You are on page 1of 4

2.0 FUNGSI KUIL DALAM MASYARAKAT SETEMPAT Peranan sebuah kuil tidak spesifik.

Hal ini adalah sama sahaja secara umum kepada semua kuil. Cuma cara pembinaan sahaja yang membezakan mengikut tempat dan budaya masyarakat di sekitarnya. Peranan dan fungsi waterfall temple di Pinang pun sama juga dengan peranan kuil lain. Kuil dipanggil aalayam atau kovil dalam Bahasa Tamil. Perkataan aanma yang bermaksud jiwa dan layam bermaksud tempat di mana jiwa seseorang mencari ketenangan. Sama juga kovil di mana ko bermaksud Tuhan dan vil bermaksud tempat. Oleh itu maksud kovil dirumuskan tempat tuhan bersemadi. Bagi seorang penganut agama hindu kuil itu bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat malah ia adalah tempat bagi pemerintah segala alam. Penganut agama Hindu mempercayai bahawa Tuhan maha kuasa bersemadi di tiga tempat utama iaitu di hati, di rumah dan di kuil. Pembinaan kuil itu sendiri ditakrifkan sebgai alam semesta dan prinsip pembinaan, bentuk dan perhiasan dan juga upacara yang berlaku di dalamnya adalah untuk mencapai keluhuran. Dari segi seni bina, kuil Hindu adalah seni purba yang lahir daripada kepercayaan dan budaya yang ulung. Apabila setiap abad berlalu, seni binanya pun berubah mengikut kesesuaian. Kuil Hindu mewakili badan manusia di mana kepala kuil menuju ke barat dan kakinya menuju ke sebelah timur. Banyak upacara keagamaan dijalankan di dalam kuil supaya penganut dapat kesihatan dan ketenangan di dalam hidup. Dinding kuil dihiasi dengan patung-patung dewa dan juga hiasan yang cantik supaya melindungi daripada kuasa jahat yang boleh dilihat dengan mata kasar dan juga bukan dengan mata kasar. Dua patung yang berwajah garang dibina di setiap penjuru muka depan kuil adalah berfungsi sebagai pengawal. Ada enam bahagian penting kuil. Yang pertama adalah dipanggil kubah menara. Kubah menara dalam bahasa Sanskrit dipanggil shikara mewakili trisula Tuhan Shiva. Kedua adalah ruang dalaman. Selalunya patung tuhan diletakkan dalam ruang dalam. Di kuil air terjun patung dewa Muruga diletak. Orang lain tidak

dibenarkan masuk dalam ruang dalam. Hanya sami atau pengendali upacara sahaja dibenarkan masuk dalam. Ketiga adalah ruang terbuka atau dewan kuil. Ini adalah untuk penganut atau pengunjung duduk. Selain itu ruang terbuka ini juga berfungsi sebagai tempat penganut bermeditasi, sembahyang, memuji tuhan dan lihat sami mengendalikan upacara. cantik. Bahagian yang keempat adalah anjung depan. Di sini selalunya ada loceng logam yang digantung dari siling. Bunyi loceng adalah simbol kemasukan penganut dan masa keluar penganut dari kuil. Bahagian kelima adalah takungan air ataupun tempat mencuci tangan dan kaki di depan kuil. Hal ini adalah kerana penganut haruslah membersihkan diri mereka sebelum sembahyang. Upacara sembahyang haruslah dibuat dalam keadaan suci. Bahagian kelima adalah tempat jalan untuk penganut jalan sambil sembahyang dan menyembah. Sami-sami di kuil berperanan sebagai pengendali upacara keagamaan. Secara tradisionalnya sami berasal daripada kasta Brahmin tetapi sekarang pada arus moden, ramai sami yang bukan Brahmin menjadi sami. Untuk menjadi seorang sami mereka perlu belajar banyak perkara dan perlu menjadi suci. Ada banyak jenis kuil iaitu kuil jenis vainava, shaiva dan tantrika. Kuil Air Terjun adalah jenis kaumara yang bermaksud penganut yang mengikuti dewa muruga. Penganut menyembah Tuhan untuk merapatkan jiwanya dengan tuhan. Sebelum memasuki perkarangan kuil semua orang diwajibkan menanggalkan kasutnya kerana tempat yang dimasuki adalah suci. Penganut agama Hindu diwajibkan membuat pranama sebelum memasuki kuil iaitu malipatkan tangan dengan rapat, menunduk bawah dan menyujud. Adalah adat bagi penganut untuk membawa atau menawarkan sesuatu kepada Tuhan seperti bunga, susu, buahbuahan ataupun sedikit sumbangan berbentuk wang. Dewa Krishna mentitah bahawa sesiapa yang menawarkan saya, bunga, buah ataupun apa sahaja saya akan menerimanya jikalau diberi dengan hati yang setia dan penuh cinta.. Dewan selalu dihiasi dengan lukisan yang

Patung dewa dihiasi dengan perhiasan dan kalungan bunga. Budaya Vedik mengajar penganutnya untuk menghiasi dewa mereka supaya dapat menikmati kecantikan dan ketenangan suasana dalam kuil supaya penganut dapat inspirasi daripada suasana tenang dan dapat melepaskan diri mereka daripada fikiran negatif. Apabila mereka mengorbankan masa mereka untuk menghias dewa, agama mengajar penganut untuk menghapuskan sifat pentingkan diri sendiri, tamak dalam diri mereka. Kebanyakan kuil Hindu dibuka dari pagi hingga malam. Peganut boleh datang ke kuil bila-bila masa sahaja. Tetapi banyak penganut memilih untuk datang pada masa arati ditunjukkan. Semasa upacara antara barang yang digunakan adalah kemenyan, lampu minyak sapi, air dan juga bunga. Semasa upacara sami akan menyanyikan pujian dan juga kirtan (nyanyian yang mempunyai ragam). Kirtan dinyanyikan dengan cara tertentu yang merangkumi mantra yang mempunyai nama dewa. Contohnya: Hare Krishna, Hare Krishna, Krishna Krishna, Hare Hare

Hare Rama, Hare Rama, Rama Rama, Hare Hare Selepas upacara dikendalikan, akan diberi prashatham kepada penganut. Prashatam adalah satu penghormatan sebagai rahmat daripada tuhan kepada penganut kerana prinsip agama Hindu tiada sesiapa yang akan pergi meninggalkan kuil dengan kebuluran. Kuil Air Terjun adalah tempat bagi dewa Muruga. Muruga bermaksud cantik. Murugan bermaksud yang tercantik. Di mana ada kecantikan di situ cinta terpancar; di mana ada cinta di situ kebenaran terpancar. Di mana kita mencari kebenaran di situlah kita dibebaskan. Dewa Muruga dipuji sebagai dewa kepada bahasa Tamil. Penganut kaumara ataupun pengikut dewa muruga akan berpuasa pada hari jumaat jikalau berpuasa dengan sepenuh hati semua hajat akan dipenuhi. Dewa Muruga tinggal di hati penganut yang menyembahNya dengan penuh ikhlas. Setiap Hari Thaipusam, Kuil Air Terjun dibanjiri ribuan penganut Hindu untuk memenuhi hajat mereka. Di kuil upacara pemujaan dibuat empat kali.

Masa pemujaan

Pagi : 7.00 Abishegam Pagi : 7.30 Poojai Tengahari : 11.30 Abishegam Tengahari : 12.00 Poojai/Thrukkappu Petang : 5.00 Abishegam Petang : 6.00 Poojai Malam : 8.30 Abishegam Malam : 9.00 Poojai/Thrukkapu

You might also like