You are on page 1of 20

PERBEZAAN BUDAYA KEHIDUPAN

YANG MENJADI HALANGAN

UNTUK

MEWUJUDKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KALANGAN ETNIK DI MALAYSIA. 1. Pengenalan Bagi negara-negara yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan dan integrasi merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan dan mengekalkan kebebasannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. Ini kerana ia merupakan factor penting dalam menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka waktu yang panjang.i Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan pelbagai kaum dan budaya. Kepelbagaian etnik dan budaya inilah merupakan kekuatan yang mewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi contoh dan model kepada negara luar dalam hubungan masyarakat majmuk. Oleh itu, perpaduan dan integrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup dalam suasana aman dan damai. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang mewujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam erti kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Intergrasi pula dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi kepentingan bersama secara adil dan saksama.ii Intergrasi juga ialah penyatuan antara kelompok yang berbezatetapi hidup di bawah sistem pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup bersama secara aman tanpa mengira latar belakang dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Intergrasi boleh berlaku melalui proses akomodasi (situasi menang-menang), asimilasi ( proses penggabungan dua budaya masyarakat yang berbeza bagi membentuk budaya masyarakat yang baru ) dan akulturasi(proses penerimaan unsure budaya daripada satu kelompok kepada satu kelompok yang lain ).iii

Perpaduan negara juga merujuk kepada satu penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta diterima oleh majoriti golongan etnikdi negara ini. Pendapat ini di sokong oleh Zulhilmi Paidi (2003) yang menyatakan perpaduan satu proses yang menyatupadukan masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Sejak merdeka hingga sekarang, perbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencapai perpaduan dan integrasi di kalangan masyarakat di Malaysia. Budaya pula merujuk kepada suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsure yang rumit,termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa,perkakas,pakaian,bangunandan karya seni.iv 2.1 Usaha kerajaan dalam mengekal dan memantapkan perpaduan dan intergrasi di kalangan masyarakat. Orang Melayu, cina , India dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta kerja membanting tulang di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu sama lain kerana negeri ini berlainan dengan manamana negeri yang ada di dunia ini Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( Perdana Menteri Pertama Malaysia) Lapangan Terbang Sg.Besi, Kuala Lumpur 3 Jun 1957

Berdasarkan petikan ucapan bekas Perdana Menteri pertama, dapat disimpulkan bahawa perpaduan merupakan satu elemen penting dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi selama 54 tahun. Perjuangan untuk memperolehi kemerdekaan ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kaum dan etnik di Malaysia. Melalui kesedaran dan keikhlasan bersepadu inilah tertubuhnya Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO, Persatuan Cina Tanah Melayu ( MCA ) dan kongres India Tanah Melayu ( MIC ).

Oleh kerana perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu asas yang penting dalam pembangunan sesebuah negara, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi memupuk perpaduan dan integrasi dikalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Menurut Zulhilmi Paidi (2003) tanpa perpaduan yang perlu dipertahankan, kemungkinan untuk mengecapi kemajuan bersama hanya menjadi kegagalan mutlak. Kebangkitan bangsa merdeka hanya akan berkesan dan bertambah kuat melalui perpaduan yang di gembeleng dari setiap kaum di Malaysia. Hujah ini di perkuatkan lagi melalui ucapan Tun Dr.Mahathir Mohamad yang berbunyi : Bangsa yang Berjaya ialah bangsa yang memiliki nilai hidup yang tinggi. Nilai hidup yang tinggi termasuklah sikap disiplin, tabah hati serta hormat menghormati antara satu sama lain. Bangsa yang mempunyai nilai hidup yang tinggi tidak akan pecah barisan apabila di serang, sebaliknya akan rapatkan barisan mereka dan berdiri tegak menangkis segala serangan. Mungkin beberapa daripada mereka akan gugur tetapi kerana barisan tidak retak dan berkecai apabila kemenangan di perolehi, maka yang gugur akan dapat di bangun dan dipulihkan semula.v Tun Dr. Mahathir Mohamad Majlis Anugerah Perpaduan Formula Malaysia Dan Pelancaran Yayasan Formula Malaysia 1 November 2000

Usaha-usaha yang di jalankan oleh kerajaan bagi memupuk perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik meliputi aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan serta politik. 2.1 Pendidikan Pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk perpaduan. Terdapat beberapa perkara yang menjadia asas kepada perpaduan dalam sistem pendidikan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, perlaksanaan kurikulum yang seragam di semua sekolah dan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat. Menerusi Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mengkaji perlaksanaan Penyata Razak, telah mengemukakan beberapa cadangan yang membantu dalam membina perpaduan. Antaranya ialah mulai tahun 1962, pendidikan percuma telah di berikan kepada semua murid sekolah rendah kerajaan. Langkah ini menunjukkan pendidikan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan. Selain itu

sekolah umum di tukar kepada sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis umum di tukar kepada sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan. Walaupun Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi semua jenis sekolah tetapi Bahasa Cina Dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pilihan. Penyata Rahman Talib juga turut mencadangkan sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di tukar kepada Bahasa Malaysia. Ini adalah penting untuk menyemai semangat kebangsaan dalam diri rakyat. Penyata Rahman Talib yang di cadangkan telah di terima dan seterusnya digubal semula pada tahun 1961 dan di namakan Akta Pelajaran 1961. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan mempunyai dua matlamat iaitu mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai etnik serta mengkaji masalah keciciran dalam pendidikan. Bagi mencapai matlamat tersebut bebrapa langkah perlu di laksanakan iaitu keseragaman sukatan pelajaran di semua sekolah, Bahasa Malaysia di wajibkan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi, menggunakan buku-buku teks yang bercirikan Bahasa Malaysia serta melaksanakan aktiviti ko-kurikulum iaitu aktiviti luar bilik darjah yang terdiri dari pelbagai bangsa. Namun begitu , pada tahun 1974 satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Dr.Mahathir bin Mohamad telah berperanan mengkaji semula dasar yang di buat. Jawatankuasa tersebut di namakan Jawatankuasa Kabinet. Matlamat yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih menerusi sistem pendidikan. Oleh itu beberapa perkara telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang dibuat. Pertama ialah semua sekoah swastam hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama seperti sekolah kerajaan serta pelajar sekolah swasta hendaklah mengambil peperiksaan yang sama dengan pelajar sekolah kerajaan. Selain itu jawatankuasa ini juga menyatakan bahawa Bahasa Melayu hendakklah menjadi mata pelajaran wajib dalam semua peperiksaan. Di samping itu penekanan hendaklah ditumpukan kepada aspek aspek tertentu dalam setiap mata pelajaran serta penekanan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan moral, agama , disiplin dan kokurikulum sebagai asas pencapaian perpaduan. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet juga, satu kurikulum baru telah dibuat dan dilaksanakan di semua peringkat sekolah. Kurikulum tersebut ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ), Kurikulum Baru Sekolah Menengah ( KBSM ). Langkah ini bertujuan memastikan semua sekoah menggunakan satu kurikulum yang seragam.

2.2

Ekonomi Dalam aspek ekonomi perkara asas kepada perpaduan negara serta integrasi nasional

ialah melalui Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). Dasar ini telah di buat pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Bin Hussein di dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur. Dasar ini bertujuan meningkatkan ekonomi rakyat di Malaysia dengan dua matlamat iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di peringkat kerajaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya orang-orang Melayu dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada hakmilik tersebut pada tahun 1990, Malaysia Kita ( 2003 ). Strategi yang dilaksanakan melalui dasar ini ialah mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan menambah peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat di Malaysia serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat di Malaysia untuk memperbaiki masalah ekonomi yang tidak seimbang seperti pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Ketika zaman pemerintahan British, banyak buruh asing telah di bawa masuk ke Tanah Melayu. Ini adalah untuk meningkatkan jumlah tenaga buruh bagi perusahaan-perusahaan di Tanah Melayu seperti perusahaan getah dan bijih timah. Namun begitu, ketiga-tiga golongan penduduk di Tanah Melayu ialtu Melayu, India dan Cina telah di tempatkan secara berasingan dengan pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza. Orang Melayu di tempatkan di kampungkampung untuk bertani, manakala orang india pula di letakkan di este-estet getah dan orang cina pula di bandar-bandar bagi mengerjakann perusahaan timah dan berniaga. Antara punca berlakunya keadaan sedemikian ialah untuk menghindarkan terjadinya perselisihan faham serta kecenderungan buruh asing untuk tinggal sesama mereka di satu perkampungan. Dasar yang dilaksanakan oleh pemerintahan British ini disebut Dasar Pecah Perintah. Dasar ini dapat mengukuhkan lagi kuasa penjajahan mereka.Langkah-langkah kerajaan yang dilaksanakan dalam proses penyusunan semula masyarakat ialah pemodenan cara hidup masyarakat luar bandar dan pertumbuhan pesat dan seimbang kegiatan-kegiatan bandar. di

2.3

Politik

Politik memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman rakyat yang pelabagai kaum di Malaysia. Melalui kaedah consensus atau persetujuan rakyat menerusi proses pilihan raya perpaduan dapat di wujudkan. Dalam pilihan raya, semua rakyat bebas memilih calon yang mereka percayai sebagai pemerintah. Pilihan raya ini di jalankan setiap lima tahun sekali. Calon-calon yang terpilih akan bekerjasama dan membuat rundingan di kalangan parti-parti politik yang lain supaya dapat memastikan semua parti terlibat dalam proses pentadbiran Malaysia. Di Malaysia, sebuah Parti Perikatan telah dibentuk oleh tiga buah parti yang mewakili setiap kaum terbesar di Malaysia iaitu parti orang Melayu yang di kenali dengan UMNO, parti kaum Cina iaitu MCA serta parti Kaum India iaitu MIC. Oleh yang demikian,pembangunan negara dapat ditingkatkan serta perpaduan dapat dipupuk di seluruh kaum di Malaysia. Melalui perpaduan politik ini juga pertikaian asas yang berlaku dapat di atasi dan sebuah negara aman dan makmur dapat diwujudkan.

2.4

Sosial dan Kebudayaan Seperti yang sedia maklum, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik, maka dari

situ timbullah pebagai pegangan budaya mengikut kaum masing-masing. Maka wujudlah jurang antara kaum dari segi penempatan, pekerjaan dan kebudayaan. Bagi mengeratkan perpaduan dan integrasi nasional, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang boleh membawa kesepaduan tersebut. Ia merangkumi sistem pendidikan, kesihatan, perumahan serta kemudahan asas. Melalui pendidikan murid-murid di beri pinjaman buku teks secara percuma tidak kira sekolah maupun di sekolah menengah. Malah kerajaan juga mewujudkan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) , projek Susu Sekolah secara percuma di sekolah rendah. RMT ini di beri kepada murid miskin tidak kira apa bangsa atau kaum mereka.bermula tahun ini ( 2012 )Projek Susu sekolah di beri kepada semua murid yang berada sekolah luar bandar, manakala sekolah bandar murid yang mendapat RMT saja yang di beri susu . Bagi sistem perumahan, beberapa program telah dilancarkan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Antaranya penempatan semula iaitu pembinaan projek-projek perumahan yang memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira kaum untuk hidup bersama di kawasan penempatan yang lengkap dan sempurna. Bagi memberi keselesaan rakyat dan mencapai hasrat rakyat ada tempat tinggal, kerajaan telah wujudkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR)

bermula dari pimpinanYgbg Tun Dr.Mahathir kesinambungannya terus pada zaman YAbg Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya telah di perbaharui oleh YAbg Datuk Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang yang mana dalam Bajet 2012 RMR telah di tukar kepada Program Rumah 1 Malaysia( PR1MA ). Ini menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk rakyatnya tidak kiralah apa bangsa sekali pun. Selain itu, projek Rukun Tetangga juga turut dilaksanakan di kawasan-kawasan perumahan yang mana aktiviti-aktiviti persefahaman, persahabatan, toleransi, semangat kejiranan serta bersatupadu di wujudkan dan sekali gus dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia.kerajaan juga telah memberi rawatan percuma kepada rakyat tanpa di kenakan apa-apa caj pun di mana-mana hospital atau klinik-klinik kerajaan.vi Kerajaan juga memberi kebebasan beragama dan mengamalkan budaya mereka masingmasing walaupun agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Islam mengajar umatnya saling hormat-menghormati sesama masyarakat dan menjalinkan silaturrahim yang erat tidak kira kaum atau agama. Malaysia Kita(2003). Perpaduan kebudayaan dapat di capai melalui program-program yang bercorak kebudayaan semua kaum di Malaysia. Antara aktiviti kebudayaan yang biasa dilaksanakan oleh kerajaan ialah seperti muzik, drama, teater, sastera dan sebagainya. Menerusi aktiviti-aktiviti ini setiap kaum dapat berinteraksi dan memahami adat kebudayaan masingmasing sekali gus dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum di Malaysia. Kerajaan memandangkan bahawa kebudayaan amat penting dalam menyatupadukan rakyat , maka satu dasar telah dig bal pada tahun 1971 sebagai asas perpaduan kea rah mewujudkan identity nasional bangsa Malaysia. Dasar ini di sebut Dasar Kebudayaan Kebangsaan.vii

Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.viii

3.0

USAHA-USAHA LAIN YANG BOLEH DILAKSANAKAN BAGI

MENINGKATKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus perbezaan serta sensitive yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) telah di tubuhkan . Pada 1 Julai 1969. Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ,2006 ). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah di tubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus di letakkan dibwah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara ( JPN ). Antara 1990-2004, JPN telah dilatakkan semula dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Bermula dari kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonmi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Negara. Dasar ini diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecah belahkan rakyat, usaha telah di ambil dengan pembentukan Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentikan bangsa Malaysia, beberapa dasar lain dibentuk , antaranya Dasar Pembangunan Negara ( DPN ), Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Pendirian kerajaan telah menegaskan lagi dalam Wawasan 2020. JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional antaranya strategik politik, ekonomi,pendidikan, penggunaan Bahasa

Kebangsaan,Agama, Integrasi Wilayah dan lain-lain lagi. 3.2 Memperkasakan Sekolah Wawasan

Sistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerap semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Justeru itu pelajar dapat di latih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotism serta berakomodatif yang tinggi. Oleh yang demikian, usaha-usaha yang perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh kea rah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di nagara ini tanpa mengenepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah di persetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibubapa di beri kebebsan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Jika mereka Memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka. Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warga Malaysia tanpa mengira kaum. Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat orang bukan melayu. Dalam RMK ke 9, bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan 100% guru sekolah menengah dan 25% guru sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu di pupuk di sekolah tetapi jg di institusi pendidikan tinggi. Kerajaan juga turut menubuhkan Sekolah Wawasan. Di Malaysia hanya beberapa sekolah sahaja yang terlibat dengan Sekolah Wawasan.Ia adalah sebagai langkah untuk membina perpaduan di kalangan rakyat. Konsep Sekolah Wawasan bermaksud untuk dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran, dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi

kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagai melaksanakan secara bersama aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan mingguan, aktiviti kokurikulum, temasya sukan sekolah, hari kecemerlangan pelajar, hari kantin dan sebagainya. Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat di Malaysia. Antara matlamat-matlamat Sekolah Wawasan ialah mencapai perpaduan dan integrasi nasional melalui perkongsian prasarana, interaksi yang meluas serta sumber secara optimum meliputi kepelbagaian pelajar. Terdapat beberapa cirri penting bagi sesebuah Sekolah Wawasan, antaranya ialah setiap sekolah di uruskan oleh seorang guru besar dan salah seorang guru besar tersebut dilantik sebagai penyelaras bagi sekolah-sekolah yang terdiri daripada pelbagai aliran. Aktiviti-aktiviti perhimpunan dan sukan turut dilaksanakan bersama dan yang lebih penting ialah Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di luar bilik darjah. Buat masa ini hanya lima buah kompleks Sekolah Wawasan sahaj yang beroperasi iaitu Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Star,Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang, Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15,Subang Jaya,Selangor dan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak. Dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi nasional, kerajaan turut melancarkan satu projek yang berteraskan integrasi iaitu Program e-Integrasi. Projek ini merupakan satu projek yang berasaskan teknologi maklumat yang mana semakin pesat membangun pada hari ini. Program ini telah dilancarkan pada tahun 2005 oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pulau Pinang yang pada msa itu beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 . Fakta ini di kukuhkan lagi dengan artikel di bawah : PERASMIAN PROGRAM E-INTEGRASI MILENIUM Posted by azilawani on 01/06/2011 16:47:56 penggunaan

Tarikh Peristiwa : 29.1.2005

Pada hari ini dalam tahun 2005, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Program e-Integrasi Milenium bertempat di Dewan Millenium, Pulau

Pinang. Program e-Integrasi disertai oleh 60 buah sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan projek perintis yang menggunakan Teknologi Maklumat bagi menjalin jaringan hubungan antara pelajar sekolah di Pulau Pinang. Program e-Integrasi mengandungi 10 modul maya dengan 150 adegan interaktif melalui teknologi menarik seperti unsur-unsur animasi, flash sistem bunyi yang canggih dan perisian multimedia interakif. Program e-Integrasi adalah sebuah projek di bawah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang telah diilhamkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 1986 iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran. Sesungguhnya Program e-Integrasi berjaya menjadikan teknologi komunikasi maklumat (ICT) sebagai pendekatan untuk mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan pelajar dan wadah bagi mewujudkan semangat muhibbah dan menyemarakkan lagi integrasi kaum di negara ini.ix Program e-Integrasi ini merupakan satu program yang menggalakkan para pelajar dari sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan untuk berinteraksi antara sama lain melalui permainan computer yang direka khas berteraskan tema perpaduan kaum. Ia bermatlamat untuk memastikan mereka mula berinteraksi antara satu sama lain secara maya dan kemudiannya berjumpa untuk mengukuhkan semangat berpasukan yang telah mereka bina melalui permainan komputer itu.x Namun begitu, Program e-Integrasi ini masih dalam permulaan dan hanya melibatkan 60 buah sekolah di Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, masih terdapat banyak cara yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai langkah untuk memupuk perpaduan di antara kaum di Malaysia.

3.3

Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) Wujudnya Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) pada 2004 bagi menyatupadukan

remaja lepasan sekolah yang pelbagai kaum. Program ini mewajibkan pelajar-pelajar berumur 17-18 tahun yang terpilih mengikuti satu program selama tiga bulan di kem-kem yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia. PLKN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurukulum multi disiplin yang merangkumi empat modul iaitu modul fizikal ( merangkumi aktiviti kawad, merempuh halangan, merentas desa dan kembara hutan ), Modul Kenegaraan ( pengetahuan tentang dan mencerpembinaan negara atau nation- building ), Modul Pembinaan Karakter ( penerokaan sendiri dan hubungan interpersonal ), dan Modul Khidmat Komuniti (

merangkumi aktiviti gotong royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar ). Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni,

menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan. PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang di jalankan menekankan semangat muhibbah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak mengira kaum atau agama. Usaha kerajaan dalam mengeratkan lagi perpaduan dan integrasi nasional diteruskan oleh Dato Sri NajibMohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6, yang mana beliau telah mewujudkan program Perpaduan Matlamat 1 Malaysia.Sehingga kini isu perpaduan masih lagi releven dan tidak boleh di pandang sebelah mata kerana impaknya begitu mendalam pada kemajuan negara dalam semua aspek. Sama ada kita sedar atau tidak, kejayaan negara yang dikecapi hasil suatu usahayang konsisten dari semua pihak dalam mengekalkan keamanan sejagat melalui perpaduan. Buktinya, konsep perpaduan yang diperjuangkan oleh Dato Sri Mohd Najib adalah kesinambungan dari perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman ( Penggerak Minda Rakyat 2010 ). Halangan halangan dalam menyatupadukan perpaduan dan integrasi nasional di

4.0

kalang masyarakat Malaysia. Walaupun pelbagai usaha dan strategi dilaksanakan dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasiaonal, namun masih terdapat pelbagai halangan yang menjadi masalah dalam pembentukan masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. Nilai dan sikap masyarakat yang berprasangka, perkauman dan etnosentrisme merupakan faktor asas kepada halangan-halangan lain, Nazaruddin Hj.Mohd Jali ( 2001 ). Halangan-halangan yang timbul dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia boleh dilihat dari perspektif sosial, kebudayaan, ekonomi, politik dan faktor fizikal.

4.1

Sosial Dalam aspek sosial, halangan yang timbul ialah tahap kefahaman yang rendah tentang

cara hidup dan masalah-masalah hidup kaum yang lain. Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum. Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum. Oleh sebab itu, wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum lain ini biasanya disebabkan oleh pendedahan yang kurang mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia. Halangan yang seterusnya ialah mewujudkan sekolah jenis kebangsaan. Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia. Namun begitu, ia tidak menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaanyang menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah. Dengan adanya sekolah-sekolah ini mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum yang berlainan . Maka semangat kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan seterusnya menjadi penghalang kepada perpaduan. Bagi ibu bapa, mereka juga lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Ini kerana mereka tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakkannya terdiri dari pelajarpelajar Melayu. Dalam konteks sosial juga dapat diperhatikan kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. Contohnya di Kuala Lumpur, penduduk Cina lebih banyak tertumpu di kawasan Pudu, kaum India di kawasan Brickfield dan Sentul manakala kaum Melayu pula di kawasan Kampung Baru. Keadaan ini berlaku kerana mereka merasakan lebih selamat tinggal bersama pendudukpenduduk yang sekaum dengan mereka.

4.2

Ekonomi Perbezaan pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada

perpaduan dari segi ekonomi. Dasar pecah dan perintah British sebelum zaman kemerdekaan turut mempengaruhi nilai-nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia hingga kini. Sebelum zaman kemerdekaan, British telah meletakkan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum

Melayu,Cina dan India di tempat yang berbeza mengikut peranan masing-masing. Pemerintahan tersebut bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu di samping menjarakkan jurang perpaduan di antara kaum. Kaum Melayu di galakkan tinggal di kawasan kampung untuk menguruskan pertanian,kaum cina pula di tugaskan bekerja di lombong-lombong bijih timah dan tinggal di bandar, manakala kaum India pula bekerja diestet-estet dalam menguruskan ladang getah di tanah melayu. Menurut Rohani (2003) Implikasi dari dasar pecah dan perintah, ketiga-tiga kaum tersebut hanya berinteraksi ketika mereka menjalankan perniagaan jual beli di pasar. Hujah ini disokong oleh Hagiwara ( 1979 );dasar pecah dan perintah British telah mengasingkan ketiga-tiga komuniti ras-ras dan etnik antara satu sama lain kecuali dalam bidang penukaran ekonomi dalam perniagaan. Pergerakan politik berlainan mengikut garis golongan etnik juga muncul di Semenanjung Malaysia. Setiap parti politik yang muncul hanya mempunyai sedikit perhubungan antara satu sama lain dan mereka akan berusaha mengukuhkan identiti dan kesedaran ras etnik sendiri. Implikasinya hingga ke hari ini, penempatan kaum Melayu masih lagi di kampung dan desa kecil yang jauh tertinggal dalam arus kemajuan. Berbeza pula kaum Cina yang mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dalam kemajuan kerana peratusan keuntungan perniagaan di bandar-bandar besar berlipat ganda dari perniagaan berasaskan pertanian yang dijalankan di kampung-kampung yang selebihnya dipelopori oleh orang Melayu sendiri.

4.3

Agama Dan Budaya Antara halangan yang timbul dari segi kebudayaan ialah proses pemasyarakatan yang

terbatas dalam kumpulan etnik sendiri. Maksudnya dalam proses pemasyarakatan tidak ada pendedahan kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain. Maka cara hidup kaum-kaum lain tidak diketahui dan ia akan menja di penghalang kepada pembinaan hubungan baik antara kaum. Proses pemasyarakatan ini merangkumi pendidikan di sekolah serta asuhan ibu bapa. Perbezaan budaya dan agama juga turut menjadi persoalan mengenai faktor kegagalan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia ketika itu. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, LaoTze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Ada yang berpendapat, bahawa kejahilan terhadap agama yang dianuti oleh segolongan masyarakat menyebabkan salah tafsiran dan membuat kesimpulan mereka perlu memerangi individu dan kelompok masyarakat

yang berbeza pegangan dan agama dengan mereka. Isu ini menjadi barah hingga menyebabkan kebencian dan syak wasangka di kalangan masyarakat menular sesama sendiri. Kesannya, masyarakat Malaysia mula berantakan pada 13 Mei 1969. Seharusnya isu perbezaan agama dan budaya tidak sepatutnya dijadikan isu yang boleh menimbulkan sebarang sentimen perkauman. Apa pun agama yang dianuti, rata rata menyeru agar penganutnya melakukan kebaikan, bersatu padu, berahlak mulia dan melarang sebarang perbuatan yang menjurus kepada kehancuran. (Majalah Info, 2010, halaman 24) Firman Allah S.W.T bermaksud; Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah S.W.T serta bertakwalah kamu kepada-Nya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul dan sempurna dan janganlah kamu menjadi daripada mana mana golongan yang musyrik iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka, mereka berselisih pula menjadi berpuak puak, tiap tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya ( daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu Surah Al Rum, ayat 31 - 32 Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas, jelas membuktikan bahawa Islam melarang sebarang persengketaan yang sia sia. dalam menjaga perpaduan negara, agama Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, namun begitu Malaysia tidak menyekat mana mana kaum mengamalkan agama yang dianuti. Asas pengangan agama yang kuat mewujudkan keharmonian dan sikap hormat menghormati dalam kelompok masyarakat Malaysia Menurut Laurent Merzger (2007) menyatakan sikap orang Melayu yang suka menabur janji atau lebih tepat dengan istilah janji Melayu turut menjadi punca kepada keretakan perpaduan di Malaysia. Seperti menjadi kebiasaan dan rutin harian bagi golongan masyarakat kaum Melayu yang tidak begitu menitikberatkan dalam mengotakan janji yang telah diberikan. Mengambil petikan dari tulisan Dr Mahathir Mohamad: time does not seem to be appreciated by Malays. Life is valuable, but time is not. berdasarkan pendapat Dr Mahathir, jelas terserlah sikap orang Melayu yang suka menabur janji dan melengah lengkahkan kerja hingga ke minit terakhir memberi satu persepsi yang negatif terhadap kaum Melayu itu sendiri. Budaya ini memberi imej yang buruk kepada orang Melayu dalam proses menjiwai perpaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia. Sama ada kita sedar atau tidak, budaya negatif ini mempengaruhi hubungan sosial, ekonomi serta kebudayaan kaum Melayu dengan kaum lain. Kaum lain hilang keyakinan dalam menjalankan proses perniagaan dengan kaum Melayu. Kaum lain hilang kepercayaan dalam menjalinkan proses pembangunan bersama sama kaum Melayu implikasi dari budaya orang Melayu yang tidak mahu berusaha membaiki kelemahan dirinya sendiri. Jika budaya ini berterusan menular dalam kalangan orang Melayu, kita akan terus tertinggal ke belakang dan perasaan syak wasangka dan iri hati terhadap kejayaan kaum lain akan terus menebal dan misi dan visi perpaduan hanya tinggal menjadi angan angan dan akhirnya menjadi mimpi yang tidak kesampaian.

4.4

Politik

Selain itu, salah satu sikap orang Melayu yang dianggap lemah ialah budaya politik wang yang semakin berleluasa di kalangan parti politik Melayu itu sendiri. Amalan politik wang yang berlaku di Malaysia memperlihatkan ketidak tulusan parti politik dalam memperjuangkan hak kaum kaum di Malaysia. Seperti senario politik di serata pelosok dunia, parti politik di Malaysia tidak terlepas dari amalan politik wang sehingga menyebabkan pegangan dan prinsip parti diketepikan demi kepentingan sesuatu individu. Mengambil petikan Yahaya Ismail (2003) yang menyatakan: since 1987, UMNO has been nurturing dan promoting materialistic cultural values for politcal power jelas memperlihatkan kelemahan parti dalam menangani masalah budaya politik wang. Implikasi dari amalan politik wang, perpaduan di antara kaum menjadi bertambah sukar, kepercayaan terhadap parti parti politik yang seharusnya menjadi tunggak perpaduan menjadi rapuh dan hilang ditelan kerakusan amalam politik wang terbabit.xi

4.5

Pemisahan fizikal Pemisahan fizikal merupakan masalah jarak antara wilayah yang jauh seperti

semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.voleh sebab itu, golongan etnik di Semenanjung Malaysia tidak dapat mengenali kehidupan etnik lain yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Dengan itu prasangka, mementingkan kaum sendiri dan etnosentisme semakin menebal dalam diri setiap etnik.

5.

Cara Mengatasi

Dalam usaha membentuk sebuah masyarakat majmuk yang hidup bersatu padu, langkahlangkah untuk membendung masalah yang menjadi penghalang ke arah mencapai matlamat yang diharapkan perlu dijalankan.

Langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional boleh dikategorikan kepada dua iaitu dari aspek pembangunan diri iaitu menekankan kepada pembangunan pemikiran setiap anggota masyarakat agar menjadi rasional dan mampu menimbang sesuatu keadaan dengan seadil-adilnya atau secara ringkasnya bermaksud pembangunan personaliti. Aspek yang kedua ialah pemabngunan fizikal dan sosial yang menekankan kepada perubahan struktur masyarakat melalui pembangunan fizikal dan sosioekonomi yang hasil seterusnya merupakan perubahan susunan masyarakat dan hubungannya dengan faktor-faktor ekonomi dan kemudahan sosial, Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al (2001).

5.1

Strategi Pembangunan Diri Salah satu langkah dalam pembangunan diri ialah pemasyarakatan dan pemasyarakatan

semula.Ia merupakan satu langkah untuk mendedahkan cara hidup, keadaan hidup dan masalah hidup antara satu kaum. Antara contoh usaha-usaha yang dijalankan bagi menjayakannya ialah penyelarasan kokirikulum dan kurikulum di institusi-institusi pengajian seperti sekolah, universiti dan sebagainya serta perlaksanaan program Rukun Tetangga. Pengurangan indentifikasi kelompok juga mampu meningkatkan darjah keterbukaan diri terhadap kumpulan dan budaya lain. Konflik yang timbul oleh tuntutan-tuntutan kumpulan juga dapat dikurangakn melalui strategi pembangunan diri. Contoh utama yang boleh dilihat ialah pembentukkan Barisan Nasional yang menggabungkan parti-parti politik iaitu UMNO, MCA dan MIC. Selain itu, perlaksanaan dasar mengenai hal-hal seperti perumahan dan perniagaan yang mampu membina hubungan kohesif juga dapat diwujudkan. Hubungan kohesif penting bagi memastikan setiap kumpulan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi kumpulan-kumpulan lain.

5.2

Strategi Pembangunan Fizikal dan Sosial

Pelbagai program telah dilaksanakan dalam mengemaskini dan meningkatkan strategistrategi sosiekonomi. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru. Langkah ini penting bagi memastikan struktur ekonomi sesuai dengan keadaan semasa supaya matlamat pembangunan perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai. Dalam mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat, terdapat juga langkah untuk menukarkan konsep-konsep yang bersifat memecah belah. Sebagai contoh ialah konsep Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Ia merupakan satu perkara yang boleh meninggalkan impak yang negatif kepada hubungan antara etnik. Ini kerana ia boleh menonjolkan segregasi entiti-entiti tertentu dan menimbulkan rasa berbeza antara satu sama lain. Oleh yang demikian konsep yang neutral harus diperkenalkan seperti konsep Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Langkah yang seterusnya ialah dengan menukarkan pegawai-pegawai antara wilayah. Ia adalah berfaedah kerana kepakaran-kepakaran pentadbiran dapat diagihkan dengan saksama. Selain itu sikap kedaerahan dapat dikurangkan dan sekali gus meningkatkan kefahaman mengenai cara hidup kumpulan etnik lain. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan dan penyiaran oleh media mengenai kehidupan komuniti lain dapat meningkatkan kedekatan fizikal di kalangan rakyat. Institusi famili, pertubuhan-pertubuhan sosial dan agensi-agensi lain yang berfungsi sebagai institusi-institusi sosial sepatutnya mengendalikan aktiviti-aktiviti yang melibatkan rakyat berbilang kaum seperti gotong royong dan sebagainya.

6.

Kesimpulan Kesimpulan yang boleh di buat di sini bahawa perpaduan merupakan elemen utama

dalam pembangunan masyarakat dan negara. Kepelbagaian budaya seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman atau jurang kepada perpaduan dan integrasi nasional. Segala usaha yang dirancang dan dilakukan oleh kerajaan sudah cukup membuktikan bahawa kerajaan sedaya upaya ingin menjadikan negara ini berada dalam keadaan selesa dan aman dan tiada isu perkauman walaupun mempunyai masyarakat yang pelbagai budaya dan pegangan.

Hanismmu.blogspot.com/2009/04/perpaduan.html Udienbudakpj.blogspot.com

ii

iii iv

Rujukan Modul Hubungan Etnik/ UTA 1062/USIM/teori dan konsep dalam hubungan etnik Aneptmalek90.blogspot.com/2012/03/assignment-hubunganetnik-sem.3.html v Aneptmalek90.blogspot.com/2012/03/assignment-hubungan etnik-sem.3html
vi

Hanismmu.blogspot.com/2009/04/perpaduan.html Hanismmu.blogspot.com/2009/04/perpaduan.html viii http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan ix http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=4617 x Berita Harian ( 28 April 2004 ) xi Aneptmalek90.blogspot.com/2012/03/assignment-hubungan etnik-sem.3.html
vii

You might also like