You are on page 1of 13

JENIS- JENIS BERITA PENGENALAN Definisi umum berita ialah laporan mengenai fakta atau idea terbaru yang

benar dan penting bagi sebahagian khalayak, melalui media seperti surat khabar, radio, television

serta media on-line internet.

Secara mudahnya berita difahami sebagai sesuatu maklumat baru yang menarik minat khalayak. Berita merupakan satu bentuk laporan mengenai sesuatu kejadian ataupun perkara yang telah berlaku (Blake & Haroldsen, 1975).

Manakala Maeseneer, 1982 menjelaskan bahawa hakikatnya tidak ada satu makna yang universal terhadap berita. Namun beliau menjelaskan bahawa berita adalah sesuatu maklumat yang baru mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku dan ia memberi kesan kepada khalayak.

Berita berasal dari bahasa sansekerta "Vrit" iaitu dalam bahasa Inggris disebut "Write" yang erti sebenarnya adalah "Ada" atau "Terjadi". Ada juga yang menyebut dengan "Vritta" iaitu ertinya "kejadian" atau "Yang Telah Terjadi". Menurut kamus ,berita bererti laporan mengenai kejadian atau peristiwa yang hangat.

Menurut Earl English dan Clarence Hach News is difficult to define, because it involves many variable factors.

Berita adalah laporan tercepat mengenai fakta atau idea terbaru yang benar, menarik atau penting bagi sebahagian besar khalayak, melalui media berkala seperti surat khabar, radio, television, atau media on-line internet.

Berita mestilah bersifat semasa dan ia haruslah memberi makna kepada orang ramai. Sekiranya berita tersebut bersifat biasa, ia tidak akan dapat menarik minat pembaca untuk membaca berita yang disiarkan atau dipertontonkan.

News (berita) mengandungi kata new yang bererti baru. Secara ringkasnya sebuah berita adalah sesuatu yang baru dan diketengahkan kepada khalayak pembaca atau pendengar. Dengan kata lain, berita adalah apa yang surat khabar,majalah cetak dan apa yang para penyiar sebarkan.

Menurut Dean M. Lyle Spencer dalam bukunya iaitu News Writing , berita adalah suatu kenyataan atau idea yang benar serta dapat menarik perhatian sebahagian besar dari pembaca.

Menurut Willard C. Bleyer , berita adalah sesuatu yang terbaru dan dipilih oleh wartawan untuk dimuatkan dalam surat khabar. Oleh itu ia dapat menarik atau mempunyai makna bagi pembaca surat khabar kerana dapat menarik pembaca - pembaca tersebut.

Menurut William S Maulsby, berita adalah suatu penuturan secara benar dan tidak memihak dari fakta yang mempunyai erti penting dan baru terjadi, serta dapat menarik perhatian pembaca surat khabar yang membaca berita tersebut.

Menurut Djafar H Assegaf , berita adalah laporan tentang fakta atau idea yang termasa (baru), yang dipilih oleh bahagian redaksi untuk disiarkan, yang dapat menarik perhatian pembaca.

Menurut Mitchel V. Charnley, berita adalah laporan tercepat dari suatu peristiwa atau kejadian yang mempunyai fakta, penting, dan menarik bagi sebahagian besar pembaca, serta berkaitan kepentingan mereka. JENIS- JENIS BERITA Bahan berita yang ada dalam catatan wartawan yang diperoleh dengan rumus 5w + 1h iaitu what,who.when,where,why and how harus diolah dan disajikan. Wartawan dibatasi oleh potensi sumber berita dan adanya deadline ( saat terakhir menyerahkan naskah berita yang ditulis olehnya untuk diterbitkan dalam edisi yang sudah direncanakan). Berdasarkan bahan yang terjaring dan butir- butir kelayakan berita, mempunyai berbagai kemungkinan penyajiannya. Tiap- tiap bahan mempunyai keterbatasan untuk dikembangkan dan disajikan. Terdapat berbagai jenis berita. Antaranya ialah berita langsung (straight news), depth news, investigation news, interpretative news, opinion news dan feature news.

STRAIGHT NEWS

Berita langsung ialah berita yang singkat dan padat. Berita langsung ditulis untuk menyampaikan sesuatu kejadian yang pembaca harus ketahui dengan cepat. Prinsip penulisan berita langsung adalah berdasarkan prinsip piramid terbalik. Hal- hal yang penting disajikan dan ditulis pada bahagian pendulu berita dan seterusnya bahagian penulisan yang agak tidak penting diletakkan di bahagian bawah.

Kehangatan berita merupakan antara syarat terpenting dalam berita langsung. Bagi surat khabar yang menyiarkan berita kejadian kelmarin dianggap hangat jika belum ada akhbar lain yang menyiarkan berita tersebut. Berita langsung boleh dibahagi kepada dua iaitu hard news dan soft news.

a.

Hard news

Hard news adalah berita yang memiliki nilai lebih dari segi aktualitas dan kepentingan atau amat penting dan perlu segera diketahui pembaca. Berisi informasi peristiwa khusus (special event) yang terjadi secara tiba-tiba. Hard news adalah berita pantas yang biasanya muncul di muka depan akhbar. Cerita yang berada dalam hard news adalah sering berkaitan dengan topik perniagaan, politik dan juga berita antarabangsa.

Hard news juga merupakan istilah yang sering digunakan oleh wartawan dan lain- lain yang bekerja dalam industri media. Selain itu, hard news adalah liputan melanggar peristiwa yang melibatkan pemimpin tertinggi, isi- isu utama atau gangguan yang ketara dalam rutin kehidupan harian seperti gempa bumi atau bencana syarikat penerbangan"(Patterson,3 ). Hard news tidak patut dikelirukan dengan wartawan kritikal. Hard news mempunyai dua konsep iaitu konsep serius meliputi politik, ekonomi, jenayah, peperangan dan kemusnahan. Ia merupakan topik yang cukup serius sebagai aspek undangundang, sains dan teknologi.

Manakala konsep yang kedua adalah konsep tempoh masa ( timeliness ) iaitu berita yang merangkumi isu semasa seperti kemajuan peperangan, penyataan awam, hasil pengundian ,pembebasan banduan dan sebagainya.

b.

Soft news

Soft news merupakan berita yang bukannya untuk menasihati pembaca. Soft news ini adalah lebih kepada berita yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Contohnya apa yang perlu anda ketahui jika ingin membeli sebuah komputer baru. Kesenian, hiburan dan gaya hidup juga termasuk dalam soft news.

DEPTH NEWS

Depth news (berita mendalam), merupakan pengembangan dari berita yang sebelumnya. Dalam jenis ini, berita dikembangkan secara mendalam, mengupas hal-hal yang tersembunyi atau disembunyikan. Bermula dari sebuah berita yang masih belum selesai pengungkapannya. Pendalaman dilakukan dengan mencari informasi tambahan dari sumber atau berita yang dikembangkan oleh wartawan (penulis)-nya dengan pendalaman hal-hal yang ada di bawah suatu permukaan.

Berita harian yang berbentuk depth news atau berita mendalam akan menyajikan berita secara lebih lengkap ( komprehensif ) dan bersifat multi-linier. Kejadian yang memiliki nilai berita, disajikan dengan mengetengahkan berbagai aspek, latar belakang, hubungan dengan konteks yang lebih luas dan menempatkan kejadian atau fakta itu dalam kaitan dengan berbagai kemungkinan. Corak berita seperti ini adalah di sebut sebagai berita mendalam yang komprehensif.

Depth news digunakan untuk menulis permasalahan secara lebih lengkap , mendalam , dan analitis . Cara seperti ini dimaksudkan agar pembaca dapat lebih memahami kedudukan sesuatu masalah. Bahasa yang digunakan juga tidak menjurus kepada bahasa jurnalistik tetapi lebih kepada bahasa formal. Menggunakan Unsur 5W + 1H tetapi tidak terlalu diperhatikan. Berita tidak semestinya up to date tetapi menarik untuk dibicarakan lebih jauh.

INVESTIGATION NEWS

Menurut Newson dan Wollert, berita penyiasatan sering kali melibatkan sesuatu isu tertentu. Ramai pembaca yang meminati berita jenis penyiasatan. Berita penyiasatan bertujuan membuat sesuatu laporan yang mendalam utk mendedahkan tingkah laku awam atau persendirian yang mungkin terus tersembunyi dan tidak diketahui umum. Robert W.Greene mendefinisikan sebagai usaha yang melibatkan pengumpulan maklumat penting yang cuba dirahsiakan seseorang atau agensi tertentu (William-1978).

Dalam penulisan berita penyiasatan, wartawan berusaha membongkar sesuatu yang ingin diketahui oleh masyarakat dalam usaha memerangi salah laku dan segala perbuatan menyalahi norma atau batas undang-undang. Pengupasan sesuatu isu perlu dijalankan dengan tepat, relevan serta mempunyai motif yang membawa perspektif baru kepada pembaca.

Penyiasatan dan penyelongkaran yang boleh membawa kepada perubahan kepada pembaca. Contohnya kes mahkamah, sistem keadilan alam sekitar, dasar kerajaan, keselamatan negara, ahli politik, rasuah dan lain- lain.

Penulisan berita penyiasatan merupakan suatu perbuatan menyelongkar perkara yang dianggap rahsia oleh orang lain demi kepentingan awam. Berita penyiasatan adalah berbentuk berita atau artikel yang dilakukan dengan begitu terperinci.

Penyelidikan meluas, melalui temu ramah dengan mereka yang terlibat seperti mangsa, polis, saksi, ahli keluarga, rakan2, musuh, dan pakar. Malah, wartawan akan menyamar untuk membuat penyiasatan. Biasanya, sesuatu penyiasatan yang ingin dilakukan melibatkan kertas kerja, masa, kos, pemilihan fakta, serta menyimpang daripada penulisan berita semasa.

Tertakluk kepada undang- undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia (OSA) bagi mengelakkan siaran berita yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila.

INTERPRETATIVE NEWS

Interpretative news adalah berita yang menerangkan sesuatu fakta kepada pembaca dan membantu pembaca memahami kepentingan maklumat di dalam artikel yang diberikan. Artikel itu adalah termasuk dalam mengapa sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku, kisah latar belakang, senarai orang yang terlibat dalam kejadian itu dan perkaitan atau kepentingan kejadian.

OPINION NEWS

Opinion news ataupun berita pendapat adalah berita mengenai pendapat seseorang biasanya pendapat para cendekiawan, sarjana, mengenai sesuatu hal, peristiwa.

FEATURE NEWS

Feature news adalah satu bentuk artikel yang membincangkan peristiwa dalam bentuk maklumat yang menerangkan. Feature news adalah berdasarkan fakta dan ia ditulis dalam bentuk yang menerangkan sesebuah artikel. Feature news berdasarkan fakta- fakta yang memberi kepentinagn kepada umum dan ia diperolehi daripada data yang dikumpulkan.

Feature news juga memberitahu sesebuah cerita dengan lengkap. Ia meneroka sesuatu isu dengan teliti. Untuk menulis feature news, penyelidikan fakta, statistik dan yang paling penting ialah temubual dan juga sumber. Ia mengambil masa dan usaha untuk membuat feature news berbanding siaran akhbar dan selalunya keputusannya adalah ternyata lebih baik.

Feature news adalah yang dikenali sebagai rencana yang memberi tumpuan kepada topik kepentingan dalam berita. Sebagai contoh, mengenai peningkatan dalam penyakit jantung.

Kisah terakhir mengenai topik ini mungkin memberi tumpuan kepada statistik menunjukkan bagaimana penyakit jantung semakin meningkat dengan bertanya kepada pakar- pakar mengenai topik ini.

KEPENTINGAN BERITA

Manusia sejak awal kehidupannya selalu berusaha memperbaiki kemampuannya untuk menerima dan menyebarkan informasi tentang lingkungannya disamping meningkatkan kecepatan, kejelasan dan macam cara pengiriman informasi (Bride dalam Liliweri ,1997:5960). Akhbar menyajikan pelbagai bentuk berita demi kepelbagaian penyampaian maklumat. Berita pula ditulis dalam bentuk paling sesuai dengan kehendak ketepatan dan penjimatan masa. Selain dari itu ia juga mengetengahkan kepelbagain teknik reka cetak, penonjolan kepentingan berita, pengadunan antara berita ringan dan berita serius, mengurangkan kekalutan proses membaca dan tidak menjemukan pembaca. Kategori penulisan berita seperti berita semasa, siasatan dan rencana.

Penulisan berita lazimnya mengikut kaedah piramid terbalik. Tujuan utama adalah untuk menyampaikan maklumat paling penting pada 'pendahulu atau intro' berita tersebut. Ia dikenali sebagai kronologi atau urutan masa. Cara itu paling sesuai dalam menyampaikan maklumat dengan pantas, memudahkan penyampaian berita, memudahkan proses

menyunting, menjimatkan masa pengguna media, memudahkan penulisan tajuk berita oleh penyunting dan seumpamanya.

Bentuk penulisan pula diadun secara mudah dengan ayat-ayat yang ringkas, padat dan tepat. Ia membolehkan berita dibaca dengan mudah dan cepat, bergerak dari satu peranggan ke satu peranggan lain. Kita juga dapat mengagak setakat mana yang perlu kita baca. Satu idea satu ayat akan membolehkan pembaca mengenal pasti fakta-fakta utama dengan cepat. Wartawan

berusaha mengadun berita secara jelas dan mudah walaupun untuk bentuk penulisan yang kompleks.

Selain itu, berita yang disiarkan dapat mendidik iaitu sebagai sarana pendidikan massa (Mass Education), surat khabar memuatkan tulisan yang mengandungi pengetahuan , sehingga khalayak pembaca bertambah pengetahuannya.

Berfungsi sebagai menghibur, hal-hal yang bersifat hiburan sering dimuat surat kabar untuk mengimbangi berita-berita berat (Hard News) . Isi surat kabar yang bersifat hiburan bisa berbentuk cerita pendek, cerita bersambung, cerita bergambar, teka-teki silang, pojok, karikatur, tidak jarang juga berita mengandung minat insani (Human Interest) dan kadangkadang tajuk rencana.

KESIMPULAN

Media massa seperti televisyen, radio, akhbar, majalah, dan buku sememangnya satu bahan perantaraan komunikasi massa yang sentiasa di hati masyarakat. Namun, di sebalik apa yang disampaikan oleh media-media massa ini terpulang kepada seseorang individu itu sama ada terus mempercayainya, membuat pertimbangan atau mengabaikan berita yang disampaikan begitu sahaja dan sama-sama menjadikan agenda yang ditetapkan oleh media itu sebagai agenda umum.

RUJUKAN

Harvey Molotch & Marilyn Lester. News as purposive behavior: on the strategic use of routine events, accidents, and scandals. Di akses pada May 5, 2012. Dari http://www.google.com.my/search?gcx=w&sourceid=chrome&ie=UTF- 8 &q=NEWS+AS+PURPOSIVE+BEHAVIOR%3AON+THE+STRATEGIC+USE+OF+ROU TINE+EVENTS%2C+ACCIDENTS%2CAND+SCANDALS

Kamus Dewan. 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jenis berita. Diakses pada Mac 12, 2012 dari http://dispaku.blogspot.com/2008/10/jenis-jenis-berita.html

Where the news come from. Diakses pada Mac 14, 2012 http://www.anneahira.com/news.htm

How to find soft news. Diakses pada Mac 23, 2012 dari http://www.howtodothings.com/hobbies/how-to-find-soft-news

Different types of news. Diakses pada Mac 25, 2012 dari http://www.perfectcirclepr.co.uk/2010/11/the-different-types-of-news/

Pengertian dan jenis berita. Diakses pada Mac 25, 2012 dari http://www.anneahira.com/berita-17230.htm

You might also like