You are on page 1of 19

1.

0 PENDAHULUAN Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Pada tahun 1983, Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. Pada tahun 2003, KBSR disemak semula kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada tahun 2010, KBSR telah disemakan dan digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat menfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.

2.0 KBSR 2.1 Prinsip Terdapat empat prinsip dalam pembentukan dan penggubalan KBSR yang selari dengan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ). Prinsip pertama ialah pendekatan bersepadu yang bermaksud penggabungjalinan unsurunsur kemahiran, pengetahuan dan nilai dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek yang disebut dengan mesra ialah JERI. Prinsip kedua ialah perkembagan individu secara menyeluruh yang bermaksud keperluan JERI dipenuhi oleh murid melalui semua mata pelajaran untuk memperkembangkan potensi individu. Seterusnya, prinsip ketiga ialah pendidikan seumur hidup yang bermaksud proses belajar berlaku secara berterusan dan tidak terkawal dari segi jangka masa dan tempat. Prinsip keempat ialah pendidikan sama untuk semua murid yang bermaksud kokurikulum yang sama diikuti oleh tahap persekolahan yang sama. 2.2 Struktur dan Bidang Pelajaran Dari segi struktur KBSR, ianya boleh dilihat dari dua aspek iaitu bidang dan komponen. KBSR memperkenalkan tiga bidang pembelajaran iaitu bidang

komunikasi untuk mementingkan komponen kemahiran asas. Bidang kedua ialah bidang manusia dan alam keliling yang bertujuan untuk mengutamakan komponen kerohanian, nilai dan sikap. Bidang ketiga ialah perkembangan diri individu yang mengutamakan komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. 2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) Di samping itu, strategi pengajaran dan pembelajaran KBSR bertujuan untuk mengambil kira kebolehan murid yang berbeza. Jadi, terdapat dua aspek yang harus memberi perhatian supaya dapat melaksanakan strategi P&P dengan lancar iaitu aspek kemudahan fizikal dalam kelas dan aspek sosio-emosi. Aspek kemudahan fizikal dalam kelas bererti penyusunan ruang pembelajaran secara kreatif dan sebagainya, Manakala aspek sosio-emosi ditekankan pemupukan kemesraaan antara murid dengan guru serta menggalakkan dan mendorongkan murid belajar. Seterusnya, strategi pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan dalam KBSR adalah guru-guru harus memahami prinsip-prinsip dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berfungsi sebagai garis panduan guru.

3.0 KSSR 3.1 Prinsip ( Sama dengan KBSR ) Prinsip KSSR ini adalah selaras dengan FPK dan berasaskan prinsip KBSR iaitu, pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid. Walaupun prinsip KSSR ini berasaskan prinsip KBSR tetapi ianya dapat penambaikan. 3.2 Struktur Struktur KSSR adalah berasaskan enam tunjang. Tunjang pertama ialah komunikasi yang bertujuan untuk penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bertulis semasa berinteraksi. Tunjang kedua ialah literasi sains dan teknologi yang berkaitan dengan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik dengan menggunakan bahan teknologi seperti LCT. Tunjang yang seterusnya ialah perkembangan fizikal dan estetika. Ia merangkumi dua unsur iaitu perkembangan jasmani dan kesihatan dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Tunjang yang keempat ialah kerohanian, sikap dan nilai untuk menyatakan amalan agama,kepercayaan, sikap dan nilai harus dihayatikan. Tunjang kelima ialah kemanusiaan iaitu penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perparduan. Tunjang terakhir ialah keterampilan diri. Ia bertujuan untuk pemupukan kepimpinan dan sahsiah melalui akitiviti kurikulum dan kokurikulum. 3.3 Bidang Pelajaran Di samping itu, bidang pelajaran KSSR dalam masa kini mementingkan dua perkara iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan bererti penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, tujuan kandungan KSSR adalah sesama dengan tujuan kandungan KBSR tetapi ianya berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran dan peruntukan masa .

3.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan dalam KSSR ialah aspek pedagogi dan kaedah pentaksiran. Aspek pedagogi ini telah menekankan 9 pendekatan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran berfikir dalam P&P, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. Kesembilan-sembilan pendekatan ini bertujuan selari

dengan KBSR iaitu mengambilkira aspek kepelbagaian murid semasa mereka belajar. Aspek kedua ialah kaedah pentaksiran. Guru harus menggunakan kaedah pentaksiran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajarannya.

4.0 PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR 3.1 Persamaan Persamaan antara KBSR dan KSSR ialah matlamat. Kedua-dua matlamat ini adalaah memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Selain itu, objektif antara KBSR dan KSSR juga tidak melari tujuannya iaitu membolehkan murid menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta berusaha memperolehi ilmu pengetahuan. Persamaan ketiga ialah prinsip antara KBSR dan KSSR. Prinsipprinsip tersebut juga merangkumi pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid. 3.2 Perbezaaan Kurikulum Ciri-ciri Bahan kurikulum Struktur KBSR Sukatan Pelajaran 1. Komunikasi 2. Manusia dan alam sekeliling 3. Perkembangan diri individu KSSR Dokumen Standard Kurikulum 1. Komunikasi 2. Literasi sains 3. Perkembangan fizikal dan estetika 4. Kerohanian, sikap dan nilai 5. Kemanusiaan 6. Keterampilan diri Organisasi kurikulum 1. Mata pelajaran teras 2. Mata pelajran wajib 3. Mata pelajaran tambahan Fokus pembelajaran 3M mengira,membaca, menulis 1. Modul teras asas 2. Modul teras tema 3. Modul elektif 4M Mengira, membaca, menulis, menaakul Penekanan Pemikiran kreatif dan kritis Pemikiran kritis, kreatif dan inovatif

Walaupun mempunyai banyak perbezaan antara KBSR dengan KSSR tetapi saya hanya berfokus pada lima elemen yang terpentingnya. Perbezaan pertama ialah bahan kurikulum. Sebagai contoh, KBSR menggunakan sukatan pelajaran untuk menjalankan proses P & P manakala KSSR menggunakan dokumen standard kurikulum iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. Perbezaan kedua ialah struktur. Struktur KBSR meliputi 3 bidang sahaja iaitu komunikasi, manusia dan alm sekeliling serta perkembangan diri individu manakala struktur KSSR meliputi 6 tunjang iaitu komunikasi, literasi sains, perkembangan fizikal dan estetika, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan dan ketermpilan diri. Perbezaan ketiga ialah organisasi kurikulum. Misalnya, KBSR

memperkenalkan tiga jenis mata pelajaran iaitu, mata pelajaran wajib, mata pelajaran teras dan mata pelajaran tambahan. Manakala KSSR membahagikan mata pelajaran ini kepada 3 modul iaitu modul teras asas seperti Bahasa Ibunda dan sebagainya, modul teras tema seperti muzik dan sains, modul elektif iaitu bahasa pilihan. Perbezaan keempat ialah fokus pembelajaran. KBSR hanya memberi fokus pada 3 M sahaja iaitu mengira, membaa dan menulis. Disebabkan perubahan organisasi kurikulum dan strukturnya, KSSR dapat menambahkan menaakul masuk dalam 3 M menjadi 4 M. Perbezaan kelima ialah penekanan. KBSR menekankan kemahiran berfikir kreatif dan kritis manakala KSSR berfokus pada pemikiran kritis, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan insan yang seimbang.

5.0 IMPLIKASI TERHADAP PERUBAHAN KURIKULUM Pada pandangan saya, pelaksanaan transformasi KSSR ini dapat memberikan implikasi yang banyak. Implikasi yang pertama adalah dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, kerajaan telah memberikan peruntukan masa yang lebih dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris semasa KSSR dijalankan. Selain itu, PPSMI telah menjalankan kaedah penggunaan dua bahasa dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Jadi, ianya dapat mencapaikan prinsip pertama iaitu pendekatan bersepadu yang berkaitan dengan unsur merentasi kurikulum. Implikasi kedua ialah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif. Sebabnya ialah KSSR digubalkan dalam bentuk dokumen kurikulum iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. Dokumen kurikulum ini dapat mengambilkira segala aspek proses P&P di dalam dan di luar bilik darjah. Seterusnya, KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam modul telah menggantikan buku teks serta kandungan modul boleh ditambahkan dan dikurangkan dengan tanpa menjejaskan keseluruhan modul. Jadi, ianya akan dapat menyenangkan guru semasa melaksanankan P&P dalam KSSR dan lebih menarik, seronok dan bermakna. Di samping itu, implikasi ketiga ialah penyampaian ilmu dan penerapan nilai merentasi kurikulum dapat dicapaikan dengan lebih lancar kerana penambahan pendidikan seks akan menumpang dalam mata pelajaran yang lain semasa pelaksanaan P&P KSSR. Menurut Datu Dr Julaihi Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, beliau menyatakan pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan. Jadi, perkembangan manusia dapat mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Selain itu, murid-murid akan mengetahui mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV, AIDS. 7

Implikasi yang terakhirnya ialah minat pembelajaran murid-murid akan dapat meningkat semasa pelaksanaan KSSR. Sebabnya dari aspek struktur, KBSR hanya memperkenalkan tiga bidang sahaja. Manakala KSSR dapat mengembangkan bidangbidangnya menjadi tujuh bidang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, fizikal dan estetika dan literasi sains dan teknologi. Jadi, KSSR dapat mengembangkan kebolehan dan ilmu pengetahuan murid lebih luas daripada KBSR. Selain itu, KSSR juga menggunakan bahan kurikulum yang fleksible iaitu dokumen standard kurikulum manakala KBSR menggunakan bahan kurikulum yang terkawal iaitu sukatan pelajaran. Jadi, bahan kurikulum yang fleksible akan dapat memupuk murid-murid mengembangkan daya imaginasinya kerana daya imaginasinya tidak dikawal oleh sukatan pelajaran yang terhad. Selain itu, KSSR juga

memperkenalkan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul dalam subjek matematik dan sains manakala KBSR hanya memperkenalkan 3 M sahaja. Tegasnya, KSSR ini akan dapat meningkatkan minat pembelajaran murid. Kesimpulannya, saya berkeyakinan sistem pendidikan ini iaitu KSSR akan lebih baik daripada sistem pendidikan Negara yang lain dan ianya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.0 KESIMPULAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan melahirkan dan memupuk sahsiah murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, KSSR akan memberi kesan yang positif sekiranya pihak-pihak yang berkenaan memberi kerjasama. Oleh itu, semua pihak yang berkenaan seperti ibu bapa, guru dan sebagainya haruslah memberikan komitmen dengan sepenuhnya kepada kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadi, KSSR akan dapat melatihkan kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan murid-murid supaya mereka dapat menghadapi cabaran dalam masa yang akan datang.

(1770 patah perkataan )

REFLEKSI Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dengan sepenuh hatinya kepada kawan-kawan saya dan juga berasa bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah saya teruja untuk membuat tugasan ini kerana saya memang berminat tentang perubahan kurikulum dari KBSR ke KSSR. Saya sentiasa tertanya-tanya diri sendiri apakah aspek-aspek perubahan KBSR ke KSSR pada tahun 2011? Nasib baiklah, pada tahun ini saya dapat menerima

tugasan ini tentang perubahan kurikulum dari KBSR ke KSSR. Tugasan ini telah mencetuskan perasaan ingin tahu saya. Selain daripada itu, banyak halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa dan sumber serta pemilihan isi tentang persamaan dan perbezaan antara KBSR dengan KSSR semasa saya menerima tugasan ini. Ketika saya menerima tugasan ini saya tidak mengetahui cara memulakanya seperti yang dikehendaki oleh pensyarah penyelia. Namun, berkat usaha yang tidak pernah padam saya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki. Ketika memulakan kelas bersama pensyarah penyelia, saya

menyangka bahawa soalan ini sangat mudah menjawab. Selepas penerangan yang begitu jelas daripada pensyarah mata pelajaran EDU 3101 iaitu Falsafah Pendidikan di Malaysia, ENCIK KAMARULZAMAN BIN MOHD. KUTTY, saya baru menyedari bahawa soalan ini harus membuat bacaan yang banyak supaya dapat menjawab dan mendapat ilmu pengetahuan yang mendalam. Jadi, penerangannya memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses membuat tugasan ini, saya dapati bahawa setiap apa yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini saya kurang memahami perkara KSSR. Selepas analisis, saya telah berjaya memahami sedikit sebanyak aspek-aspek yang mengakibatkan perubahan kurikulum dari KBSR ke KSSR. Apa yang saya dapat pelajari daripada tugasan ini ialah KSSR amat mementingkan enam tunjang semasa perubahan kurikulum. Perkara ini adalah paling menarik saya. Selain itu, saya dapat mengetahui matlamat KSSR dalah satu usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI.

10

Masalah yang saya dihadapi ialah kekurangan sumber. Jadi, perkara-perkara dan persoalan-persoalan yang disoal dalam tugasan saya tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Seperti yang kita tahu, KSSR merupakan masalah baru kurikulum bagi tahun 2011 ini. Jadi sumber rujukan yang saya peroleh juga terhad kerana hanya bergantung kepada internet, akhbar serta beberapa responden yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan KSSR. Jadi persoalan-persoalan yang disoalkan agak sukar untuk dijawab. Walaubagaimanapun, sumber adalah terhad. Saya juga dapat memperoleh isi-isi dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya banyak membantu saya menerangkan dengan lebih mendalam tentang persamaan dan perbezaan antara KBSR dengan KSSR. Di samping itu, saya berpendapat bahawa KSSR dapat memberikan implikasi yang baik selepas membuat bacaan yang banyak. Selain itu, saya dapat mengetahui kurikulum kita harus sentiasa berubah supaya dapat mengatasi masalah pendidikan dan masalah murid yang semakin meruncing ini. Tegasnya, transformasi kurikulum ini akan dapat menghasilkan insan yang berseimbang iaitu berketerampilan, berakhlak mulia dan berilmu supaya dapat menyumbang tenaga mereka kepada Negara kita. Selepas menyiapkan tugasan ini, saya dapat mengetahui bahawa saya mempunyai banyak kelemahan. Sebagai contoh, tatabahasa saya dan struktur ayat saya agak lemah. Saya biasanya menggunakan tatabahasa cina terus

menterjemahkan kepada bahasa Melayu. Jadi, sesetengah ayat agak susah difahami. Saya berjanji saya akan meningkatkan kemahiran tatabahasa saya dan struktur ayat supaya bahasa saya tidak mempunyai unsur tatabahasa cina. Jadi, saya berharap kesilapan-kesilapan dalam tugasan ini dapat dimaafkan oleh tuan terutamanya refleksi ini. Kelebihan membuat kerja kursus ini ialah saya dapat mengetahui KSSR dengan lebih jelas dan ianya dapat membantu saya menjawab segala soalan tentang perubahan kurikulum dalam peperiksaan yang akan datang. Kesimpulannya, sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban sama ada dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya tetapi saya tidak serik disebabkan oleh tugasan ini kerana saya dapat mempelajari ilmu yang lagi banyak tentang KSSR. Saya berasa bangga dan berpuas hati kerana tugasan saya adalah paling sempurna dan terbaik kerana saya telah menggunakan seluruh tenaga 11

membuat tugasan ini. Selain itu, apa yang paling membuat saya teruja adalah saya boleh mengkaji tugasan ini dan juga dapati ilmu-ilmu yang selama ini saya langsung tidak mengetahui serta dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam. Selepas saya menyiapkan tugasan ini, saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya dalam sepanjang masa menyiapkan tugasan ini, terutamanya sekali, pensyarah penyelia saya, ENCIK KAMARULZAMAN. Selain itu, saya berjanji bahawa saya akan menyebarkan segala maklumat tentang perubahan kurikulum dari KBSR ke KSSR kepada murid-murid saya dalam masa yang akan datang. Setiap sesuatu yang kami miliki seharusnya kita pelihara dan dijaga dengan baik. Akhirnya, saya akan memperbaiki diri dan sentiasa menghasilkan tugasan yang cemerlang dalam setiap subjek. Saya juga berharap agar perubahan kurikulum ini yang digubal oleh kerajaan dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak terutama kepada murid dan tidak akan membebankan sesetengah pihak. Sekian terima kasih.

12

BIBLIOGRAFI SUMBER BUKU Choong Lean Keow. ( 2011 ). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ( PISMP ). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Ee Ah Meng ( 1988 ). Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.. Ee Ah Meng. ( 2003 ). Pendidikan Di Malaysia III. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.. Mok Soon Sang. ( 2004 ). Pendidikan Di Malaysia ( PISMP ). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Mok Soon Sang. ( 2008 ). Ilmu Pendidikan Sekloah Rendah ( KPLI ). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Mok Soon Sang. ( 2011 ). Pengantar Teras Pendidikan. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. ( 2011 ). Penghantar Pendidikan. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.. Tiada nama. ( 1992 ). Asas KBSR I Jilid 1. Hulu Kelang : Percetakan Dewan dan Pustaka. Tiada nama. ( 1992 ). Asas KBSR II Jilid 2. Petaling Jaya : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiada nama. ( 1992 ). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Hulu Kelang : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

SUMBER INTERNET Khairina Yasin. ( 30 November 2010 ). Berita Harian: 500,000 murid Tahun Satu sesi 2011 diajar pendidikan .

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/500_000muridTahunSatusesi2011 diajarpendidikanseks/Article/ diakses pada 9 Mac 2012. Khairul Hazman Taha. ( 11 Januari 2011 ). Panduan Melaksanakan Modul Elektif di SK. http://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa-2009/panduan-

melaksanakan-modul-elektif-di-sk.html diakses pada 9 Mac 2012. Mohd. Fadzly Mohd. Izab. ( 25 May 2010 ). Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) akan diperkenalkan pada 2011. http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-layout/39-

frontpage/127-info-sekolah diakses pada 9 Mac 2012. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah ( PKSR ) : Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif. http://www.scribd.com/doc/14586713/Penilaian-KendalianSekolah-Rendah-PKSR-Pemulihan-Pengayaan-Dan-Pendidikan-Inklusif diakses pada 9 Mac 2012. Puan Lela. ( 2008 ). Peperiksaan Vs Pentaksiran.

http://pengajianam900.forumotion.com/t31-peperiksaan-vs-pentaksiran diakses pada 9 Mac 2012. Psbtpnsarawak. ( 31 January 2011 ). KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insan berkesan. http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/01/31/kssrkurangkan-tekanan-peperiksaan-bina-modal-insan-berkesan/ diakses pada 9 Mac 2012. Kurukulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ).

http://pismppjkjan2007.tripod.com/sukatan-pelajaran.html diakses pada 9 Mac 2012.

14

LAMPIRAN

15

PERBEZAAN ANTARA KBSR DAN KSSR


Aspek KBSR Komunikasi Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Perkembangan Diri Individu KSSR Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi Tahap I Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Tahap II Modul Komunikasi Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Modul Fizikal dan Estetika Modul Sains dan Teknologi Modul Kemanusiaan

Bentuk

Organisasi

Berasaskan mata pelajaran

Kandungan Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut: Kemahiran Berfikir dalam P&P Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Penggunaan TMK P&P Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Penggunaan TMK Pedagogi Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Pembelajaran Secara Kontekstual Depan Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Masteri Pembelajaran Secara Kontekstual Belajar Cara Belajar Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Peruntukan Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran Masa khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Dijalankan secar a berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam Kaedah Penekanan yang ketara kepada pembelajaran Pentaksiran pentaksiran sumatif Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan holistik

16

Aspek

KBSR

KSSR

Sukatan Pelajaran Dokumen Kurikulum Huraian Sukatan Pelajaran Standard Kandungan Kandungan Bahan Standard Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti P&P Buku Teks Buku Teks Pengurusan Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan Kurikulum kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.

Kelebihan KSSR
1) Subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. 2) Beberapa subjek digabungkan menjadi 1 subjek 3) Satu subjek baru diperkenalkan yang bertema Semangat Kenegaraan dan Patriotik 4) Pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks 5) Membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tambahan info daripada guru besar sekolah Aina * Pelajaran Bahasa Melayu ditukar kepada Pelajaran Bahasa Malaysia * Penerangan banyak menggunakan paparan skrin komputer berbanding buku teks * Pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Inggeris

Rangka Perlaksanaannyer

Tahap 1Tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kpd penguasaan 4M- membaca, menulis, mengira & menaakul, dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara Tahap 2Tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. 17

KSSR Terap 1Malaysia KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

18

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

19

You might also like