You are on page 1of 18

Topik

1
1. 2. 3. Menerangkan artikulasi; definisi

Pengenalan Fonetik dan Fonologi

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: fonologi, fonetik, fonemik dan organ

Mengaplikasikan pengetahuan tentang alat-alat dan cara-cara penghasilan bunyi fonem; dan Mengaplikasikan ilmu fonologi dalam pengajaran bahasa.

X PENGENALAN
Topik ini akan memberi penjelasan yang ringkas tentang konsep dan definisi ilmu fonologi dan ilmu fonetik. Seterusnya, anda akan diperkenalkan dengan bidang-bidang fonetik iaitu fonetik artikulasi, akustik dan auditori. Anda juga akan dijelaskan berkaitan perbezaan antara bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Akhirnya, matlamat topik ini adalah untuk membantu pelajar mengenali bunyi bahasa Melayu dan seterusnya mengenal pasti alat-alat artikulasi atau alat pertuturan yang dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Di samping itu, topik ini juga menyediakan cadangan pengajaran di bilik darjah.

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

1.1

FONOLOGI

Sebelum kita mempelajari tatabahasa Bahasa Melayu, eloklah kita mempelajari ilmu fonologi dahulu, iaitu ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna bahasa Melayu menuturkan atau melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna dalam bahasa. Topik ini membincangkan secara khusus berkaitan dengan fonologi, fonetik dan alat artikulasi. Alat artikulasi ialah alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi tersebut supaya anda dapat menggunakan pengetahuan tentang alat-alat dan cara penghasilan bunyi fonem bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, sebagai guru bahasa Melayu anda haruslah dapat menggunakan pengetahuan tentang fonem segmental dan suprasegmental dalam pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Hal ini akan memudahkan anda membetulkan kesilapan sebutan yang dilakukan oleh murid-murid anda terutama sebutan fonem yang sukar dihasilkan oleh mereka yang menuturkannya sebagai bahasa kedua.

1.1.1

Definisi

Beberapa tokoh ilmu fonologi telah memberi definisi berkaitan ilmu fonologi ini, antaranya ialah:
Jadual 1.1: Definisi Ilmu Fonologi Definisi Menjelaskan ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumusrumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Menjelaskan ilmu fonologi merupakan linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi mengikut fungsinya. bidang bahasa Sumber Parker (1974:112)

Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) World Book of Dictionary


(Barnhart dan Barnhart, 1981: 1567) Abdullah Hassan (1993:40) Clark dan Yallop (1995:5)

Menyatakan ilmu fonologi sebagai the systems of

sounds used in a language.


Menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyibunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Menyatakan bahawa phonology is concerned with the organisation of speech within specific languages.

TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

Mendefinisikan

fonologi sebagai the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use.

Phonetics (Roach, 2001:111)

Mendefinisikan fonologi sebagai the study of sound

The Penguin Dictionary (2004:


1045)

systems of a language.

Berdasarkan definisi di dalam Jadual 1.1, ilmu fonologi dapat ditakrifkan sebagai ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik. Berdasarkan definisi di atas juga, cuba anda perhatikan dialog di bawah ini:

Rajah 1.1: Pecahan bidang fonologi

Bunyi ahem disambut dengan jawapan Nantilah, dah masak aku bagilah! menunjukkan bahawa tukang masak itu memahami maksud bunyi ahem tersebut (sila rujuk Rajah 1.1). Hal ini menunjukkan bahawa "ahem itu mempunyai makna. Jadi, adakah bunyi ahem itu digolongkan sebagai bunyi bahasa juga? Jawapannya, tidak sebab bunyi bahasa tersebut tidak dihasilkan

melalui pertemuan dua titik artikulasi.


Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Sehubungan dengan itu, fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, seperti di dalam Rajah 1.2.

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 1.2: Pecahan bidang fonologi

1.2

FONETIK

Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara ilmu fonologi dan ilmu fonetik? Bagi mengetahui perbezaan antara kedua-dua ilmu ini, eloklah kita meneliti terlebih dahulu definisi ilmu fonetik yang berada di bawah bidang fonologi ini. Perhatikan definisi ilmu fonetik seperti yang dijelaskan di dalam Jadual 1.2.
Jadual 1.2: Definisi Ilmu Fonetik Definisi Menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Memberikan definisi fonetik sebagai the study of the physical characteristics of human speech sounds. Fonetik ditafsirkan the body of speech sounds of any Sumber Kamus Dewan (2005:354)

International Encylopedia of Linguistics (1992:194) The World Book Dictionary (Barnhart


Barnhat, 1981:1566)

of
dan

one language and their relation to one another.


Menjelaskan bahawa fonetik ialah ilmu menyelidik penghasilan, penyampaian penerimaan bunyi bahasa. yang dan

Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) Marsono (1986:1)

Menyatakan ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang mengkaji bunyi bahasa dari pada segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya.

Abdullah Hassan (1993:40)

TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

Berdasarkan definisi di dalam Jadual 1.2, ilmu fonetik dapat dirumuskan sebagai kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik), dan pendengaran (auditori). Sila teliti Rajah 1.3 untuk mengukuhkan pemahaman anda.

Rajah 1.3: Kajian tentang fonetik

1.3

BIDANG-BIDANG FONETIK

Subtopik ini akan membincangkan tiga bidang utama ilmu fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Bidang-bidang ini akan dibincangkan dengan lanjut di dalam sub-topik berikutnya.

1.3.1

Fonetik Artikulasi

Fonetik artikulasi ialah bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Proses penghasilan sesuatu bunyi akan melibatkan organorgan seperti paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan bibir. Maksudnya, fonetik artikulasi ialah bidang yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara melepasi dua bibir. Antara sumbangan bidang kajian ini adalah menerangkan bagaimanakah cara menyebut atau membunyikan sesuatu huruf dengan tepat yang kebiasaannya diaplikasikan oleh ramai guru di dalam bilik darjah.

1.3.2

Fonetik Akustik

Fonetik akustik adalah ilmu yang mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombanggelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Antara aspek penting kajian ini adalah berkaitan dengan nada, ton, kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur. Kesemua gelombang bunyi bahasa dapat diukur dan dianalisis melalui alat seperti spektrogram yang menghasilkan graf gelombang

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

bunyi. Sumbangan utama bidang ini adalah untuk membantu penutur menuturkan bahasa dengan nada dan intonasi yang betul.

1.3.3

Fonetik Auditori

Fonetik auditori adalah ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran dan proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa. Kajian pendengaran meliputi semua alat atau organ pendengaran luaran dan dalaman telinga. Kajian tentang proses-proses pula melibatkan proses memungut rangsangan, menyalurkan rangsangan ke otak, dan seterusnya menganalisis. Tujuan utama bidang ini adalah untuk rawatan dan pemulihan khususnya dalam masalah pendengaran bahasa. Bagaimana pula tentang fonemik? Fonemik adalah bidang yang mengkaji bunyibunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

AKTIVITI 1.1
Anda telah mempelajari semua aspek yang berkaitan dengan fonetik Bahasa Melayu. Setelah memahaminya, bincangkan perkara-perkara yang berikut, iaitu: (a) (b) Nyatakan contoh fonem pinjaman dalam bahasa Melayu. Bincangkan dan nyatakan penghasilannya. Kepentingan ilmu fonologi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua.

1.4

PENGENALAN ORGAN ARTIKULASI

Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut. Banyak alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa. Alat yang terlibat ialah alat yang menerbitkan bunyi setelah udara daripada paru-paru dipam ke dalam organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam pengajaran ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan. Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang

TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

menyebabkan penghasilan bunyi. Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali sebagai organ artikulasi (sila lihat Rajah 1.4).

Rajah 1.4: Organ artikulasi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak Tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Rajah 1.4 menjelaskan bahawa terdapat 20 organ artikulasi yang mewujudkan bunyi bahasa. Namun demikian, dalam perbincangan ini kita akan huraikan tentang beberapa organ artikulasi yang penting sahaja. (a) Bibir Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Bibir terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Apabila kita membunyikan bunyi [i] misalnya, keadaannya menjadi hampar, sebaliknya apabila kita membunyikan [u] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [m], [p] dan [b] misalnya, udara disekat di bibir dan apabila bibir dibuka maka terlaksanalah bunyi yang dikehendaki. (b) Lidah Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah, hadapan, dan belakang. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif, boleh digerak-gerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk menyekat peredaran udara. Jadi, lidah aktif sekali dalam proses pengeluaran bunyibunyi bahasa dan ia disebut sebagai artikulator. Gusi (Alveolar) Gusi ialah organ pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung, melengkung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t], [d], [l], [r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit (Palatal) Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut dan berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung dan apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Organ ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau pun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukan bunyi sengau. Anak Tekak Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (malah anak tekak terletak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak biasanya berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama

(c)

(d)

(e)

TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak ini juga boleh digerak-gerakkan, sama ada dinaikkan atau diturunkan. Jika dinaikkan rongga hidung akan tertutup dan jika diturunkan rongga mulut pula tertutup. (f) Gigi Gigi juga mempunyai peranan dalam penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan berfungsi sebagai penahan udara daripada terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c], [q] gigi turut sama berperanan, iaitu sebagai daerah penyebutan. Rongga Sebagaimana yang dapat digambarkan dalam Rajah 1.3, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluarmasuk daripada paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula daripada ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian bibir (sebelah dalam) sementara rongga hidung bermula daripada bahagian di belakang anak tekak hingga ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau pun diturunkan. Pita Suara Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan bunyi. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Keadaannya adalah seperti Rajah 1.5 dan Rajah 1.6. Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru? Ia mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak di dalam peti suara. Membran menyerupai pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang daripada depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.

(g)

(h)

10

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

Rajah 1.5: Pita suara terbuka

Rajah 1.6: Pita suara tertutup

Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (sila lihat Rajah 1.5). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (sila lihat Rajah 1.6). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.

TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

11

(i)

Rahang Rahang tidak memainkan peranan penting semasa pengeluaran bunyibunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan terbuka antara kedua rahang (atas dan bawah) adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [i] dan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a] dan [e].

AKTIVITI 1.2
Lukis sebuah rajah yang menerangkan bunyi plosif [p]. Huraikan dengan mendalam organ yang terlibat dalam pengujaran bunyi tersebut. Berikan contoh perkataan yang mengandungi fonem [p] dan variasi fonem tersebut (alofon).

1.5

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BUNYI BAHASA?

Bunyi-bunyi bahasa pada gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang keluar daripada paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini. Bunyi bahasa adalah bunyi yang terdapat dalam apa juga bahasa di dunia ini. Dengan kata lain, bunyi bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, bunyi orang berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan (menggigil) dan sebagainya. Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita suara. Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara (atau khususnya glotis) itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara. Kalau keadaan glotis itu renggang atau terbuka, sewaktu udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara dikeluarkan daripada kedua-dua belah paruparu melalui ruang tenggorok dan pita suara, kemudian masuk ke rongga tekak, seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung. Dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara tersebut mungkin menerima

12

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak. Sekiranya semasa udara itu melintas pita suara yang tertutup rapat, udara terpaksa keluar secara terdesak, maka bunyi yang timbul adalah bunyi batuk. Kalau pita suara renggang sedikit, udara dapat keluar melaluinya menyebabkan ia bergetar, maka bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara. Apabila pita suara renggang udara boleh keluar dengan mudah dan pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar daripada pita suara tadi akan memasuki rongga tekak dan daripada sini, mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan udara ini sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. Kalau lelangit lembut dan anak tekak tidak menutupi ruang ke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi yang terhasil disebut bunyi sengau. Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup, udara keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau. Selepas udara melepasi pita suara, ia bergerak pula ke rongga tekak. Daripada rongga tekak, udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Lelangit manusia terbahagi kepada dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu, /a/ adalah bunyi oral. Bunyi nasal pula adalah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.

TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

13

1.6

PERANAN AHLI FONETIK DAN FONOLOGI

Ahli fonetik dan fonologi memainkan peranan yang besar dalam bidang kebahasaan. Antara peranan-peranannya dibincangkan di dalam subtopik berikutnya.

1.6.1

Bidang Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, ilmu fonetik telah memainkan peranan yang besar khususnya di peringkat sekolah rendah. Dalam pendidikan sekolah rendah misalnya, kanak-kanak akan diajar menyebut atau membunyikan sesuatu huruf dengan tepat oleh guru mereka. Kaedah membunyikan huruf dan suku kata merupakan kaedah ilmu fonetik kerana kaedah ini melibatkan pelbagai organ artikulasi seperti dua bibir, lidah, anak tekak dan sebagainya. Pengetahuan tentang titik artikulasi dapat membantu guru mengajar muridnya dengan baik. Selain itu, aktiviti lisan yang diajar oleh guru juga berkait dengan bidang fonetik dan fonologi, misalnya bertutur dengan menggunakan nada dan intonasi yang betul.

1.6.2

Bidang Perubatan

Ilmu fonetik semakin mendapat perhatian dalam bidang perubatan khususnya berkaitan masalah pertuturan. Kajian perubatan menunjukkan, bunyi sengau oleh anak-anak yang mempunyai masalah sumbing dapat diatasi dengan cara melakukan pembedahan pada bahagian lelangit. Dengan bantuan ahli fonetik, pakar perubatan akan cuba mengatasi masalah fonetik artikulasi (masalah organ artikulasi), akustik (masalah penyebutan) dan auditori (masalah pendengaran) supaya manusia dapat bertutur dan mendengar dengan lebih baik.

1.6.3

Bidang Komputer

Ilmu fonetik mula digunakan dalam sains dan teknologi sejak terciptanya alat spektrogram yang dapat menganalisis suara manusia dengan bantuan komputer. Pada hari ini, peranan ilmu fonetik melangkah selangkah lagi ke hadapan apabila semua teks dalam sesuatu bahasa dapat dibunyikan oleh komputer melalui kaedah teks bersuara misalnya yang telah digunakan oleh Syarikat Apple dalam semua operasi Mac OS Lion. Melalui kaedah ini, seorang pengguna bahasa Melayu dapat membaca teks bahasa Sepanyol dengan betul berdasarkan bantuan komputer.

14

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

1.6.4

Bidang Perkamusan

Ahli fonetik memberi sumbangan yang besar dalam bidang perkamusan. Sesuatu kata masukan atau entri perlu diberi cara sebutan yang betul. Di sinilah ahli fonetik akan membantu menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu wajar dibunyikan iaitu dengan penggunaan huruf-huruf khas yang dikenali sebagai huruf-huruf fonetik atau huruf IPA (International Phonetic Alphabet). Penggunaan huruf atau lambang fonetik dalam perkamusan akan membantu pengguna membunyikan sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Contohnya huruf fonetik yang digunakan untuk membunyikan perkataan [abroid] ialah [ br d]. Contoh huruf IPA seperti di dalam Rajah 1.7:

Rajah 1.7: Carta fonetik antarabangsa

TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

15

1.7

PENDEKATAN PEDAGOGI UNTUK MENGAJAR BUNYI BAHASA

Subtopik ini akan membincangkan pendekatan pedagogi untuk mengajar bunyi bahasa dengan lebih mendalam. Subtopik ini akan menyentuh makmal bahasa dan aspek pedagogi.

1.7.1

Makmal Bahasa

Makmal bahasa diperlukan untuk melakukan latihan penyebutan yang sistematik. Sebutan sistematik yang dimaksudkan adalah sebutan yang berasaskan transkripsi fonetik bahasa Melayu. Makmal yang lengkap ialah makmal bahasa yang mempunyai alat pendengaran telinga dan pemprosesan terjemahan.

1.7.2

Aspek Pedagogi

Pengajaran dan pembelajaran penyebutan fonem bahasa Melayu boleh dilakukan melalui pelbagai teknik. Yang paling baik adalah dengan mengikuti saranan golongan behaviourisme, iaitu dengan membuat latih tubi. Langkah pengajaran yang disarankan adalah seperti berikut: (a) (b) (c) Guru memperkenalkan lambang huruf atau fonem. Guru menyebut bunyi vokal dan konsonan. Guru boleh merakamkan suara melalui pita rakaman atau dengan menggunakan teknik digital recording dan boleh diulang-ulang. Yang lebih baik adalah dengan menggunakan teknik interaktif. Jika tersalah sebut, alat elektronik yang berkenaan dapat mengesannya dan mengarahkan pelajar menyebutnya semula (yang betul). Jika guru menggunakan sistem konvensional (tradisional) guru akan membetulkannya dan murid akan mengulangnya semula sehingga guru yang berkenaan berpuas hati. Murid secara kelas atau kumpulan besar boleh mengajuk apa-apa yang disebut oleh guru. Guru sebut, murid ajuk dan guru membetulkannya jika tersalah sebut. Murid secara kumpulan kecil empat hingga lima orang boleh mengajuk apa-apa yang disebut oleh guru. Guru sebut, murid ajuk dan guru membetulkannya jika mereka tersalah sebut.

(d)

(e)

16

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

(f)

Murid secara individu boleh mengajuk apa-apa yang disebut oleh guru atau rakan sebaya (pembimbing). Guru atau rakan sebaya sebut, individu mengulang sebutannya. Bagi penutur bahasa kedua teknik ini amat cocok. Begitu juga, bagi pemantapan dialek bahasa baku. Bagi dialek yang tidak baku, teknik ini memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid supaya membaiki sebutan yang tidak baku itu. Jika guru ingin melanjutkannya kepada sebutan untuk kata, frasa, klausa, ayat, atau perenggan, guru boleh menggunakan teknik ini, iaitu bermula daripada urutan (a) hingga (h).

(g)

(h)

Topik ini telah menghuraikan secara ringkas mengenai linguistik, cabangcabang linguistik dan hubungan linguistik dengan bidang lain yang bersangkutan dengan bunyi. Bidang fonetik dan fonologi dan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua kajian ini juga ditegaskan dan kaitannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya ditekankan juga definisi bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa supaya peminat bahasa dan pelajar bahasa mengetahui perbezaan di antara kedua-duanya. Ilmu fonologi adalah ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna bahasa Melayu menuturkan atau melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna dalam bahasa. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik. Tiga bidang utama ilmu fonetik adalah: (a) (b) (c) Fonetik artikulasi; Fonetik akustik; dan Fonetik auditori.

x x

TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

17

x x

Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut. Bunyi bahasa adalah bunyi yang terdapat dalam apa juga bahasa di dunia ini. Dengan kata lain, bunyi bahasa adalah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Antara peranan-peranan ahli fonetik dan fonologi dalam bidang kebahasaan adalah di dalam bidang pendidikan, perubatan, komputer dan perkamusan.

Akustik Anak tekak Artikulasi Auditori

Fonetik Fonologi Pedagogi Pita suara

1.

Letakkan tangan anda pada pita suara (di tengah-tengah leher) dan sebutkan [a a a a a]. Adakah anda merasakan getaran yang berlaku pada pita suara? Letakkan tangan anda rapat-rapat ke telinga dan sebutkan bunyi [a a a a a]. a Adakah bunyi itu bergema? Ya, betul bergetar dan bergema. Oleh itu, bunyi itu adalah bunyi bersuara.

2.

Adakah bunyi akhir dalam perkataan di bawah ini bunyi bersuara atau bunyi tak bersuara? habis, belum, tebal, bulan, syabas? Sila lukis gambar rajah organ artikulasi dan namakan bahagian bahagiannya.

3.

18

X TOPIK 1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

4.

Anda diminta menyebut perkataan yang disenaraikan di bawah: kalam, satu, bin, tali, dominasi, bising, tampal, tikus, Khamis, dharab, dhommah

5.

Klasifikasikan bunyi akhir perkataan tersebut kepada bunyi oral dan bunyi nasal berdasarkan keterangan di atas.

You might also like