You are on page 1of 32

PERBEZAAN SEL HAIWAN & TUMBUHAN STRUKTUR SEL

Subtopik:
2.1 Struktur dan fungsi sel

2.2 Organisasi sel


2.3 Menghargai keunikan sel

PENGENALAN
Sel merupakan unit asas semua hidupan hidup. Secara

amnya setiap sel terdiri daripada :- membran sel - sitoplasma - nukleus Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus.

Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang terdiri

daripada selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan.
Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol

sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.

SEL HAIWAN & SEL TUMBUHAN


SEL HAIWAN SEL TUMBUHAN

MEMBRAN PLASMA
Membran plasma: membran yang menyelaputi suatu

sel Membran plasma berfungsi untuk mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel. Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpola. Molekul-molekul kecil dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah.

Contoh molekul-molekul kecil ialah:

- air - oksigen - karbon dioksida Contoh molekul-molekul larut lipid ialah: - gliserol - asid lemak - vitamin- A, D, E, K Selain itu, membran plasma berfungsi untuk melindungi organel-organel di dalam sel.

MEMBRAN SEL

DINDING SEL
Lapisan luar tumbuhan Berfungsi sebagai penyokong,

pelindung. Terdapat pada tumbuhan, fungi, dan bakteria. Tidak terdapat pada sel haiwan. Strukturnya tersusun atas selulosa sehingga kaku, kuat dan keras. Mengatur keluar masuknya H2O, O2, CO2

SITOPLASMA
Sitoplasma ialah bahan seperti jeli yang mengisi sel

dan yang melarutkan makanan serta menukarkan makanan menjadi tenaga dalam tindak balas kimia. Sitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organelorganel. Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk sel.

Skematik sel haiwan tipikal yang menunjukkan

komponen-komponen subsel. organel(1) nukleolus (2) nukleus (3) ribosom(4) vesikel (5) jalinan endoplasma kasar (6) jasad Golgi(7)sitorangka(8) retikulum endoplasma licin (9) mitokondrion(10) vesikel (11) sitoplasma (12)lisosom(13) sentriol

Stimulus minda:

NUKLEUS
Nukleus sel, pusat kawalan bagi sesebuah sel yang

mengandungi DNA kromosom sel. Fungsi Menyimpan gen dalam kromosom. Membuat RNA sebagai protein pengkod (mRNA). Memproduksi ribosom di nukleus.

NUKLEUS

JALINAN ENDOPLASMA
Jalinan endoplasma merupakan suatu bahagian

yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jalinan endoplasma diperhatikan sebagai pasangan membran selari yang merentasi sitoplasma Jalinan endoplasma bertindak sebagai satu sistem lalu lintas dan pengangkutan di dalam sel. Selain itu, ia berfungsi mengangkut kepada protein yang disentesis di dalam ribosom. Jalinan endoplasma licin berfungsi sebagai tempat sintesis lipid.

JALINAN ENDOPLASMA

JALINAN ENDOPLASMA

JASAD GOLGI
Jasad Golgi merupakan suatu bahagian yang terdapat di

dalam sesebuah sel. Jasad golgi terdiri daripada kantungkantung pipih halus berselaput membran yang terletak selari di antara satu sama lain. Jasad golgi mempunyai fungsi iaitu dapat mengangkut dan mengubahsuaikan bahan kimia yang kemudiannya dibungkus dalam vesikel lalu dirembeskan. Bahan-bahan kimia tersebut ialah:
glikoprotein karbohidrat

hormon

JASAD GOLGI

RIBOSOM
Ribosom merupakan suatu bahagian yang terdapat di

dalam sesebuah sel. Terdapat di jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas di dalam sitoplasma. Fungsi
Sebagai tapak sintesis protein. Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada jalinan

endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon. Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.

LISOSOM
Merupakan organel yang

memakan bahagian sel. Mengandung enzim pencerna. Struktur: bersaizkecil, dilapisi membran. Fungsi: memecah molekul besar menjadi molekul kecil; menghancurkan organel sel yang sudah tua.

LISOSOM

MITOKONDRION
Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat

di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu: 1- Membran dalam 2- Membran luar Mitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.

MITOKONDRION

VAKUOL
Vakuol merupakan suatu bahagian yang terdapat di

dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan zat terlarut. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol yang tiada pada sel haiwan kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Vakuol merupakan rongga-rongga besar sitoplasma yang berisi bendalir. Tumbuhan yang matang mempunyai vakoul yang besar.

VAKUOL
Setiap vakuol dikelilingi oleh membran yang dikenali

sebagai tonoplas. Tonoplas ialah dinding separa telap yang tebal, kuat dan kenyal yang dibina daripada selulosa karbohidratpolisakarida.
Vakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan

osmosis dan tekanan segah sel

KLOROPLAS
Organel yang menghasilkan klorofil.
Hanya ditemui di sel tumbuhan atau

alga. Berwarna hijau Berisi klorofil (pigmen hijau) Berfungsi untuk menyerap tenaga cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.

KLOROPLAS

Latihan 1:

Latihan 2:
a) Nyatakan persamaan sel haiwan dan sel tumbuhan. b) Nyatakan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
Ciri-ciri perbezaan Sel haiwan Sel tumbuhan

Bentuk
Dinding sel Kloroplas

Vakuol
Granul simpanan sentriol

You might also like