You are on page 1of 5

1.

MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN

1)Nama Produk Syarikat ini menjual produk sup utara dan memulakan perniagaan pada 01 Julai 2003 dan masih berniaga sehingga sekarang . 2)Nama Pengusaha dan Status Syarikat Status syarikat ini ialah persendirian antara suami isteri iaitu Allahyarham En. Hasanuddin Ibrahim dan Pn. Rohani Binti Abu . Tetapi setelah pemergian suaminya , dia telah menguruskan perniagaan ini bersama adik-beradiknya . 3)Syarikat Little Cash (M) Sdn. Bhd. merupakan nama syarikat ini dan syarikat ini adalah milik bumiputera . Syarikat ini mempunyai sebanyak 29 cawangan yang terletak di Semenanjung Malaysia . 4)Lokasi Aras LG , The Store , Plaza Alam Sentral , Seksyen 14 40000 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan .

2.LATAR BELAKANG

1)Sejarah Syarikat Sebagai pengenalan, Ani Sup Utara diuruskan oleh syarikat Little Cash (M) Sdn Bhd yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 13 Jun 2005. Bermula dengan hanya sebuah pejabat dan dapur kecil di restoran, kini Little Cash (M) Sdn. Bhd. mempunyai sebuah pejabat urusan dan dapur pusat yang berasingan daripada restoran yang terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Restoran Ani Sup Utara memulakan operasi pada 01 Julai 2003 di Plaza Alam Sentral ,Shah Alam , Selangor . Allahyarham En. Hasanuddin Ibrahim dan Puan Rohani Binti Abu adalah tulang belakang dan pengasas kepada perniagaan ini . Pada awalnya tidak bercadang untuk menambah cawangan restoran tetapi melihat kepada penerimaan pelanggan yang terlalu hebat, Allahyarham En. Hasanuddin akhirnya menambah cawangan kedua. Pada awal 2004, cawangan kedua yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam dibuka dan menanam wawasan untuk membina satu rangkaian restoran melayu yang terbesar di Malaysia. Little Cash (M) Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan rangkaian restoran Ani Sup Utara dan menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 100 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 2013. 2)Punca dan Jumlah Modal Perniagaan Modal untuk memulakan perniagaan ini dalam lingkungan RM 1000 yang dipinjam dari bank . Pada peringkat awal perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan . Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan , perniagaannya berkembang kerana mendapat sambutan yang tinggi .

3)Tujuan dan Kepentingan Produk Tujuan produk ini dibuat mencipta peluang perniagaan dalam industri makanan asas sup kepada para usahawan terutamanya bumiputera , membangunkan satu konsep perniagaan rangkaian restoran yang mempunyai satu tahap bertaraf antarabangsa dan membangunkan proses dan teknologi makanan asas sup untuk pasaran runcit tempatan dan antarabangsa . 4)Keistimewaan Produk

3,KAEDAH / CARA PENGHASILAN

1)Tenaga Kerja Syarikat ini mempunyai 10 orang pekerja untuk menyediakan kelengkapan memasak dan membuat minuman . Mereka mula bekerja pada pukul 10 pagi dan membuka kedai pada pukul 12 tengahari . 2)Senarai Bahan Antara bahan utama yang digunakan untuk membuat sup ini 3)Senarai Peralatan Sup ini dihasilkan menggunakan peralatan asas dapur seperti papan pemotong , pisau , pisau pengupas sayur-sayuran , pengisar , senduk , periuk dan , deep fryer ( . 4)Peringkat Penghasilan Produk Untuk menghasilkan sup ini , pertama sekali tumiskan bawang putih, merah, cili, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan wangi . Setelah itu , gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri disusuli 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit sahaja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya. Hiriskan daun bawang, sup , sadri dan taburkannya pada hidangan.

4,PERKEMBANGAN PRODUK

You might also like