You are on page 1of 21

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

November 28th, 2007 | by admin |

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 3 kg Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 3 kg Penambahan darah : 1.5 2 kg Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 2kg Pembesaran payudara : 0.75 1 kg Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 1 kg Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 1 kg Plasenta (uri) : 0.5 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar. Makanan semasa mengandung Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan

kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol. Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat. Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad. Makanan berkanji roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain) Makanan berprotein tinggi Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Makanan berkalsium tinggi Susu, yoghurt, cheese. Makanan berserat tinggi Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid Makanan Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus) Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacobs atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain. Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi

Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda. Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiatbiar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat. p/s: inginkan informasi yang lebih? Gunakan aplikasi ini..

Enter your search terms Submit search form

1. 21 Responses to Panduan Pemakanan Ibu Mengandung


2. By norzie on Dec 13, 2007 | Reply

saya ingin mengetahui bagaimana cara untuk mengatasi masalah loya dan mual dan apakah makanan paling baik ketika semasa sintom loya, muntah-muntah dan mual berlaku.
3. By norzie on Dec 13, 2007 | Reply

saya baru diperingkat awal kehamilan. payu dara saya kadang-kadang rasa sakit dan saya menjadi tidak selesa untuk memakai bra. sekarang saya hanya memakai sleeve less sahaja sebagai baju dalam. adakah tindakkan saya itu akan memberi sebarang kesan yang baik atau buruk?
4. By norzie on Dec 13, 2007 | Reply

kandungan saya baru berusia 8 minggu. saya mengalami masalah sentiasa berasa sejuk yang teramat, tetapi saya tidak mengalami demam. jika saya berasa sejuk sedikit, saya akan berasa mual dan akan muntah dengan teruk. keadaan ini membuatkan saya berasa sangat tidak selesa. kenapa keadaan ini berlaku dan bagaimana perlu saya hadapi.

5. By admin on Dec 18, 2007 | Reply

Norzie, Banyak soalan Norzie.Terima kasih kerana sudi bertanya. Insya Allah, saya akan cuba jawab soalan-soalan Norzie melalui posting-posting yang seterusnya. Nak jawab melalui kotak komen ni cam tak bes sebab sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi pengetahuan tu dengan yang lain-lain. Tunggu ek
6. By NURUL on Jan 22, 2008 | Reply

saya ingin bertanya macam mana pengiraan kandungan saya. last saya datang haid ialah pada 05/11/2007. selepas itu saya tidak datang lagi,dan saya pun disah kan mengandung. tetapi saya langsung tak pasti tentang pengiraan ini. saya harap dapat jelaskan kepada saya tentang pengiraan ini.
7. By Hana on Jan 22, 2008 | Reply

saya masih diawal kehamilan 3 minggu. saya risau dengar kawan saya gugur di peringkat 1 bulan. apa kah yang saya perlu buat bagi memastikan kandungan saya kuat. adakah dengan suka berjalan memberi effek senang keguguran.
8. By linda on Apr 18, 2008 | Reply

usia kandungan saya sudah mencecah 15 minggu. apa yang merisaukan saya ialah kerana saya mengalami masalah penurunan berat badan dimana, semasa diawal kehamilan berat badan saya ialah 52 kg dan yang terkini ialah 50 kg. untuk pengetahuan ukuran tinggi saya ialah 158 cm. saya kini berada diluar negara dan bakal melahirkan anak disini. saya juga mempunyai masalah iaitu kurang selera makan terutama nasi dan sayur tetapi saya banyak mengambil buah-buahan. walaubagaimana pun saya cuba untuk memastikan yang diri saya sentiasa kenyang iaitu dengan hanya memakan roti dah mee. saya juga tidak mempunyai sebarang masalah seperti mual, muntah dan pening. keadaan diri saya juga sentiasa sihat cuma apa yang merisaukan ialah adakah penurunan berat badan ini akan menganggu tumbesaran janin dan perlukah saya mengambil supplemant tambahan bagi melengkapkan pemakanan saya?
9. By eda on May 22, 2008 | Reply

saya ingin mengetahui pengiraan yang betul tentang berapa minggu kandungan saya. Saya difahamkan oleh doktor yang saya telah hamil selama 6 minggu. Last saya datang bulan adalah pada 3/04/08 hingga 7/04/08. Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengiraan yang tepat sebab saya mengandung anak yang pertama .
10. By masnor on Jun 21, 2008 | Reply

saya mengandung baru dalam 7 minggu, saya nak tanya adakah kalau saya selalu naik tangga boleh sebabkan keguguran. maklumlah saya menyewa dirumah flat
11. By lieza on Jul 2, 2008 | Reply

salam, kandungan sya berusia 3bulan lebih skrg. yg merisaukan saya adalah sakit di pangkal ari2.rasa sakit apabila bangun dr duduk dan melakukan aktivit2 yg memerlukan tenaga yg byk. sakit tersebut dtg kdg tp menggangu kerja seharian saya.utk makluman, sya kerap melakukan seks dgn suami dan kerap orgasme.adakah itu menjadi penyebab atau ada sbb lain.mohon bg pandangan dan bantuan..
12. By munirah on Jul 20, 2008 | Reply

salam, cuba petua ni.sebelum mnum segelas air,selawat 3 kali dan berdoa supaya alahan berkurang.insyaAllah,akan menjadi
13. By munirah on Jul 20, 2008 | Reply

saya pernah mengalami keguguran pd usia 7 mnggu.sedih teramat.sebenarnya tak ada petua untuk menguatkan rahim.percaya pd rezeki Allah.ramai kawan saya yg lasak awal kehamilan tapi selamat jugak sampi 9bln.ada kawan yg terlalu mnjaga kandungan tapi akhirnya keguguran jugak.banyakkan berdoa.
14. By lisa on Oct 30, 2008 | Reply

saya ingin bertanya macam mana pengiraan kandungan saya. last saya datang haid ialah pada 31/08/2008. selepas itu saya tidak datang lagi,dan saya ada berjumpa dengan bidan/mkck bidan ni ckp sy da mgndung.lgpun sjk 2 3 mgu kbelakangn ni sy selalu skit pinggang n kat bhagian ari2.st tkot nk buat upt krne tkot kptsn -ve, n klo sy wat scan adkh bleh tau adkh sy pregnant @ x?
15. By mas on Jun 25, 2009 | Reply

salam..saya baru mengandung 8 minggu..masalah saya ialah pada awal kehamilan (5 minggu pertama) dulu saya berselera sangat mkn..semua saya mkn, masuk minggu ke 8 ni..tak tau la knape saya rasa lapar tapi tak berselera nak makan..semua mkn skit je..saya jgk selalu sakit gusi kalo mkn keras2..risau saya keadaan mcm ni..spatutnya saya kena mkn byk utk tumbesaran baby..tp x selera ..camane ni?
16. By liza on Jul 9, 2009 | Reply

saya telah mengandung 5 minggu. saya nak tahu sekiranya saya nak menurunkan berat badan dalam masa hamil. apa pendapat yang perlu saya tahu.
17. By halimah on Jul 12, 2009 | Reply

salam, saya mengandung 3 bulan dan disahkan kandung anak kembar. saya mengalami masalah mabuk dan kurang selera makan, keletihan dan rasa kejang dibahagian pinggang dan punggung. adakah gejala ini normal bagi ibu yang mengandung anak kembar? apakah makanan gantian kalau saya tak suka makan nasi dan ikan?
18. By deqho on Jul 16, 2009 | Reply

sy mgandung 6minggu,nk tanya psl cara mgatasi loya dan muntah?

19. By ana on Aug 4, 2009 | Reply

salam,disini saya ingin bkongsi sedikit pengalaman dan mungkin akan menjawab sedikit sbyk persoalan kwn2.saya sdg mengandungkan anak sulung.usia kandungan saya 10mggu.saya ni jenis yang suka bertanya terutama dgn doktor.saya pn dulu musykil cara pengiraan kehamilan ttp slps btanya doktor baru saya jelas n faham. mengikut doktor, mereka mengira kandungan kita dr hari pertama kita dtg period.sbb itu tarikh peroid yg tepat adalah pnting bg mereka.walaubagaimanapun usia sebenar bayi dlm kandungan kita adalah kurang smggu dr trkh tersebut.jika kandungan saya 10mggu maka usia baby saya yg sbnr adalah 9mggu.kerana smggu pertama itu adalah masa period saya.Jgn takut utk lakukan pregnancy test.Jika +re alhmdlh ttp jika sblknya kita boleh mcuba lg.smua itu adalah rezeki dr Nya.pada mulanya,pregnancy test pertama saya -re kmudian smggu slps itu period msh juga xdtg2,alhmdlh pregnancy test kali ke 2 +re dan utk lbh pasti saya telah melakukan scan dan doktor mengesahkannya mmg +re.Jadi kpd kwn2 yg msh rsau samada pregnant atau x,cubalah lakukan pregnancy test.
20. By Roseshedah on Aug 5, 2009 | Reply

saya ingin bertanya kandungan saya sekarang 23minggu.berat saya sebelum pregnant adalah 45kg.sekarang berat meningkat kepada 51kg,adalah normal untuk kesihatan saya dan juga bayi dalam kandungan saya.???berapa berat yang perlu saya tambahkan sehingga saya bersalin nanti???
21. By azura on Aug 10, 2009 | Reply

saya telah mewarnakan rambut pada kandungan berusia 28 minggu..dan kini saya risau jika ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi yang saya kandung..
22. By zara on Aug 13, 2009 | Reply

sy ingin bertanya..sy hamil 1 bulan 2 minggusy sekarang sy dan kandungan siaht..sy tidak mengalami sebarang maslah seperti muntah.mabuk dan pening seperti mana ibu2 lain mengandung maslah sy sekarang simtem2 ibu mengandung ini telah dialami pleh suami sy sendiri sudah hampir 2 minggu dia xboleh berkerja kerana muntah.mabuk.tidak lalu makan..tetapi dia tidak demam .: Persediaan Sebelum mengandung :. Bagaimana proses kehamilan berlaku? Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim. Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.

kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahuntahun untuk memperoleh zuriat. setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi). Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil. Merancang untuk mengandung? Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah. Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup. Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja). Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun. Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja. Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ' fertile period '. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan. Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil. Bagaimana merancang jantina? Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal. Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih: Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid. Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut: Merancang anak lelaki 1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. 2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. 3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi. 4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses layering, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan. Merancang anak perempuan 1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut. 2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. 3. Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan. Pemeriksaan kesihatan 1. Ujian Darah Ujian darah merupakan proses penting untuk mengesan paras hormon dan ia juga boleh menentukan samada anda ada mengeluarkan benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone akan dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Jadi bagi anda yang pusingan haid tidak teratur - contoh datang haid 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali, maka anda tergolong dalam kategori tidak subur kerana benih anda keluar dengan tidak teratur.

Dalam hal ini anda dinasihatkan menjalani beberapa ujian bagi mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting untuk menyukat paras hormon dalam aliran darah kita ialah seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin . 2. Ujian D&C Ujian D&C pula adalah khusus untuk wanita yang mempunyai masalah tidak subur . Ia sebenarnya berupa pembedahan kecil yang dilakukan dengan cara pangkal rahim akan dikembangkan. Proses ini dinamakan 'dilatation'. Ruang rahim tersebut kemudiannya dikikis dengan alat tajam digelar 'curettage'. Tatacara ini dilakukan kepada anda yang mempunyai pangkal rahim yang sempit. Dengan ini akan memudahkan benih lelaki masuk ke dalam sistem peranakan anda. Melalui kaedah atau proses mengikis ruang rahim juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D&C juga boleh dilakukan untuk mengetahui samada anda boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini juga merupakan salah satu bukti yang secara tidak langsung bagi menentukan keluaran benih anda. Sesetengah doktor mungkin akan mengunakan kaedah pancutan air berwarna 'insufflation' ke dalam salur peranakan anda. Tatacara ini bertujuan untuk menguji samada salur 'fallopian' anda terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Namun ujian ini amat jarang dilakukan sekarang ini kerana ia tidak memberi kepastian keadaan pada saluran peranakan tersebut. 3. Pemeriksaan Fizikal Biasanya bahagian anggota badan yang akan diperiksa: 1. Buah dada 2. Kilang tiroid pada leher 3. Sistem peranakan Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih. Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan. 4. Pemeriksaan Sistem Peranakan Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan kita normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak. 5. Jangkitan Faraj

Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga antara rakan kita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan ini boleh menyebabkan masalah kesuburan.

6. Pemeriksaan Laparoskopi Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sebarang penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan segera yang sewajarnya perlu diambil. Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis . Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak. Bagi anda yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kemungkinan akan dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih. Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari. ( Cadangan : Bagi anda yang ingin melakukan pemeriksaan laparoskopi, biasanya perlu dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Anda akan dibius bagi menjalani pemeriksaan ini. Namun di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN , pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu anda bermalam di wad. Anda hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama) 7. Ujian Hysterosalpingogram Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram . Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu

beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku. Tanda-tanda kehamilan Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira. Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit. Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Namun muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja. Pada kebiasaannya ia akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya. Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya. Terdapat juga simptom-simptom lain: keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung terasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami atau pembantu rumah. ( Anda boleh mendapatkan STAMINEX - untuk memberikan tenaga sepanjang hari walaupun anda dalam keadaan sibuk) Bagaimana nak pastikan mengandung? Selain daripada pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik swasta, anda juga boleh melakukan pemeriksaan kehamilan anda di rumah.

Pemeriksaan kehamilan tersebut ialah Uurine Pregnancy Test atau UPT iaitu menggunakan air kencing. Kaedah ini paling popular kerana ia:

mudah dilakukan mudah didapati murah (dari RM 5.00 ke atas sahaja) ada 'privacy' keputusan segera

Perkara-perkara yang perlu disediakan: Alat untuk menguji air kencing ini terdiri daripada beberapa jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk setiap unit. Setiap alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ada 3 jenis utama : Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung. Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil. Air kencing. Penggunaan air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi dalam air kencing pada masa tersebut. Bermasalah Untuk Hamil Biasanya terdapat beberapa faktor kenapa anda mempuyai masalah untuk hamil. Ada sesetangah wanita yang boleh hamil tetapi sering gugur, manakala langsung sukar tidak hamil walaupun sudah berumah tangga sehingga berpuluh-puluh tahun. Bagi yang kes yang hamil tetapi sering gugur, anda digalakkan mengambil produk B1 bersama Ekonopek Griptite bersama STAMINEX. Ia dapat membantu merawat dalaman anda serta meningkatkan pengaliran darah. Malahan produk ini juga dapat memberikan keseimbangan hormon di dalam badan anda. STAMINEX juga turut membantu memberikan tenaga kepada anda.

Diet Pemakanan Ibu Hamil


28 01 2010

Hari ini, genaplah satu bulan usia kandungan yang kerap buat ibu tidak sedap badan. Meskipun masih sangat awal, namun ibu sudah mula semakin penat lantas perlu meningkatkan kesabaran dan kekuatan. Terima kasih kepada suami tercinta atas sokongan dan semangat, atas segalagalanya. Terima kasih, abang. Jesteru, dalam masa yang sama, ibu perlulah mengikuti diet pemakanan yang betul. Artikel di bawah adalah ditulis oleh Miey Ahmad. Moga bermanfaat buat ibu-ibu yang diharapkan sihat sejahtera selalu. Pentingnya pemakanan sepanjang kehamilan. Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat. Ini kerana semua makanan yang anda makan akan menjadi makanannya juga. Antara zat yang penting dalam pemakanan ibu hamil ialah:
1. Protein meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh

meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu. 2. Karbohidrat Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. Asid Folik mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Selenium mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari. Flavonoids Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda. Zat Besi amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe. Vitamin E Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE. Kalsium - kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil. DHA DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

Doakan ibu dan baby sihat selalu, moga diberkati, dirahmati dan dimudahkan segala urusan.

09 February 2009
Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Dari comelnya.com

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 - 3 kg Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg Penambahan darah : 1.5 2 kg Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg Pembesaran payudara : 0.75 1 kg Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 1 kg Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 1 kg Plasenta (uri) : 0.5 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar. Makanan semasa mengandung Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat. Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad. Makanan berkanji roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain) Makanan berprotein tinggi Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Makanan berkalsium tinggi Susu, yoghurt, cheese. Makanan berserat tinggi Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid Makanan

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus) Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacobs atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain. Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda. Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiatbiar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 - 3 kg Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg Penambahan darah : 1.5 2 kg Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg Pembesaran payudara : 0.75 1 kg Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 1 kg Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 1 kg Plasenta (uri) : 0.5 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar. Makanan semasa mengandung Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol. Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat. Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad. Makanan berkanji roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain) Makanan berprotein tinggi Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Makanan berkalsium tinggi Susu, yoghurt, cheese. Makanan berserat tinggi Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid Makanan Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus) Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacobs atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain. Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya

bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda. Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiatbiar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

You might also like