You are on page 1of 2

Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah.

Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah. Mengenal pasti Punca Pelajar Ponteng Sekolah Sekolah : SK Mat Deris, Jerantut, Pahang. Kumpulan Penyelidik : JK Disiplin dan Sahsiah.

Isu: 1. Didapati murid-murid selalu tidak hadir ke sekolah secara berpola. 2. Terdapat juga aduan daripada masyarakat setempat tentang murid-murid sekolah ini yang kelihatan berkeliaran di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 3. Murid-murid lain juga ada mengadu tentang kawan-kawan mereka yang selalu ponteng sekolah.

Refleksi Masalah: Apabila dipantau dan dibuat analisa terhadap jadual kedatangan murid, didapati murid yang sama tidak hadir ke sekolah dengan kerap dan mempunyai pola tertentu. Menurut Ismail Yusof (1982) Ponteng sekolah bolehlah dianggap sebagai satu perbuatan menjauhkan diri dari kelas atau mata pelajaran atau tidak hadir langsung ke sekolah tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Menurut buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1994), sebab-sebab ponteng boleh dibahagi kepada empat faktor: Diri pelajar sendiri Keluarga Sekolah Rakan sebaya

Objektif Am 1. Menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Khusus 1. Mengurangkan kadar ponteng sekolah. 2. Menyedarkan murid tentang kesan negatif ponteng sekolah.

Kumpulan Sasaran

Semua murid tahap 2 SK Mat Deris, Jerantut. Tindakan yang DiAmbil Menjalankan program Jom ke Sekolah untuk tempoh 10 bulan ( Februari hingga November ). Kempen Kedatangan penuh. Murid yang penuh kedatangannya dalam tempoh kempen dijalankan akan diberi (hadiah dan Sijil). Penilaian untuk anugerah akan dilakukan di setiap semester. Pertandingan pembinaan Sudut Ilmiah. Murid-murid akan diberi satu sudut dan perlu menyiapkan dalam tempoh masa tertentu. Kursus Motivasi. Dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Ceramah Kesedaran kepada murid. Penceramah luar /Pakar Motivasi. Ceramah berkaitan masalah ponteng sekolah dan kesankesan buruknya. Program Mentor-mentee. Setiap guru dikehendaki membimbing menteenya yang bermasalah. Perjumapaan diadakan secara berkala atau bila-bilamasa perlu. Guru akan mengumpulkan maklumat dengan menggunakan instrument yang disediakan. Dialog dengan ibu bapa. Adakan majlis dialog dengan ibu bapa berkaitan dengan masalah ponteng. Majlis dikendali oleh Guru Bimbingan sebagai moderator. Ahli panel tediri daripada Guru Besar, GPK HEM, Pakar Motivasi dan Pengerusi PIBG. Pertandingan permainan dalaman. Diadakan untuk murid-murid yang datang awal ke sekolah. Ia bertujuan memenuhi masa senggang murid-murid dengan aktiviti berfaedah. Dengan cara ini dapat menarik minat murid untuk sentiasa berada di sekolah pada waktunya.

Majlis Penganugerahan Kempen Kedatangan Penuh. Majlis ini diadakan pada setiap akhir semester persekolahan bagi menghargai murid-murid yang hadir sepenuhnya sepanjang semester tersebut.

Ismail Yusof (1983). Disiplin Di sekolah:Ponteng Sekolah Laporan Persidangan Nasional Mengenai Kaum Remaja Di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.PP 91-103. Dicatat oleh razak di 4:49 PG Label: proposal kajian tindakan

You might also like