Topik 1 Apa Itu

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. Menerangkan maksud imaginasi sosiologi;

Sosiologi?

Menjelaskan bagaimana sosiologi dikaitkan dengan bidang ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial; Membezakan perspektif sosiologi daripada perspektif asas logik; Menghuraikan kebaikan perspektif sosiologi dan sumbangannya dalam kehidupan seharian; dan Menjelaskan sumbangan ahli-ahli sosiologi berikut: • • • • • • Auguste Comte; Harriet Martineau; Herbert Spencer; Emile Durkheim; Max Weber; dan Karl Marx.

3. 4. 5.

PENGENALAN
Mengapakah sesetengah perkahwinan bahagia dan ada yang tidak? Adakah kita dilahirkan dengan personaliti semulajadi? Sejauh manakah pendidikan tinggi akan mempengaruhi masa depan anda? Adakah tinggal di bandar lebih bahagia daripada tinggal di kampung? Ahli sosiologi berusaha menjawab persoalan-persoalan di atas. Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh

leksikon. Rajah 1. mereka memfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan juga oleh masyarakat. dan bagaimana semua ini bergabung dan mempengaruhi tingkahlaku manusia. mari kita pertimbangkan kesukaran masyarakat Amerika untuk mendapatkan pekerjaan pada awal tahun 1890an. masalah peribadi dan isu masyarakat saling bertindih untuk membentuk sebuah struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih luas. keluarga dan jiran tetangga. 1. Beliau menamakan disiplin ini imaginasi sosiologi (sociological imagination) iaitu keupayaan untuk kita melihat pengalaman dan kepayahan yang kita lalui sebagai mencerminkan perancangan struktur masyarakat dan zaman tersebut. Penggubalan struktur dan . Wright Mills Sumber: www.org Lazimnya.1. Mengikut Mills. Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengaitkan pengalaman kita dengan masyarakat serta peristiwa silam. pasti kita akan dipengaruhi oleh arus sosial masyarakat walau di mana pun kita berada. sudah tentu terdapat banyak persoalan dalam minda anda. Tidak kira apa pengalaman peribadi kita. C.1). Wright Mills (1916 1962) mengatakan bahawa untuk kita memahami sosiologi. kita melalui kehidupan seharian kita dengan memikirkan tentang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan. kita perlu terlebih dahulu memahami masyarakat di mana kita tinggal agar kita mendapat satu gambaran yang lebih mendalam tentang kehidupan masyarakat kita (sila lihat Rajah 1. Sebagai contoh.2 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak. 1. apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat.1 PERSPEKTIF SOSIOLOGI Bagi mereka yang baru hendak mengenali bidang sosiologi.1: C.1 Imaginasi Sosiologi Apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi? Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang manusia dan tingkahlakunya. Apakah pendekatan yang digunakan oleh ahli sosiologi? Apakah kaitan bidang sosiologi dengan disiplin-disiplin sains sosial yang lain? Adakah sosiologi mempunyai asas logik atau saintifik? Kesemua persoalan ini akan dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini.

Sejarawan bukan sahaja menggambarkan peristiwa lalu tetapi juga menerangkan peristiwa bersejarah berdasarkan kepada petunjuk sosial. sejarah. antropologi dan kerja sosial (sila lihat Jadual 1. Kesimpulannya. sains politik. Mills mengatakan bahawa situasi sedemikian bukan hanya disebabkan oleh perwatakan peribadi individu sahaja.1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 3 pengecilan sektor korporat meninggalkan kesan ke atas ekonomi yang meleset. Kita juga perlu melihat situasi ekonomi dan politik masyarakat pada masa itu. Sejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu.1: Perbandingan Bidang Sosiologi dan Bidang-Bidang Sains Sosial yang Lain Ekonomi Ekonomi adalah kajian tentang pengeluaran dan pengagihan bahan dan perkhidmatan. SEMAK KENDIRI 1. Inilah yang kemudiannya mengakibatkan pengangguran di kalangan belia pada masa itu. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji perkara-perkara ini. Di sinilah imaginasi sosiologi akan memberi kita ruang untuk memahami kekecewaan masyarakat Amerika pada ketika itu dalam konteks faktor-faktor seperti persekitaran tempat kerja serta masyarakat keseluruhannya. imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengenalpasti hubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosial masyarakat di sekeliling kita. psikologi. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji sejarah tetapi mereka menggunakan fakta sejarah untuk menerangkan tentang sikap sosial dan tingkahlaku masa kini.1.2 Sosiologi dalam Sains Sosial Ahli sosiologi mengkaji tentang tingkahlaku manusia seiring dengan bidangbidang sains sosial yang lain seperti ekonomi.1): Jadual 1. Apa yang berlaku kepada diri kita merupakan detik di mana kehidupan peribadi kita bertembung dengan masyarakat di sekeliling kita. Sejarah . 1. Mereka mengkaji tentang bagaimana manusia bekerja dan bagaimana pekerjaan dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi kehidupan manusia.

seperti psikologi. Ia adalah kajian tentang proses pemikiran dan tingkahlaku individu. Manakala ahli sosiologi mengkaji perkara-perkara yang sama dengan melihat bagaimana ia berbeza di antara kumpulan sosial atau bagaimana ia mempengaruhi masyarakat. ciri-ciri dan operasi kerajaan dan aktiviti politik dalam pelbagai masyarakat. Psikologi dan sosiologi bergabung pula dalam satu bidang yang dinamakan psikologi sosial. iaitu kajian tentang hubungan di antara individu dan kumpulan.4 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? Sains Politik Sains politik mengkaji kuasa. Psikologi merangkumi bidang biologi dan sains sosial. Akhir-akhir ini. pembelajaran. Manakala mereka yang bergiat dalam kerja sosial mengkaji tentang bagaimana menggunakan ilmu sosiologi untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti keretakan rumahtangga dan penagihan dadah. perasaan. Psikologi Antropologi Kerja Sosial SEMAK KENDIRI 1. Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi biologikal spesis manusia serta perbezaan fizikal di antara kumpulan manusia seperti kaum. Mereka mengkaji masalah-masalah daripada aspek individu. ahli antropologi semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan manusia sudah mula berpendidikan. adalah gabungan di antara biologi dan sains sosial. Ahli sosiologi lebih tertumpu kepada mencari ilmu tentang tingkahlaku manusia. personaliti dan tingkahlaku yang tidak normal. motivasi. Antropologi. Perkara-perkara yang dikaji adalah fisiologi otak manusia dan sistem urat saraf. Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang budaya dan cara hidup pelbagai masyarakat. Manakala ahli sosiologi memfokus kepada masyarakat yang moden dan kompleks.2 Terangkan sosiologi: • • • • • • Ekonomi Sejarah Sains Politik Psikologi Antropologi Kerja Sosial bagaimana bidang-bidang berikut berkaitan dengan . Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji bagaimana institusi seperti keluarga dan sistem pendidikan mempengaruhi sikap politik dan tingkahlaku pengundi.

. Cuba kita teliti pernyataan-pernyataan berikut: • • • • Kebanyakan ahli sukan yang berbakat berkemungkinan menjadi pemain profesional kelak. Ada juga yang benar. • Dapatan sosiologi di atas akan memeranjatkan anda sebab ia bertentangan dengan asas logik anda. Pada pandangan umum. ini akan membuka ruang untuk tercetusnya revolusi. pernyataan-pernyataan di atas adalah benar. Perompak tidak bersenjata adalah lebih merbahaya daripada yang bersenjata. Tetapi. bilangan perceraian adalah tinggi di Amerika. Perompak bersenjata adalah lebih merbahaya kepada mangsanya berbanding dengan perompak tidak bersenjata. Revolusi berkemungkinan akan tercetus apabila keadaan kehidupan meningkat lebih baik dan kurang berkemungkinan berlaku sekiranya keadaan kehidupan berada dalam keadaan kurang baik untuk jangka masa panjang.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 5 1.3 Sosiologi dan Asas Logik Betulkah sosiologi mempunyai asas logik (common sense)? Pada sesetengah ahli sosiologi. Amerika mempunyai peratus tertinggi perkahwinan di dunia. rata-rata terdapat banyak idea yang logik tetapi tidak benar seperti contoh-contoh yang telah dibincangkan. Perkahwinan masih popular di Amerika. Ini mencerminkan keruntuhan sistem kekeluargaan di Amerika.1. bidang sosiologi memang ada asas logik. Sekiranya tahap kemiskinan meningkat. contohnya kemungkinan orang miskin masuk penjara lebih tinggi berbanding dengan orang kaya. Namun demikian. bukan kesemua dapatan sosiologi itu memeranjatkan dan bukan semua idea yang tidak logik itu tidak benar. Pada ketika ini. Perompak tidak bersenjata berkemungkinan akan mencederakan mangsanya sebab seseorang mangsa akan cuba mempertahankan dirinya daripada perompak yang tidak bersenjata. Tetapi kajian telah membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan tersebut adalah tidak benar: • • • Hanya 2% sahaja dikalangan ahli sukan yang bernasib baik yang akan menjadi pemain profesional.

sekeliling kita. sudah tentu kita harus mengkaji sumbangan tokoh-tokoh sosiologi yang banyak menghasilkan teori-teori sosiologi. lantas membolehkan ahli-ahli sosiologi yang datang kemudian untuk terus menjana teori dan ilmu sosiologi yang terkini. Manakala ilmu logik (common sense knowledge) adalah subjektif. Realitinya tidak diuji secara sistematik tetapi secara subjektif. Mereka ini termasuklah: • • • • • • Auguste Comte Harriet Martineau Herbert Spencer Emile Durkheim Max Weber Karl Marx .3 Bagaimanakah anda membezakan sosiologi dengan pemikiran logik? 1. Maka perbezaan di antara sosiologi dan perkara yang logik adalah ketara. Untuk mencapai hasrat ini. ilmu logik ada sekurang-kurangnya dua kelemahan: (i) Ia tidak objektif. Ia menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan dan logik boleh bertukar kepada sesuatu yang tidak biasa dan tidak umum. iaitu berdasarkan perasaan. Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru.6 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? Pada keseluruhannya. SEMAK KENDIRI 1. konsisten dan baru. mereka menggunakan kaedah saintifik. Ahli sosiologi mencari sesuatu yang objektif. (ii) Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diuji berdasarkan bukti. Mereka ini banyak menyediakan dan memperkukuhkan asas teoretikal sosiologi. Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang lapuk dan tidak konsisten. kepercayaan atau pengalaman seseorang itu.2 ASAL-USUL TEORI SOSIOLOGI Dalam memerihalkan asal-usul sosiologi. Ini merupakan salah satu sebab mengapa sosiologi itu menarik. tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat. Ia juga merupakan kepercayaan yang lazimnya diterima pakai oleh sesebuah komuniti.

2): Jadual 1.2: Auguste Comte Sumber: http://upload.wikimedia. Harriet Martineau dan Emile Durkheim.2) kepada bidang sosiologi? Auguste Comte (1798 1857) merupakan seorang ahli pemikir sosial berketurunan Perancis yang memperkenalkan bidang sosiologi dan menggunakan istilah sociology pada tahun 1838. Menurut beliau.org/ wikipedia/commons/f/f4/Au guste_Comte2. Statik sosial Walaupun idea beliau tidak lagi mencorak sosiologi terkini.jpg Beliau membahagikan pengajian tentang masyarakat kepada dinamik sosial dan statik sosial (sila lihat Jadual 1. kestabilan dan organisasi sosial yang membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan. sosiologi melihat masyarakat daripada satu perspektif baru iaitu pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik. Rajah 1. namun Comte merupakan pengasas kepada idea bahawa kehidupan sosial boleh dikaji secara saintifik dan ini telah banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti Herbert Spencer. pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah.2.2: Dinamik Sosial dan Statik Sosial Dinamik sosial Dinamik sosial melibatkan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 7 1. . Statik sosial melibatkan aspek-aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan peraturan.1 Auguste Comte Apakah sumbangan Auguste Comte (sila lihat Rajah 1.

3: Harriet Martineau Martineau memperjuangkan kemajuan kaum wanita. Sumbangan beliau yang signifikan hanya diketengahkan baru-baru ini sahaja.2 Harriet Martineau Siapakah Harriet Martineau (sila lihat Rajah 1.8 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 1. Martineau juga telah memperkenalkan satu disiplin baru hasil pemerhatiannya terhadap tingkahlaku orang-orang di Amerika dan di England. Beliau menterjemahkan penulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada bahasa Inggeris.3)? Harriet Martineau (1802 1876) dilahirkan dalam sebuah keluarga Inggeris yang mewah. Beliau banyak mengutarakan tentang gejala perhambaan dan menekankan perlunya undang-undang untuk menjaga pekerja-pekerja kilang dan kedudukan kaum wanita. . Rajah 1. Beliau juga menekankan persamaan di antara kedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di mana beliau memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka.2. namun sumbangan beliau kepada sosiologi diketepikan oleh kaum lelaki yang menguasai bidang tersebut pada masa itu. Walaupun Martineau merupakan ahli sosiologi yang terkenal dan berpengaruh. Beliau menekankan bahawa kajian ke atas masyarakat merupakan satu bidang saintifik. Di antara sumbangan beliau adalah sebuah buku kaedah kajian sosial yang bertajuk. How to Observe Manners and Morals (1838). Beliau mengkaji bagaimana asas nilai moral negara yang muda seperti Amerika mencorak penyusunan institusinya.

Pada hari ini. Sekiranya prinsip ini dibenarkan wujud dengan bebas. Beliau memfokus kepada struktur dan sumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan sesebuah masyarakat. manusia dan institusi sosial akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi. agama. kerajaan dan ekonomi) seperti sebuah badan manusia yang terdiri daripada pelbagai organ. dia perlu mencari sesuatu yang bermakna di luar dirinya. Maka beliau mencadangkan bahawa untuk seseorang individu mengekalkan kesejahteraan hidupnya.5) kepada bidang Apakah sumbangan Emile Durkheim sosiologi? Emile Durkheim (1858 1917) menumpukan perhatian beliau kepada cara masyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian. Rajah 1. Menurut beliau. Menurut beliau. Beliau berpendapat penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian dan kesejahteraan individu. Beliau menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam perkembangan dalam masyarakat. sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan sekumpulan manusia. bersependapat dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik sosial.4) kepada dunia sosiologi? Herbert Spencer (1820 1903).4: Herbert Spencer Spencer percaya bahawa dunia akan berkembang dengan lebih baik. Pandangan Spencer menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kita dan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui.2.2. Hubungan yang rapat di antara ahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna. pendidikan. Beliau melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungan. masyarakat terdiri daripada pelbagai institusi (keluarga.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 9 1. seorang ahli sosiologi Inggeris.3 Herbert Spencer Sejauh manakah sumbangan Herbert Spencer (sila lihat Rajah 1. Manusia dan corak masyarakat yang kukuh akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati. 1. Perkara ini wujud dalam konteks . masyarakat yang berstruktur sedemikian disebut dalam teori fungsional-struktur.4 Emile Durkheim (sila lihat Rajah 1.

Durkheim merupakan ahli sosial yang pertama yang cuba berdepan dengan masalah kompleks yang berkaitan dengan disiplin dan kepantasan kehidupan sosial manusia seharian. undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan mempengaruhi kehidupan manusia seharian. keluarga dan pendidikan) dan juga beberapa bentuk yang terdapat dalam masyarakat (misalnya corak rumah. taburan populasi dan sebagainya). .5: Emile Durkheim Seterusnya. Durkheim cuba menerangkan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya perceraian) akan mengakibatkan kesan negatif. nilai moral. Durkheim menyentuh tentang bahan-bahan fakta sosial yang merangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan.10 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? penglibatannya dalam kumpulan masyarakat di sekelilingnya. Menurut beliau. Durkheim juga menekankan aspek peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu. Seterusnya. Seseorang individu itu tidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia melanggar peraturan sosial ini. Beliau menekankan fakta sosial (social factor) yang merujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan secara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut. Dalam sesetengah keadaan. Durkheim percaya bahawa kita perlu memfokus kepada kumpulan dan bukannya individu. Rajah 1. agama. Maka fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan. pengertian kepada simbol-simbol dan kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta-fakta sosial ini. ini akan mendorong seseorang itu untuk membunuh diri. prinsip moraliti. tahap jenayah. manusia mengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadi sebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya. Manakala aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah seperti peraturan sosial.

muzik. prosedur. Pengaruh beliau boleh dilihat dalam kehidupan sosial yang merangkumi topik-topik seperti politik. Beliau menggunakan pendekatan „memahami‰ atau „melihat‰ dalam menggambarkan hubungan manusia dengan tingkahlakunya. organisasi. Misalnya.6) dengan bidang sosiologi? Max Weber (1864 1920) merupakan ahli sosiologi yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas bidang sosiologi selain daripada Karl Marx.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 11 1. Lazimnya. kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi. kita boleh mempelajari apakah perbezaan yang wujud di antara cara organisasi-organisasi tersebut berfungsi. bandar dan perbandingan budaya. Weber berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apa yang terdapat dalam tingkahlaku manusia. maka mereka boleh membuat perbandingan di antara kesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikan penjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi. kapitalisme.6: Max Weber Weber mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspek-aspek seperti niat. Sekiranya ahli sosiologi menetapkan situasi dan peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyai ciri-ciri spesifik. Konsep kesempurnaan ini mempunyai piawaian yang menjadi pengukur dalam menilai kes-kes sebenar. ahli sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikir olehnya dan apakah perasaan mereka. nilai. Dengan itu. jabatan polis dan bomba mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat. Weber percaya adalah penting untuk ahli sosiologi mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuk tingkahlaku mereka. dan bagaimana setiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat. kepercayaan dan sikap. Di antara kehebatan sumbangan Weber dalam sosiologi ialah konsep „kesempurnaan‰ (ideal type). agama. perundangan. Rajah 1.5 Max Weber Apakah kaitan Max Weber (sila lihat Rajah 1. stratifikasi sosial. .2. Walaubagaimanapun.

Menurut beliau. ekonomi dan politik.7: Karl Marx Marx cuba mencari prinsip asas dalam sejarah. Pada setiap zaman dalam sejarah. sejarah.6 Karl Marx Karl Marx (1818 1883) merupakan seorang ahli falsafah. terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancang pengeluaran mereka (memburu. industri). . mengumpul hasil pertanian. Beliau berpandangan bahawa perkembangan masyarakat bergantung atas pertembungan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnya struktur yang lebih hebat. aspek-aspek inilah yang akan mengimlakkan sesebuah kumpulan dalam masyarakat di mana mereka ini yang akan menguasai dan juga kumpulan yang akan dikuasai. Keadaan inilah yang akan menimbulkan konflik kelas dalam masyarakat.2. Marx ingin mengubah struktur institusi kapitalis dan menubuhkan institusi baru untuk memberi khidmat kepada masyarakat. konflik di antara masyarakat patricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom. Beliau menumpukan pencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang membangun. dunia ini bukannya mengandungi struktur yang statik tetapi melalui proses penstrukturan yang dinamik.12 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 1. Marx berpendapat bahawa sesebuah masyarakat dibahagikan kepada mereka yang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidak mampu berbuat demikian. Beliau melihat setiap bidang tersebut melalui cara saintifik di mana beliau menggunakan sains untuk memahami masyarakat dan juga sebagai alat untuk membentuk masyarakat. Beliau percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik di antara kelas-kelas dalam masyarakat. misalnya. Rajah 1.

semakin bijaklah kita mengendalikan kehidupan kita.4 Jelaskan dengan ringkas sumbangan setiap ahli sosiologi berikut kepada bidang sosiologi serta perbezaan pendapat di antara mereka: • • • • • • Auguste Comte Harriet Martineau Herbert Spencer Emile Durkheim Max Weber Karl Marx 1. kita akan mendapat manfaat-manfaat berikut: (a) Menolong kita menilai kebenaran asas logik. Maka lebih banyak kita memahami tentang kehidupan. kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakatlah yang berhak membuat penentuan terakhir. Pendekatan sosiologi menggalakkan manusia bertanya: • • • (b) Sama ada kepercayaan yang dianuti itu benar atau tidak. dan Mengapa kepercayaan tersebut diterima oleh masyarakat. Sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih berkesan. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta sosiologi. . apakah kepentingan sosiologi dalam kehidupan seharian kita? Apabila sosiologi diaplikasikan dalam kehidupan seharian.3 APLIKASI SOSIOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA PADA ABAD KE-20 Mungkin sudah terlintas dalam fikiran anda: apakah gunanya saya mempelajari sosiologi? Bagaimanakah saya mengaplikasikan teori-teori sosiologi dalam mengharungi kehidupan seharian yang bergerak dengan cukup pantas? Dalam abad ke-20 yang semakin pesat membangun dalam aspek sains dan teknologi. Sejauh manakah ia benar atau tidak.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 13 SEMAK KENDIRI 1. Perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita secara lebih kritikal.

Perspektif sosiologi berlainan daripada perspektif asas logik. ini bermakna mereka memberi sokongan kepada masyarakat. sosiologi boleh membantu kita dalam 2.14 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? (c) Perspektif sosiologi mendorong kita melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat. Setakat ini. sains politik. Setiap masyarakat akan mengatakan bahawa cara hidup mereka adalah yang „terbaik‰ dan „lebih baik‰ daripada masyarakat yang lain. Setiap kaum dalam negara-negara di dunia ini hidup dengan cara mereka tersendiri. Sekiranya kita memahami bagaimana masyarakat berfungsi. psikologi. adakah anda berminat dengan subjek sosiologi? Jika ya. Perspektif sosiologi membolehkan kita hidup dalam berbagai „dunia‰. antropologi dan kerja sosial. Pada abad ke-20 yang mencabar ini. sejarah. kita mampu menjadi ahli masyarakat yang aktif. Ahli sosiologi membuat kajian berdasarkan fakta manakala mereka yang berpegang kepada . manakala yang lain pula cuba mengubah masyarakat atau dunia dengan menggunakan pelbagai cara. apakah ciri-ciri sosiologi yang menarik minat anda? • • Bidang sosiologi mempunyai pertalian dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi.1 1. kita perlu mengenalpasti tekanan sosial dan menguji kesannya. Perspektif sosiologi akan menggalakkan kita berfikir secara kritikal tentang kekuatan dan kelemahan semua cara hidup masyarakat di dunia ini termasuk masyarakat kita sendiri. Kepada sesetengah pihak. Jelaskan bagaimana kehidupan seharian. Dalam kita mengukur mana-mana aspek masyarakat. kita diperkasakan dengan ilmu yang boleh membantu kita memahami bagaimana struktur-struktur sosial dalam hidup kita mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku kita sebagai manusia. (d) Seperti yang dibincangkan. Dengan mendalami ilmu sosiologi. sosiologi masih relevan kerana ia berupaya menjawab persoalan asas yang difikirkan oleh manusia: siapakah manusia dalam konteks masyarakat sekelilingnya? AKTIVITI 1. memang jelas bahawa sosiologi banyak mencabar kita membuka minda kita untuk meneroka alam sosial yang kita lalui secara objektif dan kritikal.

Emile Durkheim.gov . • Di antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal termasuklah Auguste Comte. Max Weber dan Karl Marx.TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 15 perspektif asas logik lebih tertumpu kepada kepercayaan dan perkara yang subjektif. J. A. & Levine. Herbert Spencer. G.nationalgeographic.. (1995). New York: McGraw-Hill. Mereka merupakan pengasas kepada bidang sosiologi. R. R. Harriet Martineau. New York: McGraw-Hill..nationaatlas. sosiologi merupakan bidang yang sangat penting kerana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. (1992). Sociology. Schaefer. http://plasma.com/mapmachine http://www. P. T. & Lamm. • Antropologi Asas logik (common sense) Auguste Comte Ekonomi Emile Durkheim Harriet Martineau Herbert Spencer Imaginasi sosiologi Karl Marx Kerja sosial Kesempurnaan (ideal type) Max Weber Psikologi Sains politik Sejarah Sosiologi aplikasi Gelles. Pada hari ini. Sociology: An introduction.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful