You are on page 1of 6

Jurnal Minggu 3 Tarikh : 19 Februari 2012 23 Februari 2012 Tingkah laku negatif

Fokus Isu :

MASALAH Minggu ini proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang dirancangkan. Penglibatan murid dalam aktiviti yang diadakan adalah amat baik. Sikap dan kerjasama murid saya amat memuaskan hati saya apabila aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan sempurna. Walau bagaimanapun, terdapat dua orang murid saya iaitu Muhammad Akif dan Hilman Faris yang mempunyai tingkah laku negatif. Kemungkinan murid saya ini adalah hiperaktif, tidak boleh duduk diam dan sukar memberikan tumpuan atau perhatian terhadap permainan mahupun pengajaran yang saya sampaikan. Apabila ditegur, mereka akan berdiam diri dan tidak lama kemudian, mereka akan membuat bising dan menganggu rakan-rakan lain yang hendak belajar.

Menurut Lee Canter dalam Model Disiplin Asertif: Model ini memberikan beberapa prinsip, iaitu guru perlu menegaskan perlakuan bertanggungjawab. Jika gagal melaksanakan assertive dicipline adalah kerana faktor kelemahan kawalan kelas. Kebanyakan guru beranggapan bahawa kawalan kelas yang tegas adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Anggapan ini salah kerana kawalan kelas berpatutan dapat menjamin kebebasan individu. Menurut Woolfolk (1990) dalam pendidikan Psikologi, motivasi merujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia.

Menurut Kajian Ilmu Dalam Pedagogi: Dalam keadaan bilangan murid yang ramai, kawalan kelas amat rumit dan sukar bagi guru memberi perhatian kepada setiap murid semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada guru atau tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajarkan sehingga mereka berasa bosan akan menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah seperti membuat bising, berbual-bual dengan rakan dan bermain di belakang kelas.

ANALISIS MASALAH Saya terlebih dahulu menyiasat punca-punca masalah yang menyebabkan sebilangan murid membuat bising dan sukar menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Beberapa persoalan berlegar dalam minda saya: Apakah faktor yang menyebabkan murid-murid bising? Adakah pengajaran saya tidak menarik? Apakah yang menyebabkan mereka berasa bosan? Adakah saya menjadi punca berlakunya masalah in?

Melalui pemerhatian yang berterusan, saya berpendapat bahawa masalah ini berpunca daripada sikap murid-murid itu sendiri di mana terdapat beberapa orang murid yang suka berbual atau bersembang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Punca permasalahan ini juga mungkin disebabkan daripada penggunaan pendekatan yang kurang menarik dengan sifat semulajadi murid. Ini menyebabkan timbul rasa bosan dan seterusnya menyebabkan murid menunjukkan sikap kurang sopan atau tidak menghormati guru semasa berada di dalam kelas.

Saya perlu mempunyai sikap sebagai seorang guru asertif, iaitu guru yang tegas bukan yang garang. Walau bagaimanapun, saya juga patut memerhati murid semasa mereka melakukan perbuatan baik dan memberi pujian atau sokongan kepada mereka. Ini kerana faktor penyayang dan sokongan adalah faktor yang sesuai untuk suasana pembelajaran. Saya juga perlu mengajar tingkah laku yang bersesuaian dalam kelas melalui pengajaran terus seperti modelling, menerangkan, melakukan, meninjau, menggalakkan dan memberi ganjaran kepada murid yang belum menguasai perlakuan yang baik itu.

CADANGAN Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising dan dapat memberikan tumpuan semasa belajar, saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut: i. ii. Guru menggunakan kontak mata dan suara yang tegas, jelas dan tenang Guru jangan sesekali menggunakan ancaman atau ugutan atau meningking untuk mempengaruhi ingkah laku murid. iii. Guru perlu menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisasikan bahanbahan pengajaran supaya ia mudah dipersembahkan dan juga mudah untuk dipelajari. iv. Guru juga perlu menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya murid mendapat kepuasan dalam pelajarannya. v. Guru perlu memberikan ganjaran atau pujian kepada murid-murid atas usaha atau sikap yang ditunjukkan agar dapat menjadi ikutan dan tauladan kepada murid-murid yang lain.

TEMPOH PENYELESAIAN 19 Februari 2012 23 Februari 2012 ( 1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN Menurut Teori Motivasi Pencapaian dalam pembelajaran: Motivasi pencapaian boleh dipupuk melalui proses pembelajaran. Sebelum guru mengajar, murid harus diberitahu objektif pelajaran, cara penilaian dan langkah menyempurnakan tugasan dan isi pelajaran yang jelas supaya membolehkan mereka memperolehi konsep konkrit. Guru juga perlu memahami peribadi murid dan memberi bimbingan untuk murid yang mempunyai peribadi yang gagal-berorientasi demi memupuk keyakinan mereka. Di samping itu, guru perlu mengajar mereka supaya mereka mendapat pengalaman kejayaan dan kegagalan. Peringkat kesukaran isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan dan pengalaman mereka agar ia dapat memberi kesedaran bahawa mereka yang berusaha akan dapat kejayaan dan mereka yang tidak berusaha akan mendapat kegagalan.

KESIMPULAN Menurut Fields & Boesser (2002), tujuan disiplin ialah untuk membantu murid belajar bertanggungjawab terhadao tingkah laku mereka dan dapat membezakan perlakuan yang betul dan salah. Guru perlu mempunyai jangkaan positif, iaitu gesture, nada suara dan kebebasan bersuara. Guru juga perlu memberitahu panduan yang jelas tentang apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Selain itu, guru perlu bersedia menerima pandangan murid, memahami keperluan murid serta membantu murid merasa bangga terhadap diri dan melalui pengalaman mereka.

Inovasi yang ingin saya kemukakan adalah sedia memahami keperluan murid terutama dari segi perasaan mereka. Di samping itu, saya perlu memberitahu dahulu perbuatan apa yang patut dibuat dan tidak serta menyatakan kepada murid kesan daripada perbuatan yang dilakukan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas. Selain itu, saya perlu

bersikap tegas dalam memberi hukuman dan bersoaljawab dengan murid mengapa hukuman itu diberikan pada murid yang telah melakukan sesuatu kesalahan.

BIBLIOGRAFI Noriati A. Rashid. at.al. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid. at.al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd. Sharani Ahmad. (2007). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Disediakan Oleh :

.. (Nur Hidayah binti Othman)

Tarikh : 18 Februari 2012

Disemak Oleh :

.. (Encik Nordin bin Wan Daud) Pensyarah Pembimbing, Praktikum Fasa 3

You might also like