You are on page 1of 1

Halaman Empat

BH PILIH L4 19 emel

BERITA HARIAN Rabu, 19 Julai 2006

Bersama Abdul Jalil Haji Anuar

PEDOMAN EJAAN JAWI

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Huruf e dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu

Diftong: Perbezaan Ejaan Jawi Kini dan Ejaan Jawi Zaba

enurut Kamus Dewan diftong bermakna gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Istilah diftong ini diperkenalkan kepada masyarakat melalui buku Tatabahasa Dewan dan juga buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain. Dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, istilah ini membawa maksud yang sama. Diftong boleh terletak pada awal kata, tengah kata dan akhir kata. Dalam Sistem Ejaan Rumi atau Sistem Ejaan Jawi yang disusun oleh Pendeta Zaba juga terdapat diftong, tetapi dalam Sistem Ejaan Jawi yang disusun beliau, kata yang mengandungi diftong tidak dibezakan ejaannya. Untuk tujuan itu, Siri Pedoman Jawi pada kali ini hanya akan menyentuh bunyi diftong [ai] [ ] dan [au] [ ] pada posisi akhir kata yang akan disenaraikan. Hal ini dapat dilihat pada contoh di bawah. Sistem Ejaan Jawi yang disusun oleh Pendeta Zaba

Ejaan Rumi

Sebutan

Ejaan Jawi Zaba

Ejaan Jawi Baharu

Topi Tupai *Risu Risau *Sungi Sungai Guli Gulai Peti Petai

[to.pi] [tu.pai] [ri.su] [ri.sau] [su.ngi] [su.ngai] [gu.li] [gu.lai] [pe.ti] [pe.tai]

oal ejaan Rumi Bahasa Melayu sentiasa menarik perhatian para pengguna. Antara persoalan ejaan yang kerap timbul adalah tentang penggunaan huruf e. Mereka bertanya, mengapa tidak digunakan e tanda (e) seperti yang terdapat dalam Sistem Ejaan Zaba dahulu? Bagi mereka, ketiadaan tanda atas huruf e ini menimbulkan kerumitan untuk menyebut beberapa perkataan. Sebagai contoh ialah kata homonim, iaitu kata yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan makna seperti perang, sepak dan semak. Pada akhir tahun 60-an, dalam rangka kerjasama dalam bidang bahasa, Malaysia dan Indonesia melalui Majlis Bahasa Melayu Indonesia dan Malaysia (MBIM) telah bersetuju untuk menggubal satu sistem ejaan Rumi yang dapat digunakan bersama. Sebelum ini kedua-dua negara ini mempunyai sistem ejaan masing-masing, iaitu ejaan bahasa Melayu dipengaruhi oleh sistem ejaan bahasa Inggeris, manakala bahasa Indonesia dipengaruhi oleh sistem ejaan bahasa Belanda. Dalam menggubal sistem ejaan baharu ini, beberapa perubahan dibuat agar sistemnya menjadi lebih sempurna dan kemas. Salah satu perubahan adalah dengan meniadakan lambang e bertanda. Huruf e tanda (e), ialah huruf yang bunyinya seperti yang terdapat dalam perkataan emak dan emas. Dalam ilmu bahasa, (e) begini disebut e pepet dan lambangnya dalam ejaan baharu ialah e. Selain e pepet terdapat satu lagi bunyi yang dilambangkan juga oleh huruf e, iaitu e taling () seperti yang terdapat

dalam perkataan elok dan belok. Dalam Sistem Ejaan Zaba, e pepet diberi tanda, sedangkan jumlah perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada e pepet amat banyak. Maka penuhlah tulisan kita dengan huruf e yang bertanda. Sebagai contoh, perhatikan ayat ini: Perkara itu telah disetujui olh semua pelajar yang menyertai pertandingan tersebut. Dalam ayat ini terdapat 11 huruf e. Sepuluh daripada e itu ialah e pepet (e); kecuali satu e taling () iaitu dalam perkataan oleh. Kesimpulannya, pengguna bahasa Melayu lazimnya sedar tentang penggunaan huruf e pepet. Oleh itu, dalam sistem ejaan baharu, diputuskan supaya ditiadakan lambang e tanda atau e pepet. Setelah mengamalkan sistem ejaan ini selama lebih daripada 30 tahun, pada amnya tidak ramai orang yang terkeliru dengan hakikat ini. Tetapi sudah tentu terdapat juga sebilangan kecil yang kurang senang dan ingin akan penjelasan lanjut. Bagaimana dengan huruf e taling? Pihak penggubal sistem ejaan berpandangan bahawa oleh sebab tidak banyak perkataan menggunakan huruf ini, pengguna akan tahu secara sendiri. Perkataan elak, belok, meja, pendek dan esok, adalah antara beberapa contoh. Tambahan pula, dalam kamus yang disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan), perkataan dengan huruf e taling diberi tanda di atasnya, iaitu (). Dengan demikian, sesiapa yang kurang pasti dengan cara menyebut sesuatu perkataan yang mengandungi huruf e boleh meru-

juk kamus dan melihat sama ada wujud tanda di atas huruf tersebut atau tidak. Dengan kata lain, jikalau kita kurang pasti, kita hendaklah berusaha menyemaknya di dalam kamus. Demikianlah juga dengan pasangan perkataan yang ejaannya serupa kecuali pada huruf e, iaitu e pepet dan e taling (), misalnya perkataan; 'semak'/'smak, selak/ 'slak dan perang/prang. Selain kamus, kita dapat memahami makna dan cara sebutannya dari segi penggunaannya dalam ayat. Misalnya, jika kita bertemu dengan ayat kedua-dua pihak mula berperang sudah tentu sebutan huruf e dalam perang, ialah e pepet. Lain pula jika ayat itu berbentuk: Seperti ayahnya, anak itu mempunyai rambut perang, dalam hal ini sebutan e dalam perang ialah bunyi e taling (). Pada amnya, Sistem Ejaan Rumi Baharu disediakan untuk menyenangkan penggunaan ejaan bahasa Melayu di samping menghasilkan satu sistem yang sempurna dan kemas. Jika kita memahaminya dengan jelas, penggunaannya tidaklah sukar.

GLOSARI SUKAN
Pukul tedas (Clear) - badminton Pukulan yang menggerakkan bulu tangkis pantas,sama ada rendah atau tinggi supaya berada jauh di belakang lawan. Servis kilas (Backhand service) - badminton Servis yang dilakukan dengan kedudukan raket dan bulu tangkis di hadapan pemain. Kuis (Flick) - badminton Pukulan laju yang menggunakan kekuatan pada pergelangan tangan. ujian salah guna dadah (Doping test) - olahraga Ujian yang dilakukan terhadap atlet seperti ujian air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah atau bahan larangan. Strok penalti (Penalty stroke) - hoki Hukuman yang dikenakan atas kesalahan yang sengaja dilakukan oleh pihak bertahan dalam kawasan jaringan. rempuh lawan (Running into an opponent) - hoki Perbuatan merempuh pemain lawan seolah-olah pemain lawan itulah yang menghalangnya. Pusing (Spin) - boling Pukulan laju yang menggunakan kekuatan pada pergelangan tangan. Sudut kawasan luar (Outside angle) - boling Sudut yang terbentuk di antara garis faul dan arah laluan bola yang hampir sama dengan alur atau hampir pada mata panah pertama.
Oleh Azizul Ismail

KOSA KATA BAHARU UMUM


Menakai - mengenal pasti dan memilih binatang dalam sesuatu kawanan yang berpenyakit, lemah dsb. untuk dibunuh, disingkirkan; sebagai langkah mencegah daripada merebaknya wabak atau penyakit. Menali - menangkap lembu (kuda dsb.) dengan menggunakan tali. Mentahkikkan - membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesaOleh Zaiton Nasir

hkan; menyunting sesuatu karya. Menyasarkan - menghalakan, menujukan; menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb. yang ingin dicapai). Menyerentakkan - menyebabkan berlaku atau berjalan serentak. Merakyatkan - menyebarluaskan ilmu, amalan dsb. kepada rakyat.

*Tersenarai dalam Daftar Ejaan Melayu Zaba

Dapat dilihat daripada contoh di atas bahawa kata yang berakhir dengan huruf i [i] dan kata yang berakhir dengan diftong ai [ ai ] kedua-duanya dieja dengan menggunakan huruf ya [ ] dalam ejaan Jawi Za'ba. Demikian juga dengan kata yang berakhir dengan huruf u [u] dengan kata yang berakhir dengan diftong au [ au ] kedua-duanya dieja dengan menggunakan huruf wau [ ] dalam ejaan Jawi Za'ba. Dalam Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu, kata yang berakhir dengan huruf i [i] dieja dengan menggunakan huruf ya [ ]. Bagi kata yang berakhir dengan diftong ai [ ai ] dilambangkan dengan gabungan huruf alif [ ]dan huruf ya [ ] menjadi alif ya [ ]. Caranya dengan menyisipkan huruf alif [ ] sebelum huruf ya [ ]. Demikian juga dengan kata yang berakhir dengan huruf u [u] yang dilambangkan dengan huruf wau [ ] dengan kata yang berakhir dengan diftong au [ au ] yang dilambangkan dengan gabungan huruf alif [ ] dan huruf wau [ ] menjadi alif wau [ ]. Caranya adalah dengan menyisipkan huruf alif [ ] sebelum huruf wau [ ].

KATA KLASIK

BAHASA SUKUAN

Betara

akrif: gelaran untuk raja. Contoh ayat: Adapun Betara Majapahit memberi titah kepada Patih Aria Gajah Mada menyuruh orang berjaga-jaga empat puluh hari empat puluh malam.
Oleh Wahyunah Abd. Gani

Bantugan

antugan ialah kosa kata bahasa suku kaum Bajau Sama yang bermaksud orang yang dikagumi atau disanjungi kerana kebijaksanaan atau ketokohannya. Contoh penggunaannya: Dia ialah anak hartawan yang bantugan di pekan itu (yo anak hartawan yang bantugan tak pekan a).
Oleh Noorzanani Kata

You might also like