina kepada kerajaan. Dalam sistem ini, rakyat Filipina dipaksa menjual hasil-hasil mereka kepada pihak pemerintah yang membayar mereka dengan tanda bayaran sahaja atau surat perjanjian hutang. Malah, kerajaan tidak pernah membayar semula hasil yang telah diambil daripada rakyat Filipina dengan alasan rakyat mempunyai hutang cukai tanah dengan kerajaan. Sistem ini telah menyebabkan rakyat terpaksa berkerja keras bagi mengeluarkan lebihan hasil untuk tujuan Vandala, selain hsil yang menjadi keperluan makanan seharian.

Sistem Encomienda Encomienda pada umumnya merujuk kepada sesebuah wilayah pentadbiran kecil di Filipina yang menggabungkan beberapa buah barangay di bawah satu unit pentadbiran. Melalui sistem ini, seorang Encomiendaro dilantik untuk mentadbir sesebuah encomienda. Antara tugas seorang Encomiendaro termasuklah berperanan untuk mengawal keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk di sesebuah barangay. Encomiendaro juga adalah penyelia kepada sistem Polo dan Vandala dengan menyediakan kerahan tenaga seperti yang dikehendaki oleh kerajaan selain memungut hasil yang ditetapkan dalam sistem Vandala. Sistem Encomienda ini akhirnya telah mewujudkan pelbagai salahguna kuasa oleh Encomiendaro yang menindas dan bertindak kejam ke atas rakyat. Misalnya, sesiapa yang ingkar terhadap segala arahan Encomiendaro akan berhadapan dengan tindakan ditangkap atau dibakar rumahnya.

24

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

5. Dasar British di Burma Dasar Pentadbiran British di Burma Selepas berjaya menamatkan pemerintahan Dinasti Konbaung di bawah tiga siri perperangan British-Burma, Raja Thibaw kemudiannya dibuang ke India dan seterusnya British telah menguasai pentadbiran Burma. Semasa era pemerintahan Dinasti Konbaung, peranan sami-sami Buddha dalam pentadbiran Burma sangat penting dan Raja Thibaw dianggap sebagai penaung kepada para sami Buddha. Hal ini kerana istana Burma adalah penaja utama yang membantu kegiatan para sami Buddha. Hubungan istana dan kuil yang kukuh ini menyebabkan masyarakat sangat mendukung Raja mereka yang dianggap mulia dan menjadi pelindung kepada agama. Hal ini bertentangan dengan fahaman sekularisme yang merebak di Eropah yang mengasingkan agama daripada pemerintahan terutamanya selepas Era Rennaisance. Untuk itu, pemisahan di antara institusi keagamaan dan pentadbiran telah dilakukan oleh British di mana fungsi Raja sebagai penaung Sami Buddha dihapuskan. Kemudiannya, sistem pendidikan Barat telah mula diperkenalkan di Burma, selain menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah oleh para mubaligh Kristian. Selain itu, bagi mengelakkan penentangan besar-besaran ke atas British, para pembesar tempatan yang dilihat cuba menentang British dan keluarganya akan dibuang negeri ke kawasan Hulu Burma. Kemudiannya, sistem pentadbiran dimodenkan dengan pengenalan Majlis Perundangan, pengenalan undang-undang Barat dan perlantikan pegawai Bandaran (Myo-ok) yang berkuasa ke atas pentadbiran daerah. Selain itu, beberapa akta diperkenalkan termasuklah Akta Perkampungan Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma.

25

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Dasar Ekonomi British Pembukaan Terusan Suez menyebabkan perdagangan beras menjadi penting dan mendapat permintaan yang tinggi. Oleh itu, British telah bertindak memajukan Delta Irrawady dalam meningkat pengeluaran beras di Burma. Bagi meningkatkan hasil pengeluaran, para petani dari Hulu Burma dibawa masuk ke Delta Irrawady dan pada ketika itu juga, beribu-ribu buruh dari India berhijrah ke Delta Irrawady bagi mengusahakan penanaman padi. Perkembangan ini juga telah membawa kepada kewujudan para ceti dari India yang meminjamkan wang sebagai modal kepada para petani dalam mengusahakan tanaman padi di Burma. Hasil daripada usaha ini, Burma muncul sebagai antara pengeluar beras terbesar di dunia.

6. Dasar Perancis di Indochina Penggabungan Vietnam-Laos-Kampuchea Setelah menguasai Vietnam dan Kampuchea, Perancis telah bertindak

menggabungkan kesemua wilayah yang didudukinya sebagai sebuah Persekutuan yang dikenali sebagai French Indochainoise, atau Indochina. Kemudiannya, setelah berjaya menuntut Laos daripada Siam atas alasan Vietnam yang menguasai Laos sebelumnya telah dikuasai Perancis, Laos kemudiannya dimasukkan ke dalam Persekutuan Indochina pada 1904. Pembentukan sebuah Persekutuan telah memudahkan lagi pentadbiran Perancis di Indochina yang diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral.

Kesan Imperialisme Barat di Asia Tenggara 1. Pengenalan Birokrasi Barat *rujuk di atas
26

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

2. Keruntuhan Institusi Politik Tempatan dan Institusi Beraja Kedatangan penjajahan Barat juga telah menyebabkan berlakunya zaman kejatuhan kepada pemerintahan tradisional tempatan di negara-negara Asia Tenggara samada disebabkan kekuasaannya dijatuhkan melalui perperangan ataupun kekuasaannya diambil alih secara halus oleh penjajah Barat melalui birokrasi yang diperkenalkan. Di Burma misalnya, pemerintahan Dinasti Konbaung ditamatkan oleh British setelah mereka tewas dalam Perang Inggeris-Burma III, sama seperti di Filipina apabila Sepanyol berjaya menakluk negara tersebut dan menghapuskan kekuasaan pembesar barangay. Di Tanah Melayu pula, menurut Andaya (1982) raja-raja Melayu kebanyakannya hilang kekuasaannya melalui siri-siri perjanjian, terutamanya menggunakan tipu helah. Melalui perjanjian yang dibuat, Sultan dikehendaki untuk menerima Residen atau Penasihat yang akan menasihatkannya dalam semua hal kecuali hal ehwal agama dan adat. Walaupun hanya bergelar residen dan penasihat, Sultan sebenarnya telah kehilangan kuasa mereka apabila mereka dikehendaki untuk mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh para penasihat British tersebut. Selain itu, para pembesar juga telah kehilangan kuasa mereka terutamanya hak mengutip cukai setelah peranan tersebut diambilalih oleh Residen British. Di Indonesia dan Tanah Melayu, para Sultan telah kehilangan kuasa dan bagi mengelakkan penentangan oleh Sultan, ugutan dikenakan ke atas mereka termasuklah menurunkan mereka daripada takhta kerajaan.

3. Penyusunan Semula Geografi Politik Asia Tenggara Kedatangan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah merubah geografi politik sesebuah negara. Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1979), hasil kedatangan penjajah yang menguasai wilayah-wilayah tertentu, maka wujudlah satu persempadanan politik yang telah memisahkan antara negara dengan negara, dan antara negeri dengan negeri yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

27

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Di Indonesia misalnya, wilayah-wilayah Indonesia yang memiliki kerajaan-kerajaan kecil dan beberapa buah empayar sebelumnya kelihatan sangat berselerak tanpa satu pemusatan. Oleh itu, kedatangan Belanda ke Indonesia telah mewujudkan satu sempadan politik yang kekal sehingga hari ini. Sempadan ini pada dasarnya telah dibuat berdasarkan Anglo-Dutch Treaty 1824 di antara British dan Belanda.

Pemisahan wilayah yang bersempadan yang dikuasai oleh dua kuasa berasingan misalnya telah merubah sempadan politik. Misalnya, Laos yang hampir tiada akibat penguasaan wilayahnya oleh Vietnam dan Siam telah diselamatkan dengan kedatangan Perancis. Jika tidak, wilayah Laos mungkin tidak akan wujud dalam peta pada hari ini.

Begitu juga di Tanah Melayu. Perjanjian Inggeris-Siam 1909 telah mencipta persempadanan negara di antara Tanah Melayu - Siam yang menyebabkan kerajaan Kelantan pada ketika itu hilang wilayah Tabal (Tak Bai) yang menjadi wilayahnya manakala negeri-negeri Melayu-Islam seperti Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat telah terpecah daripada gugusan negeri-negeri Melayu yang lainnya di Tanah Melayu.

Oleh itu, berdasarkan pemisahan wilayah mengikut kekuasaan penjajah ini akhirnya kesemua negara yang wujud dalam Asia Tenggara moden pada hari ini adalah berdasarkan perencanaan persempadanan yang telah dibuat oleh penjajah kecuali Singapura yang keluar dari Malaysia.

4. Eksploitasi dan Penindasan Antara faktor pemangkin imperialisme di Asia Tenggara adalah kesungguhan penjajah untuk menguasai hasil mahsul dan kekayaan yang terdapat dalam sesebuah negara tersebut. Apabila mereka telah menguasai negara-negara terbabit, segala hasil dan tenaga penduduk akan dimanfaatkan walaupun pada hakikatnya menindas penduduk di negara terbabit. Di Indonesia dan Filipina misalnya, dasar kerahan tenaga yang membebankan

rakyat telah dipaksa ke atas rakyat tempatan. Di Indonesia, sistem tanaman paksa di bawah Sistem Kultur dilaksanakan oleh Belanda bagi memenuhi keperluan
28

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

eksportnya seperti tanaman teh, tebu dan kopi terutamanya di Pulau Jawa. Menerusi sistem paksaan ini, setiap pemilik tanah dikehendaki mengusahakan satu per lima daripada tanahnya untuk tanaman komersil yang wajib dijual kepada Belanda manakala mereka yang tidak memiliki tanah, mereka dipaksa bekerja di ladang atau kilang kerajaan selama satu per lima daripada jumlah hari dalam setahun. Malah, kadangkala hasil yang dijual tidak dibayar kepada petani kerana

kononnya petani mempunyai hutang tanah dengan pemerintah. Hasilnya, ramai penduduk yang kebuluran kerana jumlah hasil tuaian untuk makanan ruji tahunan ditukar kepada tanaman eksport. Begitu juga dengan pemerintah Sepanyol di Filipina. Kerahan tenaga turut dilaksanakan di sana di bawah Sistem Polo. Sistem ini dikenakan ke atas setiap lelaki di Filipina yang diarah untuk berkhidmat secara paksaan kepada kerajaan. Melalui sistem ini juga,semua lelaki berumur 18 hingga 60 tahun akan dipaksa berkhidmat selama 40 hari dalam setahun kecuali penghulu dan anak lelaki sulung kepada penghulu. Mereka tidak diberi gaji dan hanya diberikan sedikit beras supaya tidak mati kebuluran. Di Filipina, banyak penindasan yang dikenakan ke atas penduduknya termasuklah sistem encomienda (majlis tempatan) yang mengenakan cukai yang tinggi iaitu sebanyak 1 hingga 9 Peso sebagai tanda ufti kepada kerajaan dan Sistem Vandala iaitu satu bentuk rampasan harta benda rakyat kepada pemerintah. Encomiendaro telah bertindak kejam terhadap mereka yang cuba mengingkari setiap arahan pemerintah dengan ugutan membinasakan kampung, mencedera dan

memenjarakan mereka.

5. Kristianisasi Dua buah negara yang menerima proses kristianisasi yang serius adalah negara Filipina dan Indochina. Berbanding British yang sebolehnya mengekalkan agama dan adat resam tempatan manakala Belanda yang lebih berminat mengaut keuntungan semata-mata, kedatangan Sepanyol ke Filipina dan Perancis di Indochina turut melibatkan faktor keagamaan.
29

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Proses kristianisasi iaitu proses mengkristiankan penduduk di Filipina pada dasarnya adalah sangat serius sehinggakan pembesar di peringkat tempatan iaitu encomiendaro diarahkan untuk mengkristiankan penduduk.

Hasilnya, sebahagian besar penduduk Filipina telah memeluk Kristian berbanding agama pagan dan animisme yang diamalkan sebelumnya. Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978), sebelum kedatangan Kristian di Filipina, masyarakatnya menyembah tuhan yang bernama bathala. Mereka juga percaya kepada semangat roh yang dikenali sebagai dimata.

Walaubagaimanapun, di Kepulauan Sulu, Moro dan Palawan, masyarakat Filipina di sana menerima Islam sebagai agama anutan mereka. Oleh itu, penjajah Sepanyol gagal untuk mengkristiankan mereka kerana asas akidah yang kukuh dalam diri mereka.

Di Indochina pula, proses kristianisasi turut berlaku walaupun masyarakat tempatah tetap berpegang dengan agama dan kebudayaan asal mereka di mana para mubaligh kristian telah dibawa ke Indochina bagi mengkristiankan penduduk.

Perkara ini menyebabkan wujudnya gerakan penentangan Chan Vuong (slogan setia pada raja) di Vietnam yang bertindak menyerang dan membunuh orang Vietnam yang beragama Kristian kerana menganggapnya sebagai agama penjajahan Perancis di Vietnam.

Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa agama Kristian telah memecahbelahkan penduduk tempatan selain dilihat cuba menghilangkan jati diri agama dan budaya dalam diri masyarakat. Antara tokoh Chan Vuong termasuklah Phan Dinh Phung di Ha Tinh dan Hoang Hoa di pergunungan utara Vietnam.

6. Proses Modenisasi Dalam usaha untuk mengeksploitasi ekonomi tempatan, pihak penjajah telah bertindak memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di negara jajahan mereka. Hal ini kerana mereka perlu untuk mengangkut bahan-bahan mentah seperti bijih timah, getah, tanaman komersil dan hasil-hasil yang lain dalam skala

30

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

yang besar dari sebuah kawasan terutamanya di pedalaman, lombong-lombong dan estet ke pelabuhan sebelum dapat dieksport pulang ke negara mereka. Kebiasaannya jarak pusat pengeluaran hasil ke pelabuhan adalah jauh, oleh itu satu mekanisme diperlukan untuk membawa barangan tersebut dengan cepat dan selamat. Justeru, pembinaan jalanraya dan landasan kereta api telah menjadi satu keperluan di kebanyakan negara Asia Tenggara. Di Tanah Melayu misalnya, satu jaringan jalanraya yang lengkap di seluruh

semenanjung telah berjaya disempurnakan dalam tahun 1928 manakala jaringan kereta api dari Singapura di selatan ke Perlis di utara telah berjaya dihubungkan dalam tahun 1918 dan pada tahun 1938 terdapat dua sambungan rel kereta api dari Tanah Melayu ke Siam iaitu di Padang Besar, Perlis dan Tumpat di Kelantan. Di Indonesia pula, penjajah Belanda telah memulakan pembinaan landasan kereta api yang siap menghubungkan Semarang ke Tanggung pada Ogos 1867 bagi mengangkut hasil pertanian ke pelabuhan. Kota Semarang adalah sebuah kota pelabuhan terpenting di Pulau Jawa pada zaman pendudukan Belanda. Seterusnya, pembinaan landasan kereta api diteruskan lagi oleh Hindia Belanda di Semarang-Surakarta (1870) dan ke kebanyakan daerahdaerah lain di Pulau Jawa kerana perekonomian tanaman komersil yang penting di pulau tersebut. Di luar kawasan Pulau Jawa pula, pelabuhan penting seperti di Acheh turut dihubungkan dengan kereta api pada tahun 1874, Sumatera (1874-1891) dan dari Makasar ke Takalar di Pulau Sulawesi pada tahun 1923. Seterusnya, jaringan jalanraya utama pertama di Indonesia telah mula dibina oleh Hindia Belanda sepanjang 1000 kilometer yang menghubungkan bandar-bandar utama di Pulau Jawa pada tahun 1809. Jalanraya yang panjang tersebut hanya memakan masa setahun sahaja untuk disiapkan apabila seluruh penduduk di Pulau Jawa dikerahkan untuk menyiapkan jalan tersebut secara kerja paksa. Jalan tersebut yang menghubungkan Banten di Jawa Barat sehingga ke Bandar Panarukan di Jawa Timur. kemudiannya dikenali sebagai De Groote Postweg (Jalanraya Pos). Di Filipina pula, kerajaan Sepanyol turut membina jaringan jalanraya di Filipina dengan menggunakan sistem kerahan tenaga. Hasil perkembangan jaringan

31

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

jalanraya di negara tersebut, satu polisi telah dibuat oleh Sepanyol dengan menubuhkan Jabatan Kerjaraya dan Jalan pada 1867. Beberapa tahun kemudian, dalam tahun 1875, kerajaan Sepanyol telah mengarahkan jabatan tersebut untuk membuat kajian dalam membina landasan kereta api di Filipina yang membawa kepada pembinaan landasan pertama yang menghubungkan Kota Manila ke Bandar Dagupan pada 1892 dan kemudiannya disambung ke Legaspi pada 1938. Bandar Dagupan di Pangasinan merupakan antara bandar pelabuhan terpenting di Filipina pada ketika itu. Di Indochina, kerajaan Perancis turut memajukan pembinaan jaringan kereta api berjaya disiapkan pada tahun 1936 yang telah menghubungkan Hanoi ke Saigon. Selain itu, pembinaan jalanraya yang menghubungkan wilayah-wilayah Indochina termasuk Chocin- China,Annam,Tonkin,Kampuchea dan Laos telah berjaya dihubungkan melalui satu jaringan jalanraya bagi mengangkut hasil pengeluaran ke pelabuhan. Pengenalan sistem birokrasi Barat melalui pemerintahan berpusat menyebabkan perkembangan telefon, pos dan telegraf menjadi penting sebagai medium perhubungan antara wilayah-wilayah dengan pusat pentadbiran penjajah. Penggunaan telefon dan telegraf hanya terhad kepada sektor perkhidmatan awam dan kepolisan semata-mata dan hanya boleh dijumpai di bandar-bandar besar. Bagi mengambil hati rakyat tempatan, bidang kebajikan seperti pembinaan sekolah dan hospital dilaksanakan di bandar-bandar utama di Asia Tenggara.

4.7 Kemasukan Imigran dan Buruh Asing Kemasukan penjajah ke Asia Tenggara telah banyak merubah komposisi kaum di negara tersebut. Hal ini kerana penjajah telah bertindak membawa masuk buruh asing dan imigran masuk untuk berkerja di negara tersebut. Menurut Andaya (1982), di Tanah Melayu British secara drastiknya telah membawa masuk para imigran China untuk berkerja sebagai buruh-buruh di lombong bijih timah dan buruh India untuk bekerja di estet-estet getah dalam skala yang besar. Hal ini menyebabkan kehadiran imigran tersebut hampir menyamai jumlah masyarakat
32

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

peribumi Melayu di Tanah Melayu. Hasilnya, terdapat pelbagai kaum di Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga bangsa yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Di Indonesia pula, tenaga buruh telah dibawa masuk oleh Hindia Belanda (VOC) untuk menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Kepulauan Bangka yang kaya dengan galian tersebut seperti di Belitung, Singkep, Karimun dan Kundur manakala di Filipina, Sepanyol membawa masuk orang-orang China ke bandarbandar dan pekan di Filipina bagi memodenkan sektor perniagaan di negara tersebut. Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1979), di Burma pula, penjajah Inggeris telah membawa masuk para pegawai rendah dari India untuk berkerja dalam bidang perkhidmatan awam seperti perkeranian dan perkhidmatan kerana taraf pendidikan yang diperoleh oleh penduduk di tanah jajahan British di India itu adalah sangat baik berbanding penduduk tempatan di Burma.

4.8 Penentangan Rakyat Terhadap Penjajah Dasar penjajah Eropah yang kebanyakannya telah menindas rakyat tempatan telah menyebabkan perasaan ketidakpuashatian rakyat terhadap penjajah menjadi meluap. Hal ini menyebabkan para penduduk telah bangun dan bangkit untuk menentang penjajahan samada dalam skala yang kecil mahupun besar. Kebangkitan antipenjajahan yang paling berjaya adalah di Filipina.

Walaubagaimanapun, kejayaan tersebut bukanlah hasil perjuangan mereka secara bersendirian akan tetapi adalah dengan bantuan Amerika Syarikat yang menghadapi perang dengan Sepayol pada ketika itu. Menurut Nicholas Tarling (2001), penentangan rakyat di Filipina adalah disebabkan dasar yang menindas yang telah dibuat oleh pemerintah Sepanyol ke atas penduduk di Filipina terutamanya dalam Sistem Polo dan Sistem Vandala yang mengenakan kerahan tenaga, kerja paksa dan merampas harta benda rakyat selain berleluasanya kezaliman dalam pentadbiran bawahan Sepanyol di peringkat encomienda yang menindas rakyat sesuka hati.

33

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Selain itu, diskriminasi gereja ke atas penganut Kristian tempatan dengan penganut Kristian Sepanyol menyebabkan para paderi tempatan bangkit menentang penjajahan Sepanyol yang tidak beramal dengan ajaran Jesus yang sebenar.

Kebangkitan bersenjata dalam pemberontakan Basi, Novales dan Tayabas dan beberapa pemberontakan lain telah gagal. Selepas itu kebanyakan pemberontakan rakyat gagal kecuali apabila dibantu Amerika Syarikat yang berjaya mengusir keluar Sepanyol pada 1889 walaubagaimanapun hanya berjaya menamatkan pemerintahan Sepanyol tetapi Filipina tetap terjajah di bawah kuasa baru Amerika Syarikat.

Di Indonesia, kebangkitan antipenjajah terbesar berlaku dalam Perang Jawa pada 1810 dan perang menuntut kemerdekaan daripada Belanda pada tahun 1945. Perang Jawa yang dipimpin oleh Putera Jogjakarta iaitu Dipo Negoro dan para pengikutnya yang dilancarkan secara gerila bagi mengusir Hindia Belanda dari Indonesia. Perang yang berlanjutan selama setahun itu mengorbankan hampir dua ratus ribu orang Jawa dan enam belas ribu tentera. Seterusnya, peristiwa berdarah terbesar berlaku dalam perperangan rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda dalam Perang Buluh Runcing yang akhirnya menyebabkan Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada tahun 1949.

Di Indochina, kebangkitan menentang penjajahan terbesar berlaku di Vietnam Rasa tidak puas hati juga timbul kerana sikap dan tindakan orang Perancis ke atas penduduk tempatan.Pada tahun 1858, satu pemberontakan bersenjata dalam kalangan penduduk menentang Perancis berlaku apabila pemberontak menyerang kubu Perancis di Dan Nan.

Serangan tersebut telah memberikan peluang kepada Perancis untuk menyerang balas dan menduduki semula kubu tersebut. Malah, Perancis telah bertindak mara hingga ke Sungai Mekong dan menduduki kawasan Gia Dinh. Kemaraan Perancis itu menyebabkan rakyat di Delta Mekong bangkit mempertahankan kawasan mereka di bawah pimpinan Sarjana Ningrat dan para pemilik tanah. Mereka menganggap orang Perancis sebagai orang gasar yang tidak berperikemanusiaan dan berikrar mengusir Perancis keluar dari Indochina.

Oleh itu, kumpulan tersebut bertindak menyerang kapal-kapal Perancis dan menyekat bekalan daripada masuk kepada Perancis. Pada 13 Julai 1883, Maharaja

34

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Ham

Nghi

mengumumkan

tiga

strategi

menentang

Perancis

iaitu

menyerang,bertahan dan berunding. Seterusnya gerakan tentangan terhadap Perancis diteruskan lagi di bawah pimpinan Hoang Hoa Tham. Beliau adalah petani dari Hung Yen. Selepas tahun 1890,gerakan tentangan terhadap Perancis berlaku di sepanjang Sungai Da. Bagi menghapuskan penentangan rakyat, Perancis telah bertindak mengawal Sungai Mekong dan menangkap para pemberontak. Di kawasan jajahan British seperti Tanah Melayu dan Burma, penentangan terhadap penjajah pada dasarnya adalah dalam skala yang kecil dalam kalangan rakyat tempatan dan tidak mendapat sokongan daripada pembesar tempatan. Di Tanah Melayu misalnya, pemberontakan rakyat dipatahkan dengan mudah kerana tidak mendapat sokongan daripada raja-raja Melayu. Malah, di negeri-negeri Pantai Timur, penentangan rakyat seperti Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dipatahkan dengan bantuan raja-raja Melayu sendiri di mana pihak British memaksa Sultan-sultan mengisyhtiharkan penentang British sebagai pemberontak dan menderhaka kepada Sultan. Oleh itu, apabila mereka tetap melawan, tentera British dihantar menentang mereka atas nama pemberontakan ke atas Sultan. Kebanyakan pejuang antipenjajah ini mati dibunuh dalam perperangan dan mereka yang hidup telah dibuang negeri.

35

You might also like