You are on page 1of 34

PENGENALAN Sukan ragam merupakan suatu cabang dari sekalian cabang-cabang kemahiran bersukan.

Dalam sukan ragam, kreativiti penganjur perlulah luas untuk menghasilkan permainan sukan ragam yang terbaik. Permainan yang ingin dianjurkan tidak terikat pada undang-undang khusus, ia berdasarkan kreativiti penganjur. Sukan ragam ditakrifkan sebagai apa-apa aktiviti fizikal yang dilaksanakan dengan peraturan tertentu berserta prosedur yang teratur. Selalunya dalam skop pendidikan di Malaysia, sukan ragam hanya dilaksanakan di peringkat sekolah rendah ataupun pra sekolah sahaja. Dalam pada masa yang sama, sukan ragam juga turut dipilih sebagai acara tahunan sekolah. Memandangkan ianya melibatkan lapisan kanak-kanak, sukan ragam jarang menampilkan acara yang ekstrem kerana ianya lebih bersifat riadah dan santai. Aspek keselamatan amatlah penting dalam melaksanakan sesuatu acara sukan ragam. Di samping itu, konsep berpasukan dijadikan prinsip tunjang dalam aktiviti sukan ragam. Kelebihan yang diperoleh dari pelaksanaan sukan ragam amatlah banyak dan berguna dalam membentuk modal insan yang cemerlang bukan sahaja mental, malah fizikalnya. Hal ini kerana, sukan ragam melatih diri peserta dengan aktiviti yang menyihatkan. Selain itu, ia juga membina semangat berpasukan dalam golongan muda kerana nilai ini penting dalam membentuk masyarakat bersepadu pada masa akan datang. Sukan ragam bukan sahaja melibatkan kemahiran fizikal, malah kecerdasan minda juga diperlukan untuk mengatur strategi pasukan. Akhir sekali, sukan ragam berupaya membentuk jati diri murid untuk berdaya saing yang mana merupakan elemen peribadi yang penting untuk meneruskan hidup di abad ini.

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN TIJAH BANDAR HILIR, MELAKA KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

TARIKH : 30 APRIL 2012 (ISNIN)

TEMPAT : PADANG SK TUN TIJAH

ANJURAN: UNIT KO-KURIKULUM & PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN SK TUN TIJAH

1. PENDAHULUAN Perkataan 'ragam' bermaksud cara atau kegiatan dalam pelbagai bentuk. Pertandingannya adalah mengikut sistem berpasukan. Peserta-peserta akan menjalani acara-acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukannya. Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap peserta dalam acara yang tertentu. Keputusan pertandingan dalam sukan ragam ditentukan dengan mengira jumlah mata yang diperoleh oleh setiap pasukan itu. Salah satu kelebihan sukan ragam adalah sistem pemberian matanya. Skor bagi setiap acara itu biasanya mengambil kira kebolehan murid-murid dalam sesuatu acara. Cara ini penting untuk menentukan kebolehan murid-murid dalam sesuatu acara dan berpeluang merasai kejayaan serta dapat memberi sumbangan kepada pasukannya.

2.

MATLAMAT Sukan ragam dapat melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan. Ia juga dapat memupuk dan meningkatkan pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya, pentadbiran, pengadilan dan pengurusan pertandingan. Sukan ragam dapat memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai kejayaan dan memberi sumbangan kepada pasukannya. Ia juga bermatlamat membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid.

3.

OBJEKTIF

Sukan ragam membolehkan murid-murid:

i.

Menghayati perlakuan pergerakan fizikal terhadap kehidupan dan kesihatan diri.

ii.

Memahami proses fisiologikal yang memberi kesan terhadap pencapaian sukan.

iii.

Memahami prinsip asas kecederaan sukan dan aplikasinya dalam aktiviti fizikal

iv.

Memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara saintifik semasa melakukan pergerakan.

v.

Mengeratkan semangat persaudaraan dan kesukanan dalam kalangan guru pelatih

vi.

Menjana idea mengenai aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh bakal guru ketika mereka di alam pekerjaan kelak.

vii.

Memupuk nilai-nilai murni di kalangan anggota pasukan seperti bekerjasama dan tolong-menolong dalam mencapai objektif pasukan.

4.

VISI SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Tun Tijah adalah sekolah cemerlang dan berkualiti menjelang 2015.

5.

MISI SEKOLAH Memberikan pendidikan berkualiti yang menyeluruh melalui pendekatan yang menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan,

6.

TARIKH DAN MASA

Tarikh 30 April 2012

Masa 8.00 petang 12.00 tengah hari

7.

TEMPAT Padang SK Tun Tijah

8.

PENGANJUR Unit Ko-Kurikulum dan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9.

PENYERTAAN Wajib kepada semua murid tahap 2 SK Tun Tijah Jumlah Murid : 150 orang 7.1 7.2 Jumlah pasukan : 10 pasukan Satu kumpulan : 15 pemain

10.

HAL-HAL LAIN. Pihak Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah perkara-perkara yang dirasakan sesuai bagi menjalankan pertandingan sukaneka ini dengan licin dan berkesan.

11.

SENARAI PEGAWAI-PEGAWAI PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Penaung: Puan Hajah Zahrah binti Mahmud (Guru Besar SK Tun Tijah)

Pengerusi Ko-Kurikulum: En. Hamdan bin Hashim (Guru Kanan Ko-kurikulum)

Ketua Panitia PJK: En. Zakaria bin Zamri

Penyelaras: Pn. Norazlinda binti Adam

JAWATANKUASA KERJA HARI SUKAN RAGAM SK TUN TEJA 2012

Penasihat

: Puan Hajah Zahrah binti Mahmud

Pengerusi

: En. Hamdan bin Hashim

Setiausaha

: Puan Azah Faridah binti Pairan

Bendahari

: Puan Nurul Huda binti Muhd Nasir

Pegawai Teknik Kepegawaian

: Encik Saiful Afzan bin Abdul Rashid

Ketua Hakim

: Encik Huszarudin bin Hussin

AHLI JAWATANKUASA TEKNIK PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Pembantu Teknik : Puan Faeza binti Hamzah (K) Puan Fazura binti Fauzy Puan Nurul Syuhada binti Ibrahim Cik Norajiah binti Md. Junit Cik Norhaida binti Othman Encik Razlan bin Kardi

Hakim : Encik Abdul Rahman bin Daud (K) Encik Rohaizad bin Bahari Encik Zulfikar bin Kamsan Encik George A/L Kalang Encik Fahmi bin Saha Encik Suffian bin Ibrahim Encik Rahman bin Mahbib

Pencatat Keputusan : Puan Haryati binti A. Razak (K) Puan Baiyah binti Ramli

Cik Aminah binti Ayub Cik Wong Pei Tei Cik Maznah binti Yusuf Cik Garziah binti Karim Aramugam A/L Paraipa

Pencatat Masa : Encik Hisam bin Ngadin (K) Encik Abdul Latif bin Mahdar

Juru Acara : Encik Khairul Munawar bin Kaspin (K) Puan Faridah binti Ab Hadi Puan Azniwati binti Abdullah

AJK Pengelola Pertandingan : Encik Sulaiman bin Mustapha (K) Cik Halimatun Damia binti Razali Puan Salimah binti Mat Sirat

AJK Perasmian dan Penutup : Encik Mazli bin Muhammad Idris

AJK Peralatan :

Encik Mohammad Nasir bin Goran (K) Encik Azrul Nor bin Fadzilah Encik Mohammad Saifulddin bin Hassan

AJK Buku Aturcara : Puan Adziella binti Yaacob (K) Puan Munirah binti Zaalan

AJK Hadiah dan Cenderamata : Cik Aziyati binti Zainal (K) Cik Emy binti Sarnang Cik Noor Baizura binti Nordin

AJK Pertolongan Cemas : Encik Mohamad Ayub bin Junoh (K) Cik Mahirah binti Mohd Fazil Cik Haslina binti Hamzah

AJK Makanan dan Minuman Pegawai: Puan Zalila binti Yahya @ Zakaria (K) Puan Nurhidayatul Hakima binti Md Adnani

AJK Jemputan : Encik Muhadzir bin Ngani @ Ngadiran (K)

Puan Khadijah binti Ayub Cik Azharina binti Syuib Cik Faizura binti Ismail

AJK Pengelola Peserta : Puan Nurwahida binti Abu Hamdan (K) Puan Rozita binti Dan Puan Rosyidah binti Ahmad Encik Faizul binti Yusof

AJK Jamuan : Puan Haryati binti Hambali (K) Cik Suryana binti Sulaiman

12.

JAWATANKUASA PENGANJUR

Penaung: Puan Hajah Zahrah binti Mahmud (Guru Besar SK Tun Tijah)

Pengerusi Ko-Kurikulum: Encik Hamdan bin Hashim (Guru Kanan Ko-kurikulum SK Tun Tijah)

Ketua Panitia PJK: En. Zakaria bin Zamri

Penyelaras: Puan Norazlinda binti Adam

JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN RAGAM SK TUN TIJAH 2012

Penasihat

: Puan Hajah Zahrah binti Mahmud

Pengerusi

: En. Hamdan bin Hashim

Setiausaha

: Puan Azah Faridah binti Pairan

Penolong Setiausaha

: Puan Norsharifah binti Alias

Bendahari

: Puan Nurul Huda binti Muhd Nasir

Penolong Bendahari

: Puan Alyana binti Azmi

JAWATANKUASA UNIT INDUK HARI SUKAN RAGAM

Penyelaras Program Encik Kamal bin Shahabuddin

Persiapan Dan Teknikal Encik Hanis bin Mohd Fadzil

Kebajikan Dan Keselamatan Encik Hafizullah bin Ali

Makanan dan Minuman Encik Saiful bin Abd. Rasyid

Tugas-Tugas Khas Encik Nasir bin Idris Encik Norhan bin Musa

13.

JAWATANKUASA KECIL PERMAINAN SUKAN RAGAM

13.1

Acara Isi Air Dalam Botol

Ketua : Puan Nor Shahirah binti Mohamad AJK : En Mohd Azlan bte Mohamad En Mustafa bte Ali Cik Kalsom bte Rahman Cik Zakiah bte Tahrir

13.2

Acara Pancing Botol

Ketua : Encik Yahya bin Ahmad AJK : Cik Ridwan bin Ahmad Cik Fauziah bte Rahmat

13.3

Acara Tiup Tepung

Ketua : Puan Salihin binti Narari AJK : En Zamri bin Wahab En Yuhairi Bin Abdullah Cik Suriavani A/P Ramalingam

13.4

Acara Kerusi Berirama (rebut kerusi)

Ketua : Puan Noor Syakina binti Ahmad AJK : Encik George A/L Kalang Encik Fahmi bin Saha

13.5

Acara Lari 3 Kaki

Ketua : Puan Nik Nor Laili Suzana binti A. Bakar AJK : Cik Maznah bte Hashim Cik Badariah bte Ali

13.6

Acara Tiup Belon

Ketua : Encik Hafiz bin Abd Rahman AJK : Puan Azminda bte Abd Rahim Puan Sarimah bte Kamis

14.

Tugas-Tugas Jawatankuasa Kerja Lampiran A.

15.

Peraturan-Peraturan Pertandingan

Lampiran B.

16.

Tentatif Program Lampiran C.

17.

KEWANGAN SUMBER KEWANGAN Peruntukan Sekolah 1. Makanan dan Minuman Makanan untuk AJK dan Peserta RM 5.00 x 230 RM 1150

2. Hadiah (Hamper) Johan Acara Isi Air Dalam Botol RM 15.00 x 1 Johan Acara Tiup Tepung RM 15.00 x 1 Johan Acara Permainan Tiga Kaki RM 15.00 x 1 Johan Acara Tiup Belon RM 15.00 x 1 Johan Acara Pancing Botol RM 15.00 x 1 Johan Acara Kerusi Berirama (Muzik) RM 15.00 x 1 4. Alat Tulis RM 15.00 RM 15.00 RM 15.00 RM 15.00 RM 15.00 RM 15.00

Marker Pen Kertas A4 Pemadam Papan Putih Pen JUMLAH

4 batang 1 rim 1 unit 1 kotak

RM 5.00 RM 8.00 RM 5.00 RM 38.00 RM1296.00

Ulasan Kewangan ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ __________________________________________________

16.

PENGESAHAN KERTAS KERJA, SEMAKAN DAN KELULUSAN

A.

Disediakan oleh :

_________________________ (PUAN AZAH FARIDAH BINTI PAIRAN) Setiausaha Panitia PJK SK Tun Tijah, Melaka

Disemak oleh :

____________________________ (ENCIK HAMDAN BIN HASHIM) Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Tun Tijah, Melaka

C.

Ulasan/Sokongan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________

Tarikh :

_________________________ (EN. HAMDAN BIN HASHIM) Guru Kanan Ko- Kurikulum SK Tun Tijah, Melaka

D.

Kelulusan oleh Guru Besar

Kertas kerja ini diluluskan/ tidak diluluskan.

Tarikh :

__________________________________ (PN. HJH. ZAHRAH BINTI MAHMUD) Guru Besar SK Tun Tijah, Melaka

RUMUSAN

Sukan Ragam merupakan aktiviti yang perlu ada dilakukan di setiap sekolah bagi memeriahkan lagi acara tahunan. Ia bukan sahaja acara yang di nanti-nantikan oleh pelajar tetapi juga mampu memupuk semangat kerjasama antara guru-guru dan pelajar. Di samping itu juga, penglibatan ibu bapa juga haruslah di adakan pada masa yang sama agar hubungan baik dengan kakitangan sekolah dapat dipupuk. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk kemahirankemahiran asas dalam permainan dan sukan. Ia juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kesimpulannya, sukan ragam sememangnya amat berkesan dalam

membentuk peribadi yang mantap, sama ada dalam konteks fizikal mahupun mental. Diharap, acara sebegini dapat dikerapkan lagi dalam masyarakat kita, khususnya golongan muda kerana pada peringkat inilah mereka senang dibentuk. Seperti apa yang diperkatakan oleh pepatah Melayu, Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

REFLEKSI

Ucapan ribuan terima kasih terlebih dahulu saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Pensyarah subjek Pendidikan Jasmani (Puan Melati binti Yaacob) yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendidikan Jasmani ini. Kepada semua ahli kumpulan yang bertungkus-lumus menyiapkan kerja kursus ini, kerjasama yang diberikan amat dihargai. Kami telah menerima tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani pada 5 Mac 2012. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Kami dikehendaki membuat satu kertas kerja berkenaan dengan Sukan Ragam yang dijalankan di sekolah. Sebaik sahaja mendapat kerja kursus ini, perkara pertama yang kami lakukan adalah dengan mencari bahan dan maklumat dari pelbagai sumber. Kami telah membahagikan tugas kepada ahli kumpulan supaya tugasan ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan kerana masalah kekangan masa untuk menyiapkan kerja-kerja kursus bagi subjek yang lain. Pada 19 Mac 2012, kami telah berjumpa dengan Puan Melati binti Yaacob iaitu Pensyarah Pendidikan Jasmani kami berkenaan dengan Kertas Kerja yang telah dibuat oleh kumpulan kami. Pensyarah telah meneliti secara ringkas dan memberi beberapa ulasan berkenaan dengan artikel tersebut. Berikutan terdapat beberapa kesalahan dan kekurangan, kami telah membuat penambahbaikan semula. Kami juga telah meminta pendapat rakan-rakan yang lain berkenaan bagaimana untuk menghasilkan Kertas Kerja yang baik.

Alhamdulillah, akhirnya kami telah berjaya menyiapkan tugasan ini. Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, banyak perkara yang telah kami pelajari. Kerjasama dalam satu kumpulan adalah faktor utama bagi menyiapkan

kerja kursus ini dengan baik dan dalam masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, kami dapat mengetahui dengan lebih jelas definisi Sukan Ragam dan kebaikankebaikan yang diperoleh daripada aktiviti sukan ragam. Secara keseluruhannya, melalui tugasan ini kami dapat meningkatkan penguasaan ilmu Pendidikan Jasmani dan semoga dengan ilmu yang kami peroleh ini, dapat digunakan dengan sebaiknya dalam alam perguruan nanti. Insya-Allah.

LAMPIRAN A TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA UNIT INDUK

1.

Penyelaras Program 1.1 Memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar mengikut urutan aktiviti. 1.2 Memastikan pemain yang terlibat sentiasa mematuhi peraturan permainan yang berkuat kuasa. 1.3 Membuat pembahagian kumpulan pemain dengan adil.

2.

Persiapan Dan Teknikal 2.1 Menyediakan peralatan sukan dan peralatan lain mencukupi dan selamat digunakan. 2.2 Menyimpan semula peralatan permainan yang telah digunakan ke tempat asal.

3.

Kebajikan Dan Keselamatan 3.1 Memastikan kebajikan petugas dan peserta terjaga. 3.2 Sentiasa bersiap sedia, bertindak sekiranya perkhidmatandiperlukan. 3.3 Mengemas dan membersihkan kawasan aktiviti setelah acara selesai. 3.4 Memastikan kawasan aktiviti yang dijalankan berada dalam keadaan selamat dan selesa. 3.5 Menyediakan peralatan pertolongan cemas semasa hari sukaneka. 3.6 Memberikan bantuan awal sekiranya berlaku kecederaan pada para pemain yang terlibat.

4.

Makanan 4.1 Menyediakan makanan dan minuman untuk para peserta dan jemputan

yang terlibat. 4.2 Menentukan menu makanan yang perlu disediakan. 4.3 Mengedar makanan kepada semua petugas.

5.

Tugas-Tugas Khas 5.1 Menyediakan hadiah bagi acara sukaneka yang dipertandingkan dan cenderamata untuk penasihat. 5.2 Menguruskan upacara penyampaian hadiah dan sentiasa berhubung dengan juruacara majlis. 5.3 Menyusun hadiah mengikut tertib, selaras dengan AJK Aktiviti pada majlis penutup. 5.4 Memberikan bantuan kepada AJK yang memerlukan. 5.5 Sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan permasalahan yang akan berlaku 5.6 Memastikan masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera dan memuaskan. 5.7 Menyediakan buku aturcara. 5.8 Menyediakan senarai jemputan pada hari sukaneka. 5.9 Menyediakan buku aturcara kepada para jemputan.

BIDANG-BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KERJA 1. Teknik Pertandingan

a. b. c. d. e.

Menyediakan borang pendaftaran dan jadual pertandingan Menyediakan program berkaitan statistik, data dan perangkaan Mengemaskini keputusan rasmi dan rekod dari masa ke semasa. Membukukan semua keputusan rasmi. Menyelaras aspek teknikal kejohanan.

2.

Pengelola Hadiah Dan Cenderahati a. Mendapatkan senarai hadiah, menyemak dan menyusun atur hadiah

yang akan disampaikan kepada pemenang b. c. Memastikan pemenang-pemenang mendapat hadiah masing-masing. Mengiringi penyampai hadiah ke pentas penyampaian.d.Menyelaras

tugas bersama Pengelola Pemenang.

3.

Pengelola Pemenang a. b. Mendapatkan senarai pemenang dari Pencatat Keputusan Menyediakan pemenang-pemenang untuk upacara penyampaian

hadiah. c. Menyediakan pembantu untuk mengiringi pemenang-pemenang ke

pentas penyampaian d. Menyelaras tugas bersama Pengelola Hadiah.

4.

Perasmian Dan Penutup a. Menyelaras upacara pembukaan rasmi sebagaimana yang dirancang

5.

Jemputan a. b. c. d. Memaklumkan dan menghantar jemputan rasmi kepada tetamu khas. Mendapatkan pengesahan kehadiran tetamu khas. Menyelaras protocol kejohanan untuk tetamu khas. Menyambut dan mengiringi tetamu khas ke khemah VIP.

6.

Pertolongan Cemas a. b. Memberikan perkhidmatan kecemasan serta-merta Membawa peserta-peserta yang mempunyai kecederaan serius ke

Unit Kecemasan Hospital Batu Pahat dengan segera.

7.

Jamuan Dan Minuman Pegawai a. Menyediakan dan mengurus minuman dan jamuan pegawai kejohanan

dan tetamu-tetamu yang hadir. 8. Program a. Mendapatkan semua maklumat berkaitan untuk dimasukkan ke dalam

buku program. b. Menyelaras pengedaran Buku Program kepada Pegawai Kejohanan

dan tetamu.

9.

Pengelola Peserta a. Dapatkan semua borang penyertaan dari Teknik Pertandingan.

b. c. d.

Buat panggilan peserta dengan jelas, tujukan khas. Susun peserta mengikut kedudukan lorong. Hantarkan peserta ke tempat pertandingan.

10.

Pencatat Keputusan a. b. c. d. Dapatkan keputusan semua pertandingan dari Ketua Hakim Sukaneka Sediakan carta pingat/markah kedudukan rumah sukan. Menyediakan semua program pertandingan. Mengurus borang penyertaan dan pendaftaran pertandingan.

11. Juru Acara a. Mengumumkan acara yang akan dijalankan, nombor peserta, nama peserta. b. Mengumumkan keputusan yang disahkan sebaik sahaja diterima dari pencatat. c. Semasa membuat pengumuman pastikan tiada acara yang sedang dijalankan. d. Umumkan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang dan i. pencapaian yang dibuat serta penyampaian hadiah semasa peserta ii. menaiki pentas penyampaian.

12. Peralatan a. Menyediakan balapan dan padang pertandingan.

b. Menyediakan dan menyelaras alatan teknikal pertandingan. c. Menyediakan dan menyelaras susun atur khemah. d. Mengurus semua alatan teknik di sepanjang kejohanan. e. Memastikan semua peralatan berfungsi dan dalam keadaan baik, sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

LAMPIRAN B

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

1. Permainan Isi Air Dalam Botol Peralatan : Botol dan Baldi berisi air. 1.1 Peserta dibahagi kepada lima kumpulan. A, B, C, D dan E. Setiap kumpulan mewakili murid tahun 4, 5 dan 6. Setiap opsyen dikehendaki menghantar seorang orang wakil. Setiap kumpulan akan duduk dalam satu baris di belakang garisan permulaan. 1.2 Peserta pertama dari setiap kumpulan akan berlari ke arah botol mineral yang berada 100 meter di hadapan mereka kemudian menakung air menggunakan tangan mereka. 1.3 Pemain pertama perlu menuangkan air ke dalam botol mineral tersebut, kemudian berlari semula ke tempat permulaan. 1.4 Pemain pertama tadi akan duduk di barisan belakang dan disambung oleh peserta yang seterusnya. Kumpulan B, C, D, dan E akan bahagian. Kumpulan yang mempunyai aras air yang paling tinggi dikira sebagai pemenang.

2. Permainan Pancing Botol Peralatan : Ranting kayu, Tali rapia, dan paku kecil. 2.1 Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil. 2.2 Mereka akan diletakkan dalam satu barisan di belakang garisan permulaan. 2.3 Setelah wisel dibunyikan, peserta dikehendaki mengikat tali pada ranting dan paku diikat pada hujung tali tersebut. 2.4 Kemudian, peserta dikehendaki memancing botol yang berada di hadapan mereka.

2.5 Peserta yang dapat memancing dan mengangkat botol dalam waktu yang singkat dikira sebagai pemenang.

3. Permainan Tiup Tepung Peralatan : Pinggan Kertas, Gula-Gula, dan Tepung 3.1 Peserta dibahagi kepada lima kumpulan. A, B, C, D dan E. Setiap kumpulan mewakili tahun 4, 5 dan 6. Setiap kumpulan tersebut dikehendaki menghantar seorang orang wakil. Setiap kumpulan akan duduk dalam satu baris di belakang garisan permulaan. 3.2 Peserta pertama dari setiap kumpulan akan berlari ke pinggan yang telah diletakkan gula-gula dan ditutupi dengan tepung. 3.3 Peserta pertama perlu meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula yang ada di dalam tepung dengan menggunakan mulut dan kemudian semula ke tempat permulaan. 3.4 Peserta pertama tadi akan duduk di barisan belakang sementara menunggu gilirannya semula. Kumpulan B, C, D, dan E akan melakukan gerakan yang sama seperti kumpulan A. 3.5 Permainan diteruskan sehingga semua peserta berjaya mengambil kesemua gula-gula. 3.6 Pasukan yang menang dikira daripada pasukan yang awal tiba ke garisan penamat dan berjaya mengambil kesemua gula-gula yang ada di dalam tepung. berlari

4. Permainan Kerusi Muzik (Rebut Kerusi) Peralatan : Kerusi dan Radio.

4.1 Semua peserta terlibat dalam permainan ini kecuali penjaga radio. 4.2 Permainan dimulakan dengan meletakkan 10 buah kerusi dengan kedudukan bulat. Semua peserta akan berdiri di hadapan kerusi dan bergerak apabila muzik dimainkan. 4.3 Apabila muzik dihentikan, kesemua peserta perlu berebut untuk mendapatkan kerusi yang ada. Sekiranya ada pemain yang tidak berjaya mendapatkan kerusi, pemain tersebut terkeluar daripada permainan ini. 4.4 Sebelum permainan disambung, sebuah kerusi akan dikeluarkan. Permainan diteruskan sehingga hanya tinggal sebuah kerusi bagi dua orang pemain. 4.5 Pemenang dikira berdasarkan kepada pemain terakhir yang berjaya merebut kerusi yang tinggal.

5. Permainan Lari 3 Kaki Peralatan : Tali 5.1 Peserta dibahagi kepada lima kumpulan. A, B, C, D dan E. Setiap kumpulan mewakili tahun 4 ,5 dan 6 . Setiap darjah dikehendaki menghantar seorang orang wakil. Dua kumpulan akan duduk secara berhadapan dengan jarak 100 meter . 5.2 Peserta dikehendaki duduk dalam keadaan berpasangan. Kaki mereka akan diikat dengan menggunakan tali. Mereka akan berjalan sehingga ke kumpulan mereka yang satu lagi. 5.3 Kemudian, peserta seterusnya akan melakukan aktiviti yang sama sehingga kesemua peserta habis. Kumpulan B, C, D, dan E akan melakukan gerakan yang sama seperti kumpulan A. 5.4 Kumpulan yang dapat menamatkan permainan dalam masa yang singkat dikira sebagai pemenang.

6. Permainan Tiup Belon Peralatan : Belon dan kerusi 6.1 Setiap kelas dikehendaki menghantar seorang wakil. 6.2 Peserta dari setiap kumpulan akan berlari ke kerusi yang telah diletakkan belon. 6.3 Peserta perlu meniup belon kemudian duduk di atas belon untuk dipecahkan. 6.4 Peserta yang berjaya memecahkan belon dalam masa yang singkat dikira sebagai pemenang

LAMPIRAN C

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi 8.30 pagi

: Pendaftaran peserta/pasukan : Acara Sukaneka bermula 1. Isi Air Dalam Botol 2. Pancing Botol 3. Tiup Tepung 4. Kerusi Muzik(Rebut Kerusi) 5. Lari Tiga Kaki 6. Tiup Belon

10.30 11.00 pagi 11.00 pagi 11.30 pagi 12.00 tengah hari

: Rehat : Penyampaian sijil dan hadiah Majlis Penutup : Jamuan : Bersurai

You might also like